Anda di halaman 1dari 17

SUTINA MUHAMMAD HANIP

830705-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

Proses globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat yang pesat telah menjadikan
dunia kita tiada batasan. Bilik darjah hari ini tidak lagi terbatas dalam empat dinding
berlindung. Dengan itu, penggunaan maklumat dalam Laman Web dan Portal telah
menjadi semakin penting kepada guru yang ingin meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.

Soalan 1. Huraikan peranan teknologi pengajaran dan pendekatan yang dapat


menggalakkan persekitaran pembelajaran positif dengan membuat rujukan
kepada internet / buku.

1.0 Teknologi Pengajaran

Pada zaman ini, perkembangan teknologi telah mempengaruhi setiap bidang


kehidupan. Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa
implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia. Ini termasuklah dalam bidang
pendidikan. Dalam konteks pendidikan, penggunaan teknologi komputer bukan hanya
mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat
untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua
mata pelajaran. Teknologi komputer ini boleh dijadikan sebagai satu alternatif kepada
kaedah pengajaran. Menurut Norhashim (1996), penggunaan komputer dalam bidang
pendidikan memberi kesan yang besar dan bermakna terhadap kualiti pembelajaran
seperti memudahkan penghasilan bahan-bahan pengajaran secara lebih efisien,
membenarkan pendidik menyediakan pendekatan pengajaran baru yang lebih efektif,
memudahkan penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran seperti
multimedia, simulasi serta membuat aktiviti kumpulan menerusi aplikasi sistem
rangkaiannya.

1
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830705-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

1.1 Peranan dan pendekatan yang dapat menggalakkan persekitaran pembelajaran


positif

Guru perlu mempelbagaikan cara dalam aspek pengendalian pengajaran dan


pembelajaran di bilik darjah. Proses pengajaran yang melibatkan bantuan media seperti
computer, dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna.
Pengajaran berasaskan komputer dapat meningkatkan lagi prestasi pelajar. Menurut
Salomon (1993) pendidikan yang melibatkan bantuan media seperti komputer dapat
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna. Teknologi komputer
boleh dijadikan sebagai satu alternatif kepada kaedah pengajaran.

Bagi mencapai matlamat ke arah pembelajaran yang lebih bermakna, proses


pengajaran dan pembelajaran memerlukan pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif.
Dengan menggunakan teknik multimedia, pembelajaran boleh berlaku secara interaktif.
Aplikasi pembelajaran berasaskan multimedia berupaya untuk memberikan berbagai
contoh yang sebenar kepada pelajar dengan gabungan teks, muzik, imej, video dan
animasi. Gabungan unsur ini akan membentuk satu persembahan yang menarik dan
menjadikan proses penyampaian maklumat lebih berkesan. Media pengajaran yang
menggunakan teknologi multimedia berupaya untuk menarik perhatian pelajar. Ini
menunjukkan ciri–ciri teknologi multimedia yang interaktif boleh membantu dalam
proses pembelajaran. Ia akan dapat membentuk satu proses pembelajaran yang
melibatkan pelajar dengan lebih aktif. Penglibatan aktif dari pelajar akan menjadikan
proses pembelajaran lebih mudah dan berkesan.

Pendekatan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru adalah penting kepada


pembelajaran pelajarnya. Antara pendekatan yang dapat membantu menggalakkan
persekitaran pembelajaran yang positif ialah pendekatan induktif, deduktif dan eklektif.
Pendekatan induktif merupakan suatau pendekatan apabila guru memulakan
pengajarannya dengan memberikan contoh yang khusus dan diakhir pembelajaran murid
akan membuat rumusan. Pendekatan ini memerlukan pelajar membuat aktiviti

2
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830705-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

mengumpul, mentafsir dan membuat kesimpulan. Sebagai contoh, guru akan memulakan
sesi pengajarannya dengan memberi beberapa contoh yang berkaitan dengan isi
pelajaran. Kemudian, pelajar akan diminta untuk mengkaji, mentafsir maklumat dan
membuat kesimpulan berdasarkan contoh yang diberikan oleh guru tadi. Pendekatan ini
sesuai digunakan untuk mengajar mata pelajaran sains, matematik, geografi dan kajian
tempatan. Antara kaedah yang menggunakan pendekatan induktif ialah inkuiri penemuan.

Pendekatan yang kedua ialah pendekatan deduktif. Pendekatan deduktif boleh


didefinisikan sebagai pendekatan mengajar yang bermula dengan hukum, peraturan, dan
rumus. Kemudian ia diikuti dengan aplikasi ke atas contoh-contoh yang khusus.
Pendekatan deduktif ini adalah suatu kaedah mengajar yang agak kompleks jika hendak
dibandingkan dengan pendekatan induktif. Ini kerana, kaedah ini memerlukan murid
untuk mempunyai tahap kefahaman dan pengetahuan yang tinggi untuk memilih rumus
dan prinsip yang tepat. Jenis pendekatan deduktif ialah membuat hipotesis, membentuk
generalisasi dan menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, di dalam sesi pengajaran, guru
akan memberitahu murid objek pengajarannya pada peringkat awal. Kemudian, guru
akan membimbing murid untuk mengingati hukum atau peraturan yang tertentu.
Seterusnya, membantu murid untuk menyelesaikan masalah.

Pendekatan yang terakhir ialah pendekatan eklektif. Pendekatan ini merupakan


pendekatan yang menggunakan pendekatan induktif dan pendekatan deduktif. Ini kerana,
terdapat pelajar yang menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai dengan diri mereka
sewaktu sesi pembelajaran. Sebagai contoh, jika ada pelajar yang suka membuat
perbandingan dan pemerhatian sewktu sesi pembelajaran, maka pelajar ini lebih sesuai
menggunakan pendekatan induktif. Manakala jika ada pelajar yang suka belajar
menggunakan hukum atau membuat generalisasi, maka pendekatan deduktif akan
digunakan. Oleh yang demikian, guru perlu memainkan peranan untuk menentukan
pendekatan mana yang lebih sesuai digunakan terhadap seseorang pelajar.

3
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830705-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

Pendekatan pembelajaran kolaboratif pula adalah bertujuan untuk memperbaiki


kaedah perbincangan kumpulan pelajar. Ia telah dijamin berkesan dan dapat membantu
merancakkan aktiviti perbincangan di dalam kumpulan. Komunikasi yang baik diantara
seseorang pelajar dengan pelajar yang lain, dapat memperolehi hasil yang bermutu.
Secara tidak langsung, ia akan dapat memberi impak yang positif terhadap gaya
pembelajaran mahu pun sikap pelajar itu sendiri. Pendekatan pembelajaran koperatif pula
bermakna, pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan belajar, saling bantu-membantu
dan berinteraksi secara kerjasama. Pelajar ini akan sama-sama terlibat di dalam aktiviti
pembelajaran. Ini kerana kesemua mereka mempunyai matlamat yang sama. Pelajar akan
diminta untuk melibatkan diri secara aktif serta menunjukkan kefahaman di dalam
kumpulan terhadap sesuatu tajuk yang dipelajari. Pendekatan ini dapat membantu ke arah
perkongsian idea dalam suasana yang aman. Pendekatan penyerapan pula ialah guru akan
menghubungkan sesuatu pengajaran dengan satu atau lebih mata pelajaran yang lain.
Dengan ini pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna dan dapat mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang harmoni dan positif.

4
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830705-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

Soalan 2 (a) Terangkan maksud media pengajaran, pengajaran pelbagai teknik/blended


instruction dan pembelajaran berjarak/distance learing.

2.1 Media pengajaran

Media berasal daripada perkataan Latin iaitu medium yang bermaksud perantara
atau pengantar. Menurut Gerlach & Ely (1971), mereka mendefinisikan media sebagai
bahan dan suasana yang yang dapat membuat pelajar memperoleh pengetahuan,
ketrampilan dan sikap. Manakala AECT (Association of Education and Communication
Technology-1977) mendefinisikan media sebagai segala bentuk dan saluran yang
digunakan untuk menyampaikan maklumat. Media terdiri daripada pelbagai jenis bahan.
Antaranya ialah komputer, slaid, bahan-bahan bercetak, radio, televisyen, rakaman audio
dan gambar foto. Media digunakan sebagai perantaraan dalam telekomunikasi. Ia
digunakan untuk memperoleh maklumat. Kemudian ia akan memproses atau menyusun
maklumat ini dengan cara grafik, fotografik, elektronik ataupun cara makanik. Kemudian,
barulah ia disampaikan kepada penerima.

Dalam proses pengajaran, media pengajaran didefinisikan sebagai alat pengajaran


yang digunakan untuk membantu guru dalam menyampaikan isi pelajaran kepada
pelajarnya. Media pengajaran dapat membantu guru menyampaikan isi pengajarannya
dengan lebih jelas berbantukan penggunaan media. Penggunaan media pengajaran
daripada guru kepada pelajarnya dapat membantu untuk meransang pemikiran, perhatian
dan minat pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia bukan sahaja
merupakan penghubung antara guru dan pelajar malah ia juga merupakan penghubung
antara pelajar dan pelajar. Media pengajaran dapat membantu mendorong pemahaman
dan minat pelajar di dalam pembelajaran mereka.

Media merupakan satu elemen yang sangat penting dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ini kerana ia merupakan penghubung antara pelajar dan guru, pelajar
dengan pelajar dan semua orang yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

5
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830705-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

2.2 Pengajaran pelbagai teknik / blended instruction

Menurut Williams (2002) dalam artikel Perspective on Blended Learning in


Higher Education, pengajaran pelbagai teknik ialah pengajaran yang menggabungkan
cara pembelajaran online dan pembelajaran bersemuka (face-to-face). Garnham dan
Kaleta (2002), dari Unerversiti Wisconsin, Milwaukee menyatakan pengajaran pelbagai
teknik ini sebagai pembelajaran campuran dengan ciri baru cara pembelajaran melalui
online yang aktif dan mengurangkan pembelajaran secara tradisonal.

Pengajaran pelbagai teknik ialah proses pembelajaran yang menggabungkan


pelbagai teknik pengajaran. Antara teknik yang digunakan ialah pembelajaran maya dan
perbincangan maya. Disamping menggunakan kaedah maya, pembelajaran dan
perbincangan secara bersemuka juga digunakan. Ia dijalankan dengan bantuan tutor
bertauliah yang dilantik oleh pihak universiti. Sesi tutorial secara online mampu
meningkatkan teknik pengajaran. Menurut kajian, para pelajar yang pendiam didapati
telah memanfaatkan sepenuhnya peluang ini untuk memberi jawapan dan mengutarakan
pendapat mereka dengan lebih selesa. Sebaliknya, jika mereka berada di dalam kelas
biasa, pelajar-pelajar tersebut khuatir hujah mereka tidak boleh diterima atau mereka
akan ditertawakan sekiranya mereka memberikan jawapan yang salah.

Dengan menggunakan pembelajaran pelbagai teknik, pelajar tidak perlu tergesa-


gesa menyalin nota. Apa yang perlu mereka lakukan ialah, menggunakan rangkaian
komunikasi internet untuk mendapatkan nota mereka di laman web tertentu. Pelajar juga
boleh menggunakan bahan komunikasi elektronik seperti mms, 3G, e-mail, forum,
chartroom untuk berinteraksi bersama rakan atau tutor mereka. Pembelajaran pelbagai
teknik menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik. Ia dapat membantu pelajar
supaya lebih kreatif dalam memperolehi ilmu. Pendekatan ini juga bersifat komprehensif
dan global serta pembelajaran menjadi lebih fleksible. Ia membantu menarik minat
pelajar bagi sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran yang diuruskan sendiri
ini memerlukan pelajar belajar sendiri di samping memerlukan bahan tambahan samaada

6
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830705-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

bercetak ataupun digital. Di Malaysia, antara universiti yang mengamalkan pembelajaran


pelbagai teknik ini ialah Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) dan Universiti Terbuka
Malaysia (OUM).

2.3 Pembelajaran berjarak / distance learning.

Asland Universiti (2007) menyatakan bahawa, pembelajaran berjarak adalah cara


pembelajaran yang memerlukan pelajar mengambil pengajian untuk melanjutkan
pelajaran tanpa kehadiran yang kerap di dalam kampus. Pembelajaran berjarak dapat
digunakan sebagai salah satu cara yang lebih efektif untuk mengatasi masalah pendidikan
secara konvensional. Melalui pembelajaran ini, pelajar perlu berhubung melalui teknologi
atau saluran online yang disediakan oleh kampus tersebut. Pembelajaran ini juga
memerlukan pelajar berinteraksi dengan pengajar dan pelajar dengan pelajar dalam
kumpulan yang kecil. Pembelajaran ini memerlukan pelajar memberi tanggungjawab,
kerjasama, perhatian yang lebih terhadap segala kemudahan dan bentuk pembelajaran
yang disediakan.

Pembelajaran berjarak juga bermaksud pembelajaran yang berfokuskan teknologi,


pedagogi dan andragogi. Berdasarkan Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat,
pembelajaran berjarak ialah proses untuk mencipta pengalaman pembelajaran apabila
sumber dan pelajarnya dipisahkan oleh masa dan jarak. Tenaga pengajar dan pelajar
boleh berkomunikasi mengikut kesesuaian masa mereka dengan menggunakan media
elektronik. Antara media yang boleh digunakan ialah televisyen, internet, sidang video,
chatting dan forum elektronik. Terdapat lima cara pengendalian pembelajaran berjarak.
Pertama, pengedaran bahan melalui pos. Kedua menduduki peperiksaan dipusat
tempatan. Ketiga, mengendalikan proses pembelajaran melalui pelbagai alat penhantaran.
Keempat, pengedaran bahan dalam bentuk bercetak rakaman, disket ke pusat-pusat
sumber untuk dipinjam oleh pelajar dan kelima mengadakan sidang video dan
menggunakan internet untuk berkomunikasi.

7
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830705-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

Soalan 2(b). Kaji maklumat tentang Kon Pengalaman Dale di Internet dan buku untuk
manghasilkan satu rajah yang dapat menggambarkan klasifikasi teknik
pembelajaran dan faedahnya dalam pembelajaran.Interprestasi maklumat
dalam rajah adalah diperlukan.

2.0 Kon Pengalaman Dale

Dale (1946) telah mengemukakan pendapatnya dalam teori pembelajaran


manusia yang disebut sebagai ‘Cone of Experience’ (Kon Pengalaman). Dalam teori ini
Dale memperjelaskan kesan media yang berbeza dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dapat mengubah kefahaman pelajar daripada sukar kepada yang lebih
mudah. Menurutnya, penggunaan teknologi moden dalam pengajaran memaksimakan
penguasaan pelajar. Konsep ini disokong oleh Heinich, Molenda dan Russel (1989).
Pengalaman konkrit yang dialami pelajar berlaku apabila mereka terlibat secara langsung
dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Namun, ia akan semakin berkurang sekiranya
pelajar tidak terlibat di dalam sesuatu aktiviti. Manakala pengalaman abstrak akan
berlaku sekiranya penggunaan sesuatu simbol visual dan verbal yang mewakili peristiwa.

8
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830705-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

Penekanan utama Kon Pengalaman Dale ini ialah, pengalaman sebenar seseorang pelajar
itu mampu untuk membantu mentafsirkan konsep pembelajaran yang abstrak.

Rajah 1 : Kon Pembelajaran Berdasarkan Kon Pengalaman Dale

Persimbolan
Menulis Simbol Lisan
karangan
Menyatakan aktiviti Simbol Penglihatan
gotong-royong
Mengumpul gambar Rakaman, radio, gambar
gotong-royong
Murid menyenaraikan Televisyen
Pemerhatian aktiviti gotong-royong
Membawa murid menghadiri Pameran
pameran tentang gotong-royong
Membawa murid melihat tempat untuk Lawatan
melakukan aktiviti gotong-royong
Guru membuat demonstrasi aktiviti yang boleh Demonstrasi/
dilakukan sewaktu gotong-royong Tunjuk cara

Melakonkan situasi bergotong-royong secara Lakonan/


Penglibatan kumpulan Main peranan

Menyatakan mengapa aktiviti gotong-royong perlu dilakukan Guna alat &


berdasarkan model bahan

Memberi pendapat aktiviti yang boleh dilakukan semasa Pengalaman


aktivit gotong-royong langsung

Mata pelajaran : Bahasa Melayu.


Tajuk : Gotong-royong
Teknik : Perbincangan

9
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830705-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

Langkah Mengikut Kon Pengalaman Dale:

Menurut Dale, terdapat tiga komponen besar yang telah ditunjukkan iaitu
penglibatan, pemerhatian dan persimbolan. Di dalam komponen penglibatan terdapat
pengalaman lansung, guna alat dan bahan, lakonan atau main peranan.

1) Pengalaman langsung
Berdasarkan pengalaman sebenar, murid diminta berbincang secara kumpulan
apakah aktiviti yang sesuai untuk mereka lakukan sewaktu aktiviti gotong-royong.

2) Penggunaan alat dan bahan sebagai model dan bercorak tiga dimensi.
Murid diminta untuk menyatakan mengapa aktiviti gotong-royong perlu
dilakukan berdasarkan model yang ditunjukkan kepada mereka.

3) Lakonan / main peranan.


Murid diminta untuk berbincang dan melakonkan situasi bergotong-royong secara
berkumpulan di hadapan kelas.

Di dalam komponen pemerhatian pula, tedapat beberapa langkah pengajaran iaitu


demontrasi atau tunjuk cara, lawatan, rakaman, televisyen dan gambar.

4) Demonstrasi/tunjukcara.
Guru membuat demonstrasi kepada murid aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan
sewaktu melakukan aktiviti gotong-royong.

5) Lawatan.
Murid dibawa melawat ke kawasan yang perlu dilakukan aktiviti gotong-royong.
Murid diminta untuk berbincang secara kumpulan tentang masa dan aktiviti yang
sesuai untuk melakukan aktiviti gotong-royong..

6) Pameran
Murid dibawa untuk melihat pameran gotong-royong. Setiap seorang murid
diminta untuk mencatatkan isi-isi penting berkaitan dengan tajuk gotong-royong.

10
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830705-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

7) Televisyen
Murid diminta untuk menyenaraikan aktiviti gotong-royong yang mereka lihat
melalui televisyen.

8) Rakaman.radio dan gambar


Murid diminta untuk mengambil dan mengumpul gambar berkaitan dengan
aktiviti gotong-royong secara kumpulan. Mereka perlu menulis aktiviti yang
boleh dijalankan sewaktu gotong-royong berdasarkan gambar yang mereka
kumpul.

Di dalam komponen yang terakhir terdapat 2 langkah pengajaran iaitu simbol penglihatan
dan simbol lisan.

9) Simbol Penglihatan
Guru dan murid akan sama-sama membincangkan isi-isi penting sebelum mereka
mula menulis karangan berdasarkan gambar yang mereka kumpul.

10) Simbol Lisan


Murid diminta untuk menulis karangan pendek bertajuk “ Aktiviti gotong-royong
di sekolah saya”.

Berdasarkan kon Pengalaman Dale, murid dapat mengadaptasi pengalaman


sebenar mereka sewaktu sesi pembelajaran dijalankan. Ini akan membuatkan murid
mudah memahami isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Kon Pengalaman Dale
juga mementingkan tentang pembelajaran yang bersifat konkrit ke pembelajaran yang
bersifat abstrak. Dalam erti kata lain, sesi pengajaran dan pembelajaran dari mudah ke
sukar akan membuatkan murid bersedia dan seterusnya seronok mengikuti pembelajaran.

11
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830705-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

Soalan 3. Kaji konsep 'Virtual Classroom' untuk mengenal pasti definisi, kriteria,
mod pengajaran, platform dan manfaat yang boleh diperolehi oleh pelajar.

3.0 Konsep ’Virtual Classroom’

3.1 Definisi

Menurut Potter (1997), dalam sebuah artikel bertajuk "Virtual Classroom"


menyatakan virtual classroom sebagai sistem pembelajaran yang melalui internet di mana
isi pelajarannya disampaikan melalui online. Pelajar juga belajar, berbincang, bertanya
dan membuat latihan secara online. Virtual Classroom juga dikenali sebagai
pembelajaran maya iaitu satu pembelajaran di mana tidak ada sistem penggunaan kelas
secara tradisional. Pembelajaran bentuk ini wujud dalam pendidikan jarak jauh (Distance
Learning). Perkembangan ICT dalam pendidikan telah membuka banyak ruang dan
peluang baru untuk kita memikirkan keperluan wujudnya ruang belajar baru seperti ruang
belajar maya. Ruang belajar yang baru perlu memenuhi keperluan semasa dan keperluan
generasi yang lahir pada era itu. Antara contoh kelas maya ialah homeschooling iaitu
pembelajaran di rumah.

3.2 Kriteria

Kriteria sistem pembelajaran ini adalah bentuk pembelajaran secara maya.


Pelajar tidak perlu menghadiri ruang fizikal kelas tertentu tetapi pelajar berinteraksi
antara satu sama lain secara online seperti pembelajaran di dalam kelas biasa. Di samping
itu pelajar bukan sahaja boleh berinteraksi dengan pelajar lain dan tenaga pengajar secara
online tetapi pelajar juga bebas menggunakan kemudahan teknologi yang disediakan
pada bila-bila masa yang diperlukan terutamanya semasa memrlukan perkongsian
maklumat dan perbincangan tentang tugasan. Pelajar juga boleh menjawab ujian serta
mencari bahan dan sumber dengan cepat. Virtual classroom tidak menggunakan kelas
atau kampus secara fizikal tetapi sistem ini dilaksanakan sepenuhnya melalui internet,

12
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830705-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

juga disebut e-learning. Terdapat tiga komponen asas pembelajaran maya. Pertama,
sumber bahan. Ia adalah bahan yang boleh dimuat turun oleh pelajar untuk kegunaan
mereka. Kedua, komponen perhubungan. Komponen ini ini penting kerana ia
menggunakan peralatan elektronik untuk menghubungkan pengajar dengan pelajar.
Antara peralatan yang digunakan ialah e-mail, file sharing, bulletin board dan ruang
perbincangan (discussion room). Komponen yang ketiga ialah kelas maya. Kelas maya
ini digunakan sebagai perantara untuk menjalankan proses pembelajaran secara online. Ia
juga digunakan sebagai fungsi untuk pelajar mendaftarkan diri supaya mereka dapat
berhubung dan berkongsi maklumat dengan pelajar yang lain. Ciri-ciri utama yang
terdapat di dalam virtual classroom ialah komunikasi melalui sidang video antara pelajar
dengan pelajar atau tenaga pengajar, kemudahan penjadualan waktu pengajaran dan
pembelajaran, analisis markah dan rekod prestasi pelajar. Jangka masa kursus juga bukan
sepanjang hayat tetapi fleksibel.

3.3 Mod pengajaran

Mod pengajaran dalam virtual classroom adalah secara online dan pelajar hanya
berinteraksi dengan pelajar lain dan tenaga pengajar melalui internet seperti e-mail, LMS,
e-learning dan ruang forum yang disediakan. Interaksi di ruang maya boleh berlaku
melalui dua cara. Cara yang pertama ialah secara sinkroni (masa yang sama) melalui
ruang sembang dan persidangan video. Cara yang kedua ialah secara asinkroni (masa
yang tidak sama) seperti melalui e-mail, foram, bulletin board, massage board dan group
discusstion. Ia memerlukan peruntukan masa selama 4-15 jam atau 5-7 hari seminggu
bagi setiap kursus yang diambil. Komunikasinya lebih cepat berbanding bersemuka
dalam kelas biasa. Setiap pelajar perlu mendaftar dahulu untuk mendapatkan kata laluan
untuk membolehkan mereka melayari laman web untuk proses pembelajaran. Selepas
pelajar mendaftar masuk, mereka boleh melayari semua bahagian yang berhubung antara
satu sama lain seperti bahagian untuk tugasan, ujian, maklumat dan pensyarah dan lain-
lain. Perbincangan antara tenaga pengajar dan pelajar atau pelajar dengan pelajar dapat
dibaca oleh semua pelajar yang terlibat dalam sistem tersebut. Tenaga pengajar dapat

13
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830705-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

mengawal aktiviti pembelajaran pelajar melalui paparan tajuk pelajaran dan meninjau
sejauh mana penglibatan pelajar dalam sesi pembelajaran yang dianjurkan.

3.4 Platform

Platform sistem pembelajaran ini adalah sepenuhnya melalui internet dengan


sumber-sumber pembelajaran yang disediakan oleh pihak institusi berkenaan yang
mengendalikan program pendidikan seperti pembelajaran maya. Antara sumber
pembelajaran yang disediakan ialah dengan menggunakan teknologi canggih seperti
LMS, sidang video, email, dan forum. Perisian dalam pembelajaran ini memudahkan
pelajar berkomunikasi pada bila-bila masa sahaja. Melalui perisian yang disediakan
dalam talian internet membolehkan pelajar dapat memilih bahan, berbincang, menjawab
ujian, bertukar-tukar pendapat, dan memberi maklum balas yang cepat jika ada masalah
yang dihadapi sepanjang sesi pembelajaran. Papan iklan dan jadual yang disediakan
dalam interaksi online memudahkan pelajar mendapat informasi terkini tentang sebarang
maklumat berkenaan dengan bidang yang dipelajari.

3.5 Manfaat yang boleh diperolehi oleh pelajar.

Melalui sistem pembelajaran ini pelajar mendapat banyak manfaatnya.


Pembelajaran ini dapat memberi motivasi kepada pelajar boleh belajar dengan cara tidak
bersamaan waktu (synchronous systems). Kewujudan online dalam sistem pembelajaran
menggalakkan interaksi pada masa yang tepat dengan kumpulan dan kematangan fikiran
mengaplikasikan kemudahan yang disediakan. Pelajar dapat memberi maklum balas
dengan cepat, sokongan padu dan membuat keputusan dalam kumpulan. Pelajar dapat
menentukan masa berinteraksi, menggalakkan disiplin dalam pembelajaran dan
membantu pelajar mengutamakan pembelajaran mereka. Selain daripada itu, pelajar juga
tidak terikat dengan peruntukan masa tertentu dan lebih bebas belajar tanpa sebarang
gangguan . Pembelajaran berlaku atas kehendak diri sendiri dan pelajar dapat
mendisiplinkan diri mengatur masa belajar dan menggunakan kemudahan teknologi

14
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830705-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

untuk mendapatkan maklumat atau melakukan aktiviti-aktiviti pembelajaran.


Pembelajaran online akan membolehkan pelajar mahir menggunakan aplikasi teknologi.
Bentuk pembelajaran ini juga membantu pelajar mengutamakan pembelajaran mereka.

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, pengajaran menggunakan teknologi pengajaran dapat membantu


mengukuhkan proses pembelajaran. Ia juga membolehkan pembelajaran secara kendiri
berlaku. Disamping itu, ia juga dapat menyediakan satu media interaksi antara pelajar
dengan pelajar dan pelajar dengan tenaga pengajar. Penggunaan komputer dengan
pendekatan multimedia interaktif boleh meningkatkan lagi mutu pembelajaran. Dengan
kaedah ini para guru akan dapat meningkatkan lagi inovasi mereka dalam proses
penyampaian maklumat. Rangsangan yang diberikan oleh komputer dalam proses
pembelajaran dapat meningkatkan minat pelajar khususnya untuk subjek teori. Teknik
pengajaran yang disediakan oleh guru secara tidak langsung mempengaruhi setiap insan
yang dididik.

15
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830705-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

RUJUKAN

1. Ee Ah Meng (2002), Pedagogi III Edisi ke 2 Semester III, Kuala Lumpur: Penerbit
Fajar Bakti.

2. Mok Soon Sang,(2002), Pendidikan Di Malaysia Untuk Kursus Diploma Perguruan


(edisi ke-8), Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

3. Mok Soon Sang,(2002), Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3,


Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

4. Noriati A.Rashid. et al (2009), Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran,


Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd.

5. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Teknologi Pengajaran, Selangor Darul Ehsan:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. http://www.ctl.utm.my

7. http://www.sekolahmnulisonline.com/sistem-belajar.html

8. http://www.educ.upm.edu.my/~rj/5.html

9. http://www.elearnportal.com/student-center/how-do-virtual-classrooms-work

10. www.myqalam.net/umum/ptp/media

11.www.kdp14minggu2009.blogspot.com/2009/07kon-pengalaman-dale-1964.html

12. http://e-pembelajaran.blogspot.com/

16
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830705-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

LAMPIRAN

17