Anda di halaman 1dari 9

LAMPIRAN 1

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR

MOHD . PARDZLI BIN LAZIM

NO. KAD PENGENALAN

710710-02-5867

PROGRAM

PROGRAM PENSISWAZAHAN
GURU

NAMA SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN RELAU

NAMA PROJEK

NYANYIAN MATO

TEMPOH PELAKSANAAN

29 MAC 24 APRIL 2014

1. OBJEKTIF

1.1

Guru dapat menambah baik amalan mengajarkan kata


sendi nama dari dan daripada untuk pengayaan
murid tahun 3 Bestari menggunakan akronim MATO
dalam kuiz melalui teknik nyanyian.

1.2

Memastikan murid mempunyai sifat kreativiti dan


berdaya saing antara rakan.

1.3

Memupuk hubungan dua hala yang baik dan mesra


antara murid dengan murid serta murid dengan guru.

1.4

Membentuk murid supaya sentiasa bersedia dengan


pembelajaran berpusatkan murid.

2. STRATEGI PELAKSANAAN
Projek inovasi yang saya jalankan kepada murid tahun 3 ini
adalah menggunakan teknik nyanyian.

Pemilihan

teknik

nyanyian ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran


lebih

bermakna

dan

berjaya

meninggalkan

kesan

yang

mendalam dan dapat menarik minat serta mereka dapat


memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap aktiviti pengajaran
saya. Murid-murid akan lebih ceria dan seronok untuk belajar.
Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna dan
berjaya meninggalkan kesan yang mendalam serta dapat
menarik

minat

serta

memberikan

tumpuan

sepenuhnya

terhadap aktiviti pengajaran saya.


Selain itu, mereka dapat memahami bahan konsep
pengajaran guru dengan lebih baik lagi. Oleh itu, naluri ingin
tahu

pelajar

akan

dibangkitkan

dan

mereka

berusaha

melibatkan diri secara aktif. Secara tidak langsung, suasana


pembelajaran yang positif dapat diwujudkan.
Saya melakukan pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas dalam pada 10 April 2015. Saya telah memilih Teori
Kecerdasan

Pelbagai

pengajaran

dan

untuk

pembelajaran

digunakan

semasa

berlangsung.

merancang akan menggunakan teknik nyanyian


intervensi

Saya

proses
juga

sepanjang

saya. Saya berharap dengan terlaksananya teknik

nyanyian ini, murid-murid akan lebih memberikan tumpuan dan

dapat

belajar dalam

keadaan

yang tidak tertekan malahan

menyeronokkan.
Saya menggunakan teknik nyanyian dengan mengubah
lirk lagu Aku Anak Kampung

kepada MATO.

pengajaran dan pembelajaran, saya

Dalam sesi

mengarahkan

murid

menyanyikan lagu tersebut agar mereka dapat menghafal lirik


lagu tersebut.

Jadi, apabila mereka menghadapi

masalah

untuk menjawab soalan berkaitan kata sendi nama dari dan


daripada, saya akan mengarahkan mereka untuk menyanyikan
lagu

tersebut.

Sesi

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

dijalankan itu memerlukan murid menghafal lirik lagu supaya


mereka dapat menguasai fungsi kata sendi nama dari dan
daripada.

3. REFLEKSI
a.

KEKUATAN PROJEK
i. Melalui projek ini, saya dapat mengetahui dan mempelajari
tugas seorang guru matapelajaran yang berkesan. muridmurid yang sebelum ini kurang aktif dan suka
mengganggu

rakan-rakan

telah

menunjukkan

perubahan tingkah laku yang baik.


ii. Kekuatan

yang

seterusnya

ialah

apabila

saya

menggunakan teknik nyanyian, suasana secara tidak

langsung menjadi ceria dan mampu mengurangkan


tahap kebosanan murid.
iii.

Saya dapat lebih memahami tahap kreativiti dan latar


belakang

murid-murid

tahun

4.

Secara

langsungnya

hubungan kami dapat dieratkan. Murid-murid memberi


komitmen

yang

baik

sepanjang

pelaksanaan

projek

nyanyian MATO ini semasa pengajaran dan pembelajaran.

iv.

Dengan perancangan dan bantuan alat inovasi ini, saya


dapat merancang masa pengajaran dan pembelajaran
dengan

lebih

efisyen.

PdP

berjalan

lancar

dan

menyeronokkan.
v.

Saya

mengetahui

cara

untuk

mengadili

sesuatu

pertandingan. Sebagai hakim keputusan saya haruslah


muktamad dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Hal ini jelas
terbukti semasa saya melaksanakan kuiz MATO semasa
PdP.
vi.

Saya juga semakin berkemahiran dalam membina cd


interaksi dan rakaman audio dan video. Projek inovasi ini
mampu memberi kesan yang mendalam kepada muridmurid.

vii.

Kekuatan yang saya peroleh ialah dapat bekerjasama


dengan semua guru dalam menjayakan projek ini. Banyak

tunjuk ajar dan cadangan telah saya peroleh untuk mencipta


projek inovasi ini.
viii.

Projek ini bukan untuk saya seorang, malah boleh diguna


pakai oleh guru-guru Bahasa Melayu yang lain.

b. KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI

i.

Projek inovasi nyanyian MATO ini memerlukan sistem audio


video yang berkualiti tinggi sebagai usaha menarik minat
murid-murid. Jika alatan padang dengar berkualiti rendah,
mungkin murid kurang memberikan tumpuan.

ii.

Kawalan kelas semasa sesi PdP menghadapi masalah


kerana murid-murid sangat teruja untuk menyanyi dan
menunjukkan bakat masing-masing.

iii.

Guru perlu lebih peka terhadap murid-murid yang pasif dan


pemalu kerana mereka seolah-olah tenggelam dalam
keaktifan dan keagresifan murid-murid lain.

4.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Saya berharap agar mendapat masa yang lebih untuk menjalankan projek
inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran ini.

Hal ini adalah kerana

sesuatu projek yang dirancang rapi memerlukan masa dan perancangan


yang sistematik. Oleh sebab projek ini mendapat reaksi yang sangat baik
daripada murid tahun 4 maka, saya beranggapan bahawa projek inovasi ini
sebaiknya disebar luas kepada semua murid di sekolah tersebut.
Saya juga mencadangkan agar projek inovasi seumpama ini iaitu
penggunaan teknik nyanyian dan didik hibur boleh diperluas kepada aspekaspek tatabahasa yang lain. Penciptaan akronim boleh dicipta oleh guru dan
diserapkan ke dalam lirik lagu. Jadi, murid-murid bukan sahaja boleh
berhibur malah dapat menghafal lirik lagu yang mengandungi formulaformula yang berguna kepada mereka.
Selain itu, projek inovasi seperti ini boleh digunakan oleh guru-guru
untuk ditayangkan menggunakan alat pandang dengar atau televisyen pada
waktu rehat setiap hari. Bahan inovasi ini mungkin boleh ditayang di kantin

atau di bilik tayang sesebuah sekolah. Jadi, murid dapat memanfaatkan


masa luang mereka dengan hiburan yang berbentuk ilmiah.
Di samping pelaksanaan yang baik, saya akan meningkatkan mutu
bahan dan alatan inovasi. Saya akan menggunakan program animasi agar
video yang dicipta itu lebih menarik. Di samping nyanyian, lirik dan gambar
animasi, saya juga akan memasukkan elemen-elemen pengajaran dan
pembelajaran seperti kuiz dan sebagainya ke dalam bahan inovasi tersebut.
Jika projek sebegini dirancang dan dilaksanakan dengan rapi, saya pasti
projek inovasi ini boleh disebar luas ke seluruh negara.
5.

KESIMPULAN
Saya

berharap

pembelajaran

agar
iaitu

projek
nyanyian

inovasi
lagu

pengajaran
MATO

ini

dan
dapat

dimanfaatkan oleh guru-guru, individu-individu serta diri


sendiri

pada

masa

hadapan

untuk

memperbaiki

mutu

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ketika di dalam


bilik darjah. Semoga bahan inovasi ini dapat dijadikan rujukan
dan panduan kerana saya telah membuktikan bahan inovasi
teknik nyanyian ini telah banyak memberi impak dan manfaat
terhadap pemahaman dan tingkah laku murid terutama dari
segi pemahaman dalam kata sendi dari dan daripada.
Kekuatan kajian ini dapat diukur apabila objektif yang telah
ditetapkan, iaitu untuk menambah baik amalan pengajaran dan
pembelajaran kata sendi nama dari dan daripada menggunakan
teknik nyanyian MATO melalui kuiz dapat dicapai dengan jayanya.

Saya berpendapat pencapaian objektif ini ialah suatu kejayaan besar


kerana saya perlu berhadapan dengaan murid lemah yang tidak dapat
menjawab soalan yang dikemukakan sebelum ini.
Dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah
dijalankan ternyata penggunaan teknik nyanyian

dan kuiz

berjaya menambah baik amalan kawalan kelas saya sekaligus


dapat meningkatkan pencapaian murid-murid saya. Saya juga
membina hubungan yang baik dengan murid-murid semasa
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Norlida Ahmad
(2005), menyatakan bahawa

murid akan didorong untuk

belajar dengan lebih berkesan dan bermanfaat melalui lagu.


Hal ini jelas menunjukkan penggunaan muzik dan kaedah
nyanyian mampu merangsang minat murid dan sekaligus
meningkatkan daya ingatan mereka sekiranya murid mula
memberi tindak balas yang positif dan penumpuan penuh
semasa proses pengajaran dijalankan di dalam kelas.
Secara keseluruhannya, proses inovasi nyanyian lagu
MATO yang telah dijalankan memberi satu pengalaman
baharu dan panduan kepada saya. Saya juga sedar akan
kepentingan mengadakan pembaharuan kepada murid-murid
saya. Kajian ini juga memberi kesedaran kepada saya bahawa
guru yang berinovasi amat diperlukan oleh generasi akan
datang.

Disediakan oleh,

(MOHD. PARDZLI BIN LAZIM)


PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
AMBILAN JUN 2011
IPGK TUANKU BAINUN
Disemak oleh,
.......................................
(AHMAD FITRI ZULKIFLI)
KETUA PANITIA BAHASA MELAYU
SK RELAU

Disahkan oleh,
................................

Anda mungkin juga menyukai