Anda di halaman 1dari 10

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI DALAM PdP

Nama Pelajar

Rohani Binti Eshak

No. Kad Pengenalan :

830222-01-5076

Nama Sekolah

SK LKTP Adela

Program

Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Jun 2011

Opsyen/Kelas

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (Kumpulan 2)

Mata Pelajaran

Pendidikan Jasmani Tahun 4 Iman

Tajuk Inovasi

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PUTARAN

RODA

DENGAN MENGGUNAKAN KAD FLIP BERGAMBAR


BAGI MURID TAHUN 4 IMAN SK LKTP ADELA BAGI
PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI.
Tempoh Pelaksanaan:

1.0

30 minit (1 waktu)

Pengenalan
Inovasi dalam pendidikan khususnya diperingkat sekolah memainkan peranan

penting yang menjayakan visi dan misi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PdP Pendidikan
Jasmani pula merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia
melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan kemahiran-kemahiran motor,
pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan berkeadaan
baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sahsiah serta sosialisasi terhadap
aktiviti fizikal. Justeru itu, sudah menjadi tanggungjawab guru Pendidikan Jasmani mencari
inisiatif untuk memperkembangan bakat serta kebolehan yang terdapat pada setiap murid.
Gallahue (1996) menegaskan bahawa Pendidikan Jasmani meluangkan sebahagian
daripada hari persekolahan untuk aktiviti-aktiviti otot besar yang mendorong dan
membangun belajar untuk bergerak dan belajar melalui pergerakan. Pendapat ini selaras
dengan model Thomas, Lee dan Thomas (1988) dan model Siedentop (1994) yang
menitikberatkan elemen yang sama. Pendidikan Jasmani membantu kanak-kanak
membangun sepenuhnya, merealisasikan potensi yang ada pada kanak-kanak tersebut.
Gabbard, LeBlanc dan Lowy (1994) menamakan pembangunan itu sebagai total child.

~1~

Pembangunan sepenuhnya melibatkan pembangunan dan pembelajaran melalui aktiviti


fizikal yang membangun tiga aspek iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Pendidikan adalah salah satu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan juga sosial. Secara tidak langsung, ini menggambarkan potensi melalui
jasmani antara komponen yang sangat penting bagi setiap murid.
Freeman (1997) menjelaskan Pendidikan jasmani merupakan aktiviti fizikal yang
bermatlamat pendidikan. Pendidikan Jasmani berbeza daripada bidang lain kerana ia
menumpukan kepada pembangunan keseluruhan individu. Bidang Pendidikan Jasmani
member perhatian kepada kualiti fizikal, mental dan emosi. Ini adalah selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menegaskan elemen JERI (jasmani, emosi rohani
dan intelek) dalam membangun potensi seseorang individu.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan dasar kepada sisitem
pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna smeua aktiviti pendidikan dan persekolahan di
Malaysia mestilah selaras dan tertakluk dengan kehendak FPK. Intipati utama dalam FPK
ialah untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial (JERIS). Mata pelajaran Pendidikan Jasmani sememangnya memberi dan
menggalakkan perkembangan yang menyeluruh dari aspek JERIS seseorang individu
dengan menekankan gaya hidup sihat dan aktif yang merangkumi tiga aspek penting
sewaktu pelaksanaannya di sekolah iaitu penglibatan murid secara aktif dan selamat,
interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alat serta penyimpanan rekod kegiatan
murid sebagai bukti pembelajaran.
Proses perkembangan pengajaran dan pembelajaran dari masa ke semasa telah
membawa banyak perubahan dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas. Corak pengajaran
masa kini telah mengalami banyak perubahan dan bertambah maju. Pengajaran dan
pembelajaran dalam pada masa kini boleh ditafsirkan sebagai satu proses, komunikasi,
sains dan seni.
Didalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Jasmani Tahun 4,
kandungan kurikulumnya memberi fokus kepada dua modul iaitu modul kemahiran dan
modul kecergasan. Bagi menjalankan inovasi ini, guru telah memilih modul kemahiran iaitu
gimnastik Aspek yang dinilai ialah kemahiran melakukan putaran roda dalam gimnastik
artistik. Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulangulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), kesedaran
kinestetik, ketepatan lakuan dan keseimbangan yang tinggi. Sukan ini juga dianggap sukan
~2~

yang berbahaya kerana gaya akrobatik yang ditunjukkan di atas peralatan yang berada
tinggi daripada lantai menyebabkan seseorang atlet itu akan menghadapi risiko kecederaan
yang teruk.
Gimnastik Artistik sering dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk
memperbaiki kualiti pergerakan supaya lebih baik dan sempurna di kalangan murid sekolah.
Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnastik artistik iaitu pola pendaratan, pola statik ,
pola gerak edar , pola putaran, pola imbangan dan pola ayunan. Menurut Borhanudin
(2006), Gimnastik artistik ialah pergerakan tubuh badan yang memerlukan fleksibiliti ,
imbangan, kekuatan, ketangkasan, dan daya tahan otot yang baik. Gimnastik artistik ialah
aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia lebih banyak berfokus kepada
komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran motor. Selain daripada itu, tumpuan
fikiran yang tinggi juga diperlukan
Menurut Dauer (1995) pula, Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program
pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan kepada pengalaman-pengalaman
pergerakan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak. Pendidikan Jasmani merupakan
suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental
dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi (Lumpkin, 2002).

2.0

Rasional Inovasi PdP

Beberapa perkara penting perlu diselusuri didalam menjalankan sesuatu inovasi yang akan
dijalankan menerusi elemen-elemen yang mempunyai hubungkait, antaranya ialah :-

2.1

Kebolehtadbiran

Inovasi ini telah dijalankan di sekolah kerana ianya merupakan masalah yang terjadi
kepada guru dan murid-murid yang diajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Inovasi ini telah ditadbir oleh guru dengan mudah kerana merupakan murid-murid
sekolah tersebut serta guru mengajar kelas tahun 4 Iman. Di samping itu, inovasi ini dapat
diuruskan dengan baik kerana tajuk yang dipilih seiring dengan rancangan pengajaran
harian serta keperluan murid-murid tahun 4 KSSR PJ. Manakala peserta kajian juga telah
memberikan kerjasama yang baik dan kurang mendatangkan masalah.

~3~

2.2

Berkepentingan kepada murid

Putaran roda merupakan salah satu kemahiran gimnastik yang terdapat di dalam mata
pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 4 (KSSR). Kegagalan peserta kajian dalam menguasai
kemahiran yang dipelajari akan menyebabkan murid tidak dapat menguasai dengan baik
sesuatu kemahiran gimnastik.
Kajian ini penting bagi pengkaji mempertingkatkan teknik pengajaran dan
pembelajaran dengan memperkenalkan

teknik baru dan keberkesanannnya terhadap

pencapaian murid supaya objektif psikomotor yang dirancang tercapai. Apabila kajian yang
dijalankan tamat, peserta kajian dapat meningkatkan kemahiran serta membantu memberi
keyakinan diri yang tinggi ketika melakukan aktiviti gimnastik.
Jelas menunjukkan bahawa pendidikan pergerakan memainkan peranan penting
dalam membentuk perkembangan potensi diri murid-murid dalam melakukan pelbagai corak
pergerakan fizikal sesebuah kemahiran dalam aktiviti harian dan sukan. Terdapat bukti
menunjukkan bahawa apabila kanak-kanak kurang kemahiran asas maka pencapaian
kemahiran khusus dalam sesuatu sukan juga akan terjejas Gallahue & Cleland (2003).
Murid haruslah dapat menguasai kemahiran tersebut secara berperingkat-peringkat Pica
(2004).

2.3

Berkepentingan kepada guru


v Kajian ini sesuai dijalankan di sekolah kerana ianya dapat mempelbagaikan lagi

teknik pengajaran dan pembelajaran guru untuk mengajar sesuatu kemahiran gimnastik di
samping dapat membantu peserta kajian menguasai kemahiran yang dipelajari dengan
sebaiknya. Kajian ini juga boleh digunakan untuk membantu murid-murid meningkatkan
keyakinan diri dalam melakukan aktiviti gimnastik. Hasil kajian boleh digunapakai oleh guruguru lain ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga boleh digunakan
sebagai rujukan untuk generasi akan datang.
Penguasaan pergerakan asas pada peringkat awal perkembangan fizikal kanakkanak akan meningkatkan kemampuan diri, keyakinan, keseronokan dan minat murid-murid
dalam sesuatu sukan dan permainan walaupun di luar waktu pengajaran dan pembelajaran,
Stidder dan Hayes (2011). Penggunaan bahan bantu mengajar dan teknik pengajaran yang
berkesan diperlukan bagi memudahkan penguasaan suatu kemahiran, Mosston (2011).

~4~

2.4

Kerevelenan kepada sekolah


Inovasi yang telah dijalankan ini telah mendapat sokongan serta bantuan daripada pihak
sekolah. Guru telah mendapat kerjasama serta telah mendapat kebenaran daripada
sekolah menjalankan internship di sekolah dan menjalankan inovasi terhadap muridmurid yang diajar. Selain itu, guru juga telah mendapat bimbingan daripada pensyarah
penyelia, pensyarah-pensyarah lain, rakan-rakan guru di sekolah serta rakan-rakan
belajar dalam usaha memperolehi maklumat dan bertukar-tukar pandangan agar inovasi
ini telah dapat dilaksanakan dengan lancar.
Inovasi yang telah dijalankan ini adalah sangat relevan dan bertepatan dengan
kehendak dunia masa kini iaitu penggunaan alat-alat teknologi dan inovasi dalam
kehidupan harian. Penggunaan kad flip bergambar dapat membantu guru meningkatkan
keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran serta dapat menarik minat muridmurid.

2.5

Wujud kolaborasi
Inovasi yang akan dijalankan ini memerlukan kolaborasi antara guru dengan pihak

sekolah, murid, ibu bapa mereka, Ketua Panitia, pensyarah pembimbing, guru pembimbing,
rakan sekuliah dan rakan-rakan guru Pendidikan Jasmani. Kolaborasi dengan pihak sekolah
termaktub didalam jadual kelas yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran sekolah,
khusus bahagian kurikulum dan Penyelaras Jadual Waktu. Manakala kolaborasi dengan
rakan sekuliah, guru pembimbing dan pensyarah pembimbing pula merangkumi aspek
penyediaan dan sesi PdP serta perbincangan dalam menyelia disiplin peserta kajian dalam
memastikan kelancaran projek. Selain itu juga, inovasi ini turut melibatkan kolaborasi
pengkaji dengan rakan-rakan guru Pendidikan Jasmani dan Ketua Panitia dalam membuat
rujukan untuk mentadbir PdP dan alatan yang digunakan.
2.6

Kebolehgunaan
Inovasi yang dijalankan amat sesuai digunakan dalam pengajaran gimnastik. Inovasi

yang dijalankan ini merupakan kemahiran dan latihan asas yang digunakan dalam
kemahiran gimnastik putaran roda. Setiap aktiviti yang dijalankan memerlukan pemerhatian
dan fokus yang tinggi dalam kalangan murid. Inovasi yang digunakan oleh juga boleh
digunakan dalam kemahiran lain bukan hanya gimnastik tetapi permainan yang lain juga.

~5~

3.0

Pernyataan Masalah

Bahagian ini menerangi dalam masalah yang dihadapi oleh pengkaji serta melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah murid berpunca daripada murid gagal
menguasai kemahiran asas terutamanya dalam melibatkan koordinasi mata dan kaki iaitu
dalam kemahiran putaran roda. Pada mulanya murid takut untuk menjatuhkan tangan serta
memutar badan. Lakuan yang dilakukan nampak begitu janggal sekali di mata guru kerana
mereka menyatakan mereka takut serta tidak berani melakukan aktiviti gimnastik.
Permasalahan ini berpunca daripada kelemahan dari aspek teknik lakuan yang
dihadapi oleh beberapa orang murid Tahun 4 Iman dalam kemahiran putaran roda. Kanakkanak yang tidak dapat menguasai kemahiran putaran roda merasakan tidak seronok dan
seterusnya berasa kecewa dengan diri sendiri. Lantaran itu, kanak-kanak akan mengalami
putus asa untuk melibatkan diri dalam kegiatan aktiviti sukan dan ko-kurikulum yang
dijalankan dan menerima kesan yang teruk iaitu menjadi kanak-kanak yang tidak cergas dan
pasif.

4.0

Objektif Inovasi PdP

Chow Fook Meng dan Juziah Mahamud (2011), menjelaskan bahawa objektif ditentukan
melalui tujuan menjalankan penyelidikan selepas mendapat masalah pokok penyelidikan.
Objektif umum akan memperihalkan berkaitan hala tuju kajian yang dijalankan. Manakala
Objektif khusus akan menjelaskan secara terperinci tentang tujuan penyelidikan dan
persoalan kajian memberi penekanan kepada kesesuaian kaedah yang digunakan dalam
kajian ini.

4.1

Objektif Umum

Perkara yang ingin dicapai didalam projek inovasi ini ialah untuk mencapai pemerolehan
yang positif dikalangan murid didalam meningkatkan kemahiran psikomotor . Murid juga
lebih berminat untuk mengamalkan gaya hidup sihat didalam kehidupan seharian.
Disamping itu, memberi pendedahan kepada murid agar dapat mencuba sesuatu yang baru
yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.

4.2

Objektif Khusus
~6~

Secara khususnya, inovasi ini akan memberi manfaat kepada para guru dan juga peserta
kajian amnya :

Adakah Kad Flip Bergambar dapat membantu murid-murid meningkatkan kemahiran


Putaran Roda bagi murid-murid Tahun 4 Iman
5.0

Konsep Inovasi PdP

Konsep inovasi ialah memberi penambahbaikan kepada PdP dengan merujuk kepada
refleksi pengajaran dan pembelajaran. Melalui pemilihan kaedah PdP yang betul tepat untuk
memberi perubahan kepada proses dan hasil PdP. Refleksi pengajaran dan pembelajaran
pula adalah cara bagaimana sesuatu permasalahan itu timbul ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran sedang berjalan dan bagaimana langkah susulan memperbaiki kelemahan
yang ada.
Brookfield (1995) menjelaskan proses refleksi melibatkan seseorang itu aktif
mengimbas kembali segala permasalahan yang dihadapi dan berusaha mempertimbangkan
segala kemungkinan yang akan berlaku serta bertungkus lumus mencari jalan bagi
menyelesaikan segala permasalahan tersebut. Dengan perancangan yang betul melalui
kaedah yang dipilih dapatlah menjalankan satu projek inovasi yang boleh memberi impak
yang baik kepada murid khususnya.
Prestasi sebelum inovasi perlu menjadi penanda aras sejauh mana keberkesanan
kaedah yang dijalankan semasa projek. Ini adalah bahan rujuk yang terpenting didalam
mengukur tahap pencapaian murid didalam keberkesanan projek inovasi ini. Semestinya
faedah yang tercapai melalui inovasi ini akan menjadi pemangkin kepada perkembangan
yang sihat didalam mengurus PdP yang berkesan didalam keberhasilan murid.

6.0

Skop dan Batasan

Projek ini inovasi ini berlandaskan pemerhatian PdP disepanjang program Internship selama
4 minggu dengan merancang 1 projek inovasi PdP yang boleh memberi perubahan kepada
kemenjadian dan keberhasilan murid melalui PdP.
Melalui kebenaran pentadbir sekolah dan bimbingan (mentor) daripada guru yang
dipilih inovasi perlulah mendapat mandat dan panduan yang jelas daripada pihak tersebut.
Ini adalah kerana setiap program mestilah selaras dengan kehendak Kementerian
Pendidikan Malaysia dan perlu memberi impak yang positif untuk keprofesionalan guru.

~7~

Guru perlu menjalankan inovasi juga mestilah merujuk kepada DSK (Dokumen
Standard Kurikulum) yang terkandung dalam KSSR tahun 4. Ini penting supaya tahap
keupayaan murid dapat diukur selaras dengan peringkat umur murid.

7.0

Kepentingan dan Impak Inovasi PdP

Melalui refleksi PdP dan pemerhatian permasalahan murid dalam PdP khususnya dalam
mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Perlulah ada satu mekanisme yang boleh dijadikan
panduan dan penggalak untuk mencetus kepada keberhasilan murid selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Inovasi ini secara khusus adalah medan untuk
memperbaiki dan pertingkatkan kemahiran putaran roda bagi murid Tahun 4 Iman.
Hasil projek inovasi ini sudah tentu akan menjadi fokus kajian kepada guru-guru lain
didalam mempertingkatkan tahap penguasaan murid khususnya dalam PdP Pendidikan
Jasmani di sekolah. Penanda aras hasil daripada projek inovasi ini akan dirujuk sebagai
pedoman dan titik tolak perancangan inovasi yang lebih berkesan.
8.0

Anggaran Kos

Berikut adalah anggaran kos projek inovasi yang dijalankan :


Bil

Perkara/Alatan

Jumlah (RM)

Kertas A4 1 rim

10.00

Dakwat printer

30.00

Liminating film

40.00

Ring

5.00

Cenderahati (murid)

65.00

JUMLAH BESAR

9.0

150.00

Pelan Perancangan

Berikut adalah pelan perancangan program inovasi :


Minggu
1

Tarikh/ Hari
30 Mac 2015

Masa
8.30 9.00 pagi

Aktiviti
Aktiviti 1:

(Isnin)
31 Mac 2015

(30 minit)
8.00 8.30 pagi

Cartwheel Tricks

(Selasa)

(30 minit)

- lompat dari kiri ke kanan

~8~

- melepasi objek

6 April 2015

8.30 9.00 pagi

Aktiviti 2

(Isnin)
7 April 2015

(30 minit)
8.00 8.30 pagi

Cartwheel Tricks

(Selasa)

(30 minit)

lompatan agung
-

menggunakan

beam

mat

putaran roda
3

13 April 2015

8.30 9.00 pagi

Aktiviti 3

(Isnin)
14 April 2015

(30 minit)
8.00 8.30 pagi

Cartwheel Tricks sticker

(Selasa)
20 April 2015

(30 minit)
8.30 9.00 pagi

(Isnin)
21 April 2015

(30 minit)
8.00 8.30 pagi

(Selasa)

(30 minit)

(Now U See Now U Dont)


Aktiviti 4

Cartwheel tricks
One Straight Line

10.0 Penutup
Projek inovasi ini bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan Program Pensiswazahan Guru
(PPG), malah bertujuan memberi kesedaran kepada guru betapa pentingnya merangka satu
program yang boleh memberi kesan yang efektif kepada PdP di sekolah. Ia juga penting
untuk mengukur sejauh mana kaedah latih tubi yang dipilih memberi impak kepada
keberkesan didalam mencapai objektif PdP. Saya berharap kertas cadangan projek ini dapat
diluluskan kerana ia penting didalam menjadikan satu landasan penting untuk keberhasilan
murid berdasarkan skop pembelajaran masakini.

Disediakan oleh,
.
(ROHANI BINTI ESHAK)
Guru Pelatih PPG
~9~

IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Disemak oleh.

(MUHAMMAD NULHAKIM BIN KASBOLLAH)


Guru Mentor Program Internship
SK LKTP Adela

Disahkan oleh,
.

~10~