Anda di halaman 1dari 6

Langkah-langkah memartabatkan tulisan Jawi dalam kalangan pelajar

Tulisan Jawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabadabad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung
dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari
tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam
sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi
negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat
Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan
Terengganu.Tetapi pada hari ini,kegemilangan tulisan jawi umpama
melalui zon gerhana yang cukup menyedihkan. Adakah masyarakat kita
tidak cukup berbangga dengan zaman kegemilangan tulisan jawi ketika
dahulu yang sentiasa digunakan sebagai jabatan keilmuan.Ketika ketibaan
kuasa-kuasa barat yang mula menjajah Tanah Melayu pada abad ke-17
dan 18, peranan tulisan jawi sedikit demi sedikit mula terhakis dari
perhatian masyarakat Melayu sendiri. Tulisan jawi kini semakin terpinggir
di bumi sendiri semenjak huruf roman yang diperkenalkan oleh R.J
Wilkinson untuk menggantikannya selaras dengan perkembangan
teknologi dan juga pengaruh Inggeris terhadap orang Melayu-Islam. Oleh
itu, menjadi tanggungjawab kita semua untuk memartabatkan tulisan jawi
melalui usaha pemuliharaan, pemeliharaan dan pengembangan bagi
menggelakkan masyarakat terutamanya golongan muda menghadapi
kesukaran untuk menguasai kemahiran asas membaca dan menulis
tulisan jawi yang akhirnya nanti akan hilang jati diri.
Langkah memartabatkan semula tulisan jawi wajar dilaksanakan
supaya seni warisan ini tidak hanyut ditelan zaman. Banyak pendapat
mahupun cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh para sarjan atau
orang perseorangan berkenaan langkah perlindungan tulisan Jawi.
Antaranya ialah melalui sistem pendidikan negara. Melalui sistem
pendidikan ini kemahiran menulis dan membaca tulisan jawi mesti
dijadikan teras dalam mata pelajaran pendidikan agama Islam di sekolahsekolah seluruh negara. Di tambahkan lagi, pengenalan tulisan jawi perlu

juga dimasukkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu di peringkat


sekolah. Hal ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menangkis dan
memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap tulisan jawi yang
dianggap sebagai sinonim dengan agama Islam. Malah, di peringkat
Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta , langkah memasukkan
kemahiran dan sejarah perkembangan tulisan jawi di dalam subjek
Tamadun Islam dan Kenegaraan Malaysia adalah wajar sebagai
mekanisme untuk memartabatkan tulisan jawi di peringkat Institusi
Pengajian Tinggi di negara ini.
Di peringkat sekolah pula,guru boleh mengadakan aktiviti di luar
bilik darjah ,misalnya menubuhkan kelab seni khat Jawi
sekolah,mengadakan pertandingan tulisan Jawi,bacaan Jawi,rencana
Jawi.kuiz Jawi dan membuat sinopsis buku dan papan nama sekolah.Pihak
pengurusan sekolah juga disarankan agar mewujudkan Kelab Pencinta
Jawi bagi memastikan warisan tulisan ini tidak ditelan zaman.Usaha ini
perlu dilakukan secepat mungkin memandangkan generasi muda yang
celik Jawi semakin berkurangan. Selain itu,pendekatan lebih kreatif perlu
digunakan oleh guru bagi menimbulkan minat dalam kalangan generasi
muda terhadap tulisan Jawi.Teknologi terkini boleh dimanfaatkan seperti
mewujudkan cakera padat interaktif dan laman sesawang dalam tulisan
Jawi.
Tulisan Jawi tidak lagi mengambil tempat dalam kalangan
masyarakat dibuktikan apabila akhbar Utusan Melayu yang merupakan
satu - satunya akhbar yang menggunakan tulisan jawi dihentikan
penerbitannya pada 29 Januari 2006 kerana kurangnya sambutan
daripada masyarakat terutama daripada masyarakat Melayu sendiri.
Malah, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sebagai Menteri Kebudayaan, Kesenian,
dan Warisan dengan nada kehairanan menyatakan bahawa tiada seorang
pun yang mendengus, apatah lagi mempolemikkan penutupan akhbar itu
baik di media elektronik mahu pun media cetak. Dato Johan Jaaffar
dengan nada sinis di dalam Persidangan dan Pameran Tulisan Jawi di
Muzium Negara menganggap orang Melayu renyah dengan identiti

warisan bangsanya sendiri. Pandangan beliau ini berpaksikan kepada


populasi etnik Melayu yang merangkumi 13 juta orang Melayu, dan
akhbar tulisan jawi tidak boleh hidup dan dipedulikan sedangkan akhbar
berbangsa lain dapat hidup subur walaupun komunitinya, lebih kecil
berbanding masyarakat Melayu. Justeru,kerajaan perlulah memainkan
peranan yang amat penting dalam usaha memartabatkan tulisan jawi
dalam kalangan pelajar.
Kementerian Kebudayaan, Kesenian,dan Warisan telah merangka
langkah-langkah untuk menyemarakkan semula penggunaan tulisan jawi
yang merupakan pusaka warisan bangsa selama 600 tahun.Satu daripada
usaha awal ke arah itu adalah dengan menghidupkan kembali akhbar
Utusan Melayu Mingguan.Akhbar Jawi yang kembali menemui pembaca
melalui sisipan akhbar Utusan Melayu pada setiap Isnin bermula 1 Mei lalu
bagaikan mati hidup semula.Pada hakikatnya, memang tidak ada sesiapa
dalam kalangan orang Melayu yang mahu tulisan warisan bangsanya
lenyap di tanah airnya sendiri. Penghidupan semula akhbar Jawi ini
dilaksanakan di bawah program bersama Kementerian Kebudayaan,
Kesenian, dan Warisan, Kementerian Pengajian Tinggi,Kementerian
Pelajaran dan Kementerian Penerangan.Kerjasama antara pelbagai
kementerian ini sangat penting dalam memperkuasakan tulisan Jawi
dalam kalangan pelajar.Kabinet meluluskan peruntukan khas sebanyak RM
11 juta kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian,dan Warisan bagi
memartabatkan tulisan Jawi di negara ini.Menteri Kebudayaan,
Kesenian,dan Warisan,Datuk Seri Dr.Rais Yatim berkata,peruntukan bagi
tempoh lima tahun itu akan digunakan untuk melaksanakan aktiviti
pembudayaan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat seperti
menghidupkan semula surat khabar Jawi,majalah,menimbulkan polemik,
menganjurkan program asuhan Jawi, dan sebagainya.
Selain Kementerian Kebudayaan, Kesenian,dan
Warisan,Kementerian Pelajaran turut menyatakan komitmen untuk
memastikan penerbitan akhbar tunggal dalam tulisan Jawi tersebut
dihidupkan semula.Mantan Menteri Pelajaran,Datuk Seri Hishammudin Tun

Hussien,amat yakin bahawa akhbar yang menggunakan tulisan Jawi dapat


dipertahankan selaras dengan matlamat kerajaan untuk menghidupkan
semula Tulisan Jawi.Kementerian Pelajaran menggalakkan sekolah supaya
menggunakan apa-apa jua bahan cetakan bertulisan Jawi termasuk
akhbar Utusan Melayu untuk digunakan sebagai bahan bantuan
pengajaran dalam kelas.Akhbar Utusan Melayu Mingguan adalah selaras
dengan apa-apa yang dilakukan di peringkat sekolah melalui pelaksanaan
program J-Qaf,yang memberikan penekanan pada penulisan dan
pemahaman Jawi untuk pelajar.Selain menyediakan buku teks Pendidikan
Islam dalam tulisan Jawi,Kementerian Pelajaran menyediakan kertas
peperiksaan untuk peringkat Peperiksaan Menengah Rendah dan Sijil
Pelajaran Malaysia dalam tulisan Jawi.Pihak kementerian juga kini
menjalankan pelbagai usaha untuk menghidupkan semula pelajaran dan
pemelajaran Jawi sebahagian daripada mata pelajaran Pendidikan Islam di
sekolah.Bagi memudahkan pemelajaran Jawi,Kementerian pelajaran telah
memutuskan untuk menguna pakai ejaan baharu yang disediakan oleh
Dewan Bahasa dan Pusaka bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul jika
terdapat tenaga pengajar yang masih menggunakan tulisan Jawi lama.
Selain itu, kesedaran penggunaan tulisan jawi pada papan tanda
dan petunjuk jalan masih kecil bilangannya dan tidak keterlaluan jika
dikatakan boleh dibilang dengan jari.Tindakan kerajaan negeri Selangor
satu ketika dahulu yang mengecualikan cukai iklan tahunan ke atas papan
tanda yang memperagakan tulisan Jawi ,sebagai satu usaha untuk
memartabatkan tulisan Jawi mwmang patut dipuji.Menteri Besar,Datuk
Dr.Mohamad Khir Toyo berkata,penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda
di bangunan di negeri ini tidak lagi dikenakan sebarang bayaran.Iklan
bertulisan Jawi yang diselitkan dengan tulian Rumi dikecualikan daripada
cukai tahunan secara automatic.Dengan insentif ini,kerajaan negeri
berharap lebih banyak pihak akan mengunakan tulisan Jawi pada iklan
mereka.Kerajaan negeri juga sedang dalam proses menulis semula nama
jalan dengan dua jenis tulisan,iaitu Rumi dan Jawi,terutama di Shah Alam
bagi menyerlahkan indentitinya sebagai Bandar Melayu
Bestari.Penggunaan tulisan jawi pada papan tanda jalan dan iklan

mendapat sokongan di kebanyakan daerah di Sabah, kata Pengarah


Dewan dan Bahasa (DBP) Sabah Zubaidi Abas."Pihak DBP mendapat
kerjasama yang sangat baik daripada majlis daerah berkenaan
penggunaan tulisan jawi pada papan tanda. Mereka juga sentiasa
berhubung dengan kami mengenai penggunaan bahasa dan ejaan yang
betul.Kami amat mengalu-alukan dan memuji usaha daerah seperti Lahad
Datu, Sipitang, Kinabatangan dan Beaufort dalam memartabatkan bahasa
kebangsaan kita melalui penulisan jawi," katanya kepada pemberita
selepas mesyuarat Jawatankuasa Penganjuran Bulan Bahasa dan Sastera
Negara 2008 di sini, Selasa.Penggunaan tulisan jawi pada papan tanda
jalan dan iklan akan diperluaskan ke daerah lain.Jelaslah bahawa, usaha
memartabatkan kembali tulisan jawi dalam pelbagai bidang seperti
pendidikan, tulisan, papan tanda dan papan iklan sudah dimulakan sejak
beberapa tahun lalu tanpa disedari oleh banyak pihak termasuk penulis
blog tersebut.
Langkah menaja program Teka Silang Kata Jawi dalam akhbar
Utusan Melayu Mingguan sebanyak RM 52500 oleh Bank Kerjasama
Rakyat Malaysia Berhad juga patut diberi pujian.Pengarah Urusan Bank
Rakyat ,Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata,penajaan itu ditawarkan
bagi menyokong usaha Kumpulan Utusan memartabatkan semula tulisan
Jawi.Diharap lebih banyak pihak swasta dan korporat akan tampil dan
mengambil bahagian secara aktif bagi menyokong usaha murni tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan
Sumber Manusia negeri Terengganu, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman telah
memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri mengenai premis perniagaan
yang meletakkan tulisan jawi pada papan perniagaan akan mendapat tawaran
diskaun.Polisi itu sudah lama dijalankan dan ia masih lagi diteruskan

sehingga kini bertujuan menggalakkan masyarakat mengenal dan


membaca dalam tulisan jawi, katanya ketika menjawan soalan Mohd
Wahid Endut (Pas- Wakaf Mempelam). Kerajaan negeri Terengganu telah
mengadakan kerjasama dengan beberapa agensi, termasuk Jabatan Hal
Ehwal Terengganu (JHEAT), Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan
Perpustakaan Awam Negeri Terengganu dalam usaha memartabatkan

tulisan jawi dan merancakkan lagi pengguna Bahasa Melayu dalam


kalangan pelajar.JHEAT pula menyediakan teks kutbah Jumaat, buku
program dan kerajaan Terengganu juga mewajibkan sepanduk dalam
perarakan sambutan Maulidur Rasul yang disambut setiap tahun dalam
tulisan jawi. Kerajaan negeri turut membina pusat tulisan jawi di Kuala
Berang dan di kawal selia Muzium Negeri Terengganu.
Sebagai intiha, penggunaan tulisan jawi ini perlu dipergiatkan
usahanya terutama peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan
tempatan dalam merealisasikan impian negara bagi menghidupkan
semula kegemilangan tulisan jawi yang pernah mencapai puncak
kemasyhurannya suatu ketika dahulu. Masyarakat Melayu khususnya,
tidak seharusnya cuma berpeluk tubuh melihat tulisan Jawi menghilang
daripada ufuk budaya,tetapi harus terus mempertahankannya daripada
berkubur. Impian ini tidak terlaksana jika hanya dilakukan hanya sebelah
pihak sahaja, malah semua pihak perlu berganding bahu tidak apa jua
lapisan masyarakat agar tulisan jawi ini bak kata pepatah Melayu tak
lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.