Anda di halaman 1dari 45

Hanya 2 Hari

by eyena

“Makcik kenit, nak sikit”, selamba aku mengambil bungkusan Twisties, satu-satunya
keropok yang aku suka makan dari tangan Shahira, anak Maksu aku yang baru berumur 5
tahun ni. Perangainya memang mengalahkan nenek. Tu kira bagus le tu aku panggil
makcik je…ingat nak panggil unyang ke…hehehe…

“Ee…tu kita punye ar..”, lantas makcik kenit bercekak pinggang. Matanya tak payah
cakap la, macam nak telan aku jer…aku tersengih.

“Kak Hurin ni…eee…Pergila beli sendiri. Asyik ambil kita punye jer…Pergila tolong
Maklong tu masak. Asyik tengok tv jer. Kite suruh belanje aiskrim pun tak nak”

Ni yang tak tahan ni. Dia dah start membebel la pulak. Kalah mak ngan opah aku.
Belanja aiskrim? Huh…Twisties ni pun aku yang beli, ada hati nak kedekut dengan aku.
Tadi masa mak aku sibuk suruh aku pegi kedai beli kicap, makcik kenit ni sibuk nak ikut.
Dah la kat kedai runcit Abu Rongak tu dia pau aku macam-macam. Keropok je aku
sendiri dah tak ingat dia ambil berapa jenis, dengan asam masinnyer, dengan aiskrimnyer,
dengan gula-gulanyer, dengan coklatnyer…eee..sabar je la aku. Dia ingat nak buat
kenduri ape. Tiba tang nak membayar tak cukup duit. Pink muka aku kena perli dengan
Abu Rongak. Mana taknyer, dalam wallet aku ada 2 keping je not sepuluh ringgit. Aku
pun apa lagi, suruh dia letak balik aiskrim cornetto yang dia beli sampai 5 tu. Cair taik
telinga aku dengar makcik kenit ni membebel sepanjang nak balik umah. Mak aku ni pun
satu (eh..memang satu pun), tau kicap dah habis, ubah ar menu tengahari..nak juga masak
ayam masak kicap dia tu. Buat ar ayam masak stim ke, ayam panggang ke, ayam kari
ke...Lepas tu terjerit-jerit kat aku suruh beli kicap.

“akak berangan ek? ingat boyfriend ye?”, makcik kenit tersenyum nakal.

Ish...tak padan dengan budak kecik...pandai dah sebut boyfriend. Aku buat muka selamba
sambil meneruskan kunyahan twisties. Eh, sedap pulak benda nie.

“Kak Hurin, kita pun ada boyfriend. Nama dia Syafiq”, Makcik kenit dah buka cite. Nie
yang syok nak dengar ni. Dia ni kalau bercerita mau sampai pagi esok dia ulang cerita
yang sama. Makcik kenit tersenyum-senyum. Eleh..malu la pulak.

“Iye? Mana Shahira kenal ni?”, layan je la. Kang tak layan kang merajuk pulak. Makcik
kenit ni kalau merajuk dialah champion. Payah benor nak pujuk.

“Ada la.Nanti kita nak ajak Syafiq main barbie kejap lagi”, Makcik kenit masih senyum-
senyum. Oh..Si Syafiq cucu Makcik Yah jiran rumah aku ke. Aku ingat siapa la Syafiq
yang makcik kenit ni ngorat. Ceh...bukan semalam ke diorang ni baru kenal. Itupun aku
yang kenalkan. Ye la..aku tengok dua-dua budak kecik nie merenyam semacam jer.
Sorang tu buat aksi ultraman la...sorang tu main sikat-sikat rambut la kat tepi pagar. Nak
ajak main pun kena buat aksi. Hahahaha...lawak gila aku tengok. Aku pun apalagi pergila
kenalkan diorang ni. Huh...lepas tu terus tak ingat aku dah. Kejap je dah hilang pergi
main basikal. Selalu tu aku je la yang jadi mangsa makcik kenit ni. Mengekor je kat
belakang aku 24 jam. Pantang aku gerak sikit..mata dia dah terbuka besar pandang aku.
Aku garu tangan pun dia dah menjeling. Nasib baik aku ni kakak sedara yang baik.
Eh..penyayang sebenarnyer. Satu-satunye adik sedara aku yang paling kecil. Anak
bongsu mak usu aku. Tu sebab manja sikit tue. Eh..manja banyak. Sekali-sekala bila mak
usu aku datang rumah, riuh sikit la rumah aku ni dengan suara anak mak usu aku yang
seramai 4 orang ni. Semua bawah umur lagi.

“Kak Hurin, kejap lagi kita main Barbie sama-sama nak? Syafiq pun nak ajak pak ucu dia
main. Emm...atau kita main kawin-kawin. Kak Hurin ngan Pak ucu dia kawin. Kita jadi
mama. Syafiq jadi papa. Ok tak?” Makcik kenit sibuk merancang. Belum sempat aku
jawab, dia dah berlari masuk ke bilik ambil beg mainan. Huh...ada hati nak jadi mak aku
pulak. Tak padan dengan kecik. Lepas tu ada ke dia suruh aku pulak yang kawin. Kawin
betul-betul takpe jugak. hehehe...dengan pak ucu Syafiq? mesti dia pun sama jugak
dengan aku. Kena kawin paksa. Hahahaaha....Eh..siapa dia ye? tak pernah aku kenal pun.
Mak ngan abah aku pun baru pindah kat kawasan perumahan ni 4 tahun yang lepas. Masa
tu pun aku tengah study lagi kat USM. Kalau Kak Ita dengan suami dia aku kenal la.
Anak Makcik Yah yang sulung. Abang Azmi anak kedua dengan Kak Nina isteri dia.
Syafiq, cucu tunggal Makcik Yah. Pak Ucu? Oh ni mesti anak bongsu makcik Yah yang
kerja engineer tu. Ala yang Makcik Yah kata kat aku kalau jumpa anak dia jangan segan-
segan tegur tu. Nama pun aku tak tau. Inikan pulak muka dia. So camner aku nak tegur
dia. Aku balik kg ni pun bukannya selalu. Mesti time dia balik, aku tak balik.
Issh..rugi..hehehehe...jangan muka macam lanun dah la..Lanun? huh..menyampah, sakit
hati, meluat bila aku ingat si lanun tu. Uwek... Aisehhh. tapak tangan aku dah gatal dah...

Alamak!! Dah pukul 7 la. Apesal jam loceng aku tak bunyi ni. Mampus la aku. Hari ni
ada meeting dengan wakil syarikat Cosmet World pukul sepuluh. Sempat ke ni?
Eee...Dah tak sempat nak mandi nie. aku gosok gigi dengan basuh muka je la. Bukan
orang tau pun aku tak mandi. Kang aku pakai la perfume banyak-banyak. Lagipun malam
tadi aku mandi malam pukul sepuluh. Dah la kena naik komuter hari ni. Kereta aku kak
Anis pulak pinjam hari ni. Ada medical check up katanya. Tak sampai hati pulak aku nak
tgk kak anis naik komuter. Abang Is pulak outstation. Terpaksala aku ni sebagai adik
yang paling baik kat dunia berkorban sikit. Tapi skang memang aku dah terlebih korban
ni. Silap-silap aku kena jadi daging korban dengan bos aku, En. Azhar. Oh..tak
sanggup!!!! Nasib aku dah iron baju. Apalagi, macam Watson Nyambek ar aku lari ke
stesen komuter. Makcik Miah yang jual nasi lemak kat simpang jalan tu pun agaknya
terkejut tengok aku. Ye la..selalunye aku la pelanggan tetap dia tiap-tiap pagi. Tiba-
tiba… Keceboom… Oh no..habis basah baju aku. Kurang ajar punye kereta. Buta ke?
Tak nampak ke lopak air yang besar ni ha??? Eeee…

“Woi,buta ke?” Aku menjerit sekuat hati. Biar tercabut anak tekak aku ni. Pemandu
Peugeot warna hitam itu menjengukkan kepala. Rasa macam nak sembelih je kepala dia
ni.
“Sorry la saudari, tak sengaja”, dia melambai-lambaikan tangannya dan terus memecut
laju. Kurang ajar!!! Siap kau. Aku jumpa kereta kau, tau la aku nak buat apa nanti. WPU
7654. Shoot!!! Aku macam mana ni? Takkan nak pegi kerja dengan basah baju lencun
macam ni. Eee…kena tukar baju la pulak.

Fuh…lega…train pukul 8.00 pagi tak jalan lagi. Sempat aku tarik nafas dan mencari-cari
bangku kosong untuk aku duduk. Tapi..apesal ramai sangat orang hari ni?? Aku melihat
jam. Ish...dah pukul 9.00 ni. Nape train tak sampai-sampai lagi. Kakak di sebelah aku dah
mengipas-ngipas. Kuat sikit kak. Hehehe...Aku pun panas nie.

“Selalu aje rosak la komuter ni. Teruk betul”, Kakak di sebelah aku mengomel. Ha??
Rosak??? Mati aku..

Aku sampai office tepat pukul 10.15 pagi. Sampai-sampai aje ofis, Shira dah bercekak
pinggang. Muka tu tak payah cakap la. Macam aku ni ayam golek yang dia suka makan
tu.

“Apsal ko lambat hari ni? Ko tau tak En.Azhar dah mengamuk sakan. Kitorang semua
dah cair taik telinga tau!”, aku nak buat muka apa lagi. Sengih je la. Jangan kena
pelangkung dengan Shira ni sudah la.

“Ala...Sorila.Tadi ade malaun mana ntah pegi langgar lopak air. Habis basah baju aku. Tu
yang lambat tu. Eh..orang tu dah sampai ke?”, aku segera mencapai fail dan segala benda
yang ada atas meja aku.

“Dah.Cepat la masuk bilik meeting”, Shira menolak aku masuk.

Alahai..tabah la wahai hati. Aku segera mengetuk pintu dan melangkah masuk. Tak
berani aku nak pandang muka bos aku tu. Yang aku boleh buat, senyum dengan sehabis
cun la.

“Minta maaf. Saya lambat sikit. Ada emergency waktu nak datang tadi”, aku segera
mengambil tempat di sebelah En.Azhar. Tak sanggup aku nak tengok muka bos aku.
Yang aku tahu ada tiga orang dalam bilik meeting ni sekarang. Eh..kenapa macam kenal
je muka mamat depan aku ni??? Konfius!!!

“Eh takpe. Tak lambat sangat pun. 15 minit je lewat. Hati tak terbakar lagi, baru keluar
bara je”, aku mengangkat muka. Dia ni perli ke ape? Pemuda di depan aku tersenyum
sinis. Yang sebelah dia tu, kepala botak sikit hanya tersenyum.

“Em..tak pe. Saya Abdul Hamid Pengurus Projek Cosmet World Corporation dan sebelah
ni jurutera kanan syarikat saya, En.Zafran Zafril”.

“Saya Hurin Ain Syazwin. Just call me Hurin”.


“Ok Azhar, Cik Hurin pun dah sampai. Kita boleh la mulakan sekarang”, Encik botak
melemparkan pandangan pada bos aku. Eh encik Botak?? Heheheh...Bos aku hanya
mengangguk. Ish..mana aku pernah jumpa mamat senget ni ye???

“Hurin, lain kali saya tak nak awak lewat lagi macam ni. Ini important meeting. Awak
nak ke company kita rugi macam tu aje?”, En Azhar dah mula bersyarah depan aku. Itu
baru intro. Aku pun terus jadi air batu kat situ, tak berani nak jawab apa-apa. Bos aku ni
kalau marah dia dah tak ingat dunia dah. Baik aku diam je kan??? Dia pun apa lagi. Habis
le segala macam citer dia ungkit balik. Aku ni suka datang lambat la, aku ni suka bising-
bising la, aku ni itu la... aku ni inila... bla.. bla.. blaa... ade la setengah jam aku dok tegak
macam tiang depan dia. Ape la nasib aku hari ni???

“Sudah la tu. Lain kali saya tak nak awak buat apa-apa masalah lagi. Awak pekerja yang
baik dan sayang kalau pekerja sebaik awak tak dapat menunjukkan disiplin dalam kerja
yang memuaskan”, eh dia puji aku la. Dalam marah-marah pun dia still puji aku lagi. Ni
sayang balik kat bos aku ni. Tak jadi nak lancar perang mogok tak nak cakap kat ofis
seminggu. Eh boleh ke??? Hehehe,...sudahnya aku pun minta la maaf banyak-banyak dan
janji tak buat lagi.

“Azhar, kami balik dulu la. Oh ye Cik Hurin, saya rasa tudung yang Cik Hurin pakai ni
macam terbalik je. Tu la, lain kali bangun pagi awal sikit. Tak perlu la Cik Hurin kena
pecut 100m selalu”, lelaki yang bernama Zafran Zafril ni memang menyakitkan hati,
jantung, peparu dan segala organ aku. Dah la tadi waktu meeting dia asyik bangkang je
sume cadangan aku. Kalau company ni aku punya tak hingin aku nak buat sebarang
projek usahasama dengan company dia. Eh betul ke aku pakai tudung terbalik??

“Okla..nanti next week kita bincang lagi”, En.Azhar berlalu pergi. Aku pun apa lagi cabut
la. Tak ingin aku nak mengadap muka malaun ni.

“Jangan lupa betulkan tudung Cik Hurin tu. Karang orang ingat Cik Hurin tak betul
pulak”, mamat tu mengenyit matanya. Uwek...Segera aku mencari Shira.

“Shira. Aku pakai tudung terbalik la!!”, Eee...macam mane la aku tak perasan tadi. Ni
semua malaun yang buat baju aku basah ni punya pasal. Sebab aku nak cepat sangat tadi
sampai tak perasan aku pakai tudung terbalik. Geramnya aku.

“Hehehe...Apsal ko tak pakai baju sekali terbalik?”, Shira dah ketawa tak berhenti. Tak
boleh harap punya kawan. Ingat nak tumpang kesian kat aku ni ha...Huh...

“Eh, kita nak makan kat mana hari ni ye? Kita gi Pertama nak? Ada rezeki boleh aku
lepaskan rindu kat abang CIMB bank aku”, Shira dah senyum gatal. Nyampah aku.

“Eleh...tak habis-habis dengan abang CIMB dia tu”.


“Hehehe...eleh Hurin. Jeles la tu. Tu la..Si Radzi ni sikit punya gila kat ko, ko tak layan.
Poket berat tu”, Zara dah mula dah. Kenapa la dia sebut nama mamat tiga suku tu. Boring
betul.

“Tolong sikit. Tak hingin aku kat Radzi tu. Dia tu macam susu masam tau. Langau cun
ramai sangat hinggap kat dia. ee...tak kuasa aku”, huh...aku tengok perempuan yang
terhegeh-hegeh kat Radzi ni pun naik lemas. Nasib la aku takde ape-ape feeling kat dia.
Kalau tak merana la aku.

“eh..takkan ko takde ape-ape feeling kat dia? Kat lelain? Aku tengok takde pun yang ko
layan spesel sikit. Eh..ko ni lesbian ke ape?” Shira dah tersengih pandang muka aku. Aku
cekik pulak la budak Shira ni kang.

“Oi..mulut ko tu insurans dah mampos ke?? Kalau aku jatuh cinta, emmmmmmm..tapak
tangan aku ni mesti gatal. Hehehehe”, aku main sebut je...

“Oi...tapak tangan gatal tu orang tua-tua kata nak dapat duit.. yang ko ni guna mazhab
mana pulak ni?”, Shira dah berkerut-kerut mukanya.

“Mazhab Al-Hurin Al-Ain Al-Syazwintun!!!”, aku terkekeh-kekeh gelak.

“Dah la tu. Cepat pegi betulkan tudung kau tu. Lepas tu kita gi makan. Aku dah lapar ni.
Kita pergi mencekik kat belakang istana ar. Ikan bakar!!!!”, Zara sudah bersiap-siap nak
keluar mencekik.

“Ok..siap”, aku dengar bab makan ni memang syok. Dah la tak sempat breakfast pagi
tadi. Kebulur!!!

“Eh..kejap-kejap. Aku macam kenal je kereta ni”, Ni macam kereta malaun tu. Ye la.
WPU 7654. Sah! Serentak dengan tu dendam aku dari pagi tadi datang bergolek-golek.
Sebab dia aku kena tukar baju, sebab dia aku lambat, sebab dia aku kena marah ngan bos
aku dan sebab dia aku jumpa lagi sorang mamat tak guna yang asyik dok perli aku je.
Eh..baru aku teringat. Rupa malaun tadi macam pemilik kereta yang buat baju aku basah
ni kan? Ceh...patutla aku rasa macam kenal je mamat ni tadi.

“Eh Hurin. Aku tau ar ni kereta idaman ko, tapi tak payah ar tengok sampai macam tu
sekali”, Zara memandang pelik.

“Meh bagi aku duit syiling”, aku menghulurkan tangan pada Shira. Syiling 50 sen dalam
tangan aku sekarang. Aku tak kira. Nak jadi apa pun jadi la. Asal aku dapat balas
dendam.

“Eh Hurin, Kau nak buat apa ni? Jangan kata kau...”, Scret..................garisan panjang
dari pintu depan sampai pintu belakang.Zara dan Shira ternganga. Aku senyum puas hati
giler!!!
“Ko dah gila ke Hurin?”, Shira dah buat muka cuak. Boring la dia ni. Sikit-sikit nak
takut. Tak adventure langsung.

“Apa yang awak semua buat kat kereta saya ni?”

Gulp...aku telan liur. Serentak 3 anak dara cun ni berpusing ke belakang. Bersedia untuk
memecut selaju-lajunya.

“Lari Hurin!!!!”, yang aku tahu aku dah pecut gila-gila. Habis keluar semua peluh jantan
betina aku. Tak pandang belakang dah. Rasa-rasanya dia cam tak muka aku???
Alamak...Dalam termengah-mengah kami bertiga berhenti berlari setelah dengan
yakinnya mamat tu takde kat belakang. Fuh..selamat!!!!

“Ni semua kau punya pasal Hurin. Nyaris kita kena tangkap tau!”, Shira mengesat peluh
di dahi. Habis cair semua mekap dia.

“Ala kira oraitla tu. Korang ni exercise sikit. Asyik memerap depan pc pun tak elok gak.
Sesekali kena berlari macam ni. Baru sihat!” Eh..betul apa. Banyak lemak dah terbakar
ni.. Habis la simpanan lemak aku ni.

“Banyak ko punya exercise!! Aku dah separuh mati lari kau tau. Tepila, aku nak pi
makan cendol mamak tu lagi bagus!”, Zara segera berlalu. Eh..cendol la...tak dapat ikan
bakar dapat cendol mamak pun jadi la. Lepas hari tu, aku terus ambil cuti 2 hari balik
kampung.

Hish..anak dara aku ni. Asyik berangan je kerjanya. Aku suruh pegi ambil serai kat
belakang tu. Dia boleh duduk depan ni tengok tv”, oh mak kau!!!!! Kus semangat!!!!
Alahai mak aku ni. Buat aku terkejut je la. Makcik kenit tersengih-sengih kat belakang
mak aku.

“Yela..yela...Hurin nak pergi ambil la ni”, selebihnya aku malu. Makcik Yah ada
rupanye. Jatuhla saham anak dara aku. Mak aku ni... Hehehe....

“Hah, jangan ko ambil lalang pulak. Serai dengan lalang pun tak tahu beza. Apa la anak-
anak zaman sekarang”, aih..mak aku dah start dah...Mula la tu nak bukak citer kat
Makcik Yah. Aku tengok Makcik Yah dah tergelak-gelak dah. Ni sure mak aku cite hal
tahun lepas ni. Eee...kalau boleh agaknya satu Malaysia ni mak aku nak cite. Dah
memang waktu tu aku tak kenal mana satu lalang mana satu serai. Aku pun main ambik
je la. Itupun nak kecoh la mak aku ni. Aku citer la benda tu kat kengkawan aku. Ada ke
semua pakat gelakkan aku. Diorang kata aku ni dah kes teruk dah ni. Lepas pada tu, tiap-
tiap minggu aku pergi pasar..Bukan nak beli ikan. Tapi nak pi “berkenalan” dengan
semua makhluk, benda dan sewaktu dengannya kat pasar ni. Sekarang ni aku dah terror
dah..Cakap je la sayur apa, ikan apa, semua aku tahu dah. Aku tahu nama jela...masak tak
tahu.. hehehehe.....Ok..sekarang pergi ambil serai Hurin. Terbongkok-bongkok aku
potong serai tu. Ish..apa ke payah benor ni.. Liat!!!! ke pisau tumpul???
“Oi..anak dara tak elok menonggeng!!!”

Oh mak kau!!!! Hish...terkejut aku. Aku berpaling ke belakang. Aik...macam kenal je.
Mak!!!!!!! Malaun ni. Dia ikut aku sampai sini ke??? Mana aku nak lari ni???

“O..laju awak lari hari tu? Tak tengok depan belakang dah ye. Ha...sekarang ikut saya
pergi balai polis!!!”

Hah??? Balai polis??? Tak nak!!!! Dia ni biar betul. Takkan nak bawak aku pergi balai
polis kot. Agak-agak ar sikit.

“Errr...saya tak sengaja hari tu. Tak tau la kenapa hari tu tangan saya secara
terautomatiknya tercalarkan kereta awak. Lepas tu, saya terkejut, lepas tu saya pun terlari
la..Macam tu la citernya”

“Banyak awak punya “ter”....”, alahai mamat ni makin dekat la pulak. Eee...jauh la sikit.
Panas ar.

“Hah..Zafril. Apa yang kau kacau si Hurin tu”, serentak mata aku memandang Makcik
Yah dan mak aku di pintu dapur. Dia ni anak makcik Yah ke??? Jiran aku??? Selama ni
aku ingat dunia ni besar rupa-rupanya memang kecil la. Aku pun apa lagi.Cabut!!!!

“Hurin dah kenal dengan Zafril dah? Ni la anak bujang Makcik Yah yang bongsu.
Korang ni mana la pernah jumpa. Ha..dah jumpa ni kenal-kenal la. Senang kalau jumpa
kat KL nanti. Tak la macam orang asing je. Duduk rumah sebelah-sebelah, tapi tak
kenal”, aku sengih je la.

Apa lagi yang aku nak buat. Zafril memandang tajam pada aku. Aku dah garu-garu tapak
tangan. Apesal gatal plak ni? Yang mak aku dengan makcik Yah ni apsal pulak la
tersenyum-senyum ni.

“Nah serai”, segera aku masuk dalam rumah lepas bagi serai kat mak aku. Tak sanggup
aku nak duduk kat situ lama-lama. Rasa dah tak nak keluar rumah dah lepas ni.

Hahahaha...dia tu memang kelakar betul la. Hurin Ain Syazwin. Nama yang cantik,
secantik empunya nama. Tapi perangai..hehehehe...selama ni aku asyik dengar daripada
cerita mak aku tentang dia. Beria-ia benar mak aku bercerita. Nampak berkenan sangat
mak aku dengan dia. Segala cerita dia aku tahu walaupun orangnya aku tak pernah jumpa
pun. Kisah ambil serai, jatuh basikal masuk longkang sehinggalah kisah dia tolong mak
aku angkat barang sampai demam. Macam-macam. Mungkin gila bunyinya tapi aku jatuh
cinta dengan dia daripada cerita-cerita mak aku. First time aku nampak dia waktu dia
naik basikal depan rumah. Macam aku tak tahu dia curi-curi ambil basikal mak dia yang
stail lama tu. Ala yang roda besar tu. Punya la suka muka dia bila dia dapat bawa basikal
dia. Mula-mula perlahan lepas tu tak ingat dah. Laju je kayuhnya. Pusing balik..kayuh
laju lagi..pusing balik..Alih-alih aku tengok dia dah tertonggeng jatuh kat tepi pokok
bunga mak aku. Rupa-rupanya dia bantai langgar pasu bunga mak aku. Habis pecah.Kuat
jugak minah ni. Muka tu dah merah dah. Takut la tu!!! Lepas tu aku tengok dia try susun
balik serpihan pasu tu. Matanya tu asyik melilau kiri kanan takut orang nampak. Dia
ingat aku tak nampak??? Esok paginya mak aku bising kata ada budak-budak nakal
pecahkan pasu bunga dia... hehehehe... Yang kelakarnya dia datang kat mak aku nangis-
nangis kata dia tak sengaja langgar. Yang mak aku, terkebil-kebil tengok dia. Lepas tu
mak aku bantai gelak. Itu kisah 4 tahun yang lepas. Masa dia mula-mula pindah kat sini.
Sehinggalah satu hari mak aku tanya aku dah ada girlfried ke belum. Dia kata kalau takde
lagi dia nak pinang si Hurin tu untuk aku. Terkejut la aku. Mak ni biar benar. aku kata
bagi aku kenal dia dulu. Terus mak aku minta gambar dengan alamat Hurin kat KL,
tempat kerja dia sekali kat Makcik Jamilah, mak Hurin. Dari situ la aku saja je cari gaduh
dengan minah ni. Hahahaha....tu yang calar kereta kesayangan aku tu.. Nasib Hurin yang
buat.. kalau orang lain memang dah masuk wad dah aku kerjakan.Tapi aku memang
terkejut la.. Berani betul dia ni. Pulak tu mulut tu ade aje nak lawan cakap aku. Ok mak,
sekarang jugak mak pergi pinang si Hurin tu. Saya luluskan!!! Hehehe…

“Hurin, meh duduk sini kejap. Ada benda mak ngan abah nak cakap sikit”, ish..ape pulak
la mak ngan abah nak cakap ni. Mcm serius la pulak. Aku ada buat salah apa-apa ke? Ke
mamat tu dah cite kat mak ngan abah aku pasal hari tu. Ish....makcik kenit ni pun ada
jugak.

“Ada apa bah? Ada saham ke nak bagi kat anak abah ni? Berapa juta?”, aku berani lagi
buat lawak tu.

“Hish...budak ni. Kalau cakap tu tak pernahnya serius”, mak aku dah menggeleng kepala.
Abah aku senyum je. Hish..hensem pulak bapak aku ni.

“Hurin..dengar sini baik-baik. Sebenarnya ada orang datang merisik Hurin. Keluarga kita
pun dah kenal baik keluarganya. Dia pun baik Hurin. Abah tengok dia bertanggungjawab
dan abah yakin dia boleh jaga Hurin dengan baik”.

Hah??? Merisik?? Aku ke?? Kenapa aku?? Ni yang tak best nak jawab ni. Aku terdiam
sambil menunduk kepala. Ala-ala malu la tu.

“Hurin kena terima juga ke bah? Tak boleh menolak?”

“Segalanya abah serahkan keputusan pada Hurin. Abah nak Hurin bahagia, tapi abah
berharap jugak yang Hurin akan terima”, dah sudah.. tu maknanya kalau aku tolak aku
dah kecewakan abah ngan mak aku. Anak sapa la abah aku berkenan sangat ni???

“Boleh Hurin tahu siapa? Hurin kenal ke?", Hish..mak aku dah tersenyum dah. Ni yang
tak syok ni.
“Zafril anak Makcik Yah sebelah rumah kita ni”, nak tersedak aku dengar nama dia. Biar
benar ni?? Aku tak silap dengar lagi kan? Apa yang dia buat ni?? Bukan ke dia bengang
giler dgn aku?? Takkan dia nak balas dendam dengan aku macam ni kot??

“Dia???!!”, aku dah ternganga dah. Mak ngan abah aku saling berpandangan.

“Kenapa terkejut sangat ni Hurin?”, muka abah dah kehairanan.

“Yela, takkan jiran sebelah rumah kot”, aku mendengus marah.

“Tak boleh ke jiran sebelah? Ke kau nak jiran belakang rumah?”, mak aku pulak
menyambung. Buat lawak ye mak?

“Ala. Tak nak ar dekat-dekat. Tak thrill la”, aku dah tarik muncung ke depan.

“Nak thrill apanya?”, mak dah naik suara.

“Ye ar. Hurin....Hurin tak kenal pun dia. Macam mana Hurin nak hidup dengan orang
yang Hurin tak cinta”, cewah....cinta??? Geli geleman aku. Akhirnya abah bersuara.

“Terpulang la pada Hurin. Abah harap Hurin fikir masak-masak”, abah bangun dan
berlalu masuk ke bilik. Mak pun dah bangun masuk dapur. Tinggal makcik kenit terkebil-
kebil pandang aku. Tu dah start ar dah tu nak buat protes. Kesian kat aku kan???

“Jom makcik kenit. Kita makan aiskrim”, aku tarik tangan makcik kenit. Saat macam ni
kena lapangkan hati dengan aiskrim. Ni makcik kenit ni mesti suka la ni. Segera aku
mencapai kunci kereta. Baru nak start kereta, tiba-tiba....

“Awak!!”, Zafril tiba-tiba muncul. Hish..dia ni suka sangat buat aku sakit jantung.

“Awak nak balas dendam kat saya ye? Kenapa awak mesti libatkan keluarga kita?
Mereka tak tahu apa-apa”, lirih aku bersuara.

“Saya tak kata pun saya nak balas dendam. Hurin Ain, dengar sini baik-baik. Saya
percaya pada kata hati saya. Saya akui awak kenal saya pun tak lama. Baru 2 hari. Hari tu
dengan hari ni. Itupun dalam keadaan awak bencikan saya. Tapi sama ada awak percaya
atau tak saya dah lama kenal awak. Melalui cerita-cerita mak awak dan mak saya.
Mungkin gila tapi saya jatuh cinta pada awak Hurin. Dan bila saya kenal awak, saya jatuh
cinta sekali lagi”,

Eh...dia baca skrip ke? Lancar je. Aku dah tak senang duduk. Dia ni serius ke? Ke main-
main? Aku beranikan diri pandang muka dia. Sinar matanya cukup buat hati aku tenang.
Eh..gatal lagi tapak tangan aku ni....

“Beri saya masa Zafril. Semua ni datang sekelip mata dan saya tak boleh nak terima”,
aku bersuara perlahan.
“Saya faham. Jadi sebagai permulaan kita kena jadi kawan kan?”, dia tersenyum
memandang. Aku balas dengan senyuman yang paling cun pernah aku buat. Macam
mana tu??? Ya...kita kena jadi kawan. Lepas kawan baru la ada feeling. Hehehehe...baru
2 hari aku kenal dia. Bercakap pun (kalau la boleh dikategorikan bercakap bukan
bertekak) pun sikit je. Mana ada orang boleh ambil keputusan nak hidup sesama dalam
masa 2 hari je kenal??? Cuba cakap sikit kat aku. Sebenarnya dalam hati aku dah
berbunga-bunga seri pagi dah ni. Aku suka sebenarnya tapi sebagai pompuan takkan nak
tunjuk sangat kot. Kena jual mahal sikit. Dah la dia ni main terjah je. Dari celah-celah
tingkap aku nampak banyak betul kepala orang yang mengintai. Yang pastinya harapan
mak aku dan makcik Yah nak berbesan macam cerah je. Hehehehe....

“Ha…akak mengintai ye”, makcik kenit dah menyelit kat tepi aku. Sibuk betulla dia ni.
Macam mana dia masuk bilik aku ntah. Bukan aku dah kunci ke pintu tadi? Konfius!!
Makcik kenit ikut sama menjenguk kat tingkap. Nasib tingkap ni boleh nampak luar je.
Orang luar tak boleh nampak dalam. Kalau tak, malu aku. Sure Zafril tau aku tengah syok
mengintai dia. Hish...malu...

“O..Kak Hurin tengok pak ucu Syafiq cuci keta ek?”, Makcik kenit ni. Sesaat tak
bercakap tak boleh agaknya. Ada aje soalan cepumas dia. Tak boleh tengok aku senang
sikit.

“Kite bagitau Pak Ucu Syafiq yang kak Hurin intai dia”, belum sempat aku tarik tangan
dia, makcik kenit dah berlari keluar. Ish...tak boleh simpan rahsia la makcik kenit ni. Aku
cubit jugak la pipi dia ni karang. Aku tengok dari celah tingkap, makcik kenit dah
berbisik-bisik pada Zafril sambil tunjuk-tunjuk kat tingkap bilik aku. Eee..malunyer..sure
dia cite aku ngendap ni.. Zafril dah tersenyum-senyum dah. Ape la agaknye diorang
borak ye?? Eee..jelesnya aku dengan makcik kenit ni. Tu bakal boyfriend aku tau...mane
tak jeles.. Takpe.. petang ni aku balik KL dengan Zafril. Ni semua sebab semalam.
Hehhehehehe....

“Saya faham. Jadi sebagai permulaan kita kena jadi kawan kan?”, saat Zafril cakap
macam ni aku dah tersenyum dah. Rasa macam makan aiskrim je syoknyer. Aku pun
angguk kepala. Makcik kenit kat sebelah dah tarik-tarik baju aku.

“Cepatle Kak Hurin. Kate tadi nak makan aiskrim” makcik kenit ni tak sabar betulla. Tau
ar gile aiskrim. Ntah perangai sapa la dia ikut ni. Aku ke? hehehe...Aku pun masuk gear
reverse. Sambil tu sempat senyum-senyum ngan Zafril. Ish..rasa tak nak berpisah je. Tapi
tiba-tiba... Dooommmmmmmm........................... Mak!!!!!! Aku langgar ape ni???
Jantung aku dah nak tercabut dah ni punye takutnyer. Aku paling ke belakang. Keta abah
aku!!!!!!!! Zafril dah ternganga. Makcik kenit kat sebelah dah tutup mulut. Aku yang
dalam keta rasa nak pitam bila dengar abah aku jerit.

“Alamak keta aku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Hurin!!!!!!!!!!!!!!!”


Aku berdiri macam robot depan abah aku. Tunduk ke bawah bilang jari-jari kaki aku.
Cukup tak sepuluh?? Zafril dah senyum-senyum ngan mak aku. Huh..tak guna betoi.
Ingat nak tolong backup. Makcik kenit kat sebelah pun tegak je macam ais. Ni semua
makcik kenit punya pasal. Pasal dia tak sabar-sabar nak makan aiskrim la aku terlanggar
keta abah aku. Ha sekarang sapa nak jawab kat abah aku. Dah la aku pegi langgar keta
antik Nissan Datsun (Abah aku panggil porsche merah) kesayangan abah aku. Punya la
abah jaga keta dia ni macam jage bini (eh..mak aku kata abah aku lagi sayang keta dia
daripada mak aku). Kucing pun tak berani nak menyendel kat keta tu tau. Yang aku sedap
je pi langgar keta dia. Ha..sekarang jawab...

“Abah marah Hurin ke?”, aku buat muka sedih. Eh..memang aku sedih ni...plus cuak. 

“Kenape la Hurin pegi langgar keta abah tu? Time nak reverse tak tengok belakang ke?”,
abah geleng-geleng kepala. Sambil tu dia dok tengok bahagian depan keta dia yang dah
kemek sikit tu. Eh bukan sikit, banyak. Hehee.. Alah bah... benda dah jadi.. tak leh nyesal
dah. Macam mane la aku tak perasan keta abah aku kat belakang keta aku ye?? Oh ye.
Tadi memang aku nak reverse keta abah aku dulu. Sebelum tu aku start keta aku. Lepas
tu Zafril plak tetiba muncul. Tengah syok-syok layan feeling ngan Zafril aku terlupa keta
abah aku kat belakang tu. So sekarang aku le yang salah ye???

“Ala abah. Sorila. Ni boleh repair lagi ni. Abah gi kedai Ah Seng buncit kat pekan tu
suruh dia ketuk-ketuk sikit ok la nanti”, aku bagi cadangan baik punya (bak kata Dafi la).
Mak aku yang diam je dari tadi pun ikut belek-belek keta abah aku yang kemek tu. Ala
aku tau mak aku sure tak sedih punye keta tu kemek. Sebab lepas ni abah aku sayang
lebih lagi kat mak aku dari keta dia ni. Hik..hik..hik...

“Tu la.. Kuat sangat berangan, ntah ape yg diangankannye ntah”, ala mak ni. Ingat nak
backup tapi dia pun tumpang join abah kutuk anak dia ni.

“Dah la tu. Kereta Hurin ni ha macam mana pulak? Kemek teruk ni?”, oh ye lupe plak
keta aku. Ha ar la. Keta aku lagi teruk kemek. Nape aku tak perasan plak tadi?

“Hurin tinggal je keta kat sini dulu. Minggu depan baru ambik balik. Biar abah pegi antar
ketuk”, abah aku memang bagi cadangan yang bernas sebabnyer aku kalau tanye bab-bab
keta ni cuma isi minyak je aku tau. Tu pun selalunya abang Bangla yang tolong isikan.
Bukannyer susah pun. Senyum sikit sure dia tolong punyer. Isi angin tayar pun aku baru
je belajar. Penat jugak la Zara ajar aku isi angin tayar kat Petronas dekat ofis tu. Tapi aku
kira ok lagi la daripada Shira. Sekurang-kurangnya aku tau bawak keta (auto je la). Yang
si Shira tu lagi la. Nak start enjin keta pun tak reti.

“Habis tu camne Hurin nak balik KL esok? Lagi satu..macam mane Hurin nak gie keje
ni?? Tak nak la Hurin naik limosin panjang tue. Nanti ader aje orang yang langgar lopak
air basahkan baju Hurin..”, aku menjeling Zafril. Hehehe....sempat jugak aku kenakan dia
nie. Syoknyer. Aku tengok Zafril dah terbuntang mata dia pandang aku.
“Hish...orang yang langgar lopak air ke Hurin yang jalan tak pandang bawah. Macam
mak tak tahu perangai Hurin ni. Tu longkang yang besar depan tu pun Hurin boleh tak
nampak. Bukan Hurin pernah jatuh ke dalam longkang tu?”, Eee..mak aku ni. Tak sah
kalau tak bukak citer pasal aku. Saje je. Aku tengok Zafril dah tersengih-sengih. Kalau
aku tak jeling kat dia agaknyer dah tertonggeng-tonggeng dia gelakkan aku. Memang
masa tu aku tak perasan ader longkang. Yela baru je pindah kat rumah ni. Pulak tu kat
depan tu penuh dengan lalang. Aku ingat jalan clear je. Aku pun tak pandang bawah lari
kejar pakcik putu mayam yang lalu depan rumah aku. Aku kejar pun sebab mak aku gak
yang teringin nak makan putu mayam. Alih-alih aku dah terjun masuk longkang. Tak
berterima kasih langsung mak aku ni la.

“Emm...Pakcik, makcik macam ni la. Apa kata kalau Hurin saya hantarkan balik esok.
Saya jugak nak minta kebenaran pakcik dengan makcik ambil dan jemput Hurin ke
tempat kerja dia sementara kereta dia rosak ni.” Zafril yang dari tadi hanya tersengih tiba-
tiba jadi serius. Aku dah tercengang kat situ. Suka-suka hati dia je nak bawak aku masuk
keta dia tue. Pulak tu berani mintak permission kat mak ngan abah aku.

“Tak susahkan Zafril ke?”, abah memandang Zafril. Hahaha..tu la..awak ingat abah kite
senang-senang je ke nak bagi anak dara dia ikut orang macam awak??

“Eh..taklah pakcik. Lagipun kami lalu jalan yang sama ke tempat kerja”, Zafril ni biar
benar. Hish takkan aku nak pegi keje ngan dia kot. Kalau Shira dengan Zara tau habisler
aku.

“Emmm...Okla...Hurin..Cakap terima kasih kat Zafril ni”, hish...mak ngan abah aku ni
biar betul. Tak nak le naik keta dengan dia. Eee...Zafril hanya senyum sambil kenyit mata
kat aku.

“Kak Hurin, Pak Ucu Syafiq cakap balik KL pukul 5 lepas semayang tau”, ntah bile
pulak makcik kenit ni ade kat sini. Suke sangat jadi chipsmore. Kejap je hilang kejap je
muncul. Aiap bawak ‘boypren’ dia si Syafiq sekali.

“Kak Hurin nanti nak kawin ngan Pak Ucu ye?”, soalan maut daripada Syafiq cukup buat
mata aku terbeliak besar. Syafiq duduk sebelah aku. Makcik kenit ni pun nak menyibuk
jugak duduk sebelah aku. Aih...macam mak orang pulak aku rasa.

“Hish...sape cakap? Mane ade”, suke-suke je kate aku nak kawin dengan Pak Ucu dia.

“Tapi nenek cakap semalam Pak Ucu nanti nak kawin ngan Kak Hurin”, ish..bakal mak
mentua aku ni. Kalau ye pun berkenan sangat kat aku ni ha jangan ar sampai citer kat
cucu dia yang mulut takder insurans ni. Kang habis satu taman perumahan ni tahu. Si
Syafiq ni ditambah pulak dengan makcik kenit yang becok ni punyer geng satu taman tu.
Diorang ni kalau bercerita sesame sendiri macam-macam kisah. Pasal makcik Eton pakai
gigi palsu pun diorang punyela heboh. Kang tak pasal-pasal aku pulak jadi bahan gossip
bebudak kecik ni.
“Nenek main-main je tu.” Dah takder idea nak cover macam mana.

“Em..nanti Syafiq pun nak kawin ngan Shahira. Kan Shahira kan?”, Syafiq memandang
Shahira. Yang makcik kenit ni pun dah terangguk-angguk. Aih..boleh tahan gatal jugak
bebudak kecik ni. Ni tak boleh biar main dua orang je ni. Bahaya!!! Hahahaha...

“Hurin balik dulu mak”, aku tunduk menyalam mak. Lepas cium-cium pipi, aku salam
pulak abah aku. Pastu aku salam makusu, Makcik Yah, bakal mak mentua aku ni.
Hehehe…

“Ha..Zafril, bawak keta tu elok-elok. Ingat kau tu bawak anak dara. Dah sampai KL nanti
jangan lupa call” Zafril hanya tersenyum dengar amanat khas dari makcik Yah. Aku pun
senyum jugak le. Ish..macam suami isteri plak nak balik lepas sambut ari raye rasenye.
Hahahaha.....

“Bye makcik kenit”, aku cium pipi makcik kenit. Ish...tak sanggup plak nak berpisah
ngan adik sedara kesayangan aku ni. Comel betol!! Aku cubit pipi dia.

“Adoi...” makcik kenit merengek manja. Eleh..buat-buat sakit je tu. Aku melangkah
masuk ke dalam keta Zafril. Lebih tepat keta yang aku calarkan tu. Nampaknye seminggu
le aku naik keta ni nanti. Eee..beznyer...

“Eh Zafril...Keta ko calar ni. Kenapa?”, soalan abah aku buat aku terdiam. Alahai abah
aku ni. Nape tanye....

“Entahla pakcik. Ntah kucing comel mana ntah cakar”, huh...dia kate aku kucing???
Nasib boleh dimaafkan sebab dia tambah perkataan comel kat depan.

“Eh ni bukan kesan cakar kucing ni. Ntah bebudak nakal mane yang calarkan ni”, abah
membelek-belek keta Zafril. Abahku..sesungguhnye anakmu yang comel ni la calarkan.

“Err...okla abah. Hurin balik dulu ye”, aku segera memberi isyarat pada Zaril supaya
segera beredar. Hehehe...Bukannye ape, kalau lame lagi maunyer rahsia aku terbongkar.
Mamat ni bukan boleh percaya sangat. Aku duduk tegak dalam kereta Zafril. Walaupun
lenguh tapi aku maintain coverla. Ish...ape aku nak borak ngan dia ye?? Aku bukannyer
boleh dok diam macam ni. Serba tak kena rasanyer. Yang Zafril ni pun satu, ader emas ke
dalam mulut dia? Dari tadi asyik sangat bawak keta pandang depan. Nak kata laju aku
nengok meter tu tunjuk 80 km/j jer. Ish..lembap betul mamat ni bawak keta. Dia ni tak
ingat ke aku yang comel ni ade kat sebelah? Tangan aku yang gatal capai tisu dan lap-lap
dashboard. Ish..ape aku buat ni???

“Aik..rajinnyer anak dara makcik Jamilah ni. Lepas ni boleh la tolong cuci keta saya plak.
Alang-alang dah lap-lap tu kan...”, ciss...tak sah kalau tak cari gaduh dengan aku. Tangan
aku yang tengah lap tadi terus dengan automatiknyer terhenti sambil aku bagi jelingan
maut kat Zafril.
“Oh boleh la....Boleh blah!!!!!!!” Zafril tertawa. Ape ingat aku buat lawak ke?

“Hish..kenape la garang sangat ni? Gurau sikit pun tak boleh ke? Macam mana nak jadi
isteri saya ni? Saya tak nak isteri yang garang tau”.

“Suka hati datuk moyang cicit saye la”, aku terus membuang pandang ke luar. Bile masa
plak aku nak jadi bini dia? Suke-suke je...

“awak...yang awak asyik sangat pandang luar tu buat ape? Kelapa sawit je ade. Baik
awak pandang saya yang kat sebelah awak ni ha. Tadi bukan main terintai-intai. Ni
sekarang ada depan mata tak nak pandang”, Zafril tersenyum nipis. Hish....dia tau aku
intai dia tadi. Ni mesti makcik kenit citer kat dia. Eeee....

“Eh..sorry sikit. Bile masa saya intai awak? Saya intai kat tingkap tu sebab nak tengok
kalau-kalau babu jual roti tu lalu”, aku menjuih bibir.

“Oh ye ke?? Tak tau pulak saya babu tu lalu kat tepi tingkap bilik awak ye. Bukan
tingkap bilik awak mengadap tepi ke? Nampak ke jalan? Terror jugak awak ye. Ader
banyak mate ye?”, ceh....mangkuk betoi. Dia kenakan aku. Yang aku ni pun bagi reason
tak masuk akal betul. Huh..malas nak layan.

“Drive je la. Laju sikit. Cepat kita sampai KL”, aku malas nak lawan cakap dengan dia ni
lagi. Asyik-asyik aku je yang kalah. Zafril meneruskan pemanduan. Ha..baru diam. Aku
melemparkan semula pandangan ke luar tingkap. Terasa lambat benar perjalanan pulang
ke KL kali ni. Selalu tu tak sampai sejam aku dah sampai. Tiba-tiba perut aku memulas.
Ish..nape plak ni? Aduh.. sakitnye... Rase macam nak u’uk pulak dah. Apehal pulak perut
aku meragam time ni? Macam mana ni?? Nak cakap malu pulak... Nak tahan..dah tak
tahan ni. Terasa peluh membasahi dahi aku. Bulu roma aku jangan cakaple..dah tegak
dah. Panasnyer......

“Awak panas ke? Saya kuatkan aircond ye?”, Zafril memulas punat aircond. Mukanya
resah memandang aku.

“eh..awak tak sihat ke? Tiba-tiba berpeluh ni? Muka pun dah merah”, Zafril
memberhentikan kereta di bahu jalan. Aku dah menekan-nekan perut. Sakitnyer!!!!

“Err...awak....saya.....errr...saya...nak pegi toilet”, aku tertunduk malu. Sure muka aku


tambah merah ni.

“La..apsal tak cakap? Boleh tahan lagi tak? Kat mana ye? Emmm.......” Zafril segera
menekan minyak. Akhirnya aku selamat melepaskan hajat. Sesampai je keta Zafril depan
restoran KFC terus aku berlari keluar. Tak pandang dah kat mana-mana. Nasib Zafril
pandai cari tempat. Lega. Tapi skang aku tengah menyiapkan muka nak pandang muka
Zafril. Malunyer aku. Macam mana ni. Nak buat selamba ke ha? Ish....aku pun dengan
selambanyer masuk semula dalam kereta Zafril. Malas aku nak pandang muka dia.
Macam aku tak tau dia dah sengih-sengih.
“Lain kali, jangan malu nak bagitau. Kang terlepas kat dalam keta ni sape yang susah?
Saya jugak. Mau sebulan bau tak hilang”, Cisss......takpe. Dia kenakan aku.

“Dahle..Cepat jalan”, dia ni takleh dilayan. Kang aku jugak yang kena balik. Huh...Zafril
meneruskan pemanduannya. Dia ajak aku singgah makan dulu tapi aku berkeras nak
balik cepat. Sebenarnyer aku malas nak mengadap muka dia. Malu aku tak habis lagi
inikan pulak nak mengadap muka dia sepanjang makan. Tak kuasa aku. Sampai je depan
rumah, cepat-cepat aku ucapkan terima kasih.

“Esok saya ambil awak ye”, Zafril memandang aku sambil menyerahkan beg pakaian.

“Emm..tak payah le. Saya tumpang kak anis je. Dia pun dah janji nak tumpangkan saya”,
aku berusaha menolak.

“Kan saya dah janji dengan abah awak nak hantar awak pegi keje”, Zafril agak terkejut
mendengar jawapan aku.

“Ish..saya kate tak payah..tak payah le.. Anyway thanks sebab hantar saya balik”, aku
segera membuka pintu pagar. Cepat-cepat aku masuk ke dalam rumah. Aku intai dari
celah-celah sliding door. Aku tengok Zafril masih tak berganjak lagi. Ish..dia nak
camping depan umah aku ke? Lantak le. Tak lama kemudian aku tengok kereta Zafril
beredar pergi. Padan muka!!

“Beznyer Hurin. Macam cerita fairy tales ler”, terlopong mulut Shira dan Zara
mendengar citer aku pasal Zafril. Fairy Tales??!!! Huh...

“wei..apesal ko jual mahal plak dengan dia ha?”, Shira ni tak habis-habis mengunyah.
Ader aje makanan kat mulut dia ni.

“ala...biarle jual mahal sikit. Baru best. Kalau korang nak tau macam tu la nak test
kesungguhan seseorang tu betul-betul sayangkan kite ke tak” eh..betul ape.. Aku bace
dalam majalah kat kedai rambut Tokyo tempat aku gunting rambut tu. Punyer la khusyuk
aku bace.

“Ye la tu. Ko jangan Hurin. Zafril tu dah le handsome. Kang tak pasal-pasal melepas.
Bile dia dah tak larat nak layan pe’el ko nanti ha baru ko tau..” Aku mencebik. Eleh..

“Eh..tu Zafril datang le”, segera aku duduk tegak. Kononnye tengah busy buat keje. Aku
buat derk je bile dia lalu depan meja aku. Yang si Shira dan Zara ni pun satu. Tak payah
le pandang Zafril lebih-lebih. Aku jeles tau!!! Nape dia tak tegur aku pun? Buat-buat tak
kenal je. Takkan marah kat aku kot. Alah..aku pun satu...tak tegur dia gak. Ish...

“Eh..Hurin, betul ke citer ko ni? Aku tengok dia macam buat tak tahu je kat ko”, Zara
bertanya dengan muka konfiusnyer. Aku pun konfius gak. Dia ni betul-betul suka kat aku
ke? Ke main-main jer?
“Hurin..Shira, bos panggil”, Shalini PA bos aku tetiba muncul. Aku dan Shira saling
berpandangan.

“Hurin, mulai hari ni projek di Shah Alam biar Shira yang uruskan. Awak akan lead
projek kita di Klang”, bos aku memberi arahan. Zafril yang ader dalam bilik bos aku tu
still buat tak tahu je. Pandang muka aku pun tak. Kenape pulak aku kena bagi projek aku
kat Shira???

“Tapi kenapa bos?”, aku nak tahu kenapa..tak kira...

“Emm..awak lebih berpengalaman dari Shira untuk projek di Klang tu”, pendek je
jawapan bos aku tapi banyak yang aku tak puas hati. Pertama, bos aku dah rosakkan
rancangan aku nak berbaik dengan Zafril. Kedua, aku bukan percaya sangat kat Shira ni.
Buat nyer dia ngorat Zafril macam mana??? Ish..Hurin..nape jadi macam ni???

“Emm..kalau tak der ape-ape lagi awak boleh keluar. Emm..Shira pergi ambil semua file
berkenaan projek Shah Alam pada Hurin dan kita meeting sekarang. Zafril pun dah ada
kat sini”, Shira segera mengangguk kepala. Nak tak nak aku terpaksa bagi projek tu pada
Shira tapi hopefully dia tak ambil Zafril sekali.

“Hurin...Hurin..ko jangan ler marah kat aku. Ish...", Shira yang dari tadi mengekor
belakang aku tak ku endahkan. Sakit hati aku ni masih tak habis lagi. Ape dia ingat
senang-senang je aku nak maafkan dia.

“Ye la Hurin. Ko dengar la dulu ape Shira nak cakap ni”, Zara tetiba muncul. Zara pun
satu. Still nak backup si Shira ni. Dia tak ingat ke apa yang Shira buat kat aku? Lepas je
Shira ambil alih projek kat Shah Alam tu atau lebih tepat in collaboration with Zafril’s
company, Shira ni dah tak pandang dah aku dengan Zara. Tiap-tiap hari berkepit ke hulu
ke hilir dengan Zafril. Breakfast sama, lunch sama, dinner pun sama..nasib masuk toilet
lain-lain. Yang paling aku sakit hati siap tayang depan mata aku drama diorang ni.
Menyampah..meluat aku tengok. Ada satu hari tu...

“Hai”, terkejut aku tiba-tiba aje Zafril rajin tegur aku. Selalu tu pandang aku pun tak.
Asyik-asyik Shira aje yang dicarinya. Aku hanya memandang selamba.

“Nak ape?”, huh..tak ingin saya nak layan awak baik-baik.

“Kenapa cepat marah-marah ni? Takla..saja tegur...dah lunch ke?”, Zafril dah berdiri
tegak depan meja aku. Nak ajak aku keluar lunch ke? Hehehe…ni mesti nak ambil hati
aku balik ni.

“Malas la. Diet”, aku meneruskan menyelak fail-fail di atas meja aku.

“Bagusla macam tu. Saya baru nak nasihatkan awak tak payah makan tengahari ni.
Memang awak kena diet. Saya tengok dah banyak lemak terkumpul dah tu. Anyway,
tolong pesan kat Shira saya ambil dia waktu lunch karang ye”, Zafril terus berlalu pergi.
Ciss..kalau setakat nak mengutuk aku baik tak payah. Ingat nak ajak gi lunch.

“Zafril!!!!!”, tiba-tiba aje Shira ni muncul.

“Hi sayang. I baru je nak ajak you pergi lunch”, Zafril berpatah balik. Shira dah tergedik-
gedik kat situ. Sakit mata aku nengok.

“Ok..Jom”, Shira terus menarik tangan Zafril. Aku hanya terdiam memandang. Zara yang
dari tadi hanya diam memandang simpati pada aku. Sampai hati Shira buat aku macam
ni. Zafril pun sama. Selama ni dia hanya main-mainkan aku jer.

“Kau tak apa-apa Hurin”, Zara menghampiri aku.

“Jom kite pegi lunch. Ikan bakar nak tak?”, Zara cuba menghiburkan hati aku. Tapi saat
ni aku rasa nak menangis je.

“Tak nak le. Aku tak de selera la. Ko pergi la”, terus aku bangun dari tempat duduk. Aku
tak nak Zara nampak aku nangis. Malu la aku. Terus aku menuju ke bilik stor tempat
simpan fail-fail lama. Nangis...nangis dan nangis lagi kat situ. Tak suka!!!!

Terasa bersalah pulak aku buat dia nangis tengahari tadi. Zara kata lama jugak dia
bertapa dalam bilik stor tu. Hurin.. Hurin... Yang aku pun selalu aje sakitkan hati dia.
Bukan ape.. Aku suke tengok bila dia marah-marah. Terasa comel sangat. Mata tu kejap
besar kejap kecik. Muka tu jangan cakap le. Merah! Sama je macam adik sedara dia
Shahira. Mulut tu ader aje jawabnya. Waktu nak balik KL, aku saje je tanya pasal dia
intai-intai aku kat celah tingkap. Lancar je mulut dia cakap bukan tengok aku tapi tengok
babu jual putu mayam. Aku rase time tu kalau aku tak tahan gelak maunyer aku bantai
gelak kuat-kuat kat situ. Macam aku tak tau memang dia dok mengintai kat tepi tingkap
tu. Bukan Shahira yang bagitau tapi makcik Jamilah yang cakap. Bakal mak mentua aku
dah kamceng dah. Pasal projek tu pulak memang aku yang minta Azhar tukarkan dengan
Shira.. Azhar pun dah janji nak tolong aku. Yang pastinya aku tau dia pun suka kat aku
jugak. Risau jugak aku hari tu dia tak nak makan. Pagi tu pun Shira kata dia tak makan
sangat. Nasi pun dikuis-kuis je. Yang aku pulak lagi mau sakitkan hati dia. Paling aku
sakit hati boleh pulak dia keluar dengan Razif. Time tu kalau aku dapat muka Razif
maunyer aku bagi penumbuk sebijik. Walaupun aku tau Hurin sengaja je buat macam tu.
Tapi takpe...lepas ni dah tak nak gaduh-gaduh dah. Cukup-cukup la tu. Yang aku tahu
aku sangat sayangkan dia dan hanya dia yang akan jadi menantu mak aku.

“Hurin, aku dengan Zafril tak de ape-ape la”, sebaris ayat yang keluar dari mulut Shira
buat langkah aku terhenti. Aku berpaling semula mengadap Shira.

“Tak de ape-ape? Berkepit ke sana ke sini berdua ko kata takde ape-ape?”, aku mencebik.
“So ko jeles la ye?”, hello…dia ingat aku ni patung ke takde perasaan?

“Tak le..aku suka sangat!!!!!!!!!”, aku senyum selebar-lebarnya.

“Hurin...Hurin..ko ni memang ego la. Mengaku je la ko memang sayang sangat kat Zafril
tu”, Shira dah memeluk bahuku. Ish..apa pegang-pegang ni. Rimas la.

“Kalau ko nak tau Zafril dengan aku sengaja je nak buat ko jeles”, Shira dah terkekeh-
kekeh ketawa.

“Sampai hati ko Shira buat aku macam ni”, aku dah terduduk. Tak guna punya kawan.

“Rileksla Hurin. Sebenarnya Zafril tu takut ko terima dia nanti sebab terpaksa dengar
cakap abah ngan mak kau. Dia nak pastikan perasaan kau pada dia. Yela..kau layan dia
macam nak tak nak je. Dia terasa tau. Lepas tu hari tu ko siap keluar dengan Radzi pergi
lunch. Dia sedih tau”, Ha..ar memang aku keluar dengan Radzi. Ye la..dia sakitkan hati
aku boleh. Aku pun nak gak sakitkan hati dia.

“Hurin, kalau suka cakap suka Hurin. Cuba tunjuk sikit perasaan sayang ko tu. Ni tak.
Asyik kayu je”, Zara dah mula nak bagi nasihat kat aku. Aku tertunduk memandang
lantai. Entahla.

“Aku takut Zara, Shira. Aku baru je kenal dia. Hati budi dia pun aku tak kenal lagi. Aku
takut nak mengaku perasaan aku kat dia. Kadang-kadang aku rase aku ni dah gile. Pada
masa yang sama, aku takut dia cari perempuan lain. Aku tak nak dia pergi”, ceh..nape aku
boleh jadi macam ni. Penat tau layan perasaan macam ni.

“Itu tandanya ko memang sayangkan dia. Cuba ko fikirkan balik Hurin. Si Radzi yang
terhegeh-hegeh kat ko sejak kita kat U lagi, sikit pun ko tak layan. Zafril hanya muncul
dalam hidup ko baru beberapa hari dah buat ko tak tido malam. Itu tandanya korang ni
memang ader instinct tau”, Zara mengangguk-angguk kepala. Lagaknyer macam
professor yang tengah berfikir.

“Kau tau tak Hurin. Hari tu masa ko nangis kat dalam bilik stor tu Zafril risau betul. Dia
tau ko tak nak lunch. Kau ingat tak tetiba Muniandy bawa balik nasi briyani. Dia kate bos
belanja. Sebenarnya Zafril yang belikan. Dia sengaja belikan untuk semua sebab kalau
dia belikan untuk ko sorang je sure ko tak nak makan”, Ish..Zafril tau aku nangis? Eee..
malunyer. Oo..patutle ari tu Muniandy tu beria-ia suruh aku makan. Aku yang baru lepas
nangis ni memang dah kebulur. Mula tu nak jual mahal gak tapi bile aku tengok nasi
briyani tu berasap-asap siap ader ayam masak madu lagi...mana air liur aku tak kecur.
Zafril yang beli? Eee..sayangnyer kat dia!!!!!

“Hah..tu dah tersenyum-senyum sorang tu ingat kat Zafril la tu”, Shira ni. Tak boleh aku
nak berangan sikit la. Ish..tetiba rindu plak kat Zafril.
“Ni yang aku tak tahan ni. Hurin ni kalau hormon gatal dia dah datang risau aku tengok”,
aku senyum lagi. Aku janji lepas ni aku akan layan dia baik-baik. Biar dia sayang kat aku
sorang je.

“Nah..Zafril bagi”, Shira menghulurkan sekeping kad kecil. Comelnyer....kaler pink. Aku
segera membuka kad. Setiap perkataan yang tertulis di dalamnyer betul-betul buat aku
terharu. Terasa nak suruh abah aku kawinkan aku secepat mungkin dengan Zafril.
Hurin Ain Syazwin,
You're the sun that shines in my sky.
You're stars that glisten in the night.
You're the light that guides me through the darkness of the night. When everything goes
wrong in my life you're that little voice that whispers everything will be all right.
You're my little angel that wipes the tears from my eyes.
You're the reason my heart sings;
You're my moon, my stars, YOU’RE MY EVERYTHING.

-Zafran Zafril-

“Rehat kang kite pegi Jalan TAR nak? Aku nak singgah kedai buku mamak tu la”, Syira
dan Zara berpandangan sesama sendiri. Pelik! Orang kalau pegi Jalan TAR nak shopping.
Atau singgah kat SOGO. Ini Hurin nak pegi kedai buku?? Ape kolot sangat minah ni?

“Yang korang pandang aku macam aku ni Miss Universe ni apsal?”, selamba aku
mencapai teh tarik Syira. Hari ni aku tersilap la beli air. Patutnya kalau makan roti canai
lawannya teh tarik. Lengkap kolestrol. Ini aku bli air milo plak.

“Ko datang bulan ek? Sejak bila ko rajin nak gi kedai buku ni? Selalu tu kalau aku ajak
ko teman aku pegi kedai buku kat depan tu punyer ar ko bagi alasan macam-macam.
Kedai buku tu bau kemenyan la, panas la, berserabut la, ntah ape-ape ntah lagi”, Zara
konfius. Aku buat muka selamba. Alah Zara ni. Biar la aku nak gi kedai buku. Suka hati
aku la. Aku bukannya alergic dengan kedai buku tapi kedai buku kat depan ofis tu aku
memang menyampah nak pegi. Sebenarnya aku tak tahan ngan tauke kedai tu. Suke
senyum-senyum gatal dengan aku. Mula-mula tu memang ar aku balas senyum dengan
dia tapi lama-lama aku nengok makin pelik je dia ni. Lagipun aku geli la. Misai dia
panjang sangat. Bini tauke tu pun dah pandang semacam kat aku. Tak nak la!!!

“Alah..aku ingat nak beli buku sikit. Yela..ada kajian mengatakan rakyat Malaysia tak
suka membaca. So aku nak membetulkan fakta yang tak betul tu”, hehehehe...

“Yela...”, serentak Syira dan Zara menjawab. Perli la tu.....

Puas aku cari buku yang aku nak kat kedai buku ni. Nak tanya kat budak pompuan
pekerja kedai buku ni aku malu la pulak. Rimas pun ade dengan budak pompuan ni. Dari
tadi asyik tanye aku buku ape aku nak beli. Pulak tu asyik mengekor belakang aku 24
jam. Nasib Syira dan Zara khusyuk pilih novel. Kalau diorang tau malu la aku. Hah..dah
jumpa.Tapi tajuk dia lain sikit la. Ala boleh la ni kot. Lebih kurang je. Segera aku ke
kaunter untuk membuat bayaran.

“Ko beli buku ape ni Hurin? Hah? CARA-CARA MENAMBAT HATI SUAMI?”, Syira
dah ketawa tak ingat dunia. Zara pulak muncul kat sebelah dia. Combine gelak lengkapla
diorang ni buat muka aku macam udang kering kena bakar. Mangkuk betul!

“Ish...korang ni. Senyap la sikit”, segera aku keluar dari kedai buku tu. Kalau layan
mangkuk dua orang ni maunya semua orang dalam kedai buku ni join gelakkan aku.

“Hurin, apsal ko bli buku ni? Ooo...nak jadi rakyat Malaysia yang rajin membaca
konon..hahahahaha........”, diorang ni masih tak henti-henti gelakkan aku. Dah sampai
kedai makan kat Pertama Complex ni pun mulut diorang ni masih tak diam. Kang aku
baling goreng pisang kang.

“O..ko nak menambat hati Zafril ek? Apsal ko bli tajuk CARA-CARA MENAMBAT
HATI SUAMI? CARA-CARA MENAMBAT HATI BOYFRIEND takde ke?”, ketawa
Zara mula reda.

“Aku tak jumpa la. Ini je aku jumpa”, betul..aku dah cari tapi tak jumpe. Zara dan Syira
kembali menyambung ketawa. Menyampah betul la.

“Yang kau ni susah payah beli buku buat ape? Ko patut tanya ni ha...Hanis Asyira. Pakar
rujuk cara-cara nak mengorat”, Syira dah mendabik dada. Eleh...Pakar rujuk konon.

“Eh Syira. Abang CIMB ko la”, Syira tersentak. Terus diam.

“Mana? Eh..make up aku ok tak?”, Syira dah mengelap mukanya dengan tisu. Serentak
aku dan Zara ketawa. Pakar konon. Baru gertak sikit dah menggelabah.

“Hantu ko Hurin. Ko tipu aku ek?”, Syira mencubit lengan aku. Sakit la oi....

“Hai, seronok gelak nampak?", suara yang tiba-tiba muncul kat hujung telinga aku ni
pulak yang buat aku kaku. Terkejut melihat Zafril menolak kerusi duduk di sebelah aku.
Bila masa pulak mamat ni muncul ye? Aku dah tertunduk kat situ. Apsal aku jadi ais
pulak ni?

“Hai Zafril. Tak sangka jumpa you kat sini. You datang dengan sape?”, Zara ramah
bertanya.

“Tu..dengan kawan-kawan I”, Zafril menjeling aku di sisi. Aku buat muka bodoh je.

“Hah Hurin. Semalam kata rindu. Ni Zafril kat depan mata apsal ko senyap plak?”, Ish..
Syira ni.. aku gam pulak la mulut dia. Zafril hanya tersenyum memandang. Alahai.....
“Well. I pinjam kawan you all yang comel ni sekejap hari ni boleh? Nanti I akan hantar
dia balik ofis”, selamba aje Zafril bersuara. Syira dan Zara hanya tersenyum.

“Boleh aje. Tuan punya badan ni lagi suka. Oh ye..You nak tau Zafril, hari ni orang tu
ajak we all pegi kedai buku”, Syira dah mengenyit mata pada aku. No!!!! Segera aku
mencekup mulut Syira. Eee..tak boleh simpan rahsia betul la. Zafril ketawa memandang
telatah kami.

“Okla Zafril. I takutla dengan makwe you ni. Ganas sangat. You hati-hati Zafril. Kalau
ader ape-ape cecepat call kitorang ek”, Zara dan Syira dah bersedia nak tinggalkan aku.
Alamak.. segan la pulak. Mata aku asyik memerhati Zara dan Syira berlalu pergi.

“Jom”, Zafril mengajak aku menemui kawan-kawannya. Aku mengikut Zafril di


belakang. Setelah diperkenalkan pada kawan-kawan Zafril, dia mengajak aku lunch
bersamanya. Aku hanya mengangguk setuju. Sebabnye perut aku memang dah berbunyi.
Nasib tak join ngan kawan-kawan Zafril. Bukannyer ape.. segan la aku. Kawan-kawan
dia semuanya lelaki. Aku sorang je kaum hawa. Tak nak aku.

“Nak makan apa Hurin?”, Zafril bertanya apabila pelayan menghampiri meja kami.

“emm...nasi paprik”, Zafril memesan nasi putih dan tom yam untuk dirinya. Oo..dia suka
makan tomyam..... Aku memerhati keadaan sekeliling restoran itu. Ramai jugak orang.
Semuanya dah kebulur kot. Macam aku. Merah muka aku apabila aku mengangkat muka
memandang Zafril rupa-rupanya dia tekun membelek muka aku.

“Err...thanks semalam", Zafril mengangkat kening. Ada riak tertanya pada wajahnya.

“Em..awak belanja nasi briyani”, aku memberanikan diri memandang mukanya. Dia
hanya tersenyum nipis.

“Itu je?”

“Dengan kad tu. Saya suka sangat”, kad kecil kaler pink tu aku bawak ke hulu ke hilir
tau.

“So, dah habis merajuk la ni? Lain kali kalau awak nak merajuk dengan saya jangan
sesekali abaikan waktu makan ok? Nanti sakit sapa yang susah? Saya jugak”, walaupun
ada nada mengusik, tapi aku senang mendengarnya. Rasa Zafril caring sangat dengan
aku. Aku hanya tersenyum manja. Selepas itu perbualan kami lebih tertumpu soal kerja.
Dia senang bercerita tentang kerjanya yang agak sibuk sekarang. Tepat pukul 2 aku sudah
sampai di ofis.

“Ok Hurin. Thanks sebab sudi keluar dengan saya”, Zafril bersuara setelah membukakan
pintu kereta.
“Malam nanti saya call awak ye. Tak puas la jumpa awak hari ni. Selalu tu asyik nak
marah-marah je. Hari ni tiba-tiba tuan puteri saya ni bertukar la pulak”, sempat Zafril
mengenakan aku. Apalagi. Satu cubitan manja aku hadiahkan pada lengannya. Padan
muka! Dia mengaduh kesakitan.

“Ok bye”, Zafril berlalu dengan keretanya.

“Hah..macam mana tadi? Syok keluar dating?”, Zara ni tak sempat-sempat. Bagila aku
ambik nafas dulu. Ini tidak. Nampak je muka aku kat pintu terus terkam.

“Mestila best”, saje aku buat muka gatal. Nak bagi jeles kat Zara.

“Eleh, Faizal lagi best tau”, Zara tersenyum mengingati buah hatinya tu.

“Faizal ko tu jauh kat Dubai. Zafril aku ni always ade kat sini. Mana best?”, saje aku
menggiat Zara. Selalu je aku ngan Syira main-mainkan dia pasal Faizal, tunangnya.
Lepas tu mula la si Zara ni tak senang duduk. Sekejap je lepas tu mesti dah hilang pegi
call Faizal. Penat jugakla Faizal nak pujuk si Zara ni balik. Hehehehe....

“Eh...mana buku aku tadi?”, aku ternganga. Alamak..tertinggal dalam kereta Zafril.
Habisla aku. Kalau dia tengok sure dia gelakkan aku punyer. Eee...macam mana boleh
lupa ni???????

“Hai sayang”, suara Zafril di hujung handphone aku memang buat aku tersenyum.
Sesudah mandi handphone aku berdering. Melihat nama Zafril tertera di skrin terus aku
angkat. Aku rindu la kat dia.

“Hai.”

“Tengah buat ape tu?”, soalan skema!!! Hehehehe...

“Tengah cakap dengan awak la”, aku ketawa..

“Oh..kenakan saya ye. Well, rindu kat saya tak?”,

“Emm..let me see... ader la kot.. sikit je”, aku tertawa lepas.

“Boleh la tu. Saya je la yang rindu kat awak banyak!!!!”, nada Zafril seakan merajuk.

“Tapi kan saya rasa saya jumpa sesuatu dalam kereta saya hari ni la”, suara Zafril
bertukar ceria. Hish...tu dah start dah tu.

“CARA-CARA MENAMBAT HATI SUAMI. Sayang beli buku ni untuk siapa?”, kalau
Zafril ader kat depan mata aku sure dia tau muka aku dah tukar kaler pink.

“Makcik kat sebelah rumah saya yang pesan”, Zafril ketawa.


“Yeke sayang? Well, bagusla buku ni.Yang pertama...laluan ke hati suami adalah melalui
perutnya”, Zafril membaca isi kandungan buku itu. Aku hanya diam mendengar.

“Apa maksudnya ye sayang?”

“Ntah”, aku buat-buat tak tahu. “Esok jangan lupa pulangkan buku tu balik tau. Kesian
makcik Bibah. Tadi dia asyik tanyakan buku tu je”, selamba aku berbohong.

“Emm..ok. Kesian kat makcik Bibah. Mesti dia dah tak sabar nak baca buku ni. So esok
awak kena lunch dengan saya lagi la kan? Saya ambil awak kat ofis ye”, Zafril ni…
pandai cari peluang.

“Ok”, aku pun memang nak jumpa dia. Hari-hari pun takpe.

“Eh, sape tu Syira?”, mata aku tekun membelek seorang wanita yang sedang berjalan
menuju ke bilik bos aku. Cantik. Bergaya sungguh.

“Tu la Tengku Maisarah. Kawan Zafril masa kat oversea dulu katanya. Dia nak join
melabur dalam projek di Klang. Kan projek tu ader masalah bajet”, Kawan Zafril? Ni
yang tak senang duduk ni. Cantiknya. Takkan Zafril tak terpikat langsung kot. Tiba-tiba
aku rasa rendah diri sangat.

“Hai sayang”, suara Zafril mengejutkan aku. Melihat Zafril tersenyum padaku terus
perasaan tadi hilang ntah ke mana.

“Saya ade meeting. Habis meeting saya culik awak keluar ye tengahari ni”, Zafril
mengingatkan aku pada janji malam tadi. Aku hanya tersenyum riang. Namun senyum ku
hilang bila melihat muka Tengku Maisarah memandang tajam pada kami. Apesal pulak
dia ni pandang lebih-lebih ni?

“Cantik betul Tengku Maisarah tu ye Hurin. Muda-muda lagi dah pegang title CEO. Aku
dengar dia tu anak tunggal. Parents dia baru je meninggal tahun lepas. Accident. So
sekarang dia la yang kena uruskan syarikat warisan keluarga dia”, kesian jugak aku
dengar cerita Tengku Maisara ni. Mesti life dia tak enjoy kan? Sekali dengar macam
cerita Bella kat TV3 tu pulak.

“Emm.kesian jugak yek? Tengok dari luar sure ramai yang jeles dengan dia. Ye la,
cantik, bijak, kaya pulak tu. Tapi kisah sedih dia, dia sorang je yang tanggung”, ish..aku
ni emosional le pulak.

“Eh..ko tak takut ke Hurin? Aku dengar dia rapat dengan Zafril”, Zara ni. Baru je aku
punye kerisauan nak hilang, dia pulak tambah lagi.

“Camner ye Zara? Tipu la kalau aku kate aku tak risau”, aku duduk meneliti buku yang
aku beli semalam. Tadi Zafril yang bagi sebelum masuk meeting.
“Ape ko risau? kan buku ni ader. Meh kite mengkhatamkan buku ni. Aku pun boleh
tumpang skali”, Zara dah menarik kerusi duduk di depan aku.

“Er..awak..esok awak pegi mana-mana tak?”, aku memandang muka Zafril. Aku dah
bertekad walau apepun aku kena berusaha. Selepas Zafril habis meeting, Zafril
mengenalkan aku pada Tengku Maisarah. Melihat lagak manja Tengku Misarah hati aku
sakit betul. Tak habis-habis bercerita tentang kenangannya bersama Zafril di oversea.
Yang Zafril pun sibuk melayan. Memangla aku senyum je dengar pompuan ni bercerita
tapi dalam hati aku rase nak tarik-tarik je bulu mata palsu dia tu. Hilang semua rasa
kesian aku kat dia. Bab Zafril sorry ye aku nak kesian. Tambah aku rase nak cubit pipi
dia yang tebal dengan blusher tu bile dia sibuk nak ikut aku ngan Zafril keluar lunch.
Nasib la En. Azhar bos aku ajak dia keluar pergi tengok tapak projek di Klang. Nak tak
nak dia terpaksa ikut jugak. Lepas pada tu aku dah tak tunggu dah. Aku kena ikut ape
yang dalam buku tu tulis untuk pastikan Zafril hak aku sorang je.

“Em..ader kot. Pegi ofis awak amik awak keluar makan ngan saya”, Zafril mengenyit
mata pada aku. Aku tersenyum bahagia. Dalam kepala aku dah merancang banyak benda.

“Ok..kalau macam tu esok awak lunch ngan saya ye. Saya masak untuk awak”, aku dah
berkira-kira nak buat tom yam. Pastu aku nak buat sambal goreng dengan telur dadar.
Emm..sedap. Tapi aku tau buat ke??? Zafril yang mendengar tersedak. Aku cakap benda
yang pelik ke?

“Awak nak masak untuk saya? Ni boleh masuk Malaysia book of record ni..”, aku
menjeling tajam. Orang nak masak untuk dia kira baguslah tu. Lagi mau perli-perli.

“Ok sayang. Nampaknyer tak lena la saya tido malam ni asyik teringatkan awak”, aku
dan Zafril gembira menikmati hidangan tengahari kami. Ish..tak sabar rasanya nak masuk
dapur. Aku tersenyum puas bila memanaskan lauk-lauk yang aku masak untuk aku lunch
ngan Zafril tengahari ni. Zara dan Syira pun aku tak bagi. Aku nak Zafril orang yang
pertama yang rasa masakan aku yang gerenti sedap ni. Hehehe..teringat semalam. Lepas
je balik keje, terus aku pegi Giant beli barang-barang nak masak. Sebelum tu sempat
tepon mak aku mintak resipi. Mak aku punyela terkejut bile dengar anak dara dia ni nak
masak. Mak aku tanya nak buat apa? Aku kate saje nak jamu kawan-kawan makan.
Hehehe.....Punyerla bersusah payah aku siapkan. Baru aku tau betapa susahnyer nak
masak ye. Selalu tu aku tau makan je. Pulak tu mulut aku sedap je komplen kalau mak
aku terlebih garam ke, terlebih pedas ke...Ish..kesian mak aku. Lepas ni aku tak nak
komplen-komplen dah.

“Amboi..orang tu. Tak ingat kite dah. Bile pulak ko nak masak untuk kitorang? Teringin
gak nak rase air tangan ko kan? Sedap ke tak..Ini hari tu ko beria ajak kitorang datang
rumah ko rupa-rupanya ko beli kat gerai depan umah ko tu je”, Syira bercekak pinggang
memerhatikan aku memanaskan lauk dalam oven. Bagus gak bos aku ni. Pantry aku ni
siap ader fridge tau. Jangan jeles. Aku tersengih.
“Ala..lepas ni gerenti aku masak untuk korang pulak”, tangan aku lincah memasukkan
lauk-pauk dalam bekas.

“Apa yang ko masak ni?”, Zara muncul di belakang.

“Adalah.yang pastinya spesel!!!”, aku tersenyum gembira.

“Jemputla makan, awak”, aku sibuk menghidangkan masakan aku pada Zafril. Zafril
hanya terkebil-kebil memandang.

“Emm..sedapnya bau”, aku tersenyum. Ni baru bau je tau awak..rasa dia lagi best…

“Err....kita nak makan lauk ni je ke?”

“Kenapa? Tak cukup banyak ke?”, aik...banyak ape aku masak ni. Tom yam campur,
sambal goreng dengan telur dadar.

“Yela...Nasinya mana?”, o..owww.......aku lupe masak nasi!!!!!!!!!!!!!!! Macam mana


aku boleh lupe ni?? Eeee....tu la sibuk sangat nak masak lauk je... Apelagi yang aku boleh
buat. Senyum kambing je la.

“Er..saye lupe la awak”, aku dah malu dah ni. Nak nangis pun ader.

“Takpe. Kejap ye saya pegi beli nasi panas kat bawah”, Zafril segera mencapai walletnya
dan berlari pergi membeli nasi. Apela aku ni....eeee.... hahahahahahaahahaha.......... Syira
dan Zara tak habis-habis gelakkan aku. Nak buat macam mane. Memang aku terlupa gile.

“Tula..kedekut lagi ngan kitorang”, Syira dah memegang perutnya. Hah..tu la..ketawakan
aku sampai sakit perut. Apepun aku tak heran la. Yang pastinyer Zafril kate sedap. Lain
kali boleh masak lagi untuk dia. Sukenyer....

“Zafril mane? Tadi aku nampak lepas lunch ngan ko dia terus keluar”, Zara yang baru
berhenti ketawa sempat lagi nak tanye mane cik abang aku pegi.

“Dia kata nak pegi tengok tapak projek kat Klang tu”, aku mengemas bekas makanan
tadi.

“Tengku Maisarah pun ikut sekali ye?”, aku menganggukkan kepala. Ala..aku tak kisah
sangat. Sebabnyer bukan diorang pergi berdua jer. Bos aku, Amir despatch tu pun ikut
sekali.

“Emmm...doa lebih sikit ye Hurin”, aku menjuih bibir. Eleh...

“You Hurin kan?”, terkejut aku apabila Tengku Maisarah menegur aku dalam toilet. Bila
masa pulak la dia masuk dalam toilet ni. Aku sekadar mengangguk sambil tersenyum.
Buat-buat tak cam aku konon.
“Dah lama kenal Zafril?”, lantak aku la nak kenal Zafril bila.

“Tak la lama”, Tengku Maisarah hanya memandang sinis pada aku. Aku sedaya upaya
memaniskan muka. Eleh..tak heran. Setakat dalam toilet ni nak berlagak ngan aku baik
tak payah.

“Well Hurin, I ni jenis yang berterus-terang. I mengaku yang I sukakan Zafril. Kami pun
dah lama kenal. I tak tahu macam mana dia boleh sukakan you. Maybe dia hanya boring
sebab I takde. Lepas parents I meninggal, I terlalu busy sampai tak der masa nak
temankan dia. But now I want him back”, ni kata-kata menghina ni. Ikutkan baran aku
dah lame pompuan ni kena balut dengan tisu tandas.

“Okla..I tak kisah kalau you nak cabar I. But at the end of this games, I la winner",
Tengku Maisarah berlalu dengan lenggang gediknya. Aku terdiam seketika. Seumur
hidup aku tak pernah aku kena buli macam ni. Aku buli orang ader la. Ciss..tapi yang
pastinya sejak kejadian tu aku jadi tak senang duduk. Kejap termenung..kejap
mengelamun…eh sama la tu. Panggilan dari Zafril aku tak jawab. Takder mood
langsung. Dalam kepala aku ni sibuk memikirkan kata-kata Tengku Maisarah. Zafril
hanya nak mainkan aku je ke ha?? Antara aku dengan Tengku Maisarah, macam mee
goreng mamak dengan spaghetti. Sama tapi tak serupa. Yang samanya dua-dua pompuan
la. Tapi yang tak serupanya banyak sekali!!!!! Belum masuk tournament lagi aku dah
sure-sure kalah. Takkan Zafril pilih aku berbanding dengan dia. Aku rase nak nangis dah
ni. Kenapa la aku jadi lemah macam ni?? Wake up Hurin Ain Syazwin.

“Weh..ko ni nape? Semenjak dua menjak ni ko diam je. Selalunyer pagi-pagi lagi dah
dengar mulut ko tu macam itik. Sampai pak guard bangunan sebelah tu pon ko boleh
duduk bersembang”, Syira duduk di sebelah aku membawa bungkusan nasi lemak. Ada
tiga. Satu tu mesti aku punye.

“Takder apela”, aku mengeluh. Nak citer kat Syira dengan Zara ke ha?

“Jangan nak tipu la”, Zara menuang air milo dalam cawan. Emm..air milo Zara sedap tau.
Kaw-kaw punyer.

“Korang rase kan, aku ni ok tak?”, Syira dan Zara terkebil-kebil memandang aku.

“Eh..ko tak ok ke? Kalau ko tak ok dah lame dah kitorang antar umah sakit jiwa”, Syira
ketawa. Ape punyer soalan la ni.

“Bukan tu la. Maksud aku, aku ni menarik tak?”, beria aku nak dapatkan jawapan dari
Syira dan Zara.

“Emm....”, Zara membelek aku atas dan bawah.


“Nak kate menarik, menarik aku lagi la. Tapi kalau setakat mamak cendol depan tu ko
nak ngorat lepas la”, Zara selamba menyuap nasi lemak. Eee..aku tanye elok-elok dia
main-main pulak.

“Tak nak la cakap ngan korang!”, aku menarik muka.

“Eleh rileksla. Gurau sikit pun tak boleh. Cuba ko cakap kat kitorang ni ape problem ko
yang sebenarnya? Ni mesti ade kaitan ngan Zafril ni”, aku mengangkat bahu.

“Sayang, kenapa ni?”,Zafril bertanya lembut. Dah 2 hari aku mogok tak cakap dengan
dia. Tapi hari ketiga ni tangan aku gatal angkat call dia. Ha sekarang jawab Hurin. Mesti
dia anggap aku macam budak-budak. Tak matured langsung. Asyik nak merajuk je. Tak
macam Tengku Maisarah.

“Takde ape-ape”, aku terus diam.

“Kita keluar malam ni. Awak siap. Saya ambil awak kat rumah”, ape aku nak jawab ni?
Kang kalau aku keluar ngan dia mesti dia tanya aku macam-macam.

“Ala, malas la. Baju tak iron lagi. Esok nak gi keje”, aku berdalih. Tak logik betul.
Padahal aku bukannya iron baju malam-malam. Pagi nak gi keje baru aku kelam kabut
cari iron.

“Hurin Ain Syazwin, saya dah ade kat depan rumah awak sekarang ni”, tegas Zafril
bersuara. Alamak..dia ade depan umah dah. Aku menyelak langsir. Memang ye la. Nak
tak nak aku kena keluar gak ni. Ish…

“Kenapa ni sayang? Saya ade buat salah ape-ape ke?”, lembut Zafril memandang. Aku
segera menyedut fresh orange yang aku order. Perut aku lapar la.Tu la.. tadi Zafril tanya
nak makan ape jual mahal.

“Jangan macam ni Hurin. Kalau ade ape-ape problem kongsilah dengan saya. Jangan
pendamkan seorang diri”, aku memandang Zafril. Terasa bersalah pulak.

“Awak..saya nak tanya satu soalan boleh?”, laju Zafril mengangguk.

“Dulu, awak ade ape-ape ke dengan Tengku Maisarah?”, Zafril agak terkejut.

“Tengku Maisarah ade cakap ape-ape kat awak ye?”, dahi Zafril berkerut.

Aku lantas mengangguk. Terus aku ceritakan segala-galanya. Satu pun tak tinggal. Zafril
mengeluh apabila aku selesai bercerita. Haus tekak aku tau. Zafril akhirnya menceritakan
kisahnya dengan Tengku Maisarah. Dia akui sememangnya Tengku Maisarah sukakan
dia. Sejak mereka di oversea lagi. Tapi dia hanya anggap Tengku Maisarah hanya kawan
biasa. Tak lebih dari itu. Sebenarnya Tengku Maisarah sangat tertekan dengan keadaan
keluarganya. Jadi sebagai kawan, Zafril kenalah ambil berat tentang Tengku Maisarah.
Dia tak nak Tengku Maisarah hanyut. Lagi-lagi mereka waktu tu di oversea. Banyak
dugaannya. Aku hanya mendiamkan diri. Panjang betul cerita. Tapi klise sangat la. Dah
banyak dah citer-citer macam ni dalam buku citer. Dalam hati aku masih wujud
kesangsian. Takkan la dia sikit pun tak terpikat kat Tengku Maisarah.

“Hurin, dalam sesuatu perhubungan, kita perlu ada sikap saling mempercayai. Saya
sayangkan awak dan awak sayangkan saya. Itu sahaja yang kita patut percaya”, tenang
Zafril berkata. Aku terasa nak nangis pulak.

“Takkan la sikit pun awak takde perasaan suka kat Tengku Maisarah?”, Zafril menarik
nafas.

“Tak semua yang cantik dipandang mata kita akan beli Hurin. Hurin, dengar sini baik-
baik. Awak adalah puteri hati saya. Hanya awak yang saya sayang. Hanya awak sahaja
yang boleh gembirakan saya. Awak dekat di hati saya Hurin”, aku terharu. Ceh..macam
citer Hindustan pulak.

“Saya minta maaf ye. Saye dah sangka buruk kat awak. Saya ingatkan awak nak main-
mainkan saya je. Saya takut sebenarnya. Saya... sayangkan awak”, Zafril tersenyum
memandang aku. Ini kali pertama aku ucap sayang padanya.

“I’m yours Hurin Ain Syazwin”, aku tersenyum girang. Lepas ni jangan harapla Tengku
Maisarah nak buli aku lagi. Dia belum kenal sape Hurin. Dia ingat aku ni macam
Natasya? Bawang Putih? Ala citer kat TV tu. Asyik kena buli je. Lembik betulla
pompuan tu. Sakit mate aku nengok.

“Awak..saya laparla”, saje je nak bermanja.

“Kan saya dah kata kalau merajuk, jangan la tak makan. Masuk angin perut tu nanti”,
Zafril kelihatan risau. Emm..boleh buat calon suami ni..Hehehehe…

“Oi!! Tunggu”, sekuat hati aku jerit dan sekuat kaki jugak aku lari. Tak kira…aku tak nak
lambat lagi…kang tak pasal-pasal kena marah ngan bos aku. Ni semua Zafril punye pasal
ar.. dia ajak aku borak sampai lewat malam. Mana taknyer aku tak terbabas pagi ni. Tapi
aku suka..hehehehe…Opss…aku tercengang melihat dua makhluk tuhan dalam lif. Yang
sorang paling seksi yang sorang lagi pon seksi gak..tapi tang dia senyum je la…
hehehehe… Sebaik sahaja mata aku ternampak Zafril memang muka aku terautomatiknya
comel tapi bile aku nengok minah yang terbeliak biji mata kat sebelah dia plak.. alahai…
terus kelat…Aku kaku kat depan lif.

“Hurin, come”, Zafril menarik tangan aku masuk ke dalam lif. Nah.. sekarang Zafril
berada kat tengah-tengah. Ish.. Zafril ni tak nak lepas tangan aku ke? Batal air
sembahyang Subuh aku ni…
“Zaf, thanks.. I Ingat You tak ingat birthday I hari ni. Anyway, I nak You belanja I dinner
malam ni. Macam yang You selalu buat dulu. I rindu sangat our memories kat London
dulu”, Tengku Maisarah ni dah start dah. Kenapa la Allah nak uji aku pagi-pagi macam
ni. Memang la malam tadi aku bersemangat tapi apesal la pagi ni aku lemah semacam
je…

“Oh..birthday you ke hari ni? Anyway Happy Birthday Tengku. Emm..hari ni mesti
special kan? Boyfriend you mesti bagi hadiah special punya. Zafril, tak payah la kita
kacau Tengku malam ni. Oh saya lupa…sorry sayang..malam ni awak nak dinner kat
rumah saya kan? Mak ngan abah saya pun dah sampai pagi tadi. Rindu sangat kat awak”,
Zafril yang mendengar hanya mengangguk. Merah padam muka Si Tengkorak ni. Ada
hati nak ajak boyfriend aku gi dinner konon. Pintu lif terbuka dan aku segera menarik
tangan Zafril keluar. Kalau boleh aku nak bawak lari Zafril jauh dari Tengkorak tu. Puas
hati aku!!!

“Sayang, kita nak pergi mana ni?”, aku memandang Zafril. Eh..Tengku Maisarah tak ikut
keluar sekali ke? Tapi aku terperasan sesuatu yang aneh kat sini...muka pak guard kat
depan pintu masuk ni tak sama ngan pakcik Ali pak guard kat ofis aku. Hah??? Salah ofis
ke aku masuk???

“Kita kat mana ni awak?”, aku berbisik pada Zafril di sebelah.

“Ini tingkat 12. Ofis awak tingkat 17”, Zafril ikut berbisik di telinga aku.

“Macam mana kita boleh sampai sini?”,aku terkebil-kebil.

“Awak yang tarik saya keluar tadi bila pintu lif terbuka kat tingkat 12”, Zafril ketawa. Ha
a la...tadi aku tak nengok pon lif ni dah sampai tingkat berapa.. Main redah jer... (Nadia
AF6 kata la).

“Nape awak tak cakap tadi?”, aku menjegilkan mata seraya bercekak pinggang.

“Hish....tadi tu ader orang tu saya nengok muka dia dah jadi kaler pink sebab marah, tu
yang saya tak berani nak cakap ape-ape tu”, Zafril makin kuat ketawa. Aku ikut ketawa.

“Kan awak saya punya”, aku mengenyit mata.

“Oh...pegi dating rupanya. Tu sebab lambat ni”, Zara dan Shira terpacak kat depan meja
aku. Sibuk jela.

“Mana ada la. Aku silap masuk ofis tadi”, selamba aku mencubit sandwich dari tangan
Zara. Zafril pun sama salah masuk ofis ye?”, Shira senyum sinis. Aku sekadar
mengangkat bahu.

“Wei.. projek kat Klang tu bila nak habis ar?”, aku memandang Shira.
“Nape?”

“Takla...aku dah tak tahan nengok muka Tengku Maisarah tu la. Rasa hangin jer!!!!”, aku
mencebik.

“Eleh..ko jeles nengok dia dengan Zafril kan? Kan Zafril dah cakap dia kawan je dengan
Tengku Maisarah”, Zara ni....

“Hish...korang tak kenal dia tu. Gedik semacam je dengan Zafril. Aku tau dia ada hati
ngan Zafril.”

“Kau ni Hurin, jeles sangat kot. Aku tengok Tengku tu baik jer”, aik....aku pulak yang
salah.

“Ha a la Hurin. Tengku tu baik”, Zara pun turut sama menyokong. Ni yang tak best ni.

“Korang ni kawan aku ke? Malas la nak cakap ngan korang lagi”, aku berlalu ke pantry.
Sebenarnya aku sedih gak. Kenapa diorang tak percaya cakap aku?? Cuba kalau diorang
yang kat tempat aku. Hari ni betul-betul takde mood.

“Hurin , jom. Tengku nak belanja makan la. Hari ni birthday dia”, aku mendongak
memandang Shira.

“Dia takkan ajak aku punya”, aku tunduk meneruskan kerja.

“Kau ni...dia ajak semua la”, Zara tiba-tiba mencelah.

Dari jauh aku melihat Tengku Maisarah, Zafril dan bos aku berjalan seiringan. Zara dan
Shira sudah menjegilkan mata meminta aku bersiap sedia untuk keluar.

“Cik Hurin. Jom...hari ni kita makan ramai-ramai ye”, mesra Tengku Maisarah menyapa
aku. Ish.. ni tak tahan muka plastik dia ni..

“Emm..takpe la. I kenyang lagi. You all pergila”, malas aku nak ikut. Dia bukannya
ikhlas. Zara dan Shira memandang tajam. Zafril yang berada di belakang bos aku juga
kelihatan tidak puas hati. Lantak la.

“Eh..sejak bila Hurin ni tolak makan ni. Selalu tu dia yang depan”, bos aku ni buat lawak
la pulak. Aku tengah takde mood ni.

“Emm..jom la cik Hurin. Kalau tak nak makan pun, minum je”, Tengku Maisarah
senyum. Eleh...pura-pura lemah-lembut konon.

“Hurin Ain Syazwin.. jom”, Zafril tiba-tiba bersuara. Dari pandangan matanya memaksa
aku keluar. Aku mencapai malas beg tangan dan segera bangun.
“Oh..dia nak cik abang dia je yang ajak”, bos aku tersengih.

Sepanjang makan tengahari tu aku diam tak cakap apa. Tanda protes la tu. Sakit hati aku
tengok Tengku Maisarah gelak-gelak. Memangla cun tapi mata aku yang nengok ni naik
gatal-gatal. Semua orang puji-puji dia. Aku mengeluh.

“Eh Hurin..yang ko tetiba mengeluh ni kenapa?”, serentak semua mata memandang aku.
Aku terkebil-kebil. Nak jawab apa ye???

“Mengantuk!!!”, selamba aje perkataan tu terkeluar.

“Hurin...kitorang tengah syok bersembang kau boleh mengantuk? Lawak la kau ni”,
Muniandy tersengih lebar. Aku pun sengih je la.

“Ok la...boleh kita bergerak sekarang? Kang tunggu lama-lama tak bangun-bangun
nanti”, bos aku bangun membetulkan kotnya. Aku pun tak tunggu lama segera bangun.

“Hurin”, Zafril memanggil memberi isyarat menyuruh aku menunggunya. Tengku


Maisarah hanya menjeling tajam. Aku buat tak peduli.

“Hurin, kenapa ni? Kan saya dah kata kalau marah jangan sampai tak makan”, Zafril
memandang tajam.

“Mana ada apa-apa”, aku berpaling. Zafril menarik tanganku kasar.

“Eee..sakitla. Awak ni kingkong ape”, betul-betul sakit tau. Aku tak tipu.

“Hurin, saya tak suka awak macam ni. Mana Hurin yang saya kenal dulu? Yang selalu
ceria, ketawa”, tiba-tiba aku jadi sedih. Aku jadi macam ni sebab dia tau.

“So..awak dah tak suka kat saya la? Ok..fine”, Ish...mulut ni....Aku segera berlari
mengejar Shira dan Zara. Kenapa aku gaduh ngan dia ni? Hari tu kata nak berbaik.
Sekarang gaduh lagi. Aku ni la....suka sangat terasa...merajuk....macam budak-budak.
Waaa..................

“Hurin, kenapa tak siap lagi ni? Pegi tukar baju. Pakai baju elok-elok sikit. Ni pakai baju
tido pulak”, mak aku ni. Kak Anis dan Abang Syamsir tersenyum memandang.

“La, biarla Hurin pakai baju ni pun. Bukannyer anak raja nak datang”, aku mencapai
potongan buah epal.

“Ish Kak Hurin ni. Pegila pakai baju cantik-cantik. Tengok macam kita”, makcik kenit ni
nyibuk betul. Macam mana la dia boleh sesat sampai kat sini. Mak aku kata dia sibuk nak
mengikut bila mak aku kata nak datang sini. Terpaksa la makusu aku hantar dia dari
Melaka ke KL. Anak sapa la ni???!!! Sekarang ni terpacak kat depan aku sambil cekak
pinggang. Aku sebenarnya konfius..Zafril tu boyfriend aku ke boyfriend makcik kenit ni?
Dia punya dressing...uih..dengan gaun kaler pink ropol-ropol... ikat rambut ponytail siap
dengan cekak, riben kat rambut. Tu belum tengok aksesori lain-lain tu.

“Ala...malas la Kak Hurin. Kak Hurin ni memang dah sedia jelita..takyah make-up pun
takpe”, aku mengerdip-ngerdip mata.

“Dah..jangan nak degil-degil. Pegi tukar baju cepat. Pakai baju kurung yang mak bawak
tu”, mak aku ni bile dah bagi arahan ala-ala mejar bersara terpaksa la aku ikut. Kang perit
telinga aku dengar mak aku membebel... tu tak masuk makcik kenit ni lagi.

“Yela”, aku bangun dengan malas melangkah ke bilik. Zafril ni...pagi tadi aku ajak main-
main jer. Tak sangka pulak dia percaya. Aku balik je dari ofis tadi mak aku dah sibuk
memasak menu makan malam. Gembira je muka dia. Mak kata Zafril nak datang makan
malam sama malam ni. Eeee...skang kan aku tengah perang Uhud dengan dia....Macam
mana ni???

“Jemput masuk Zafril”, Abang Syamsir mempersilakan Zafril masuk. Eh..bukan setakat
Zafril je yang datang. Makcik Yah ngan Pakcik Hanif pun ade. Macam datang nak
merisik la pulak. Hehehehe... aku bersalam dengan Makcik Yah. Cover cun Hurin!!!!
Lepas adengan salam-salam, peluk-peluk, mak aku pun ajak makan. Mak aku ni.. macam
la dah lama tak jumpa Cik Yah tu. Padahal tetiap pagi macam aku tak tau diorang ni
duduk bergossip kat tepi pagar. Zafril buat selamba je. Hello...dia tak nampak ke aku kat
sini??? Aku ingat aku yang nak buat derk je kat dia... tapi alih-alih dia yang buat derk je
kat aku. Tak aci betul. Lepas makan-makan, semua duduk berkumpul di ruang tamu.
Makcik kenit tu sibuk je duduk kat riba Zafril. Eeee... jeles betoi.

“Macam mana dengan hal budak berdua ni? Jadi ke?”, tetiba ayah Zafril bukak soalan
maut. Aku tergamam kat situ. Mak ngan abah aku hanya tersenyum.

“Kami ni ikut je. Elok kata empunya badan elokler kami”, aik...gaya macam nak merisik
aku je. Kan aku dah kata. Cuma takder berpantun-pantun je.

“Hurin, nak ke kamu?”, mak menyikuku. Aku menarik nafas.

“Mak, abah, pakcik, makcik, Hurin minta maaf. Hurin belum bersedia lagi”, aku tunduk
merenung lantai. Semua mata memandang aku. Aku tahu keputusan aku mengejutkan
semua orang. Jangan kata mak aku, makcik kenit yang dari tadi duduk kat riba Zafril
terus bangun menghampiri aku.

“Hurin, kenapa pulak ni?”, mak bersuara agak keras.

“Takpe la Milah. Bagi Hurin masa. Kalau dah tak ada jodoh budak berdua ni kita kena
terima je la”, dalam nada yang sedih Makcik Yah bersuara. Alamak..terasa bersalahnya
aku saat ni. Mak mengeluh hampa. Aku segera berlalu ke dapur. Tak sanggup aku nak
menghadapi situasi macam ni. Salah ke keputusan aku? Memangla aku kata aku cuba nak
bertahan.. tapi aku tak boleh. Bukan aku tak cuba. Aku dah cuba. Tapi perasaan cemburu,
marah tu tetap ada. Aku tak sanggup nak makan hati sentiasa. Setiap masa aku cuba
percayakan Zafril tapi ada aje hasutan suruh aku jangan percaya. Betul aku penat. Zafril
pun kata aku dah tak macam dulu lagi. Memang pun. Jadi aku rasa jalan terbaik adalah
aku lepaskan Zafril.

“Hurin”, terkejut bila aku menoleh ke belakang. Zafril berdiri sambil menyandarkan
badannya ke dinding dapur. Aku tunduk. Tak sanggup nak tengok muka dia.

“Betul ini keputusan awak?”, tenang Zafril bersuara. Aku hanya sekadar menangguk. Tak
tau nak cakap apa.

“Baiklah…saya terima. Cuma satu sahaja yang saya nak minta awak tolong Hurin. Saya
harap lepas ni kita boleh jadi kawan. Maksud saya no feeling just friend. Best friend
maybe?”, aku memandang Zafril. Ada riak mengharap. Aku mengangguk lagi. Ape
payah benar aku nak bersuara ni??

“Ok..kalau macam tu saya balik dulu la. See you again Hurin”, Zafril melangkah keluar
dari dapur. Kenapa aku rasa macam nak meraung ye??? Waa…aku tak sanggup
sebenarnya…aku nak Zafril…Macam mana ni??????

Panjang mak membebel memarahi aku. Sampai makcik kenit pun tak berani bergerak.
Kak Anis dan Abang Syamsir pun menggeleng kepala. Cuma abah je diam dari tadi.
Abah pun marah kat aku ke ha??? Lepas penat mak marah-marah, mak terus masuk bilik
tidur. Abah memanggil aku duduk di buaian luar. Aku menurut sahaja.

“Hurin, jangan ambil hati sangat dengan apa yang mak marah tu ye”, lepas je abah aku
menghabiskan ayat terakhirnya terus aku menangis tak ingat dunia kat abah aku.

“Dah tu Hurin. Jangan nangis lagi. Abah rasa Hurin bukan sedih mak marah kan? Cuba
cakap kat abah. Abah sedia dengar Hurin”, abah mengusap-ngusap rambut aku. Teringat
zaman kecil-kecil dulu. Bila mak marah je aku pasti pergi mengadu kat abah aku. Lepas
tu abah aku mesti pujuk punya. Bawak pegi makan aiskrim..pegi jalan-jalan..mandi
sungai.

“Hurin sayang kat Zafril kan?”, soalan abah membuat kan esakan aku yang dah nak
hampir berhenti tadi terus kuat semula. Memang abah pandai baca hati aku.

“Abah tak tahu apa masalah kamu berdua. Cuma apa yang abah tahu abah percaya pada
Zafril. Zafril betul-betul sayang pada Hurin. Takkan abah nak bagi anak kesayangan abah
kat sapa-sapa je”, aku mendongak memandang abah.

“Hurin tahu tak? Zafril selalu bertanya pada abah apa yang Hurin suka, apa yang Hurin
tak suka. Pernah suatu hari tu dia risau betul bila Hurin tak nak makan. Abah pernah
cerita kat dia masa Hurin kecil-kecil dulu, Hurin suka merajuk. Bila Hurin merajuk
dengan mak ke, dengan abah ke, Hurin pasti tak mahu makan. Pernah suatu hari tu Hurin
merajuk dengan mak sebab mak tak bagi Hurin keluar main layang-layang, Hurin mogok
tak mahu makan sampai pengsan. Abah risau betul waktu tu. Doktor yang merawat Hurin
waktu tu memang marah sangat kat abah sebab abah biarkan Hurin sampai jadi macam
tu”, aku teresak lagi. Patutla dia selalu marah bila aku tak nak makan.

“Hurin, apepun abah harap Hurin dapat buat keputusan dengan baik. Hurin dah besar.
Dah dewasa. Apa yang Hurin fikir baik untuk Hurin, baiklah bagi abah. Abah hanya
harap Hurin hidup bahagia walau siapa pun pilihan Hurin”, aku terdiam seketika. Yang
pasti kepala aku waktu ni berserabut sangat.

“Dahla. Pergi masuk tidur. Kalau boleh esok ambil cuti pergi tenangkan fikiran Hurin
dulu”, abah tersenyum memandang. Aku seperti ternampak bayangan Zafril dalam wajah
abah. Aku terus masuk ke bilik. Makcik kenit sudah siap berbaring. Aku baring
disebelahnya. Makcik kenit memusingkan badannya menghadap aku.

“Kak Hurin tak sayang kat pak usu Syafiq ye?”, takut-takut makcik kenit bersuara. Aku
memeluk makcik kenit.

"Sayang", aku mengeluh lagi.

Dua hari aku tak masuk ofis. Hari ni aku start kerja balik. Tenangkan fikiran Hurin. Buat
macam biasa je ok. Zara dan Shira menjerit namaku bila aku membuka pintu. Ish..macam
la aku hilang bertahun-tahun.

“Weh..ko pergi mana ni? Alih-alih minta cuti. Ko kawin ye?”, Shira tersenyum
memandang.

“Ye la tu. Alahai..baru dua hari je aku tak datang.. keje dah berlambak-lambak. Ish...ni
yang tak tahan ni”, belum start buat keje aku dah penat tengok fail bertimbun-timbun kat
atas meja.

“Baik ko cakap kat kitorang.. Ko pergi mana ni?”, Zara masih tidak puas hati.

“Aku saje je ambil cuti. Kan mak ngan abah aku datang”, aku senyum je. Zara dan Shira
hanya berpandangan. Muka tu aku tau tak percaya.

“Ok...silakan ke tepi. Cik Hurin Ain Syazwin nak buat kerja sekarang”, aku terus
meyimpan beg dalam laci dan mengadap pc kesayanganku.

“Sepanjang aku takde, ade orang cari aku tak?”

“Ada..makcik yang jual kerepek kat bawah tu”, opss....

“Alamak..aku lupa nak bayar ar masa aku beli kerepek kat dia hari tu. Aku takde duit
kecik”, aku menggeleng kepala. Hari tu lepas keluar makan ramai-ramai ngan Tengkorak
tu aku singgah beli kerepek kat makcik tu. Ye la..kan aku protes tak nak makan. Alih-alih
perut aku buat pancaragam la pulak. Lapar sangat. Nak tak nak habis la jugak 2 bungkus
kerepek ubi pedas makcik tu aku makan sambil mulut aku tak berhenti mengutuk
Tengkorak tu dengan makcik kerepek.

“Oh ye..buat pengetahuan korang, aku dengan Zafril dah takde ape-ape tau. Zero
feeling!”, Shira dan Zara memandang muka aku selamba. Aik..tak terkejut pun?? Dah
tahu ke?

“Oi..korang tak terkejut ke??? Ke korang dah tahu?”, aku konfius.

“Emm…tak la. Well, kalau ko dah cakap takde ape-ape lagi dengan Zafril buat apa
kitorang nak terkejut. Lagipun aku tengok kau dengan Zafril tak berapa padan sangat ar.
Kalau Zafril dengan Tengku Maisarah tu kira ok la.”

What???? Aku tak padan dengan Zafril? Sabar Hurin.....Sabar....

“Emm..aku pun tak kisah la dia nak couple dengan siapa. Lagipun aku bukannya sayang
sangat kat dia dulu”, aku sedaya upaya mengawal perasaan. Sampai hati Shira cakap
macam tu. Dah la sebut nama Tengkorak tu pulak. Sakitnya hati!!!!!!

“Ha..lepas ni tak payahla kau nak jeles dengan Tengku Maisarah tu ye”, saranan Shira ni
aku tak rasa aku boleh ikut.

“Emm...ok la..aku nak keluar kejap jumpa client", Zara berlalu pergi. Shira pun turut
sama bergerak ke tempat duduknya. Aku termenung sendirian. Betul ke aku tak kisah?
Tak!!!! Aku kisah sebenarnya. Aku tak padan dengan Zafril ke? Shira dan Zara sendiri
cakap macam tu..

Sudah sebulan aku tak pernah bersua muka dengan Zafril. Nak tanya pada Shira aku
malu. Ye la..mesti Shira cakap buat apa aku nak ambil kisah pasal Zafril lagi. Tapi aku
rindu la kat dia. Dapat tengok muka dia dari jauh pun takpe. Kata nak jadi kawan? Ini
sms pun tak pernah bagi. Takkan aku yang nak bagi sms dulu kot. Malu la.

“Oi..termenung ye? Dah sampai mana?”, Shira ni..buat aku terkejut je. Aku mencebik.
Malas nak layan.

“Emm..ko tau tak pasal bos kata nak buat camping. Tempat tak sure lagi”, Shira
tersenyum girang. Dia ni part-part adventure macam ni memang dia minat gila.

“Bila?”, aku mula rasa seronok.

“Maybe minggu depan. Eee..bestnye Hurin. Kau ingat tak waktu kita camping kat Janda
Baik masa kat U dulu. Syok tak terkata.” Teringat aku kenangan lama kat universiti.
Emm..rindunya.
“Ye la...ingat tak time tu Radzi luahkan perasaan dia kat aku. Mengadap air tejun sambil
tu dia jerit Hurin, aku cinta padamu. Uwekkk..dia ingat aku feeling habis kat dia. Muka
aku ni dah tak tau nak letak kat mana. Boleh gila aku mengadap mamat jiwang sorang
tu”, aku dan Shira ketawa tak ingat dunia. Memang benda tu sangat memalukan bagi aku.
Tak romantik langsung. Geli geleman tahap gaban.

“Lepas tu kau ingat tak kita letak katak pisang dalam beg 'Maya Ayam' gedik tu.
Melompat-lompat dia sampai tersadung kat akar pokok”, aku dan Shira sambung ketawa
lagi. Sampai berair mata. Yela. Maya Ayam. Dah lama tak dengar citer pasal dia. Suka-
suka aku je terbalikkan nama dia jadi ayam. Hahahaha..... Ye la time tu dia punya jeles
kat aku sampai aku naik lemas. Padahal aku tak layan pun Radzi yang angau sangat tu.

“Amboi seronok ketawa”, suara yang sangat aku kenal tiba-tiba muncul di belakang.
Zafril! Aku terus terdiam.

“Hai Hurin, Shira. Apa yang You all ketawa sampai tak perasan kami masuk ni”, Zafril
selamba duduk di sebelah aku sambil tersenyum. Di sebelahnya ada Tengku Maisarah
dan Muniandy.

“Takla..Kitorang teringat zaman kat U dulu. Masa camping kat Janda Baik. Pasal Radzi,
pasal maya ayam..hahahahaha”, Shira sambung ketawa. Aku cuma tersenyum sahaja.
Apesal aku jadi ais ni????

“Oh ye ke? Well, mesti best kan zaman you all kat U dulu. Waktu I dan Zafril kat oversea
dulu pun sama. We all memang minat giler aktiviti-aktiviti macam tu”, Zafril tersenyum
melihat Tengku Maisarah khusyuk bercerita. Mesti diorang bahagia sekarang kan berdua.
Aku je la makan hati ulam jantung pisang cicah sambal belacan. Waaa…

“Aiyooo Hurin, baru hari ni saya nampak awak ketawa. Selalu tu muka banyak masam
juga”, aku tersenyum kelat. Ala Muniandy ni.. Zafril memandang pada aku. Aku apelagi
senyum je la lagi. Pagi ni aku bersiap sedia untuk pergi camping. Perasaan aku? Campur-
campur. Pertama seronok sebab tak sabar nak camping pastu boleh mandi air terjun.
Kedua tak syok sikit sebab Zafril dan Tengku Maisarah pun ikut sama. Nak tak nak aku
kena sabar je la.

“Banyak nya barang yang ko bawak ni Zara. Ko nak pindah kat dalam hutan tu ke?”,
terkejut aku tengok barang Zara. Ni kalau tidor satu khemah penuh dengan barang dia je.

“Ala, aku tak bawak banyak sangat pun”, Zara mencebik. Macam aku tak tahu Zara ni.
Feminin habis. Tapi yang lawak tu dia still suka pergi camping-camping macam ni tapi
macam ni la gayanya. Kalau boleh bawak semua barang kat rumah dah lama dia bawak.

“Hai”, Tengku maisarah muncul di belakang aku.

“Hai”, Zara tersenyum girang. Zara berlalu bila Shira menjerit dari jauh meminta bantuan
Zara mengangkat barang-barang. Sekarang tinggal aku dengan Tengku Maisarah. Aku
menarik nafas. Cuba mencari kekuatan. Ye la. Sampai bila aku nak bermasam muka
dengan dia. Aku tak suka la gaduh-gaduh.

“Hai Tengku”, aku cuba mempamerkan senyuman semanis mungkin. Tengku Maisarah
tidak mengendahkan aku.

“Tengku, saya nak minta maaf kalau saya ada sakitkan hati Tengku, tapi saya dah tak nak
bermasam-masam muka macam ni lagi”, Tengku Maisarah memandang tepat pada muka
aku.

“Well, I tak layan perempuan macam you ni”, Tengku Maisarah terus berpaling dan
berlalu. Perempuan macam aku? Eee...sabar Hurin.

“Hurin...”, Shira yang muncul tiba-tiba menarik tangan aku.

“Apesal?”, apehal si Shira ni?

“Hurin, kau nampak tak siapa yang berdiri tepi Zafril tu??? Macam abang CIMB aku je”,
aku memandang ke arah yang ditunjukkan Shira. Ha a la...

“Hurin, ape dia buat kat sini ha?”, Shira dah tak mampu nak selindung rasa gembiranya.

“Hai girls...come..I kenalkan you all dengan my cousin, Hanif, Mohd Hanif Ashman. Dia
join camping kita ni”, ooo sepupu bos aku rupanya.

“Hai.. I selalu nampak you kat makan kat Pertama”, kata-kata Hanif membuat Shira
tersenyum gembira.

“I pun selalu nampak you”, dah mula dah. Ape-ape aje la Shira. Cantiknya alam ciptaan
Tuhan. Sepanjang perjalanan aku tekun melihat pemandangan di sekeliling aku. Tak
sanggup aku nak tengok adengan kat belakang tu. Kami pergi menaiki bas. Sampai sahaja
di kawasan perkhemahan kami dibahagikan tugas masing-masing. Zafril, Hanif dan bos
aku memasang khemah. Shira, Zara dan aku ditugaskan memasak makanan untuk makan
malam nanti. Tengku Maisarah dan Muniandy dan Kavitha tunang Muniandy mencari
kayu api. Tapi Tengku Maisarah memberi seribu satu alasan untuk tidak pergi mencari
kayu api. Dia lebih suka memasak katanya. Nak tak nak aku yang paling tak pandai
memasak antara semua pun terpaksa la bertukar tugas dengan Tengku Maisarah. Tengku
Maisarah hanya tersenyum sinis melihat aku menjinjing guni. Whatever!!!!

Malam tu kami makan sambil menyanyi. Aku tengok Shira dan Hanif macam dah tak
boleh nak dipisahkan. Hai...termakbul jugak impian Shira. Akhirnya dapat juga dia kenal
dengan abng CIMBnya. Zara sibuk mencari line hpnya. Dalam hutan mana nak dapat line
kak oi. Zafril dan bos aku rancak berbual. Di sebelahnya Tengku Maisarah sekadar
menjadi pendengar. Aku berlalu dan duduk di tepi air terjun. Nyaman betul. Tapi kalau
tengok ke bawah memang seram sikit. Tinggi ni.
“Hai”, suara Tengku Maisarah yang menyapa aku membuat aku terkejut. Aku cuma
tersenyum dan mempersilakan dia duduk.

“I cuma nak ingatkan you, I akan buat apa sahaja untuk pastikan Zafril jadi milik I”,
sombong betul.

“I dah tak kisah. Lagipun I dengan Zafril dah tak ada apa-apa”, aku bersuara tenang.
Cuba mengawal emosi.

“Huh...You ingat semua sukakan you ke? I benci tengok muka you tahu”

“I tak suruh you minat tengok muka I. Kang orang kata lesbian pulak kang”, selamba je
aku kata. Ikutkan hati malas nak layan. Aku terus bangun.

“Nanti dulu Hurin. I bukan saje benci dan kalau boleh I nak You lenyap dari muka bumi
ni”, dia terus menarik tangan aku. Aku meronta-ronta melepaskan diri. Dan aku tidak
sedar bila dia jatuh ke dalam air terjun. Jantung aku seakan terhenti bila melihat tubuhnya
melayang jatuh. Tengku Maisarah yang kelemasan menjerit meminta tolong. Belum
sempat aku berbuat apa-apa Zafril sudah terjun ke dalam air menyelamatkan Tengku
Maisarah. Ya Allah..janganla jadi apa-apa pada Tengku Maisarah. Aku berdoa dalam
hati. Aku terus berlari menghampiri Zafril yang mengangkat tubuh Tengku Maisarah.

“Tengku, Tengku tak apa-apa?”, takut aku melihat keadaanya. Zafril berusaha
menyedarkan Tengku Maisarah dari pengsan.

“Macam mana boleh jadi macam ni Hurin?”, Zara memandang pada aku.

“Aku...aku tak tahu.. Dia......”, belum sempat aku menghabiskan kata-kata aku Tengku
Maisarah sedar semula. Lega sedikit hati aku.

“Argh..Hurin...Hurin..jangan Hurin......”, tiba-tiba Tengku Maisarah seperti meracau-


racau. Aku tercengang. Kenapa? Zafril berusaha menenangkan Tengku Maisarah. Aku
diam tak terkata apa.

“Hurin...Hurin..sam...sampai hati awak Hurin.....”, Tengku Maisarah menangis teresak-


esak. Apa yang aku buat? Seingat aku dia yang menarik tangan aku...dan lepas tu...aku
tarik balik.....

“Hurin....apa salah saya Hurin? Apa salah saya sampai awak nak saya mati? Awak tolak
saya Hurin? Kenapa?”, aku terkejut yang amat sangat. Bila masa pulak aku yang tolak
dia? Aku menggeleng-geleng kepala. Semua mata memandang ke arah aku.

“Saya dah cuba nak berbaik dengan awak... Tapi awak.. kenapa awak bencikan saya
sangat Hurin?”, kenapa mulut aku kena plaster ni?
“Hurin!!! Kenapa kau sanggup buat sampai macam ni sekali?”, pertanyaan Zara seakan-
akan aku yang bersalah.

“Aku...aku tak buat apa-apa pun. Tengku, kenapa tuduh saya sampai macam ni sekali?
Tengku yang tarik tangan saya..lepas tu saya tak tahu macam mana Tengku boleh jatuh”,
aku berusaha menunjukkan aku tak bersalah. Betul!! Kalau aku buat aku mengaku tau.

“Hurin, aku tahu kau benci dengan Tengku tapi takkan sampai membahayakan nyawa
dia?”, Shira menggeleng-geleng kepala. Aku memandang Zafril.

“Awak, saya tak buat.....”, terasa air mata aku akan jatuh bila-bila masa sahaja.

“Sudahla tu. Yang penting Tengku selamat”, Zafril pun tak percaya kat aku??? Semua
ingat aku yang tolak Tengku????

Aku duduk dalam khemah aku sendirian. Puas menangis. Rasa nak balik malam ni jugak.
Semua orang salahkan aku. Zara dan Shira pun tak bercakap sepatah pun dengan aku.
Malam tu aku langsung tak boleh tidur. Esok paginya, aku terasa seperti disisihkan. Sabar
Hurin.... Kau tak bersalah. Buat apa nak takut??? Entah macam mana, aku jatuh
tersadung bila kaki aku tersangkut pada akar pokok. Apalagi..menjerit la aku. Sakit. Aku
terduduk. Bila aku tengok lutut aku berdarah lagi la terasa sakit. Cuba untuk bangun tapi
pergelangan kaki aku sakit sangat. Sedihnya tak siapa pun yang datang menolong. Aku
berusaha untuk bangun. Zafril menghampiri aku.

“Hurin, sakit tak?”, Zafril kelihatan risau. Aku jadi sedih tiba-tiba.

“Mari, saya papah awak ke sana”, aku menolak pertolongannya. Takpela..Aku boleh
jalan sendiri walau terhencot-hencot. Zafril hanya memandang pada aku.

“Shira, macam mana dengan Tengku? Dia dah OK ke?", aku duduk di sebelah Shira.

“Entah”, Shira hanya mengangkat bahu. Sedih aku bila Shira layan aku begini. Kawan
sendiri pun dah tak percaya. Zara di sebelah langsung tak menghiraukan aku.

“Korang tak percaya kat aku ye? Dah berapa lama kita kawan? Takpela.Tapi satu je aku
nak bagitau korang...selama ni kalau aku marah sekalipun, rasanya naik suara pun aku tak
pernah buat. Inikan pulak nak bahayakan nyawa orang”, aku berusaha bangun. Lega aku
dapat meluahkan apa yang ada dalam hati aku. Shira dan Zara hanya diam membisu.
Tengku Maisarah aku lihat berdiri di bawah pokok memandang tepat pada kami. Aku
menghampiri Tengku. Tiba-tiba aku terlihat seperti dahan pokok itu meliuk-liuk seakan-
akan hendak jatuh. Aku berusaha berlari sambil menjerit pada Tengku Maisarah. Dan
lepas tu yang aku hanya ingat kepala aku sakit sangat....lepas tu ...aku tertidur............

Apa payah sangat aku nak buka mata ni??? Beratnya. Kelopak mata aku usaha gerakkan.
Ternampak selintas cahaya. Pedih la pulak. Terdengar juga suara-suara yang memanggil-
manggil nama aku. Aku berusaha untuk membuka mata. Dan apabila mata aku terbuka
wajah pertama yang aku nampak adalah wajah mak. Aku cuba untuk senyum.

“Ya Allah..syukurla Hurin dah sedar”, mak mengucap syukur sambil menggenggam erat
tangan kananku. Abah di sebelah hanya tersenyum. Aku lihat satu-satu wajah di situ. Kak
Anis dan Abang Shamsir, Zara dan Shira pun ada.

“Hurin kat mana ni mak?”, aku pelik bila semua orang memandang pada aku.

“Hurin kat hospital sayang. Dah 2 minggu Hurin tak sedarkan diri”, suara mak sedih tiba-
tiba. 2 minggu aku tak sedar? Ha?? biar betul? Kepalaku sakit tiba-tiba.

“Aduh..”, aku mengerang kesakitan.

“Dah Hurin. Hurin rehat dulu ye”, abah menenangkan aku. Aku memejamkan mata dan
aku tak ingat aku tidur berapa lama.

“Mak, Hurin laparla”, itu perkataan pertama bila aku sedar dari tidur. Memang lapar la.
Mak tersenyum.

“Ni mak ada masak makanan kegemaran Hurin, sup ayam, sayur campur, sambal goreng
pun ada”, seleraku terbuka luas mendengar masakan mak aku. Tapi aku tiba-tiba rasa
malu sebab semua orang pandang aku. Zara dan Shira menghampiri aku.

“Hurin, maafkan kami ye”, aku senyum cuma. Apa yang aku nak maafkan? Diorang
bukan buat salah apa pun. Cuma tak percaya kat aku je.

“Uwekkk..tak payah nak jiwang-jiwang kat sini ye. Dah..tepi! Aku nak makan. Lapar ni”,
selamba aku berkata. Bukan apa..Aku tak selesa la dalam keadaan syahdu-syahdu ni.

“Hish..ko ni betul-betul sakit ke? Macam tak percaya je ko koma 2 minggu...”, berkerut
dahi Syira.

“Ye la makcik. eh..sikit la”, Zara mencapai sudu.

“Eee..mak aku masak untuk aku la”, aku menjegilkan biji mata.

“Dah...dah..jangan rebut-rebut. Banyak mak masak tu. Nak jamu satu hospital pun
boleh”, kami semua ketawa.

“Assalamualaikum..”, serentak kami semua berpaling. Tengku Maisarah?

“Waalaikumsalam...alhamdulillah Tengku tak apa-apa”, aku bersuara lega. Dah lama aku
nak tanya macam mana keadaan Tengku Maisarah tapi tak tertanya.
“Hurin..maafkan saya”, Tengku Maisarah menghampiri aku. Semua orang keluar dari
bilik itu. Cuma tinggal aku dan Tengku Maisarah.

“Hurin, saya tahu saya banyak bersalah pada awak. Saya terlalu cemburukan awak Hurin.
Memang saya mengaku saya sukakan Zafril. Tapi Zafril tak pernah sukakan saya. Dia
hanya anggap saya sebagai kawan baik saja. Kalau tak dah lama saya dengannya sebelum
awak muncul lagi Hurin. Bila Zafril beritahu yang dia sudah ada pilihan hati, saya
bertekad nak bertemu dengan awak. Dan bila saya kenal awak, saya sakit hati. Awak
sentiasa dikelilingi orang-orang yang menyayangi awak. Semua orang pasti sukakan
awak. Betul kata Zafril. Dia minta saya mengenali awak dengan rapat. Awak ada sesuatu
yang boleh membuat setiap orang pasti berasa mesra dengan awak. Sedangkan saya..saya
tak ada sesiapa. Tapi saya tetap tak mahu menerima hakikat. Saya fitnahkan awak tapi
awak masih nak selamatkan saya. Maafkan saya Hurin”, panjang lebar Tengku Maisarah
berkata. Nak kata aku dengar semuanya..tak sangat kot. Sebab dia cakap sambil nangis…
pastu laju pulak tu. Yang aku faham dia minta maaf dengan aku la.

“Eer...saya..saya pun nak minta maaf pada Tengku”, Tengku Maisarah terus memeluk
aku.

“Awak memang baik Hurin. Patut la Zafril sayang sangat kat awak”, aku terdiam. Ye ke?
Tapi aku dah kecewakan Zafril.

“Tengku..”

“Panggil Sarah saja Hurin”, Tengku Maisarah senyum. Ha..kan cantik tu senyum ikhlas.

“Sarah...err...Zafril mesti dah tak suka kat saya sebab saya banyak kali kecewakan dia”,
aku tertunduk.

“Hurin..Hurin...sorry to say la..tapi awak ni memang lembap betulla..dah terang-terang


Zafril tu sayang sangat kat awak. Masa awak koma, siang malam dia tunggu awak kat
luar tau”, Ye ke? Tak nampak pun dia...selamba betul kata aku lembap..eh memang
lembap sikit hal-hal macam ni. Tapi bab makan ngan tido laju..

“Saya tak nampak pun dia”, berkerut dahi aku.

“Dia segan nak jumpa awak. Dia kata dia rasa bersalah sangat sebab biarkan awak
sampai jadi macam ni. Sebenarnya dia tahu saya pandai berenang. Hari tu dia tahu saya
pura-pura lemas tapi dia tak beritahu sesiapun. Dia sedih sebab biarkan awak kena marah.
Jangan salahkan dia ye Hurin. Saya yang bersalah”, muka Tengku Maisarah berharap
sangat.

“Hurin ni bukan setakat lembap tapi memang lurus bendul”, Zara menyampuk di
belakang. Entah bila Zara dan Shira masuk entah. Tengku Maisarah tersenyum.

“Errr..boleh tak I jadi kawan you all?”,


“Mestila. Kan kita dah kawan sekarang?”, aku memegang tangan Sarah.

“Yeh...lepas ni kita jadi 4 serangkai. So bila nak naik roller coaster kat Genting tu kita
semua ada partner”, Shira tersenyum gembira. Ceh..itu yang dia fikirkan......

“Ada syarat!”, tiba-tiba Zara bersuara. Semua mata memandangnya.

“Ko kena bahasakan diri aku dan ko panggil kitorang kau!!! Aku geli geleman
sebenarnya beryou... ber I.... Boleh?”, aku dan Shira ketawa melihat Sarah mengangguk-
angguk kepala.

“Tapi kira terror gak ko berlakon hari tu ye Sarah. Bolehla tukar profesion.Setakat Fasha
Sandha ko nak kalahkan tak jadi hal”, Sarah ketawa.

“Tak nak la. Nanti kesian kat dia tak boleh cari makan”, wah..dah pandai
dah....hehehehehe......

“Hah Hurin, ko tak teringin ke nak berbaik dengan Zafril?”, Shira tetiba tukar topik pasal
Zafril. Aku terkebil-kebil.

“Eh..bukan dulu ko kate aku tak padan dengan dia ke?”, aku saje je.

“Yela..aku saja je cakap macam tu. Nak bagi ko bersemangat pertahankan hero dari
diambil hatinya oleh si puteri Tengku Maisarah.. Tapi tak sangka heroin ni cepat sangat
mengalahnye. Lembap le katakan”, selamba ye ko Shira....

“Apa aku nak buat ar?”

“Hah tengok tu. Kan aku dah kata. Dia ni memang lembap”, Sarah dan Zara menggeleng
kepala. Aku pulang ke kampung setelah aku ditahan 2 hari lepas aku sedar dari koma.
Bos bagi aku cuti rehat sebulan. Nasib baik makcik kenit ni ada. Bolehla isi masa lapang
aku dengan menyakat dia. Mak ngan abah aku pulak ikut je apa yang aku nak. Nak
makan jantung pisang, laju je abah aku pergi cari kat pasar. Nak makan mee bandung
Bangi, Kak Anis cepat je pergi belikan. Nak Zafril…takder sape nak tolong. Hehehehe…
Zafril tak pernah datang menjenguk aku pun. Aku pun ape lagi hantar la sms kat dia. Nak
call tak berani.

“Awak”, tu je aku tulis. Lepas tu Send..tak lama lepas tu dia reply.

“Ye?”, ni je dia tulis. Buang karen betul...plus buang credit.

“Awak tak balik kampung ke?”, aku reply balik.

“Tak”
Eee..dia ni..tak nak layan aku cakap ar tak nak layan. Aku mendiamkan diri. Tiba-tiba
mak masuk ke dalam bilik.

“Hurin”, aku memandang mak. Nampak pelik je mak aku ni.

“Kenapa mak?”, aku kehairanan. Ni yang saspen ni...

“Mak nak tanya Hurin, Hurin suka ke tak pada Zafril?”, Ish..mak aku ni. Direct betul
soalan. Cuba la bagi kiasan dulu. Lepas tu boleh la aku jawab sambil senyum simpul
malu-malu.

“Makcik Yah nak masuk meminang Hurin. Kalau boleh minggu depan nak buat majlis
pertunangan”, terkejut tapir aku. Pinang? Bertunang?

“Kalau Hurin tak nak takpe. Makcik Yah tak kisah. Dia dah anggap Hurin macam anak
perempuan dia jugak”, mak mengusap rambutku.

“Errr..Hurin...Hurin...nak”, hehehehehe... kali ni aku tak nak lepaskan peluang.

“Yes..mak dah agak dah......Tak lama lagi buat kenduri la mak”, mak aku ni terlebih
excited pulak. Patutnya aku.

“Oh ye..Zafril ada kat depan tu. Pergila jumpa dia”, eeee...dia tipu..Kata tak balik
kampung. Aku segera berlari keluar. Termalu kejap sebab abah dan Abang Syamsir pun
ada tengah berbual dengan Zafril dan ayahnya. Makcik kenit pulak elok je duduk atas
riba Zafril. Eeeeee....

“Hah..yang berlari ni kenapa? Takkan tak sabar nak jumpa Zafril kot”, abang Syamsir
mengusik aku. Apalagi...pink ar muka aku.

“Abahnya..Hurin dah setuju dah. Dia kata nak cepatkan nikahnya pun takpe”, eh...aku
cakap setuju je..tak kata ayat yang belakang tu. Mak aku memandai je tambah. Makcik
Yah pun ada rupanya.

“Jomla ke dapur. Hah..Hurin bincang dengan Zafril elok-elok. Jangan nak merajuk aje
kejenya”, mak aku dan semua orang berlalu ke dapur sambil ketawa-ketawa. Cuma
makcik kenit je tak bergerak dari tadi. Aku memberi isyarat pada makcik kenit supaya
beredar. Makcik kenit ni boleh buat tak reti je.

“Shahira, maklong panggil tu”

“Takde pun”

“Ada”

“Takde”
“Eee..Kak Hurin dengarla. Maklong tanya Shahira nak tak aiskrim durian tu lagi. Kalau
tak dia nak makan habis”, secepat kilat makcik kenit berlari ke dapur. Hahahahahaha...
Aku ketawa. Padan muka kena tipu. Tapi ketawa aku terhenti bila Zafril merenung.

“Awak”.....aku memulakan bicara.

“Aaya minta maaf ye. Saya selalu kecewakan awak”, aku tunduk merenung lantai. Zafril
ketawa. Aik..dia boleh ketawa pulak. Aku tak puas hati ni.

“Saya cakap serius la. Apesal pulak awak gelak ni?”, Zafril kembali merenung aku. Ni
yang tak tahan ni.

“Hurin, jadi isteri saya”, ni dia melamar aku ke? Alah..kenapa takde cincin ke..bunga
ke....paling kokak pun coklat cadbury...

“emm...nanti la saya fikirkan”, aku sengaja mengusik.

“Ok. Kalau macam tu saya pergi cari Tengku Maisarah la sementara tunggu awak
berfikir. Lama sikit pun takpe”, selamba Zafril bersuara. Ish....

“Berani la buat macam tu”, aku menjegilkan biji mata sambil bercekak pinggang. Zafril
ketawa lagi.

“Awak...saya cintakan awak sangat-sangat. Saya sayangkan awak sangat-sangat. Saya


takde harta bergunung nak bagi kat awak tapi saya harap awak terima saya seadanya.
Emmm..macam saya terima awak...macam........”, Zafril ketawa lagi.....

“Macam ape?”

“Ye la...saya terfikir macam mana la saya boleh jatuh hati dengan Hurin Ain Syazwin
ye..dahla tak pandai naik basikal, lepas tu selalu masuk longkang, tak tahu mana lalang
mana serai, terlupa masak nasi, lepas tu suka merajuk sampai tak makan, tapi sempat la
curi-curi makan.....”, ketawa Zafril semakin kuat... eeee....... aku cubit lengannya.

“Aduh..sakitla....dengar dulu saya nak sambung ni...tapi Hurin saya ni ade sekeping hati
yang sangat baik yang menjadi milik saya akhirnya”, aku senyum bahagia. Sayangnya kat
dia.

“Percaya pada saya Hurin. Cinta saya hanya pada awak”, romantiknya. Saat ni aku tak
nak bunga ke, coklat ke, cincin ke......aku hanya nak dia je... hehehehehe.....

“Eh...awak tipu. Cinta awak bukan kat saya je. Lepas sorang-sorang saya kena bersaing
ngan pompuan yang minat kat awak. Penat la”, berkerut dahi zafril.
“Siapa pulak la kali ni? Anita? Syikin?”, hah..bukan setakat Tengku Maisarah je kejar
dia???? Ada lagi pompuan lain??? Waaaa.....

“Amboi..ramai koleksi nampak”, Zafril ketawa mengusik.

“Kak Hurin tipu!”, Makcik kenit tiba-tiba muncul. Ish....sibuk betulla budak kecik ni.
Aku hantar balik Melaka kang hari ni jugak baru tahu.

“Kak Hurin tipu. Bukan maklong yang habiskan aiskrim tu, tapi kak Hurin yang
habiskan”, hahahahaha... memang aku yang habiskan. Yela...abah aku beli semangkuk
besar aiskrim perisa durian. Separuh je budak kecik ni dah habiskan. Aku pun apelagi la
habiskan lagi separuh. Mana aci dia makan sorang-sorang.

“Ok sayang, kejap lagi kita pergi makan aiskrim nak?”, Zafril mendukung Shahira.
Alah...dah besar pun nak dukung.

“Ok. Sayang abang Zafril. cupp......” hah? Dia cium pipi Zafril? Nak kena budak kecik
ni? Kenapa dia yang rasmikan dulu????

“Hah..tengok!!! Kan saya dah kata awak bukan sayang saya sorang je. Ni makcik kenit ni
sibuk nak kat awak jugak”, aku menyilang tangan. Zafril ketawa besar diikuti ramai yang
ketawa kat belakang aku.

“Hurin… Hurin… dengan Shahira pun dia boleh jeles”, abah menggeleng-geleng kepala.

“Itula Yah oi. Kadang-kadang aku rasa si Hurin ni sama baya je dengan si Shahira ni”,
mak ketawa mengenakan aku. Habis semua orang gelakkan aku. Ciss.. Kurang asam...
Tapi lepas tu aku pun ikut sama ketawa. Selain aku, Zafril sayang kat makcik kenit ni
takpe.... orang lain tak boleh. Hehehe... emm.tak sabarnya nak kawin. Oh ye..kepada
semua jemputla datang nanti ye.

-=TAMAT=-
Edited by mans2y

Anda mungkin juga menyukai