Anda di halaman 1dari 18

PerananSekolahDalamMenjayakanAspirasiPPPM

Seperti yang digariskan dalam Model Ekonomi Baru RMKe-10, negara kita berusaha untuk berubah
daripada negara berpendapatan pertengahan ke arah negara berpendapatan tinggi. Perubahan ini
perlu digerakkan oleh mereka yang berbakat, khususnya pemimpin dan pekerja yang berpengetahuan
disamping input lain seperti tenaga kerja dan modal. Dalam keadaan persaingan pada peringkat global
negara kita memerlukan warganegara yang berbakat, kompetatif dan sistem pendidikan yang berdaya
saing.
Justeru itu kerajaan menerusi KPM telah merangka suatu tranformasi dalam sistem pendidikan bagi
membolehkan aspirasi negara ke arah negara berpendapatan tinggi dapat direalisasikan. Aspirasi untuk
menjayakan tranformasi sistem pendidikan terdiri daripada dua aspek, iaitu aspirasi keseluruhan sistem
pendidikan dan aspirasi setiap murid.
ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN
Terdapat lima hasil yang ingin dicapai dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, iaitu; akses, kualiti,
ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Lima aspirasii ini muncul daripada laporan pendidikan yang pernah
dikeluarkan sebelum ini tetapi kandungannya masih relevan iaitu Laporan Razak (1956), Laporan
Jawatankuasa Kabinet (1979) dan PIPP (2006-2010).
Sekolah adalah barisan hadapan dan peringkat operasi dalam melaksanakan tanggungjawab memastikan
lima aspirasi sistem pendidikan dapat dicapai.
1. Akses Kepada Kejayaan
Sekolah mempunyai peranan untuk memastikan setiap murid di sekolah mendapat akses yang sama
kepada pendidikan berkualiti, tanpa mengira taraf ekonomi, kaum atau latar belakang murid bagi
membolehkan murid mencapai potensi masing-masing.
Prinsip pendidikan untuk semua, perlu dijadikan asas dalam memastikan akses dan enrolmen setiap
lapisan murid dari peringkat prasekolah ke peringkat sekolah menengah dapat dipenuhi. Bagi tujuan ini
pihak sekolah perlu memberi komitmen demi memastikan tiada murid yang tercicir dan semua murid
memenuhi standard minimum iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran teras iaitu Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral pada
akhir tingkatan 5.
Tujuannya adalah untuk meletakkan negara kita setanding dengan negara maju yang lain di samping
meningkatkan peratusan murid melanjutkan pelajaran pada peringkat universiti, kolej, politeknik,
vokasional dan program latihan kemahiran yang berstruktur.
2. Kualiti Standard Antarabangsa Yang Tinggi.
Aspirasi kedua ini melibatkan peranan sekolah dalam meastikan setiap sekolah memberikan proses
pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid setanding dengan negara maju yang lain mengikut

standard antarabangsa. Langkah ini termasuklah standard untuk bidang Matematik, Sains dan Bahasa
Inggeris serta kemahiran berfikir aras tinggi.
KPM misalnya telah mensasarkan agar negara berada dalam kelompok sepertiga teratas dari segi
prestasi dalam TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study) dan PISA (Programme For International
Student Assessment) dalam tempoh 15 tahun.
Oleh itu komitmen guru dan masyarakat yang mendukung sekolah yang tinggi amatlah diharapkan.
Pelaksanaan i-THINK dan Frog VLE perlulah dilaksanakan secara serius kerana ia adalah kerangka asas
yang dapat memenuhi keperluan proses pembelajaran dan pengajaran berkualiti tinggi.
3. Ekuiti Untuk Semua Murid
Sekolah perlu memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan berada pada tahap yang terbaik
kepada setiap murid tanpa mengira etnik, tempat atau latar belakang sosioekonomi. Sekolah perlu
meberi peluang kepada setiap murid supaya jurang yang ada dalam kalangan mereka dapat dirapatkan.
Sekolah bertanggungjawab untuk memastikan setiap murid yang mempunyai pelbagai latarbelakang dan
sosioekonomi di sekolah mendapat hak dan ekuiti yang sama terhadap kemudahan dalam menyokong
pembelajaran dan pembangunan sahsiah mereka.
Program Pendidikan Khas, Kelas Rancanagan Khas dan Program Kawalan yang terdapat disekolah
perlulah diurus dengan berkesan bagi membolehkan murid dibangunkan mengikut kebolehan dan
potensi masing-masing.
4. Memupuk Perpaduan Dalam Kalangan Murid
Sejak merdeka aspirasi negara yang utama ialah mewujudkan perpaduan dalam kepelbagaian kaum
yang ada. Sesebuah negara yang menghargai kepelbagaian dan mengutamakan keterangkuman sosial
yang unik akan mempamirkan perpaduan yang lebih kuat. Kajian yang dilakukan oleh OECD pula
menunjukkan bahawa perpaduan yang kuat mempunyai kaita yang rapat dengan rakyat yang sihat,
masyarakat yang selamat dan kadar guna tenaga yang tinggi.
Murid menghabiskan masa lebih seperempat daripada mereka di sekolah semasa mereka berusia 7
hingga 17 tahun, maka sekolah merupakan medan yang subur untuk pemupukan semangat perpaduan.
Oleh itu sekolah perlu mewujudkan interaksi dalam kalangan murid-murid agar mereka belajar saling
memahami, menerima dan menghargai kepelbagaian.
Gerak kerja kokurikulum perlu dioptimumkan dan dasar 1 murid 1 sukan perlu dimantapkan agar
penerapan nilai dan pengalaman dapat diterapkan ke arah pembinaan identiti nasional yang seterusnya
memupuk perpaduan.
5. Pelaksanaan Berkecekapan Tinggi
Aspirasi pendidikan nasional yang kelima ialah elemen kecekapan. Kerajaan menerusi bajet tahunan
telah memperuntukan perbelanjaan besar kepada sektor pendidikan (16%), yang secara jelas
menunjukkan komitmen tinggi kerajaan terhadap pendidikan. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab

guru-guru dan warga pendidikan di sekolah untuk memastikan pulangan dalam bentuk keberhasilan
murid dimaksimumkan untuk setiap ringgit yang dibelanjakan.
Pelaksanaan program pendidikan perlu dibuat secara lebih bertanggungjawab dan menggunakan sumber
yang ada secara cekap, berkesan dan memberi impak yang maksimum.

http://pibgsmala.blogspot.my/2014/07/enam-aspirasi-murid-lima-aspirasi.html

PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN PPPM


1.0 Pengenalan
Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu
lagi era baharu . Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu sebagai penyampai
ilmu . Berbanding sistem pendidikan kini , guru lebih banyak berperanan sebagai
pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam
melahirkan dan menggunakan situasi situasi pembelajaran secara cekap dan
berkesan . Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif ,
kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan
baharu untuk mengadaptasikan amalan dengan kehendak pelajar sebagai knowledge
worker dalam era revolusi maklumat abaf ke 21 .
Guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan profesionalismenya ialah kunci
kepada peningkatan kualiti ( Jemaah Nazir , 2001 ) . Kualiti yang dimaksudkan merujuk
kepada kualiti proses dan yang lebih penting ialah kualiti produk (output) . Dengan ini ,
sumber manusia ( modal insane ) perlu dibangunkan secara bersepadu melalui latihan
latihan bagi memastikan setiap individu dapat mengembangkan potensi ke tahap
yang optimum . Program program pembangunan professional sudah tentu dapat
mengupayakan guru demi meningkatkan kualiti pendidikan negara .
Perkataan keguruan diamabil daripada perkataan dasarnya iaitu guru . Menurut
Kamus Dewan , guru bermaksud pengajar , pendidik atau pengasuh manakala
perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru dan peranan ( tugas dan kelayakan )
sebagai guru . Sesuatu profesion yang sebenar adalah suatu bidang yang mempunyai
ciri ciri seperti kepentingan kemahiran intelek , latihan iktisas yang mencukupi ,
khidmat yang diperlukan oleh masyarakat . Menikmati autonomi individu dan
kumpulan , mementingkan mutu perkhidmatan , mempunyai tatasusila perkhidmatan
atau kod setia dan mempunyai organiasasi tersendiri untuk menguruskan soal soal
yang berkaitan dengan pendidikan
( Lieberman 1956 ) .

Menurut Kamus Dewan profesion adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang
khas . Berdasarkan ciri ciri profesion , Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara
ringkas konsep professionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan

oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu ,
bersikap jujur , dedikasi , berakauntabiliti dan bermoral tinggi , mempunyai autonomi
bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organiasasinya .
Sistem pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju ke
hadapan . Perubahan perubahan dan transformasi dalam kurikulum pendidikan
bertujuan memenuhi kehendak negara . Merealisasikan sebuah negara maju pada
masa hadapan . Setiap perubahan dan transformasi kurikulum pendidikan yang
diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion perguruan oleh itu , adalah
mustahak bagi setiap indidvidu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha
mempertingkatkan kecekapan , kelebihan prestasi dan keterampilan dari semasa ke
semasa agar dapat bertanding dalam era perkembangan teknologi pesat . Jika hal ini
wujud , barulah tuntutan tuntutan dalam transformasi kurikulum itu dapat ditangani .
Walaubagaimanapun , sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan keguruan
sebagai satru profesion bergantung pada tanggapan masyarakat . Adalah peranan guru
semakin hilang kewiwabawaannya kerana masyarakat telah mengalihkan pandangan
pada kerjanya diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor , peguam
dan arkitek .
Dalam konteks ini , pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha dengan
bersungguh sungguh untuk menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang
unggul dan disegani ramai . Hal ini termasuklah dalam teras Pelan Pembangunan
Pendidikan Malysia ( PPPM ) 2013 2025 iaitu memartabatkan profesion keguruan
antara agenda utamanya selain daripada kemenjadian murid . Para guru sebenarnya
mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek profesionalannya
dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran
selaras dengan kehendak teras PPPM .

2.0 Isu Guru dan Analisis : ( Peranan Guru Dalam Merealisasikan PPPM ) .
Pada Oktober 2011 , Kementerian Pendidikan telah melaksanakan kajian semula
sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan
Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu . Kerajaan telah mengambil keputusan
melaksanakan kajian semula system pendidikan berdasarkan standard pendidikan
anatarabangsa yang kian meningkat , peningkatan aspirasi negara dan harapan ibu
bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan
generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke 21 .
Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian , Kementerian telah memperoleh input
daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar
pendidikan dari UNESCO , Bank Dunia , OECD , dan enam Institusi Pengajian Tinggi
Awam . Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah , guru , ibu bapa ,

orang ramai dan murid di seluruh negara . Dokumen awal Pelan Pembangunan
Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem pendidikan
Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan
membandingkannya dengan tanda aras anatarabangsa . Pelan ini melakarkan visi
sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa
depan . Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan starategik dan potensi yang perlu
dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan .
Perubahan atau penambaikan sisitem pendidikan dilakukan dari semasa ke semasa
. Pihak yang berkenan berbuat demikian adalah atas alasan bahawa perubahan
tersebut penting untuk rakyat dan negara . Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia ( PPPM ) 2013 2025 oleh Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhiyiddin
Yassin pada bulan September 2013 yang lalu adalah antara perubahan terkini dalam
sistem pendidikan kita .

Antara perkara penting dalam PPPM adalah untuk melahirkan murid yang
mempunyai 6 ciri utama , seperti yang berikut , iaitu :
pengetahuan (murid yang berpengetahuan).
kemahiran berfikir (murid yang mahir berfikir) .
kemahiran memimpin (murid yang dapat menjadi pemimpin) .
kemahiran dwibahasa (murid yang menguasai sekurang kurangnya 2 bahasa) .
etika dan kerohanian (murid yang berpegang pada etika dan memiliki sifat rohani yang
tinggi) .
identiti nasional (murid yang mempunyai indentiti kebangsaan).
Dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri
utama seperti yang digariskan , guru merupakan tonggak utama kearah mencapai
hasrat tersebut . Gurulah yang berperanan memastikan muridnya berpengetahuan ,
mempunyai kemahiran berfikir , berkeupayaan memimpin , menguasai dwibahasa ,
mempunyai etika dan kerohanian yang kukuh , serta murid yang beridentiti nasional .
Hasrat yang disasarkan oleh pihak kerajaan itu sangat sempurna sifatnya jika generasi
yang lahir dalam era PPPM 2013 2025 dapat dibentuk dan dididik seperti yang
dirancang . Oleh hal yang demikian , guru perlulah melengkapan diri dan bersedia
melakukan perubahan agar berupaya melhirkan kesemua hasrat tersebut . Penguasaan
ilmu pengetahuan bagi setiap guru amatlah penting dalam menjayakan hasrat untuk

melahirkan pelajar yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) seperti
yang dituntut oleh PPPM .
Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan alat berfikir dan
mengeluarkan banyak dana seperti i Think perlu dimanfaatkan secara serius . Hal ini
demikian kerana , untuk melahirkan murid yang mempunyai KBAT , guru juga perlu
melakukan anjakan paradigma , sebagai contoh pelajaran secara berpusatkan guru
serta pembelajaran berorentasikan peperiksaan tidak lagi diamalkan . Sehubungan
dengan itu , setiap murid perlu menguasai pelbagai kognitif termasuk dapat
menyelesaikan masalah dan mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif . Usaha
untuk melahirkan murid yang mahir berfikir turut dilakukan di sekolah , khususnya
melalui P & P . Dalam proses tersbut , murid didedahkan pelbagai jenis soalan ,
termasuklah yang memerlukan daya pemikiran yang kritis dan kreatif .
Dalam era transformasi pendidikan , guru hendaklah menghasilkan murid yang
mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi murid dalam
semua aspek JERIS bagu mencapai pendidikan bertaraf anatarabangsa . Menurut Mok
Soon Sang ( 2007 ) , Profesor Syed Muhammad al Alatas menyatakan ilmu
merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyaburan serta semangat
kepada jiwa manusia . Hal ini menunjukkan ilmu merangkum semua aspek kehidupan
luaran dan dalam jiwa manusia . Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan
budaya ilmu seperti membaca , berfikir , memerhati , berkarya , terlibat dalam
sumbangan , dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baharu (Ragbir Kour
2007 ) . Dalam P & P , guru akan memindahkan ilmu yang baik , meninggikan adab
murid , serta memberi tunjuk ajar ke arah kebenaran sebagai pengamal ilmu .
Untuk melahirkan murid yang berpengetahuan , khususnya untuk meastikan kanak
kanak mengusai kemahiran literasi dan numerasi , guru mampu memainkan peranan .
Kebanyakan guru dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran masing masing
untuk mengaplikasikan pelbagai kaedah dan aktiviti P & P dalam membimbing murid
agar menguasai kedua dua kemahiran tersebut . Walaupun begitu , usaha untuk
menggalakkan murid menambahkan pengetahuan dalam pelbagai bidang agak
mencabar .
Hal ini dikatakan demikian sebagai keperluan harian hasrat tersebut murid perlu
menjadikan pembacaan sebagai keperluan harian mereka . Kegagalan pihak sekolah
dan ketiadaaan sokongan yang berkesan daripada pihak lain untuk membimbing murid
agar meningkatkan amalam membaca tidak memungkinkan murid yang
berpengetahuan dapat dilahirkan . Bilangan murid yang gemar membaca , masih
kurang memuaskan . Antara puncanya budaya membaca ini tidak diamalkan oleh orang
dewasa terutama sekali ibu bapa di rumah . Bagi guru yang kurang membaca pula ,
mereka kurang cenderung untuk menasihati murid agar membaca . Jika guru yang

berkenaan berbuat demikian , keberkesannya tidak seberapa kerana guru tersebut


tidak dapat menghayati kenikmatan membaca .

Oleh itu peranan guru sebagai pembentuk tingkah lakulah yang dapat membentuk
tingkah laku dari yang negatif kepada positif , iaitu dari tidak suka membaca kepada
tabiat gemar membaca . Menurut pandangan Islam , orang yang menajdi guru diberi
Allah kelebihan berganda . Hadis Nabi Muhammad(SAW) bermaksud Bahawa orang
yang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuan kepada orang lain dan perkataan
mengajar itu amat terpuji . Menurut Al Ghazali pula dari perspektif Islam , tingkah
laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan . Tingkah laku normal atau
tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan
mempunyai masalah psikologi . Sebarang pembentukan tingkah laku murid haruslah
diuruskan oleh guru supaya murid yang dihasilkan mempunyai tingkah laku yang terpuji
dan dapat diterima umum .
Menurut Lewis M . Beaker ( 2001 ) , tingkah laku adalah sebarang perbuatan yang
dilakukan sama ada secara terus atau tidak , secara sedar atau separa sedar . Carl
Rogers ( 1999 ) , menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut
persepsi diri sendiri dan keadaan . Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri
yang positif maka dia berupaya berintetaksi dan bertindak dengan lebih yakin .
Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk
memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan
dengan teknik yang sesuai . Dr . Ragbir Kaur ( 2005 ) , setiap guru mesti ada satu
bentuk sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas , pembelajaran yang sihat dan
produktif .
Guru perlu berusaha membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah
laku negatif dan membebaskan murid daripada sebarang gangguan . Kegagalaan
menguruskan tingkah laku akan menyebabkan gangguan emosi yang serius . Tingkah
laku yang tidak diuruskan dengan baik akan memeberi kesan kepada proses P & P
yang akhirnya akan menyebabkan prestasi akademik murid merosot .

Asas penting dalam pembentukkan tingkah laku murid adalah membina hubungan
yang positif anatara guru dan murid di dalam sekolah atau bilik darjah . Hubungan yang
dibina adalah berlandaskan perasaan guru murid terutama di dalam pendidikan
sekolah rendah . Untuk memupuk hubungan kasih sayang dan tepat kepada murid
murid . Dalam masa yang sama guru juga boleh terima pujian daripada muridnya .
Melalui cara ini tingkah laku murid dapat dibentuk dengan lebih berkesan .

Jadi untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid murid , guru
hendaklah merancang strategi dan kaedah yang dapat menarik minat murid seperti
program memberi butang berwarna mengikut bilangan buku dibaca , atau memberikan
hadiah buku kepada murid semasa hari lahir mereka . Guru juga harus menjadi amalan
membaca sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan murid dapat menikmati faedah
membaca .
PPPM juga mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai
keupayaan untuk memimpin. Matlamat ini tidak mudah dicapai kerana tidak banyak
program berkesan untuk melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan. Pelajar yang
dianggap bertanggungjawab dan mempunyai pencapaian akademik yang agak baik
akan dilantik sebagai pengawas sekolah. Segelintir yang lain akan dilantik sebagai
pengawas pusat sumber , ketua kelas, pemimpin rakan sebaya, pemimpin persatuan
atau kelab. Perancangan khusus untuk membimbing murid agar menjadi pemimpin
yang berkualiti sehingga kini masih belum jelas. Program untuk melahirkan pemimpin
yang berkualiti tidak dipinggirkan, tetapi hanya dijadikan program sampingan. Oleh
sebab itulah ibu bapa dan murid beranggapan bahawa program bukan akademik
kurang penting,maka sokongan dan sambutan murid terhadap program sedemikian
kurang menggalakkan.
Peranan guru bukan sahaja merangkumi aktiviti P&P berdasarkan kurikulum
dan sukatan pelajaran semata-mata tetapi merangkumi pembentukan akhlak
keseluruhan seseorang murid. Seorang guru yang berkesan akan memastikan bahawa
muridnya menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menangani masalah atau
cabaran yang mungkin dihadapi dalam kehidupannya. Oleh itu, guru perlulah
berperanan sebagai pembimbing, bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa
untuk membimbing murid kea rah kehidupan berkualiti dan sihat.
Guru boleh berperanan sebagai mentor di mana peranannya merupakan
kombinasi malatih, menyokong, memberikan bimbingan dan maklum balas yang
membina untuk malatih dan membentuk diri murid-murid sebagai secara langsung dan
tidak langsung semasa di sekolah sama ada semasa aktiviti P&P di dalam kelas atau
semasa aktiviti ko-kurikulum yang diadakan. Peranan guru tidak terbatas sebagai
seorang pengajar semata-mata melaksanakan tugas mereka berdasarkan skop
kurikulum dan arahan pihak pengurusan sekolah. Sebagai pendidik , guru juga
pembimbing dan mendidik pelajar menjadi insan yang sihat , positif dan dapat
memberikan sumbangan kepada masyarakat.
PPPM juga mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu bahasa.
Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan kelebihan yang banyak kepada
seseorang murid. Selain dapat membaca bahan bacaan dalam pelbagai bahasa,
golongan ini lebih mudah berkomunikasi dengan pihak lain dan seterusnya
meningkatkan imej diri. Di sekolah , dua bahasa yang seharusnya dikuasai oleh murid

ialah bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris , iaitu bahasa
antarabangsa. Tidak dinafikan bahawa guru memainkan peranan untuk mendidik murid
agar menguasai kedua-dua bahasa tersebut. Namun begitu, walaupun sudah 57 tahun
Malaysia mencapai kemardekaannya, namun masih terdapat murid bukan Melayu yang
tidak dapat berbicara dalam bahasa kebangsaan dengan fasih apabila diajukan soalan
dalam bahasa Melayu.
Bagi pelajar di negeri-negeri tertentu seperti Kedah dan Kelantan, masih tidak
memisahkan diri mereka dengan dialek, masalah kemahiran berbahasa akan
timbul.Bagi sesetengah sekolah pula, dialek turut digunakan oleh pihak sekolah ketika
melaksanakan P&P dan juga semasa perhimpunan rasmi sekolah, dengan alasan
memudahkan murid-murid memahami mesejnya. Kelemahan murid untuk menguasai
bahasa Inggeris pula berkait rapat dengan persekitaran murid yang jarang terdedah
pada bahasa antarabangsa itu. Jika masalah ini tidak diberikan perhatian, sudah pasti
ciri pelajar yang dimatlamatkan oleh PPPM tidak dapat direalisasikan.

Maka di sinilah peranan guru sebagai pengamal reflektif harus sentiasa


mempersoalkan amalan dirinya dan tidak hanya bertindak atas tabiat atau mengikut
arahan semata-mata. Refleksi membolehkan peramalnya menilai, memahami dan
belajar daripada pengalaman. Guru hendaklah membuat refleksi terhadap sesuatu
yang dikaitkan dengan aktiviti pengajarannya. Sesuatu disini bolehlah dikaitkan
demgam kelemahan murid menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Oleh itu,
guru yang reflektif akan merancang dan bertindak dengan penuh kesedaran
berasaskan teori dan prinsip P&P. Amalan ini boleh diperkembangkan dengan
bertanyakan diri soalan-soalan yang berkaitan dengan perkara-perkara yang dilakukan
sebelum, semasa dan selepas mengajar dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran
kemahiran dalam profesion keguruan. Mengikut Schon (1987), apabila peristiwa atau
pengalaman di luar jangkaan berlaku, individu yang berfikir secara sedar semasa
menghadapi permasalahan tersebut telah melakukan refleksi semasa tindakan. Apabila
seseorang merenung kembali tindakannya, membauat analisa tentang peristiwa lepas
dan merancang tindakan susulan, individu tersebut telah mengamalkan refleksi ke atas
tindakan.
Daripada amalan merefleksi, guru dapat membuat penyelidikan untuk
mengatasi masalah yang telah dikenal pasti semasa membuat refleksi. Contoh ,
permasalahan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris murid-murid. Guru
sebagai penyelidik boleh mengkaji secara sistematik isu amalan bilik darjah, membuat
inkuiri untuk menghasilkan teori dan kefahaman baharu berkaitan permasalahan yang
dihadapi. Dapatan kajian bolehlah dikongsikan dengan guru-guru lain di samping
membina hubungan dengan rakan taulan dalam usaha mencari amalan terbaik P&P.

Peranan guru sebagai penyelidik membenarkannya mengkaji sesuatu peristiwa


secara saintifik, membuat analisa berdasarkan bukti empirical dan data yang sahih
seterusnya membantu guru membuat keputusan yang bijak dan berkesan mengikut
teori-teori dan prinsip P&P. Oleh itu, guru dan dengan kerjasama rakan-rakan sekerja
dan panatia, dapat membuat penyelidikan untuk membuat kajian tindakan terhadap isu
masalah penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam kalangan muridmurid. Diharap dengan adanya kajian tindakan yang dilakukan maka dapatlah sesuatu
tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini.
PPPM turut mencatatkan bahawa system pendidikan akan menyediakan
pengalaman kepada kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran apabila dewasa
dengan keupayaan menyelesaikan konflik, bijak membuat pertimbangan, berpegang
pada prinsip ketika berada dalam situasi kritikal dan berani melakukan sesuatu yang
betul. Selain itu, usaha untuk melahirkan murid yang penyayang dan dapat memberikan
sumbangan kepada kesejahteraan komuniti dan negara turut diberikan penekanan.
Bagaimanakah golongan guru dapat memainkan peranan bagi mencapai hasrat
tersebut ?
Antara usaha untuk menzahirkan pelajar seperti yang dihasratkan itu adalah
melalui penyerapan nilai murni sama ada secara langsung ataupun secara tidak
langsung. Selain dilakukan melalui P&P di bilik darjah, penyerapan nilai murni turut
dilakukan ketika melaksanakan aktiviti persatuan atau kelab dan juga melalui aktiviti
yang lain. Perkara ini bukanlah perkara baharu kerana penyerapan kasih saying,
keberanian, tanggungjawab, saling membantu, patriotik dan lain-lain sudah dilakukan
sejak dahulu. Walaupun begitu, usaha yang dilakukan guru di sekolah kadangkala
kurang menampakkan kesan positifnya memandangkan masih terdapat pelajar yang
tidak memiliki ciri seperti yang dimaksudkan itu. Usaha penyerapan nilai murni ini tidak
harus dilakukan bermusim, sebagai contoh, murid-murid dan guru-guru bersemangat
patriotik bila berada di bulan sambutan kemerdekaan sahaja. Tetapi bila tempoh
sambutan berakhir,seolah-olah ia hanya sekadar sambutan Hari Kemerdekaan sahaja.
Semangat patriotik bukan sahaja melalui kibaran bendera dan pemakaian baju sahaja
malah sepatutnya berterusan dan tersemadi di dalam jiwa dan nurani setiap rakyat
Malaysia.
Maka guru sebagai agen sosialisasi, guru berperanan membentuk individu yang
mampu, bersosialisasi dan memiliki kecedasan emosi yang tinggi agar dapat
menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan kelak. Guru yang memahami peresaan diri
dan orang lain mempunyai kawalan diri dan motivasi diri akan mempamerkan sifat
empati serta mampu membantu pelajar membentuk emosi yang sihat. Guru juga dapat
membentuk diri murid dengan konsep kendiri positif serta membina keyakinan diri untuk
mencapai potensi mereka.

3.0 Rumusan :
Kesimpulannya, kegagalan melahirkan lebih banyak murid yang memenuhi enam ciri
seperti yang dinyatakan dalam artikel ini tidak harus dipertanggungjawabkan kepada
pihak guru semata-mata. Persekitaran tempat tinggal murid-murid tidak kurang
pentingnya dalam mempengaruhi jati diri murid-murid. Murid yang tinggal dalam
keluarga yang mementingkan ilmu, mengamalkan nilai murni dalam aktiviti harian dan
memperlihatkan nilai patriotik secara tidak langsung mempengaruhi murid untuk
mencontohi ahli keluarga mereka. Demikian juga halnya dengan rakan sebaya dan
masyarakat setempat. Sekiranya murid sering bergaul dengan rakan-rakan yang biasa
berkomunikasi dalam dwibahasa, sudah pasti murid berkenaan akan turut sama
berbahasa dwibahasa.
Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan tugas dan tanggungjawab guru
adalah berat dalam usaha membentuk generasi negara masa depan yang mampu
menangani segala perubahan dan tuntutan masa. Maka iltizam, semangat dan sikap
yang positif sahaja yang mampu menonjol imej guru yang dapat memainkan peranan
yang cukup berkesan. Kepelbagaian tugas, tanggungjawab inilah member cabaran
pada guru bagi meningkatkan segala kualiti, sifat mahupun akauntabiliti kepada bidang
profesionalisme ini agar ia terus dipandang megah oleh masyarakat dan dapat
mendukung hasrat negara menaikkan mutu pendidikan negara setaraf antarabangsa.
Tegasnya, peranan guru di sekolah amat penting dalam melahirkan murid seperti yang
dimatlamatkan oleh PPPM. Namun begitu, keberkesanannya juga bergantung pada
pihak lain.

Cadangkan cara-cara memupuk integrasi etnik di Sekolah


1.0 Pendahuluan
Sistem pendidikan yang ada di sesebuah negara boleh menjadi salah satu cara
memupuk integrasi dan mewujudkan perpaduan di antara etnik. Sebagaimana yang
kita tahu sekolah ialah sebuah organisasi berbentuk pendidikan yag mana
kebanyakannya semua kaum atau etnik berada dalam satu bumbung yang sama. Dari
situlah pelbagai kaum atau etnik dapat mempelajari nilai-nilai murni sesuatu kaum
dan sterusnya menghayati proses sosialisasi secara mudah. Dengan cara tersebut
bolehlah mereka mewujudkan perpaduan sebagaimana yang diharapkan oleh sekolah,
masyarakat dan bangsa.
Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari ini bagi
mengwujudkan integrasi di antara etnik. Walaupun banyak kemajuan dapat dilihat
dalam hubungan antara etnik pada hari ini , tetapi masih banyak yang perlu dilakukan
bagi memantapkan proses integrasi ini. Cabaran-cabaran dan masalah yang timbul,
menunjukkan proses integrasi antara etnik di peringkat sekolah perlu dikemaskini dan
dimantapkan lagi. Perlu ada dasar atau rancangan yang lebih konkrit bagi mencapai
objektif integrasi antara etnik di sekolah. Ia hendaklah bukan sekadar di kulit luaran
tetapi isinya.
Pada hari ini tidak dinafikan menerusi sistem dua aliran yang ada, integrasi antara
etnik di sekolah telah mencapai banyak kemajuan. Walaubagaimana pun masih
banyak yang perlu dilakukan lagi bagi memantapkan lagi proses integrasi antara etnik
di sekolah. Proses integrasi yang berlaku pada masa ini kadangkala menghadapi
pelbagai masalah yang timbul. Ini jika tidak diatasi boleh melambatkan proses
integrasi di sekolah. Oleh pelbagai rancangan dan dasar haruslah difikir dan dikaji
bagi menjadikan sekolah sebagai pusat integrasi antara etnik yang terbaik.
2.0 Definisi Integrasi dan Etnik
Etnik atau etnos dalam bahasa asal Greek membawa makna kumpulan manusia atau
bangsa. Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang
mempunyai latar belakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka
mempunyai keturunan dari segi sejarah, negara asal, bahasa, tradisi, budaya,
struktur dan sistem nilai. Mengikut kamus Dewan pula, etnik merujuk kepada sesuatu
kaum atau masyarakat majmuk yang mempunyai kelompok, yang hidup berlainan
tetapi di bawah sistem politik yang sama.
Mengikut Sufean Hussein (1996) integrasi bermaksud menyatukan etnik-etnik atau
kelompok-kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang
tersendiri. Mengikut Khalid Yaakub (1982) pula, integrasi pula merupakan proses
menyatupadukan secara budaya dan sosial kelompok-kelompok sosial yang berbezabeza kepada satu unit yang mempunyai identiti yang umum dan tersendiri. Mengikut
Mohd Salleh Lebar (1998), integrasi yang diterima atau yang biasa dikehendaki ramai
adalah satu proses yang cuba menyatupadukan masyarakat majmuk atau pelbagai

kaum dan mewujudkan pula pembentukkan kebudayaan kebangsaan atau nasional


yang tersendiri dikalangan mereka.
3.0 Cara-cara memupuk integrasi etnik di sekolah
3.1 Memantapkan lagi perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
Di Malaysia, pelbagai cara digunakan untuk mewujudkan perpaduan antara etnik di
sekolah. Antaranya menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan yang menggunakan sukatan
pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa
penghantar yang sama. Sebagai contoh dalam matapelajaran Pendidikan Islam dan
Moral pendekatan yang lebih baik digunakan agar pelajar dapat memahami tentang
keperluan moral, sosial, agama dan kepercayaan kepada tuhan serta menjadi warga
negara yang baik. Pelajar-pelajar juga sering bergaul antara pelbagai etnik secara
lebih dekat semasa diadakan kegiatan ko-kurikulum, kerja luar dan juga semasa
belajar dalam kelas. Dengan cara kegiatan tersebut agak mudah untuk guru
memupuk semangat bekerjasama antara etnik dan saling faham dan memahami antara
satu dengan lain.
Sebahagian daripada dasar dan tindakan strategik ini telah dilaksanakan dengan
berkesan walaupun belum sepenuhnya. Misalnya dasar penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, sekurangkurangnya telah mewujudkan generasi dari pelbagai etnik yang lebih komunikatif
antara satu sama lain dan lebih saling memahami. Walau bagaimana di waktu ini
cabaran terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan antara etnik kadangkala
dapat dilihat jelas. Walaupun Dasar Pendidikan Kebangsaan membenar sekolah dua
aliran tetapi kita hendaklah memastikan matlamat penggunaan bahasa Melayu di
semua sebagai alat integrasi tercapai.
Sementara itu dalam Rancangan Malaysia Pertama, Kedua dan Ketiga, kerajaan terus
memperkuatkan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan negara. Sebagai
contoh dalam Rancangan Malaysia Ketiga penekanan utama dalam proses integrasi
ialah dengan penggunaa bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar utama,
pembentukan keperibadian, pembahagian sumber-sumber negara dengan lebih
saksama dan penyatuan sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak melalui sistem
pendidikan kebangsaan pada akhir tahun 1960-an..
Oleh itu pembaharuan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang bertujuan untuk
menggantikan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kurikulum yang sedia ada
dengan unsur-unsur yang lebih mantap bagi memupuk integrasi antara etnik perlu
disegerakan. Ini kerana Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah teras bagi sistem
persekolahan di negara kita. Dasar-dasar yang tidak sesuai daengan kehendak semasa
haruslah digantikan bagi memastikan integrasi di peringkat sekolah dapat
dilaksanakan dengana baik.
3.2 Menjadikan sekolah sebagai alat perpaduan
Sistem persekolahan sekarang yang memisahkan pelajar mengikut bahasa penghantar

dan perbezaan kumpulan etnik tidak dapat memainkan peranannya yang berkesan
untuk memupuk perpaduan dan persefahaman dikalangan pelajar. Usaha-usaha yang
gigih harus diambil untuk mengatasi segala bentuk pengasingan dan pemisahan yang
sengaja diadakan.
Satu sistem persekolah yang sama patut diperkenalkan dengan penggunaan Bahasa
Malaysia sebagai bahasa penghantar untuk membentuk satu generasi baru yang
mempunyai keperibadian Malaysia. Di samping itu, hak-hak kebudayaan kumpulankumpulan etnik lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan masing-masing patut
dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Perubahan ini hendaklah
dilakukan secara saksama dan adil. Perubahan-perubahan ini juga harus didasarkan di
atas keinsafan bahawa kebaikan dan kepentingan masa depan genarasi muda negara
ini adalah mengatasi segala kepentingan-kepentingan lain.
Pendidikan juga dapat memupuk integrasi etnik di sekolah dengan penggunaan
bahasa Melayu sepenuhnya. Bahasa Melayu pelu diperkayakan sebagai bahasa ilmu
yang lengkap. Usaha ini bukan saja meletakkan taraf bahasa Melayu di tempat
sewajarnya, tetapi dapat membantu merapatkan hubungan antara etnik di sekolah
dengan penggunaan satu bahasa. Bahasa Melayu sebagai alat untuk berinteraksi dapat
mewujudkan semangat kekitaan di kalangan pelajar yang berbilang etnik.
Sekolah juga harus bertujuan menggalakkan pelajar-pelajar supaya boleh berfikir dan
berani mengeluarkan pendapat. Pelajar-pelajar yang berlainan etnik perlu didedahkan
kepada nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih sayang, hormat menghormati, saling
bantu membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan, bencikan kekejaman, jujur,
bertanggungjawab dan sebagainya. Melalui ko-kurikulum pula pelajar-pelajar dari
semua kumpulan etnik hendaklaha digalakkan bercampur gaul dan memceburkan diri
dalam menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah. Dengan ini sekolah akan melahirkan
rakyat Malaysia bersatupadu dan mempunyai semangat kemalaysiaan yang kuat
walaupun berlainan etnik.
3.4 Pendemokrasian Pendidikan
Pendemokrasian pendidikan juga dapat memupuk integrasi antara etnik
Pendemokrasian Pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan
adalah untuk memastikan agar semua kaum atau etnik dapat menikmati kemudahan
yang sama dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di dalam bandar atau di
luar bandar. Samada di bandar atau luar bandar rekabentuk sekolah-sekolah yang
dibina adalah sama. Di samping itu alat-alat yang dibekalkan seperti kerusi, meja,
almari adalah seragam di semua sekolah. Dengan ini tidak timbul perbezaan antara
sekolah samada yang digunakan oleh etnik Melayu, Cina, India atau Bumiputera
Sarawak dan Sabah.
Pelajar-pelajar dari pelbagai etnik tidak disekat untuk untuk bersekolah di mana-mana
sekolah di negara kita. Mereka boleh memilih sekolah pilihan masiang-masing.
Sekolah-sekolah yang berbeza aliran juga mendapat kemudahan-kemudahan yang

sama. Walaupun mereka menggunakan bahasa penghantar yang berlainan tetapi


sukatan, buku teks, jadual waktu dan peperiksaan diselaraskan secara berpusat.
Hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari bahasa dan
kebudayaaan kumpulan etnik masing-masing patut dihormati dan diberi perlindungan
yang sewajarnya. Perubahan ini haendaklah dilakukan secara saksama dan adil.
Perubahan-perubahan ini harus didasrkan di atas keinsafan bahawa kebaikan dan
kepentingan masa depan pelajar mengatasi kepentingan lain. Dengan ini
pendemokrasian Pendidikan dapat memupuk proses integrasi antara etnik.
3.5 Perlaksanaan Sekolah Wawasan
Perlaksanaan Sekolah Wawasan merupakan antara cadangan bagi memupuk
integrasi antara etnik di Malaysia. Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang
berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira
kaum dan agama. Di bawah konep ini, dua atau tiga sekolah rendah berlainan sekolah
akan mempunyai bangunan yang bersambung antara satu sama lain. Matlamat
penubuhan sekolah ini adalah untuk mewujudkan perpaduan atau integrasi diantara
murid yang berlainan etnik dan agama. Ia juga untuk melahirkan sifat toleransi,
persefahaman yang tinggi dan menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua
pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan perlaksanaan aktiviti.
Sekolah Wawasan ini tidak langsung mengubah sistem pembelajaran yang asal
kerana tiap-tiap sekolah mempunyai nama yang tersendiri disamping urusan
pentadbiran dan penguruasan kewangan yang dikendalikan oleh sekolah masingmasing. Sekolah Wawasan akan membolehkan pelajar-pelajar yang berlainan etnik
menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama seperti kantin, lapangan
perhimpunan, gelanggang permainan dan padang. Satu jawatankuasa penyelaras yang
terdiri daripada guru yang diwakili dari setiap sekolah akan diwujudkan untuk
menyelenggarakan segala hal seperti pengurusan kebersihan, keceriaan dan
keselamatan. Konsep Sekolah Wawasan ini diharap dapat merapatkan hubungan
pelajar dari pelbagai etnik walaupun berlainan aliran persekolahan
Sebagai negara yang pesat membangun, Malaysia telah mengalami pelbagai
perubahan dalam semua aspek keperluan negara, khususnya dalam bidang politik,
sosial dan ekonomi. Namun, keutuhan Malaysia mengekalkan konsep pemajmukan
pelbagai etnik, jika tidak diimbangi dengan betul akan mewujudkan pertentangan
kaum. Konsep Sekolah Wawasan yang kini dipraktikkan adalah satu usaha untuk
melahirkan anak bangsa Malaysia yang bersifat cintakan negara. Jika kerangka
konsep sekolah dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu
sistem pendidikan yang seragam dan selari dengan hasrat negara.
Pada hari ini masih wujud lagi sekolah yang berasaskan kaum iaitu sekolah Cina dan
Tamil. Sekolah Wawasan boleh dicernakan sebagai pertembungan etnik dalam satu
ruang yang sama. Penggabungan sekolah-sekolah yang berasaskan etnik ini dalam

satu kawasan yang sama, akan menemukan pelajar yang pelbagai etnik secara kerap
dan ini mewujudkan integrasi etnik dengan cepat.
3.6 Perlaksanan Sekolah satu aliran
Sistem Sekolah satu aliran merupakan satu lagi alternatif bagi memupuk integrasi di
antara etnik di sekolah. Sistem sekolah satu aliran ialah sistem yang menggunakan
satu bahasa penghantar saja di sekolah-sekolah. Dalam konteks Malaysia, bahasa
penghantar adalah bahasa Melayu. Pada waktu ini, di negara kita terdapat tiga aliran
sistem persekolahan iaitu sekolah kebangsaan iaitu berbahasa penghantar bahasa
Melayu, sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
Masalah yang timbul di sini ialah kurangnya interaksi diantara pelbagai etnik yang
menggunakan pelbagai sistem ini. Ini menyebabkan proses integrasi antara etnik di
peringkat sekolah berjalan agak perlahan dan lambat.
Menerusi sistem sekolah satu aliran, tidak akan menimbulkan masalah penghapusan
bahasa ibunda lain-lain etnik.Alternatifnya ialah bahasa Cina dan Tamil perlu
dijadikan subjek wajib bagi pelajar berkenaan dan subjek pilihan kepada pelajar
Melayu atau sesiapa saja dari lain-lain etnik yang berminat. Melalui cara ini,
disamping boleh bergaul secara meluas antara mereka, mereka juga boleh memahami
budaya etnik atau kaum lain.
Jika ini dapat dipraktikkan masalah hubungan antara etnik yang lambat dapat diatasi
dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling faham-memahami. Kita
dapat menyaksikan, keterasingan sekolah rendah ini telah menanam semangat
perkauman atau etnik pelajar sekolah rendah dari awal lagi. Fenomena ini akan
menular pula di peringkat sekolah menengah dan Institut Pengajian Tinggi.
Menerusi sistem sekolah satu aliran ini, semangat perkauman atau etnik akan dapat
dihapuskan sejak peringkat sekolah rendah lagi. Pergaulan di antara pelbagai etnik
yang berlainan membuatkan mereka lebih mengenali antara satu sama lain dan dapat
bertolak ansur jika timbul sesuatu masalah. Hal ini perlu diberi perhatian segera demi
mewujudkan proses integrasi yang jitu antara pelbagai etnik demi masa depan negara
yang makmur dan harmoni.
4.0 Penutup
Dasar yang dimainkan oleh pendidikan amatlah penting dalam proses integrasi dan
pembangunan sesebuah negara. Dengan perkembangan ekonomi yang cepat
menyebabkan keadaan mobiliti masyarakat terus berubah . Dalam masa yang sama,
kita harus terus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini.
Bidang pendidikan merupakan bidang terpenting bagi menjadi alat perpaduan antara
etnik. Hanya menerusi pendidikan saja, rakyat malaysia yang berbilang etnik dapat
disemai rasa semangat kekitaan dari sejak kecil hinggalah dewasa. Oleh itu segala
dasar dalam pendidikan yang dapat memupuk integrasi antara kaum haruslah
disokong sepenuhnya oleh setiap rakyat malaysia.
Sesuai dengan perubahan masa, pelbagai dasar yang telah diwujud sejak dari kita

merdeka hinggalah sekarang perlulah sering disemak bagi memastikan setiap dasar
yang di rancang dapat melaksanakan proses integrasi antara etnik di sekolah dengan
berkesan.
Sekolah merupakan unit yang terpenting dalam sistem pendidikan kita bagi
mewujudkan integrasi di antara etnik. Kegagalan proses integrasi di sekolah, khasnya
di peringkat rendah akan menyebabkan juga gagalnya proses integrasi peringkat
menengah dan seterusnya universiti. Ini seterusnya akan menghasilkan masyarakat
Malaysia bukan saja berlainan etnik tetapi tidak bersatupadu dan berlainan
kefahaman.
Oleh itu pelbagai cara harus digunakan bagi memupuk integrasi antara etnik di
sekolah. Cadangan-cadangan yang diutarakan seperti konsep Sekolah Wawasan atau
Sekolah Satu aliran harus difikirkan bagi mewujudkan integrasi antara etnik. Sekolah
adalah tempat bermula segalanya dan ia harus dijaga dengan baik dan sempurna.
Sekolah juga harus relevan dengan kehendak semasa yang sentiasa berubah. Tetapi
walaupun perubahan yang berlaku, sekolah sebagai pusat integrasi etnik terpenting
jangan sesekali hilang upayanya. Ini adalah supaya rakyat Malaysia yang berbilang
etnik atau kaum dapat hidup bersatupadu, harmonis dan berjiwa Malaysia.
Senarai Rujukan
Amir Hasan Dawi, 1999, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Quantum Books,
Tanjung Malim.
Hussein Hj. Ahmad, 1993, Pendidikan dan Masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
Mohd Salleh Lebar, 1998, Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan,
Thinkers Library Sdn. Bhd, Selangor
Sanusi Osman, 1989, Ikatan Etnik dan Kelas di Malaysia, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Selangor.
Sufean Hussin, 1996, Pendidikan Di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah, Dewan
Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Kamus Dewan, Edisi ketiga, 1996
Dewan Masyarakat, Oktober 2000, m/s 14-25
Dewan Masyarakat , Januari 2001, m/s 50-51
Massa, 14-20 April 2001, m/s 62-63.

Dewan Masyarakat, Jun 2001, m/s 44-45.


Massa, 29 Dis- 4 Jan 2002, m/s 12-13