Anda di halaman 1dari 22

Izhar Halqi

Huruf

Terdiri daripada 6 huruf iaitu :


Makna
=
Izhar bermaksud Jelas.
Oleh itu hendaklah dijelaskan sebutan Nun Mati dan Tanwim serta setiap huruf Izhar
Halqi dari makhrajnya tanpa mendengungkannya.
Hukum
=
Apabila Nun Mati ( ) atau Tanwim ( ) bertemu dengan salah
satu Huruf Izhar Halqi
di dalam satu kalimah atau dua kalimah, dibaca dengan Jelas, iaitu Tanpa Dengung

Idgham Bila Ghunnah


Huruf

Terdiri daripada 2 huruf iaitu :


Makna
=
Idgham Tanpa Dengung iaitu memasukkan huruf pertama yang
bertanda mati ke dalam huruf berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf
berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya tanpa dengung
Hukum
=
Apabila Nun Mati ( ) atau Tanwim ( ) bertemu dengan salah
satu Huruf Idgham Bila Ghunnah di dalam dua kalimah, dibaca denganTanpa Dengung

Idgham Maal Ghunnah


Huruf

Terdiri daripada 4 huruf iaitu :

Idgham Berdengung iaitu memasukkan huruf pertama yang

Makna

bertanda mati ke dalam huruf berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf berikutnya
bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya serta dengung
Hukum

Apabila Nun Mati ( ) atau Tanwim ( ) bertemu dengan salah satu


Huruf Idgham Maal Ghunnah di dalam dua kalimah, dibaca denganDengung

Ikhfa Hakiki
Huruf

Terdiri daripada 15 huruf iaitu :

Makna
=
Ikhfa bermaksud Tersembunyi. Membaca huruf yang
sifatnyaantara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada
huruf yang pertama.
Hukum
=
Apabila Nun Mati ( ) atau Tanwim ( ) bertemu dengan salah
satu Huruf Ikhfa Hakiki, dibaca dengan Dengung

Iqlab
Huruf

Terdiri daripada 1 huruf iaitu :

Makna
=
Menukarkan bunyi Nun Mati dan Tanwim kepada bunyi huruf Mim dan
diikhfakan (disembunyikan) ke dalam huruf Ba yang berbaris serta dikekalkan sifat
dengung.
Hukum
=
Apabila Nun Mati ( ) atau Tanwim ( ) bertemu dengan Huruf Iqlab,
dibaca dengan Dengung

Idgham Syafawi (Idgham Mithlain)


Huruf

Terdiri daripada 1 huruf iaitu :

Makna
=
Memasukkan huruf pertama yang bertanda mati ke dalam
huruf berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf berikutnya bersabdu serta
terangkat lidah ketika menyebutnya.
Hukum
=
Apabila Mim Mati ( ) bertemu dengan Huruf Mim ( ) pada
lain kalimah, dimasukkan huruf Mim Mati ( ) ke dalam huruf Mim Berbaris ( ) dan
dibaca dengan Dengung

Ikhfa Syafawi
Huruf

Terdiri daripada 1 huruf iaitu :

Makna
=
Ikhfa bermaksud Tersembunyi. Membaca huruf yang
sifatnya antara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung
pada huruf pertama
Hukum
=
Apabila Mim Mati ( ) bertemu dengan Huruf ( ) pada lain
kalimah, dibunyikan huruf Mim Mati ( ) antara bunyi Izhar dan Idgham dan dibaca
dengan Dengung

Izhar Syafawi
Huruf
=

Terdiri daripada 26 huruf iaitu :



Makna
dengung.


Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya tanpa

Hukum
=
Apabila Mim Mati ( ) bertemu dengan Huruf-huruf selain
daripada dan pada lain kalimah, sebutan Mim Mati ( ) dijelaskan dan dibaca
secara Jelas dan Nyata Tanpa Dengung

WAJIBAL GHUNNAH (GHUNNAH MUSYADDAD)


Makna
=
Nun dan Mim Syaddah / Bersabdu dikenali sebagai Wajibal
Ghunnah (Ghunnah Musyaddad) yang bermaksud diwajibkan dengung
Huruf

Terdiri daripada 2 huruf iaitu :

Hukum

Panjang bacaannya adalah 2 harakah

MAD ASLI
Huruf =

Terdiri daripada 3 huruf iaitu :


Makna =
Memanjangkan suara pada huruf-huruf mad dengan kadar 2 hingga 6 harakah
i.
Alif ( ) sebelumnya huruf berbaris di atas =
ii.
Wau ( ) sebelumnya huruf berbaris di hadapan =
iii.
Ya ( ) sebelumnya huruf berbaris di bawah =
Bahagi =
Bagi Mad terdapat 2 jenis hukum iaitu :
1. Mad Asli (Tabii)
2. Mad Fari

Mad Wajib Muttasil


Makna =
Muttasil bermaksud Sambung Apabila huruf Mad bertemu Hamzah
dalam 1 kalimah
Hukum =
harakah.

Panjang bacaan adalah 4 atau 5 harakah. Ketika berhenti dibaca 6

Contoh =

(Ar-Radu : 21)

Mad Jaiz Munfasil


Makna =
Munfasil bermaksud Berasingan Apabila huruf Mad bertemu Hamzah
dalam 2 kalimah
Hukum =
Panjang bacaan adalah 4 atau 5 harakah. Harus dibaca secara
pendek dengan kadar 2 harakah.
Contoh =
(Al-Anfal : 72)
Termasuk Mad Jaiz Munfashil ialah Shilah Kubra, iaitu bila:
i.
Wau Kecil yang terdapat setelah Ha Dhamir yang berbaris Dhammah bertemu
dengan Hamzah pada 2 kalimah
ii.
Ya Kecil yang terdapat setelah Ha Dhamir yang berbaris Kasrah bertemu
dengan Hamzah pada 2 kalimah
* Cara bacaannya adalah sama dengan Mad Shilah ketika Washal, sedangkan ketika
Wakaf tidak dibaca panjang.

Mad Lazim Kalimi Muthaqqal


Makna =
Hukum
Contoh =

Apabila huruf Mad bertemu huruf bersabdu dalam 1 kalimah


= Kadar bacaan adalah 6 harakah
(Ali-Imran : 61)

Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf


Makna =
Hukum

Apabila huruf mad bertemu huruf sukun dalam 1 kalimah


= Wajib dibaca 6 harakah

Nota : Hanya terdapat pada 2 tempat di dalam Al-Quran


1. i. (Yunus : 51)
2. ii. (Yunus : 91)

Mad Lazim Harfi Muthaqqal


Makna =
Huruf Mad bertemu dengan Mati Asli pada salah satu huruf Hijaiah
yang bersabdu dan berada di permulaan surah
Huruf =

Huruf Mad ini ada 8 iaitu : Nun, Qaf, Sad, Ain, Sim, Lam, Kaf, Mim

Hukum

= Wajib dibaca secara 6 harakah

Mad Silah Qasirah


Makna =
Apabila huruf Ha Dhomir bertemu dengan huruf selain Hamzah
dalam 2 kalimah. Biasanya Mad ini dilambangkan dengan baris Fathah tegak, Kasroh
tegak, atau Dhommah terbalik pada huruf Ha Dhomir. Syarat yang harus ada
dalam Mad ini adalah huruf sebelum dan selepas Ha Dhomir harus berbaris hidup
dan bukan mati/sukun.
Hukum =

Kadar bacaan adalah 2 harakah

Mad Silah Towilah


Makna =
Apabila huruf Ha Dhomir bertemu dengan huruf Hamzah dalam 2
kalimah. Syarat yang harus ada dalam Mad ini adalah huruf sebelum dan selepas
Ha Dhomir harus berbaris hidup dan bukan mati/sukun.
Hukum =

Kadar bacaan adalah 4 atau 5 harakah

Mad Aridh Lissukun


Makna =
Apabila Huruf Mad bertemu huruf hidup dalam 1 kalimah dan
bacaan diwaqafkan (berhenti). Dinamakan Aridh karena Mad Asli yang terdapat di
akhir ayat dibaca sukun karena wakaf. Jika di washal, hukumnay kembali seperti
Mad Asli.
Hukum
Contoh =

= Harus dibaca dalam 3 keadaan : 2, 4 atau 6 harakah


(Al-Fajr : 6)

Mad Lazim Harfi Mukhaffaf


Makna =
Huruf Mad bertemu dengan Mati Aslipada salah satu huruf Hijaiah
yang tidak bersabdu dan berada di permulaan surah
Huruf =

Huruf Mad ini ada 5 iaitu : Ha, Ya , Tho, Ha, Ra

Hukum

= Panjang bacaannya adalah 2 harakah

Mad Iwad
Makna =
Mad yang terjadi apabila pada akhir kalimah terdapat huruf yang
berbaris fathatain dan dibaca waqaf.
Hukum

= Panjang bacaannya adalah 2 harakah

Mad Badal
Makna =
Apabila bertemu 2 Hamzah di dalam 1 kalimah, di mana Hamzah
pertama berbaris hidup dan Hamzah kedua berbaris Mati. Hamzah kedua ditukar
kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan
bacaan.
1. Jika Hamzah pertama berbaris di atas, Hamzah kedua ditukar menjadi
Alif asalnya .
2. Jika Hamzah pertama berbaris di bawah, Hamzah kedua ditukar menjadi
Ya asalnya .
3. Jika Hamzah pertama berbaris di hadapan, Hamzah kedua ditukar menjadi
Waw asalnya .
Hukum =

Kadar bacaannya adalah 2 harakah

Mad Farq
Makna =
Apabila Mad Badal bertemu dengan huruf yang bertasydid sabdu
dan untuk membezakan antara kalimat istifham (pertanyaan) dengan
sebutan/berita.
Hukum = Panjang bacannya ialah 6 harakah

Mad Tamkin
Makna =
Apabila terdapat dua huruf Ya dalam 1 kalimah di mana Ya
pertama berbaris di bawah dan bersabdu dan Ya kedua sukun
Hukum

= Panjang bacannya ialah 2, 4 dan 6 harakah

Mad Lin
Makna =
Apabila huruf berbaris di atas bertemu huruf atau bertanda
sukun, huruf selepasnya dibaca sukun kerana waqaf. Dinamakan Mad Lin kerana
pengucapannya lembut dan mudah.
Hukum

= Panjang bacaan adalah 2, 4 atau 6 harakah

Waqaf Kafi (memadai)


Berhenti pada kalimah yang telah sempurna maknanya tetapi masih ada kaitan
dengan kalimah selepasnya dari sudut makna; bukan dari sudut lafaz.
Waqaf pada kalimah sebegini diharuskan dan memulakan bacaan dari perkataan
berikutnya juga diharuskan.
Waqaf Kafi boleh ditemui di akhir atau pertengahan ayat.

Waqaf Hasan (baik)


Berhenti pada kalimah yang telah sempurna makna pada dirinya tetapi makna dan
lafaznya masih terikat dengan kalimah selepasnya.
Waqaf pada kalimah sebegini diharuskan dan diharuskan memulakan bacaaan dari
kalimah berikutnya sekiranya waqaf Hasan itu di akhir ayat kerana mengikut sunnah
Nabi s.a.w.
Sekiranya waqaf Hasan itu di pertengahan ayat, hendaklah dimulakan bacaan dari
beberapa kalimah sebelumnya untuk melengkapkan susunan ayat.
Begitu juga tidak harus untuk memutuskan bacaan pada waqaf Hasan ini sekiranya
menyebabkan maksud sebenar ayat tidak terserlah.

Waqaf Qabih (buruk)


Berhenti pada kalimah yang masih tidak sempurna maknanya dan ada kaitan
dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz dan makna.
Tidak harus berhenti pada kalimah-kalimah seperti ini melainkan terdesak dan
hendaklah dimulakan bacaan dari satu atau dua kalimah sebelumnya.
Waqaf Qabih berlaku sekiranya:
a. Berhenti pada kalimah yang belum lengkap dari segi tatabahasa Arab.
b. Berhenti pada kalimah yang merosakkan maksud ayat.
c. Berhenti pada kalimah yang membawa makna yang biadap terhadap Allah.

Waqaf Lazim (sempurna)


Berhenti pada kalimah yang telah sempurna maknanya, dan tidak ada kaitan
dengan kalimah selepasnya dari sudut lafaz dan makna.
Waqaf pada kalimah sebegini dianggap berhenti yang sempurna dan memulakan
bacaan dari kalimah berikutnya juga dianggap sempurna.
Waqaf tam boleh ditemui:
a. di akhir ayat yang mempunyai tanda nombor juga disebut Waqaf Sunnah kerana
cara bacaan Nabi s.a.w. yang berhenti di setiap ayat.
b. di akhir perbicaraan atau cerita di dalam ayat.
c. pada waqaf lazim yang bertanda mim kecil ( ) juga dipanggil waqaf bayan
kerana maksud ayat akan lebih terserlah jika berhenti padanya.
d. pada waqaf Jibril waqaf yang yang Jibril a.s. berhenti padanya dan Nabi s.a.w.
juga turut sama berhenti padanya. Para Qurra berselisih pendapat tentang jumlah
dan tempat bagi waqaf Jibril ini.

Waqaf Haram
Waqaf yang sengaja dalam keadaan sedar pada kalimah-kalimah yang boleh
menggugurkan syahadah.
Waqaf pada perkataan-perkataan seperti ini hendaklah dihindari walaupun bagi
orang yang tidak
mengetahuinya.

QALQALAH SUGHRA

Lantunan yang paling rendah. Apabila huruf Qalqalah terletak di pertengahan


kalimah.
Tanda : Huruf Qalqalah sukun terdapat di pertengahan kalimah.

QALQALAH KUBRA

Lantunan yang sederhana iaitu pertengahan. Apabila memberhentikan


bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf
tersebut tidak bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini
adalah 'aridh yang disebabkan wakaf (berhenti) padanya.

Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang tidak bersabdu.

ALIF LAM SYAMSIAH (IDGHAM SYAMSI)


Alif Lam Syamsiah juga dikenali dengan Idgham Syamsi. Diidghamkan Lam Ta'rif
apabila bertemu dengan mana-mana Huruf Syamsiah. Huruf Syamsiah ada 14 huruf
iaitu Ta', Tha', Dal, Dzal, Ra'. Zai, Sin, Syin, Shad, Dhad, To', Zha', Lam dan Nun.
Idgham Syamsi terbahagi kepada dua bahagian:
Idgham Syamsi Bi Ghunnah (Idgham Syamsi dengan dengung):Ia terjadi
apabila Lam Ta'rif diidghamkan pada Nun.
Idgham Syamsi Bila Ghunnah (Idgham Syamsi tanpa dengung):Ia terjadi
apabila Lam Ta'rif diidghamkan pada Huruf-huruf Syamsiah selain Nun.
Sebab-sebab Idgham:
Lam Ta'rif dengan Lam adalah dua huruf yang sama pada makhraj dan sifat.
Lam dengan baki huruf Syamsiah yang lain adalah dua huruf yang mutaqariban.

ALIF LAM QAMARIAH (IZHAR QAMARI)

Alif Lam Qamariah juga dikenali dengan Izhar Qamari. Diizharkan Lam Ta'rif
apabila bertemu dengan mana-mana Huruf Qamariah. Huruf-huruf Qamariah
itu ada empat belas huruf iaitu Ba', Jim, Ha', Kha', 'Ain, Ghain, Fa', Qaf, Kaf,
Mim, Wau, Ha', Hamzah dan Ya'. Ia dinamakan Izhar Qamari kerana diizharkan
Lam tersebut kepada Huruf-huruf Qamariah; manakala sebab ia Izhar ialah
kerana Lam dan Huruf Qamariah adalah dua huruf Mutaba'idan.

RA' TARQIQ
Hukum ra adalah hukum bagaimana membunyikan huruf ra dalam bacaan; sama
ada tebal (tafkhim), tipis (tarqiq) atau harus dua wajah (boleh ditebalkan atau
ditipiskan).
Empat keadaan huruf ro yang mesti ditipiskan:

berbaris kasrah dan huruf bersabdu berbaris kasrah.


2. Huruf sukun dan huruf sebelumnya berbaris kasrah.
3. Huruf sukun kerana diwaqafkan dan sebelumnya huruf sukun dan sebelumnya
1. Huruf

pula huruf berbaris kasrah.


4. Huruf

diwaqafkan dan sebelumnya huruf

sukun.

RA' TAFKHIM
Hukum ra adalah hukum bagaimana membunyikan huruf ra dalam bacaan; sama
ada tebal (tafkhim), tipis (tarqiq) atau harus dua wajah (boleh ditebalkan atau
ditipiskan).
Enam keadaan huruf ro yang mesti ditebalkan:

berbaris fathah atau dhommah.


2. Huruf sukun dan huruf sebelumnya berbaris fathah atau dhommah.
3. Huruf diwaqafkan, sebelumnya huruf mad alif atau wau dan sebelum itu pula
1. Huruf

ada huruf berbaris fathah atau dhommah.


4. Huruf diwaqafkan, sebelumnya huruf sukun yang bukan huruf mad dan
sebelum itu pula ada huruf berbaris fathah atau dhommah.
5. Huruf sukun dan huruf sebelumnya ada hamzah wasal yang dikasrahkan secara
mendatang (kasrah aridh).
6. Huruf sukun dan huruf sebelumnya ada huruf berbaris kasrah dan selepasnya
ada huruf istila dalam satu perkataan.

FAWATIH AS-SUAR
Menurut bahasa fawatih adalah jamak dari fatihah, yang berarti pembukaan atau
permulaan atau awalan. Sedangkan kata suwar adalah jamak dari kata as surah,
sekumpulan ayat-ayat Al-Quran yang mempunyai awalan dan akhiran. Jadi
fawatihus suwar adalah pembukaan dari surat-surat atau beberapa macam awalan
dari surat-surat Al-Quran.
Di antara ciri-ciri surat-surat Makiyah adalah banyak surat-suratnya yang dimulai
dengan huruf-huruf potongan (muqattaah) atau pembukaan-pembukaan surat
(fawatih al-suwar).

Anda mungkin juga menyukai