Anda di halaman 1dari 19

Abseiling merupakan satu aktiviti menuruni satu kawasan tinggi ke kawasan

yang rendah dengan menggunakan tali. Individu terlibat akan mengawal sendiri
pergerakannya. Namun begitu sebagai langkah keselamatan , belayer akan
bertanggungjawab membantu individu itu pada masa-masa kecemasan bagi
mengelakkan kemalangan.

Bagi memastikan aktiviti berjalan dengan lebih lancar, peralatan yang sesuai dan
ada jaminan kualiti sahaja yang boleh digunakan. Patuhi langkah-langkah
keselamatan yang diberikan jurulatih bertauliah.

Peralatan yang digunakan adalah seperti didalam gambar 3 dan gambar 1 dan 2
adalah ketika peserta memakai dan cuba untuk melakukan aktiviti abseiling
tersebut. Antara peralatan yang digunakan ialah:
Tali Carmantle dinamik
Harness
Sling
Carabiner
Figure of 8
Helmet
Glove

Abseiling merupakan satu aktiviti turun dari tempat tinggi ke tempat yang
rendah. Aktiviti ini memerlukan daya ketahan otot tangan dan kaki yang kuat
untuk membuat aktiviti penurunan. Aktiviti ini memerlukan kemahiran imbangan
yang tinggi. Ia juga dapat mendisiplinkan para peserta atau seseorang individu
untuk menghadapi saat-saat kecemasan atau membina keyakinan yang tinggi
terhadap para peserta apabila berada di tempat yang tinggi.

Melalui aktiviti abseiling, para peserta dapat mempelajari cara-cara atau teknik
penggunaan tali atau penurunan tali dengan menggunakan peralatan-peralatan
khas. Peserta akan diajar bagaimana menggunakan tali atau cara menurun
curam, malah peserta juaga akan diajar bagaimana menjaga dan menyimpan tali
tersebut.

Apa yang pasti, aktiviti abseiling dapat memberi kepuasan pada para peserta,
terutama perserta yang tidak pernah melakukan aktiviti tersebut. Walaupun
aktiviti ini kelihatan amat merbahaya, dengan penggunaan teknik penurunan
yang betul dan keazaman yang tinggi, ia dapat mengurangkan rasa gemuruh
dan takut para peserta. Secara tidak langsung aktiviti ini telah membentuk
sahsiah diri para peserta dengan lebih baik.

16.2 PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK AKTIVITI ABSEILING

16.2.1 TALI
Tali memainkan peranan penting dalam aktiviti abseiling. Terdapat dua
jenis tali yang digunakan dalam aktiviti tesebut, iaitu tali statik dan tali
dinamik.

1. Tali Dinamik
Tali yang mempunyai warna serta corak yang pelbagai mengikut jenama seta
pengeluarannya
Lembut dan mudah dibengkokkan dan mengikut jenis permukaan cerunan
Saiz 7.8 mm, 8.8 mm, 9.8 mm, 10.5mm dan 11mm
Tali dinamik standard-tidak mempunyai balutan kalis air tetapi boleh digunakan
pada kawasan yang mempunyai kelembapan yang tinggi

Tali dinamik double dry-lapisan kalis air dan dapat digunakan dalam situasi
serta keadaan cuaca yang lembap

2. Tali Statik
Jenis tali yang mempunyai keanjalan yang tinggi
Biasa digunakan dalam aktiviti menyelamat
Saiz- 9 mm, 10mm, 11mm dan yang paling tebal 12.5mm
Agak keras dan tidak mudah dibengkokkan

16.3 SAIZ TALI DAN KEGUNAANNYA

Saiz Sheath Jenis Berat /meter Kekuatan Kegunaan


7.5 mm Menyelamat. 39 gm 15.6 kN Tali kecemasan
9 mm Biasa Rekreasi 53 gm 19.3 kN Untuk safety lines.
10 mm Flex Rekreasi 74 gm 23.1 kN Pendidikan outdoor abseiling, top roping
10 mm Biasa Rekreasi 74 gm 23.1 kN Caving
11 mm Flex Menyelamat 82 gm 26.9 kN Keselamatan
11mm biasa Rekreasi 82 gm 26.9 kN Aktiviti lasak - caving (fixed ropes)
11mm Flex Aktiviti lasak 82 gm 26.7 kN Outdoor, climbing gyms (top-roping)
12.5mm Flex Menyelamat 104 gm 40.5 kN Fire Service, rescue teams, height
safety

16.4 BAHAN DALAMAN TALI

16.4.1 FIBRE ASLI (Tali Manila)


Hemp (kuat, lembut, senag dibentuk)
Sisal (kembang dan licin bila basah)
Sabut (ringan dan kurang kukuh)
Cotton (lembut dan mudah rosak)

16.4.2 BUATAN MANUSIA (dua kali lebih kuat)


Nylon
Polyester

16.5 BINAAN TALI

Lilitan dari kiri = S


Lilitan dari kanan = Z

16.6 PUNCA-PUNCA KEROSAKAN TALI

16.6.1 Geseran
mungkin disebabkan tali melalui bucu yang tajam dalam keadaan tali yang
tegang atau ditarik pada permukaan yang kasar sehingga menghauskan lembar
tali
16.6.2 Terluka
belitan tali berulang-ulang kali, pasir halus masuk kedalam tali, kesan
pergeseran yang menyebabkan lembar tali (dalam dan luar terputus) menjadi
putus.
Ini dapat dikesan apabila tali menjadi longgar dan saiznya menjadi lebih besar

16.6.3 Apabila tali terlalu basah dan lembap akibat terkena air

16.6.4 Tali tidak terusus dengan baik dan menyebabkan nya bengkok

16.6.5 Tidak sengaja menarik tali di atas tanah

16.6.6 Cuaca terlalu panas


Tali akan menjadi kerekod apabila terkena haba yang kuat
Terdedah kepada pancaran matahari yang kuat pada jangka masa yang lama

16.6.7 Asid / alkali


Tali buatan manusia walaupun tahan bahan kimia tetapi apbila terkena asid
atau pelarut atau sperid yang kuat akan merosakkan tali
Tali manila akan mengalami kerosakan yang teruk apabila terkena bahan kimia
terutama asid dan alkali
Sebagai langkah keselamatan,semua tali yang tercemar hendaklah
diberhentikan penggunaanya. (dihapuskan sama sekali)

16.6.8 Terkena serangan Cendawan @ kulat


Tidak seperti tali asli, tali buatan manusia tidak terjejas apabila terkena
cendawan atau kulat
Semua tali asli yang basah atau lembap hendaklah dikeringkan tanpa
menggunakan haba jika tidak digunakan

16.7 PENJAGAAN TALI

Elakkan dari memotong tali

Elakkan dari simpulan tetap


Elakkan dari melalui bucu tajam
Elakkan dari tersentap semasa menggunakan nya
Simpan di tempat yang kering dan tinggi
Jika basah jemur di tempat yang redup/teduh
Periksa tali selalu
Di simpan di dalam bekas atau beg kanvas / plastik bagi mengelakan kekotoran
serta mudah dibawa.
Di simpan di tempat yang kering dan berudara serta jauhkan daripada minyak
atau bahan kimia
Jangan simpan di atas lantai, simen atau tempat yang berkarat
Tali hendaklah diberi nombor dan direkodkan sejarahnya
Apabila membuat ikatan di pokok, tali harus dilapik dengan guni untuk
mengelakan daripada tergeser dengan benda tajam.

16.8 CARA MEMBERSIH TALI

Bersihkan tali dengan air suam / normal


Jemur tali di bawah bangunan beratap dan mempunyai pengaliran udara yang
baik

16.9 CARA MENYIMPAN TALI

Tali tali perlu dikemaskan supaya mudah dibawa, tidak berjuntai dan paling
penting ia dapat melerai dengan bebas dan tanpa kekusutan ketika dilontarkan
Beberapa teknik menggulung tali ialah : Mountaineers Coil
: Butterfly Coil

Gambar rajah di bawah menunjukkan beberapa contoh penyimpanan tali:

16.9.1 Ikatan dan simpulan

SIMPUL ANGKA LAPAN/FIGURE OF EIGHT

BUNGA GETI/SHEET BAND

SIMPUL PENGAIL/FISHERMAN KNOT

DOUBLE FISHERMAN KNOT

BUNGA GETI BERGANDA/DOUBLE SHEET BAND

TINDIH KASIH/BOWLINE

IKATAN MANUK/CLOVE HICTH

SIMPUL RAMA-RAMA/BUTTERFLY KNOT

SIMPUL BALAK/TIMBER HICTH

16.10 CARABINAR
Diperbuat daripada aloi / besi yang tahan lasak. Kekuatan carabinar hendaklah
sekurang-kurangnya mampu menampung kekuatan empat orang (di uji). Ia
biasanya mampu bertahan sehingga 10 tahun. Namun begitu, ia bergantung
pada tugas yang akan dilakukan oleh carabinar

JENIS CARABINAR

SCREW GATE

BEND GATE

AUTO LOCK

16.10.1 BENTUK-BENTUK CARABINAR


Bentuk D penyambung antara peralatan berpermukaan bulat dan
peralatan berpermukaan petak

BentukO penyambung antara bermukaan bulat dan peralatan


berpermukaan bulat dan peralatan berpermukaan bulat

16.11 CARA PENGGUNAAN CARABINAR

JENIS FIGURE OF 8

HUIT / HUIT ANTIBRULURE


o Untuk penurunan abseiling
o Sesuai untuk penurunan jarak jauh

FIGURE OF 8 CLASSIC
o Untuk penurunan rappelling
o Sesuai untuk penurunan jarak dekat

RESCUE 8
o Untuk tugas-tugas menyelamat

16.11.1 HARNESS

Harness diperbuat daripada webbing yang kuat dan kukuh. Jangka hayat sesuatu
harness ialah antara 5 tahun atau bergantung pada tugas yang dilakukan oleh
harness tersebut.

JENIS-JENIS HARNESS

FULL BODY HARNESS

SEAT HARNESS

CHEST HARNESS
16.11.1 SARUNG TANGAN

Digunakan sebagai pelindung tangan daripada melecet akibat geseran tali

Sarung tangan luar


Sarung tangan dalam

16.11.2 HELMET
Helmet yang kukuh, ringan dan tahan lasak adalah baik untuk aktiviti abseiling.
Helmet dapat mengelakan peserta dari mengalami kecederaan yang serius
semasa kemalangan berlaku. Cara pemakaian helmet mestilah betul dan tidak
longgor apabila memakainya.

16.11.3 SEBELUM TURUN DENGAN TALI

Pastikan semua peralatan yangkan digunakan berada dalam keadaaan siap


Pastikan semua peralatan telah dipakai dan dipasang dengan sempurna
Pastikan anda melapor kepada pengawas diatas sebelum keluar ke platfom

16.11.4 SEMASA TURUN DENGAN TALI

Pastikan Belaying berada dalam keadaan sedia


Keluar ke platform dengan pelahan-lahan dan tangan berada dalam kedudukan
brek
Apabila mendapat arahan dri pengawas barulah anda mula bergerak ke bawah
Apabila anda selamat sampai di bawah laporkan kepada pengawas bertugas
sekiranya anda mempunyai rasa pening, sengal, terseliuh dan sebagainya.

16.12 SISTEM BELAY

Bertugas menjaga keselamatan penurun ketika turun


Tali akan ditarik untuk memberhentikan penurun dan mengendur tali untuk
penirun bergerak semula.
Tangan atas bertugas sebagai penegang
Tangan bawah bertugas sebagai pengimbang
Petugas harus menumpukan perhatian kepada penurun sehingga ia selamat
sampai ke bawah.
Petugas juga hendaklah memerhatikan peralatan selepas dibuka oleh penurun.

Arahan arahan abseiling

PESERTA BELAYER MAKSUD


On belay Belay on adakah belay sudah bersedia?
Up rope Menegangkan tali Menegangkan tali serta merta jika terdapat kenduran
Slack Mengendurkan sedikit tali Kendurkan sedikit tali untuk turun
Tension Kkukuhkan sedikit tali dan tegangkan tali Tegangkan tali untuk
mengelakan pelatih jatuh
Falling Kedudukan kukuh dan bersedia untuk jatuh Tali di tegangkan
Off belay Belay out Selamat mendarat

Abseling
Abseling adalah salah satu aktiviti yang menguji ketahanan mental dan fizikal dimana peserta
perlu menghadapi dua cabaran iaitu meniti jambatan monyet yang di buat dari Tali Statik untuk naik
ke atas pokok . Apabila sudah sampai ke pelantar di atas pokok para peserta akan melalui satu lagi
rintangan di mana para peserta akan turun dari atas pokok dengan menggunakan Tali Dinamik.
Namun begitu sebelum para peserta melakukan aktiviti ini, mereka akan di kehendaki memakai
peralatan keselamatan dan akan di semak oleh Jurulatih yang berpengalaman sebanyak tiga kali iaitu
semasa memakai peralatan keselamatan (rajah 1) , sebelum meniti jambatan monyet( rajah 2 ) dan
yang terakhir sebelum turun dari pokok dengan menggunakan Tali Dinamik. ( rajah 4 )

( Rajah 1 ) Kelihatan Jurulatih sedang memberi tunjuk ajar kepada para peserta untuk memakai
peralatan keselamatan dan memastikan cara penggunaannya adalah betul dan selamat.

( Rajah 2 ) Kelihatan pemeriksaan untuk kali kedua oleh Jurulatih yang bertugas sebelum melepas
para peserta untuk meniti jambatan monyet untuk naik ke pelantar yang terletak di atas pokok.

( Rajah 3 ) Kelihatan salah seorang para peserta sedang meniti jambatsn monyet sehingga sampai ke
pelantar di atas pokok.

( Rajah 4 ) Kelihatan Jurulatih memeriksa para peserta untuk kali yang ketiga sebelum dilepaskan
turun dari pokok dengan menggunakan Tali Dinamik. Permohonan untuk meniti Jambatan Monyet,
turun dari pokok dan setelah selamat sampai di bawah pokok haruslah dimaklumkan kepada Jurulatih
yang bertugas bagi setiap seksyen.

( Rajah 5 ) Salah seorang peserta melakukan penurunan dari pelantar. Keseronokan terlihat dari
senyuman bahawa ianya adalah satu pengalaman yang mencabar semangat dan mindanya.

( Rajah 6 ) Beginilah keadaan tapak aktiviti Abseling sebelum aktiviti dijalankan. Kelihatan jambatan
monyet yang seringkali menggugat semangat dan keyakinan para peserta

( Rajah 7 ) Sesi Refleksi akan diadakan selepas tamatnya aktiviti Abseling. Ini bertujuan untuk
mendapat maklum balas peserta terhadap perjalanan aktiviti yang telah dijalankan.

REPELLING
Aktiviti Repelling salah satu aktiviti yang sungguh mencabar dimana pelajar akan di ajar dan
dilatih untuk menuruni lereng bukit yang curam. Aktiviti ini amat memerlukan keberanian dan
kesungguhan serta kerja sama diantara peserta dengan Jurulatih yang bertugas. Jenis tali yang
digunakan ialah jenis Dinamik.

( Rajah 1 ) Teknik menuruni curam dimana peserta haruslah memastikan peralatan yang digunakan
berfungsi dan berkeadaan baik sebelum menuruni bukit curam. Rajah 1 disebelah adalah teknik yang
ditunjukkan oleh salah seorang Jurulatih kepada para peserta.

( Rajah 2 ) Kedudukan badan peserta haruslah berada didalam keadaan yang betul bertujuan supaya
proses penurunan berada didalam keadaan lancar dan mudah.

WALL CLIMBING
Wall Climbing juga dikenali sebagai Tembok Tiruan dimana para peserta dapat menguji
kemampuan mental dan fizikal mereka di mana untuk mencapai ke kemuncak tembok tiruan bukanlah
satu perkara yang mudah kerana tanpa kecekalan dan disiplin yang kuat, para pelajar tidak akan

sampai ke kemuncaknya.

( Rajah 1 ) Sebelum peserta memulakan aktiviti Wall Climbing, para peserta akan diberi taklimat dan
tunjuk cara menggunakan peralatan untuk Wall Climbing.

( Rajah 2 ) Jurulatih yang bertugas akan memastikan peralatan yang di pasang oleh peserta adalah
lengkap dan selamat sebelum di benarkan memanjat tembok tiruan. Keselamatan perlu di ambil kira
untuk mengelakkan perkara yang tidak di ingini berlaku.

( Rajah 3 ) Para peserta akan melapor diri kepada Jurulatih yang bertugas sebelum memulakan
aktiviti dan menunggu arahan daripada Jurulatih. Setelah menerima arahan Jurulatih, barulah para
peserta boleh memanjat tembok tiruan. Sewaktu peserta memanjat, Jurulatih akan memainkan
peranan sebagai Belay ( pengawal ).

( Rajah 4 ) Para peserta bersaing mental dan fizikal untuk berlumba-lumba untuk sampai ke

kemuncak tembok tiruan. Persaingan secara sihat ini akan meningkatkan kesefahaman dan
mengeratkan sifat kerjasama diantara peserta dan Jurulatih.

FLYING FOX
Aktiviti Flying Fox juga dikenali sebagai Kubung Terbang. Aktiviti ini juga adalah salah satu aktiviti
yang amat menyeronokan serta mampu menguji ketahanan mental peserta. Peralatan yang
digunakan ialah Tali Statik, Carabinar, Helmet, Full Harnest, Figure Of Eight dan beberapa peralatan
yang lain.

( Rajah 1 ) Senarai peralatan yang perlu ada untuk menjalankan aktiviti Flying Fox seperti yang di
tunjukkan didalam rajah 1 di sebelah. Peralatan ini perlu ditunjukkan untuk memudahklan para
peserta mengenali peralatan yang digunakan untuk Flying Fox.

( Rajah 2 ) Sebelum aktiviti dijalankan, sesi taklimat perlu dijalankan untuk memaklumkan kepada
peserta tentang langkah keselamatan dan pendedahan kepada pelajar tentang alat-alat untuk
menjalankan aktiviti Flying Fox.

( Rajah 3 ) Pelantar Flying Fox dimana ianya menjadi tempat untuk melepaskan para peserta.
Pelantar ini di kendalikan oleh sekurang-kurangnya 3 orang Jurulatih dimana dua orang sebagai
pelepas dan seorang sebagai pemeriksa kelengkapan yang digunakan oleh peserta untuk
keselamatan dan berfungsi dengan baik.

( Rajah 4 ) Salah seorang peserta hampir sampai di kawasan penamat. Di garisan penamat
pergerakan Flying Fox peserta akan di kawal henti oleh Jurulatih yang bertugas di bahagian
penamat. Cabaran yang tinggi menggugat keberanian peserta. Disinilah tempat kayu pengukur
setakat mana kekuatan mental pelajar dan menguji setakat mana keberanian pelajar untuk
menempuhi alam kehidupan.