Anda di halaman 1dari 20

BAHAGIAN 1

Konsep, Faktor
dan Kesan Konflik
Etnik di Dunia

Ras atau konflik etnik adalah cemuhan atau hinaan terhadap peradaban
manusia. Tuhan telah mengurniakan pelbagai jenis bangsa dan setiap bangsa
tersebut haruslah berbangga dengan keistimewaan bangsa masing-masing.
Malangnya, kepelbagaian bangsa ini telah menjadi perbalahan, pertengkaran dan
pergaduhan dalam kalangan pelbagai kaum. Walaupun ras atau konflik etnik telah
wujud sejak awal kewujudan manusia, namun isu tersebut masih berlarutan hingga
hari ini. Dalam era globalisasi hari ini, ras atau konflik etnik masih wujud di seluruh
dunia.
Sebenarnya, ras merupakan kumpulan manusia yang terdiri daripada sama
ada lelaki atau perempuan ataupun terdiri daripada kedua-dua jantina tersebut yang
berkongsi ciri-ciri keunikan tersendiri yang sudah lama diwarisi sejak zaman dahulu
dan dapat dibezakan dalam suatu masyarakat. Pada suatu ketika dahulu, manusia
telah dibahagiakan kepada empat kategori iaitu Caucasoid, Negroid dan Australoid.
Kategori-kategori tersebut dapat dibezakan berdasarkan kepada perbezaan fizikal
atau rupa luaran seperti rupa bentuk, warna kulit, warna rambut dan lain-lain lagi.
Walau bagaimanapun, pembahagian manusia tersebut adalah secara kasar kerana
terdapat segelintir golongan manusia adalah sukar untuk diklasifikasikan ke dalam
mana-mana kategori ras. Hal ini demikian kerana manusia pada zaman dahulu juga
dikenali sebagai orang nomad yang suka menjalani kehidupan berpindah-randah di
samping suka bersosial, berinteraksi dan berkahwin campur antara satu etnik
dengan etnik yang lain. Secara tidak langsung, golongan manusia yang baru telah
dihasilkan di mana golongan manusia tersebut mempunyai keturunan campur yang
tidak dapat diklasifikasikan ke dalam mana-mana kategori ras.
Menurut Academic American Encyclopedia (Volume 16:37), ras boleh
membawa maksud sebagai teori atau falsafah yang mengatakan bahawa seseorang
itu mewarisi ciri-ciri yang unik dan istimewa seperti rupa bentuk, warna kulit, warna
rambut, tingkah laku, kelakuan atau tahap intelektual. Secara tidak langsung,
pengertian tersebut telah menimbulkan salah faham yang menyebabkan segelintir
manusia menganggap bahawa kaum mereka adalah lebih baik, unggul, unik atau
istimewa berbanding dengan kaum lain.
Konsep ras tersebut disalahgunakan dalam konteks ini telah menimbulkan
berlakunya prasangka atau salah faham serta sesetengah golongan manusia telah
diabai dan didiskriminasi dalam suatu masyarakat di dalam sesebuah Negara. Walau
bagaimanapun, pengertian tersebut telah disangkal oleh Encyclopedia of Religion.
Sebaliknya, menurut Encyclopedia of Religion (Volume 12:184), manusia tidak

sepatutnya diklasifikasikan mengikut ras. Sebaliknya, setiap manusia mempunyai


keunikan dan keistimewaan masing-masing yang boleh diklasifikasikan sebagai satu
kelas yang sama dan setara. Bak kata pepatah, duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi. Kita sememangnya tidak boleh menafi bahawa tiada manusia yang lebih baik
atau lebih unggul berbanding dengan manusia lain dengan hanya berpandukan jenis
rupa bentuk, warna kulit, warna rambut dan sebagainya.
Sebenarnya, ras sememangnya sukar untuk didefinisikan dengan tepat dan
jelas. Hal ini demikian kerana terdapat golongan manusia yang bercampur aduk dari
segi latar belakangnya melalui perkahwinan campur, migrasi dan lain-lain lagi.
Terdapat banyak ahli sosiologi bersetuju dengan pendapat dan pandangan tersebut.
Contohnya, Van den Berghe (1967) mengatakan bahawa istilah ras tersebut adalah
mengelirukan kerana ras mempunyai empat pengertian utama. Pertama, ras
digunakan sebagai satu konsep biologi untuk membezakan manusia berdasarkan
phenotype dan genotype. Walau bagaimanapun, tiada ahli antropologi dan ahli
sosiologi yang bersetuju dengan pendapat dan pandangan tersebut serta pengertian
tersebut telah ditolak oleh pakar sains sosial belakangan ini. Selain itu, ras juga
digunakan untuk memperihalkan suatu kumpulan

manusia yang mempunyai

persamaan dalam beberapa ciri kebudayaan seperti agama dan bahasa. Di samping
itu, ras juga digunakan secara longgar yang mempunyai maksud sama dengan
perkataan spesis. Seterusnya, ras juga digunakan sebagai rujukan dalam suatu
kumpulan manusia yang menganggap diri atau dianggap oleh kumpulan manusia
yang lain sebagai kumpulan yang berbeza dengan kumpulan lain berdasarkan
perbezaan rupa luaran yang tidak dapat diubah. Walau bagaimanapun, Van den
Berghe mengatakan bahawa pengertian keempat sahaja adalah lebih sesuai
digunakan dalam konteks sains sosial.
Etnik pula tidak dipengaruhi oleh fakor biologi tetapi berpandu kepada
kumpulan manusia yang berkongsi budaya yang sudah lama diwarisi sejak zaman
dahulu (Macionis, 1998:215). Kumpulan manusia dari etnik yang sama akan
mempunyai persamaan dari segi asal-usul, bahasa dan agama. Contohnya, bekas
Negara Yugoslavia, etnik Serb, Croatia dan Bosnia secara umumnya adalah sama
tetapi mereka mempunyai perbezaan dari segi agama, bahasa dan budaya. Pada
umumnya, etnik dan ras membawa maksud yang hampir sama dari segi pengertian
dan bagi mengelakkan kekeliruan, konsep kelompok etnik telah digunakan bagi
merujuk kepada golongan yang berbeza dari segi adat resam, agama, bahasa,
budaya, kepercayaan dan lain-lain lagi.

Walau bagaimanapun, perbezaan antara konsep ras dengan konsep etnik


kadang-kala menjadi keliru dan kabur serta kedua-dua konsep tersebut digunakan
secara bergiliran. Contohnya, di Malaysia, kelompok Melayu, Cina dan India
sepatutnya dikenali sebagai kelompok etnik juga dipanggil sebagai kelompok ras
yang bergantung kepada keadaan tertentu.
Sebenarnya, prasangka atau prejudis merupakan akar umbi bagi segala
bentuk rasisme. Prasangka atau salah faham merupakan pendapat atau pandangan
yang buruk terhadap individu atau kumpulan manusia lain dengan hanya berpandu
kepada ciri-ciri tertentu seperti agama, jantina, kelas, pekerjaan atau ras (Macionis,
1998). Contohnya, segelintir kumpulan manusia beranggapan bahawa kaum kulit
hitam adalah lemah dari segi intelektual dan kekayaan.
Pada umumnya, prasangka timbul disebabkan penilaian awal yang tidak
merujuk kepada fakta yang sebenar. Perasaan prasangka dalam suatu masyarakat
sentiasa menyebabkan golongan majoriti menindas golongan minoriti. Walau
bagaimanapun, golongan minoriti yang beras tertekan juga mempunyai perasaan
prasangka terhadap golongan majoriti atau golongan lain yang berdasarkan Teori
Scapegoat (Dollard, 1939).
Impak daripada perasaan prasangka yang semakin serius akan menimbulkan
kejadian fitnah-memfitnah secara membuta tuli tanpa sebab yang berkaitan dengan
perasaan cemburu dan salah faham (Oliver, 1976). Rasisme sering dikaitkan dengan
keganasan dan kemusnahan. Contohnya, kes pembersihan etnik yang terjadi pada
kaum Yahudi semasa pemerintahan Hitler yang berkaitan dengan isu rasisme telah
menyebabkan beribu-ribu keturunan Yahudi menjadi mangsa dalam tindakan untuk
menonjolkan kaum Jerman sebagai kaum terunggul (Macionis, 1998:223).
Rasisme sememangnya sudah menjadi suatu isu rumit yang dihadapi oleh
dunia sekarang. Bagi menerangkan asal-usul fenomena ini, beberapa kali
percubaaan telah dilakukan. Ahli psikologi berusaha menentukan faktor rasisme
daripada personaliti individu atau authoritarian personality iaitu penguasaan
seseorang dominan ke atas yang lemah (Macionis, 1998:48). Bagi ahli sosiologi
Marxis pula, rasisme adalah sebahagian daripada ideologi kaum Bourgeasie yang
merupakan golongan kelas atasan untuk mempertahankan eksploitasi dan
penindasan ke atas kaum bukan kulit putih pada zaman penjajahan, perhambaan
dan imperialism (Macionis, 1998:220).

Walau bagaimanapun, terdapat dua syarat yang diperlukan sebelum isu


rasisme wujud. Pertama, kewujudan dua atau lebih kumpulan manusia yang berbeza
dari segi fizikal agar mereka dapat diklasifikasikan ke dalam beberapa kategori.
Kedua, kumpulan manusia tersebut juga perlu berbeza dari segi kebudayaan dan
berada dalam keadaan ketidaksamaan yang diinstitusikan (Ting Chew Peh,
1983:91).
Sebenarnya, terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya konflik
etnik dan ras. Secara umumnya, setiap Negara mempunyai faktor konflik yang
berlainan dengan Negara lain. Ketidakadilan dan rasa tidak puas hati dalam
kalangan manusia merupakan punca utama berlakunya konflik etnik. Hal ini demikian
kerana terdapat perbezaan warna kulit dan budaya dalam suatu masyarakat.
Contohnya, kejadian konflik di Negara bekas Persekutuan Soviet, Eropah Timur,
Negara Balkan, Palestin,Negara Afrika seperti Rwanda dan Indonesia di samping
Negara maju seperti Amerika Syarikat.
Selain itu, perebutan kuasa antara satu kumpulan

atau kelompok etnik

dengan kumpulan atau kelompok etnik yang lain. Dari aspek politik dan ekonomi,
perubahan politik dan perkembangan ekonomi telah menybabkan berlakunya
persaingan yang tinggi dalam kalangan kumpulan masyarakat. Setiap kumpulan atau
kelompok manusia akan berusaha untuk mendapatkan sokongan dan bantuan
daripada kelompok masing-masing agar kejayaan dalam suatu persaingan dapat
dicapai. Secara tidak langsung, konflik etnik telah wujud kerana terdapat kewujudan
pelbagai isu perkauman yang ingin memelihara kepentingan kaum masing-masing.
Kita sememangnya tidak boleh menafi bahawa golongan majoriti akan mengalahkan
golongan minoriti apabila pilihan raya diadakan. Kesannya, penindasan telah berlaku
dalam suatu masyarakat. Hal demikian boleh menyebabkan berlakunya perasaan
tidak puas hati yang mendorong kepada berlakunya ketegangan dalam kalangan
masyarakat. Isu konflik yang semakin serius akan menggugat kestabilan ekonomi.
Di samping itu, perasaan prasangka dan diskriminasi berdasarkan rupa
bentuk, warna kulit dan warna rambut merupakan faktor yang mendorong berlakunya
konflik etnik dan ras. Terdapat segelintir masyarakat di Negara tertentu masih menilai
atau mengkritik kemampuan individu mengikut kaum, etnik dan kelas sosial.
Terdapat kaum tertentu diletakkan pada status yang lebih tinggi daripada suatu kaum
yang lain. Secara tidak langsung, hak kaum yang berstatus lebih rendah akan
mempertikaikan soal pembahagian kawasan perumahan atau tanah, peluang

pelajaran dan pekerjaan. Hal demikian sememangnya tidak menguntungkan kaum


yang berstatus lebih rendah pada pemodenan dan pembangunan ekonomi.
Sementelahan itu, konflik etnik yang berlaku juga disebabkan layanan atau
pandangan yang berbeza-beza diberikan oleh seseorang atau kumpulan manusia
terhadap seseorang atau kumpulan manusia yang lain. Hal ini demikian kerana
terdapat segelintir masyarakat memandang dan menganggap bahawa perbezaan
agama, budaya, kelas, sosial, status dan sebagainya dapat membezakan taraf dan
kedudukan seseorang dalam suatu masyarakat. Kejadian tersebut adalah terletak
pada pandangan masing-masing. Secara ringkasnya, kejadian tersebut juga boleh
dikatakan sebagai diskriminasi. Jika hak kesamarataan wujud atau beranggapan
bahawa setiap manusia dalam suatu masyarakat adalah sama, maka konflik etnik
tidak akan wujud di dunia ini. Hai tersebut dapat dilihat dari sudut perspektif
transcendentalisme di mana sifat murni diri hendaklah wujud agar konflik etnik dan
ras dapat dielakkan.
Seterusnya, kejadian konflik etnik dalam suatu masyarakat juga disebabkan
penubuhan organisasi atau persatuan yang mengehadkan bilangan suatu anggota
dari kumpulan etnik yang tertentu yang bertujuan untuk memelihara, melindungi dan
memperjuangkan

kepentingan kumpulan atau kelompok yang diwakilinya.

Kewujudan organisasi yang berasaskan ras dan etnik ini telah menunjukkan bahawa
betapa besar pengaruh perasaan rasisme dalam suatu masyarakat.
Pada masa yang sama, kepelbagaian budaya dalam suatu masyarakat juga
menimbulkan berlakunya konflik etnik dan ras. Hal ini demikian kerana setiap etnik
memperjuangkan status quo masing-masing. Malangnya, unsur-unsur integrasi
nasional tidak diterapkan dalam setiap etnik.
Selain itu, golongan elit sering memperalatkan perasaan rasisme ini untuk
mencapai tujuan politik masing-masing dengan sengaja menimbulkan isu sensitif
perkauman. Perasaan rasisme ini telah menjadi mekanisma untuk memperkuatkan
persaingan atau perebutan kuasa dalam kalangan mereka. Mereka juga sentiasa
menggunakan media massa seperti surat khabar, majalah, risalah, televisyen, radio
dan lain-lain lagi untuk menyebarkan tuntutan atau isu yang ditimbulkan oleh mereka
itu.
Sebenarnya, terdapat banyak kesan yang akan timbul daripada isu rasisme
ini. Kestabilan politik, perkembangan ekonomi dan keamanan Negara akan terjejas
disebabkan sifat perkauman tersebut. Negara kita pernah mengalami peristiwa

pertumpahan darah akibat daripada rusuhan kaum pada peristiwa 13 Mei 1969 yang
menyebabkan keadaan darurat terpaksa diisytiharkan di Negara kita.
Selain itu, konflik ras tersebut juga menyebabkan berlakunya pengasingan
kelompok tertentu dari segi pelajaran,pekerjaan dan perumahan. Kaum minoriti yang
berasa tertindas akan diabai, didiskriminasi dan tersisih dari segi pelajaran,
pekerjaan dan perumahan.Contohnya, terdapat kaum yang tinggal di kawasan
pedalaman seperti kaum Negro yang masih tinggal di kawasan mundur yang dikenali
sebagai ghettoe, puak asli di Australia dan kaum kulit hitam di Afrika Selantan.
Rasisme juga boleh menyebabkan berlakunya keganasan dan pembunuhan secara
besar-besaran seperti peristiwa yang telah berlaku ke atas kaum Yahudi di Jerman
semasa pemerintahan Hitler.
Sebenarnya, setiap Negara mempunyai isu konflik etnik dan ras masingmasing sejak zaman dahulu lagi. Kita boleh membahagikan jenis konflik etnik dan
ras kepada dua jenis iaitu konflik etnik dan ras yang berasaskan perbezaan fizikal
seperti hubungan antara kaum kulit putih dengan kaum kulit hitam serta konflik etnik
dan ras yang berasaskan perbezaan etnik dan kebudayaan.
Di Amerika Syarikat, isu ras mempunyai hubungan dengan sistem
perhambaan yang wujud di Negara tersebut pada kurun ke-18 dan ke-19.
Sungguhpun sistem perhambaan telah dihapuskan, namun tidak bermaksud
ketidaksamaan antara satu kaum dengan kaum yang lain telah dihapuskan.
Masyarakat Amerika masih menuntut kea rah pembentukan American Creed dan
mengecam sebarang bentuk prasangka dan diskriminasi ras sehingga pada hari ini.
American Creed merupakan cita-cita kebangsaan Amerika untuk mencapai
demokrasi, keadilan, kesaksamaan, kebebasan dan lain-lain lagi.
Walaupun kesamarataan hak antara kaum kulit putih dengan kaum kulit hitam
pernah diperjuangkan oleh Dr. Martin Luther King pada awal sejarah Amerika
Syarikat, tetapi pada tahun 1992 telah berlaku kes rusuhan kaum di Los Angeles
yang membuktikan kepada dunia bahawa biarpun setelah lebih daripada dua abad
Amerika Syarikat mencapai kemerdekaan, tetapi isu ras masih begitu rapuh.
Peristiwa hitam 1992 telah tercetus disebabkan isu kekasaran ke atas
Rodney King oleh dua anggota polis yang berkaum kulit putih telah mendorong
kepada kemarahan kaum kulit hitam (Associated Press, 3 Mac 1998). Secara tidak
langsung, rusuhan kaum telah dilancarkan secara besar-besaran di Los Angeles.
Pada ketika itu, seluruh bandar Los Angeles menjadi lumpuh dan kelam-kabut.

Kesannya, sejak kejadian tersebut, tidak berlaku banyak perubahan kerana sentimen
kebencian masih mendalam dalam kalangan ras dan etnik.
Diskriminasi dan prasangka berpandukan jenis warna kulit masih berlarutan
di Amerika Syarikat. Walaupun mempunyai idea, pendapat dan pandangan
mengenai individualism dan kebebasan hak, namun masyarakat Amerika masih
menilai kemampuan dan keupayaan individu mengikut etnik, kaum, kelas sosial dan
status. Kaum kulit putih diletakkan pada status yang lebih tinggi daripada kaum kulit
hitam. Hak kaum kulit hitam dalam soal pembahagian kawasan perumahan, peluang
pekerjaan dan pelajaran masih menjadi satu isu dipertikaikan. Pada umumnya,
permodenan, pembangunan dan perkembangan ekonomi tidak menguntungkan
kaum kulit hitam. Kebanyakan kaum kulit hitam masih tinggal di kawasan mundur
yang dikenali sebagai ghettoes.
Fenomena Hate Crime juga mempengaruhi konflik ras dan etnik di Amerika
Syarikat. Hate Crime merupakan jenayah yang bermotifkan unsure rasisme terhadap
individu atau harta bendanya (Macionis, 1998:141). Contohnya, di Texas, terdapat
satu kes pembunuhan iaitu James Byrd Jr. yang merupakan seorang kaum kulit
hitam telah diikat pada sebuah trak dan diheret sehingga mati oleh sekumpulan
kaum kulit putih yang dipercayai anti kaum kulit hitam (New Strait Times, 11 Jun
1998).
Media penyebaran juga memberi kesan terhadap konflik ras dan etnik di
Amerika Syarikat. Isu ketidakpuasan seseorang atau sebahagian masyarakat sering
diuar-uarkan dan dikaitkan dengan isu politik dan rasisme hingga wewujudkan
ketegangan dalam kalangan kaum atau etnik.
Kes pembunuhan O. J. Simpson yang dibicarakan itu mendapat liputan
meluas media penyebaran (Macionis 1998:220). Selepas perbicaraan, keputusan
mahkamah telah dicabar dan didakwa berat sebelah dalam menjatuhkan hukuman
terhadap kaum kulit hitam. Secara tidak langsung, isu tersebut telah dikaitkan
dengan ketidakadilan terhadap kaum kulit hitam.
Selain itu, di Britain, walaupun kaum pendatang yang terdiri daripada
penduduk yang berasal dari India, Hindi Barat, Pakistan dan sebagainya tidak
melebihi dua peratus, namun, isu diskriminasi juga telah timbul. Sungguhpun
diskriminasi ras adalah diharamkan di sisi undang-undang, tetapi bentuk diskriminasi
yang tidak rasmi masih berlaku dari segi pembahagian perumahan dan pekerjaan.

Selain itu, di Afrika Selatan, diskriminasi ras melalui Dasar Apartheid yang
telah dihapuskan pada tahun 1994 telah menunjukkan cara kaum kulit putih yang
juga merupakan kaum pemerintah telah menjalankan pelbagai jenis penindasan dan
eksploitasi ke atas kaum kulit hitam (Frederickson, 1981).
Diskriminasi dan prasangka di Afrika Selatan adalah berbeza dengan di
Amerika Syarikat dan Britain. Di Afrika Selatan, diskriminasi dan prasangka adalag
disokong oleh pihak pemerintah melalui undang-undang. Diskriminasi dan rasisme di
Afrika Selatan telah menjadi satu amalan hidup. Sebaliknya, di Amerika Syarikat dan
Britain, diskriminasi dan prasangka adalah diharamkan oleh pemerintah.
Berdasarkan kepada Dasar Apartheid, kaum kulit hitam dianggap sebagai
inferior atau lebih rendah statusnya serta diberi layanan kelas kedua dalam semua
bidang sama ada dalam bidang politik, ekonomi, sosial ataupun kebudayaan. Semua
bentuk diskriminasi tersebut adalah sah di sisi undang-undang. Oleh itu, jelaslah
kepada kita bahawa undang-undang tersebut sememangnya telah disalahgunakan
oleh pihak pemerintah yang terdiri daripada kaum kulit putih agar kekuasaan mereka
ke atas kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam tidak akan terjejas.
Sementelahan itu, di Rwanda, konflik etnik dan ras melibatkan kaum minoriti
Tutsi dengan kaum majoriti Hutu. Konflik etnik dan ras di Rwanda adalah berkaitan
dengan punca kolonialisme. Pada zaman penjajahan Jerman dan Belgium, kaum
minoriti Tutsi diberi peluang dalam pelajaran dan pentadbiran. Ketidakadilan
pembahagian ekonomi yang diamalkan oleh penjajah telah meninggalkan kesan
yang mendalam dalam kalangan kumpulan etnik. Kaum Hutu mengalami ketinggalan
zaman dari segi pembangunan dan sering diabai oleh penjajah.
Pada tahun 1961, kaum minoriti Tutsi telah mencapai kemenangan dalam
pilihan raya dan memegang pemerintahan Negara Rwanda. Keadaan tersebut telah
mendapat bantahan daripada pihak kaum majoriti Hutu. Secara tidak langsung,
konflik etnik tercetus yang mendorong hampir sejuta rakyat tempatan telah terkorban
(Neil Weiner, 1994). Seluruh negara Rwanda berperang dalam kalangan kaum Tutsi
dengan Hutu.
Seterusnya, di Indo-China seperti Kampuchea dan Laos pula, konflik etnik
dan ras adalah disebabkan perebutan kuasa. Dalam tempoh 1975 hingga 1979,
terdapat lebih daripada dua juta rakyat Kemboja telah terkorban semasa
pemerintahan pemimpin Khmer Rouge, Pol Pot (Macionis, 1998:223). Pertempuran
tersebut telah merebak ke Laos yang bermula sejak tahun 1975 oleh pihak kerajaan

komunis di mana seramai tiga ratus ribu orang telah terkorban dalam pertempuran
tersebut (Pobzeb, 1997). Konflik etnik di Negara Indo-China adalah jenayah
kemanusiaan di mana rakyat yang tidak bersalah telah menjadi mangsa dalam
usaha penyebaran ideologi komunis.
Tambahan pula, di Indonesia, ketidakseimbangan ekonomi dalam kalangan
rakyat telah menjadi faktor utama bagi konflik etnik dan ras ini. Kita sememangnya
tidak boleh menafi bahawa isu politik dan ekonomi sesebuah negara akan menjadi
kayu pengukur kepada keamanan, kedamaian dan keharmonian sesebuah negara.
Pada suatu ketika, keadaan ekonomi di Indonesia menghadapi masalah kejatuhan
nilai mata wang rupiah. Kesannya, masalah konflik etnik yang serius telah timbul di
Indonesia. Pada masa yang sama, politik rasisme yang wujud dalam kalangan etnik
telah menjadi faktor kepada konflik etnik ini. Dasar kerajaan telah melihat masalah
politik dan ekonomi tersebut di negara Indonesia sebagai masalah etnik.
Peristiwa dalam bidang perniagaan dan perusahaan yang berat sebelah
dalam kalangan kaum telah mewujudkan ketidakseimbangan ekonomi dalam
kalangan rakyat yang menyebabkan berlakunya isu etnik. Masalah ekonomi dalam
kalangan rakyat merupakan masalah keturunan atau masalah kumpulan etnik.
Masalah ekonomi dan politik sememangnya memberi impak yang mendalam kepada
keamanan dan kedamainan sesebuah negara.
Dasar kerajaan yang lebih mementingkan kumpulan etnik tertentu dan
mengabaikan

atau

mengetepikan

kepentingan

kumpulan

etnik

lain

akan

menimbulkan ketidakseimbangan ekonomi dalam kalangan kelompok etnik serta


persefahaman dan perpaduan dalam kalangan rakyat juga akan terjejas. Sebaliknya
dasar tersebut akan melebarkan lagi jurang perbezaan ekonomi dalam kalangan
kumpulan etnik itu yang akan menimbulkan jurang ekonomi dalam setiap kumpulan
etnik itu sendiri.
Dasar perjuangan parti politik rasisme lebih mementingkan perjuangan bagi
kepentingan satu kumpulan etnik tertentu daripada kepentingan negara dan rakyat.
Kejadian tersebut telah menjejaskan perpaduan dan persefahaman dalam kalangan
rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik.
Pengasingan dan pemisahan rakyat mengikut etnik masing-masing telah
menimbulkan perasaan tidak puas hati, saling mencurigai dan permusuhan dalam
kalangan kelompok etnik secara berterusan di samping mengugat keamanan dan
keharmonian Negara.

10

Konflik dalam kalangan kelompok etnik di Indonesia bukan berpunca


daripada faktor keturunan atau faktor fizikal. Sebaliknya, ia berpunca daripada faktor
politik, ekonomi dan kebudayaan. Ketiga-tiga faktor tersebut telah menarik kumpulan
etnik ke arah yang berlainan dan mendorong mereka membentuk kumpulan
mengikut kumpulan etnik masing-masing. Secara tidak langsung, kerenggangan
yang sedia wujud dalam kalangan kumpulan etnik akan bertambah teruk lagi.
Perbezaan status dalam setiap kumpulan etnik itu juga boleh menimbulkan
masalah konflik. Setiap kumpulan etnik itu mempunyai kedudukan yang berbeza
berpandu kepada kelas ekonomi dan taraf sosial mereka. Penggolongan kelompok
etnik dalam kelas yang berbeza ini telah menyebabkan berlakunya isu etnik.
Selain itu, di Negara Balkan, konflik etnik dan ras adalah disebabkan oleh
faktor yang berkaitan dengan sejarah, struktur etnik dan prasangka. Faktor
berlakunya konflik di bekas negara Yugoslavia adalah disebabkan kepelbagaian
budaya dan kewujudan usaha pemeliharaan status quo dalam kalangan etnik.
Dalam sebuah negara kecil yang mempunyai tiga jenis agama, empat jenis
bahasa ibunda dan saling terpengaruh dengan budaya dari tujuh buah negara
sempadan yang lain sememangnya telah menimbulkan konflik etnik. Lebih-lebih lagi
terdapat lima jenis kerakyatan dalam pembahagian enam wilayah autonomi iaitu
Slovenia, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Macedonia dan Serbia.
(Macionis, 1998:44)
Di Yugoslavia, konflik etnik telah berlaku selepas kejatuhan komunis pada
tahun 1980. Peristiwa tersebut telah menyebabkan tiga kumpulan etnik utama iaitu
Serb, Croat dan Muslim telah terlibat dalam pertempuran pada awal 1990an. Kaum
Serb adalah kaum dominan dalam bidang politik dan ketenteraan. Mereka
merupakan kaum majoriti di Serbia dan Montenegro, tetapi juga merupakan kaum
minoriti di Croatia dan Bosnia. Konflik etnik di negara Balkan bermula pada 25 Jun
1991 semasa wilayah Slovenia dan Croatia diisytiharkan kemerdekaan.
Sungguhpun mendapat pengikhtirafan di peringkat antarabangsa, namun
tindakan Slovenia dan Croatia segera mendapat reaksi daripada kaum Serb di
Serbia dengan menghantar tentera untuk menghalang kemerdekaan di kedua-dua
wilayah tersebut. Kemerdekaan Slovenia berjalan dengan lancar dan tidak mendapat
tentangan daripada pihak Serb disebabkan tidak mempunyai kaum minoriti Serb.
Sebaliknya, Croatia terpaksa berusaha mempertahankan wilayahnya daripada
tentangan kaum minoriti Serb di kawasan mereka dan juga tentera Serbia.

11

Selepas suatu pungutan suara, tuntutan kemerdekaan di wilayah jiran turut


mendorong Bosnia-Herzegovina menuntut kemerdekaan pada 7 April 1992.
Tindakan parlimen Bosnia gagal mengambil kira tahap kepekaan dalam kalangan
etniknya. Struktur etnik di wilayah Bosnia yang terdiri daripada gabungan kaum
Muslim, Serb dan Croat telah terdedah kepada pertumpahan darah yang bakal
datang. (Fogelquist, 1995).
Selain daripada tentangan pihak Serbia, kedudukan geografi juga mendorong
Bosnia terlibat dalam pertempuran. Pada zaman penaklukan oleh Empayar Rom,
zaman kebangkitan Islam oleh Empayar Ottoman dan kedua-dua Perang Dunia telah
menimbulkan kebencian dan rasa tidak puas hati yang tersemat di jiwa setiap etnik.
Walau bagaimanapun, semasa pemerintahan komunis, cengkaman politik oleh
diktator Josip Broz Tito telah berjaya mengatasi sebarang konflik etnik (Reidlmayer,
1993).
Konflik etnik di Balkan juga adalah disebabkan oleh pemimpin yang
mementingkan kekuasaan. Kemunculan pemimpin radikal Serbia, Slobodan
Miloshevich yang melaung agenda national question selepas kejatuhan fahaman
Sosialis. Matlamat agenda tersebut adalah untuk menyatupadukan kaum Serb di
Serbia menjadi sebuah negara yang merdeka dan bebas daripada kaum bukan Serb
(Reidlmayer, 1993). Kesannya, kaum minoriti Albania di wilayah Kosovo diusir dari
kawasan Serbia. Melalui kempen pembersihan etnik, kaum Bosnia telah dibunuh,
dirompak, diusir dari kampung halaman dan wanita Bosnia dirogol, manakala lelaki
Bosnia pula ditahan serta diseksa di kem tahanan.
Kewujudan ketidakadilan pembahagian sosio-ekonomi juga merupakan salah
satu faktor berlakunya konflik etnik. Miloshevich berusaha sedaya upaya untuk
menyebatkan pengaruh kaum Serb dari segi pendidikan, ekonomi, ketenteraan dan
politik ke seluruh Yugoslavia. Akhir sekali, konflik etnik Bosnia juga memperlihatkan
kegagalan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam misi keamanan,
kedamaian dan keharmonian di Yugoslavia.
Sekatan senjatan dan ekonomi yang dipengaruhi oleh kuasa Barat seperti
Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) telah bersikap berat sebelah dan
memihak kepada Serbia serta memburukkan lagi konflik etnik di Yugoslavia
(Fogelquist, 1995).

12

BAHAGIAN 2
Sejarah Konflik
Etnik di Malaysia
dan Myanmar

13

Di Malaysia, masalah perkauman sememangnya tidak dapat dihindari jika


terdapat segelintir golongan, kumpulan atau kelompok manusia yang mempunyai
beberapa ciri persamaan dari segi biologi atau budaya yang cuba memperjuangkan
dan mempertahankan kaum masing-masing di samping menindas dan menghina
kaum lain. Di Negara kita, terdapat banyak organisasi politik dan sosial yang
dibentuk berdasarkan kepada jenis perkauman atau etnik.
Organisasi

tersebut

hanya

memperjuangkan

dan

mempertahankan

kepentingan kaum masing-masing serta merebut hak yang dianggapkan berpatutan


tanpa memikirkan kepentingan dan hak kaum lain, keharmonian, keamanan,
kedamaian dan kesejahteraan negara. Negara kita pernah mengalami peristiwa
pertumpahan darah disebabkan oleh rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969
yang terpaksa mengisytiharkan darurat di negara kita. Konflik ras juga menyebabkan
berlakunya pengasingan kaum tertentu dari segi pelajaran, perumahan dan
pekerjaan.
Organisasi tersebut akan bersaing untuk mendapatkan sokongan dan
bantuan yang sebanyak mungkin daripada kumpulan etnik masing-masing dengan

14

menggunakan beberapa faktor seperti persamaan agama, bahasa atau ras. Jika
kepercayaan dan tindakan tersebut menyebar dalam masyarakat, perkembangan
dan pembangunan politik dalam sesebuah Negara akan terjejas. Kesan daripada
penjajahan juga adalah punca utama berlakunya konflik etnik dan ras di Malaysia.
Sungguhpun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 56 tahun, namun kesan
penjajahan British masih begitu mendalam di dalam minda setiap rakyat. Dasar
pemeritahan British yang bercorak pecah dan perintah telah mengasingkan dan
memisahkan tiga kelompok bangsa utama di Malaysia iaitu kelompok Melayu. Cina
dan India.
Dasar kolonial yang berkaitan dengan imigrasi, pelajaran, pentadbiran,
ekonomi, tanah, bahasa dan kebudayaan telah meninggalkan kesan yang mendalam
dan berlarutan sehingga sekarang. Dasar imigrasinya yang bebas telah mengubah
komposisi penduduk di negara ini. Dasar ekonominya pula telah menimbulkan
pengkhususan ekonomi dan pengasingan tempat tinggal mengikut jenis kaum.
Penjajah British bukan sahaja tidak menjadikan pendidikan sebagai alat untuk
menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, malah penjajah British
hanya mementingkan pendidikan Bahasa Inggeris kepada sesetengah rakyat
terutama bagi golongan yang berada demi kepentingan pentadbirannya. Sebaliknya,
pendidikan Melayu dilakukan secara melepaskan batuk di tangga atau diabai begitu
sahaja. Pendidikan bagi orang bukan Melayu langsung tidak dititikberatkan.
Oleh itu, kaum Cina dan India terpaksa membina sekolah mereka dengan
menanggung perbelanjaan sendiri. Perkembangan dan pembangunan pendidikan
yang tidak terkawal pada masa itu akhirnya menimbulkan perbezaan sikap dan
orientasi politik. Pada masa yang sama, melalui dasar dan pentadbiran tesebut,
penjajah British telah meninggalkan kesan psikologi dalam kalangan rakyat yang
menanam sikap prasangka dan stereotaip dalam kalangan mereka.
Penjajah British telah berjaya mempengaruhi sikap orang yang dijajahnya itu
agar mereka dihormati dan disanjungi tinggi sebagai kelompok yang lebih unggul
dan hebat daripada kumpulan etnik yang lain. Sebaliknya, terdapat banyak
prasangka dan stereotaip negatif yang memandang rendah, cemuh dan hina dalam
kalangan pelbagai kelompok etnik. Hal demikian bukan sahaja menyekat semangat
kerjasama, persefahaman dan perpaduan dalam kalangan mereka, malah mereka
juga menimbulkan syak wasangka dan perasaan benci menbenci sesama mereka.
Kesan tersebut sukar untuk diatasi walaupun kita telah lama bebas daripada
belenggu penjajahan British.
15

Di Negara Myanmar pula, konflik etnik dan ras berlaku dalam kalangan etnik
Rohingya. Konflik tersebut melibatkan isu penghapusan etnik Rohingya. Orang
Rohingya merupakan satu kelompok etnik yang beragama Islam di utara negeri
Rakhine yang terletak di Barat Burma. Pada tahun 1982, umat Islam di Myamar mula
menderita ketika Muslim Rohingya diisytiharkan sebagai pendatang asing di Negara
sendiri. Melalui undang-undang Burma Citizenship Law of 1982, Muslim Rohingya
mula ditindas. Undang-undang tersebut bersifat rasisme dan diskriminasi yang
diluluskan oleh pemerintah Burma pada tahun 1982. Secara tidak langsung,
kumpulan Muslim Rohingya bukan sahaja tidak diiktiraf sebagai warganegara, malah
mereka diisytiharkan sebagai pendatang haram di Negara sendiri. Oleh sebab itu,
hak dan kepentingan mereka telah diabaikan. Lebih teruk lagi, terdapat segelintir
daripada mereka yang ditangkap, dipukul dan perbuatan kejam yang lain dikenakan
terhadap mereka.

16

Sejak undang-undang tersebut diluluskan, anak-anak Muslim Rohingya tidak


mendapat hak dan kepentingan dalam bidang pelajaran disebabkan tekanan
ekonomi. Lebih teruk lagi, wanita Muslim Rohingya bukan sahaja tidak dibenarkan
memakai hijab, malah mereka juga ditindas, didiskriminasi, dirogol dan lain-lain lagi.
Masyarakat Islam di sana juga tidak mendapat hak dalam bidang perubatan sama
ada di hospital ataupun di klinik di samping mereka perlu membayar kos rawatan
dengan harga yang tinggi. Pada masa yang sama, masyarakat Islam bukan sahaja
tidak dibenarkan menunaikan haji, malah masjid mereka juga dimusnahkan.
Masyarakat Islam juga menghadapi penderitaan yang kejam seperti pemerasan dan
percukaian sebarangan, penyitaan tanah, perampasan, pengusiran dan pemusnahan
rumah, penyekatan kewangan ke atas perkahwinan serta dipaksa untuk menganut
agama Buddha. Kesannya, mereka tidak dapat menjalani kehidupan sebagai
seorang Muslim yang bebas menjalankan ajaran agama. Orang Rohingya terpaksa
menjadi buruh paksa dalam pembinaan jalan raya. Oleh itu, kebanyakan golongan
Muslim Rohingya terpaksa menghijrah dengan menjadi pelarian ke Arab Saudi,
Bangladesh, Malaysia, Pakistan, Thailand dan United Arab Emirates.

17

BAHAGIAN 3

18

Langkah-langkah
Mengatasi Konflik
Etnik

Sebenarnya, kita sememangnya tidak boleh menafi bahawa isu konflik etnik
dan ras ini langsung tidak menguntungkan sesebuah negara itu ataupun rakyatnya.
Sebaliknya, terdapat rakyat yang tidak bersalah telah terkorban dalam suatu
pertempuran atau peperangan dan banyak harta benda telah dimusnahkan. Pada
masa yang sama, kerugian dan pengalaman pahit akan dialami oleh rakyat di
sesebuah negara yang mempunyai masalah konflik etnik dan ras.
Pada umumnya, konflik etnik dan ras di sesebuah negara boleh diatasi
dengan beberapa langkah dan strategi yang betul untuk memastikan peristiwa
tersebut tidak akan terjadi lagi. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira jenis etnik
dan ras merupakan langkah utama untuk mengatasi masalah konflik etnik dan ras di
sesebuah negara. Penyusunan semula sesebuah masyarakat untuk memperbaiki
ketidakseimbangan ekonomi dalam kelompok etnik dan menghapuskan pengasingan
etnik melalui kegiatan ekonomi dan kawasan tempat tinggal. Dalam masyarakat
tersebut, kepentingan umum hendaklah lebih diutamakan berbanding dengan
kepentingan kaum atau kumpulan yang tertentu.

19

Selain itu, kebebasan dan hak asasi manusia dalam sesebuah negara
hendaklah mendapat jaminan dalam perlembagaan. Setiap rakyat hendaklah diberi
peluang yang sama untuk menikmati kemakmuran, keamanan, kedamaian dan
keharmonian negara tanpa mengira jenis kaum. Kekayaan negara pula mestilah
diagihkan dengan adil dan saksama serta tidak membenarkan berlakunya kegiatan
pemerasan. Organisasi politik yang hanya mengutamakan kepentingan etnik tertentu
sahaja perlulah dihapuskan dan percampuran di dalam kalangan etnik hendaklah
dilaksanakan untuk mewujudkan sebuah organisasi yang tidak berat sebelah. Secara
tidak langsung, sebuah masyarakat yang adil dan saksama dapat dilahirkan.
Di samping itu, sistem pendidikan juga memainkan peranan yang amat
penting untuk menjamin keamanan dan kemakmuran sesebuah negara yang terdiri
daripada pelbagai etnik dan ras. Melalui sistem pendidikan ini, keperibadian dan
kesedaran dapat dipupuk dalam kalangan rakyat di samping dapat melahirkan
perpaduan dan persefahaman dalam golongan etnik dan ras. Sikap dan pemikiran
rasisme dalam kalangan pelajar dapat dihapuskan dengan adanya pendidikan yang
berkesan .
Sementelahan itu, terdapat banyak parti politik yang hanya memperjuangkan
kepentingan

dan

hak

kelompok

etnik

masing-masing

perlulah

dihindari.

Pembentukan politik secara bercampuran memudahkan sesebuah kerajaan untuk


membentuk bangsa yang bersatu-padu. Setiap masalah yang telah timbul dalam
kelompok etnik boleh berbincang bersama untuk mencari jalan penyelesaian yang
terbaik.
Sungguhpun setiap rakyat inginkan perpaduan dalam kalangan etnik, namun
masing-masing mempunyai pemikiran, tanggapan dan cara yang berbeza-beza.
Oleh itu, perbezaan pendapat dan pandangan tentang cara untuk mencapai
perpaduan itu hendaklah berbincang dengan baik dan tenang agar tidak berlaku
sebarang perbalahan, pertengkaran dan pergaduhan di sesebuah negara.

20

Anda mungkin juga menyukai