Anda di halaman 1dari 6

1.

Berikut adalah syarat-syarat bagi pengesahan seseorang pegawai kecuali


A. Surat Akuan Sumpah
B. Lulus tapisan keselamatan
C. Menandatangani surat aku janji
D. Lulus peperiksaan yang disyaratkan <<<<
**Rujukan: Pengesahan Pelantikan
2. Seseorang pegawai Semenanjung yang diarahkan bertukar ke Sabah akan memikmati elaun serta kemudahan
berikut kecuali
A. Bayaran Insentif Wilayah
B. Elaun gangguan
C. Elaun Perumahan Wilayah
D. Tambang penerbangan balik ke Semenanjung tiga (3) tahun sekali <<<<
**Kemudahan tambang mengunjungi wilayah asal dua (2) tahun sekali - Pekeliling Perkhidmatan 6/2006

3. Berikut adalah bulan pergerakan gaji tahunan kecuali


A. April
B. Jun <<
C. Januari
D. Oktober

4.Seseorang pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan berhasrat untuk meletakkan jawatan hendaklah
mengemukakan notis bertulis
A. 30 hari sebelum perletakan jawatan itu berkuatkuasa
B. 30 hari atau sebulan gaji
C. 90 hari sebelum perletakan jawatan atau sebulan gaji <<
D. 90 hari sebelum perletakan jawatan atau tiga bulan gaji
5. Dari carta ini bilakah tarikh pergerakan gaji encik Ahmad mulai tahun 2006?
Diploma Pengurusan Awam - 1 Okt 05-28 Feb 06
Pegawai Tadbir dan Diplomatik gred M41 - 15 Mei 05
Kembali bertugas - 1 Mac 06
**Rujuk carta Pergerakan Gaji
A. 1 Januari
B. 1 Februari
C. 1 April <<<<
D. 1 Julai
6. Berapakah jumlah maksimum yang dibenarkan bagi temph percubaan dengan berdenda
A. 3 tahun
B. 4 tahun
C. 2 tahun <<<<
D. 6 tahun

7. En. Asri seorang Pegawai di Kementerian Y akan menghadiri satu mesyuarat di Jepun. Beliau memerlukan wang
pendahuluan diri bagi menampung perbelanjaan di sana. Pendahuluan diri yang boleh dituntutnya
A. Tidak melebihi elaun makan beserta elaun lojing yang boleh dituntut
B. Tidak melebihi elaun makan beserta bayaran sewa hotel yang boleh dituntut <<<<
C. Tidak melebihi elaun makan,elaun lojing, elaun pakaian panas
D. Tidak melebihi elaun makan yang boleh dituntut
8. Kemudahan cuti apakah yang boleh diberikan kepada pegawai yang mengiringi anaknya mendapat rawatan di luar

stesyen
A. Cuti tanpa rekod
B. Cuti sambilan
C. Cuti sakit
D. Cuti rehat <<<<
9. Berikut adalah kenyataan mengenai cuti haji kecuali
A. Cuti haji diluluskan sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan seseorang pegawai
B. Diberikan kepada pegawai yang telah berkhidmat tidak kurang daripada 3 tahun <<<<
C. Diberikan kepada anggota berjawatan sementara yang telah berkhidmat tidak kurang daripada 6 tahun secara
berterusan
D. Cuti haji diberikan kepada pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan
10. Salah satu daripada perkara berikut bukan merupakan syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi seseorang
pegawai kerajaan
A. Mendapat perakuan Ketua Jabatan
B. Lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan (jika ada)
C. Lulus Penilaian Tahap Kecekapan <<<<
D. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi
11. Perkara-perkara berikut adalah benar mengenai 'Pemangkuan' kecuali
A. Perlaksanaan tugas tersebut di samping tugasnya sendiri <<<<
B. Suatu jawatan yang lebih tinggi grednya dari jawatan hakiki pegawai
C. Perlu mendapat kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat
D. Pegawai dibayar elaun memangku
12. Syarat utama bagi seseorang untuk dilantik ke dalam Perkhidmatan Awam Malaysia ialah
A. Mestilah seorang warganegara Malaysia <<<<
B. Mempunyai kelayakan yang disyaratkan
C. Mempunyai susuk tubuh yang disyaratkan
D. Mengikut jantina yang tertentu
13. Yang manakah id bawah ini bukan dalam kategori cuti yang sama
A. Cuti bersalin
B. Cuti Isteri bersalin <<<<
C. Cuti TB, barah dan kusta
D. Cuti kerantina
14. Hukuman tangguh pergerakan gaji yang dikenakan ke atas seseorang pegawai hendaklah dilaksanakan pada
A. Tarikh pergerakan gaji pegawai tersebut
B. Awal tahun kesalahan tersebut
C. Serta merta setelah tarikh pengenaan hukuman tersebut oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan
D. Tarikh ulangtahun pergerakan gaji berikutnya selepas tarikh pengenaan hukuman itu oleh Pihak Berkuasa Tatatertib
yang berkenaan <<<<
15. Pegawai awam yang bermalam di luar ibu pejabat kerana menjalankan tugas rasmi layak dibayar elaun sekiranya
memenuhi syarat-syarat yang berkuatkuasa. Bermalam di luar ibu pejabat ialah...
A. Berada di luar ibu pejabat melebihi 18 jam
B. Berada di luar ibu pejabat melebihi 24 jam <<<<
C. Berada di luar ibu pejabat melebihi 8 jam
D. Berada di luar ibu pejabat melebihi 33 km
16. Jumlah cuti tanpa gaji yang boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan ialah sebanyak
A. 25 hari bagi tiap-tiap genak tahun perkhidmatan
B. 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan
C. 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 1 tahun <<
D. 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 6 bulan

17. Iklan pengambilan pegawai ke dalam Perkhidmatan Awam perlu mengandungi butiran seperti berikut:
I. Nama jawatan dan taraf pelantikan II. Maklumat Gaji
III. Kelayakan akademik IV. Taraf kewarganegaraan pemohon
A. I, II dan III
B. I, III
C. II, III
D. I,II,III,IV <<<<
18. Puan Aira seorang Penolong Pegawai Tadbir telah diluluskan cuti haji pada tahun 2000. Beliau kembali bekerja
selepas 29 hari bercuti. Beliau memohon cuti haji bagi kali kedua untuk menemani ibunya menunaikan fardhu haji.
Ketua Jabatan beliau...
A. Boleh meluluskan Cuti Haji bergaji penuh tidak melebihi 40 hari
B. Boleh meluluskan Cuti Haji bergaji penuh selama 11 hari sahaja
C. Tidak boleh meluluskan cuti haji bergaji penuh kerana kelayakan sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan <<<<
D. Tidak boleh meluluskan cuti haji kerana Puan Aira hanya dibenarkan sekiranya mengiringi suaminya
19. Apakah syarat-syarat bagi memohon cuti memasuki peperiksaan
A. Peperiksaan yang dikendalikan oleh kerajaan
B. Peperiksaan yang pengajiannya ditanggung oleh kerajaan
C. Terhad kepada hari-hari peperiksaan sahaja <<<<
D. Pegawai dan kakitangan yang berumur tidak melebihi 45 tahun
20. Kelayakan kemudahan Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian
Menghadiri Upacara Rasmi ialah
A. Setiap 2 tahun sekali
B. Setiap 3 tahun sekali <<<<
C. Sekali 4 tahun sekali
D. Sekali 5 tahun sekali
21. Perkara-perkara berikut merupakan syarat-syarat untuk seseorang pegawai yang gagal disahkan dalam skim
perkhidmatan yang lain untuk kembali ke dalam perkhidmatan yang lain untuk kembali ke dalam perkhidmatan
terdahulu kecuali
A. Ada kekosongan jawatan dalam skim perkhidmatan terdahulu pegawai
B. Kegagalan pegawai untuk disahkan bukanlah atas sebab kelakuan yang tidak memuaskan
C. Persetujuan Ketua Perkhidmatan terdahulu
D. Persetujuan pegawai terlebih dahulu <<
22. Lembaga perubatan boleh ditubuhkan atas sebab-sebab berikut kecuali apabila
A. pegawai telah tercedera semasa bertugas
B. pada setiap tahun dalam masa 3 tahun berturut-turut pegawai telah mendapat cuti sakit melebihi 15 hari <<<<
C. pegawai disahkan menghidap tibi, kusta dan barah
D. seseorang pegawai didapati masih tidak sihat setelah menghabiskan cuti sakit biasa
23. Kerajaan meluluskan cuti separuh gaji kepada pegawai dan kakitangan atas hal seperti berikut
A. Tidak mempunyai baki cuti rehat lagi setelah semua cuti dihabiskan
B. Sebab-sebab persendirian yang mustahak
C. Tiada lagi kalayakan cuti bersalin setelah melahirkan anak yang ke 5
D. Sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada pegawai <<<<<
24. Tarikh persaraan wajib yang diiktiraf untuk seseorang pegawai awam ialah:
A. Genap 55/56 tahun dari tarikh lahir dalam EGHRMIS
B. Genap 55/56 tahun dari tarikh lahir dalam kenyataan perkhidmatannya <<<<
C. Genap 55/56 tahun dari tarikh lahir Sistem Pengurusan Personel Jabatan
D. Genap 55/56 tahun dari tarikh lahir dalam sijil kelahirannya
25. Seorang pegawai wanita yang melahirkan anak layak memohon cuti tanpa gaji menjaga anak. Berapakah

kelayakan maksimum bagi cuti tersebut?


A. 30 hari
B. 90 hari <<
C. 60 hari
D. 120 hari
26. Berapakah jumlah cuti sakit bergaji penuh yang dibenarkan bagi pesakit Tibi
A. Tidak melebihi 12 bulan <<
B. Tidak melebihi 24 bulan
C. Tidak melebihi 36 bulan
D. Tidak melebihi 48 bulan
27. Cuti urusan kematian ahli keluarga terdekat diberikan kepada anggota Perkhidmatan Awam selama 3 hari. Istilah
ahli keluarga terdekat dalam hal ini adalah
I. suami/isteri II. abang kandung pegawai
III. ibu bapa sendiri IV. ibu bapa mentua
A. I, III <<<<
B. I, II
C. I, II, III
D. I, II, III dan IV
28. Seseorang pegawai itu dikehendaki membayar bayaran wad apabila dimasukkan ke hospital. Walau
bagaimanapun, beliau dikecualikan daripada membuat bayaran sekiranya
A. Dia memilih skim pencen
B. Dia ditempatkan di Hospital Kerajaan
C. Mengekemukakan surat pengesahan diri dan perakuan pegawai kepada pihak hospital
D. Disahkan menghidap penyakit tibi <<<<
29. Ahmad dilantik sebagai Pembantu Tadbir (P/Operasi) pada 16 Jun 1998. Pada 16 Disember 2005, beliau dinaikkan
pangkat ke gred N22. Bilakah tarikh pergerakan gaji Ahmad bagi tahun berikutnya
A. 1 Oktober <<<<<
B. 16 Jun
C. 1 Disember
D. 16 Disember
30. Marlina, Pegawai Belia dan Sukan gred S44 berhasrat untuk mengambil bahagian dalam aktiviti politik. Dalam hal
ini
A. Beliau adalah dilarang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti politik <<<<
B. Beliau hanya boleh memegang jawatan rendah sahaja
C. Beliau perlu mendapat kebenaran bertulis dari Ketua Jabatan terlebih dahulu
D. Beliau hanya boleh menjadi anggota biasa sahaja
31. Lembaga perubatan boleh dipanggil untuk memeriksa kesihatan seseorang pegawai dalam keadaan-keadaan
berikut kecuali apabila
A. Pegawai telah tercedera semasa bertugas
B. Pegawai bercuti sakit melebihi 45 hari setahun selama tiga tahun berturut-turut
C. Pegawai disahkan menghidap penyakit barah
D. Kesihatan badan pegawai diragui <<<<
32. Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika memberikan taat setia yang tidak terbelah
bagi kepada YDPA, Negara dan kerajaan. Oleh itu seseorang tidak boleh...
I. membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya
II. berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau nama perkhidmatan awam
III. kurang cekap atau kurang berusaha
IV. ingkar perintah atau kelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar
perintah

A. I, II, dan III


B. I. III, dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV <<<<
33. Cuti tanpa gaji diberikan kepada pegawai dan kakitangan atas hal-hal seperti berikut kecuali
A. Sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada pegawai <<<<
B. Cuti menjaga anak
C. Sebab-sebab persendirian yang mustahak
D. Bersalin anak yang ke 6 dan ke atas
34. Rumah yang disediakan di kawasan terpencil dimana tidak terdapat rumah persendirian yang sesuai untuk disewa
dikenali sebagai
A. Rumah Khas Jawatan
B. Rumah Khas Jabatan
C. Rumah Biasa Kerajaan <<<<
D. Rumah Sewa Kerajaan

35. Kenyataan di bawah ini adalah paling tepat mengenai Elaun Pakaian Panas
A. Elaun ini hendaklah dituntut sebelum pegawai pergi ke Luar Negeri
B. Elaun ini hendaklah dituntut sebelum pegawai pergi ke luar Negara atau selewat-lewatnya tiga bulan selepas pulang
<<<<
C. Dituntut oleh pegawai yang diarahkan oleh kerajaan untuk berkhidmat di Luar Negeri
D. Elaun ini layak dituntut oleh setiap pegawai sekali dalam tempoh 3 tahun.

36. Encik Amri seorang pegawai Tadbir dan Diplomatik telah ditawarkan menjadi Pensyarah sambilan di Universiti
Malaya. Beliau telah memohon kebenaran dari ketua jabatannya. Ketua Jabatan En. Amri boleh member kebenaran
dengan syarat-syarat berikut
I. Pekerjaan itu tidak dilakukan di dalam waktu pejabat
II. Pekerjaan itu tidak bercanggah dengan kepentingan jabatan
III. pekerjaan itu tidak menjejaskan tugas En. Amri sebagai Penjawat awam
IV. Pekerjaan itu bersangkut paut dengan tugas rasminya
A. I, II
B. I, II dan III <<<<
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
37. Syarat-syarat yang melayakkan seseorang itu mendapat bayaran lebih masa adalah kerja-kerja yang
A. Dilakukan di luar ibu pejabat yang melebihi waktu bekerja
B. Perlu dibuat pada waktu malam mengikut syif tugasnya
C. Dilakukan sebelum 8.00 pagi dan selepas 4.30 petang

D. Dikehendaki dibuat oleh pegawai melebihi daripada waktu tugas biasanya <<<<
38. Pengisytiharan harta hendaklah dibuat sekurang-kurangnya
A. Sekali setahun
B. Sekali dalam perkhidmatan
C. Sekali dalam tempoh lima tahun <<<<
D. Pada tarikh melapor diri dan sebelum tarikh akhir persaraan
39. Encil Mazlan PTD Gred M41 telah diarah bertugas di Kuantan selama dua hari. Jarak diantara Kuala Lumpur dan
Kuantan ialah 259km. Apakah jenis tuntutan yang dibuat oleh Encik Mazlan jika dia menggunakan kenderaannya
sendiri walaupun jabatan tidak membenarkan membuat tuntutan perbatuan?
A. Tuntutan perbatuan bagi 240km sahaja mengikut kelayakan kerana menggunakan kenderaan sendiri.
B. Tuntutan tambang Bas Ekspress Kuala Lumpur ke Kuantan secara pergi balik

C. Tambang sebuah kereta sewa


D. Tambang gantian kapal terbang <<<<
40. Melissa dibenarkan menduduki rumah kerajaan kelas C walaupun beliau hanya layak menduduki rumah kerajaan
kelas D. Oleh itu, sewa yang perlu dibayar adalah mengikut

A. Kelas rumah yang didiaminya


B. Kelas rumah yang ia berhak mendapat <<<<
C. Kadar yang akan ditentukan oleh KSN
D. Sewa purata bagi kelas C dan D