Anda di halaman 1dari 7

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

merupakan komitmen kerajaan bagi melengkapkan murid dengan kemahiran


baru agar merebut peluang dan menangani cabaran abad ke-21.Awal
pembangunan pelan itu bertumpu kepada bentuk murid yang bakal ditampilkan
dan bagaimana bentuk sistem pendidikan dan sokongan yang dapat disediakan
mencapai hasrat yang diinginkan.Terdapat lima aspirasi sistem pendidikan, enam
aspirasi murid dan 11 anjakan yang mampu memimpin kepada perubahan serta
transformasi sektor pendidikan agar Malaysia dapat bersaing di peringkat
antarabangsa.Setiap satu aspirasi dan anjakan ini mempunyai kaitan, malah bagi
tempoh 13 tahun pelan berlangsung, sudah ditetapkan setiap rancangannya
agar tiada aspek yang tercicir. 11 anjakan PPPM ini dilaksanakan dalam tiga
gelombang. Gelombang 1 (2013-2015), mengubah sistem dengan memberi
sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras. Gelombang 2
(2016-2020) mempercepatkan peningkatan kemajuan sistem dan Gelombang 3
(2021-2025) beranjak ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluasan
operasi.
Anjakan 4 : Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan
merupakan salah satu daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025.Dalam kamus Deuan Edisi Ketiga, transformasi membaua
maksud perubahan bentuk iaitu meliputi sifat, rupa atau keadaan. Jika mahu
dihuraikan pengertian transformasi, kita perlu meneliti akar kata atau kata dasar
yang membentuk perkataan itu. Istilah transformasi juga diambil daripada
perkataan Inggeris iaitu transformation yang dibina daripada dua kata dasar iaitu
trans dan form. Trans bermaksud melintasi dari satu sisi ke sisi lainnya atau
melampaui, manakala kata form bererti bentuk. Jika istilah transformasi
digunakan dalam bentuk kata kerja, maka kita menyebutnya sebagai

mentransformasikan

yang

bermakna

mengubah

dan

juga

bererti

mengalihkan. Jelas, perkataan transformasi yang digunakan oleh kerajaan hari


ini bukan istilah jargon yang tidak mempunyai makna signifikan terhadap
kehidupan masyarakat dan negara. Ia mempunyai makna sangat luas. Maka
dengan ini,sistem pendidikan negara kita sememangnya perlu diubah bagi
memastikan pembangunan insan seimbang dapat dilaksanakan.
Anjakan keempat ini telah menggariskan beberapa tujuan penting yang
perlu dilaksanakan bagi melahirkan guru berkualiti. Antaranya mengetatkan
syarat lantikan guru mulai 2013 iaitu dalam kalangan garduan 30%
teratas,meningkatkan kualiti CPD mulai 2013 dengan lebih tumpuan keatas
keperluan

individu

dan

latihan

berasaskan

sekolah,memastikan

guru

memberikan fokus ke atas fungsi teras pengajaran mulai 2013 dengan


mengurangkan beban pentadbiran,melaksanakan laluan kerjaya guru berasakan
kompetensi dan prestasi mulai 2016,meningkatkan laluan guru untuk peranan
kepimpinan,pakar pengajaran dan pakar bidang khusus menjelang 2016 dan
membudayakan kecemerlangan berdasarkan pimpinan rakan sekerja dan proses
pensijilan mulai 2025.
Bagi pandangan saya,transformasi keguruan sebagai profesion pilihan
dapat direalisasikan dengan pemilihan calon-calon guru haruslah bukan sahaja
dari kecemerlangan akademik dan sahsiah, malah juga perlu memiliki cirri-ciri
keguruan,

bersungguh-sungguh

ingin

menjadi

guru,

bangga

dengan

profesionnnya dan yakin dengan kebolehannya untuk memikul amanah,


memupuk generasi yang boleh diletakkan sebaris dengan bangsa-bangsa
lain.Kriteria pemilihan wajar merangkumi maklumat bakal guru berasaskan data
penilaian taksiran sahsiah, bakat kecerdasan dan pencapaian akademik dalam
peperiksaan awam. Dalam hal ini, pengenalpastian ciri dan kriteria berkenaan
boleh dilakukan dengan mengenalpasti amalan-amalan utama oleh pendidik
guru serta amalan-amalan oleh guru yang dipilih sebagai guru cemerlang atau
master teacher.

Bagi memastikan calon-calon berkualiti dipilih menyertai profesion


keguruan, kerajaan telah mengetatkan lagi syarat pengambilan guru .Demi
memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 tercapai,
kerajaan telah mengambil langkah tegas dalam soal kelayakan mereka yang
bakal bergelar pendidik. Kementerian Pendidikan menetapkan hanya 30 peratus
sahaja calon terbaik untuk menggalas tanggungjawab sebagai guru.Syarat
pengambilan guru itu terpaksa diperketatkan bagi memastikan matlamat
kerajaan menjadikan sekolah tempatan sebagai satu pertiga terbaik di dunia
tercapai menjelang 2025.
Di samping itu, Pembangunan Profesional Berterusan (Continuing
Professional Development) mulai tahun 2013 akan dipertingkatkan dengan
memberi tumpuan terhadap keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah.
Bagi menjamin kualiti perkhidmatan guru , kementerian pelajaran Malaysia perlu
membaik pulih dan menaik taraf sekolah yang daif dan membina bnyak rumah
guru. Ini menjamin kebajikan guru. Seterusnya, usaha membaiki persekitaran
tempat kerja guru perlu diteruskan.Bilik guru mestilah dilengkapkan dengan
kemudahan-kemudahan yang sesuai dan mempunyai ruang kerja yang selesa.
Mewujudkan hubungan yang baik di kalangan warga sekolah, guru-guru pelajar
dan pentadbir. Ini mweujudkan suasana tempat kerja yang selesa dan kondusif
bagi seorang guru untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih
berkesan. Bagi menghargai dan menjamin kebajikan guru yang bertugas di
kawasan pedalaman, wajar diperuntukkan skim insuran khas untuk guru-guru
yang terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh dan berbahaya untuk ke
sekolah khususnya di pedalaman Sabah dab Sarawak.Dengan adanya skim
tersebut, guru akan merasakan pengorbanan mereka dihargai seterusnya
menjadi pendorong untuk mereka menjalanakan tugas dengan penuh yakin dan
bersemangat tinggi.
Kerajaan juga memastikan guru memberi fokus kepada fungsi
teras pembelajaran dan pengajaran dengan mengurangkan beban pentadbiran

mulai tahun 2013.Bidang di dalam bilik darjah tidaklah memberi masalah kepada
guru-guru, cuma bidang di luar bilik darjah seperti kehadiran pelajar, pendaftaran
pelajar yang perlu dibuat secara online yang sebenarnya memberi beban kepada
guru kerana perkara itu memerlukan masa untuk menyelesaikannya.Oleh
itu,Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengumumkan
urusan pentadbiran sekolah akan diambil alih oleh pembantu pentadbiran secara
berperingkat bagi mengurangkan bebanan tugas guru.Sekurang-kurangnya
seorang pembantu pentadbiran akan ditempatkan di setiap daripada 10,000
buah sekolah di negara ini secara berperingkat.Dengan keputusan tersebut,
guru-guru dapat memberi tumpuan kepada tugas pengajaran di dalam bilik
darjah dan tidak terbeban dengan tugasan di luar bidang mereka.
Dalam merencanakan profesion guru cemerlang ini juga dalam abad ke21 penyediaan geran penyelidikan juga adalah penting untuk membantu menaik
tarafkan profesionalisme guru dalam kemajuan kerjaya mereka. Kemudahan
geran penyelidikan misalnya turut memberi laluan kepada para guru untuk
meningkatkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi adalah terbuka luas. Di
samping dapat melahirkan sebilangan besar guru yang lebih berkemahiran
berfikir aras tinggi seterusnya dapat membantu melahirkan masyarakat yang
juga dapat berfikir (thinking society) secara kritis, kreatif dan inovatif. Proses
melahirkan modal insan yang berinovatif dan berkemahiran tinggi ini merupakan
sebahagian pelaburan besar pendidikan untuk menjamin kemajuan ekonomi dan
kesejahteraan

negara.

Seorang guru juga hendaklah sentiasa bersedia membantu rakan


sejawat terutamanya mereka yang baharu dalam profesion perguruan dan
sentiasa menjaga tingkah laku supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan. "Hendaklah kamu tolong menolong dalam kebaikan dan ketaqwaan,
dan janganlah saling membantu dalam perbuatan dosa dan permusuhan. Dan
bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras dalam hukuman-

Nya.{QS: Al-ma'idah :2}.Melalui ayat ini Allah swt. menyuruh umat manusia
untuk

saling

membantu,

tolong

menolong

dalam

mengerjakan

kabaikan/kebajikan dan ketaqwaan. Sebaliknya Allah melarang kita untuk saling


menolong dalam melakukan perbuatan dosa dan pelanggaran.
Kesimpulannya,bidang pendidikan sentiasa bergerak maju ke hadapan.
Perubahan-perubahan yang berlaku adalah untuk memenuhi kehendak negara
merealisasikan hasrat wawasan 2020.Oleh itu,sewajarnya guru sentiasa
berusaha mempertingkatkan kecekapan kemahiran serta menjaga etika
profesion keguruan. Kejayaan sesebuah masyarakat dan negara berteraskan
kepada kegigihan golongan pendidik yang berilmu dan beriltizam tinggi serta
menjadi contoh pengamal ilmu yang terbaik. Pengiktirafan masyarakat terhadap
golongan guru adalah bergantung kepada guru itu sendiri. Usaha pihak kerajaan
menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani
ramai tidak akan berjaya sekiranya guru itu sendiri tidak berusaha bersungguhsungguh

untuk

merealisasikannya.

Bidang

pendidikan

juga

merupakan

pelaburan terpenting bagi sesbuah negara, dan gurulah pemankin utama yang
menjadi tonggak dalam memastikan segala hasrat kerajaan tercapai. Komitmen
dan dedikasi guru membawa perubahan kepada msyarakat seterusnya memacu
negara menacapai matlamat wawasan 2020 iaitu menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang maju.

REFLEKSI
Untuk mengetahui sejauh mana pentingnya profesion perguruan dalam
Islam, Al-Quran dan hadis ada menjelaskan antaranya, Allah s.w.t berfirman:
"Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat
pengajaran yang baik". (Surah an-Nahl: 125). Dan Rasulullah s.a.w bersabda:
"Bahawasanya jika kamu mengajar seseorang, lalu dia mendapat kebajikan yang
lebih berharga daripada dunia dan segala isinya".Jika diteliti maksud ayat al-

Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w yang diutarakan ini, jelas menunjukkan akan
keutamaan-keutamaan
perguruan.Seorang
pengajaran

itu

mengajar

pendidik

merupakan

mestilah

khususnya
menyedari

tanggungjawab

dan

dalam
akan

profesion

hakikat

amanah

bahawa

yang

mesti

dilaksanakan. Ini kerana kecemerlangan pendidikan banyak bergantung kepada


kualiti dan kepakaran guru.
Oleh itu, guru berkualiti merupakan faktor penentu kepada peningkatan
prestasi sekolah dan pencapaian murid.Justeru, peluang untuk para guru
menjalani latihan kemahiran berterusan serta laluan kerjaya yang lebih luas perlu
diberikan perhatian selain dapat meningkatkan lagi mutu P&P dalam
perkhidmatan seorang guru. Apabila prestasi guru meningkat secara tidak
langsung ia akan memberi kesan positif kepada prestasi pelajarnya.
Sebagai murabbi, guru bukan sahaja bertindak untuk mengajar
beberapa subjek mengikut sukatan pelajaran tertentu tetapi mereka turut
berperanan untuk sama-sama mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah
anak didik mereka menjadi manusia yang berilmu, bertakwa dan beramal soleh
serta

mengajak ke

arah

kebaikan

dan

mencegah

kemungkaran

atau

melaksanakan konsep amar ma'ruf dan nahi munkar yang dapat melahirkan
pelajar yang memiliki keperibadian yang luhur.
Bagi pendapat saya, kelayakan untuk menjadi guru yang sebenarnya adalah
minat. Jika kelayakan seseorang itu 10B tetapi kerana minat yang tinggi dalam
kerjaya ini, sudah tentu dapat melahirkan pekerja yang mantap. Hasil kajian dan
pemerhatian, guru-guru dahulu yang mengajar anda dan juga penulis bukanlah
berkelulusan 10A tetapi berjaya melahirkan pelajar yang hebat. Bagi penulis,
minat tetap nombor satu dalam memilih apa jua bidang kerjaya. Sepatutnya
syarat minumum perlu dalam kerjaya ini dan beri peluang kepada mereka yang
menunjukkan kesungguhan dan minat dalam kerjaya ini.