Anda di halaman 1dari 16

KERTAS CADANGAN LUKISAN MURAL

2D DEWAN SRI ANTANUM


DAERAH TENOM

Anjuran
SJK(C ) Chung Hwa Tenom dengan kerjasama sekolah-sekolah Zon 1
Daerah Tenom

1.0 PENDAHULUAN
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa Tenom akan menjalakan satu Projek Seni Visual
iaitu melukis mural dengan kerjasama sekolah-sekolah Zon 1 Daerah Tenom. Projek ini berharap dapat
memupuk semangat kecintaan terhadap alam sekitar dengan meletakkannya sebagai matlamat yang
utama di samping dapat menceriakan sekitar kawaan pekan Tenom. Projek Seni Visual merupakan satu
aktiviti yang biasanya dijalankan di luar bilik darjah. Ia melibatkan semua murid untuk menjalankan
sesuatu kajian tentang sesuatu perkara atau melaksanakan pelbagai jenis aktiviti untuk
memperkembangkan kemahiran mereka di dalam pengaplikasian unsur-unsur seni serta prinsip rekaan
dalam menghasilkan sesebuah karya seni.
Seni Visual juga dikenali dan difahami sebagai sesuatu yang bersifat 2D atau 3D secara
fiziknya. Deria sentuh dan deria penglihatan terlibat dalam konteks ini. Arca, ukiran merupakan
produk seni yang boleh dinikmati melalui sentuhan dan bersifat 3D. Manakala catan, lukisan, cetakan
merupakan produk seni yang boleh dinikmati dengan deria penglihatan dan bersifat 2D.
Kata mural berasal dari Bahasa Latinmurus yeng bererti dinding. Manakala menurut
Susanto (2002:76) mendefinisikan mural sebagai lukisan besar yang dibuat untuk mendukung ruang
arsitektur. Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang
indah-indah pada pandangan pacaindera manusia samada melalui penglihatan atau pendengaran.
Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu imam Al- Ghazali
memperkatakan

bahawa

seni

itu

indah

melalui

pandangan

kecantikan

dan

keindahan.

Seni visual juga difahami sebagai sesuatu yang mempunyai nilai estetik. Menurut Herbert
Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan
estetik. Kesenangan estetik adalah kesenangan dan keceriaan kepada pihak yang menerima mesej.
Menurut Syed Ahmad Jamal estetika berkaitan dengan deria pengamatan terhadap sesuatu perkara atau
suasana yang menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan menekankan aspek kegunaannya.
Oleh itu penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada beberapa aspek pernyataan diri
( self expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh samada dalam bentuk 2D dan 3D. Selain
itu, pendidikan seni visual berperanan dalam membentuk dan mengembang budaya setempat dan
sejagat ( seni dan masyarakat ).

Antara peranan Seni Visual adalah seperti berikut :

1.1 Semangat Nasionalisme


Falsafah,pemikiran, manifestasi, idea, individu atau kumpulan dalam menyebar dan membangkit
nilai, semangat dan perasaan melalui SV. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat
membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan Negara.Contoh hasil karya yang memaparkan

unsur nasionalisme ialah Tugu Negara (arca) dan juga potret-potret pemimpin negara.

1.2 Persekitaran
Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian dalam seni visual. Pembelajaran seni
visual, aktiviti dan apreasiasinya dapat mengukuhkan kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan
sekeliling yang memberi kesan kepada kehidupan. Antara contohnya Rumah rakit Kuala Lipis karya
Peter Harris dan Waktu Pagi Di Kampung, karya Lai Foog Mooi, reka bentuk lanskap dan hiasan
dalaman.
1.3 Saluran Propaganda
Seni Visual sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebar idea, hasrat atau kepercayaan,
pengaruh dan kuasa. Contohnya Poskad kepada Dunia, karya Awang Damit Ahmad.
Poskad kepada dunia (1990)
1.4 Ritual / upacara
Seni visual dalam melaksanakan ritual/upacara sesuatu budaya dan adat resam
dalam aktiviti kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D atau arca.
Contohnya Patung Jah Hut dan Mah Meri, yang menjadi patung penyembahan orang-orang asli di
Pahang dan Selangor.
1.5 Spiritual
Seni Visual untuk ketenangan, kepuasan dan keselesaan. Hasil karya yang dihasilkan adalah untuk
kepuasan pelukis dari cetusan dalaman diri pelukis itu sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan
Udara, karya Patrick Ng Kah Onn.
1.6 Pengeluaran
Hasil seni SV berasaskan kepada faktor cita rasa, gaya, fungsi dan kegunaan. Pembelajaran SV,
aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan mutu pengkaryaan dan perekaan yang berkualiti dengan
nilai keindahan yang tinggi. Kebanyakan hasil karya berunsur pengeluaran adalah bertujuan
dikomersialkan. Contohnya penghasilan batik dan songket.

1.7 Pemujukan

Hasil seni visual berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. Contoh-contohnya yang jelas ialah
papan billboard dan poster.
1.8 Perniagaan dan perdagangan
Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan barangan yang sangat
berpotensi untuk perniagaan dan perdagangan. Antara contoh yang jelas ialah bidang pembungkusan.

2.0 RASIONAL PROJEK


Projek lukisan 2D di Dewan Sri Antanum dilaksanakan untuk :
1. Merapatkan jurang di antara masyarakat setempat dan sekolah dalam aspek pencapaian,
perlaksanaan aktiviti dan juga kerjasama.

2. Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat memupuk semangat kerjasama dan
meningkatkan keyakinan individu atau pun kumpulan.

3. Projek ni dilaksanakan untuk mengubah suasana pemandangan dewan dan menghargai nilainilai yang terdapat dalam budaya persekitaran kita.

3.0

OBJEKTIF

Lukisan mural yang dicadangkan adalah bertujuan seperti berikut :


1. Melatih guru-guru Pendidikan Seni Visual membudayakan aktiviti melukis mural bagi pengukuhan
serta pengisian ke arah menghargai karya seni iaitu menempatkan hasil karya di tempat dan situasi
yang sebenar agar individu luar dapat berkongsi pengalaman dengan pengkarya selari dengan
kehendak sukatan Pendidikan Seni Visual yang menuntut agar hasil karya dipamerkan dalam konsep
mural 2D.
2. Membimbing dan melatih para staf-staf sekolah lain dan murid berinteraksi sesama sendiri dan
berkongsi pengalaman semasa menyediakan lukisan dan mengendalikan bengkel.
3. Memberi latihan dan menyediakan pengalaman dalam aspek pengurusan projek dan profesional.
4. Persediaan bagi melengkapkan lagi dalam pengisian mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
5. Mengadakan bengkel untuk melatih para murid tentang teknik dan kaedah lukisan mural bagi
menghargai seni visualdi sekolah.
6. Memberi pendedahan dan menambahkan pengetahuan dalam bidang kepimpinan dan
tanggungjawab terhadap seni.
7. Menguji tahap kemahiran individu.
8. Mewujudkan semangat kekitaan di bawah nama Pendidikan Seni Visual.

4.0 Sasaran

4.1 Sekolah-sekolah Zon 1 Daerah Tenom yang terdiri daripada sekolah seperti berikut :

5.0

4.1.1

SJK(C ) Chung Hwa

4.1.2

SJK(C ) Kong Ming

4.1.3

SK Mantailang

4.1.4

SK Kalang Kanar

4.1.5

St. Anthony

4.1.6

SK Pekan

4.1.7

SK Pangi

Tempat
5.1 Dewan Sri Antanum Tenom
5.2 Keluasan mural : 4 x 8 kaki

6.0

Tarikh Pelaksanaan
1-5August 2015

7.0

Cara Pelaksanaan

7.1 Mesyuarat (2kali).


7. 2 Bengkel menerangkan cara pelaksanaan
7.3 Merancang serta menjalankan aktiviti perkongsian tentang lukisan mural.
7.4 Mewujudkan suasana pembelajaran secara melukis mural dan berkesan.

8.0

Ahli Jawatankuasa

Jawatan
Penasihat

Pengerusi

Naib Pengerusi

Sasaran

Deskripsi Tugas

En. Azlan Dimon ( Pegawai Pelajaran

Sebagai penasihat dalam

Daerah Tenom)

semua AJK.

Pn. Ooi Foo Suan ( Guru Besar SJK(C )

Pakar rujuk dan

Chung Hwa

mempengerusikan projek Seni

Semua Guru Besar Sekolah Zon 1 Daerah

Visual.

Tenom
Pengurus
Projek

Cik Suzila Abu Bakar (Ketua Panitia PSV,


SJK(C ) Chung Hwa

- Memastikan segala
persiapan berjalan lancar
- Memastikan AJK
melaksanakan tugas mengikut
bidang masing-masing
- Melihat aspek kekurangan
serta kelemahan dalam kerja
berkumpulan serta memberi
arahan secara sistematik
- Mengambil berat terhadap
masalah AJK serta
menyelesaikan masalah
- Memainkan peranan dalam
mewujudkan satu team
work yang baik serta aman
- Memastikan segala berjalan
lancar mulai 01.08.15
hingga 05.08.15 dan selesai
upacara serta kemaskini
dewan

Setiausaha

Pn.Rozaini ( Setiausaha Panitia Seni Visual)


SJK(C ) Chung Hwa

Penolong
Setiausaha

- Menyedia kertas kerja,


laporan projek.

1. En. Yunus Ismail (Ketua Panitia


PSV SK Mantailang)
2. En. Alvin (Ketua Panitia PSV SK
Kalang Kanar)

- Menyedia minit mesyuarat.


- Menulis surat permohonan,
derma, surat jemputan / surat
menyurat.

Bendahari

En. Johnny ( SJK (C) Chung Hwa Tenom)

- Mengurus kewangan.

Jurufoto

SK Pangi

- Menyediakan alatan rakaman

untuk merakam segala.


- aktiviti yang berlangsung
pada hari tersebut.
- Menyediakan kamera untuk
mengambil gambar semasa
aktiviti.
- Menyediakan bahan-bahan
dokumen yang telah siap
untuk pelaporan.

Penyediaan

St. Anthony

Makanan

-Menempah makanan untuk


semua ajk terlibat mengikut
tentatif.

Penyediaan

SJK (C ) Kong Ming

lukisan
Penyediaan

- Menyedia draf lukisan untuk


lukisan mural.

SK Pekan

Alatan

- Menyedia dan membeli


semua peralatan dan bahanbahan yang perlu digunakan.

Keselamatan

SK Mantailang

- Menjaga keselamatan lokasi


semasa menjalankan tugas.

Publisiti

SK. Kalang Kanar

- Membuat penyebaran dan


publisiti ke media (surat

khabar)
kebersihan

SJK(C ) Chung Hwa

- Memastikan tempat sentiasa


bersih selepas menyiapkan
projek.

9.0

Tentatif Pelaksanaan
Bil

Tarikh

Aktiviti

3/7/15

Mengedar surat makluman mesyurat kepada semua sekolah Zon 1.

8/7/15

Mesyurat Projek Mural Kali Pertama.

9-20 /7/15

Semua sekolah masing-masing menjalani mesyuarat dan persediaan.

25/7/15

Mesyuarat Kali Kedua. (Laporan setiap Penyediaan Projek)

1/8/15

Melakar mural

hingga
2/8/15
6

3/8/15
hingga

Mewarna mural

5/8/15
7

8/8/15

Post Moterm Projek

10.0 Anggaran Belanjawan


Bil
1

Perkara / Bahan
01- 05 August 2015
i. Sarapan
Murid RM 5 x 15

Kos

Jumlah

RM 75 x 5 hari
RM 150 x 5

RM 375

Guru / petugas RM5 x 30

hari

RM 750

Sumber

Sumbangan dari Lembaga Pengelola


Sekolah SJK (C ) Chung Hwa

ii. Makan Tengahari


RM 105 x 5
Murid RM 7 x 15

hari
RM 210 x 5

RM 525

Guru / petugas RM7 x 30

hari

RM 1,050

iii. Minum Petang


Murid RM 5 x 15

Guru / petugas RM5 x 30


Cat Mural
5 Liter (Warna Asas)

RM 75 x 5 hari
RM 150 x 5

RM 375

hari

RM 750

RM 70 x 15 tin

RM 1,050

Sumbangan dari PIBG


SJK(C ) Chung Hwa

Berus
RM 10.90 x 2
3

4
5

i. Kecil
ii. Sederhana

set
RM 15 x 2 Set
RM 26.90 x 2

RM 21.80
RM 30.00

iii. Besar
Tangga
Plastik Sampah / Penyapu/
Penyedok

Set
-

RM 53.80

PCG Panitia PSV SJK(C ) Chung Hwa

SK Pekan
SJK(C ) Chung Hwa

RM

Jumlah

11.0

4,980.60

KESIMPULAN
Pihak kami berharap agar projek ini dapat diluluskan dan dijalankan dengan sebaik mungkin.

Alam semulajadi ciptaan Ilahi tidak terbanding indahnya. Keunikan dan kepelbagaian rupa alam yang
sungguh mempesonakan ini lebih memukau pandangan mata jika ia menjadi sebahagian dari landskap
bandar yang dapat memberi keharmonian dan kesejahteraan penduduknya. Dari pandangan mata terus
menusuk ke hati, mendamaikan jiwa dan menenangkan minda. Pelukis adalah insan yang paling
hampir dengan alam berusaha mengabadikan kedamaian dan ketenangan tersebut menjadikan aktiviti
melakar dan melukis terus hidup disanubarinya. Ia langsung dapat dikongsikan kepada masyarakat
agar dapat menghargai keindahan dan keunikan alam semulajadi di samping perancangan persekitaran
pekan yang tersusun mampu memberi impak besar kepada semua. bertujuan memberi peluang kepada
pelukis-pelukis untuk menterjemah keindahan landskap Daerah Tenom yang bertemakan Tenom
Peranginan Semulajadi.
Selain meningkatkan kesedaran dan minat pelukis terhadap landskap, ia juga dapat
mempromosi keindahan dan keunikan landskap sekitar Tenomdi mana kebanyakan penduduk Tenom
terdiri daripada kaum Murut. Oleh itu, kaum Mutur juga dapat melambangkan Daerah Tenom selain
sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara. Sebanyak 7 buah sekolah penyertaan aktiviti ini
yang akan menjayakan aktiviti melukis mural yang mendapat penyertaan di luar jangkaan. Mereka
akan berusaha berpadu tenaga mencurahkan idea dan bakat dalam mengekspresikan kerja-kerja artistik

pada ruang papan mural yang telah disediakan. Ukuran papan 4X8 kaki digunakan dengan sebaik
mungkin dengan kesesuaian alatan dan bahan yang dibawa peserta. Penggunaan media warna seperti
cat poster, akrilik, imulsi, semburan dan pelbagai jenis warna mudah kering yang menjadi pilihan
dapat dimanfaatkan peserta bagi merealisasikan konsep rekaan mural yang dirancang.
Media-media yang digunakan bukan sekadar menguji kecekapan serta kebolehan seseorang
pelukis semasa proses melukis dan mewarna, malahan juga dapat menunjukkan kemahiran pelukis
untuk membuat penelitian teliti dan secara menyeluruh ke atas objek yang hendak dilukis. Masa yang
diperuntukan selama 5 bagi memenuhi seluruh permukaan mural. Setiap lakaran dan palitan warna
adalah jalinan alam semulajadi keindahan flora dan fauna dalam sistem ekologi darat dan lautan
disepadukan dengan rekabentuk-rekabentuk bangunan dan binaan yang menjadi mercu Daerah Tenom.
Ternyata ianya mampu memberi kesan segar dan emosi yang lebih mendamaikan.
Dengan menjalankan projek ini, ia adalah sebagai suatu produk yang mempunyai makna atau
isi. Sebelum wujudnya fotografi manusia merakam peristiwa dalam bentuk visual 2D seperti
manuskrip, lukisan dinding, catan dinding dan seumpamanya. Contoh dalam lukisan dinding di
pyramid mesir atau catan lanskap oleh Abdullah Arif (Ladang Kelapa ). Seni tampak atau visual juga
merakamkan pencapaian manusia dan menggambarkan tentang nilai, kepercayaan dan sikap sosial.
Karya seni merupakan rakaman sejarah dan budaya secara tampak. Selain itu, biasanya mesej atau
maksud dalam sesuatu karya seni visual itu hanya diketahui secara jelas oleh pihak primer iaitu
pengkarya

sendiri.

Ia

ditafsir

secara

berlainan

oleh

pihak

kedua.

Seni visual juga difahami sebagai sesuatu yang mempunyai nilai estetik. Menurut Herbert Read, seni
adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik.
Kesenangan estetik adalah kesenangan dan keceriaan kepada pihak yang menerima mesej. Menurut
Syed Ahmad Jamal estetika berkaitan dengan deria pengamatan terhadap sesuatu perkara atau suasana
yang menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan menekankan aspek kegunaannya. ajuk ini
menyatakan tentang pengertian Seni Visual berdasarkan pengalaman estetik dan bagaimana
pengalaman itu dapat dikuasai oleh pelajar. Aspek yang terlibat dalam pengalaman estetik ialah aspek
pengalaman intelektual dan pengalaman langsung dengan karya seni itu. Kedua-dua bentuk
pengalaman ini lebih kepada pendekatan atau methodology dalam penghasilan karya.
Seseorang pelajar atau pelukis boleh menguasai atau mengalami pengalaman estetik melalui
pendekatan intelektual dan pendekatan langsung ini.
Melalui projek ini, peserta akan mendapat pengalaman intelektual iaitu merupakan
penghasilan sesuatu produk seni yang memerlukan proses kajian, pengumpulan maklumat,
penguasasaan maklumat daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan produk yang hendak

dihasilkan. Hasil maklumat akan dianalisis dan dikaji semula serta dibuat eksperimen tentang
kesesuaiannya. Proses mengkaji dan mengumpul maklumat inilah yang dikatakan sebagai pengalaman
intelektual. Ia juga melibatkan penerokaan yang berbentuk eksperimen. Melalui pendekatan intelektual
seperti ini akan mempertajamkan lagi pengalaman estetik seseorang itu.Contoh yang paling mudah
ialah penghasilan reka bentuk kereta masa depan. Sebelum reka bentuk dihasilkan pelukis hendaklah
membuat kajian terlebih dahulu tentang kereta berkenaan dari pelbagai sudut. Kemudian barulah
model kereta dibuat. Proses mengkaji tersebut disebut sebagai pengalaman intelektual. Portfolio kerja
kursus yang dihasilkan oleh pelajar juga merupakan satu contoh proses pengalaman intelektual.
Portfolio merupakan satu proses yang harus dibuat oleh pelajar sebelum menghasilkan produk.
Manakala pengalaman juga menyumbang kepada pengalaman estetik seseorang itu.
Pengalaman langsung atau direct contact ialah satu proses penghasilan produk seni. Berlaku hubungan
langsung antara pengkarya dengan karyanya secara sedar. Koordinasi deria berlaku antara mata
dengan tangan serta otak. Fikiran (otak) menyatakan tentang sesuatu yang bersifat kreatif. Proses
mengindahkan karya berlaku. Proses ini disebut proses artistik. Asas seni reka merangkumi aspek
elemen dan prinsip rekaan dalam seni tampak. Asas-asas ini mendukung kewujudan produk seni visual
itu. Aspek ini juga dikenali sebagai sebahagian daripada bentuk atau form dalam bahasa seni tampak.
Produk seni seperti catan umpamanya perlu dihasilkan mengikut peraturan seni reka contohnya ada
aturan ruang, imbangan, kontra dan sebagainya. Karya seni yang tidak menggunakan asas seni reka
dianggap kurang bermutu. Hasil seni tradisi seperti ukiran juga mementingkan asas rekaanya sendiri.
Asas seni reka ada dua komponen utama iaitu elemen dan prinsip. Elemen rekaan
termasuklah garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan, dan warna. Prinsip rekaan pula meliputi harmoni,
kepelbagaian, kontra, penegasan, imbangan, pergerakan ,kesatuan dan ekonomi. Elemen dan prinsip
ini perlu diadun dengan baik oleh seseorang pelukis dalam menghasilkan sesebuah karya seni visual.

Disediakan oleh,

(SUZILA ABDUL BAKAR)


Ketua Panitia,
Pendidikan Seni Visual,
SJK( C) Chung Hwa,Tenom.

Disemak oleh,
.
(CHAN SAU LIN)
Penolong Kanan Pentadbiran,
SJK(C ) Chung Hwa, Tenom.

Disahkan oleh,

( WONG SUN TECK)


Guru Besar,
SJK(C ) Chung Hwa, Tenom.

Contoh Surat Panggilan Mesyuarat


Sekolah Kebangsaan Jenis (C ) Chugn Hwa Tenom
Peti Surat 106, 89908 Tenom, Sabah.
Tel : 087-773337 Fax : 087 734567
Email : sjkccth@yahoo.com

Ruj.Kami : XCC4949/500/2003/2
Tarikh : 13 JULAI 2015
Kepada,
Guru Besar,
SK Pekan, Tenom.
Tuan,
Jemputan Mesyuarat Projek Melukis Mural Zon 1 Daerah Tenom
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2.

Sekolah SJK(C ) Chung Hwa akan melaksanakan Projek Pendidikan Seni Visual.
Dengan itu, pihak sekolah agar sekolah tuan menghadiri mesyuarat seperti ketetapan
berikut :
Tarikh : 14 Julai 2015
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, PPD Tenom

3.

Tuan dijemput hadir ke mesyuarat ini. Kehadiran tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.


Saya yang menurut perintah,
_________________
(WONG SUN TECK)
Guru Besar,
SJK(C) Chung Hwa, Tenom.
Sk. PPD Tenom
Semua sekolah Zon 1

Lampiran 1

Lampiran 2

Lukisan mural yang akan dilukis


dengan ukuran 4x 8 kaki

Lampiran 3

Lakaran lukisan mural

Anda mungkin juga menyukai