Anda di halaman 1dari 6

3.

0 DRAMA SEBAGAI MEDIA PENDIDIKAN

Kerajaan sebagai pihak utama telah menggunakan drama sebagai medium


untuk berkomunikasi dengan segenap lapisan rakyat. Drama yang ditayangkan di
televisyen dan drama yang diperdengarkan di corong-corong radio digunakan
sebagai senjata untuk memberi penerangan kepada rakyat tentang isu-isu semasa.
Hasrat kerajaan yang menginginkan kasih sayang dari rakyat dan bangsa negaranya
diseru melalui kedua-dua medium ini.

Drama ini disiarkan melalui RTM yang bertanggungjawab menjelaskan


kepada rakyat tentang dasar kerajaan dan kegiatan-kegiatan negara agar rakyat
sentiasa seiring dengan perkembangan semasa. Hal ini dapat kita lihat apabila
drama-drama yang disiarkan memperlihatkan tema-tema yang terkini mengikut
kehendak semasa dan suasana sosiopolitik.

Ketika menghadapi ancaman dari pihak komunis dan anasir-anasir anti


kerajaan serta konfrontasi yang dilancarkan oleh Presiden Sukarno, kerajaan
Malasysia telah merombak siaran televisyen secara besar-besaran untuk
menyanggah dakwaan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk
memecahkan belahkan rakyat Malaysia. Pada ketika ini drama memainkan peranan
penting sebagai medium untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan
rakyat Malaysia. Drama yang mendidik rakyat dan bangsa negara kita pada ketika itu
untuk bangkit menentang anasir-anasir dari luar.

Selain itu peningkatan kewangan hasil daripada DEB telah melalaikan rakyat
Malaysia yang suatu ketika dahulu diburu kemunduran. Hal ini banyak membuahkan
implikasi negatif seperti keruntuhan moral, maksiat yang semakin meningkat dan
penyalahgunaan dadah semakin menjadi-jadi di kalangan belia. Sebagai inisiatif
kerajaan telah mengambil langkah menjadikan drama sebagai senjata psikologi
kepada para penagih dadah.

Secara tidak langsung drama televisyen telah menjadi pendidik secara halus
yang dilatih oleh kerajaan untuk rakyatnya.

Untuk mendidik bangsa sendiri kita haruslah menggunakan bangsa itu sendiri
supaya perbandingan dapat dibuat dan dinilai. Drama tempatan dijadikan saluran
yang utama untuk mendidik masyarakatnya sendiri. Persoalan dan permasalahan
yang diutarakan dalam drama senang difahami oelh rakyatnya sendiri. Dalam sedar
atau tidak para penonton akan mengalami proses menghayati dan memahami
beberapa nilai moral atau didikan yang cuba disampaikan dalam drama itu tadi.

Kesedaran drama dalam pendidikan sosial dimulakan sejak awal lagi oleh
Aziz Wok yang dilaporkan pada 1956 supaya para penulis menghantar skrip-skrip
yang membawa tema yang sesuai pada masa itu. Kesesuaian itu bergantung
kepada corak didikan yang ingin disampaikan oleh RTM kepada penontonnya. Hal
inilah yang menjadi titik tolak bermulanya peranan tv dalam aspek sosial.

Drama tv dijadikan alat untuk melantunkan gambaran ideal supaya dapat


diteladani oleh para penonton. Pada pengakhiran tahun 1970-an dapat dilhat
kebangkitan gerakan dakwah dan kesedaran keagamaan dalam komuniti orang
Melayu. Oleh hal yang demikaian, pelbagai tema yang bersifat kehidupan dan nilai-
nilai murni menjadi aspek utama dalam penghasilan drama pada masa itu.

Hasil daripada penyelidikan yang dibuat, penulis mendapati bahawa unsur


pendidikan yang disalurkan melalui drama tv dapat digolongkan kepada empat
kategori, iaitu pendidikan moral, pendidikan sosial, pendidikan perpaduan dan
pendidikan nasionalisme.

3.1 Sebagai Pendidikan Moral


Pendidikan moral yang dimunculkan melalui drama tv ialah dengan
mengemukakan mesej yang lebih menyentuh hal-hal dalam diri individu. Drama-
drama dalam kelompok ini memberi contoh dan teladan tentang perlakuan-pelakuan
perseorangan dalam hubungan dengan diri sendiri, dengan Tuhan dan ahli-ahli
keluarga terdekat. Persoalan-persolan ini disampaikan secara langsung dan
merupakan permasalahan utama dalam drama-drama yang disalurkan. Penyampai
secara terbuka ini memudahkan khalayak penonton memahami amanat serta unsur
pendidikan yang ingin disampaikan.

I. Kehidupan berumahtangga

Seringkali dipaparkan perlakuan yang tidak baik dan akhirnya membawa


gambaran buruk kepada kehidupan berumah tangga dan seterusnya hubungan
suami isteri. Hal ini disangkal oleh drama untuk menghadirkan suasana rumah
tangga yang bahagia, aman dan damai. Sebagai contoh, persoalan yang ditimbulkan
dalam drama adalah perasaan salah sangka dan cemburu buta yang akan
membawa kehancuran dalam rumah tangga. Drama ini membawa mesej yang baik
dan mengajar kita supaya tidak terburu-buru dalam membuat keputusan. Sebagai
contoh drama “curang” (1969) menjadi contoh teladan kepada para suami supaya
berfikir sebelum bertindak. Pelbagai lagi drama yang mengisafkan kehidupan rumah
tangga.

II. Hubungan antara Anggota Keluarga

Hubungan antara ahli keluarga juga mendapat tempat dalam seni drama ini.
Dalam hal ini seringkali digambarkan hubungan ibu dengan anak yang menjadi
persoalan yang hangat sampai ke hari ini. Hal ni kerana hubungan ibu dengan anak
akan menyedarkan betapa besarkannya kasih sayang seorang ibu terhadap
anaknya. Secara tidak langsung drama ini akan menyedarkan anak-anak yang
melupakan ibu bapa mereka setelah mengecapi kemewahan tanpa menyedari dari
mana datangnya semua itu. Anata drama-drama ang mengisahkan tema ini ialah
“bunga tanjung”(1965), “meniti titian rapuh” (1972) dah banyak lagi.

III. Hubungan manusia dengan Tuhan


Didikan moral yang lain ialah antara manusia dan Tuhan yang dipacarkan
dalam tv. Manusia tidak akan terlepas daripada melakukan dosa tetapi adalah baik
dan manfaat jika manusia itu insaf dan kembali ke pangkal jalan. Persoalan ini telah
mula muncul dalam 1960-an dalam drama “jatuh membangun” (1969). Pada
keseluruhannya drama-drama kerohanian ini mengambarkan kegelisahan jiwa
manusia yang sesat dan jauh dari jalan yang diredhai.

Sebagai kesimpulannya, dalam golongan persoalan yang membicarakan ahal-


hal moral, drama tv berperanan sebagai pendidik kepada khalayak ramai.
Pengajaran yang disampaikan diharapkan dapat diserapakan dalam diri dan dapat
diterjemahakan kepada kehidupan yang lebih positif dalam semua aspek.

3.2 Sebagai Pendidikan Sosial

Drama juga membawa persoalan kepada aspek yang lebih luas


pencakupannya. Permasalahan dan persoalah menyentuh tentang kehidupan
masyarakat dan masalah hari-hari. Didikan sosial banyak menyentuh perihal orang
Melayu supaya berubah sikap. Antara aspek-aspek yang menjadi tugas drama untuk
mendidik para penonton ialah membawa manusia mendekati alam sekelilingan yang
masih baru dan juga mencabar. Selain itu, penyesuaian diri ditempat baru dan
meninggalkan kefahaman dan kepercayaan yang kolot turut diterapakan.

I. Ke arah perubahan sikap

Kita dapat lihat pada drama-drama dahulu yang banyak menerapkan


pengajaran dan pendidikan walaupun drama itu bercorakan komedi. Selain itu,
drama juga membawa sindiran kepada masyarakat yang berada dalam kepincangan
agar berubah dan dapat membawa kesejahteraan. Secara tidak langsung drama
sebegini mengajar kita berfikir dan mendidik kita untuk menjadi yang terbaik. Antara
contoh drama ialah, “mata duitan” (1965), “rantau selamat” (1972) dan sebagainya.

II. Ke arah Budaya Usahawan

Drama tv juga menonjolkan sarana dan desakan supaya orang Melayu


menuju ke arah budaya usahawan seperti menceburkan diri dalam perniagaan.
Sekaligus menyeru supaya menuntut pencapaian yang tertinggi dalam pelajaran. Hal
ini diperlihatkan dalam drama “potret pekerti” pertengahan 1972. Dalam hal mengejar
pelajaran, disarankan juga oleh drama tv bahawa ibu bapa harus memainkan
peranan bagi memastikan kejayaan anak-anak meraka. Anak-anak perlu dididik
supaya tidak menjadi liar dan berlakuan yang menyelewengkan. Drama tv dapat
myedarkan para ibu bapa tentang tanggungjawab mereka terhadap msa depan
anak-anak.

III. Ke arah hidup terancang

Hal ini berkaiatan dengan masa depan. Perancangan yang baik akan
mendatangkan hasil yang lumayan. Antara aspek yang disentuh dalam persoalan ini
ialah proses jimat cermat dalam keluarga. Hal ini diperjelaskan lagi dalam drama-
drama Melayu seperti “keluarga tompel”, kerana menantu dan sebagainya. Drama-
drama ini menyentuh keburukan tidak mengamalkan budaya jimat cermat. Drama ini
mendidik kita supaya berjaga-jaga akan masa hadapan.

IV. Ke arah pembanterasan penyelewengan

Dalam kehidupan seharian, anggota masyarakat tidak akan terlepas dari


melakukan perkara-perkara negetif yang bercanggah dari kehidupan manusia
sebenar. Gelaja negetif yang dimaksukan ialah jenayah. Sejak akhir-akhir ini kita
dapat lihat drama-drama tv banyak mengisahkan tentang jenayah yang akhirnya
membawa padah kepada diri sendiri. Rasioanal drama penyelewengan ini disalurkan
kepada penonton agar para penonton sedar dan menjauhkan diri daripada gejala ini.

Dapatlah diperjelaskan disini bahawa permasalahan yang telah dibincangkan


dalam drama jelas menunjukkan kecenderungan untuk menyalurkan unsur-unsur
pendidikan sosial kepada masyarakat. Dalam pada itu, kita dapat lihat betapa
pentingnya masyarakat merubah sikap untuk menyesuaikan diri denag keadaan
sekeliling da peredaran zaman. Begitu juga dalam membentuk budaya usahawan di
kalangan orang Melayu adalah mustahak bagi mencapai aspirasi nasional. Jesteru
itu, perancangan keluarga amat penting agar tingkah laku isi keluarga terkawal dan
gejala peyelewengan tidak berlaku.

3.3 Sebagai Pendidikan Perpaduan


Selepas kejadian 13 mei 1969 kerajaan telah meyalurkan drama-drama yang
mengisahkan kaum-kaum yang terbesar di Malaysia. Kejadian rusuhan itu telah
membawa impak yang besar kepada hubungan perkauman di negara ini. Untuk
menegelakkan kejadian sebegini berulang kembali pelbagai drama telah diskripkan
dan ditayangkan untuk menunjukkan keampuhan ikatan kaum di Malaysia.

Sebagai contoh drama “tiga dara” yang disiarkan pertengahan 1972


bertemakan masalah sosial yang dihadapi orang Melayu dalam menyahut seruan
pembangunan. Pihak RTM menggunakan drama ini sebagai alat pendidikan secara
tidak langsung untuk membentuk perpaduan di negara ini. Episod-episod “tiga dara”
mengambarkan bahawa orang Melayu, Cina dan India boleh hidup bersama dan
saling membantu dalam kehidupan seharian malah dapat tinggal serumah. Selain itu
banyak lagi drama-drama yang memceritakan keakraban tiga kaum ini seperti “jiran”,
“ribut tengkujuh” dan sebagainya.

Secara menyeluruh didapati bahawa kebanyakkan drama di tv yang mebawa


persoalan antara kaum akan mendorong kepada semangat perpaduan di Malaysia.
Dengan mengiat dan menerbitkan drama yang membawa persoalan sedemikian,
drama tv secara tidak sengaja melahirkan perasaan bertolak ansur dalam suasana
harmonis dan sekaligus terlaksana perpaduan nasional yang jitu dan kental dalam
rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

3.4 Pendidikan Semangat Nasionalisme

Untuk mendidik dan merancang agar semangat nasionalisme sentiasa hidup


di jiwa rakyat, pihak televisyen telah memilih skrip-skrip yang membawa gambaran
watak-watak patrioltik. Melalui watak-watak ini mesej yang ingin disampaikan dapat
dihantar secara langsung melalui drama. Persoalan yang utama diterapkan dalam
drama ini ialah semangat menentang penjajah yang harus tersemat kukuh di hati
rakyat negara ini agar kejadian 1511 tidak berulang lagi.