Anda di halaman 1dari 9

Pendidikan Moral (Teori

Perkembangan Moral Kanak-Kanak)


1.0 Pendahuluan
Pendidikan Moral iailah matapelajaran teras untuk murid bukan beragama Islam di
peringkat sekolah dan juga sekolah menengah. Mata pelajaran ini memberi tumpuan yang
banyak pada pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. Ini
adalah bertujuan untuk melairkan sebuah insan yang bermoral dari segi emosi, jasmani, rohani
dan intelek. Disamping itu, untuk melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berperibadi
mulia serta rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan juga negaranya.
Mata pelajaran ini membantu seseorang untuk membezakan perkara yang benar dan
salah. Terdapat tiga aspek aspek perbincangan mengenai Perkembangan Moral iaitu
perkembangan pemikiran moral, perkembangan perasaan moral serta tingkah laku moral.
Perkembanagn dalam ketiga-tiga aspek ini mampu membawa kepada kematangan moral
kanak-kanak.
Tavecchio, Stams, Brugman dan Thomeer-Bouwens (1999) menjelaskan salah satu
matlamat jangka panjang mengkaji perkembangan moral adalah untuk memahami serta
menjangka tingkah laku moral, termasuklah salah laku. Secara empirical hubungan antara
kecekapan pertimbangan moral atau penaakulan moral dan salah laku merupakan cabang
kajian yang terbukti penting pada dekad ini.
Tajuk ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk memahami dan
menghayati sumbangan moral teori dalam menentuan perkembangan moral kanak-kanak.
Pembentukan moral kanak-kanak berhubung rapat dengan pendidikan yang diterima oleh
mereka dari sejak kecil lagi dalam pelbagai bentuk sama ada melalui pengalamannya sendiri
mahupun peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekelilingnya.
2.0 Esei
2.1 Teori Perkembanga Moral Kanak-Kanak Dan Hubungannya
Terdapat tiga teori perkembangan moral kanak-kanak. (sila rujuk Lampiran, gambar
pertama) Pertamanya adalah, Teori Perkembangan Moral Kognitif. Tokoh-tokoh bagi teori ini
adalah Jean Piaget (sila rujuk Lampiran 1, gambar kedua) dan Lawrence Kohlberg. Menurut
mereka, teori ini bersifat dalam dua perkara. Antaranya adalah, setiap individu dalam semua
kebudayaan melalui peringkat-peringkat perkembangan moral yang sama dan perkara yang
mendasari setiap pringkat perkembangan moral adalah konsep-konsep moral yang serupa
seperti kewajipan, keadilan dan tanggungjawab.
11

Pendidikan Moral (Teori


Perkembangan Moral Kanak-Kanak)
Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi
masalah yang berlaku apabila interaksi dengan persekitaran. Kanak-kanak akan membina
maklumat secara aktif semasa meneroka dunia sekelilignya.
Piaget menyatakan perkembangan kanak-kanak dan remaja mempunyai dua peringkat.
(sila rujuk Lampiran, gambar ketiga)
Pada

peringkat

Heteronomus,

Piaget

menganggap

kanak-kanak

memandang

perundangan sebagai tidak dapat diubah. Manakala pula dengan peringkat kedua, kanka-kanak
sedar peraturan yang dikenakan ke atas mereka dikuatkuasakan oleh manusia juga.
Perkembangan moral pula ditentukan dalam tiga tahap. Tahap pertama adalah tahap pramoral.
Pada tahap ini kanak-kanak berminat dengan diri sendiri sahaja dan mengutamakan
pandangan sendiri. Pada peringkat kedua iaitu peringkat heteronomous, kanak-kanak lebih
berhati-hati dan berminat pada orang lain. Pada peringkat ini perasaan hormat kepada pihak
yang berkuasa serta berupaya menerima peraturan. Peringkat yang terakhir adalah kemoralan
autonomous. Pada peringkat ini kanak-kanak mengambil berat tentang kebajikan dan minat
masing-masing. Perasaan hormat pada orang lain juga mula dititikberatkan. Piaget menjelaskan
pada peringkat ini kanak-kanak menganggap peraturan boleh berubah-ubah berdasarkan
kerjasama dan rasa hormat pada orang lain.
Teori ini menekankan perkembngan kognitif kanak-kanak iaitu merujuk kepada aktivitiaktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan
masalah dan sebagainya.
Menurut Piaget, perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak adalah mengikut siri
urutan yang berperingkat. Piaget membahagikan perkembangan tersebut kepada empat
peringkat. (sila rujuk Lampiran, gambar keempat dan kelima)
Pada tahap sensori motor, kanak-kanak boleh membuat gerak balas refleks. Kanakkanak menggunakan deria motor dan deria yang lain untuk memahami dunia mereka.
Seterusnya adalah pra operasi. Dalam peringkat ini, kanak-kanak menggunakan symbol dan
Bahasa. Mereka menggunakan keupayaan berfikir secara simbolik untuk menyelesaikan
masalah, tetapi tahap pemikiran masih tidak mengikut logik dan mudah diperdaya oleh
pandangan yang berlainan. Seterusnya, peringkat operasi konkrit. Pada tahap ini, kanak-kanak
boleh membuat klasifikasi,

12

Pendidikan Moral (Teori


Perkembangan Moral Kanak-Kanak)

reversibility, hukum keadadian dan lain-lain lagi. Mereka juga boleh menyelesaikan masalah
secara cuba jaya. Peringkat yang akhir adalah, operasi formal. Dalam peringkat ini, remaja
boleh berfikir secara abstrak konsep hipotetikal dan boleh memikirkan akibat jangka panjang
sesuatu aksi.
Terdapat beberapa kelemahan Teori Piaget. Antaranya adalah, sangat menjunjung tinggi
kebebasan peribadi yang berdasarkan filasafat liberal. Dalam proses pendidikan dan
pengajaran pula, pendekatan ini juga tidak mementingkan kriteria benar salah untuk sesuatu
perbuatan yang dipentingkan adalah alasan yang dikemukakan atau pertimbangan moralnya.
Sumbangan Piaget terhadap perkembangan moral telah dikembangkan oleh Kohlberg
(1963, 1964, 1969, 1976,1981, 1984). Pada kali ini kajian-kajian oleh Kohlberg telah mengambil
kira semua peringkat umur dari golongan kanak-kanak sehinggalah golongan dewasa.
Selepas kajian secara intensif oleh teori Piaget, Kohlberg (sila rujuk Lampiran 2,
gambar pertama) telah memperkembang peringkat perkembangan moral kepada enam di mana
setiap peringkat mewakili cara tertentu seseorang berfikir mengenai dilema moral. Selama tiga
puluh tahun melakukan kajian, Kohlberg telah mengenal pasti terdapatnya tiga tahap
penaakulan moral. Setiap tahap dibahagikan kepada dua peringkat. Menurut Kohlberg (1976),
enam peringkat moral yang telah dibahagikan kepada tiga tahap utama. Ini dikenali, tahap pra
konvensional (peringkat 1 dan 2), tahap konvensional (peringkat 3 dan 4), dan tahap pascakonvensional (peringkat 5 dan 6). Menurutnya peringkat yang lebih tinggi dalam setiap tahap
adalah lebih baik dan tersusun dan mampu menggambarkan perspektif umum setiap tahap
tersebut. (sila rujuk Lampiran 2, gambar kedua)
Tahap pra konvensional, merupakan tahap bagi kebanyakan kanak-kanak berusia
kurang sembilan tahun, sedikit golongan remaja, dan banyak bagi golongan dewasa dan remaja
yang terlibat dengan jenayah. Tahap konvensional pula merupakan tahap bagi kebanyakan
remaja dan golongan dewasa dalam masyarakat dunia. Manakala tahap pasca konvensional
pula paling kurang dicapai oleh dewasa dan selalunya dicapai oleh mereka yang telah berusia
lebih dua puluh tahun.

13

Pendidikan Moral (Teori


Perkembangan Moral Kanak-Kanak)

Kohlberg telah menyarankan agar ketiga-tiga tahap dilihat dalam tiga bentuk yang
berlainan iaitu dalam hubungannya antara diri, masyarakat dan jangkaan iaitu, Tahap I adalah
golongan prakonvensional dimana undang-undang dan jangkaan sosial adalah bersifat luaran
pada diri seseorang. Tahap II adalah golongan konvensional, di mana diri mereka dikenal pasti
menurut peraturan dan jangkaan terhadap orang lain terutama pihak berkuasa. Dan akhirnya,
Tahap III iaitu golongan pasca-konvensional, di mana golongan ini berupaya membezakan diri
daripada undang-undang dan jangkaan-jangkaan orang lain dan memberi makna pada nilainilai dalam bentuk prinsip pilihan sendiri.
Seterusnya adalah, teori pembelajaran Sosial. Tokoh teori ini adalah Albert Bandura
(sila rujuk Lampiran 3, gambar pertama) dan Emilie Durkheim. Idea tentang perkembangan
atau pembelajaran sosial telah dipelopori oleh Miller dan Dollard pada tahun 1941 tetapi Albert
Bandura dan R.H Walter (1963) telah menghalusi dan mendalami kajian ini. Bandura mendapati
bahawa dalam kehidupan seharian terdapat banyak tingkah laku yang dipelajari melalui contoh,
tauladan, tiruan dan penggunaan bahasa.
Tiruan ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu tiruan mudah dan identifikasi
seseorang supaya ditirui. Peniruan (sila rujuk Lampiran 3, gambar kedua) ini berlaku dalam tiga
bentuk iaitu tiruan secara langsung, ia merujuk kepada meniru seseorang atau model dengan
melihat kepada orang itu, peniruan melalui sekat lakuan dan tidak sekat lakuan, sekat lakuan
merupakan tingkah laku yang sesuai pada satu masa tetapi tidak sesuai dalam situasi yang
lain. Tidak sekat lakuan merujuk kepada seseorang yang terus meniru amalan tingkah laku
dalam sesuatu situasi ke situasi yang lain. Seterusnya adalah, peniruan secara elisitasi, proses
ini menunjukkan seseorang itu terus melakukan apa sahaja yang orang lain lakukan setelah
individu tahu melakukannya. Tiruan ini merupakan aktiviti mengulangi gerak geri tindakan
orang lain. Dengan idea tiruan ini maka moral kanak-kanak banyak dibentuk atau diperoleh
dengan meniru ibu bapa, guru atau orang sekeliling secara formal atau tidak formal.
Terdapat beberapa ciri-ciri pemodelan Bandura. Antaranya ialah, unsur pembelajaran
utama ialah pemerhatian dan peniruan. Seterusnya, tingkah laku laku model boleh dipelajari
melalui bahasa, misalan dan teladan. Selain itu, pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada
kecekapan demonstrasi guru sebagai model. Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh
peneguhan yang berpatutan. Akhirnya adalah, proses pembelajaran meliputi pemerhatian,
14

Pendidikan Moral (Teori


Perkembangan Moral Kanak-Kanak)
peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai, diakhiri dengan
peneguhan positif.
Bandura mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran. (sila rujuk
Lampiran 3, gambar ketiga). Subjek harus memberi tumpuan kepada tingkah laku model untuk
membolekhannya mempelajarinya. Bandura & Walters(1963) dalam buku mereka Social
Learning & personality Development menekankan bahawa hanya dengan memerhati seorang,
pembelajaran boleh berlaku. Seterusnya adalah, penyimpanan. Subjek yang memerhati harus
mengekod peristiwa itu dalam system ingatannya. Ini membolehkan subjek melakukan peristiwa
itu kelak bila diperlukan atau diingini. Tambahan pula, penghasilan. Subjek juga mesti
mempunyai kebolehan mewujudkan atau menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk
tingkah laku. Contohnya memandu kereta, bermain badminton dan sebagainya. Akhirnya
adalah, motivasi. Ia penting dalam pemodelan Albert Bandura kerana ia adalah penggerak
individu untuk terus melakukan sesuatu.
Seterusnya adalah, Teori Perkembangan Sosial Emile Durkheim (sila rujuk Lampiran 4,
gambar pertama). Durkheim sangat mementingkan isu mengenai bagaimana sesebuah
masyarakat dapat mengekalkan integriti mereka dalam dunia moden, apabila perkara-perkara
seperti perbezaan agama da latar belakang ethnic tidak dapat dipastikan. Menurutnya
kesedaran tanggungjawab moral lahir daripada perasaan yang terasa dekat dengan
masyarakat.
Masyarakat adalah sumber bagi semua pengetahuan moral dan authoriti yang
mengesahkan moralti (Durkheim, 1906). Moral mempunyai kuasa kerana keupayaannya
mengawal kelakuan manusia sebagai satu jenis ikatan sosial atau kontrak. Menurut Durkheim,
kanak-kanak perlu memahami peraturan yang memelihara hubungan sosial yang dikenakan
oleh orang dewasa terhadap mereka. Peraturan yang dikenakan di rumah adalah secara tidak
formal sebaliknya peraturan di sekolah adalah formal. Maka guru mempunyai autoriti sosial dan
bertindak sebagai orang tengah antara masyarakat dan kanak-kanak.
Seterusnya adalah, teori perkembangan moral humanis. Teori pemebelajaran humanis
member tumpuan kepada apa yang berlaku dalam diri seseorang individu seperti perasaan dan
emosinya. Pendekatan humanis menekankan cara pemikiran, pengamatan dan cara
mengintepritasi seseorang individu terhadap sesuatu tindakan dan tingkah laku moral. Ahli
15

Pendidikan Moral (Teori


Perkembangan Moral Kanak-Kanak)
psikologi humanis mempercayai bahawa seseorang individu sedar dan bertanggungjawab
terhadap segala tingkahlakunya.
Carl Rogers (sila rujuk Lampiran 4, gambar kedua) mendefinisikan konsep kendiri
sebagai pesepsi diri sendiri tentang minat, sikap dan nilai dan kebolehan melihat pesepsi orang
lain terhadap diri sendiri dengan persekitaran. Konsep kendiri positif adalah perrcaya dan yakin
kepada diri sendiri secara fizikal, mempunyai minat yang objektif dan tidak terlalu sensitif.
Carl roges berrpendapat pembentukan moral yang baik adalah melalui model yang
boleh dicontohi dan berpengalaman seperti ibu bapa, rakan sebaya, orang dewasa dan dirinya
sendiri. Pemupukan nilai dan keyakinan diri melalui didikan ini akan membentuk konsep kendiri
yang positif. Selain itu alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam perkembangan
moral khasnya sebaran am, budaya dan penilaian masyarakat terhadap sesuatu tingkah laku.
Akhirnya, penilaian individu terhadap keperluan asasinya seperti keselamatan , fizikal, kasih
sayang dan penghormatan diri akan mempengaruhi penaakulan moral.
Cara- cara membina konsep kendiri yang positif adalah memberi galakan bantuan dan
sokongan kepada kanak-kanak. Ibu bapa harus berpuas hati dengan hasil kanak-kanak dan
member pujian atau ganjaran. Ibu bapa juga perlu memupuk nilai moral dan agama yang baik
di dalam jiwa kanak-kanak sejak mereka masih kecil lagi. Carl Rogers (1950) mendefinisikan
konsep kendiri sebagai pesepsi diri sendiri tentang minat, sikap dan nilai dan kebolehan melihat
pesepsi orang lain terhadap diri sendiri dengan persekitaran. Konsep kendiri positif adalah
perrcaya dan yakin kepada diri sendiri secara fizikal, mempunyai minat yang objektif dan tidak
terlalu sensitif.
Carl roges berrpendapat pembentukan moral yang baik adalah melalui model yang
boleh dicontohi dan berpengalaman seperti ibu bapa, rakan sebaya, orang dewasa dan dirinya
sendiri. Pemupukan nilai dan keyakinan diri melalui didikan ini akan membentuk konsep kendiri
yang positif. Selain itu alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam perkembangan
moral khasnya sebaran am, budaya dan penilaian masyarakat terhadap sesuatu tingkah laku.
Akhirnya, penilaian individu terhadap keperluan asasinya seperti keselamatan , fizikal, kasih
saying dan penghormatan diri akan mempengaruhi penaakulan moral.

16

Pendidikan Moral (Teori


Perkembangan Moral Kanak-Kanak)
Cara- cara membina konsep kendiri yang positif adalah memberi galakan bantuan dan
sokongan kepada kanak-kanak. Ibu bapa harus berpuas hati dengan hasil kanak-kanak dan
member pujian atau ganjaran. Ibu bapa juga perlu memupuk nilai moral dan agama yang baik
di dalam jiwa kanak-kanak sejak mereka masih kecil lagi.
2.2 Kepentingan Perkembangan Moral Untuk Membentuk Insan Bermoral
Insan bermoral merupakan individu yang melakukan kebaikan. Insan bermoral merujuk
kepada individu yang mempunyai tingkah laku baik yang diterima oleh sesebuah masyarakat.
Perlakuan seseorang individu itu biasanya menggambarkan bentuk atau sifat pemikirannya
terhadap perlakuan tersebut. insan yang bermoral adalah individu yang mempunyai niat yang
baik dan dijelmakan dengan perbuatan baik. Secara keseluruhannya, insan yang bermoral tidak
akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral walaupun niatnya baik.
Pada pendapat saya, teori-teori perkembangan kanak-kanak banyak membantu dalam
pembentukan insan bermoral. Menurut teori Piaget, perkembangan moral kanak-kanak bermula
dari rumah atau dalam kata mudahnya, peranan ibu bapa serta keluarga yang membawa
kepada kemoralan dalam diri kanak-kanak. Semasa di peringkat moraliti heteronomous, kanakkanak masih berfikiran egosentrik dan menganggap peraturan itu mutlak. Maka, ibu bapa harus
membentuk kanak-kanak dengan sentiasa mengingatkan kanak-kanak dengan apa yang betul,
apa yang salah, apa yang patut, apa yang tidak patut dilakukan dan memberitahu segala kesan
sekiranya mereka berbuat sesuatu tingkah laku. Lama-kelamaan, apabila mereka menjadi
dewasa, moral serta disiplin mereka akan terbentuk dalam diri mereka tanpa disedari.
Semasa sekolah pula, mereka akan didik dengan subjek Pendidikan Moral. Peranan
guru turut penting dalam pembentukan insan bermoral, di mana mereka harus menunjukkan
contoh perbuatan serta teladan yang baik untuk dicontohi. Berdasarkan teori Kohlberg, pada
tahap 1, kanak-kanak akan berusaha berbuat baik untuk mengelak dendaan. Bagi mereka,
sesuatu tingkah laku yang tidak didenda dianggap betul. Selain itu, mereka juga berbuat baik
semata-mata inginkan ganjaran. Pada tahap ini, ibu bapa boleh melatih anak-anak berbuat
yang baik dan berdisiplin dengan sentiasa mengingatkan mereka akibat atau ganjaran yang
mereka akan dapat untuk sesuatu tingkah laku. Melalui ini, ibu bapa dapat membentuk insan
yang bermoral.

17

Pendidikan Moral (Teori


Perkembangan Moral Kanak-Kanak)

Interaksi dengan rakan sebaya memainkan peranan penting dalam menerbitkn bentukbentuk pemikiran moral yang lebih canggih. Dari sudut teori Bandura, elemen peniruan serta
pemerhatian turut diterapkan semasa aktiviti sosial dengan rakan sebaya. Kanak-kanak akan
lebih mudah terikut-ikut dengan perangai serta cara pemikiran rakan mereka. Ini kerana,
mereka menghabiskan, masa yang banyak dengan kawan mereka. Oleh itu, mereka membuat
apa yang dibuat oleh kawannya.
Tambahan pula, dalam kalangan mereka mempunyai seorang rakan yang popular,
mereka turut ingin menjadi sebagai rakan tersebut. Justeru, mereka mengambil rakan yang
popular tersebut sebagai role model mereka. Guru haruslah galakan perbuatan tersebut jika
murid tersebut mengikut rakan yang baik dan bermoral. Jika murid tersebut kurang bermoral
dan rakan yang lain ingin mengikut murid tersebut, guru haruslah menasihatkan murid tersebut.
melalui ini, insan yang bermoral dapat dibentuk. Ini kerana murid akan lebih suka untuk ikut
apa yang dibuat oleh rakan jika berbanding dengan apa yang disuruh oleh guru.
Menurut Kohlberg, satu elemen yang penting ialah pengalaman. Dengan cara
mendapatkan pengalaman sendiri, seseorang individu itu akan dapat mengakui bahawa ia
sebahagian daripada susunan sosial dan dapat memahami bahawa peraturan-peraturan moral
terbit daripada pendapat kolektif individu dalam masyarakat. Kohlberg juga mencadangkan agar
kanak-kanak tidak dibiarkan berkurung di rumah sahaja. Interaksi dengan rakan sebaya akan
membawa pertumbuhan moral seseorang individu.
Selain itu, menurut Carl Rogers, murid-murid yang mengikuti bidang yang mereka minati
akan berkebolehan untuk berjaya dalam bidang tersebut. Dalam erti yang lain, perasaan ingin
belajar dalam diri individu akan berjaya jika didorong oleh keinginan semulajadi murid tersebut.
guru memainkan peranan yang penting dalam perkara ini. Guru haruslah menjadi sebagai
fasilitator. Guru haruslah membimbing murid untuk membuat sesuatu jika murid tersebut
mempunyai minat dalam perkara tersebut. melalui ini, guru dapat bentuk seorang murid yang
berjaya dalam kehidupan.
Disamping itu, Carl Rogers juga percaya bahawa, guru haruslah memberi kebebasan
kepada murid. Guru haruslah memberi ruang kepada murid untuk mengembangkan potensi
18

Pendidikan Moral (Teori


Perkembangan Moral Kanak-Kanak)
mereka ke tahap maksimum. Contohnya, murid yang minati dalam melukis akan memberi
tumpuan yang penuh semasa waktu Pendidikan Seni. Secara tidak langsung, minat dan sifat
ingin tahu dalam diri murid akanberkembang. Pembelajaran melalui proses kebebasan dapat
diberi peluang kepada murid untuk membuat penilaian kendiri terhadap kemampuan diri sendiri.
Justeru, apabila murid diberi peluang, dibimbing, maka murid tersebut akan menjadi sebuah
insan yang bermoral.
Di samping itu, Pendidikan Moral juga melahirkan murid-murid yang mencintai alam
sekitar dengan mempertahankan ekosistem dunia dengan memelihara alam sekitar supaya
dunia akan sentiasa terpelihara daripada pencemaran dan kemusnahan insan-insan yang tidak
bertanggungjawab.
3.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, pengetahuan mengenai teori perkembangan dan pertumbuhan
kenak-kanak akan memberi banyak faedah terutamanya kepada ibu bapa dan guru untuk
membuat keputusan mengenai pembelajaran yang perlu ditegaskan. Teori-teori seperti ini, iaitu,
Teori Perkembangan Moral Kognitif, Teori Pembelajaran Sosial, dan Teori Pembelajaran
Humanistik membantu seseorang untuk menjadi sebagai sebuah insan yang bermoral.
Guru haruslah melakukan perkara yang terdapat dalam teori ini untuk membentuk
murid-muridnya sebagai insan yang bermoral, Ini kerana murid-murid diibaratkan sebagai kain
putih dan gurulah yang harus mencorakannya. Murid-murid adalah remaja negara kita. Remaja
diibaratkan sebagai pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, guru mempunyai
peranan penting dalam perkara ini.

19

Anda mungkin juga menyukai