Anda di halaman 1dari 4

SENARAI TUGAS GURU KANAN MATA PELAJARAN

Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai tugas dan tanggungjawab serta
peranan untuk semua Guru Kanan Mata Pelajaran yang dilantik menjawat jawatan
tersebut di Sekolah Menengah. Panduan ini hendaklah dibaca dengan teliti dan diikuti.
Jika perlu, Pengetua hendaklah membuat penyesuaian mengikut keadaan di
sekolahnya.
Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah bertanggungjawab kepada Pengetua dalam
menjalankan tugas dan tanggungjawabnya, dan memainkan peranan positif berkaitan
dengan jenis mata pelajaran di bawah kawalannya.
Untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan, bersesuaian dengan aspirasi
Falsafah Pendidikan Negara, Guru Kanan Mata Pelajaran wajib memainkan peranan
utama bagi menentukan matlamat dan objektifnya tercapai melalui KBSM.
Guru Kanan Mata Pelajaran bertanggungjawab mempertingkatkan prestasi pengajaran
guru dan pembelajaran pelajar di sekolah serta menyediakan khidmat bantu yang
secukupnya di samping menjadikan iklim dan budaya pengajaran dan pembelajaran di
dalam sistem pendidikan sekolah berjalan lancar.
Mata Pelajaran di bawah bidang kelolaan Guru Kanan Mata Pelajaran adalah seperti
yang berikut:
Mata-Mata Pelajaran Dalam Bidang Bahasa

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain yang diajar
Kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan Dalam Bahasa Inggeris
Pengajian Am

Mata-Mata Pelajaran Dalam Bidang Kemanusiaan

Geografi
Sejarah
Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
Pendidikan Seni
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Mata-Mata Pelajaran Dalam Bidang Sains dan Matematik


Sains
Sains Tambahan
Fizik

Kimia
Biologi
Matematik
Matematik Tambahan

Mata-Mata Pelajaran Dalam Bidang Vokasional dan Teknologi

Kemahiran Hidup Bersepadu


Kemahiran Hidup Menengah Atas
Ekonomi Rumah Tangga
Sains Pertanian
Perdagangan
Prinsip Akaun
Ekonomi Asas
Ekonomi
Lukisan Kejuruteraan
Teknologi Kejuruteraan
Dan mata-mata pelajaran lain yang diperkenalkan

Senarai Tugas
1.0

Kurikulum

1.1. Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu.


1.2. Memimpin guru-guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran Penggal,
Mingguan, Harian dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.
1.3. Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin perjalanan panitia-panitia mata
pelajaran di bawah kawalannya.
1.4. Menjalankan Penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
1.5. Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggarakan
dengan berkesan.
1.6. Membantu dan membimbing guru-guru pelatih dalam latihan mengajar, guru-guru
yang baru dan guru-guru sandaran dalam menjalankan tugas-tugas mereka.
1.7. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya dan mengambil
tindakan sewajarnya.
1.8. Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan dan
pengayaan.
1.9. Membantu dalam perancangan program dan penyelarasan kegiatan kurikulum
yang dijalankan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian,Jabatan
Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.10. Membantu dalam pemilihan buku teks, bahan pusat sumber, alat pandang dengar
dan lain-lain bahan sumber pendidikan.
1.11. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan lain-lain jawatankuasa yang
diarahkan oleh Pengetua.
1.12. Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan, dan perjumpaan di sekolah
dalam konteks perkembangan staff.
1.13. Mendapat dan menyebarkan maklumat-maklumat terbaru mengenai kaedah dan
pendekatan-pendekatan pengajaran yang berkesan kepada guru-guru.
1.14. Menjalankan usaha mempertingkatkan dan memperluaskan amalan menggunakan
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang merentas kurikulum.
1.15. Mengenal masalah-masalah kelemahan pelajar dan masalah disiplin serta mencari
langkah-langkah mengatasinya.

2.0

Kokurikulum

2.1.

Merancang, menyelaras dan melaksana segala kegiatan kokurikulum yang


bersifat akademik yang membantu meningkatkan kecemerlangan akademik
berkaitan dengan bidangnya.

2.2.

Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan yang berkaitan


dengan bidangnya.

3.0

Pengurusan dan Pentadbiran

3.1.

Membantu menentukan dan mengagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di


bawah bidang serta kawalannya.

3.2.

Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guruguru.

3.3.

Membantu menyelenggarakan dan menyelaras kutipan data atau maklumat dan


segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.

3.4.

Membantu merancang Takwim Sekolah.

3.5.

Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang dan kawalannya.

3.6.

Menyediakan
perbelanjaan.

anggaran

belanjawan

tahunan

sekolah

dan

mengawal

3.7.

Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit


tahunan.

3.8.

Menjaga dan menyemak stok serta inventori segala peralatan, barang atau
bahan yang berkaitan dengan bidangnya.

3.9.

Menentukan aspek-aspek penyemaian nilai-nilai murni dan amalannya berlaku di


bilik darjah dan di sekolah.

3.10.

Menentukan pelajar-pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik


darjah dan menjaga keselamatannya.

4.0

Tugas-tugas lain

4.1.

Berhubung dengan Pusat Kegiatan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah / Bahagian


dan pusat sumber Pendidikan Negeri mengenai apa juga maklumat dan bantuan
yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan guru-guru.

4.2.

Berhubung dengan Guru Kanan mata pelajaran sekolah lain yang berhampiran
bagi tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan
keupayaan dan pengetahuan.

4.3.

Melengkapkan Bilik Gerakan Sekolah dengan data atau maklumat mengenai


semua mata pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil.

4.4.

Membantu pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan,


penyediaan jadual waktu sekolah, dan urusan Pusat Sumber.

Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberikan oleh Pengetua dari