Anda di halaman 1dari 5

Nota Sejarah bab 3

Pembinaan Negara dan Bangsa


1.

Sistem politik masyarakat melayu tradisional adalah berbeza daripada


system politik negara moden. Dalam masyarakat Melayu tradisional,
muncul kerajaan yang membawa kepada kewujudan raja. Kedudukan raja
adalah begitu tinggi dan istimewa dalam sesebuah kerajaan. Raja
bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan jaminan
keselamatan kepada rakyat yang mendiami kawasan kekuasaannya.
Rakyat yang mendiami wilayah yang diperintah raja pula akan menerima
dan mengakui kekuasaan raja. Kesetiaan rakyat terhadap rajanya
menentukan sempadan kerajaan atau wilayah yang diperintah oleh raja
tersebut. Kerajaan yang kuat akan menakluk dan menaungi kerajaan lain
yang lemah untuk mengembangkan empayarnya.

2. Konsep bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia dalam ikatan


ketatanegaraan atau dengan kata lain warganegara sesebuah negara.
Konsep bangsa Malaysia merupakan konsep baru bagi rakyat berbilang
kaum di negara ini. Konsep bangsa Malaysia dikemukakan oleh Tun Dr.
Mahathir Mohamad dalam ucapannya di Majlis Perniagaan Malaysia pada
28 Februari 1991. Negara dan bangsa Malaysia terbentuk apabila
Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957 dan
pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Bangsa Malaysia terdiri
daripada masyarakat berbilang kaum yang mempunyai bahasa, budaya,
kepercayaan dan pendapat terhadap keduniaan yang berbeza. Bangsa
Malaysia dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan. Ia juga
diperkukuhkan
melalui
pengamalan
kebudayaan
kebangsaan.
Pembentukan bangsa Malaysia dipraktikkan melalui pengamalan rukun
negara dalam setiap aspek kehidupan. Akhir kata, pembentukan bangsa
Malaysia
merupakan
hasil
perjuangan
kemerdekaan,
pengisian
kemerdekaan dan pengekalan kemerdekaan.
3. Rujuk buku teks ciri-ciri negara bangsa (ada 4)
-

Ciri ciri negara dan bangsa KMM ( ada 6)

4. Kejayaan yang dicapai daripada pembentukan negara bangsa di Malaysia


Antara kejayaan yang dicapai hasil daripada pembentukan negara
bangsa di Malaysia ialah berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara
kita. Selain itu, gejala rasuah dapat diperangi. Akses internet telah
diperluaskan ke serata tempat demi memberikan kualiti pendidikan yang
bermutu kepada generasi muda. Pembentukan negara bangsa ini juga
telah terbukti meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah.
Justeru itu, hasil kejayaannya juga ialah menambah baik prasarana luar
bandar dan pedalaman.
Di samping itu, pembentukan negara bangsa ini juga telah dapat
memperkasa pengangkutan awam di bandar. KPI atau Petunjuk Prestasi
Disediakan oleh : Pn. Chandramathi a/p Kanesan

Utama juga telah berjaya dilaksanakan bagi meningkatkan mutu


perkhidmatan awam. Kerajaan Malaysia juga telah memberi bantuan
BR1M kepada rakyat yang berpendapatan RM 3000 ke bawah. Tidak
dinafikan juga, hasil pembentukan negara dan bangsa ini berjaya
memperkenalkan Skim Perumahan 1 Malaysia atau PRIMA untuk membina
perumahan mampu milik.
Selain itu, kejayaan yang dicapai hasil daripada pembentukan
negara dan bangsa Malaysia ialah dapat mengurangkan tekanan kos hidup
rakyat seperti Kedai Rakyat 1 Malaysia, Klinik 1 Malaysia, dan menu rakyat
1 Malaysia. Kejayaan seterusnya ialah dalam bidang pertahanan dengan
memperkenalkan Strategi Lautan Biru (National Blue Ocean Strategy)
untuk meningkatkan jumlah anggita polis terutamanya di kawasan yang
tinggi kadar jenayah. Hasil usaha pembentukan negara bangsa Malaysia
juga telah berjaya melancarkan Program Transformasi Luar Bandar
sebagai sebahagian daripada Dasar Transformasi Nasional. Seterusnya,
kejayaan yang menjadi reality di depan mata kita ialah Pusat Transformasi
Luar bandar (RTC), Pusat Transformasi Komuniti dan Pusat Transformasi
Bandar (UTC) yang berkonsepkan Satu hentian, Pelbagai Perkhidmatan
(One Stop Center).
5. Peranan warganegara
cemerlang.

dalam

menjadikan

bangsa

Malaysia

yang

Peranan warganegara dalam menjadikan bangsa Malaysia yang


cemerlang ialah rajin mengulangkaji pelajaran dan mengamalkan
pendidikan sepanjang hayat serta menguasai pelbagai bahasa dan
kemahiran ICT. Dalam merealisasikan bangsa Malaysia yang cemerlang
juga, kita haruslah bersikap berdikari, kreatif, inovatif dan sentiasa
menjalankan kajian dan penyelidikan untuk menambah kualiti dan mutu
dalam segala bidang.
Selain itu, kita haruslah mengamalkan disiplin diri dan mempunyai
ciri kepimpinan, memelihara jati diri dan berani menegakkan kebenaran.
Sebagai warganegara yang cintakan negara, kita haruslah bijak bertindak,
menilai dan merancang strategi untuk masa hadapan. Bangsa Malaysia
yang cemerlang juga dapat dibentuk melalui sikap menghormati orang
tua, bersikap matang, tidak beremosi, tabah menghadapi dugaan dan
berhemah semasa mengambil sesuatu keputusan.
Bangsa
Malaysia
cemerlang
dapat
diwujudkan
dengan
meningkatkan perpaduan kaum, semangat kekitaan dan saling
menghormati antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan
budaya. Kita haruslah menghormati pegangan agama lain dan amalan
budaya masyarakat berlainan bangsa. Selain itu, kita haruslah melibatkan
diri secara aktif dalam aktiviti kemasyarakatan seperti program perpaduan
dan menyokong dasar-dasar kerajaan.

Disediakan oleh : Pn. Chandramathi a/p Kanesan

Setiap warganegara haruslah setia kepada negara dengan berani


mempertahankan dan sanggup berkorban untuk negara. Kita haruslah
mengekalkan kedaulatan negara Malaysia dengan mengambil iktibar
peristiwa lalu. Kita juga wajarlah menghargai kemerdekaan negara kita
dan sentiasa berbangga sebagai rakyat Malaysia.
Selain itu, peranan yang harus dimainkan oleh seseorang
warganegara ialah menghormati keluhuran pelembagaan dan kedaulatan
undang-undang. Kita juga haruslah berbangga dengan keunikan negara
Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian bahasa dan budaya. Bangsa
Malaysia yang cemerlang juga dapat diwujudkan dengan menghormati
lambang-lambang negara, menghargai perjuangan tokoh tanah air,
menghormati raja dan pemimpin negara dan senantiasa sedia berubah ke
arah kemajuan.

6. Penghayatan semangat
keharmonian masyarakat.

cinta

akan

negara

dalam

membentuk

Keharmonian masyarakat sudah semestinya hanya dapat dicapai


dengan penghayatan semangat cinta akan negara. Setiap individu
haruslah memainkan peranan dalam mengekalkan keamanan negara. Kita
haruslah tidak membangkitkan isu sensitive dan sentiasa menghormati
hak asasi, agama dan budaya lain. Kita juga haruslah mematuhi
kedaulatan undang-undang dan menolak sebarang bentuk keganasan.
Rakyat Malaysia haruslah sentiasa bertoleransi antara kaum dan
berfikiran terbuka menerima pendapat kaum lain. Rakyat juga hendaklah
bersama-sama mempertahankan kedaulatan negara dan berganding bahu
membangunkan ekonomi negara. Di samping itu, rakyat juga berperanan
menentukan hala tuju negara dan memastikan pentadbiran yang licin dan
cekap. Rakyat juga perlu memastikan pengekalan hak asasi mereka serta
menghormati kedudukan hak istimewa masyarakat Bumiputera Sabah dan
Sarawak.
Penghayatan konsep 1 Malaysia amat penting dalam membentuk
keharmonian masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Hubungan
erat antara kaum dapat dibentuk dengan meningkatkan perpaduan kaum,
sedia bekerjasama, saling menghormati pegangan dan amalan budaya
lain. Sebagai warganegara yang rasional, kita haruslah mengamalkan nilai
murni seperti aktiviti bergotong-royong, kejiranan dan bertolak ansur
dalam semua perkara.
Rakyat Malaysia juga semestinya menghormati hak kebebasan
rakyat demi perpaduan. Di samping itu, persoalan isu sensitif haruslah
dielakkan dipersoal secara terbuka demi memelihara perpaduan dan
keharmonian negara. Selain itu, rakyat juga perlu patuh pada undangDisediakan oleh : Pn. Chandramathi a/p Kanesan

undang bagi memastikan keamanan negara terpelihara serta melaporkan


sebarang kes pelanggaran undang-undang kepada pihak berkuasa. Rakyat
haruslah menjaga imej negara dengan menghormati amalan demokrasi.
7. Cabaran yang dihadapi oleh pemimpin negara dan langkah mengatasinya.
Pemimpin
negara
menghadapi
pelbagai
cabaran
dalam
memperkukuh pembinaan negara dan bangsa Malaysia. Antaranya ialah
keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu. Keadaan ini telah
mengakibatkan kenaikan hg barangan secara mendadak. Selain itu,
pemimpin juga menghadapi cabaran dalam memperkukuh perpaduan
antara masyarakat yang tediri daripada pelbagai kaum. Kadar
pengangguran yang tinggi dan sikap terlalu memilih pekerjaan dalam
kalangan masyarakat tempatan juga merupakan cabaran besar yang
harus ditangani. Justeru itu, pemimpin negara juga berhadapan dengan
cabaran merapatkan jurang ekonomi antara penduduk bandar dan luar
bandar akibat perbezaan pendapatan per kapita yang diperoleh. Tidak
dinafikan juga, gejala sosial yang semakin menjadi-jadi turut merupakan
cabaran bagi pemimpin kita dalam menanganinya. Cabaran seterusnya
yang agak kritikal ialah kemasukan pendatang asing tanpa izin yang ramai
dan membanjiri negara kita, telah menyebabkan hak-hak rakyat tempatan
diganggugugat.
Langkah bagi mengatasi cabaran-cabaran ini ialah pemimpin
negara perlu memantapkan hubungan diplomatik dengan negara jiran.
Dalam masa yang sama, pemimpin perlu meningkatkan hubungan
persahabatan dengan mengadakan pelbagai program yang dapat
mengeratkan hubungan antara negara seperti melalui sukan dan media
massa. Pemimpin juga perlu mengamalkan sikap tolak ansur dalam
menangani konflik serantau seperti kebanjiran PATI dari Indonesia.
Sebarang masalah haruslah diselesaikan di meja rundingan. Bagi
menangani cabaran dlm negara, pemimpin wajar menguatkuasakan
undang-undang untuk memastikan keselamatan negara daripada
perlakuan jenayah. Perpaduan dalam kalangan rakyat perlu dimantapkan
melalui pelbagai program seperti rumah terbuka dan sebagainya. Isu-isu
sensitive seperti yang berkaitan dengan agama dan bangsa perlu
dihindarkan. Selain itu, pemimpin perlu terus berusaha memantapkan
ekonomi negara dengan mempelbagaikan sumber ekonomi dan
melahirkan lebih ramai pakar dan tenaga mahir untuk bersaing di
peringkat antarabangsa. Pemimpin juga perlu mengukuhkan teknologi
pertahanan dan meningkatkan keupayaan ketenteraan. Keselamatan di
sempadan dan kawasan perairan negara juga perlu ditingkatkan.
8. Nilai-nilai murni.
Nilai-nilai murni daripada usaha pembentukan negara dan bangsa
Malaysia ialah bekerjasama dalam membangunkan negara yang tercinta.
Selain itu, peristiwa ini juga dapat mengeratkan perpaduan antara kaum
kerana negara kita mempunyai masyarakat berbilang kaum.
Disediakan oleh : Pn. Chandramathi a/p Kanesan

Seterusnya,
sebagai
seorang
pemimpin
yang
berkaliber,
seharusnya tidak bertindak terburu-buru dalam menguruskan sesuatu isu.
Malahan, mereka mestilah bersifat adil seperti mengutamakan suara
majority dan kepentingan rakyat diutamakan.
Di samping itu, pemimpin juga perlu bertindak bijak serta rasional
dalam setiap tindakan. Seseorang pemimpin itu juga mestilah bersikap
inovatif dan berhemah tinggi. Pemimpin juga harus berpandangan jauh
dan berwawasan. Akhir sekali, pemimpin seharusnya bersikap terbuka,
bertoleransi dan rasional terhadap rakyat.
9. Kesimpulannya, pengetahuan yang diperoleh daripada pembentukan
negara dan bangsa Malaysia ialah terdapatnya empat ciri bagi
pembentukannya seperti negara, bangsa, kerajaan dan perlembagaan.
Selain itu, Ciri-ciri pembinaan negara dan bangsa pada zaman kesultanan
Melayu Melaka terdiri daripada 6 ciri utama.
Iktibar yang saya peroleh ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk
menjayakan wawasan negara. Selain itu, iktibar kepada masyarakat ialah
kita bersatu hati bagi mencapai matlamat yang dihasratkan seperti
menjayakan Wawasan 2020. Seterusnya, iktibar kepada negara ialah kita
haruslah bersama-sama menjaga dan mengekalkan kedaulatan negara.
Harapan saya ialah pemimpin hari ini perlu mencontohi kebijaksaan
pemimpin terdahulu dalam membawa negara ke mercu kegemilangan.
Selain itu, saya berharap rakyat Malaysia terus bersatu padu demi
mengekalkan keharmonian masyarakat yang berbilang kaum.

Disediakan oleh : Pn. Chandramathi a/p Kanesan

Anda mungkin juga menyukai