Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Munurut sebuah blog bahasa Inggeris yang saya rujuk di internet bertajuk
Fundamentals of Piano Practise, secara umumnya, seorang pelajar piano harus
memahami definisi teknik terlebih dahulu kerana ketidakfahaman tentang maksud teknik
yang betul akan membawa kepada cara latihan yang salah. Kefahaman yang jelas tentang
teknik boleh membantu seseorang untuk berlatih dengan cara yang betul.
Pada kebiasaanya, ada juga yang berpendapat bahawa seseorang pemain piano
yang hebat adalah mewarisi ketangkasan jari dari ibu bapa mahupun keluarga mereka. Ini
adalah salah. Secara praktikalnya, sesiapa sahaja boleh belajar bermain piano dengan baik.
Jika dibuat pemerhatian, kita dapat melihat bahawa banyak orang kurang upaya atau cacat
dapat mempamerkan bakat muzikal yang luar biasa dengan memainkan piano dengan
hebat. Tetapi, malangnya ramai di antara kita yang mempunyai keupayaan tidak dapat
memainkan piano dengan baik kerana kekurangan beberapa maklumat ringkas tentang
definisi teknik. Memperoleh teknik sebenarnya adalah lebih kepada proses otak dan
perkembangan saraf seseorang, bukannya bergantung kepada kekuatan jari.
Teknik permainan piano adalah keupayaan untuk memainkan pelbagai petikan piano
yang berbeza-beza. Teknik permainan piano ini bukan sahaja dilihat dari aspek
ketangkasan, tetapi ianya merangkumi banyak kemahiran. Berdasarkan blog tersebut juga
ada mengatakan bahawa satu perkara yang menakjubkan mengenai teknik piano ialah
kemahiran piano boleh dipelajari dalam masa yang singkat jika prosedur pembelajaran yang
betul digunakan. Kemahiran ini boleh dicapai dalam dua peringkat iaitu mengenal pasti
bagaimana jari, tangan, dan lengan, harus digerakkan dalam mengaplikasikan sesuatu
teknik ataupun kemahiran. Peringkat kedua ialah berkaitan dengan kawalan, bukan
pembangunan kekuatan atau daya tahan jari dan otot.

1 | Page
MZP3112P ALAT MUZIK UTAMA PIANO

BAHAGIAN A : ULASAN KRITIKAL

Bagi menyempurnakan tugasan bahagian A yang tercatat dalam tugasan projek Alat
Muzik Utama (Piano) pada semester 4 ini, saya telah merakam dua buah video karya
bertajuk Rondo Alla Turca yang dimainkan oleh dua orang rakan saya iaitu Arina Mastura
dan Nelly Yawasang. Berdasarkan kedua-dua video tersebut, saya telah mengkaji kekuatan
dan kelemahan mereka dari segi teknik permainan piano seperti kemahiran ibu jari di bawah
jari kedua dengan tangan kanan, kemahiran memainkan slur, staccato, dan juga frasa yang
telah ditunjukkan semasa memainkan karya tersebut.

VIDEO 1 ARINA MASTURA

VIDEO 2 - NELLY BINTI YAWASANG

2 | Page
MZP3112P ALAT MUZIK UTAMA PIANO

VIDEO LAGU RONDO ALLA TURCA

3 | Page
MZP3112P ALAT MUZIK UTAMA PIANO

1) Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan Ibu Jari Di Bawah Jari Kedua Dengan


Tangan Kanan
Kemahiran pergerakan ibu jari di bawah jari kedua adalah satu kemahiran yang
penting bagi seorang pemain piano. Kemahiran ini penting bagi membolehkan seorang
pemain piano memainkan piano dengan licin dan baik. Berdasarkan video 1 yang
dimainkan oleh Arina Mastura, saya melihat bahawa pergerakan ibu jari di bawah jari
keduanya semasa memainkan lagu Rondo Alla Turca adalah amat baik. Pergerakan ini
dapat dilihat pada bar pertama, bar ke-2 dan juga bar ke-3 berdasarkan skor lagu tersebut.
Walaupun kemahiran pergerakan ibu jari di bawah jari keduanya telah baik, saya
menyarankan agar Arina membuat latihan yang lebih dari masa ke semasa dalam
memainkan skel dan juga lagu tersebut. Hal ini demikian dapat membantu dia memainkan
lagu Rondo Alla Turca dengan lebih baik dan sempurna.
Berdasarkan video 2 yang dimainkan oleh Nelly pula, saya mendapati bahawa dia
juga turut dapat mengaplikasikan kemahiran pergerakan ibu jari di bawah jari kedua dengan
tangan kanan dengan baik. Pada pandangan saya, Nelly tidak mempunyai masalah dari
aspek ini. Namun begitu dia perlu melakukan lebih latihan agar jarinya bergerak dengan
lebih lembut dan kelihatan tidak terlalu keras. Oleh itu, saya menyarankan agar Nelly
memperbanyakkan latihan bermain skel supaya dia lebih terbiasa dengan pergerakan ibu
jari di bawah jari kedua.

2) Aspek 2 : Slur
Menurut sebuah laman web bahasa inggeris yang bertajuk Music Education, slur
adalah satu notasi muzik barat atau teknik yang memerlukan seorang pemain muzik itu
memainkan alat muzik secara licin (legato). Hal ini juga telah saya rujuk berdasarkan laman
web Wikipedia.
Berdasarkan video 1 yang dimainkan oleh Arina, saya melihat bahawa teknik slur
yang diaplikasikan olehnya dalam memainkan lagu ini adalah baik. Jika dilihat pada skor
lagu tersebut, boleh dikatakan sebahagian daripada lagu tersebut mempunyai teknik slur.
Saya merasakan bahawa Arina tidak memandang ringan terhadap teknik slur yang harus dia
aplikasikan dalam memainkan lagu tersebut. Dia memainkan teknik slur dengan licin dan
bersih pada bahagian tangan kanan mahupun tangan kiri. Namun begitu, Arina harus
berlatih dengan lebih intensif agar permainannya akan menjadi lebih baik dan lancar tanpa
sebarang sekatan.
4 | Page
MZP3112P ALAT MUZIK UTAMA PIANO

Seterusnya, setelah meneliti video 2 yang dimainkan oleh Nelly, saya mendapati
bahawa Nelly tidak dapat mengaplikasikan teknik slur dengan baik. Kesalahan ini dapat
dilihat pada tangan kiri bermula dari bar 1, bar 2, bar 11, bar 13, bar 18, bar 19 dan juga bar
21. Pada pandangan saya, saya yakin bahawa Nelly faham akan cara memainkan teknik
slur tersebut. Tapi, dia mungkin belum dapat mengaplikasikan teknik slur tersebut dengan
baik pada keseluruhan lagu. Saya menyatakan demikian kerana, jika dilihat pada permainan
tangan kanannya, Nelly dapat memainkan teknik slur dengan baik. Bagi mengatasi masalah
ini, saya mencadangkan agar Nelly melakukan latihan intensif secara terperinci bar demi bar
atau frasa demi frasa sehingga dia dapat mengaplikasikan teknik slur dengan baik dan licin.
Pengaplikasian teknik slur ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana ia dapat
menjadikan lagu yang dimainkan lebih hidup dan sedap didengar.

3) Aspek 3 : Staccato
Selanjutnya, aspek ke-3 iaitu teknik staccato. Merujuk sebuah blog yang saya baca
di internet, staccato adalah satu istilah untuk menyatakan bagaimana sesebuah lagu/karya
itu dimainkan. Staccato bermaksud dimainkan secara pendek atau tersentak-sentak. Hal ini
juga telah saya rujuk berdasarkan sebuah buku berjudul Music Theory karya Loh Phaik
Kheng.
Berdasarkan video 1 yang dimainkan oleh Arina, saya berpendapat bahawa Arina
dapat memainkan teknik staccato ini dengan baik pada hampir keseluruhan lagu. Teknik
staccato yang dimainkan olehnya terdengar jelas dengan bunyi yang pendek dan tersentaksentak sesuai dengan definisi staccato itu sendiri. Namun begitu, Arina tidak dapat
mengaplikasikan teknik staccato ini dengan baik pada keseluruhan lagu. Hal ini kerana,
saya dapat mengenalpasti kesalahan pada bar 23 di mana teknik staccato yang dimainkan
oleh tangan kirinya agak panjang sedikit tidak sama seperti teknik staccato yang seharusnya
dimainkan. Saya berpendapat bahawa Arina mungkin terlepas pandang akan teknik staccato
yang harus dia aplikasikan pada not G dan not A dalam bar 23 tersebut. Secara
keseluruhannya, saya dapat melihat kekuatan yang ada pada Arina terhadap kefahamannya
tentang definisi staccato dan cara memainkkannya. Namun begitu, terdapat juga kelemahan
kerana dia tidak dapat mengaplikasikan teknik tersebut sepenuhnya dalam memainkan
karya tersebut. Hal ini mungkin dapat diatasi sekiranya dia lebih fokus semasa memainkan
karya tersebut.

5 | Page
MZP3112P ALAT MUZIK UTAMA PIANO

Berdasarkan video 2 yang dimainkan oleh Nelly pula, saya dapat melihat bahawa
Nelly tidak dapat mengaplikasikan teknik staccato dengan sepenuhnya pada keseluruhan
lagu. Saya berkata demikian kerana terdapat banyak kesalahan yang telah dilakukan pada
bar-bar

tertentu

yang

sepatutnya

dimainkan

teknik

staccato,

namun

dia

tidak

mengaplikasikannya. Sebagai contoh adalah pada not krocet dalam bar 1 dan bar 2 yang
dimainkan dengan tangan kanan. Dia memainkan not itu dengan panjang dan tidak
tersentak-sentak. Selain itu, perkara yang sama juga turut saya lihat pada bar 3 dan bar 7
yang dimainkan dengan tangan kiri. Pada pendapat saya, perkara ini mungkin berlaku
disebabkan oleh Nelly memainkan lagu tersebut tanpa melihat skor. Dia memainkan karya
ini dengan menghafal dan mengingat setiap bahagian pada lagu tersebut supaya lebih
mudah dimainkan. Hal ini telah menyebabkan dia terlepas pandang akan teknik-teknik yang
seharusnya diaplikasikan olehnya semasa memainkan lagu tersebut. Memainkan lagu ini
tanpa melihat skor adalah satu kelemahan yang dapat saya lihat pada Nelly. Namun begitu,
saya tidak menafikan bahawa dia memahami konsep ataupun definisi staccato dan
bagaimana ia harus dimainkan. Saya berkata demikian kerana dia ada mengaplikasikan
teknik tersebut pada beberapa bahagian dalam karya tersebut. Misalnya, pada bar 4, bar 5,
bar 6 dan bar 7. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, suka saya memberi saranan kepada
Nelly supaya berlatih memainkan lagu tersebut dengan melihat skor di samping berlatih
secara intensif supaya dia lebih peka terhadap teknik staccato yang sepatutnya
diaplikasikan.

4) Aspek 4 : Frasa

Menurut sebuah blog bahasa inggeris yang bertajuk Music For Life, frasa
bermaksud satu

Berdasarkan video 1 yang dimainkan oleh Arina, saya mendapati bahawa Arina tidak
dapat memainkan lagu tersebut sepenuhnya dengan baik. Saya menyatakan demikian
kerana Arina tidak dapat memainkan frasa ke 3, frasa ke 5 dan juga frasa ke 6 lagu tersebut
dengan lancar dan secara tersekat-sekat. Hal ini berlaku mungkin kerana Arina tidak
terhadap skor semasa memainkan lagu tersebut. Bermain piano sambil membaca skor
adalah perkara penting yang harus dititikberatkan oleh seorang pemain piano kerana ia
dapat membantu supaya kita tahu apa yang sedang dimainkan dan di mana kita sedang
6 | Page
MZP3112P ALAT MUZIK UTAMA PIANO

bermain berdasarkan skor tersebut. Oleh itu, saya menyarankan agar Arina berlatih frasa
demi frasa memainkan lagu tersebut di samping bermain sambil membaca skor. Jika latihan
seperti ini terus dipraktikkan dari masa ke semasa, Arina akan dapat memainkan lagu
Rondo Alla Turca ini dengan yakin dan lancar.

RUJUKAN

http://fundamentalpiano1.blogspot.com/2006/03/what-is-piano-technique.html. (n.d.).
Retrieved Mac 10, 2014, from what-is-piano-technique.html:
http://fundamentalpiano1.blogspot.com/2006/03/what-is-piano-technique.html

http://houseofmusiceducation.blogspot.com/. (n.d.). Retrieved Mac 10, 2014, from


http://houseofmusiceducation.blogspot.com/

http://keyboardiz.com/?p=article&id=98. (n.d.). Retrieved Mac 10, 2014, from


?p=article&id=98: http://keyboardiz.com/?p=article&id=98

http://nadaitu.blogspot.com/2010/06/pengertian-dan-unsur-aransemen.html. (n.d.). Retrieved


Mac 10, 2014, from pengertian-dan-unsur-aransemen.html:
http://nadaitu.blogspot.com/2010/06/pengertian-dan-unsur-aransemen.html

http://www.merriam-webster.com/dictionary/technique. (n.d.). Retrieved Mac 10, 2014, from


dictionary/technique: http://www.merriam-webster.com/dictionary/technique
7 | Page
MZP3112P ALAT MUZIK UTAMA PIANO

http://www.pianofundamentals.com/book/en/1.I.2. (n.d.). Retrieved Mac 10, 2014, from


book/en/1.I.2: http://www.pianofundamentals.com/book/en/1.I.2

http://www.pianostreet.com/smf/index.php?topic=2583.0. (n.d.). Retrieved Mac 10, 2014,


from http://www.pianostreet.com/:
http://www.pianostreet.com/smf/index.php?topic=2583.0

8 | Page
MZP3112P ALAT MUZIK UTAMA PIANO