Anda di halaman 1dari 17

IBLIS DAN ALAMNYA - siri 2

IBLIS DAN ALAMNYA (Musuh Kamu Yang


Paling Nyata)
Mukasurat 2

Adalah dinasihatkan supaya anda membaca   siri1   sebelum membaca


siri2 ini dan siri-siri berikutnya bagi mengelak kekeliruan

MASAALAH MELAYU BER JIN :


Setelah kita telah didedahkan dengan sebahagian daripada masaalah orang-orang
Melayu yang membela Sahabat, Khadam, Saka Daulat, Saka Keturunan dan lain-lain
nama yang searti dengannya di mukasurat 1, mari kita lihat masaalah sebenar kenapa
orang-orang Melayu suka sangat membela Jin atau berJin, jika menurut perkataan yang
sebenar bahasa digelar berhantu.
Anggapan bahawa hantu tidak sama dengan Jin menyebabkan mereka menerima
kehadiran Jin dengan baik seolah-olah kaum Jin itu lebih tinggi darjatnya dari hantu
dan berbeza antara mereka. Pada hal mereka itu didalam kelompok yang sama, sehati
sejiwa dan mengidamkan manusia-manusia untuk dijadikan hambanya seperti binatang
ternakkan.

Penyabab utama yang dapat dikenal pasti adalah mereka merasakan suatu kuasa ghaib
perlu membantu mereka untuk menjaga keluarga, anak bini, ruman, kebun, harta,
kampong, kawasan, dearah dan negeri. Juga adalah kerana asalusul nenek moyang yang
tidak terdedah dengan soal kebenaran dan kesalahan atau keburukan dan kebaikkan
atas semua kepercayaan yang telah mereka anuti, pegang dan yakini. Mereka telah
terbiar tidak beragama sekian lama berabat-abat sebelum kedatangan Islam ke
Nusantara. Diwaktu itulah kepercayaan kepada Dewa, Syaitan dan Iblis atau
Kepercayaan Kebatinan bermahrajalela tersebar begitu luas oleh puak-puak yang
datang terdahulu sebelum Islam seperti kepercayaan sesat Pagan Majusi Mesir Kuno
Sembah Dewa, Majusi Mesir Sembah Api, Hindu sembah Dewa, ditambah dengan puak-
puak Melayu itu sendiri mempunyai Tok Batin, Tok Dukun dan Tok Pawang yang sangat
kreatif mencipta sendiri "Tuhan" mereka dengan segala bentuk penyembahaan, adat
istiadat, pemujaan, persemadian, retual, jampi serapah, persembahan tanda taat setia
yang akhirnya berkembang biak menjadi pegangan hidup orang-orang Melayu
dikebanyakan negeri, daerah dan perkempongan mereka. Kemudian mereka menopoli
pihak-pihak Ketua Puak-puak Melayu, Raja-raja Melayu, Pemimpin Masyarakat Melayu
setempat mempamirkan Ilmu Sihir, Ilmu-ilmu Sakti, Megik, Silap Mata (semua ketogari
sesat belaka). Kemudian menyatakan semua itu hasil taat kepada 'Tuhan Dewata' (Iblis
la tu) mereka itu yang kemudiannya telah membuat semua pemimpin Melayu itu
kehairanan, Pelik dan Taksub lalu mengambil Tok- tok Dukun atau pun Pawang tadi
menjadi Penasihat Raja.

Maka senanglah Dukun atau Pawang tadi menetapkan halatuju pemerantahan Raja itu
kerana diberi pangkat dan diberi tugas didalam hal ehwal Adat Istiadat Istana.
Kemudian semakin jauh ia akan menguasi Raja apabila ia menjadi tempat rujuk Raja,
apa juga masalah pentibiran akan dirujuk dahulu kepada Penasihat Negara, Pawang
Negara dan Ahli Nujum Negara, maka dikala inilah ia dapat menukarkan ' agama
Istana' kedalam agama yang dia anuti atau kepercayan baru ciptaannya. Raja yang telah
terpengaruh itu dengan mudah mengikut sahaja sebab telah di mind control (pukau).
Jika Raja telah menganuti dan memegang kepercayaan, Umpamanya Majusi Sembah
Dewa, maka semua rakyatnya akan mengikut pula, Jadi tidak susah lagi kerja Tok
dukun, tok Pawang tadi untuk menyebarkan ajaran sesat mereka diseluruh negara.
Pawang dan Dukun ini pula mengada-adakan adat istiadat dan upucara yang bukan-
bukan sebagai contoh Upucara Sembah Beradap, Upucara Pertabalan, Upucara
Berarak Junjung Duli Tuanku, Upucara Sembah, Upucara Bersemayam, Upucara
Mandi, Upucara Gendang Nafiri dll untuk golongan Raja. Kemudian menyusun kata-
kata seperti seolah-olah Raja tu dah jadi dewa atau tuhan. Sebagai contohnya beta,
patek, memjunjung duli, mencemar duli, daulat Tuanku. Dalam kajian yag dibuat,
perkatan- perkataan ini ada dua maksud. Maksud diluar seperti biasa saja, seolah-olah
rakyat semua menhormati raja yang telah biasa di amalkan oleh orang-orang melayu
pada waktu itu. Tetapi jika diselak disebalek kata-kata itu penuh dengan sanjungan
melampau seolah-olah dewa atau sama taraf denganTuhan. Perkataan Tuanku adalah
berasal dari kata Tuhan-ku. Patek bermaksud Anjing (jadi rakyat ni semua sanggup
sampai mengelar diri mereka itu anjing), Duli bererti gusti (bahasa jawa) ertinya dewa
tuhan, Sembah ertinya sujud kepada dewa (dari perkataan Sembah yang - sembah dewa
yang) , Daulat sejenis Raja Iblis keturunan Ifrait, bersemayam ertinya naik atau duduk
ditempat tertinggi seperti Tuhan, Permainan Nafiri itu alat-alat puja dewa kuno orang-
orang asli dan berbagai lagi ciptaan Dukun dan Pawang yang mesti diikut, jika tidak
Duli Daulat akan marah dan mengamuk. Adat istiadat inilah yang tidak pernah dibuang
walaupun mereka kemudiannya memeluk agama Islam. Hanya Nama saja berubah,
tetapi amal perbuatan penyembahan kepada dewa ini sampai sekarang diamalkan.

Kepada orang awam, Batin, Pawang dan Bomoh pula mesti berbuat sesuatu yang tidak
nampak sesat, alasannya ialah "untuk tujuan perubatan", "Tak apa, sikit je", "Nak baik,
dibolehkan...(membuat sesuatu bertentangan Syarak) membuang ancak, membuang sial,
mandi bunga, mandi minyak dan semah darah ayam, kambing, kerbau dll. Membakar
kemenyan, stanggi, colok dan lilin dimestikan. Sebenarnya semua jenis pekara yang
disebuatkan ini adalah merupakan "ISYARAT" memanggil, penyatuan dan masuk dalam
badan. Jin akan menerima isyarat ini dan memulakan kerja jahatnya pada manusia.
Adalah diingatkan, sebarang bentuk isyarat pada jin sangat penting pada mereka.
Tampa isyarat yang kita buat, dia tidak boleh berbuat apa-apa, kecuali jin yang sedia
ada dalam badan pesakit tadi. Begitulah serba sedikit contoh pujaan, anutan dan
kepercayaan kuno masarakat Melayu yang masih lagi berlaku sampai sekarang.

Apabila Mubalig-mubalig Islam datang atas arahan Baginda Rasullah saw, maka
didapati kerajaan-kerajaan tersebut telah mempunyai kepercayaan dan satu jenis
pegangan seoleh-olah agama anutan mereka. Memang sesetengah Raja Melayu berjaya
di Islamkan oleh mubalig-mubalig Islam tadi. Tetapi sebenar-benarnya mereka tidak
meninggalkan adat istiadat lama mereka. Sebab itulah hingga kehari ini semua Raja-
raja Melayu akan melalui proses yang sama dalam adat istiadat kuno itu semasa
pertabalan dan lain-lain lagi, dan yang paling nyata sekali semasa laungan "Daulat
Tuanku" itu berkumandang dilaungkan oleh semua rakyat dan pembesar -pembesar
negeri. Tahu kah anda semua apa sebenarnya berlaku ??? Inilah "Isyarat" yang
meletakkan "Dewa Daulat" sebagai ikutan dan pegangan sebenar mereka. Apa
sebenarnya nama DAULAT itu ??? Ia adalahNAMA SE EKOR JIN IBLIS PERINGKAT
TINGGI DARI KETURUNAN JIN AFARIT, laungan daulat tuanku bererti DAULAT
TUHAN KU seperti yang telah disebutkan diatas tadi. Bagaimana sekarang ??? Mana
ada sebut pasal Allah, pasal Rasullah. Ada dimana-mana perkataan Allah dan Rasullah
disebutkan ??? Semua ini kepercayaan kurafat dan sesat, baik dari segi Syarak, Akidah,
Akhlak, Pengorbanan diri dan Harta. Tidak ada dimana-mana hadis Rasullah saw
mengajar sahabatnya atau umatnya pekara seperti ini atau disebuat dimana-mana ayat
dalam Al Quran ajaran seumpama ini dan pastinya juga ulama-ulama dahulu dan
sekarang juga bersependapat tidak akan menbenarkan pekara kurafat seumpama ini
diterima dalam agama Islam

Adakah fakta ini benar ??? Sial tanyakan persoalan ini kepada Dato Dr. Hj Harun Din,
kerana beliau pernah menulis fakta yang sama didalam sebuah Akhbar Utama negara
ini pada suatu ketika dahulu. Beliau telah cuba merungkai permasaalah ini, namun
dipandang sepi oleh Pihak Istana, Pemimpin Negara, Jabatan Agama Islam, JPM, KDN,
Penyimpan Moho Besar Raja-raja, Majlis Raja-raja Melayu, Penyimpan Adat Istiadat
Diraja dan semua Masyarakat. Malahan beliau telah diberi amaran oleh beberapa pihak
berkepentingan didalam soal adat istiadat ini pula. Nah.... sampai bila??? Persolannya
sampai bila mahu disimpanPEKONG  ini ??? Pekong yang telah sampai kesom- som
tulang, pekong yang telah sebati dengan urat, daging dan darah orang-orang Melayu.
Fikirkanlah !

Anda tak puas hati lagi ??? baik, bukankah anda semua golongan terpelajar ? Sekarang
sudah masuk zaman Moden, zaman Milinium bukan lagi zaman Kuno. Fikir pakai Logik
akal....kawan nak tanya anda, dari mana datangnya "daulat Raja" (berlaku pekara
mencarek adat) itu ??? Ya, dari mana ??? sila jawab.... ??? tolong bagi hujah anda ???
Kawan pasti tuan-tuan semua akan mengaru kepala... atau melopong sahaja... atau
terdiam... nak cuba lagi...????????

Nak kawan tolong anda semua jawab ????

Adakah pekara mencarek adat itu merupakan "MAU'NAH" atau "KORAMAH"


(pertolongan dari Allah swt) kepada Raja itu tadi ????

ooooopppp sorry, itu tanya bukan jawab ????

Susah sangat ke nak menjawabnya ??? atau anda dah dapat teka, tapi tak boleh nak
cakap????
Takut kena marah dengan Raja ????

OK..... Bagi nak menentukan samada ia datang dari Allah atau tidak, kenalah dipastikan
dulu beberapa pekara, iaitu :

1) Bagaimana raja itu beribadat ???


2) Darimana ia belajar semua bab dan juzuk-juzuk pengajian Islam itu ???
3) Siapa Guru yang mentarbiah dan mengajar beliau ???
4) Darimana kah asas pengajian Syariat, Tauhid, Usuluddin dan Tasaauf yang beliau
dapat ???
5) Ada kah beliau pernah 'Mubaiaah' dengan mana-mana Ulama-ulama yang
Muktabar , atau paling kurang pun guru-guru yang mengambil ilmunya dari Ulama
Muktabar itu ???
6) Adakah Gurunya itu mempunyai Sanat Keilmuannya menyampai kepada Rasullah saw
???
7) Adakah Wasilah dan Rabitahnya juga menyampai ketangan Nabi saw ???
8) Adakah telah "bulat penyerahan dirinya kepeda Allah" atau pun menyampai Makrifah
nya kehadrat Allah swt ???

Jika kesemua 8 soalan diatas ini mempunyai jawapan yang betul, ya dan benar, maka
memang benarlah ia mendapat perlindungan dari sumber sebenarnya iaitu Allah swt.
yang dinamakan 'Mau'nah' atau juga dipanggil 'Makwanah' atau pun "Koramah"
(pertolongan Allah swt).

Tetapi jika sebaleknya tiada jawapan yang boleh diterima sebagai benar, maka
perlindungan atau pekara mencarek adat itu datangnya dari sumber yang dimurkai
Allah swt.............iaitu semestinya dari IBLIS LAKNATULLAH !!! (dinamakan 'Istidrajh',
atau 'Syakwazah').

Jika masih tidak berpuas hati lagi..... cari mana-mana Ustaz yang faseh akan bab ini dan
tanya. Atau anda boleh bertanya di TV 9 didalam program "Tanyalah Ustaz", kot Ustaz
boleh tolong berikan jawapan yang anda muskilkan.

Bukan nya apa tuan- tuan dan puan- puan seklian, bukan kawan nak buka aib sesiapa,
atau merendahkan keturunan sesiapa atau pun bukan juga kawan nak mencabar sesiapa.
Ini adalah tanggungjawab kita sesama Islam untuk menegur jika berlaku sesuatu
Kekufuran dalam Masyarakat. " Amal Makruf, Nahi Mungkar ". Kewajipan, Fardu
Kifayah didalam Syarak ini akan ditanya dihadapan Allah Rabuljalil diakhirat kelak,
Bagi setiap jiwa rakyat yang bernaung dibawah Kerajaan Malaysia yang indah ini. Kita
wajib menegur kepincangan ini samada dengan mulut, angota dan hati. Dari dekat atau
dari jauh. Jika kita tidak berbuat demikian, kita juga turut menerima padahnya kerana
membiarkan dan membenarkan terus pekara seumpama itu berterusan. Maka berlepas
dirilah anda semua dari masaalah fitnah Iblis yang sangat kronik dan besar ini kepada
orang-orang Melayu Islam ini khasnya. Adakah akan hilang kuasa kalau Raja-raja
Melayu tidak ber "Daulat" ? Sebenarnya mereka akan lebih baik lagi kedudukan mereka
didunia dan akhirat. Percayalah, semua orang-orang Melayu sentiasa menyokong
Rajanya walau apa pun terjadi, ia adalah jati diri Melayu. Tetapi Tuanku janganlah
mengambil yang lain selain Allah swt sebagai tempat berlindung kerana bukan Tuanku
seorang saja yang akan menanggung akibatnya malahan semua rakyat Tuanku juga
akan terpalit sama. Maka jalan terakhir bagi kami rakyat Tuanku ialah melepaskan diri
kami daripada fitnah ini.

Ikral dan doa melepaskan diri dari fitnah Iblis dalam bab ini ;
Bismillahirahmanirahim,

" Kawan dan semua peringkat perguruan yang bersama-sama kawan, Guru-guru, dan
semua rakan-rakan, sahabat-sahabat yang sealiran dengan kawan dan sesiapa juga
yang beragama Islam yang membaca rencana ini, hari ini dengan rasminya bahawa
kami semua melepaskan diri kami dari fitnah ini dan tiada lagi kaitan dengan kami akan
kesemua permasaalahan ini iaitu dari mereka-mereka yang ber Sakakan Jin atau
bersahabatkan Jin didunia dan akhirat. Semoga Allah menerima pelepasan diri kami ini
dengan berkat Nabi kami Muhammad saw di semua arah, bab dan juzuk-juzuknya.
Bahawa ikral ini menjadi saksi, anda semua dan kami juga turut menjadi saksi diakhirat
kelak bahawa kami telah membuat teguran didalam rencana ini. Jika mereka tidak mahu
berubah atau tidak mahu mendengar akan teguran ini, maka dikala itu putuslah
tanggungjawab Syarak diatas kami semua keatas mereka dan janganlah kami ditanyakan
lagi akan permasaalahan ini diakhirat kelak ".... amin ya rabal alamin.

( Kepada anda pembaca rencana ini, sila "Qhosad" dalam hati akan ikral melepaskan
diri ini supaya do'man kita semua melepaskan diri bersama-sama).

Teguran kawan ini bukan untuk golongan Raja-raja Kerajaan Melayu Islam saja,
malahan kesemua orang-orang Islam Melayu yang masih mempertahankan perbuatan
mereka membela, menyimpan dan menyangai akan semua jenis "sahabat" atau
'Khadam" dari puak Jin itu, samada mereka sedar atau pun tidak, suka atau pun tidak,
dengar atau pun tidak. INGAT... kami semua telah berlepaskan diri kami semua dari
perbuatan anda, tinggalah anda bersendirian dengan masaalah anda sampai bila-bila,
kekal ia selamanya. Nasihat kami kepada anda yang berkenaan.... Buanglah semua
'sahabat', 'khadam' atau 'jin saka' yang bersama dengan anda sebelum mata anda
tertutup. Amat besar seksaan yang sedang menenti anda yang telah disediakan Allah swt
diakhirat kelak iaitu Neraka Jahanam kepada mereka-mereka yang menyagutukanNya
dalam semua ibadah atau pun kerja buat mereka disemua tempat dan masa, sama ada
sedar atau tidak, sama ada anda tahu atau pun tidak, sama ada anda suka atau pun
tidak. Percayalah, seksaan bagi golongan yang kufur dan syirik itu amat pedih yang tak
terhingga dan ia kekal selama-lamanya didalan Neraka Jahanam bersama-sama dengan
"Sahabat" dan "Khadam" kesayangan anda itu.

Allah berfirman didalam surah Al Araaf ayat 179 yang mafhumnya ;

" Sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam kebanyakan diantara Jin dan
Manusia, bagi mereka ada jantung (Kalbi) hati, tiada mengerti dengan hatinya dan bagi
mereka ada mata, tiada melihat dengan matanya dan bagi mereka ada telinga, tiada
mendengar dengan telinganya. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat
lagi. Mereka itulah orang-orang yang leka".

Keterangan ayat : Allah telah mencitptakan Neraka Jahanam tempat kembali kepada
mereka yang bersekutu dengan Jin. Malah kedua-duanya sekali akan dicampakkan
kedalamnya. Mereka telah diberi segala keterangan terdahulu tetapi tidak mahu melihat
dengan mata mereka, mereka juga tidak mahu mendengar nasihat dan amaran yang
telah diberi didalam Al Quran dengan telinga-telinga mereka malahan mereka tidak
mahu membuka hati mereka untuk bertaubat. Mereka seperti binatang ternakan yang
ditarik hidungnya oleh Iblis dan Syaitan. Malahan menjadi lebih sesat dengan
kebodohan mereka itu. Hati mereka keras, otak mereka tertutup, semua pancaindera
mereka telah diikat sebab itu mereka tidak lagi dapat melepaskan diri dari perangkap
Iblis dan Syaitan. Jangan terjadi seperti ini.

Firman Allah didalam surah Jin ayat 6 yang mafhumnya;

" Dan sesungguhnya seorang lelaki diantara Manusia minta berlindung kepada
beberapa lelaki diantara Jin, lalu mereka (manusia) menjadikan jin-jin bertambah
sombong ".

Keterangan ayat: Begitu telah Allah gambarkan bahawa jika manusia meminta
pertolongan dari pihak Jin dengan Ber "sahabat " dengan mereka, bukannya akan
membetulkan keadaan, malahan menyebabkan kaum Jin itu bertambah-tambah sombong
dan bongkak terhadap Allah swt. Maka apabila manusia berkawan dengan musuh-
musuh Allah itu dengan sendirinyalah mereka itu sama seperti sahabat-sahabat mereka
itu juga.

Firman Allah lagi didalam surah An Nisak ayat 38 yang mafhumnya ;

"Barang siapa yang mengambil Syaitan menjadi temannya, maka Syaitan itu adalah
seburuk-buruk teman".

Keterangan ayat : Janganlah kita mengambil Jin sebagai sahabat, kerana Jin, Syaitan
dan Iblis itu sebenarnya Sahabat yang membawa kamu sesat dari jalan Allah swt untuk
selama-lamanya. Mereka hanya akan membawa keburukan kepada kamu dan tiada
kebaikan langsung.

Dan firman Allah didalam surah Al Mumtahinah ayat 1 yang mafhumnya ;

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh Ku dan musuh mu
menjadi wali (penolong atau penjaga), kamu hubungkan kepada mereka kaseh sayang
pada hal mereka itu kafir (Iblis yang kufur) kebenaran yang datang kepada mu. Mereka
mengusir rasul dan kamu (Nabi Adam as dan keturunannya), kerana kamu beriman
kepada Allah Tuhan mu, Jika kamu keluar berjuang pada jalan Ku dan menuntut
kereadhaan Ku, kamu rahsiakan kepada mereka kaseh sayang Pada hal Aku mengatahui
apa-apa yang kamu sembunyikan dan apa-apa yang kamu lahirkan. Barang siapa
berbuat demikian diantara kamu, maka sesungguhnya ia telah sesat dari jalan yang
lurus ".

Keterangan ayat: Sesetengah Ulama tafsir menggunakan juga ayat ini sebagai bentuk
larangan bersahanat dengan golongan Jin kerena bentuk ayat ini juga boleh dikaitkan
dengan hubungan yang manusia buat dengan golongan Jin secara rahsia, padahal Allah
mengatahui akan semua pekara. Inilah kebodohan manusia yang menganggap mereka
cerdek padahal mereka menipu diri mereka sendiri. Mereka yang mengikut Iblis dan
mengikut tunjuk ajarnya adalah sesat dari jalan Allah selama-lamanya dan pastinya
akan dihukum dengan setimpal.

Syekh Mahyuddin Al Arabi memberitahu " Adalah orang yang bersedudukan


(bersahabat) dengan makhluk Jin tidak akan beroleh Rahmat dan Ilmu dari Allah,
kerana mereka itu sangat jahil akan Allah dan sifat-sifat Nya".

Maka dari semua keterangan ini, amat jelas sekali bersahabat atau berkhadamkan
makhluk Jin dari apa juga bangsanya adalah ditegah dan dilarang sama sekali kerana
mereka hanya mempersendakan dan memperbodohkan kamu semua. Sedangkan yang tak
berkadam pun amat sukar lepsa dari gangguan nya inikan lagi bersekududukan dengan
mereka. Sudahlah telah ditetapkan setiap individu manusia memiliki Qarin yang sentiasa
mengikuti mereka ditambah dengan jin-jin yang lain nak diberi lagi ruang. Manusia
tidak akan dapat mengimbangkan dirinya walau apa pun yang mereka dakwa. Berbeza
dengan Rasullah saw, beliau sentiasa dijaga bahkan Qarinnya juga diislamkannya
kemudian mengikut kata-katanya dan suruhannya. Beliau maksum dari perbuatan keji
dan dosa. Jin melihat nur yang ada padanya pun boleh hancur lebur inikan pula hendak
berhadapan dengan nya. Kita hanya manusia biasa yang sangat jauh dari perlindungan
seumpama itu. Jadi jagalah diri kamu sebaik-baiknya supaya tidak terjerumus dengan
hasutan Syaitan dan Iblis itu. Buang segala Saka Maka yang ada dengan kamu,
bersehkan diri kamu dari semua itu, semoga Tuhan berserta kamu dijalan yang benar.

LATARBELAKANG DAN CIRI-CIRI MAKHLUK JIN :

Adapun latarbelakang dan ciri-ciri golongan Jin ini adalah sambungan dari mukasurat
1 rencana ini. Ia dikutip dari beberapa pendapat Ulama-ulama tafsir dan Guru-guru
yang arif didalam bab ini kemudiannya di cantumkan didalam rencana ini supaya dapat
memberi maklumat tambahan serta kefahaman tentang apa juga pekara yang
bersangkutan dengan mereka. Sama ada pekara itu besar atau kecil didalam
memandang masaalah permusuhan , kebencian dan halangan yang sangat jelas dan
nyata yang mereka cipta supaya kita juga jauh dari Rahmat Tuhan. Kawan paparkan
semuanya dan terpulanglah kepada tuan-tuan semua menilai sendiri akan maklumat
yang telah dikumpulkan ini yang telah dianilisa dan dibuat rujukan demi rujukan. Sama
ada ia boleh diterima atau pun tidak kerana sesetengahnya tiada sokongan dari hadis
dan dalil dari ayat Quran bagi menguatkan hujah-hujah mereka itu. Kebanyakannya
adalah cerita dari satu genarasi kesatu genarasi Guru-guru atau Ulama -ulama yang
ditulis sebagai naskah peribadi atau pun catatan anak-anak murid mereka yang masih
ada.

Didalam Alam Iblis sebenarnya terdapat berjuta-juta kerajaan kecil dan besar yang
setiap satu bersambung-sambung dengan yang lain. Manakala setiap kerajaan itu pula
mempunyai sistem berajanya tersendiri. Kepala setiap kerajaan ini adalah berajakan
Iblis, samaada Iblis tu besar atau kecil. Syaitan pula adalah rakyatnya yang paling kuat
berkerja siang dan malam mengikut giliran kerana mereka juga ada masa untuk tidur
macam kita. Mereka sangat tekun dan berdisplin kerana takutkan askar-askar Iblis yang
sangat garang dan ganas (lebih ganas dari kominis, zionis atau askar jepun zaman
dulu). Mereka akan dibunuh saja jika malas kerana berjuta ada lagi yang boleh diharap
dari yang malas itu. Pendek kata mereka ini tidak mahu meninggalkan perhatian mereka
walau sesaat jua pun, sileh berganti antara mereka dikala tidur atau jaga sentiasa disisi
manusia itu sehingga manusia itu rebah ditangan mereka. Hanya yang betul-betul
bertakwa sahaja yang lepas. Yang lain semuanya terjatuh dan tersungkur melutut dikaki
Iblis Laknatuallah.

Begitulah perasaan cumburu, irihati, kebencian dan api permusuhan yang sangat dalam
sekali dihati Iblis kepada seluruh Manusia keturunan Adam as. Ini hanya merujuk
kepada komplok Jin-jin kafir dan Jin-jin Islam yang fasiq dan munafiq. Ia tidak termasuk
pada komplok Jin Islam yang Abadi, solihin, Arifin, Mutaqin dan mendapat darjat
Waliallah golongan Jin yang mengambil Rasullah saw sebagai penjaga mereka.
Komplok ini tidak menganggu umat Manusia, mereka hanya sebok dengan urusan
mereka sendiri dan tidak turut campur akan permusuhan Iblis dan Manusia itu. Mereka
ini lah yang tergolong daripada Umat Muhammad yang masuk Syurga yang ada juga
disebut didalam Al Quran. Mereka juga tidak terlibat menjadi Khadam atau Sahabat
atau berkahwin dengan Manusia atas sebab malas beribadah. Mereka sangat Taat akan
perintah Rasul dan perintah Allah tetapi jumlahnya hanya sedikit . Jika hendak dibuat
perbandingan, mungkin dalam sejuta ekor hanya seekor dari komplok ini. Seperti juga
Manusia, yang dipilih menjadi kekaseh Allah swt hanyalah sedikit sahaja.

Mereka mampu bergerak melebihi kelajuan Cahaya. Sangat jauh dari kemampuan
Mnausia kecuali manusia yang Allah swt beri kelebihan. Umur mereka sangat panjang
ada yang mencecah ratusan ribu tahun, puluhan ribu tahun.Manakala kelompok raja-
raja Iblis pula tidak pernah mati dari dahulu hingga sekarang yang telah diberi izin
Allah pada mereka atas permohonan mereka dulu. Firman Allah dalam surah Al Hijr
ayat 36-38 yang mafhumnya ;

"Iblis berkata, ya Tuhan ku ! berilah aku tempoh, sampai hari dibangkitkan. Allah
berfirman, sesungguhnya engkau diberi tempoh. Sampai waktu yang ditentukan " .

kalau nak dihitung akan jumlah makhluk Jin ini memang tak terhitung. Jumlahnya
tersangatlah banyak, bagaimana nak dihitung jika ; seluruh jumlah manusia dari Nabi
Adam as hingga hari kiamat didarab dengan semua jumlah seluruh binatang didarab
semua jumlah tumbuh-tumbuhan didarab dengan semua jumlah batu batuan didarab
dengan seluruh jumlah pasir yang ada dimuka bumi ini, itu pun dikatakan hanya 1
nisbah 10 dari jumlah golongan Jin ini. Manakala jumlah Jin itu pula hanya 1 nisbah 10
jumlah para Malaikat. Jumlah Malaikat hanya Allah swt dan Rasulnya saja yang yang
tahu.
Mereka mendiami hampir keseluruhan muka bumi ini, lautan, udara, awan dan di Alam
Mithsal. Didalam sesetengah rumah manusia juga turut mereka diami bersama-sama
dengan manusia. Dengan jumlah mereka yang begitu sekali ramainya, maka bolehlah
kita anggapkan hampir keseluruhan muka bumi ini telah mereka penuhi. Dari setiap inci
dari muka bumi ini mereka diami, mengikut ahli tafsir ini lagi dengan perbandingan
yang mereka selalu katakan iaitu ;
"jika sebatang jarum jatuh kelantai, jarum itu akan jatuh dahulu kebahu-bahu makhluk
Jin ini sebelum berada betul-betul dilantai tersebut". Jadi tuan-tuan bayangkanlah
betapa ramainya mereka bersesak-sesak tinggal dengan Manusia. Maka itulah
kebaikkan yang Allah swt ciptakan mereka tidak kelihatan oleh Manusia. Jika sekiranya
manusia dapat melihat mereka, bolehkah kita hidup dengan keadaan seperti itu ?
Rasanya manusia tidak dapat hidup dalam keadaan sesak dan berhempit-hempit
seumpama itu. Manusia merasa rimas, serba serbi tak kena malah tidak boleh bekerja
dan begerak pun. Contohnya jika kita menaiki bas yang sesak dengan penumpang
sehingga nak bernafas pun tercungap-cungap seperti ikan, bagaimanakah yang dapat
anda semua gambarkan ? Tentu sekali manusia tidak mampu tinggal dalam keadaan
begitu. Maha Kaya Tuhan yang menciptakan semua Makhluk dimuka bumi ini, telah Dia
ketahui segala setiap sesuatu dengan IlmuNya yang sangat lusa. Allah berfirman
didalam surah Al A'raf ayat 27 yang mafhumnya ;

" Sesungguhnya Staitan dan kaumnya melihat kamu dalam keadaan yang kamu tidak
dapat melihat mereka"

Telah dikatakan bahawa glongan Jin tidur waktu matahari naik dan bangun waktu
matahari turun. Mereka tidur didalam cahaya terang Matahari, sebaleknya mula keluar
pada waktu senja menjelma ( angaran sesudah Asar) untuk mencari rezeki. Semua
peringkat umur akan merayau -rayau daripada tua sampai ke muda hingga keanak-anak
mereka juga berkeliaran. itulah sebabnya orang tua-tau (manusia) selalu melarang
anak-anak mereka bermain selepas waktu asar kerana ditakuti akan melanggar atau
terpijak anak-anak Jin itu yang akan mengakibatkan kaum Jin akan menuntut bela
kepada manusia itu. Jika anaknya mati akan dibalas mati, jika cedera maka cedera juga
mereka tuntut kepada anak manusia yang membuat angkara. Begitulah keadaahnya
golongan Jin ini. Sebuah hadis Nabi ada menjelaskan pekara ini iaitu ;

Diriwayatkan dari Imam Bukhari Muslim, dari sanat yang soheh dinyatakan Nabi
pernah bersabda yang maksudnya ;

"Apabila kamu menghadapi waktu malam atau pun kamu telah berada dari sebahagian
malam, maka tahanlah anak-anak kamu kerana Syaitan ada berkeliaran di waktu itu dan
apabila telah berlalu satu ketika malam maka tahanlah mereka (dari keluar rumah),
tutup semua pintu-pintu rumah mu sebutlah nama Allah, padamkan dian (lampu) serta
sebut nama Allah, tutuplah makanan mu serta sebut nama Allah dan ikatlah minuman
mu serta sebut nama Allah (ketika menutup)".

Sebenarnya separuh daripada penyakit-penyakit yang kena pada manusia adalah


datangnya dari gangguan kaum Jin, Syaitan, Iblis dan Ifrait ini. Mereka menjadi punca
sebenar atas penyakit-penyakit yang amat sukar untuk dibuktikan dengan semua
peralatan canggeh Hospital. Tetapi sesetengah Doktor mempercayai akan alasan
seumpama ini memang ujud. Memang terdapat penyakit yang Doktor sendiri merasa
hairan, kerana tak pernah mereka belajar atau tiada didalam keilmuan mereka akan
ujudnya pekara seumpama ini. Nampak macam penyakit biasa contohnya Busong - perut
pesakit membesar dan terus membesar, tetapi tiada punca sinstifik dapat dikesan. Atau
pun Santau - pesakit terus batuk dan muntah darah tak henti-henti, juga tidak boleh di
Xray. Doktor akan menyatakan pesakit ini normal, tetapi sebaleknya pesakit bertambah
teruk dan akhirnya mereka mati. Jadi sebenarnya memang sejak dari zaman Nabi Allah
Sulaiman lagi penyakit gangguan Jin ini telah berlaku . Penggunaan Jin, syaitan dan
Iblis dalam ilmu sihir memang telah diakui malahan Ilmu inilah yang diajarkan oleh
mereka kepada Manusia. Mereka memang cukup licik dalam soal sihir ini.

Lihatlah bagaimana mereka menyusun stratigi. Mereka ajarkan satu bentuk retual
kepada manusia A untuk pengambilan "sahabat". kemudian Syaitan akan masuk
mengacau manusia B. Manusia C pula akan menjadi pendorong kepada manusia B
untuk berubat kepada manusia A. Apabila berubat, manusia A hanya dengan mudah
mengusir syaitan yang menganggu kerana manusia ber"sahabat" dengan Iblis iaitu raja
syaitan itu. Kemudian manusia B pulih, dan dia pula akan menjadi ejen menjaja seperti
saleman akan kemampuan manusia A boleh mengubat. Semuanya ini adalah bentuk sihir
oleh Iblis tadi baik manusia A, B dan C. Semua terkena sihir Iblis tampa disedari, kalau
pun yang tahu ialah manusia A tetapi dia akan hanya mendiamkan diri atau berpura-
pura seperti 'zuhud' dan 'waraq'. Penampilan manusia A harus nampak meyakinkan
masyarakat setempat, jika tidak ia akan ditangkap polis kerana menipu. Oleh itu beliau
akan mengguna nama seperti Ustaz, Imam, Tuan Guru dan sebagainya. Begitu juga
pengunaan jampi mentera harus tersembunyi. Mula-mula dia membaca ayat-ayat suci al
Quran, tang jampi mentera tu tak bunyi kuat, perlahan je. Begitulah berulang-ulang
proses ilmu sihir , berpusing-pusing sedangkan pencaturnya hanya dari seekor Raja Iblis
atau Raja Syaitan dan balatenteranya. Dari seorang manusia kepada seorang manusia
mengalami berbagai jenis penyakit yang akan darang merujuk semula kepadanya untuk
berubat. Mereka mencari upah yang sedikit.

Lain kesahnya dengan manusia yang terang-terang puja Iblis, puja dewa ni. Tak kira
dari Sami Siam ke, Pawang Sihir ke, Tok Batin ke atau Raja Santet (santau). Mereka
mengenakan upah yang tinggi untuk "membunuh" atau "Mengenakan" musuh
pelanggannya. Pernah kawan tinggal bersama-sama dengan "Raja Santau" di Jokja
Jawa Tengah. Kawan lihat apa yang dia buat, bagaimana dia buat, guna apa dia buat
santau. Kemudian mentera pujanya, persamadiannya (proses bersatu dengan Iblis)
semua dalam bahasa Jawa halus dan sebagainya. Dia bukan beragama Islam, ia
beragama Hindu. Beliau pernah keluar dalam TV3 dalam program 'Misteri Nusantara'
sedikit masa dahulu. Tujuan kawan hanya hendak membuat penyelidikan, bukan
berguru. Tapi yang hairannya memang menjadi sungguh Ilmunya itu. Santau ini ada
"pemulih" nya juga. Jadi anda lihat bagaimana modes opertandi nya, kan berpusing-
pusing balek semula kepada dia. Semua orang kenal dia, sampai orang di Malaysia pun
ramai yang datang kesana minta "dibuatkan" orang tertentu bagi mati . Astfiruallah
halazim. Sungguh kejam manusia ni.
Atas sifat manusia dan kelemahannya yang mempunyai sifat mazmumah seperti iri hati,
jahat sangka, pendendam, busuk hati inilah diapi-apikan oleh pihak Jin supaya
mengambilk pendekatan seumpama ini untuk selesai masaalah. Contohnya didalam
perebutan kuasa, mengajar pangkat, kontrek kerja, perniagaan, harta pusaka, tanah dll.
Pasti akan anda dengar cerita seumpama ini berlaku dimerata tempat. Semua ini
angkara dorongan puak Jin yang jahat. Permainannya sangat halus hingga tidak dapat
dikesan dengan mata, akal dan pancaindera manusia yang lain. Manusia akan ambil
jalan mudah dan tidak dapat dikesan sebagai perbuatan jenayah oleh pihak berkuasa.

Ada sesetengah manusia pula yang tidak percaya langsung pekara seumpama ini boleh
berlaku di Zaman Malinium seperti sekarang ini. Sebenarnya mereka telah membuka
ruang bagi pihak Jin dipermudah untuk manusia itu dikerjakan habis-habisan. Inilah
'Isyarat' yang kawan katakan. Dengan tidak mempercayai langsung akan benda-benda
yang kamu anggap tahyul itu, kamu telah memberi 'Isyarat' kepada golongan Jin untuk
dengan mudah menawaskan kamu. Yang susah bagi mereka ialah orang yang "kenal"
asal usul jin. Dalam kamu tak percaya itulah kamu menjadi 'ulam' bagi mereka. Jadi,
jangan sudah terhantuk baru nak ternada. Ternada dulu, jika pun terhantuk dah lali.
Ambil kisah semua disekeliling anda, perhatikan semua sudud Ilmu Allah swt. sama ada
ilmu zahir atau batin, sama ada ilmu dunia atau akhirat, sama ada ilmu dialam nyata
atau alam ghaib (alam Mithsal). Ilmu Allah amat luas hingga tidak menjangkau akal mu,
tidak cukup umur kamu walau ditambah dengan 1000 tahun lagi untuk kahtam
semuanya. Allah Maha Kudus, sifat Kudus ini tidak akan dikongsi dengan makhluk.
Sedangkan Nabi Muhammad saw yang diberi amanah menjaga Perbendaharaan Ilmu
Allah pun tak menyampai sifat Kudus yang Allah swt miliki, inikan kita manusia biasa.
Yang hanya mampu kita buat cuma mencari, belajar dan yakin pada Allah serta percaya
ujudnya alam ghaib (alam Mithsal) ini. Terserahlah pada Allah yang menetapkan 'tahap'
ilmu yang boleh kita faham, ia tergantung pada rezeki kita. Ilmu sebegini penting untuk
menjaga diri dan keluarga.

Jika mengikut penyelidikan yang dibuat, diantara penyakit-penyakit yang boleh


diketogarikan didalam bentuk gangguan Puak Jin, Syaitan, Ifrait dan Iblis ini ialah
Histeria, Gila, Rasukan, Hilang akal, Pengsan, Lemah semangat, Sasau, Meroyan,
Susuk, Sihir, Angau, Busong, Santau, Pelaris, Penutup kedai, Pukau, Cinta kaseh, Hayal,
Tercekek, Sakit kepala (magrin), Resdong, Gangguan had (wanita), Angin Sanggugut,
Telinga bedersing, Waswas, Berbohong, Mencuri, Makan riba, Lemah badan, Letih lesu,
Lelah, Sakit urat, Sakit tulang, Sakit Perut, Lupa, Gatal badan, Penyakit kudis, tokak dll.
Didalam AlQuran dan Hadis Nabi saw, ada juga disebut beberapa nama iaitu;
Al Iamam - gila, sawan. dalam hadis Nabi saw
Al Takabut - tercekek, meraung sakit. dalam surah al Bakharah ayat 275
Al Nusbin - letih , lesu dan lelah. dalam surah Sad ayat 41
Al Nazqhu - sakit spt dipukul, menikam, membunuh. dalam suran al Araaf ayat 200
Al Nasb - penat, hilang tenaga, sakit kudis, sopak dalam surah ayat 41
Al Istakwaza - hilang akal, lupa, pangsan, lemah semangat dalam surah al Mujahadah
ayat 19.
Al Maas - sihir dalam surah al Baqarah ayat 102.
Didalam Al Quran dan hadis ada diterangkan beberapa jenis penyakit yang dialami
manusia-manusia dizaman Nabi dahulu iaitu ;

1) Allah berfirman didalam surah Baqarah ayat 275 yang mafhumnya ;

"Orang-orang yang memakan (harta) riba itu tidak dapat berdiri dengan betul (bangkit
dari kubur) melainkan seperti dirasuk Syaitan kerana sakit gila ...."

Keterangan ayat: al Takhadbut didalam ayat ini juga bermaksud tercekek, meraung
kesakitan.

2) Allah berfirman didalam surah Sad ayat 41 yang mafhumnya ;

" Ingatlah (peristiwa) hamba Kami Ayub, ketika ia merayu (kepada) Tuhannya ;
sesungguhnya aku disentuh Syaitan dengan kesusahan dan siksaan (penyakit yang
dibawa oleh Syaitan iaitu hamba-hamba penyakit) ".

Keterangan ayat : Di ceritakan bahawa Nabi Allah Ayub as, telah menderita penyakit
kudis yang ganjil diseluruh badannya. Dikatakan penyakit kudis (tokak) yang
mengeluarkan nanah dan darah serta berulat serta bau yang sangat busuk. Semua orang
meninggalkannya kecuali Isterinya yang sangat taat. Sekian lama (sesetengah riwayat
mengatakan 70 tahun, setengahnya pula hanya 7 tahun) ia menderita penyakit itu lalu
dia berdoa kehadrat Allah supaya dia diberi perlindungan. Maka Allah perintahkan ia
memukul tanah tempat dia berdiri, terkeluarlah pancutan air (sejenis air yang ada
belerang gunung berapi -sulfer) dan dengan air itu ia mandi dan minum setiap hari
sehinggalah sembuh. Begitu juga ceritanya penyakit kudis yang dialami oleh Syekh
Muhammad Yusuf Kenali (Tok Kenali) yang juga berulat, setiap kali ia mandi akan
diasingkan ulat tadi dan sesudah mandi akan ia masukkan semula ulat tadi ditempat
kudisnya (tokak) itu, begitulah cerita Ahlilah yang sangat sabar dengan dugaan Allah
swt keatas diri mereka.

3) Firman Allah didalam surah al Baqarah ayat 102 yang mafhumnya ;

" Mereka mengikuti apa yang dibacakan syaitan (ketua tukang sihir) pada masa
kerajaan Sulaiman, dan Sulaiman itu bukan orang kafir, tetapi syaitanlah yang kafir.
Mereka ajarkan ilmu sihir kepada manusia dan apa-apa yang diturunkan kepada kedua
malaikat Harut dan Marut dinegeri Babil (Babilon). Keduanya tidak mengajar sihir
kepada sesorang melainkan terlebih dahulu berkata, kami ini hanya mendatangkan
cobaan sebab itu janganlah engkau kafir. Lalu mereka mempelajari dari keduanya apa-
apa yang akan menceraikan antara suami dengan isterinya.Mereka itu tiada memberi
melarat kepada seorang jua pun kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajai apa-apa
yang melarat kepada mereka dan tiada bermanafaat bagi mereka. Sesungguhnya mereka
telah tahu siapa yang membeli sihir (mengerjakannya) tiadalah untuknya bahagian
diakhirat. Sesungguhnya amat jahat orang-orang yang menjual dirinya dengan sihir,
jika mereka mengatahui ".
Keterangan ayat : Dalil menunjukkan amalan sihir telah belaku seawal zaman Nabi
Allah Sulaiman lagi. Iblis telah mengajarkan ilmu sihir kepada manusia, silap mata dan
untuk menceraiberaikan suami isteri dan meruntuhkan rumahtangga manusia. Kemudian
mengajar ilmu pukau dengan kata-kata manis dan perkataan menarek hati yang
memukau. Didalam ayat ini juga menerangkan hukuman bagi orang yang membuat sihir
dan mengupah orang membuat sihir iaitu Neraka Jahanam dan kekal didalamnya.

4) Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 100 yang mafhumnya ;

" Kemudian Yusuf mendudukan ibubapanya diatas singgahsananya, lalu mereka sujud
kepada Yusuf (hormat pd raja). Berkata Yusuf, Ya ayahdaku, inilah takwil (maksud)
mimpi ku dahulu. Sesungguhnya Tuhan ku telah menjadikan dia dengan sebenar-
benarnya. Sungguh Allah telah membuat baik kepada ku, ketika Dia mengeluarkan daku
dari penjara, serta mendatangkan kamu dari dusun sesudah syaitan menghasut antara
aku dan antara saudara-saudara ku. Sesungguhnya Tuhan ku Maha halus (urusan Nya)
tentang apa yang dikehandakiNya. Sungguh Dia Mahamengatahui lagi Mahabijaksana
".

Keterangan ayat : Allah telah menyelamatkan Nabi Allah Yusuf as dari fitnah dan hasad
dengki yang dihasut oleh syaitan kepada musuh-musuhnya sehingga ia terpenjara.
sebelum itu syaitan telah menghasut abang-abang Nabi Yusuf as untuk membunuhnya
dan menyinkirkannya dari ayahnya (Nabi Allah Yakub as) Allah swt juga penyalamat
bagi dirinya dikala itu. Begitu jahatnya syaitan-syaitan itu dengan semua
perancangannya telah digagalkan oleh Allah swt dan Dialah saja penyalamat bagi
orang-orang yang teranyaia.

5) Allah berfirman didalam surah al Araaf ayat 116 - 122 yang mafhumnya ;

" Jawab Musa, limparkan olehmu dahulu. Setelah dilimparkan, disihirkan mata orang
ramai dan ditakutinya mereka itu, hingga mereka memperlihatkan sihir yang besar
( tongkat mereka menjadi ular besar, sihir dan silap mata). Kami wahyukan kepada
Musa supaya ia melimparkan tongkatnya, tiba-tiba tongkat itu (yang bertukar menjadi
ular yg lebih besar) menelan apa yang mereka palsukan. Maka nyatalah kebenaran dan
batallah apa-apa yang mereka buat. Maka dikalahkan mereka itu disana dan kembali
menjadi orang-orang hina. Lalu tukang-tukang sihir itu tersungkur sujud. Mereka
berkata, Kami telah beriman kepada Tuhan semesta Alam. Tuhan Musa dan Harun ".

Keterangan ayat : Di zaman Nabi Allah Musa as lah terjadinya dengan terang-terangan
amalan sihir dimerata tempat disebabkan raja mereka Firaun juga menganut dan
mengalakkan amalan sihir bersama-sama penasihatnya Haman. Mereka hendak
menghapuskan Nabi Musa dan Nabi Harun dengan pertandingan sihir. Allah jualah
penyalamat bagi Nabi Musa dan Nabi Harun, dengan tongkat sebagai Mukjizat Nabi
Musa, segala sihir tertewas. Maka berimanlah sebahagian besar tukang-tukang sihir
dengan Tuhan, Nabi Musa dan Nabi Harun.
Nabi Muhammad saw juga pernah di sihir oleh orang Yahudi . Didalam sahih Muslim,
telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, yang telah diriwayatkan daripada
Aisyah ra, telah bersabda Nabi saw yang maksudnya ;

"Daripada Aisyah ra beliau berkata : Seorang lelaki telah melakukan sihir kepada
Rasuallah saw daripada Bani Zuriq, dikatakan bahawa lelaki itu ialah Labid bin al
Asaam al Yahudi sehingga Rasullah saw berasa engak karuan (tak tentu arah) atas
pekara yang dilakukan, Baginda merasa ragu (resah gelisah) sama ada telah ia lakukan
atau pun tidak. Pada suatu malam ketika Rasullah saw bersama-sama ku, baginda
berdoa dan berdoa kemudian bertanya kepada ku, 'Wahai Aisyah, apakah kamu tahu
bahawa Allah telah melakukan sesuatu keatas diriku' ?. Nabi menyambung, 'Ada dua
orang lelaki (malaikat) telah datang kepada ku ketika aku sedang tidur, seorang berada
disisi ku dan seorang lagi disisi kakiku, maka seorang bertanya kepada kawannya,
apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad saw ini' ? Jawab temannya ' Dia
telah disihir orang' ditanya lagi 'Siapakah yang telah menyihirnya' ?, Dijawab lagi 'Dia
telah disihir oleh Labid bin al Asaam'. Ditanya lagi 'Dengan apakah dilakukan sihir
itu'?, Dijawabnya ' Dengan menggunakan sisir (sikat) rambutnya dan dengan cara lain
(sihir) Ditanya lagi 'Dimana kah diletakkan barang-barang tersebut'?, Jawabnya
'Ditanam disebuah perigi namanya Dharwan'. Maka Rasullah saw menghantar beberapa
orang sahabat, pergi keperigi tersebut sebelum baginda sendiri pergi, kemudian pulang
lalu baginda bersabda, 'Wahai Aisyah, air perigi itu berwarna merah seperti perahan
inai dan batang pohon kurmanya (diukir) berupa seperti kepala syaitan'. Aku
bertanya,'Wahai Rasullah, adakah engkau mengeluarkannya'?, Nabi saw menjawab '
Allah swt telah menyembukkan ku maka aku bimbang (jika mengeluarkannya) ia akan
mendatangkan keburukan pula kepada manusia dan aku suruh agar perigi itu ditimbus ".

Keterangan hadis : Lihatlah permusuhan golongan Yahudi terhadap Nabi saw, pernah
menyihir baginda tetapi Allah swt sebagai pelindung telah menghantar malaikat untuk
memberitahu Nabi atas perbuatan buruk mereka itu. Para sahabat Nabi telah masuk
kedalam perigi itu dan mencari sikat Nabi, setelah bertemu maka Rasullah pun sembuh.
Mereka kira Nabi boleh ditewaskan dengan cara halus begitu. Sebenarnya Allah
Mengatahui atas segala setiap sesuatu sama ada tersembunyi atau yang nyata.

Jadi daripada semua keterangan diatas maka pihak Jin ini telah begitu lama
menjalankan kerja sihir kepada manusia dengan mengajar manusia yang dipihak dia
melakukan kerja-kerja terkutuk ini. Semenjak dari zaman Nabi Adam as lagi hingga di
zaman Nabi Muhammad saw dan sehingga kini penyakit ini masih segar dikalangan
Masyarakat terutamanya Melayu. Manusia penyembah Iblis inilah yang paling lama
sekali menjadi duri dalam daging bagi masyarakat Melayu keseluruhannya yang
menjadi keruntuhan akidah yang paling utama sekali dewasa ini. Pengamal-
pengamalnya juga sileh berganti setiap zaman kerana disebabkan SAKA keturunan
inilah yang bertali arus dari satu genarasi ke satu genarasi sejak dahulu lagi. Mereka
Islam hanya dibibir sahaja disebaliknya pengamal tegar dan menganut pahaman
Kebatinan Pagan Kuno Sembah Dewa Iblis Majusi yang tersebar dimerata-rata tempat
dibumi Indonesia (secara terang-terangan) dan di Malaysia (secara rahsia kerana
Undang-undang anti Ilmu Sesat disini sangat keras). Kami amat memuji atas sikap
Kerajaan Malaysia yang punya usaha berterusan untuk menangani ajaran-ajaran sesat
yang tumbuh bagai cendawan disini. Satu persatu akan ditahan dalam sedikit masa lagi,
Insyaallah...

Selanjutnya setelah membicarakan akan kesan penyakit-penyakit yang boleh dihadirkan


oleh kaum Jin dan kuncu-kuncunya, mari kita lihat apakah lagi ciri-ciri kaum ini lagi.
Golongan Jin ini mempunyai berbagai agama juga selain Islam yang telah disyariatkan
Allah pada mereka sejak dahulu lagi seperti juga Adam as dan kaum manusia. Hanya
sedikit sekali yang mengikut Nabi Muhammad saw menganut Islam dibawah tangan
Nabi sendiri hinggalah kehari ini. Boleh juga dikatakan mejoriti golongan Jin-jin kafir
ini menganut agama Yahudi, Kristian dan Kominis atau atis, manakala hanya sedikit
yang beragama Budha, Hindu dan Majusi. Jin kafir dan yang beragama Islam yang
Munafiq, sangat cepat mendatangi manusia yang meminta pertolongan mereka.
Pertolongan itu biasanya bersyarat yang akan pula merosakkan manusia itu sendiri.
Sebenarnya mereka yang jahat ini melihat manusia seperti seekor binatang. Telah
diberitahu bahawa manusia biasa tidak dapat melihat kaum Jin semasa didunia kecuali
manusia yang diberi kelebihan sahaja. Tetapi diakhirat, semua tabir penglihatan itu
akan dibuka. Maka manusia semua boleh melihat Jin di Syurga. Tetapi dikala itu
rupaparas Jin ini tidak lagi penting, kerana manusia lebih rindu melihat "Wajah Allah
swt" sahaja, selain itu wajah Nabi Muhammad saw, sahabat-sahabatnya, Wali-wali,
Guru-guru dan ibubapa mereka yang sangat mereka rindui.

Adapun jumlah mereka yang terlalu ramai mungkin juga disebabkan terlampau mudah
mereka berkembang biak tidak seperti manusia yang mempunyai proses dari semenjak
dikahwini sehingga mendapat zuriat yang agak lama. Golongan Jin, syaitan, ifrait dan
Iblis ini membiak tidak seperti manusia. Mereka bertelur bukan mengandung. Apabila
mereka menyentuh peha kiri dan peha kanan pasangannya, maka akan terbit 33 biji
telur, setiap biji telur pula mengandungi 33 pasang anak. Dalam masa sekitar 33 hari
saja ia akan menetas jadi jika dihitung akan kelahiran keturunannya dalam satu-satu
masa iaitu sejumlah 1089 pasang anak semuanya. Yang membesar juga amat pantas
(tidak diberitahu masanya). Mereka juga menyusu dibelakang badan ibunya terdapat
terlampau banyak puting susu (tetapi tiada buah), itu sebabnya orang Melayu
memanggilnya dengan nama Hantu Kopek, ia ganjil dan bukan seperti kopek wanita
manusia. Dari pada anak-anak Jin yang berpasang-pasang itu juga jika mereka (jin
jantan) menyentuh peha kanan dan peha kiri pasangannya iaitu jin betina maka
berlakulah lagi proses kelahiran yang sama seperti diatas. Jadi dapat kah anda
bayangkan betapa cepatnya mereka membiak ?.

Kemudian golongan Jin sama ada jantan atau betina jika berkahwin dengan manusia
juga sama ada lelaki atau perampuan, tidak perlu melakukan persetubuhan seperti
pasangan manusia. mereka hanya perlu menyentuh kemaluan pasangan masing-masing
maka yang betina atau wanita akan mengandung saat itu juga dan terus mukallaf.
Proses mengandung dayi dalam kandungan serta keliharannya itu sama seperti manusia
biasa. Hanya satu orang bayi saja yang akan lahir apabila cukup masanya iaitu 9 bulan
10 hari. Anak yang lahir itulah yang dipanggil oleh masyarakat Melayu dengan istilah
Bunian atau Orang Halus atau Orang Ghaib. Begitulah proses-proses persenyawaan
dan kelahiran diantara orang bunian seterusnya hingga kiamat.

NAMPAKNYA SAMPAI DISINI DULU YANG DAPAT KAWAN MUATKAN DIDALAM


MUKASURAT 2 INI DISEBABKAN RUANGAN YANG TELAH BESAR SEDANGKAN
BANYAK LAGI MAKLUMAT YANG BELUM DAPAT DITULIS DIDALAM RUANG INI.
NANTIKAN SETERUSNYA PENGAMBARAAN KITA KE ALAM IBLIS (Musuh Kamu
Yang Paling Nyata) DIEPISOD YANG AKAN DATANG DI MUKASURAT 3
ANTARANYA :

1)Jin yang boleh menyerupai manusia.


2)Bangsa-bangsa Jin.
3)Perbezaan Pelbagai Istilah
4)Tempat kemasukan Jin
5)Cara kemasukan Jin
6)Kejahatan Jin pada Manusia
7) Kelemahan Jin

Anda mungkin juga menyukai