Anda di halaman 1dari 1

KEGANASAN RUMAH TANGGA

Keganasan rumahtangga bermaksud perlakuan keganasan terhadap pasangan atau bekas pasangan. Ia terdiri
daripada fizikal dan ganguan seksual, keganasan pertuturan (maki hamun dan cacian), ugutan, gangguan/pengabaian
emosi dan kewangan. Keganasan rumahtangga ,kebiasaannya berulang dan menjadi mangsa lebih teruk dan
berterusan walaupun selepas penceraian. Ini adalah disebabkan pendera ingin terus berkuasa dan mahu mengawal
mangsa. Kebanyakkan pendera adalah golongan lelaki dan mangsa adalah wanita atau kanak-kanak.Keganasan
rumahtangga adalah sesuatu yang agak kompleks kerana keganasan rumahtangga mungkin dapat dilihat melalui
kecederaan atau keparahan serta tekanan mungkin kemurungan mangsa samaada isteri/suami/kanak-kanak/orang
kurang upaya atau ahli keluarga yang lain. Namun bagi yang mengalami keganasan rumahtangga yang didera emosi
dan mental mungkin agak sukar untuk dilihat atau difahami oleh orang lain. Keganasan rumahtangga adalah dengan
sengaja cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan kecederaan fizikal, menyebabkan kecederaan fizikal, mengancam
atau paksaan terhadap mangsa dan melakukan khianat terhadap harta benda yang memungkinkan mangsa berada
dalam kesedihan. Apa yang biasa kita dengar dan ketahui melalui media, biasanya keganasan rumahtangga
dilakukan oleh suami kepada isteri atau kanak-kanak. Namun tidak kurang juga ianya dilakukan oleh isteri kepada
suami walaubagaimanapun biasanya lelaki kurang melaporkan mungkin kerana malu dan sebagainya.perkara
sebegini berlaku mungkin kerana dendam, cemburu, masalah penagihan dadah, ketagih arak atau mabuk, masalah
kewangan, tiada didikan agama, hubungan komunikasi yang lemah antara suami/isteri, campur tangan pihak luar
dan sebagainya.Walau apapun persoalannya keganasan rumahtangga sewajarnya tiada dalam minda dan diri setiap
orang dan masyarakat kerana hanya manusia yang kurang waras sahaja mampu untuk melakukan keganasan
terhadap orang lain yang kurang berkemampuan dan upaya.Oleh itu agama Islam memberikan panduan
tanggungjawab suami isteri yang terperinci bagi melayari kehidupan, yang jika dipraktikkan dan diamalkan
setentunya akan melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni. Kebahagiaan hidup berkeluarga hanya dapat
dicapai jika suami dan isteri dapat melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan, suami sebagai ketua
keluarga bertanggungjawab memimpin isteri dan orang-orang yang dibawah tanggungannya untuk mentaati perintah
Allah Subhanahu Wata'ala, melaksanakan kewajipan ibadat dan memelihara dari perbuatan dosa. Suami
berkewajipan memberikan nafkah yang secukupnya dengan kadar yang termampu olehnya seperti keperluan tempat
tinggal, makan minum, pakaian dan kemudahan-kemudahan yang lain. Kewajipan isteri pula adalah mentaati
suaminya serta berkhidmat dan memelihara kebajikan suami dan anak-anak. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam maksudnya :"Daripada Abdullah bin Omar berkata ia, aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam bersabda : Seorang lelaki adalah pemimpin dalam urusan keluarganya dan dia akan diminta
bertanggungjawab dalam kepimpinannya. Seorang isteri adalah pemimpin dalam mengurus rumahtangga suaminya
dan dia akan diminta bertanggungjawab dalam kepimpinannya". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Anda mungkin juga menyukai