Anda di halaman 1dari 31

IBLIS DAN ALAMNYA - siri 3

IBLIS DAN ALAMNYA (Musuh Kamu Yang


Paling Nyata)
Mukasurat 3.

Adalah dinasihatkan supaya anda membaca siri1 dan siri2 terlebih


dahulu sebelum membaca siri3 ini bagi mengelak kekeliruan

CIRI-CIRI ISTIMEWA SESAT GOLONGAN


JIN :

Didalam ms2, telah dinyatakan latarbelakang dan ciri-ciri


makhluk Jin ini. Maka dimukasurat ini akan dilanjutkan
maklumat didalam tajuk yang sama ini. Diantara ciri-ciri
yang teristimewa yang ada pada makhluk Jin ialah
mempunyai satu jenis kuasa magik atau sakti atau
luarbiasa yang mereka miliki sama seperti Koramah yang
dikurniakan kepada Waliallah atau Mawanah yang di
kurniakan kepada para-para Ambia, Solihin, Arifin dan
Mutaqin orang Islam Umat Muhammad saw. Inilah ciri-
ciri yang teristimewa yang telah dikurniakan Allah swt
kepada golongan Jin yang juga telah banyak menyesatkan
golongan Manusia kerananya. Manusia menjadi taksub
kerananya, tak tahu membezakan mana yang benar dan
mana yang salah tetapi Manusia ingin benar memiliki Ilmu
Sakti ini hingga sanggup datang beribu-ribu batu dari
semua pelusuk benua dan negeri untuk menuntut Ilmu ini.
Mereka terang-terang mahu sesat dan rela dipelakukan
apa saja, asalkan niat mereka tercapai. Begitulah
taksubnya umat manusia akan Ilmu Sakti ini yang hanya
terdapat di Nusantara ini saja. Tidak terdapat dimana-
mana lagi, disinilah yang terhebat kata mereka. Memang
telah diperakui oleh semua sami-sami, tok tok pawang dan
semua ketua-ketua Biara dan kuil diserata dunia akan
keampuhan Ilmu Sakti Nusantara ini.

Bukan semua makhluk Jin ini mampu menguasi sakti itu,


hanya yang berpangkat Raja saja yang mampu. Samalah
juga dengan manusia. Kuasa sakti ini mereka gunakan
untuk berbagai tujuan. Pertama untuk mengelirukan
manusia Islam supaya meyakini bahawa mereka telah
dianugrah Koramah. Pada manusia yang cetek
pengatahuannya tetapi berpihak kepada mereka, maka
akan mereka pamirkan kuasa itu, seolah-olah manusia itu
telah memiliki darjat disisi Allah swt. Ini biasanya zahir
kepada orang beragama contohnya Imam, Ustaz, khadi
atau tok Guru yang boleh menzahirkan emas, duit, batu-
batu permata, senjata, keris atau pun boleh mengubat
penyakit yang kronik seperti barah buah dada, barah usus,
barah darah atau 'kena buatan orang' dan lain-lain lagi.
Biasanya Jin-jin Islam yang terlibat dengan kerja
seumpama ini mahukan pahla ibadah manusia warak itu
juga dapat pada mereka diakhirat nanti.

Kepada Mahaguru Persilatan, boleh memperturunkan Ilmu


Kebal, Ilmu Terbang, Apungan diri diudara, Jalan Atas
Air, Boleh Hilang-hilang, Boleh berada ditempat yang
jauh dengan sekelip mata saja, Ilmu Tempur Senjata, jika
ditanam tak akan mati, di tengelamkan dalam air tak
lemas, meniti atas daun dll. Ini melibatkan Jin-jin kafir
biasanya kerana tipu muslihat ini untuk manusia
bertambah sombong, megah diri, bongkak, ego dan
seterusnya sesat mengikut mereka. Kesaktian ini terbahagi
kepada 3 ketogeri, iaitu Guru tahap rendah, Mahaguru
tahap pertengahan dan Mahaguru tahap tinggi. Jika tahap
rendah hanya mampu berbuat pekara yang juga tahap
rendah saktinya contohnya seperti memiliki Ilmu kebal dan
Ilmu tempur sahaja. Untuk peringkat pertengahan
kesaktiannya selain memiliki Ilmu Kebal dan Ilmu Tempur,
juga boleh Hilang, Ilmu Apongkan Diri. Manakala
Mahaguru peringkat tertinggi biasanya tiada limit.
Kesemua yang disebutkan diatas dapat mereka kuasi
setelah pertapaan demi pertapaan berserta upucara
persemadian , persembahan dan semahan darah dibuat.
Berbagai lagi peralatan dan upucara yang pelek mereka
lakukan semata-mata untuk menjadikan mereka manusia
sakti diberbagai lapangan dari satu tahap kesatu tahap
hingga mereka juga bersatu dengan Iblis sepenuhnya.
Anak-anak muridnya cukup banga dan megah dapat
belajar dengan Mahaguru Persilatan yang mempunyai
pelbagai kesaktian dan biasanya menjadi Idola mereka
untuk menjadi sepertinya.

Ia juga akan hadir kepada Sami-sami dan Tok Cha atau


Imam atau ketua kepercayaan Kebatinan, Hindu, Buddha,
Majusi, Ajaran-ajaran Sesat Sembah Iblis dll sehingga
mereka juga sampai ketahap Wali Iblis atau Manusia Iblis
tak mati hingga hari kiamat. Begitu saktinya mereka ini
kerana mereka "bersatu" dengan Iblis. Selain itu mereka
juga dapat menguasi kesaktian yang dimiliki didalam Ilmu
Persilatan seperti diatas. Ini juga mempunyai 3 tahap
kesaktian. Dari apa yang diteliti dari penyelidikan ini,
didapati tahap-tahap itu ialah peringkat kesaktian rendah
yang duduk pada pengamal kepercayaan orang-orang
Majusi, Buddha dan Hindu. Manakala diperingkat
kesaktian pertengahan duduk pada pengamal Ajaran Sesat
Sembah Iblis. Diperingkat tertinggi sekali kesaktian
sehingga digelar Manusia Iblis dan Wali Iblis ialah kepada
pengamal Kepercayaan Kebatinan yang mana mereka
mewarisi peninggalan Keilmuan dari pencipta agama ini
dari Tok-tok Dukun dan Pawang Kuno Bangsa Melayu
dahulu kala. Mereka inilah yang menyampai tahap
tertinggi kebatinan dan bersatu dengan Iblis dan menjadi
Manusia Iblis yang jitu. Kesaktiannya sama taraf dengan
Koramah Waliallah dan tidak mati sehingga hari kiamat.
Bercita-cita untuk bersatu dengan Dajjal dan Izazil
didalam perang akhir zaman untuk menghapuskan Islam.
Mereka ini adalah pemuja dan kesayangan Dajjal dan
Izazil. Mereka yang duduk ditahap ini hanya seorang saja
dan diperkuat dengan pembantunya serta pemerintah
kerajaan dan balatenteranya yang sungguh ramai.

Kepada penyembah Iblis Pagan Kuno Yahudi, Kristian,


Lucifer, Illimunity, Secret Societies, Gog Magog, Anti
Chris, Zionis, The Hidden Hand (THH), Mession, The Wise
Man, The All Seeing Eye, Hiszul, Freemasons, Jesuit, Val
Valerian, Rothschaid, Rockerfeller, Lucis Trust,
Rosicrucians, Occultist, Gnosticsm, Kundallinions,
Theosopist, The Elite, Caucasians dan apa juga nama yang
berpihak kepada Izazil atau Azazel, semua mereka ini
hanya duduk dibawah sebagai balaci kepada tentera
-tentera Manusia Iblis tadi. Yang paling tertinggi
dikalangan mereka ini hanya sebagai Pengurus Logistik
bala tentera Manusia Iblis keturunan Melayu itu saja.
Sedangkan yang lainnya hanya sebagai pencacai, kuli dan
tak menyampai kepada apa-apa yang disebut diatas tadi,
walaupun kelihatan sungguh berpengaruh, hebat, pandai,
handal, berkuasa, digeruni, memerintah semasa tinggal
didunia, tetapi disebabkan Izazil dan Dajjal telah memilih
orang-orang hebatnya dikalangan Orang Melayu juga.
Jadi betapa pun mereka mencuba "please" kan kepada
Izazil, mereka tidak mampu mencapai ketingian
kerohanian Manusia Iblis Melayu itu, makanya mereka
akan duduk dibawah sebagai Pengurus Logistik,
pengangkat air minuman dan makanan juga sebagai
pengilat kasut tentera-tentera Manusia Iblis Melayu itu
saja dipeperangan akhir zaman nanti.

Sebabnya mereka itu tidak memiliki rohani dan kesaktian


yang menyampai kehendak Izazil Laknatuallah seperti
yang dimiliki oleh seorang berbangsa Melayu itu, Tidak
cukup dengan jumlah manusia yang mereka bunuh, mereka
korbankan sebagai upucara penyembahan saban tahun
dan penciptaan bahan peledak Nuclear serta serangan
ekonomi , serangan keganasan, serangan harga minyak,
serangan kejatuhan mata wang, serangan tentera
pencerobohan Iraq dan Afganistan, Serangan WCT New
York, serangan pemgeboman demi pengeboman kepada
manusia dimuka bumi ini termasuk segala konsperasi
konsperasi ganas mereka, Tak cukup....Tak cukup...Tak
cukup ????.Siapakah Melayu yang telah dapat menandingi
segala itu dimata Dajjal dan Izazil tersangat istemewa
baginya dibanding semua keganasan-keganasan yang
disebutkan tadi ??? Akan kawan ceritakan siapakah
Melayu-melayu yang dimaksudkan itu nanti. Mereka yang
telah ditabal sebagai Manusia Agong Raja Iblis sebelah
timur ini setaraf Dajjal disebelah Barat itu. Kamu hanya
nampak Kuman nun jauh di Barat itu, Gajah didepan
hidung kamu sendiri tidak kamu nampak ??? Malahan
beliau ini lebih licik , jahat dan zalim dibandingkan
dengan Dajjal itu. Mereka ini sepasang yang lengkap -
lelaki dan perampuan.......... Siapa kah nama-nama Melayu
itu.....tungguuuuu ??? apa patut kawan ceritakan
sekarang, atau ikut cara MF, Srikandi dan MO..... tarek
masa lama-lama sikit....... lama sikit.... sikit lagi...... apa
pendapat tuan-tuan dan puan-puan seklian ???. Atau kita
buka ini sebagai soalan kuiz kepada pembaca
seklian.... ???? Tolong bagi jawapan anda di dlm komen
dibawah dan post kepada atok zamany ok, kita tengok
siapa yang pandai ???
Untuk memudahkan pembaca meneka siapa kah gerangan
empunya nama itu, kawan sertakan sedikit petunjuknya
seperti dibawah ini :
Melayu Jawa, tahun 1478 utk lelaki nya, 1483 utk
wanitanya, semasa kerajaan Majapahit utk lelakinya,
semasa Perang Belanda utk wanitanya.... ini sejarah lama,
cari dlm buku lama atau kedai vcd cerita Indonesia lama.
kawan dah cerita sikit dlm komen di blog MF dulu, kalau
anda masih ingat....cari pelan-pelan mesti jumpa
punya ???

Kita lupakan sejenak soal kuiz tu, kita sambung semula ya.

JIN YANG MENYERUPAI MANUSIA :

Jin ini boleh juga menyerupai Manusia, tetapi tidak


berjisim, berkulit, daging dan tulang. Ia boleh ujud
menyerupai sesorang yang kita kenal seperti Ibu kita, Bapa
kita, Atok nenek kita, Guru kita atau sesiapa saja yang
dikenali bagi tujuan penipuan saja. Ia tidak boleh kekal
begitu selamanya. Sebagai contoh didalam masyarakat
Melayu yang bersahabat dengan Hantu Raya, Jembalang ,
Pontianak, Penangal, Polong dan semua jenis ini boleh
menyerupai tuannya pada bila-bila masa diwaktu siang
atau malam. Jika tuannya keluar rumah, maka dia akan
duduk ditempat duduk kegemaran tuannya ( spt ditangga,
viranda dll) sama seiras. Jika kita tegur dia, dia tak
menjawab dan memalingkan mukanya kearah lain. Jika
tuannya pergi agak lama seperti keluar negeri berniaga. Ia
akan memggangu isteri tuannya dan tidur bersama seperti
apa yang tuannya buat. Inilah yang selalu mendatangkan
masaalah kepada isteri tuannya itu kerana sebagai isteri,
dia akan tahu juga akhirnya perbezaan antara suaminya
dan makhluk belaan suaminya. Bagaimana jika isterinya
itu mengandung ??? kan timbul masaalah besar. Tapi
selalunya anak hasil hubungan dengan sahabat suaminya
itu tidak akan lahir (hilang dalam kandungan) atau mati
tak cukup bulan. Tak pernah pula kita dengar anak
sebegini yang hidup kerana ia akan dibunuh oleh Jin itu
juga.

Begitu pun masaalah yang keji ini telah diketahui umum


namun perbuatan membela, bersahabat ini tetap juga
berlaku hingga kehari ini. Ya... dizaman Malinium ini pun
masih ada orang Melayu yang tetap dengan perangai kuno
sebegini hanya semata-mata mengejar kekayaan. Mereka
tudak peduli akan kehidupan akhirat, kesusahan anak
isterinya dirumah, rumahtangganya dan tomahan jiran
tetangga serta masyarakat sekeliling, asalkan kaya raya.
Malah pernah kawan bertemu dengan isterinya dan anak-
anak mendengar sendiri rintihan mereka. Selain dari suka
memakan bangkai ayam yang dibeli dipasar (ayam akan
dibiarkan di atas petiais beberapa hari hingga berbau
bangkai). Anak gadisnya berumur 14 tahun yang sulung
juga pernah diperkosa oleh makhluk itu beberapa kali,
Isterinya pun sama tetapi bila mengadu dengan suaminya.
Dia buat tak tahu saja seperti tiada apa yang berlaku. Bila
didesak oleh Isterinya, sisuami mula marah dan memukul
semua yang ada dirumah itu. Tetapi bila kawan sendiri
yang menegur dia, seperti kebiasaannya ia mula
mengamuk, memaki hamun kerasukan jin dengan tiba-tiba.
Kami terpaksalah pula menangkapnya dan diserah kebalai
polis untuk tindakan seterusnya. Pekara ini nampak seperti
tak logik, tapi ia tetap juga berlaku. Inilah dunia akhir
zaman. Asfiruallahalazim.

Penjelmaan Jin menjadi manusia ini bukanlah pekara


baru, ia telah ujud semasa zaman Rasuallah saw lagi.
Menurut ahli-ahli tafsir yang telah memberi contoh ayat al
Quran yang menjelaskan akan pekara ini, Firman Allah
swt didalam surah al Anfal ayat 48 yang mafhumnya ;

" Dan ingatlah ketika syaitan memperhiaskan usah mereka


(menghasut rancangan jahat supaya dipandang elok dan
diteruska) lalu katanya : kamu tidak akan kalah oleh
orang-orang (kaum muslimin) pada hari ini, sesungguhnya
aku akan menolong kamu. Tetapi tatkala petempuran
(kedua-dua pihak muslim dan kafir hadap berhadapan)
kedua golongan itu, syaitan itu mundur kebelakang lalu
berkata : Aku keluar dari golonganmu kerana aku dapat
melihat apa yang kamu tidak dapat lihat, sesungguhnya
aku takut kepada Allah dan Allah sangat keras siksaannya
".

Keterangan ayat ; diriwayatkan peristiwa ini berlaku


ketika Peperangan Badar ketika datang beberapa Syaitan
kepada orang-orang kafir Musyirikin yang menyerupai
Suraqah bin Malek dari suku Bani Bakr yang memang
terkenal kerana permusuhan dengan Bani Quraisy dengan
menyatakan taat setia untuk berperang bersama-sama
mereka. Kaum Musyirikin yang pada mulanya merasa
takut sekarang menjadi berani kerana penyertaan Bani
Bakr didalam balatentera mereka. Setelah persetujuan itu
dibuat, maka pada hari berlakunya peperangan sebenar
diwaktu mereka telah nampak akan tentera kaum Musimin
berserta bala tentera Allah dari langit. Secara tiba-tiba
Suraqah bin Malek dan tenteranya (syaitan-syaitan) itu
merasa gerun lantas mengundurkan diri kerana ketakutan
dan meninggalkan pauk kaum kafir-kafir Musyirikin
dimedan pertempuran.

Dari peristiwa ini dapat dikupas tabiaat syaitan yang


berpaling tadah, semasa mengangkat sumpah mereka
cukup berani dengan kata-kata membangkitkan semangat
kaum kafir. Tetapi bila dilihatnya tentera Islam yang
begitu ramai, mereka berpaling dan lari. Didalam
peristiwa inilah syaitan telah menjelma menjadi manusia
diantara puak orang kafir sebagai membangkit semangat
sahaja. Tetapi telah menipu golongan kafirun itu
diakhirnya, tinggallah mereka berhadapan dengan tentera
musimin dengan Allah swt telah gandakan balatentera
Nabi dengan kekuatan dilangit, hitam langit bumi semasa
mereka turun. Sebenarnya kaum kafir itu telah dikepong
dari depan dan belakang, kiri dan kanan mereka hingga
mereka tidak mampu bergerak untuk melarikan diri lagi.
Maka mereka menjadi habuan dihancur musnah oleh
tentera kaum Muslimin keatas musuh Nabi saw. dan musuh
Allah swt itu.

Satu lagi riwayat yang telah dicatitkan didalam al Quran


juga didalam surah al Anfal ayat 30, Allah swt telah
berfirman yang mafhumnya ;

" Dan ingatlah (wahai Muhammad) Ketika orang-orang


kafir (Musyirikin Mekah menjalankan rancangan muslihat)
memperdaya engkau, supaya mereka memenjara engkau,
membunuh engkau atau menghalau engkau. Mereka itu
memperdayakan (menjalankan perancangan jahat), dan
Allah memperdaya mereka pula (mengagalkan
perancangan mereka) kerana Allah sebaik-baik
memperdayakan (pengagal segala rancangan jahat
mereka) ".

Keterangan ayat : Menerangkan satu peristiwa


perancangan jahat kaum Musyirikin Mekah di sebuah
tempat bernama Dar Nadwah perihal untuk menghapuskan
Nabi Muhammad saw. Ketika Bani Quraisy sedang
berkumpul untuk bermusyuarat tiba-tiba datang seorang
bernama Syeikh an Najdi dari Bani Najdi (penyamaran
jelmaan Iblis) ingin menyertai musyuarat tersebut dan
secara khusus memberi pendapat supaya Nabi Muhammad
saw dibunuh saja. Setelah usul itu diperbahaskan dengan
terperinci maka mereka semua bersetuju dengan usul
utama Syeikh an Najdi tadi untuk membunuh Nabi. Allah
telah memberitahu Nabi untuk keluar bersama sahabatnya
Abu Bakar ra untuk keluar dari Mekah dan bersembunyi .
Akhirnya Nabi Muhammad saw telah terselamat dari
cubaan bunuh itu.

Begitulah jelmaan Iblis yang menyerupai manusia


bernama Syeikh an Najdi untuk memberi pendapat disaat
musyuarat penting kaum Bani Quraisy dengan idea yang
paling jahat telah diberi dikala itu. Begitu buruk
perancangan Iblis keatas Nabi Muhammad saw, tetapi
Allah swt lah pelindung kepada Nabi dan menyelamatkan
Nabi kita.

Golongan ini memang telah diakui boleh menyerupai


Manusia, bagaimana dengan menyerupai Nabi Muhammad
saw ? Telah dinayatakan didalam beberapa dalil didalam
al Quran dan Hadis-hadis dimukasurat 2 bahawa Allah
tidak mengizinkan mereka menyeruapi Nadi Muhammad
saw . Didalam Hadis Nabi juga telah diakui bahawa
golongan Jin, Syaitan dan Iblis tidak boleh menyerupai
Nabi Muhammad saw. Ia muktamad !

Tetapi tidak kepada golongan jahat ini, mereka akan cuba


tipu helah yang lain pula kepada manusia supaya manusia
menjadi sesat akidah dan syarak. Sebagai contoh, hayati
cerita ini ;
Pada satu ketika datanglah seorang sahabat ketempat
kawan untuk menceritakan satu peristiwa pelek yang baru
saja berlaku keatas dirinya. Beliau telah bermimpi bertemu
dengan Nabi, katanya dengan serius. Beliau sebelum itu
telah bermunajat dengan mengerjakan puasa sunat
beberapa hari dan solat sunat hajat 12 rekaat setiap
malamnya. Memang dia berhajat untuk dipertemukan
dengan Nabi Muhammad saw. Beliau yang memang kawan
kenal merupakan seorang yang sangat wara' dan alim
tetapi tidak pernah belajar dimana-mana pengajian
Syariat dan Fiqah. Maka pada satu malam dari itu beliau
pun bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad saw.
Beliau pada mulanya sangat pasti itulah Nabi saw lama
kelamaan ingin juga kepastian dari orang lain., jadi orang
pertama yang dia ingat ialah Kawan. Jadi kawan tanyakan
keadaan mimpi beliau itu, gambaran yang jelas supaya
boleh ditentukan akan masaalah ini.

Digambarkan didalam mimpi beliau, pada waktu magrib


dia hendak ke Kolam belakang rumannya untuk mandi.
Sesampai saja kekolam tersebut, kelihatan seorang tua
telah selesai mengambil uduk dan naik dari tangga kolam
itu. Dia tidak berkata apa-apa dan juga tidak memandang
kepadanya. Tiba-tiba terdetik didalam hatinya bahawa
orang dihadapannya itulah Nabi Muhammad saw. Wajah
nya tidak dapat dilihat dengan jelas, lalu beliau pun
melutut sambil memegang tangan baginda dan
menciumnya. Itu saja yang berlaku dan dia pun tersedar
dari mimpinya. Jadi dia mahukan pendapat kawan. Kawan
kata kan pada dia yang dia jumpa itu Iblis. Punyalah
teperanjatnya dia hingga hampir pingsan dia mendengar
keputusan itu. Lembik sekujur tubuhnya, mengelatar
seluruh tubuhnya, peluh bercucuran diseluruh mukanya,
tergamam dan memendang tepat kemata kawan dengan
pandangan yang kosong. Kawan tenangkan dia lebih dari
dua jam. Setelah semangatnya kembali pulih dia minta
penjelasan selanjutnya dari kawan. Kenapa kawan katakan
itu adalah Iblis ???

Begini... jika benar itu Rasuallah saw. Kenapa dia diam ?


kenapa dia palingkan muka ? kenapa dia tak pandang
mata awak? kenapa tidak berpakaian dan hanya pakai
tuala ? Siapa yang berkata-kata dalam mimpi itu ? kenapa
ditepi kolam belakang rumah ? Bagaimana rupanya ?
Jawapan dan gambaran seperti diatas itu langsungn tidak
menampakkan bahawa kamu betul-betul bertemu dengan
Nabi didalam mimpi kamu itu. Sepetutnya beliau akam
memberi salam seperti lazim yang beliau buat bila bertemu
dengan tetamu. Dia tidak akan memalingkan mukanya
kepada umat kesayangannya. Pandangannya rebup dan
sahdu tepat kemata kamu dengan senyum yang sukar kamu
nak lupakan manisnya. Beliau akan berpakaian kemas dan
memakai haruman dari wangian firdaus yang kamu tidak
akan lupa harumnya sampai bila-bila. Tempat kamu
bertemu dia selalunya di Mesjid Nabawi di Madinah.
Beliaulah yang akan memperkenalkan dirinya dengan
sebutan yang jelas namanya dengan penuh dan lengkap.
Wajahnya akan dapat kamu tatap sepuas hati tampa rasa
jemu dan tak dapat kamu gambarkan indahnya hingga
keakhir hayat kamu. Begitulah lebih kurang gambaran
yang sepatutnya kamu dapat bukannya seperti yang kamu
ceritakan mula-mula tadi. Lama kelamaan dengan hujah
dan penjelasan yang diberi, ia pun akur akan kelemahan
dirinya kerana bukan semudah itu untuk dapat bermimpi
bertemu dengan Baginda.

Daripada cerita diatas, dapat tak anda fahami apakah


penipuan yang telah Iblis lakukan ? Yang paling utama
ialah Iblis tidak mengaku dia tu Rasullah. Bukan dia yang
mengatakan, tetapi anda sendiri yang menyangka doa
anda dah jadi nyata kerana anda beramal. Iblis tidak
bersalah, tetapi andalah yang bersalah kerana
menyamakan Nabi dengan yang lain sedangkan anda
sendiri tidak pernah melihat Nabi. Lagi pun sifat Nabi
mestilah sempurna, bukan jumpa belakang rumah, pakai
tuala mandi, rupa parasnya tidak kelihatan, tidak berkata-
kata, tidak memberi salam, jumpa depan tandas, jumpa
ditengah padang, jumpa tepi sungai, jumpa bawah pokok
nampak hanya belakang Nabi dan banyak lagi ciri-ciri
yang menampakkan kelemahan Nabi. Memang benar juga
atas kehendak Allah segalannya mungkin dan kamu boleh
jumpa Nabi dimana-mana saja. Tetapi didalam soal mimpi
yang soheh dan benar ia tidak begitu. Ia mestilah tiada
keraguan sifatnya dan sentiasa akan menampakkan
kesempurnaan sifat Nabi yang Allah swt tetapkan keatas
dirinya semasa zahir (hidupnya dahulu) atau batinnya
(kehidupan beliau sesudah wafat) tampa keraguan pada
diri umatnya yang sangat Nabi sayangi ini. Jangan mudah
terperangkap dengan dakwaan sesat seperti dakwaan
sesetengah orang yang cuba memutar belitkan Fakta.
Seperti dakwaan Rasul Kahar, dakwaan Ayah Pin,
dakwaan Asyaari Arqam, dakwaan Ahmad Laksamana,
dakwaan Katijah Ali, dakwaan Aurad Ismailiah dan
ratusan malah ribuan dakwaan bertemu Nabi , mendapat
mandat dari Nabi, diarah mengantikan Nabi dan berbagai
lagi dakwaan yang merapu, tak tentu arah dan memutar
belit faktar sebenar yang boleh menyesatkan akidah kita.
Jangan mudah tertipu dengan mereka yang mengaku
bermimpi atau bertemu Nabi begitu saja. Kaji dulu akan
kelebihan dan kekurangan diri mereka itu dulu.
Bagaimana nak bertemu Nabi jika syariat Nabi, akhlak
Nabi, Ibadah seumpama Nabi tidak kamu buat dengan
tekun dan tidak duduk didalam wilayah itu. Manakala
keilmuan yang kamu ada tidak menjurus dan berwasilah
menyampai kepada Baginda ? Jadi bagaimana dapat kamu
jelaskan bahawa yang kamu jumpa itu sebenarnya Nabi,
sedangka kamu sendiri merasa ragu akan pekara itu ?

Lihat disebuah kisah lain, Ia mendakwa bahawa apabila


hendak mati akan datang (nampak) sesorang menjemput
kita, setengah mengatakan ibu kita, setengah mengatakan
bapa kita, setengah mengatakan guru kita dan banyak lagi
dakwaan. Pekara ini memang benar, iaitu jemputan untuk
pulang itu bukan hanya dihadiri oleh Malikat Maut sahaja,
malahan ada orang yang paling kamu percaya akan hadir
bersama-sama untuk menjemput anda. Tetapi kamu juga
harus hati-hati untuk menentukan siapa yang layak untuk
kamu ikut, bukan Ibu kamu, bukan kawan kamu, bukan tok
lebai kampung kamu, bukan Bapa kamu, bukan Atok kamu
yang warak itu, semuanya bukan ! Kalau semuanya bukan
siapa dia itu ? Untuk menentukan pekara ini kamu
mestilah diwaktu hidup mu belajar berkenannya. Bukan
main dengar cakap orang saja. Belajar dengan guru yang
juga menyampai keilmuannya pada tangan Rasuallah saw
yang dipanggil Wasilah (pewaris ilmu Nabi) dan pula
mempunyai Rabitah (tambatan hati) kepada Rasulullah
juga. Pekara ini "wajib" didalam pembelajaran Rohani.
Bukan main serkap jarang atau tangkap muat saja.
Bukannya belajar dengan guru-guruan ditepi jalan atau
diwarong-warong kopi saja. Ia mestilah bertempat dengan
tempatnya yang sempurna juga. Jadi hati-hati ya !

Carilah Jalan Menuju Mati untuk mendapat "


Hismulhatimah" (kesudahan yang sempurna) dalam
menhadapi "Sharakatulmaut", iaitu mati yang baik keatas
penghidupan kita ini. Anda diingatkan selalu berdoa
khusus untuk pekara ini. Ilmu Jalan Menuju Mati, bukan
untuk orang-orang pencen saja atau orang yang telah
berumur yang dah nak mati saja. Tetapi juga untuk semua
peringkat umur sebab maut itu datang tidak mengira umur
atau usia. Bila-bila masa sahaja boleh hadir, dimana-
mana juga. Kita seharusnya sentiasa berwaspada selalu.

Jangan sampai kamu nanti. ...Mati Katak.....Mati


Konyol....Jadi Hantu.....Jadi Toyol...????

TEMPAT KEMASUKAN JIN :

Seperti yang telah diperbincangkan dengan panjang lebar


akan perbuatan jahat golongan Jin, Syaitan, Ifrait dan
Iblis yang sangat suka menganggu, mengacau, membisik,
menyesatkan, menipu dan semua jenis perbuatan jahatnya
kepada Umat Manusia. Adalah sangat perlu kita
mengatahui kita mengatahui dimanakah tempat yang
mereka boleh masuk ditubuh kita ini. Ruang atau lubang
manakah pada tubuh kita yang menjadi laluan masuknya
setiap hari dan masa tampa kita sedari. Melalui tempat ini
mereka akan masuk dan terus membuat sarangnya didalam
tubuh kita. Dari situ pula mereka melancarkan kegiatan
jahat mereka merosakkan semua sistem tubuh manusia
untuk melupakan perintah Allah swt. Supaya sesat
bersamanya untuk masuk kedalam Neraka Jahanam yang
telah tersedia untuk mereka. Kepada manusia yang sedar
dan dapat berpatah semula, anda terselamat. Tetapi yang
terus terjun dengan keindahan dunia dan leka dibuai oleh
alunan nyanyian Iblis, maka akan pula menerima azab
yang pedih bersama- sama Iblis tadi. Sesungguhnya
mereka itu tidak akan terlepas.

Ada 14 laluan kemasukan atau lubang tempat mereka


masuk kedalam tubuh Manusia. Laluan-laluan itu adalah
seperti berikut :

1) Diuluhati, paru-paru, hati dan jantung Manusia.


2) Tulang siku dan cantuman pelipat siku tangan kanan.
3) Tulang siku dan cantuman pelipat siku tangan kiri
4) Pelipat dan tulang kepala lutut kaki kanan
5) Pelipat dan tulang kepala lutut kaki kiri
6) Lubang tengkuk
7) Dua urat pada tengkuk
8) Tulang Solbi dipunggung
9) Lubang hidung dan mata sebelah kanan
10) Lubang Hidung dan mata sebelah kiri.
11) Lubang dan cuping telinga sebelah kanan
12) Lubang dan cuping telinga sebelah kiri
13) Lubang dan semua rongga mulut.
14) Lubang pusat. ari-ari dan kemaluan manusia.

Melalui 14 ronga inilah didalam tubuh manusia golongan


Jin akan masuk seterusnya akan memasuki pembuluh
darah dan terus kejantung dan ketempat-tempat
kegemaran mereka yang lain. Kesemua 14 tempat
kemasukan Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis ini haruslah sentiasa
ditutup dengan keadah tertentu supaya laluan ini tidak
boleh lagi mereka gunakan. Keadah-keadah ini hanya
dapat dipelajari jika anda berguru. Tampa guru, ia tidak
boleh diajarkan kerana pekara ini memerlukan ijazah
darinya. Tempat-tempat kegemaran mereka ada 7 tempat
di dalam tubuh manusia iaitu :

1) Tempat pertama sekali yang mereka akan tuju ialah


Jantung dan rongga lain didada manusia seperti hati,
paru-paru, limpa, perut, huluhati, pangkrias dan semua
saluran penafasan manusia. Disinilah sarang paling besar
syaitan dan iblis seolah-olah seperti sebuah istana. Dari
Jantung yang mereka kerumuni beramai-ramai, Iblis akan
mentadbir semua balatenteranya terdiri dari syaitan dan
ifrit untuk mendiami pula tempat seperti. Seperti yang kita
tahu dijantung kitalah terletaknya Kalbi (kalbu) iaitu
pandangan rohani yang juga dikenali dengan nama mata
hati. Inilah sebabnya maka Iblis menguasi tempat ini dan
menjadikan kawasan itu sebagai Istana pentadbirannya
untuk menutup pandangan mata hati manusia kepada
Allah swt. Jika ia terbuka maka cahaya yang keluar dari
kalbu itu akan pula menghancurkan mereka. Jadi mereka
berkurumun seramai mungkin dikawasan itu. Disini juga
ada pandangan yang lebih utama iaitu dipanggil "Sir"
terletak didalam kalbi itu yang lebih halus sifatnya.
Apabila manusia telah berjaya mengeluarkan kedua-dua
cantuman cahaya itu, tiada apa lagi yang mampu mereka
buat, terpaksalah mereka lari meninggalkan tubuh itu,
sebelum mereka hangus menjadi debu.

2) Mata dan rongganya dikedua-dua belah kanan dan kiri.


Orang yang telah dikuasi oleh Jin ini matanya akan
berkilauan seperti mata kucing bila disuluh lampu. Mereka
juga amat takut bertentangan mata dengan manusia.
Selalunya apabila bomoh menurun, perhatikan kelakuan
dan gerak gerinya, ada yang menyelubungkan kepalanya
dengan kain supaya penyamarannya tidak kelihatan oleh
manusia.

3) Duduk dirongga mulut dan kawasan itu seperti lidah,


kerongkong, gigi, gusi, lelangit, tekak dll. Mereka
menguasi mulut manusia dan manusia yang telah dikuasi
akan suka sekali mengumpat, mengeji, mengadu domba,
mencarut, memaki hamun, berbual kosong, suka minuman
keras, mabuk, meracau, bercakap seorang, meletah dengan
perkataan lucah, suka makanan haram, menghisap rokok
dan benda-benda yang menghayalkan seperti ganja, dadah
yang dimakan dan semua perbuatan dosa yang disebabkan
oleh mulutnya.

4) Duduk di telinga manusia dikiri dan kanan, samaada


dicupingnya atau pun dilubangnya. Manusia yang telah
dikuasi telinganya oleh golongan Jin ini amat benci
dengan ceramah agama, laungan azan, bacaan ayat al
Quran, nasihat, teguran disebaliknya pula amat suka
dengan mendengar Musik, mendengar perbualan orang,
mendengar umpatan orang, mendengar gosip artis atau
pemimpin, suka dikawasan yang bising seperti di disco,
pup, kelab malam dll.

5) Duduk dihidung atau ronga hidung dikedua-duanya.


Manusia yang telah dikuasi hidungnya amat suka haruman
dari alkohol, menghidu gam, menghidu kokin dan bau-
bauan yang merosakkan otak dan tubuh badannya. Melalui
penghiduan juga semua jin mudah masuk melalui udara
yang dihidu masuk keparu-paru dan ronga-ronga lain
didada. Salah satu gejala yang paling teruk apabila
manusia itu mengelami resdong, selsema, hidung berair
busuk dll.

6) Duduk dipusat dan ari-ari manusia. Ini termasulah


rongga yang lain seperti buah pinggang, dan usus
manusia. Apabila mereka telah menguasi kawasan ini,
maka manusia itu akan selalu sakit perut, angin berpusing-
pusing, sengugut, sakit dalam perut, sakit buah pinggang,
pundi-pundi kencing, ulsa (barah usus), apendik, gestrik
dll.

7) Duduk dikemaluan dan semua sistem peranakan bagi


kaum wanita dan juga sistem pengeluaran benih bagi kaum
lelaki. Manusia yang telah dikuasi kemaluannya tidak kira
wanita atau lelaki amat suka bersetubuh, berzina, meliwat,
beronani, sex bebas, sex beramai-ramai, merogol,
sumbang mahram, homosexsual, lesbian, suka berhayal
akan sex, pelacuran, menjual tubuhnya dan sebagainya.
Kejahatan dan dosa bahagian kemaluan inilah yang paling
ramai dewasa ini dilakukan dimerata tempat hingga
sanggup membunuh untuk menutup malu.

Sebab itulah kita sentiasa disarankan mengambil wuduk


atau sentiasa berada didalam wuduk kerana dengan
berwuduk bermakna kita telah membersehkan 4 tempat
pergantungan golongan Jin ini. Kemudian 2 lagi tempat
dibersehkan dikala kita mandi setiap hari. Ingatlah setelah
kita cucu tempat-tempat itu kita sebutlah nama Allah
padanya. Berserahlah kepada Allah untuk memelahara
anggota-anggota tubuh kita itu dari didiami golongan Jin,
Syaitan, Ifrit dan Iblis. Hanya tinggal 1 lagi iaitu anggota
yang duduk didalam iaitu Jantung yang didalamnya
terletak Kalbu, pandangan Basrah dan "SIR" yang harus
dibersehkan dengan wirid, uslah, puasa, zikir tafakur dan
membaca al Quran selalu. Terbaik jika diberikan "Ijazah"
oleh guru bertauliah akan semua senjata-senjata itu untuk
kita amalkan bagi kita memberus kotoran yang terlekat
oleh mereka yang jahat itu.

Jika semuanya telah berseh, maka keluarkan pula saka


maka yang bersangkutan dengan kita supaya kita benar-
benar berseh mutlak untuk mengadap Allah setiap hari.
Dtambah pula dengan keadah menutup 14 tempat laluan
mereka yang telah dipelajari dari guru kita. Barulah
amalan dan semua kerja buat kita diterima Allah swt
sebagai amalan disetiap masa dan tempat.

CARA-CARA KEMASUKAN JIN :

Diatas telah dinayatakan akan tempat-tempat kemasukan


dan juga tempat bersarangnya golongan Jin ini didalam
tubuh manusia. Sekarang mari kita lihat bagaimanakah
caranya mereka menyelusup masuk kedalam tubuh
manusia. Cara-cara kemasukan golongan Jin, Syaitan, Ifrit
dan Iblis kedalam tubuh manusia terbahagi kepada
beberapa bahagian iaitu :
1) Melalui pengambilan "Sahabat" dan "Khadam" dimana
manusia itu sendiri menjemput golongan Jin ini mendiami
tubuh badannya sebagai sarang. Melalui pertolongan
sahabatnya itu Manusia itu akan merasa selesa kerana
tugasnya telah diambil alih oleh sahabatnya itu.

2) Dengan melakukan Sihir dari satu manusia ke satu


manusia yang didendaminya. Dengan cara ini juga tidak
diketahui siapa perilakunya yang sebenar. Jika berlaku
kematian dia akan terselamat dari hukuman dunia.

3) Menerima Jin Saka keturunan semasa ibu atau ayahnya


mahu meninggal dunia. Selagi tiada salah satu anaknya
mahu menerima saka Ibu atau Ayahnya itu, selagi itulah
nyawa tidak akan terlepas dari jasad, maka terseksalah ibu
atau ayahnya menghadapi Sharakatulmaut diseksa dengan
seksaan yang amat pedih sekali. Atau pun orang tuanya
yang tidak sempat membuang saka itu telah meninggal
dunia dan jin saka itu sendiri yang memilih untuk tinggal
dengan sesiapa juga ahli keluarga tuannya itu pula. Suka
atau pun tidak, jin saka ini akan duduk juga ditubuh anda
tampa menghiraukan perasaan anda. Jika anda berdegil
juga, bermacam penyakit yang akan datang kepada anda
termasuklah menjadi gila.

4) Manusia dalam keadaan sengaja ataupun tidak sengaja


telah membunuh keluarga salah seekor dari golongan Jin.
Jin Islam yang menjelma menjadi ular umpamanya telah
memasuki rumah anda dan tampa berlengah lagi anda
telah membunuh ular tersebut. Kaum keluarga Jin Islam
itu akan pula menuntut bela atas kematian keluarganya
ditangan anda. Jika mengikut Hukum Qisas didalam
hukum syarak, maka mereka berhak juga membunuh anda.
Jikalau pekara seumpama itu berlaku kepada Jin yang
anda bunuh itu merupakan Jin kafir, maka jam itu juga
anda akan mati ditanggan mereka tampa dakwaan lagi.
Kalau umpamanya anda telah memijak atau tertendang
atau menghempap mereka dengan benda berat yang
menyebabkan mereka sakit. Maka mereka juga akan
membuat anda sakit seperti ahli keluarga mereka itu.
Pekara ini amat rumit untuk manusia itu dilepaskan selagi
ahli keluarganya tidak sembuh dari sakit akibat perbuatan
anda.

5) Manusia yang mengambil mana-mana zikir, sepotong


ayat Quran, mentera jampian atau belajar dari guru-guru
yang tidak mampunyai pertalian pelajaran dan keilmuan
yang menyampai ditangan Baginda Rasuallah saw atau
dari orang-orang yang tidak diketahui asalusul
pengajiannya atau diambil dari dalam mimpinya dengan
tiada usul telah mengamalkan pula zikir, ayat, jampi
tersebut secara berseorangan tiba-tiba menjadi gila. Ini
orang jawa panggil Gila Isim. Atau telah berlaku
kemasukan jin didalam badannya (Tanasalul Arwah) atau
boleh saja beliau pandai berubat, berpidato bab agama,
memberi hujah dan pendapat tentang hal-hal masyarakat,
nikah cerai, bab munakahad, bab muaamalat, Fikah,
Syarak,akhlak, tauhid, tasauf, tarikat, hakikat seolah-olah
Guru agung atau Mufti atau Khodi lagaknya tampa ia
belajar dari mana-mana perguruan pondok atau
pesentern. Kemudian menjadi guru atau ustaz yang pula
mengajar agama disemua bab, pada mulanya memang
tidak nampak. Tetapi lama kelamaan pekara ini akan
terbongkar juga kepada masyarakat sekeliling akan ajaran
sesatnya itu.

6)Kepada manusia khasnya kaum wanita yang suka


bersolek semasa keluar dari rumah. Memperagakan
rambutnya, kecantikan wajahnya, kecantikan tubuhnya
yang mendedahkan auratnya dikhalayak ramai dan
apabila ada dikalangan kaum Jin yang telah jatuh cinta
terpandangkan wanita itu maka akan berlakulah
kesusahan kepada wanita itu kerana disihir oleh Jin tadi
ada yang sampai gila angau, gila meroyan, sasau berjalan
dalam tidur mencari Jin itu dan berbagai lagi masaalah
yang timbul dek sebab pekara yang tidak disengajakan
oleh wanita itu. Bukanlah niat wanita manusia itu untuk
memikat Jin itu, tetapi kesalahan wanita itu ialah tidak
menutup auratnya dan suka bersolek semasa keluar ruman.
Itulah sebabnya Islam melarang pekara ini.

7)Manusia yang tidak mahu beribadah dan lalai akan


perantah Allah swt malah suka melakukan semua pekara
yang ditegah dalam syarak. Mereka dengan sengaja
menjauhkan diri mereka dari Allah swt dan dengan
sendirinya pula mendekatkan dirinya bersama-sama Jin,
Syaitan, Ifrit dan Iblis. Mereka akan terus hanyut dan
hayal bersama-sama keseronokan dunia dibuai oleh
Syaitan dan Iblis sehingga mereka tidak dapat keluar lagi
dari cengkaman mereka-mereka itu. Mereka akan terus
sesat dan akam mati didalam keadaan menzalimi diri
mereka sendiri. Setelah sahehmati barulah mereka kesal
akan semua tindak tanduknya semasa didunia, sudah
terlambat saudara saudari seklian. Tidak ada lagi jalan
untuk anda patah balek semula kedunia, tiada apa yang
dapat dibuat lagi, terpaksalah anda menghadapi seksaan
yang telah disediakan untuk kaliian. Hanya Rahmat Allah
dan Sfaat Rasullah saw saja yang mampu menolong anda
dikala itu.

Pergerakan utama Jin didalam tubuh manusia adalah


mengikut aliran darah melalui semua urat saraf, pembuluh
darah yang sambung menyambung diantara satu dengan
yang lain. Apabila mereka dapat masuk ketubuh manusia,
pekara pertama sekali yang mereka lakukan ialah dengan
mencari pembuluh darah dan urat-urat nadi manusia
kerana disitu mereka akan mudah bergerak dari satu
tempat ke satu tempat. Rasuallah saw pernah bersabda
didalam sebuah hadis sahih yang telah diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim, dari Sayidah Syafiyah binti Huya
bahawa beliau pernah mendengar Rasuallah saw bersabda
yang maksudnya ;

" Sesungguhnya Jin (syaitan) itu berjalan didalam tubuh


anak Adam (manusia) sebagaimana darah yang mengalir
dalam tubuhnya ".

Maka seharusnya kita sentiasa menjaga akan permakanan


kita, carilah makanan yang halal supaya menjadi darah
yang halal pula. Dengan itu kita akan menyempitkan jalan
tempat duduk mereka itu disitu atau mereka tidak duduk
didalam darah yang halal dan berseh yang sentiasa
menyebut nama Allah berserta doa ketika makan yang kita
amalkan.

JENIS PERMUSUHAN JIN KEPADA MANUSIA :

Allah swt telah menjelaskan didalam al Quran terdapat 3


jenis permusuhan kaum Jin kepada Umat Manusia dari
dahulu hinggalah sekarang. Ia adalah seperti berikut ;

1) Mengujudkan kejahatan yang dinamakan As Suu iaitu


kejahatan menghasut manusia berbuat dosa-dosa dengan
membuat maksiat didalam hati dan juga anggota badan
mereka. Manusia yang memang cenderung untuk
melakukan kejahatan dan maksiat akan mudah termasuk
kedalam perangkap Iblis dan kuncu-kuncu itu. Tapi setelah
kamu sedar dari lamunan mimpi kamu merasakan tidak
akan diapa-apakan oleh mereka pada masa itu. Ternyata
anggapan begitu akan melemahkan lagi Iman Manusia
yang sebenarnya tertipu dengan segala muslihat
permainan puak Jin, maka anggapan itu sebenarnya satu
kenyataan yang manusia itu telah berada dipihak yang
salah dan terpaksa menghadapi hukuman yang berat dari
Allah swt.

2) Mengujudkan kekejian yang dinamakan Al


Fahsyah iaitu menghasut manusia melakukan kejahatan
yang lebih jauh lagi yang amat keji disisi Tuhan iaitu
derhaka akan semua perintahNya dan membuat semua
yang dilarangNya. Apa saja yang dilarang seperti berjudi,
minum arak, berzina, mencuri, berbuat zalim, mengadu
domba, memfitnah, mengumpat, mengeji, membunuh,
merogol, memukul, menyihir, menipu, memakan riba,
memakan harta anak yatim, dan bermacam-macam lagi
perbuatan mungkar akan dilakukannya dengan tiada rasa
bersalah dan takut akan seksaan yang menantinya
diakhirat kelak. Mereka ini bertambah jauh dari rahmat
Allah dan mempunyai hati yang telah hitam sepenuhnya
yang tiada rasa insaf akan semua perbuatan keji terhadap
Allah swt.

3) Berbohong terhadap Allah swt sedangkan mereka telah


pun berjanji taat setia semasa kejadiannya dahulu. Tahu
kah kamu apa perjanjian yang telah kamu lafaskan
dihadapan Allah Rabuljalil dahulu semasa kamu di Alam
Roh, maka dengan perjanjian itulah kamu dilepaskan
untuk hidup di dunia ini ? Kamu tidak ingat akan
perjanjian dan sumpah yang telah kamu akad dahulau ?
Baiklah, akan kawan peringatkan sekali lagi apakah
sumpah dan janji itu, disini pada saat ini untuk kamu
kenangkan semula dan berjanji pada diri sendiri untuk
berpatah semula kepangkal jalan jika kamu telah tersesat
jauh atau dekat, Janji dan sumpah taat setia ini telah Allah
rangkumlan didalam al Quran, maka Allah swt telah
berfirman didalam surah al Akraf ayat 172 yang
mafhumnya ;

" Ketika Tuhanmu menjadikan keturunan anak Adam


daripada tulang punggung mereka (tulang solbi), Dia
mempersaksikan dengan diri mereka sendiri, Allah
berfirman : Bukan Aku Tuhan kamu ? sahut mereka : Ya,
kami menjadi saksi, supaya kamu juga mengatakan pada
hari kiamat : Sesungguhnya kami lengah (lalai) terhadap
perihal ini ".

Keterangan ayat : Inilah rangkuman sumpah dan janji


yang telah kamu, kita dan semua manusia ucapkan
dinadapan Allah dahulu semasa kamu di Alam Roh. Telah
kamu lafaskan dengan lidah dan mulut kamu, kemudiannya
telah pula mentasdihkannya didalam tiap-tiap hati
diantara kamu dan dengan sekujur tubuh badan kamu akan
taat setia akan perjanjian itu dihadapan Allah Rabuljalil
sendiri. Maka dengan sumpah taat setia inilah kamu
dilepaskan untuk hidup dimuka bumi sekarang ini.
Bagaimana kah kamu ingin menafikannya lagi, setiap jiwa
akan menjadi saksi pula keatas jiwa-jiwa yang lain secara
hadap hadapan esok dihari perhitungan itu . Kata
sesetengah ahli tafsir, bahawa Allah telah memangil Adam
dan disapu akan punggung Adam, maka keluarlah seluruh
keturunan darinya lalu diminta menjadi saksi akan
keEsaan Allah. Maka semunya telah menjadi saksi dan
bersumpah taat setia terhadap Allah swt. Maka dengan
sumpah taat setia itulah Allah swt melepaskan seluruh jiwa
itu untuk hidup dimuka bumi sekarang ini, termasuk kamu,
kami, kita, engkau, aku dan semua manusia yang hidup
mahupun yang telah meninggal dunia. Kepada mereka
yang telah melupakan janji dan sumpah ini, maka mereka
telah diletakkan didalam ungkapan berbohong terhadap
Allah. Kenapkah kamu semua terpaksa menjadi saksi
sebelum kamu hidup dahulu ? Supaya kamu tidak boleh
berdolak dalek memberi hujah menyalahkan ibubapa,
datuk nenek keturunan kamu yang telah sesat, jadi kamu
minta dilepaskan seksaan itu disebabkan perbuatan
mereka itu sedangkan kamu akan dipertanggung jawabkan
atas semua perbuatan kamu sendiri. Bukankah kamu telah
diberi akal fikiran ???

Awasi akan 3 jenis permusuhan serta tipuhelah golongan


Jin dan kuncu-kuncunya ini dengan ceramat setiap hari
dan masa kerana mereka tidak akan berhenti dari
menganggu kamu sehingga akhir hayat kamu kecuali
mereka-mereka yang telah diberi keselamatan dari
gangguannya ini. Mereka-mereka yang telah melepasi
wilayah dan sentiasa duduk didalam Tauhid Allah
bersama-sama kekaseh Allah dan berserta Allah dimana
jua dia berada pada setiap masa dan waktu selama-
lamanya hingga hari kiamat.

kembali semula kepada soalan kuiz diatas, bagaimana,


boleh beri jawapannya, cuba teka ???

Siapakah nama-nama Manusia Iblis yang kawan


maksudkan itu, seorang lelaki yang bergelar Maharaja
Agung Manusia Iblis dan yang wanitanya bergelar
Maharani Agung Manusia Iblis disebelah Timur ini, raja
segala sihir, raja segala sakti dan menjadi musuh dalam
lipatan kepada bangsa Melayu dan seluruh keturunannya
terutama di kawasan benua Nusantara ini.

Sila hantarkan pendapat dan jawapan kepada kuiz yang


telah diberi diatas. Kawan terpaksa tarek lagi rencana ini
kesatu lagi mukasurat dikeluaran akan datang supaya
dapat memberi laluan kepada pembaca semua memberi
jawapan kuiz ini.
Harap Maaf, kesulitan amat tidak disengajakan........
Kepada mereka-mereka yang menunggu akan tajuk-tajuk
Bunian, Dewa, Dajjal, Izazil, Daulat dan lain-lain lagi
pastikan anda tidak terlepas episot akhir dalam mukasurat
4 rencana ini iaitu "IBLIS DAN ALAMNYA (Musuh Kamu
Yang Paling Nyata)"