Diucapkan kepada Yang berusaha, Tn Hj Abd Aziz Mukadima bin Samshuddin, Pengetua Cemerlang SMTKK, Yang 1 h Dihormati En Abd Rahim bin Jailani, Penolong Kanan, En Jamal bin Syed Ramly, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Rosly bin Ahmad Ramly, PK Kokurikulum, Yang dihormati En.....................................................Yang Dipertua PIBG SMTKK, guru-guru, para ibu bapa, para pelajar dan hadirin sekalian.
Hadirin sekalian, sebagai pembuka bicara, kami
ingin mengucapkan selamat datang kepada para ibu bapa serta bakal murid ke SMTKK yang tercinta ini. Ucapan Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih 2 Selamat kepada ibu bapa kerana memberikan kepercayaan datang kepada kami untuk mencurah ilmu kepada anak- anak tuan-tuan semua di sekolah ini. Semoga dengan kehadiran murid-murid baru ini akan meningkatkan lagi kecemerlangan di SMTKK ini.
Hadirin yang dihormati, bagi memberkati majlis
taklimat pendaftaran pada pagi yang mulia ini majlis Bacaan 3 dengan penih takzim menjemput al fadhil ustaz Doa Ahmad Salman bin Md Alifiah untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada A Fadhil ustaz atas
bacaan doa sebentar tadi. Moga dengan bacaan doa itu tadi Allah s.w.t memberkati majlis kita ini. Ucapan PK 4 Kokurikulu Hadirin sekalian, bagi meneruskan acara kita pada m pagi ini, majlis mempersilakan Penolong Kanan Kokurikulum, En Rosli bin Ahmad Ramly untuk memberikan taklimat berkaitan bidang kokurikulum. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
5 Ucapan PK Terima kasih diucapkan atas ucapan PK
HEM Kokurikulum sebentar tadi. Semoga dengan ucapan itu tadi jelaslah atas hadirin sekalian tentang kepentingan aktiviti kokurikulum di sekolah ini. Hadirin sekalian, seterusnya majlis mempersilakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Jamal bin Syed Ramly untuk memberikan taklimat berkaitan hal ehwal murid. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan atas ucapan PK Hal Ehwal
Murid sebentar tadi. Semoga dengan ucapan itu tadi tuan-tuan dan puan-puan jelas dengan pentadbiran hal ehwal murid di sekolah ini dan akan 6 Ucapan PK memudahkan urusan tuan/puan selepas ini .
Hadirin sekalian, seterusnya majlis mempersilakan
Penolong Kanan, En Abd Rahim bin Jailani untuk memberikan sepatah dua kata dengan segala hormatnya dipersilakan.
Ucapan terima kasih diucapkan kepada En Abd
Rahim atas ucapan sebentar tadi. Moga dengan ucapan beliau tadi dapat memberikan panduan kepada pihak tuan-tuan dalam berurusan dengan pihak sekolah pada masa depan. Ucapan Hadirin yang dihormati, seterusnya majlis pada 7 YDP PIBG pagi ini tidak akan lengkap tanpa ucapan dari pihak ibu bapa sendiri. Maka dengan itu, majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang Dipertua PIBG SMTKK,........................................................ untuk memberikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas
ucapan......................................................sebentar tadi. Moga dengan ucapan beliau tadi jelaslah kepada ibu bapa bahawa tuan-tuan juga Ucapan mempunyai peranan di sekolah ini. 8 Pengetua Hadirin yang dihormati, bagi menyempurnakan Cemerlang majlis taklimat pendaftaran pada hari ini. majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang berusaha Pengetua Cemerlang, Tn Hj Abd Aziz bin Samshuddin untuk memberikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
9 Penutup Sempurnalah sudah majlis kita dengan ucapan dari
tuan Pengetua Cemerlang sebentar tadi. Moga dengan ucapan beliau sebentar tadi tuan-tuan mendapat gambaran yang jelas tentang SMTKK ini.
Hadirin sekalian, berakhirlah sudah majlis taklimat
pendaftaran murid bagi sesi 2010 ini. Maka selepas ini bolehlah tuan-tuan bersama anak masing-masing bergerak ke kaunter pendaftaran di bengkel mengikut kursus yang ditawarkan. Manakala bagi pembayaran yuran koperasi bolehlah dibuat di bengkel Amalan Bengkel Mesin(ABM).
Hadirin sekalian, selepas proses pendaftaran selesai
, tuan-tuan dijemput ke Dewan Makan Asrama untuk menikmati sedikit jamuan.
Maka dengan ini saya akhiri majlis pada pagi ini
dengan ucapan Wassalamualaikum w.b.t. Sekian, terima kasih.