Anda di halaman 1dari 23

Falkulti Pendidikan Dan Bahasa

HBLS3103 : ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

MUKA
BIL KANDUNGAN
SURAT

1 2
Kenyataan Pengakuan

2 Biodata 3

3 Sekapur sirih 4

4 Pengenalan 5

Huraikan tindakan yang akan anda lakukan bagi melaksanakankan


5 projek rumah 6

rehat tersebut berpandukan aspek-aspek berikut:


Dapatkan maklumat berbentuk gambar foto atau gambarajah serta
6 9
kenal pasti beberapa jenis-jenis tanggam yang sesuai digunakan di
bahagian berikut:

Terangkan dengan berbantukan gambarajah bagaimana prosedur


7 14
pembinaan/pembuatan tanggam lubang dan puting berjanjang yang
digunakan untuk menyambung pemidang atas yang terdapat
dibahagian atas daun pintu

Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman anda huraikan dengan


8 5
berbantukan gambarajah sistem bekalan air secara tak terus ke rumah
rehat tersebut.
Nyatakan secara ringkas dengan berbantukan gambarajah langkah-

9 langkah pemasangan tangki simpanan air. Dapatkan maklumat dari


pihak berwajib bagi penentuan tangki air simpanan supaya pelan
rumah rehat mendapat kelulusan

0|AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925002


Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBLS3103 : ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

KENYATAAN PENGAKUAN

Saya, AMINUDIN BIN MAT LUDIN Nombor Kad Pengenalan 690101-08-6925, pelajar
kohort 4, SMP-OUM (Ambilan Khas Oktober 2007) membuat pengakuan bahawa segala
tugasan untuk subjek HBLS3101: ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
adalah hasil kerja saya dan tiada perbuatan plagiat melainkan penyediaan asli hasil air tangan
saya sendiri.

Adalah dimaklumkan bahawa saya;

Item Pernyataan Semakan

1. Telah membuat rujukan dan bacaan luas tantang topik yang /


diambil daripada modul, bahan bercetak dan eletronik.

2. Tidak memplagiat atau meniru daripada mana-mana sumber /


atau pelajar lain.

3. Tidak membenarkan pelajar lain meniru tugasan ini melainkan /


hanya menerangkan dan membantu kefahaman rakan-rakan
berkaitan tugasan.

4. Mengikut prosedur tugasan dan mengahantar tugasan sebelum /


tarikh akhir yang ditetapkan.

Dengan yang demikian, saya faham bahawa jika terdapat apa-apa perkara di atas didapati
tidak benar, maka pihak Pengurusan OUM berhak untuk mengambil apa-apa sahaja tindakan
disiplin terhadapan salah laku tersebut.

1|AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925002


Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBLS3103 : ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

NAMA

AMINUDIN BIN MAT LUDIN

MATRIK KAD

690101086925002

HBLS3101

ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

PUSAT PEMBELAJARAN

INSTITUT PERGURUAN IPOH


SEMESTER

JANUARI 2009

2|AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925002


Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBLS3103 : ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

SEKAPUR SIRIH

Alhamdulillah bersyukur saya ke Hadrat Illahi kerana dengan Limpah dan kurniaNya
dapatlah saya menyiapkan tugasan ini.

Kesibukan dengan tugas seharian sebagai pendidik tidak menganggu saya bagi
menyelesaikan amanah yang diberikan. Inilah satu cabaran yang amat getir dalam
melakukan dua kerja dalam satu masa. Namun semangat dan kecekalan telah menghilangkan
semuanya itu.

Demi menyahut cabaran dan mengimarahkan dunia pendidikan dengan ilmu yang bakal
memertabatkan anak didik ,saya menyahut cabaran ini.

Sejunjung kasih dan penghormatan kepada Tutuor-tutor yang telah memberi tunjuk ajar

Tanpa bimbingan dan teguran serta komennya yang bernas lagi jitu tak mungkin dapat saya
melaksanakan satu tugasan yang begitu berat untuk dilakukan. Kata-kata semangatnya telah
membuatkan saya begitu terangsang untuk melakukan yang terbaik daripada yang terbaik.
Tak lupa bantuan dari sahabat yang sentiasa berada disamping untuk membantu saya

Semoga jasa-jasa ini dapat rahmah dan kurniaan daripada Illahi.

Terima kasih untuk semua.

Ilmu adalah sesuatu yang bersifat rohani dan mempunyai kekuatan. Aliran kekuatan
tersebut bertali arus dan mengalir ke dalam jiwa penerima seterusnya, apabila punca aliran
(Guru) memiliki kekuatan ilmu. Inilah yang disebut oleh sesetengah pihak sebagai ‘Guru
Mursyid’.
Mursyid’..

3|AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925002


Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBLS3103 : ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

PENGENALAN

Rumah rehat mempunyai pelbagai fungsinya masa kini. Selain daripada berfungsi sebagai
tempat bersantai ianya juga menjadi tempat persidangan , mesyuarat dna pelbagai. Jika dilihat
kebanyakkan rumah rehat menggunakan kayu sebagai bahan binaan namun terdapat juga
penggunaan simen bata juga.

Bagi pengusaha rumah rehat penggunaan kayu lebih menarik perhatian mereka kerana lebih
menampakkan tradisional dan asli. Penggunaan kayu sebagai bahan binaan memerlukan
penelitian dari segi gred struktur piawai untk kerja struktur, gred kegunaan am serta gred
bermutu untuk spesifikasi pasaran umum (SPU ) dan kayu jalur dan juga gred kegunaan am
untuk scantling.

Lazimnya penggunaan kayu untuk rumah rehat bagi sebahagian pengusaha lebih
kepada ciriciri tradisional. Ini melibatkan penggunaan tanggam. , kayu untuk kerja tanggam
hendaklah dari jenis Gred bermutu (Spesifikasi pasaran Umum/SPU dan kayu jalur) dan dari
jenis Gred kegunaan Am (skantling). Saiz siap untuk kerja tanggam kecuali jika selainnya
dinyatakan hendaklah dalam lingkungan perbezaan had terima yang dibenarkan seperti
untuk lebar, dalam lingkungan 3 mm dari saiz siap yang ditentukan dan untuk tebal, dalam
lingkungan 2 mm dari saiz yang ditentukan.

4|AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925002


Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBLS3103 : ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

1. Huraikan tindakan yang akan anda lakukan bagi melaksanakankan projek rumah
rehat tersebut berpandukan aspek-aspek berikut:

(a) Menentukan kumpulan spesies-spesies kayu, jenis kayu dan kebaikan dan
kekurangan penggunaan kayu yang sesuai digunakan bagi pembinaan
rumah rehat tersebut mengikut ketetapan berikut:
i. Bumbung
ii. Tiang
iii. Lantai dan gelegar
iv. Dinding
v. Pemidang pintu dan tingkap
vi. Daun Pintu Berpanel kayu khususnya tanggam yang digunakan
untuk menyambung dibahagian pemidang atas, tengah dan bawah.
Penyenaraian jenis-jenis kayu hendaklah disertakan gambar foto jenis
kayu yang digunakan pada struktur bumbung, tiang, lantai, pemidang
pintu/tingkap dan daun pintu.

5|AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925002


Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBLS3103 : ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

Kayu-kayan tempatan mempunyai penjenisan dari segi struktur kayu, spesies dan
kegunaannya. Penjenisaanya berpandukan gred kayu dari segi kategori kayu keras dan berat,
keras dan sederhana berat, keras dan ringan dan juga lembut. Penjenisan inilah yang
menentukan keseseain kayu utnuk dguanakan dibahagian-bahagian rumah rehat.

Bumbung

Bumbung merupakan struktur paling atas yang dibina untuk melindungi bangunan daripada
kesan cuaca panas, hujan , angin dan habuk. Oleh itu pemilihan kayu yang dibina perlulah
menepati cirri-ciri di atas. Kategori kayu yang sesuai dibina bumbung ini adalah dalam
kategori keras dan sederhana iaiatu jenis kempas Kayu ini jenis kuat kerana mempunyai
kekuatan tekanan 7.52 N/mm². Kebaikan kayu jenis kempas ini ianya boleh tahan cuaca di
Malaysia dan juga tiada kesan disebabkan cuaca negara ini

Tiang

Tiang bagi rumah rehat ini dibina daripada kayu dari kumpulan Kayu Keras Berat.Jenis kayu
dari gred ini adalah Resak. Ini kerana kayu jenis resak mempunyai ketumpatan 847g/m³.Ia
mempunyai kekuatan tekanan sebanyak 4.9 – 11.45 N/mm². Ini kerana tiang ini akan
menampung berat bumbung. Kayu ini lebih tahan , kuat serta tahan diserang anai-anai.

Lantai dan Gelegar

Bagi Membina gelegar dan lantai memerlukan jenis kayu yang dapat menampung beban dan
juga tidak dapat dirosakkan oleh serangga pemusnah.Keluasan lantai adalah Lantai
(150mmx25mm) dan gelegar (100mmx75mm). Jenis kayu yang digunakan adalah jenis
kempas dari kumpulan Keras dan sederhana berat. Kayu jenis ini Kayu jenis ini ringan dan
keras. Ia juga lebih tahan cuaca serta mudah dipasang dan dipotong. Namun begitu kayu
jenis ini mudah diserag serangga dan agak mudah reput.

6|AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925002


Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBLS3103 : ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

Dinding

Dinding dalam struktur rumah memerlukan kayu jenis yang tahan cuaca dan serangan
perosak. Kayu dari kumpulan Keras dan ringan seperti ramin adalah sesuai dibuat dinding.
Kayu ini senang dibentuk di potong serta tahan cuaca. Urat kayunya yang cantik
menampakkan keaslian pokok. Kayu ramin ini adalah lembut dan keras serta ringan.

Pemidang Pintu

Spesies kayu bagi pemidang kayu adalah dari jenis berat aiatu sama ada nyatuh atau meranti
Kayu jenis ini keras tahan serta kuat draipada serangga pemusnah..

Daun Pintu Berpanel kayu

Bagi daun pintu berpanel kayu yang digunakan adalah jenis keras dan ringan. Kayu yang
digunakan adalah jenis Nyatuh. Ianya sesuai kerana keras dna ringan, Sifat inilah yang
membolehkan kayu tersebut digunakan sebagai salah satu struktur bahagian ini. Sifatnya
yang senang dipotong dan diukirkan. Namun kelemahannya ia mudah pecah atau rosak.
Kekuatan serangan daripada serangga juga merupakan kelemahannya.

7|AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925002


Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBLS3103 : ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

Dapatkan maklumat berbentuk gambar foto atau gambarajah serta kenal pasti beberapa
jenis-jenis tanggam yang sesuai digunakan di bahagian berikut:
1. Lantai
2. Pemidang pintu dan tingkap
3. Daun Pintu berpanel Kayu

Lantai

Dalam membina lantai rumah rehat ini Tanggam Melebar dari jenis Tanggam Lidah dan
Lurah merupakan tanggam yang sesuai . Pada tiap-tiap keping papan dibuat lidah di satu tepi
dan lurah di tepi yang lain. Ia dipasang dengan diapit dan dipaku serong bagi papan lantai dan
pelapisan dinding. Ia boleh diglukan bagi ia tetap dan teguh

Tanggam Lidah dan Lurah

Pemidang Tingkap dan Pintu

Bagi membina pemidang pintu Tanggam lubang dan puting berbahu rendah sesuai digunakan
.

8|AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925002


Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBLS3103 : ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

TANGGAM LEKAP – TANGAM LEKAP SIKU ATAU


PEPENJURU

Tanggam Leka T.

Ia digunakan dalam pembinaan di mana pemidang lintang


bertemu dengan pemidang tegak secara melintang
dihujungnya

Tangam Lekap Bajang T

Ia adalah serupa dengan lekap T tetapi ia lebih kuat


menahan tarikan dari sebelah luar.

9|AMINUDIN BIN MAT LUDIN 690101086925002


Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBLS3103 : ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

Daun Pintu berpanel Kayu

10 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 690101086925002
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBLS3103 : ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

Terangkan dengan berbantukan gambarajah bagaimana prosedur


pembinaan/pembuatan tanggam lubang dan puting berjanjang yang
digunakan untuk menyambung pemidang atas yang terdapat dibahagian atas
daun pintu

Tanggam lubang dan puting berjanjang merupakan jenis tanggam yang paling kuat di antara
kategori tanggam pemidang . Ia mempunyai pelbagai bentuk dan setiap bentuknya
mempunyai fungsinya tersendiri. Tanggam ini digunakan apabila pemidang lintang bertemu
dengan pemidang tegak pada hujungnya seperti pada kaki meja atau kerusi. Ukuran panjang
janjang ini sama dengan tebal puting. Fungsi janjang ini ialah untuk mengelakkan pemidang
lintang daripada beralih kedudukannya atau berpiuh jika pemidang tegak mengecut.

Tanggam Lubang dan Putting Berjanjang

11 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 690101086925002
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBLS3103 : ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

Prosedur Pembinaan tanggam lubang dan puting berjanjang

ALATAN
Pita pengukur keluli, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji puting, pahat pelubang,
gandin, ragum meja.

BAHAN
Kayu ( 22mm x 44 mm x 180 mm) dan kayu penetap

Prosedur Kerja

Tandakan dengan tolok penanda tebal lubang. Pastikan


ketebalan lubang dan putting adalah 1/3 tebal kayu dan
puting adalah sama.. Kedudukan perlulah sama .Panjang
bagi lubang dan puting juga perlulah sama.

Gergajikan bahagian yang ditandakan mengikut ukuran


yang ditetapkan. Gergaji bahu puting dan rautkan
permukaan dengan rata.

Gunakan pahat bagi melicinkan lubang tersebut.

12 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 690101086925002
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBLS3103 : ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

Proses yang seterusnya adalah membuat puting. Puting


tersebut. Ukuran ketebalan ketebalan kayu setiap bahagian
puting hendakalah 1/3 bahagian kayu.potongkan ahagian
luar puting dan tinggalkan bahagian tengah putting.
Gunakan gergaji puting untuk mengergaji bahagian puting.

Setelah siap kedua-dua puting dan lubang Cantumkan


puting dan lubang . Ujian bahagian puting dan lubang
tersebut dengan sesiku L. Ini memastikan agar puting dan
lubang itu sesuai.

Apabila cantuman kedua dua puting dan lubang tepat


bermakna pembinaan tanggam ini berjaya.

13 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 690101086925002
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBLS3103 : ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

Contoh tanggam yang siap

14 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 690101086925002
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBLS3103 : ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman anda huraikan dengan berbantukan


gambarajah sistem bekalan air secara tak terus ke rumah rehat tersebut.

15 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 690101086925002
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBLS3103 : ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

Sistem Bekalan Air Tak Terus En.Kuswadinata bin Dahalan dan En.Sulaiman b.Yusoff yang
terlibat secara langsung dalam projek perumahan menyatakan bahawa pemasangan tersebut
sistem bekalan air di mana-mana institusi, kebiasaannya terbahagi kepada dua jenis
pemasangan.
1. Pemasangan Bekalan Secara Terus,
2. Pemasangan Bekalan Secara Tak Terus.
3.
Ini disahkan jugaTuan Hj.Hamdan b.Mat Shah, salah seorang pegawai di Lembaga Air Perak
Cawangan Kuala Kangsar, Perak.

Merujuk kepada Tn.Hj.Hamdan bahawa kedua-dua sistem bekalan di atas sememangnya


masih digunapakai sehingga kini termasuklah di kediaman sementara seperti chalet, rumah
rehat, motel dan sebagainya. Tegas beliau mengikut peraturan yang telah ditetapkan, Sistem
Bekalan Air secara terus kebiasaannya dipasang secara terus atau ‘direct’ dari paip utama
( Meter ) ke tempat tertentu iaitu dapur. Bekalan secara terus ini memastikan bekalan terus
kepada bahagian tertentu di rumah.

Manakala pemasangan Bekalan Air secara tak terus bermaksud pemasangan yang
dibuat melalui paip utama ke tangki simpanan air sampingan di dalam kawasan kediaman
tersebut. Kebiasaannya, tangki utama disimpan di ruang atas siling atau bumbung.
Kedudukan seperti ini bertujuan membantu proses tekanan pengaliran air ke paip tertentu.
Selalunya bagi sistem bekalan tak terus ini, hanya digunakan bagi kegunaan aktiviti harian di
ruang bilik air sahaja seperti paip tandas, paip sinki dan paip penyembur mandi(syawer).

16 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 690101086925002
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBLS3103 : ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

17 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 690101086925002
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBLS3103 : ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

Sistem bekalan air tidak terus adalah di mana bekalan air dibekalkan dari meter air melalui
paip perkhidmatan ke tangki simpanan, paip agihan, paip cuci paip limpah , paip
perkhidmatan dan paip agihan. Sistem ini juga berfungsi membekalkan air ke pelbagai
kelengkapan perpaipan dalam rumah seperti tandas, bilik mandi dan pili air.

Bagi membina paip beberapa alatan perlu diguanakan ( sila lihat lampiran)

Rajah di atas menunjukkan sistem bekalan air tidak terus berfungsi . Sistem ini berfungsi
di mana bekalan air yang dibekalkan dari meter terus ke paip perkhidmatan dan ke tangki
simpanan air. Air daripada paip bekalan (A) akan ke meter air (B) dan terus ke paip
perkhidmatan (C). Paip perkhidmatan ( D) akan membekalkan air terus ke sinki dapur. Paip
perkhidmatan ( C) juga akan membawa air ke tangki simpanan air dan dikawal oleh kunci
paip ( E ). Melalui tangki simpanan air ( F ) bekalan air disalurkan ke bilik air melalui paip
agihan ( J ) terus ke tab sinki ( H ) dan ke tab mandian dan tandas ( G ).

18 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 690101086925002
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBLS3103 : ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

Nyatakan secara ringkas dengan berbantukan gambarajah langkah-langkah pemasangan


tangki simpanan air. Dapatkan maklumat dari pihak berwajib bagi penentuan tangki air
simpanan supaya pelan rumah rehat mendapat kelulusan.

Tangki Simpanan Air

Tangki simpanan air biasanya adalah jenis gentian kaca dan polimer / plastic. Ini kerana
bahan dari jenis ini ringan , senang dipasang tidak berkarat tetapi ianya memerlukan tapak
yang rata.

Berpandukan rajah di atas kita akan memasang sebuah tangki simpanan air . Tangki yang
digunakan adaah dari jenis polymer. Paip yang digunakan adalah jenis paip Klorida Polivinil
( PVC ) dan Paip Besi Bergalvani ( BG ). Paip perkhidmatan merupakan paip yang akan
membekalkan bekalan air ke tangki simpanan. Kunci Paip ( A ) diletakkan bagi mengawal air

19 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 690101086925002
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBLS3103 : ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

yang masuk ke tangki simpanan kemudian paip perkhidmatan (B ) akan terus ke Injap masuk
( C ).

Soket 90° digunakan bagi mengubah arah sambungan batang paip ke dalam tangki
simpanan. Injap masuk ( C) diletakkan bagi mengawal kemasukan air ke dalam tangki.
Pelampong letakkan yang berfungsi mengawal paras air dalam tangki.Paip limpah (H )
diikatkan ke tangki yang berfungsi mengeluarkan air jika berlaku kerosakan pada injap
masuk .

Satu paip cuci (E) dibinakan di bawah tagki yang berfungsi mengeluarkan air semasa kerja
mencuci. Paip cuci ini bersambung dengan paip limpah (H). Knci paip ( F ) dibuat berfungis
mengeluarkan air semasa kerja mencuci. Paip aghan ( G ) dipasang di bawah tangki simpanan
air , dimana ianya berfungsi mengagihkan bekalan air ke bahagian bahagian rumah rehat ini..

Akhirnya penutup tangki ( I ) digunakan yang berfungsi melindungi air dalam tangki
daripada pencemaran .

20 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 690101086925002
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBLS3103 : ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

BIBLIOGRAFI

Feirer, J. L. (1994). Wood: Technology and processes (4th ed.). USA: Glencoe Div.
of Macmillan/McGraw-Hill School Publishing Com

Hasni Rais, & Jamil Abd Baser. (2007). Reka cipta tingkatan 4 & 5. Kuala Lumpur:
Cerdik Publications Sdn. Bhd.

Mohd Noor Abdullah, & Nor Aslina Mamat. (2007). Masteri memori melalui peta
minda kemahiran hidup bersepadu tahun 4, 5, 6 . Subang Jaya: PNI Neuron Sdn.
Bhd

Tan Boon Tong. (1992). Teknologi binaan bangunan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Zulkifli Mohd Salleh, Zainal Abdul Rahim, & Tuslah Abdan. (2003). Kemahiran hidup
bersepadu tingkatan 1. Kuala Lumpur: Cerdik Publications Sdn Bhd.

21 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 690101086925002
Falkulti Pendidikan Dan Bahasa
HBLS3103 : ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

ALATAN TANGAN KERJA PAIP

1. Perengkuh paip 
Kengunaan untuk memegang batang paip BG ketika
memasang atau membuka penyambung paip

Sepana boleh laras untuk membuka kepala pili

Sepana hujung terbuka

Kegunaan - untuk membuka kepala pili

Playar gabung kegunaan untuk memegang


objek silinder, memotong wayar dan
memutar nat kecil

Playar muncung tirus


(halus) Kegunaan - untuk
memegang benda-benda
kecil ditempat yang sempit

Kikir bulat (kikir ekor


tikus)kegunaan - untuk
membuang gerigis
bahagian dalam paip BG

22 | A M I N U D I N B I N M A T L U D I N 690101086925002

Anda mungkin juga menyukai