Anda di halaman 1dari 89

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

TAJUK 1

Modul DPLI (SM)

KEMAHIRAN SAINTIFIK

1.1 KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS


1.2 KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU
1.3 KEMAHIRAN MANIPULATIF

1.1

KEMAHIRAN PROSES SAINS ASAS

SINOPSIS
Dalam topik ini anda akan didedahkan kepada enam kemahiran proses sains asas. Anda juga
akan diberi dengan aktiviti-aktiviti yang boleh anda mencuba sendiri serta dengan pelajar untuk
meningkatkan semua kemahiran ini. Latihan dan soalan-soalan yang diberikan bukan sahaja
akan membantu anda menilai diri anda sendiri dalam kemahiran proses sains asas ini tetapi
juga boleh meningkatkan pemahaman anda.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, guru-guru boleh:
1. membentuk penghayatan secara kritis kemahiran proses sains asas dan amalannya di
dalam pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah.
2. meningkatkan kemahiran mereka bentuk pendekatan dan aktiviti bagi menyokong pelajar
dalam mengembangkan kemahiran prosedur dan penyiasatan sains.

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

KERANGKA TOPIK

Kemahiran Proses Sains Asas


Memerhati
Mengelas
Mengukur dan menggunakan nombor
Membuat inferens
Meramal
Berkomunikasi

ISI KANDUNGAN
Kemahiran Saintifik dan Kemahiran Proses Sains
Sains bukan hanya ilmu pengetahuan sahaja, malahan ianya merupakan satu cara untuk
menyoal dan memahami persekitaran yang biasanya dilakukan secara sistematik. Kemahiran
saintifik adalah satu kemahiran yang membolehkan pelajar menentukan persoalan dan
menemui jawapannya secara sistematik. Kemahiran saintifik penting untuk menjalankan
sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik seperti eksperimen, penyelidikan dan projek.
Penguasaan kemahiran saintifik merupakan salah satu domain yang diberi penekanan dalam
kurikulum sains sekolah menengah. Kemahiran saintifik yang perlu dikuasai oleh pelajar adalah
terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.
Kemahiran proses sains (KPS) merupakan set kemahiran yang digunakan dalam proses
pemerolehan dan pentafsiran informasi tentang suatu subjek atau disiplin, umpama bagaimana
saintis bekerja, berfikir dan mengkaji masalah. Apabila pelajar berada dalam pembelajaran yang
berorientasikan inkuiri, mereka terlibat dengan pengalaman konkrit dengan objek konkrit,
membuat pemerhatian, memanipulasi objek, bertanya soalan, membentuk hipotesis,

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

menjalankan eksperimen, mengumpul data, mentafsir data, mengemukakan penerangan dan


berkomunikasi idea mereka dengan orang lain. Kemahiran proses sains ini terdiri daripada
kemahiran yang mudah kepada yang kompleks dan dikategorikan kepada kemahiran proses
sains asas dan bersepadu. Terdapat 12 KPS yang harus diperkembangkan dalam kurikulum
Sains seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Kemahiran
Saintifik

Kemahiran Proses Sains

Kemahiran Proses Sains


Asas
Memerhati

Kemahiran Manipulatif

Kemahiran Proses Sains


Bersepadu
Menggunakan perhubungan ruang
dan masa

Mengelas

Mengawal pembolehubah

Mengukur dan
menggunakan nombor

Mendefinisi secara operasi

Membuat Inferens

Membina hipotesis

Meramal

Mengintepretasi data

Berkomunikasi

Mengeksperimen

Rajah: Kemahiran Saintifik dan Kemahiran Proses Sains

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Kemahiran Proses Sains Asas


Kemahiran proses sains asas merupakan prasyarat kepada kemahiran proses sains bersepadu,
pelajar perlu menguasai kemahiran ini dahulu sebelum kemahiran proses sains bersepadu
dapat digunakan dengan berkesan. Kemahiran proses sains asas terdiri dari kemahiran
memerhati, kemahiran mengelas, kemahiran mengukur dan menggunakan nombor, kemahiran
membuat inferens, kemahiran membuat ramalan dan kemahiran berkomunikasi.
1.1.1

MEMERHATI

Memerhati merupakan unsur asas sains. Pada akhirnya, pemerhatianlah yang akan
menentukan prosedur dan hasil sebarang inkuiri saintifik. Adalah mustahil untuk menyiasat
secara saintifik tanpa pemerhatian yang tepat. Kita perlu mempunyai kebolehan untuk
memerhati bukan sahaja sesuatu yang dijangka, tetapi juga perkara-perkara yang tidak
dijangka.
Apa itu Memerhati?
Tahukah anda apa itu memerhati? Kebanyakan daripada kita memahami bahawa memerhati itu
melibatkan deria mata untuk melihat dan memahami benda-benda di sekitar. Sebenarnya ia
adalah lebih daripada itu.Memerhati adalah asas kemahiran proses sains yang melibatkan
semua lima deria untuk mencirikan objek-objek, mengenalpasti perubahan-perubahan,
persamaan dan perbezaan untuk memahami dunia di sekitar kita. Di sebalik itu juga kita boleh
mengatakan bahawa memerhati juga melibatkan proses mengumpul maklumat berkaitan
dengan objek-objek atau peristiwa-peristiwa dengan menggunakan kelima-lima pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan bau. Memerhati dalam sains, memerlukan murid-murid memberi
perhatian secara menghalusi. Memandang, melihat dan memerhati hendaklah difahami dengan
jelas. Memandang dan melihat dianggap sebagai pendekatan pasif manakala memerhati pula
dilihat sebagai pendekatan aktif.
Pemerhatian boleh dibahagikan kepada tiga jenis:
(i) Pemerhatian kualitatif melibatkan deria sahaja. Pemerhatian berdasarkan ke atas ciriciri dan sifat-sifat objek atau fenomena seperti warna, tekstur, bau, bentuk, berat, isipadu
atau suhu.

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Rajah: Membuat pemerhatian kualitatif


(ii) Pemerhatian kuantitatif melibatkan pengumpulan maklumat yang lebih tepat dengan
menggunakan instrumen untuk mengukur atau menyukat.
(iii) Pemerhatian perubahan pula memerhati perubahan yang berlaku khasnya berkaitan
dengan fenomena yang mengalami perubahan fizikal atau kimia. Perubahan ini boleh
diperhatikan secara kualitatif dan kuantitatif.
PEMERHATIAN

KUALITATIF
Menggunakan
5 deria untuk
mencirikan objek.
Contoh :
Warna merah
Bentuk sfera

KUANTITATIF
Pengukuran dibuat
dengan alatan dan
instrumen.
Contoh:
1.5 cm panjang
2 kg berat

PERUBAHAN
Menerangkan
perubahan secara
fizikal dan kimia.
Contoh:
Warna larutan
berubah dari .ke.
Saiz gula-gula
berkurang

nombor atau
kuantiti. Memberi maklumat dengan lebih tepat.
Teknologi Melibatkan
dapat meningkatkan
deria.
Sebelum
Contoh: kanta pembesar
Semasa
Selepas
Rajah: Jenis pemerhatian

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Layari Laman Web

http://www.sophia.org/tutorials/qualitative-and-quantitative-observations--2
http://quizlet.com/6547171/qualitative-quantitative-observations-flash-cards/

Pemerhatian kuantitatif memberi maklumat dengan lebih tepat berbanding dengan pancaindera
kita. Maka pelajar memerlukan bantuan untuk membuat pemerhatian yang baik. Jika seseorang
pelajar itu sedang menerangkan apa yang dia lihat, dia akan menerangkan tentang warna objek
itu sahaja tetapi tidak berkenaan dengan saiz atau bentuk objek itu. Pemerhatian yang bagus
dan produktif adalah berbentuk penjelasan yang ditulis atau dilukis secara menyeluruh dan
tepat dan pelajar perlu dilatih untuk menghasilkan penerangan yang menyeluruh. Dengan
adanya penerangan yang panjang dan lengkap oleh pelajar, maka barulah boleh meningkatkan
pemahaman tentang konsep yang sedang dikaji.
Bagaimanakah kita membimbing pelajar-pelajar kita memberi penerangan yang baik dan
menyeluruh?

Beri arahan kepada pelajar supaya focus kepada objek atau peristiwa yang sedang
dikaji dan kenalpasti ciri-cirinya.

Berikan mereka peluang untuk menyatakan pemerhatian kualitatif awal. Kemudian


minta mereka memberi huraian secara menyoal atau memberi mereka alatan yang
boleh membantu mereka menjalankan pemerhatian kualitatif atau kuantitatif yang
selanjutnya.

Jika berlaku sebarang perubahan dalam pemerhatian, pelajar perlu menyatakan apa
yang mereka lihat sebelum, semasa dan selepas kejadian berlaku dalam pemerhatian.
Jika boleh pelajar perlu digalakkan menamakan apa yang mereka perhati.

Gunakan rujukan, merujuk kepada benda yang telah menjadi biasa kepada semua
orang untuk menerangkan dengan lebih jelas sesuatu pemerhatian. Contohnya, kita
menerangkan warna dengan rujukan, seperti langit biru, rumput hijau kuning emas
untuk menerangkan warna biri, hijau atau kuning.

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Apabila kita membuat ukuran, kita membandingkan sifat dengan rujukan unit. Sesuatu
kenyataan ukuran mengandungi dua bahagian, nombor memberitahu berapa bilangan,
dan nama unit untuk memberitahu berapa banyak kandungan isinya. Penggunaan
nombor menunjukkan ukuran itu pemerhatian kuantitatif. Contoh, helaian daun diikat
dalam bilangan lima, atau ukuran berat daun ialah lima gram.

Sebagai rumusannya boleh kita katakan bahawa pemerhatian itu dibuat apabila:

Mengguna semua pancaindera untuk mendapatkan maklumat.

Menggunakan perkakas atau alat untuk membuat pemerhatian tepat

Mengenalpasti persamaan dan perbezaan untuk membuat perbandingan

Mengenalpasti ciri-ciri khas pada objek dan persekitaran

Sedar akan perubahan pada persekitaran

Mengenalpasti susunan objek atau peristiwa


KPS yang lain

5 pemerhatian
deria
Keupayaan untuk membuat
yang baik adalah juga penting untuk perkembangan
ciri

kemahiran proses sains yang lain, berkomunikasi, mengelas, mengukur, membuat inferens dan
secara

meramal.

banyak

alatan dan pengukuran

Objek

membanding dan membeza


mengenalpasti
Persamaan

Kualitatif
Kuantitatif

Memerhati

Perbezaan

Patern
Susunan

Perubahan
Sebelum
Semasa
Selepas

Rajah: Aliran membuat pemerhatian

Aktiviti 1: Membuat Pemerhatian Kualitatif

Mengelas
Meramal
Mengukur
Membuat inferens
Berkomunikasi

es
os
pr

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Petik sehelai daun dan kumpulkan sebanyak maklumat yang mungkin tentang daun itu dengan
menggunakan kesemua deria anda.
Senaraikan sekurang-kurangnya sepuluh pemerhatian tentang daun itu.
Untuk setiap pemerhatian catatkan deria yang digunakan untuk memperoleh maklumat.
Bil.

Pemerhatian

Deria

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Jadual: Keputusan Pemerhatian Kualitatif


Bandingkan pemerhatian anda dengan pemerhatian rakan anda.

Aktiviti 2: Perihalkan Pembakaran Sebatang Lilin

Bahan :

Lilin

Lighter

Buat ukuran kualitatif dan kuantitatif kepada sebatang lilin sebelum dan selepas dibakar selama
dua minit. Tanam lilin tersebut pada seketul modeling clay.

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Pemerhatian Kualitatif
Sebelum pembakaran
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
Semasa pembakaran
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
Selepas pembakaran
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
Pemerhatian Kuantitatif

Pemerhatian

Sebelum pembakaran

Selepas pembakaran

Jadual: Keputusan Pemerhatian Kuantitatif


Bagaimanakah kedua-dua pemerhatian di atas berbeza?
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
Yang manakah lebih sesuai digunakan dengan pemerhatian saintifik? Kenapa?
____________________________________________________________________________

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

____________________________________________________________________________
Aktiviti 3: Aktiviti Pemerhatian Kreatif

Secara berkumpulan anda diberi objek tertentu, contohnya

Eno dan air

Rempah

Biskut cream crackers dan air

Limau

Ais batu

1. Membuat pemerhatian yang teliti dengan pelbagai cara dan alatan.


2. Catatkan semua pemerhatian anda. Kenal pasti pemerhatian kualitatif dan pemerhatian
kuantitatif.
3. Mempersembahkan hasil pemerhatian dengan menggunakan pengurusan grafik/
lukisan/ lakaran atau lain-lain cara yang sesuai.
4. Menghasilkan satu lirik lagu/ rekaan kolaj/ sajak yang boleh ditafsirkan tentang objek.
5. Bentangkan kepada rakan-rakan.

Fikirkan

Jika anda diberi sebotol cecair, apakah pemerhatian yang boleh anda buat untuk mengetahui
apakah cecair itu?

Latihan

1. Apakah kepentingan kita membuat pemerhatian?

10

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

2. Apakah perbezaan di antara pemerhatian kualitatif, pemerhatian kuantitatif dan


pemerhatian perubahan?
3. Apakah indikator yang menunjukkan anda telah menguasai kemahiran memerhati?
Perbincangan

Bincang dan rancangkan tiga aktiviti bagi kemahiran membuat pemerhatian yang sesuai
berdasarkan spesifikasi sains sekolah menengah.

1.1.2

MENGELAS

Sama ada disedari atau tidak, kita selalu mengelaskan barang-barang dalam kehidupan
seharian kita. Kita mengelaskan buku-buku di perpustakaan mengikut subjek dan menyimpan
perkakasan sains di dalam stor mengikut jenis perkakasan. Para majikan mengelas pekerja
mengikut jenis pekerjaan pekerjanya dan kerajaan mengelas kita mengikut jantina, umur,
pendapatan dan sebagainya.

Fikirkan

Anda diberi 10 saat untuk mengingati huruf-huruf berikut:


E W H M I L N R T A O
Atau disusun dalam urutan begini:
M O T H E R I N L A W
Kaedah manakah lebih mudah mengingati? Mengapa?

Apakah boleh anda katakan tentang


budak ini?

11

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Adakah Pengelasan Penting?


Untuk memahami banyak objek, peristiwa dan benda hidup di sekeliling kita, adalah penting
untuk memerhati persamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain objek-objek
dengan mengumpulkan objek-objek tersebut mengikut ciri-ciri tertentu.
Pengelasan adalah kemahiran proses yang penting dalam pembentukan konsep.
Apa itu Mengelas?
Mengelas boleh ditakrif sebagai proses mengumpul objek mengikut ciri-ciri tertentu untuk
sesuatu tujuan. Kita perlu mengenalpasti persamaan dan perbezaan semasa mengenalpasti
ciri-cirinya. Oleh itu, kita boleh katakan bahawa mengelas ialah proses mengumpul objek atau
peristiwa mengikut persamaan atau perbezaannya. Ini adalah satu langkah penting ke arah
kefahaman yang lebih baik bagi objek atau peristiwa yang berbeza di dalam dunia ini.
Contoh:

12

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Perbincangan

Bincangkan contoh-contoh pengelasan

dalam kehidupan

dalam sains

Bilakah kita perlu mengelas? Kita mengelas apabila ada banyak item atau maklumat yang tidak
tersusun. Untuk mengelas item-item kita boleh ikuti langkah-langkah berikut :
1. Kenalpasti ciri-ciri umum item-item tersebut.
2. Mengasingkan item-item yang mempunyai ciri-ciri sepunya ke dalam kumpulan yang
sama.
3. Kenalpasti ciri-ciri lain.
4. Ulangi langkah 1 3 sehingga tinggal hanya satu item dalam setiap kumpulan.
Indikator untuk pengelasan yang dibina oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK, 1994)
boleh digunakan sebagai panduan untuk mengelas item atau maklumat dengan cara betul,
iaitu,

Kenalpasti persamaan dan perbezaan

Kumpulkan objek mengikut ciri-ciri umum

Perjelaskan kaedah pengelasan yang digunakan

Ciri-ciri lain boleh digunakan untuk mengumpul objek

Objek boleh dikumpulkan dalam pelbagai cara

Terdapat 3 jenis pengelasan:

13

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

3 Jenis
Pengelasan

Sistem Siri
(Serial Ordering
)

Sistem
Binari
(Binary)

Sistem Pelbagai
Lapisan
(Multilevel/Multistag
e)

Rajah: Jenis pengelasan

Sistem Siri:

Ini adalah pengelasan yang paling mudah. Objek disusun mengikut sifat tertentu. Contoh,
pelajar disusun bersiri mengikut tinggi, atau bijirin sarapan berbeza boleh disusun secara bersiri
mengikut bilangan kalori per hidangan.
Contoh:

Rajah: Pengelasan bersiri

Sistem Binari:

Dalam sistem ini, suatu set objek dibahagi kepada dua subset. Ini dilakukan berasaskan sama
ada objek-objek mempunyai atau tidak sifat-sifat tertentu. Contoh, haiwan boleh dikelaskan
kepada dua kumpulan: yang mempunyai tulang belakang atau yang tidak mempunyai tulang
belakang. Pengelasan secara sistem binari juga boleh dilakukan secara mempunyai sifat lebih
daripada satu. Objek dalam kumpulan itu memiliki semua sifat yang telah ditetapkan.

14

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Contoh:
MANUSIA

LELAKI

PEREMPUAN

ATAU
MANUSIA

MELAYU

CINA

INDIA

ORANG ASLI

Rajah: Pengelasan binari

Sistem Pelbagai Lapisan (Multilevel):

Pengelasan pelbagai lapisan boleh dibangunkan dengan membentuk beberapa peringkat


pengelasan binari kepada satu set objek dan kemudian dilaksanakan kepada subset
seterusnya. Hasilnya ialah sistem pengelasan yang mengandungi pelbagai peringkat atau
lapisan. Pengelasan pelbagai lapisan adalah sempurna apabila setiap objek dalam set asal tadi
telah dipisahkan ke dalam kategorinya sendiri. Pengelasan yang biasa terhadap alam haiwan
dan tumbuhan adalah contoh pengelasan pelbagai lapisan. Satu aktiviti yang boleh dibuat ialah
pengelasan pelbagai lapisan untuk haiwan di persekitaran mereka mengikut sifat fizikal dan
atas persamaan atau perbezaan kelakuan haiwan tersebut.
Contoh:
BENTUK

2 DIMENSI

BULATAN

SEGI TIGA

KUBOID

3 DIMENSI

SEGI EMPAT

KIUB

15

KON

SFERA

SILINDER

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Rajah: Pengelasan pelbagai lapisan


Jika mungkin, anda boleh tambah lagi bentuk-bentuk mengikut ciri-ciri mereka dan anda boleh
panjangkan pengelasan ini untuk menjadikan lebih banyak lapisan lagi.
Mengapa Kemahiran Mengelas itu Penting?
Kemahiran ini adalah penting kerana ia:

Membolehkan kita menyusun sesuatu mengikut peraturan umum.

Memudahkan kita belajar sesuatu yang baru dengan membandingkan ciri-cirinya


dengan pengelasan yang sedia ada.

Menyedarkan kita bahawa pelbagai cara boleh digunakan untuk mengelaskan sesuatu
benda atau peristiwa.

Menyedarkan kita bahawa pengelasan menjadikan kefahaman kita tentang sesuatu


lebih tersusun .

Aktiviti 1: Mengelaskan kekacang

Bahan-bahan :
1. Satu set pelbagai jenis kekacang dengan warna, saiz dan bentuk yang berbeza.
Prosedur :
1. Perhatikan kekacang dan nyatakan sifat-sifat mereka.
2. Kelaskan kekacang tersebut menggunakan sistem siri, sistem binari dan sistem pelbagai
lapisan.
Rumusan :
1.

Sistem siri

16

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

2.

Sistem binari

3.

Sistem pelbagai lapisan

Modul DPLI (SM)

Aktiviti 2: Mengelaskan makhluk baharu

Ahli-ahli sains telah menemui beberapa makhluk yang baharu di planet Pamishan seperti yang
ditunjukkan di Rajah 1.1.10. Mereka perlukan bantuan anda untuk mengenalpasti dan
mengelaskan mereka.

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

17

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

Rajah: Makhluk-makhluk baharu di planet Pamishan


Bentang dan terangkan hasil pengelasan anda kepada rakan-rakan.

Layari Laman Web

http://www.biologycorner.com/worksheets/pamishan.html

Latihan

Berdasarkan aktiviti 2, jawab soalan-soalan yang berikut.


1. Apakah jenis pengelasan yang anda gunakan?
2. Bagaimanakah anda membuat pengelasan?
3. Apakah ciri-ciri yang digunakan oleh anda apabila membuat pengelasan di atas?
4. Apakah ciri-ciri lain yang dapat digunakan untuk mengelas objek-objek yang diberikan?
5. Apakah kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mengelas?

18

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Perbincangan

1. Berikan beberapa contoh di mana sistem pengelasan digunakan dalam kehidupan


seharian.
2. Bincangkan mengapakah penting untuk mengelaskan mereka.
3. Apakah akan berlaku sekiranya benda-benda itu tidak dikelaskan?
4. Dengan menyemak Spesifikasi Kurikulum Sains Sekolah Menengah, senaraikan tajuktajuk yang anda fikirkan penting dibuat pengelasan.

1.1.3

MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR

Semasa kita memerhati sesuatu objek, kita biasanya membuat pemerhatian kualititaif.
Pemerhatian kualitatif menghuraikan ciri-ciri yang dapat diperhatikan pada sesuatu objek,
fenomena atau perkara.
Tetapi, untuk berfikir sebagai seorang saintis, perlulah kita membuat pemerhatian kuantitatif.
Pemerhatian kuantitatif memerlukan pengukuran dan pengiraan bernombor. Kemahiran
membuat pemerhatian kuantitatif ini disebut sebagai kemahiran mengukur dan menggunakan
nombor.
Apakah itu Mengukur dan Menggunakan Nombor?
Mengukur dan menggunakan nombor adalah proses membuat pemerhatian secara kuantitatif
dengan menggunakan nombor dan alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai
unit rujukan.
Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih jitu.

19

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Standard Tools
(Alat pengukuran berunit piawai)

Modul DPLI (SM)

Alatan yang digunakan untuk mengukur

Standardised Tools
(Alat pengukuran yang diseragamkan
sebagai unit rujukan)
Adalah alatan yang boleh digunakan untuk

kuantiti objek menggunakan unit piawai.

mengukur kuantiti objek menggunakan unit

Contoh: cm, inci, gram, liter

yang tidak diterima sebagai universal.


Contoh: cawan, sudu teh , jari

Jadual: Alat pengukuran

20

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Latihan 1: Membaca resipi

Kari Ikan Kacang Bendi


1 kg ikan
kg kacang bendi
1 cawan santan pekat
2 sudu serbuk kari
500 ml air
2 cm halia
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit
sudu teh serbuk perasa
cawan minyak
1 cubit garam
5 ml air asam jawa
Ikan dipotong selebar 2 jari. Panaskan minyak
selama 2 minit dan tumiskan serbuk kari, halia,
bawang besar, bawang putih, cili, sehingga naik
baunya. Masukkan ikan, santan dan air dan biarkan
selama 3 minit. Masukkan kacang bendi, garam,

Berdasarkan resipi Kari Ikan Kacang Bendi, kenalpasti ukuran yang menggunakan unit rujukan
dan unit piawai. Seterusnya lengkapkan Jadual 1.1.4 di bawah.
Ukuran

Unit Rujukan
Unit

Alat

Ukuran

Unit Piawai
Unit

Jadual: Ukuran yang menggunakan unit rujukan dan unit piawai


Bagaimana kita Mengukur dan Menggunakan Nombor?

21

Alat

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

1. Kenalpasti pengukuran yang diperlukan, sebagai contoh diameter satu tabung uji.
2. Spesifikasikan instrument untuk digunakan. Yang manakah yang lebih tepat? Pembaris
meter, angkup vernier atau tolok skrew mikrometer?
3. Bandingkan bacaan daripada setiap alat.
4. Yang manakah alat yang anda rasakan memberi bacaan yang paling tepat.
Anda dikatakan mengukur dan menggunakan nombor apabila anda
1. Boleh mengira dan membandingkan bilangan item di dalam kumpulan yang berlainan.

=
= 3

=5
2. Boleh mengenali pola di dalam jadual nombor.
Bil kali siram air

22

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah


Tinggi tumbuhan / cm

30

40

Modul DPLI (SM)


40

30

1 , 3 , 5 , 7,

3. Menggunakan nombor untuk merekod fenomena.

SLOW

FAST

FASTER

FASTEST

4. Menggunakan skala dan menerangkan nisbah.

1 cm : 10 cm

5. Membandingkan objek dengan menggunakan nombor.

1200 cc

2000 cc

6. Menggunakan alat dengan betul.

23

20

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

7. Mencatat unit dengan betul.

8. Memilih dan menggunakan unit piawai.

9. Membandingkan masa, jarak, luas dan isipadu dengan unit yang relevan.

20 minutes

5 hours

7 km
10. Menentukan kejituan ukuran tertentu.

The sweet weighs 4 paper clips


The sweet weighs 10 mg 24

19 m

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Which is more accurate?

Mengukur Menggunakan Sistem Metrik

Kuantiti fizik adalah kuantiti yang boleh diukur. Setiap kuantiti fizik yang diukur adalah dalam
unit SI (International System of Units). Unit ini adalah seragam dan digunakan dalam
pengukuran di kebanyakan negara. Kuantiti fizik bukan sahaja digunakan dalam kajian saintifik
tetapi ianya juga penting dalam kehidupan seharian kita.
Contoh lima kuantiti fizikal yang kerap digunakan dalam pengukuran ialah panjang, jisim, masa,
suhu dan arus elektrik.
Sistem metrik adalah sistem ukuran perpuluhan berasaskan meter, liter dan gram. Ia digunakan
secara meluas di seluruh dunia kecuali di Britain dan Amerika Syarikat. Di Malaysia, sistem ini
mula diperkenalkan pada 1 Januari 1982. Sistem metrik piawai antarabangsa kini adalah
Sistem unit antarabangsa. Sistem metrik menggunakan perkataan awal (prefixes) untuk
menunjukkan kuantiti-kuantiti yang besar atau kecil. Dengan menambah perkataan awal
(prefixes) kepada unit-unit asas ukuran (metre, liter and gram), anda dapat menunjukkan
kuantiti-kuantiti besar atau kecil.

25

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Jadual: Penggunaan perkataan awal (prefixes) dalam sistem metrik


Layari Laman Web

http://lamar.colostate.edu/~hillger/common.html
http://www.physchem.co.za/extras/units.htm

Latihan 2: Menentukan kuantiti fizikal

Kaji gambar berikut dan senaraikan kuantiti-kuantiti fizikal yang dapat diukur.

26

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Senarai Kuantiti-kuantiti fizikal

Latihan 3: Menggunakan pengetahuan prefix

Gunakan pengetahuan prefix dan maksudnya untuk menjawab soalan yang berikut:
1. One meaning of decimate is to reduce something to _________ its original size.
2. A decapod is an animal which has _________ legs.
3. In the decimal system, 0.3 is read as three _________ .
4. A hectometer equals _________ metres.
5. A kilowatt equals to _________ watts.
6. If a centipede has as many legs as its name implies, each leg is _________ (what part)
of the total number of legs.
7. On the centigrade (Celsius) temperature scale each degree is _________ (what part) of
the scale.
8. In a millennium, each year is _________ (what part) of the total period of time?
9. A mill is _________ (what part) of a Ringgit Malaysia.
Mengapa Kemahiran Mengukur dan Menggunakan Nombor Penting?
Berapa banyak? Berapa jauh? Apakah saiznya? Berapa panjang? Berapa laju? Ini merupakan
soalan-soalan yang sering kita temui dan perlu di atasi pada setiap hari. Kemahiran mengukur

27

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

amat diperlukan dalam membuat pemerhatian secara kuantitatif, membanding dan


mengelaskan objek di sekeliling kita dan berkomunikasi secara berkesan antara satu sama lain.
Kemahiran mengukur dan menggunakan nombor adalah penting kerana ia membolehkan
seseorang:
Menggunakan alat-alat ukuran dengan tepat.
Menganggarkan jarak, luas, isipadu dalam situasi-situasi yang memerlukannya.
Membuat ramalan atau inferens dengan lebih tepat.
Memperkembangkan kemahiran mengira.
Menggunakannya dalam kemahiran proses yang lain.
Membiasakan diri dengan ukuran-ukuran am yang digunakan dalam kehidupan harian.

Latihan 4: Menentukan unit dan alat ukuran

Bagi setiap ukuran yang ditunjukkan di bawah, tuliskan unit dan alat-alat yang digunakan untuk
mengukur mereka.

28

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Aktiviti 1: Menentukan panjang setiap bahagian tubuh badan

1. Anggarkan panjang setiap bahagian tubuh badan anda dan susun mengikut urutan
daripada paling pendek ke paling panjang dalam Jadual di bawah.
2. Gunakan pita mengukur metrik untuk mengukur panjang setiap bahagian tubuh badan
dan tuliskan ukuran yang sebenar dalam sentimeter.
3. Gunakan ukuran sebenar untuk menyusun bahagian tubuh badan daripada paling
pendek (nombor 1) ke paling panjang (nombor 10)
4. Bandingkan ukuran anggaran dengan ukuran sebenar.

Bahagian tubuh badan

Susunan
anggaran
1=paling pendek
10=paling
panjang

29

Ukuran
sebenar

Susunan
sebenar
1=paling pendek
10=paling
panjang

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Jadual: Panjang setiap tubuh badan


1. Berapa dekatkah susunan anggaran dengan susunan sebenar?
______________________________________________________________________
2. Apakah penemuan yang mungkin memeranjatkan anda?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

Aktiviti 2: Mencampurkan air sejuk dan air panas

Si kura-kura ada beberapa masalah. Mungkin anda boleh membantunya mencari jawapan.

Apa agaknya yang akan terjadi jika air yang sama banyak dicampurkan tetapi yang
pertama bersuhu 10C dan yang satu lagi bersuhu 60C?

Kolam saya suhunya 22C, tapi saya hariran kerana ada hari-harinya ia berasa sejuk
dan ada hari-harinya ia berasa panas. Hairan betul!

Bila saya demam, badan saya jadi panas, kenapa ya? Kalau saya minum air sejuk tentu
badan saya akan jadi kurang panas. Betulkah saya ni? Atau silapkah saya?

Mungkin aktiviti-aktiviti berikut boleh menunjukkan jawapannya.


1. Sukat 40 cm3 air sejuk dan 40 cm3 air panas.
2. Catatkan suhu kedua-duanya.
3. Jika kedua-duanya dicampurkan, berapakah agaknya suhu campuran itu? Tuliskan
jangkaan anda dalam Jadual di bawah.
4. Campurkan air panas dan air sejuk itu dan catatkan suhu sebenar campuran itu.
5. Ulangi langkah-langkah di atas untuk kombinasi-kombinasi lain seperti yang tercatat
dalam Jadual di bawah.

30

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Kuantiti Air

Suhu Air Sejuk

Suhu Air Panas

Modul DPLI (SM)

Jangkaan Suhu

Suhu Sebenar

Air Campuran

Air Campuran

40 cm air sejuk
+
40 cm3 air panas
30 cm3 air sejuk
+
50 cm3 air panas
20 cm3 air sejuk
+
60 cm3 air panas
10 cm3 air sejuk
+
70 cm3 air panas
Jadual: Keputusan suhu air
Adakah dapatan anda sama seperti yang anda jangkakan? Kenapa?
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

Perbincangan

1. Apakah maksudnya apabila satu pembaris meter dikatakan dapat mengukur panjang
secara tepat sehingga 0.1 cm sahaja?
2. Bagaimanakah anda menentukan kejituan dan kepersisan (accuracy and precision)
ukuran-ukuran anda?
3. Apakah alat-alat saintifik yang digunakan untuk mengukur masa, jisim, berat, panjang,
suhu, arus elektrik dan voltan?

31

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

4. Bincangkan bagaimana nombor mempengaruhi dan memberi kesan kepada kehidupan


kita.

1.1.4

MEMBUAT INFERENS

Definisi inferens
1. Ia merupakan suatu aktiviti minda, suatu tindakan intelektual, di mana seseorang itu
membuat kesimpulan bahawa sesuatu itu adalah benar atau seolah-olah benar.
2. Ia merupakan suatu kesimpulan logikal yang diperolehi berasaskan evidens atau
maklumat yang diketahui atau dianggap benar.
3. Ia juga boleh difahami sebgai kefahaman yang diperolehi melalui cadangan secara tidak
langsung dari kenyataan yang diberi.

Contoh 1
Jika anda menghampiri saya dengan sebilah pisau di tangan, saya mungkin membuat inferens
bahawa anda akan mencederakan saya. Inferens ini boleh tepat atu tidak tepat, logik atau tidak
logik, munasabah atau tidak munasabah.

Contoh 2
Semasa hujan yang lebat, anda lihat satu panacaran cahaya terang untuk seketika sahaja di
luar tingkap anda. Hampir serta merta selapas pancaran itu, anda dengar suatu bunyi yang
kuat. Anda kemudiannya berkata bahawa kilat telah memanah sesuatu tidak jauh dari tempat
anda berada. Ini adalah inferens anda kepada pemerhatian sinar cahaya dan bunyi kuat
tersebut. Ianya berdasarkan pengalaman yang lampau dengan kilat dan guruh serta
pengetahuan anda tentang laju cahaya dan laju bunyi.
Anda telah membuat inferens jika anda ..
1.

Menggunakan maklumat daripada pemerhatian untuk membuat kesimpulan yang


munasabah.

32

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

2. membuat beberapa interpretasi yang munasabah dari satu pemerhatian.


3. Boleh mengenalpasti keterbatasan inferen.
4. Menguji ketepatan inferen melalui pemerhatian yang lanjut.
5. Menggunakan inferen sebagai alat untuk menentukan pemerhatian lanjut yang sesuai.
(CDC, 1994)
Panduan untuk membuat inferens
Suatu inferens adalah BUKAN tekaan kerana tekaan adalah pendapat yang dibentuk daripada
bukti yang sedikit atau tiada bukti. Apabila membuat inferens, adalah penting untuk mengikuti
langkah-langkah berikut:
Inferens harus dibuat berasaskan pemerhatian kuantitatif atau kualitatif yang teliti.
Gunakan pengalaman atau pengetahuan anda bersama pemerhatian yang dibuat
semasa membuat inferens.
Cuba dapatkan lebih dari satu inferens logikal ke atas pemerhatian yang dibuat.
Nilai inferens anda. Tentukan sama ada anda perlu maklumat tambahan untuk
mengesahkan inferens tersebut.
Bersedia untuk mengubahsuai, menolak atau menilai semula inferens anda.

Layari Laman Web

Using Visual Evidence to Make Inferences


http://www.scienceandliteracy.org/sites/scienceandliteracy.org/files/strategyguides/Seeds_SG
_VA_MysteryMouths.pdf
Inferences and Observations
https://www.youtube.com/watch?v=CFmj_NY5tvg

Aktiviti 1: Membuat inferens berdasarkan gambar

33

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Berdasarkan gambar, apakah inferens yang anda boleh buat tentang


a.
b.
c.
d.
e.

tempat di mana perbualan itu berlaku


kepercayaan atau pegangan nilai dewasa yang bercakap itu
sebab beliau letakkan tangan dekat dengan mulut semasa bercakap
soalan budak perempuan itu
mesej yang ingin dipaparkan di dalam kartun ini

Aktiviti 2: Membuat inferens berdasarkan gambar tengkorak

Rajah di atas menunjukkan tengkorak sembilan jenis haiwan (tidak mengikut skala). Bentuk dan
jenis gigi-gigi haiwan adalah bergantug kepada cara pemakanan haiwan. Berdasarkan gambar-

34

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

gambar di atas, sila buat inferens mana di antara haiwan-haiwan itu adalah herbivor, karnivor
dan omnivor. Jelaskan inferens anda.

Aktiviti 3: Membuat inferens berdasarkan gambar tapak-tapak kaki

Dari INVESTIGATING EARTH, 4TH Edition by American Geological Insitute (1984)

Lihat gambar di atas.


Apakah inferens yang anda boleh buat mengenai Kedudukan 1?
Apakah inferens yang anda boleh buat mengenai Kedudukan 2?
Apakah inferens yang anda boleh buat mengenai Kedudukan 3?

Perbincangan

1. Bilakah anda perlu membuat inferens?


2. Membuat inferens ialah meneka. Adakah anda bersetuju? Terangkan jawapan anda.
3. Adakah membuat inferens penting? Mengapa?

35

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

4. Adakah pembelajaran ialah membuat inferens?


5. Beri beberapa contoh bila anda perlu membuat inferens dalam kehidupan seharian.

1.1.5

MERAMAL

Suatu ramalan dibuat mengenai hasil atau kesudahan suatu peristiwa yang akan
berlaku berasaskan corak-corak evidens (yang lepas). Membuat ramalan adalah
berdasarkan kepada pemerhatian yang teliti dan inferen yang dibuat terhadap
hubungan diantara peristiwa yang diperhatikan. Ia boleh di klassifikasikan kepada : a)
Interpolasi adalah ramalan data yang baru berdasarkan kepada tren atau corak yang
diperhatikan dari data lampau yang diperhatikan. b) Extrapolasi adalah ramalan data
baru diluar atau menjangkau julat data yang diperolehi sebelum ini. Suatu kenyataan
yang tidak berdasarkan pemerhatian adalah bukan ramalan. Ia hanyalah tekaan.

Mengapa aspek membuat ramalan penting dalam sains?


Ia dapat mengaktifkan pengetahuan sedia ada pelajar lalu membantu mereka
menghubungkaitkannya dengan pengetahuan baru.
Panduan membuat ramalan

36

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Jangan teka. Pertimbangkan semua evidens dan bukti yang ada, termasuk jadual, graf

dsb. Ingat kembali pengetahuan sedia ada anda.


Cari corak-corak yang jelas pada evidens atau pengetahuan yang ada. Pertimbangkan

bagaimana corak itu boleh digunakan untuk ramalan yang akan dibuat.
Jika maklumat yang ada tidak cukup, berusaha untuk mengetahui lebih lanjut mengenai

peristiwa itu atau peristiwa yang hampir sama.


Jangan berputus asa apabila ramalan anda tidak tepat. Pengalaman ini boleh menjadi
pencetus soalan dan ramalan baru yang akan menambahkan pengetahuan anda.

Soalan yang lazim dalam aktiviti meramal


Apakah yang akan berlaku JIKA . . .
Punca soalan, Apa yang akan berlaku jika - Pemerhatian dan perasaan ingin tahu
selanjutnya.
Akan mengakibatkan - Tindakan untuk menyiasat

Rajah di bawah menunjukkan peta bagi kemahiran membuat ramalan:

Kemahiran yang penting adalah membuat ramalan. Membuat ramalan adalah proses yang
menggunakan pemerhatian yang lampau atau data bersama pengetahuan sains untuk meramal
peristiwa atau hubungan. Ianya adalah membentuk idea mengenai jangkaan hasil apa yang
akan berlaku berdasarkan pengetahuan kini dan kefahaman, pemerhatian dan inferens. Suatu
kenyataan yang tidak berdasarkan pemerhatian adalah bukan ramalan. Ia hanyalah tekaan. Ia
boleh di klasifikasikan kepada : a) Interpolasi adalah ramalan data yang baru berdasarkan
kepada tren atau corak yang diperhatikan dari data lampau yang diperhatikan. b) Extrapolasi
adalah ramalan data baru diluar atau menjangkau julat data yang diperolehi sebelum ini.
Membuat ramalan adalah tekaan yang bijak terhadap apa yang akan berlaku. Ia perlu diikuti
dengan menulis atau penerangan secara lisan untuk mengkelaskan idea dan mendedahkan
sebarang miskonsepsi atau maklumat yang hilang. Anda mungkin boleh bertanya apa yang

37

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

akan berlaku?, kenapa anda berfikir itu berlaku? , adakah cara anda boleh mencari
penyelesaian?. Membuat ramalan mempunyai hubungan yang rapat dengan pemerhatian,
membuat inferens dan pengkelasan. Membuat ramalan adalah berdasarkan kepada
pemerhatian yang teliti dan inferens yang dibuat terhadap hubungan diantara peristiwa yang
diperhatikan. Inferens adalah penerangan atau interpretasi yang dibuat daripada pemerhatian.
Pengkelasan digunakan apabila kita hendak mengenalpasti persamaan atau perbezaan
terhadap objek atau peristiwa.
Kita memahami persekitaran di sekiling kita dengan cara pemerhatian perkara yang berlaku dan
kemudian membuat interpretasi dan membuat penjelasan. Kita selalunya boleh mengesan
corak dari apa yang diperhatikan.
Kerapkali kita boleh membuat ramalan apa yang akan berlaku pada masa akan dating. Contohcontoh membuat ramalan adalah:

Saya melihat hari hujan dan matahari muncul. Mungkin akan ada pelangi.

Jika saya melepaskan kedua-dua bola pada masa yang sama, mungkin ia akan jatuh
ketanah pada waktu yang sama.

Setiap pernyataan ramalan adalah berdasarkan pemerhatian dan corak yang diperkembangkan
daripada pemerhatian yang lampau. Bagaimana kita menerangkan dan membuat interpretasi
apa yang kita perhatikan memberkan kesan kepada bagaimana kita membuat ramalan. Menguji
ramalan kita akan menjurskan kita untuk melakukan lebih banyak pemerhatian yang akan
menyokong atau tidak menyokong ramalan yang asal. Apabila pemerhatian yang baru
konsisten dengan corak pemerhatian yang diramal maka kita mempunyai keyakinan dalam
ramalan kita. Walau bagaimanapun jika pemerhatian yang baru tidak menyokong ramalan awal
kita,maka kita mungkin akan menolak atau menilai semula pemerhatian kita. Pemerhatian yang
baru akan mengarahkan kepada inferens dan ramalan yang baru.
Selagi data yang baru (pemerhatian) dikumpul, teori (inferens) dicadangkan untuk
menerangkan apa yang telah diperhatikan dan meramal tentang perkara yang belum
diperhatikan. Sesuatu teori hanya dapat diterima dalam sains ianya perlu memenuhi tiga
lapisan ujian.

Boleh menerangkan apa yang telah diperhatikan

Boleh meramal apa yang belum diperhatikan

38

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Boleh diuji dengan melakukan pemerhatian selanjutnya dan diubahsuai


mengikut keperluan data yang baru

Anda membuat ramalan jika .


1. Menggunakan bukti yang lampau atau sekarang untuk menyatakan
peristiwa yang akan datang.
2. Boleh membezakan antara membuat ramalan dengan membuat tekaan.
3. Boleh untuk menentukan natijah daripada tindakan yang di ambil.
4. Menggunakan corak data secara eksplisit untuk membuat unjuran.
5.

Yakin dengan ketepatan ramalan.

6.

Boleh untuk mengesahkan pernyataan yang berkaitan dengan peristiwa masa depan
mempunyai perkaitan dengan bukti atau pengalaman lampau.

7.

Berhati-hati dalam membuat andaian mengenai corak atau data yang menjangkau dari
data yang sedia ada.

8.

Extrapolasi dan menggunakan data sebagai alat untuk meramal.

Fikirkan

Predicting vs. Hypothesis


Predicting
What is a prediction?
A prediction is a guess what might happen
based on observation.

Hypothesis
What is a hypothesis?
A hypothesis is a possible explanation for a
observation or problem that can further be
tested by experimentation. Hypothesis' are
also known as educated guesses.

39

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

How do you make dependable


predictions?
When making a prediction it is important to
look at possible patterns and current
observations.

So whats the difference between an


educated and wild guess?
Educated guesses should be testable,
therefore they should point toward the
design of the experiment to test it. Wild
guesses are when someone forms a guess
as to what will happen with no previous
knowledge or observation of something.

Here are some steps to think about to


make a dependable prediction:
Collect data using your senses,
remember you use your senses to
make observations.
Search for patterns of behavior and
or characteristics.
Develop statements about you think
future observations will be.
Test the prediction and observe what
happens.

Here are the steps to form a hypothesis:


When developing a hypothesis think
about any observations or previous
knowledge you know about the
variables.

Express what you think will be the


effect of changing one of the variables
(Independent variable) on the other
variable you expect to change
(Dependent variable).

Develop your hypothesis using a


statement.

A example of a hypothesis statement


would be, As the (independent
variable) ( describe how you would
change it) , then the (dependent
variable ) will (describe the effect)

Layari Laman Web

Layari http://www.philtulga.com/Prediction.html untuk permainan puzzle meramal.


http://madaboutscience.weebly.com/prediction-vs-hypothesis.html

Latihan 1: Pemerhatian, Inferens dan Ramalan

Tuliskan pemerhatian, inferens dan ramalan anda berdasarkan gambar ini.

40

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Pemerhatian

Inferens

Ramalan

Latihan 2: Terapung atau Tenggelam

41

Modul DPLI (SM)

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Jadual 1

Modul DPLI (SM)

Jadual 2

Berdasarkan maklumat di Jadual 1, cuba anda ramalkan sama ada bahan-bahan di Jadual 2
akan terapung atau tenggelam.

Aktiviti 1: Mencampur larutan yang berlainan air, minyak dan etanol

Ramalkan apa akan terjadi sebelum menjalankan setiap aktiviti dalam jadual berikut.
Selepas menjalankan aktiviti, bandingkan apa yang anda telah meramal dengan apa yang anda
telah memerhati.

Aktiviti

Ramalkan apa akan


berlaku

Menjalankan aktiviti

Masukkan 10 ml minyak
ke dalam 100 ml air dalam
satu bikar
Tambah 10 titis pewarna
cair ke dalam bikar itu

Atas asas apakah


ramalan dibuat?

Masukkan 10 ml ethanol
secara perlahan-lahan
melalui pinggir dinding
bikar
Masukkan 10 ml
detergen secara
perlahan-lahan ke dalam
bikar

42

Apakah yang
diperhatikan

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Kacau kandungan di dalam


bikar dengan
menggunakan rod kaca
dan biarkan selama 5
minit.

Aktiviti 2: Air yang dapat ditampung oleh duit syiling

1. Dalam kumpulan anda, sediakan satu duit syiling untuk setiap 5 sen, 10 sen, 20 sen and 50
sen.
2. Sebelum menjalankan aktiviti, ramalkan bilangan titisan air yang dapat ditampung oleh
permukaan duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen and 50 sen. Catatkan ramalan anda dalam
jadual yang diesediakan.
3. Kemudian, gunakan penitis (dropper) untuk menitiskan air di atas permukaan duit syiling 5
sen. Lakukan ini secara berhati-hati sehinggakan air mula melimpah. Hitung bilangan titisan
air yang dapat ditampung oleh duit syiling sebelum air mula melimpah dan catat di dalam
jadual yang disediakan.
4. Anda mungkin ingin menukar ramalan anda yang dibuat ke atas duit syiling yang lain
sebelum anda mengulangi langlah 3 dengan menggunakan duit syiling 10 sen, 20 sen and
50 sen.

Duit syiling

5 sen

10 sen

Ramalan
Pertama
Bilangan
titisan air
yang dapat
ditampung

Ramalan
Kedua
Ramalan
Ketiga
Ramalan
Keempat
Keputusan
sebenar

43

20 sen

50 sen

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

1.

Apakah faktor yang dipertimbangkan apabila anda membuat ramalan?

2.

Jika bilangan titisan air yang diramal berbeza daripada yang sebenar, apakah
menyebabkan perbezaan itu?

3.

Ramalan manakah yang paling tidak tepat? Mengapa?

4.

Adakah ramalan yang berikutan lebih tepat dan lebih mirip dengan keputusan yang
sebenar?

Perbincangan

1. Adakah anda bersetuju bahawa meramal adalah tekaan secara rawak? Terangkan
jawapan anda.
2. Adakah meramal merupakan kemahiran proses Sains yang penting? Mengapa?
3. Beri tiga contoh bagaimana kemahiran meramal digunakan dalam kehidupan seharian.
4. Bincangkan tiga aktiviti untuk membantu murid-murid sekolah rendah membezakan
kemahiran pemerhatian, inferens dan ramalan.

1.1.6

BERKOMUNIKASI

Pengajaran sains melalui kaedah inkuiri memerlukan penggunaan bentuk komunikasi terbuka.
Ini bererti murid-murid perlu bercakap dengan rakan-rakan mereka, mendengar penjelasan dan
evidens rakan-rakan yang lain dan memberi hujah-hujah pendapat dan dapatan mereka dengan
jelas. Mencatat nota semasa menjalankan sesuatu siasatan juga merupakan suatu bentuk
komunikasi. Ia termasuk cara anda menyampaikan pengetahuan anda kepada orang lain,
misalnya melalui carta-carta, gambarajah, jadual, graf, model dan sebagainya untuk mewakili
data-data atau keputusan yang diperolehi. Tujuannya adalah supaya orang lain faham mesej
yang kita ingin sampaikan.

44

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Komunikasi di dalam suatu kelas inkuiri adalah lebih daripada berkongsi pengetahuan. Ia juga
mempunyai implikasi bahawa pembelajaran sesorang individu dipengaruhi oleh maklumat yang
diperolehi dan dikongsi melaui interaksi sosial.
Apa itu berkomunikasi?
Berkomunikasi ialah satu proses penerimaan, penyebaran, dan perkongsian maklumat dan
idea. Anda sedang berkomunikasi apabila anda :
1. Bercakap, mendengar atau menulis untuk menyatakan idea atau maksud.
2. Mencatat maklumat daripada penyiasatan atau kajian.
3. Melakar atau mangambil nota.
4. Mengguna atau menjelaskan makna symbol
5. Mengguna carta, graf, dan jadual bagi menyampaikan maklumat.
6. Menyoal dengan jelas.
7. Mengguna rujukan
8. Menulis laporan eksperimen bagi membolehkan orang lain mengulangi eksperimen
tersebut.
Idea berkomunikasi mengguna perkataan deskriptif dimana dua orang mempunyai atau
berkongsi persefahaman. Ada tiga langkah yang menunjukkan anda sedang berkomunikasi
apabila :
1. Mencatat maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber.
2. Menterjemah maklumat kepada bentuk lain seperti carta, graf, dan jadual.
3. Menyebarkan maklumat melalui pelbagai bentuk dan cara.

Kita boleh berkomunikasi dengan berkesan jika kita ....


1. Menerangkan hanya apa yang kita perhati (lihat, dengar, bau dan rasa) bukannya apa
yang kita buat inferen atau andaian berkenaan sesuatu objek atau peristiwa.
2. Menjelaskan secara ringkas mengguna bahasa dan istilah yang tepat.
3. Menyampaikan maklumat dengan betul mengguna banyak pemerhatian kualitatif seperti
yang dikehendaki oleh keadaan.

45

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

4. Mengambil kira pandangan dan pengalaman lampau orang yang kita sedang
berkomunikasi.
5. Membuka ruang untuk mendapat maklum balas dari orang yang kita sedang
berkomunikasi supaya dapat menentukan keberkesanan komunikasi kita.
6. Membina penyampaian alternatif jika keadaan memerlukan.

Bercakap dan berbual semasa menjalankan aktiviti sains, membuat catatan dalam buku jurnal,
menyusun data, membanding keputusan dan berkongsi dapatan adalah aktiviti-aktiviti yang
boleh membantu kanak-kanak mengembangkan cara berkesan untuk berkomunikasi.
Mempelajari mengguna alat komunikasi boleh membantu kanak-kanak membuat cara yang
terbaik bagaimana berkomunikasibagi menyampaikan pemerhatian dan idea.

Panduan komunikasi dalam sains

Huraikan pemerhatian anda dengan jujur dan lengkap. Tuliskan apa yang sebenarnya
diperhatikan, bukan apa yang anda jangka atau harap berlaku.

Catatkan pemerhatian anda dengan jelas dan cekap, misalnya dengan menggunakan
jadual data. Jika jadual disediakan kemudian, pastikan ia adalah berasaskan catatan
nota-nota asal.

46

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Sediakan suatu rekod bertulis mengenai prosedur-prosedur yang telah diambil,


termasuk perubahan-perubahan yang telah dilakukan sepanjang penyiasatan atau
eksperimen.

Bentang pemerhatian dan inferens anda secara berasingan.

Gunakan graf atau rajah jika mereka dapat membantu anda menginterpretasikan data
anda. Jika anda perlu guna pengiraan, tunjukkan formula atau operasi matematik yang
telah digunakan.

Patuhi peraturan atau panduan yang digunakan untuk bentuk komunikasi yang dipilih.

Pastikan anda anda menyimpan rekod-rekod punca-punca sumber, rujukan, maklumat


dan hasil kerja irang lain. Bersedia untuk memberi bukti punca perolehan maklumat
anda.

Aktiviti 1: Haiwan Spesis Baru

Rajah: Contoh haiwan spesis baru


1. Terdapat satu spesis haiwan baru telah ditemui di sebuah hutan di Malaysia oleh ahli
sains dalam kumpulan anda.
2. Sebagai seorang ahli sains, cuba anda menerang dan menjelaskan haiwan baru yang
anda temui kepada rakan-rakan lain dalam kumpulan anda.
3. Ahli-ahli kumpulan perlu melakarkan rupa bentuk haiwan baru yang dijelaskan oleh ahli
sains itu.

47

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

4. Ahli sains diminta berkongsi dengan ahli-ahli kumpulan perasaan anda dalam
menjelaskan rupa bentuk haiwan baru itu. Adakah penjelasaan anda mudah atau
susah?

Aktiviti 2: Sistem Solar

Baca artikel yang berkaitan dengan sistem solar di bawah:

Suhu permukaan matahari kita ialah 5538C. Planet yang paling hampir ke matahari ialah
Utarid dan suhu permukaanya ialah 327C. Ini dituruti oleh Zuhrah yang mempunyai suhu
permukaan 482C. Planet yang berikutnya ialah planet kediaman kita, Bumi. Suhu
permukaannya ialah 14C. Marikh ialah planet yang keempat dan suhu permukaannya ialah
-23C. Selepas Marikh ialah Musytari. Suhu permukaan Musytari ialah -151C. Zuhal ialah
planet yang berikutnya dengan suhu permukaannya -184C. Uranus berada selepas Zuhal.
Suhu permukaannya ialah -207C. Berikutnya ialah Neptun dengan suhu permukaan
-223C. Pluto ialah planet yang terjauh dari matahari. Ia terlalu jauh sehinggakan suhu
permukaannya belum dapat disukat tetapi dianggarkan sebagai -230C.

Persembahkan data/maklumat di atas dengan cara-cara yang lebih berkesan.


Terangkan alasan pilihan anda. Bandingkan kekuatan dan kelemahan setiap cara persembahan
data

48

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Perbincangan

1.

Pada pendapat anda, adakah mencukupi setakat berkomunikasi secara


lisan dalam pembelajaran sains? Terangkan jawapan anda.

2.

Apakah ciri-ciri komunikasi yang efektif?

3.

Apakah alat-alat komunikasi lain yang biasa digunakan dalam sains?

4.

Apakah kesannya jika penemuan dan maklumat saintifik tidak


dikomunikasikan?

5.

Bagaimanakah anda sebagai seorang guru Sains dapat membantu murid


berkomunikasi dengan jelas dan secara berkesan?

Rujukan

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (1994). PuLSaR Modul 2


Kemahiran Saintifik. Kuala Lumpur.
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (1995). Mempelajari Kemahiran
Proses Sains. Jilid 2. Sains Sekolah Rendah.
Funk, James, A.et. al. (1979). Learning Science Process Skils. Iowa: Kendall Hunt Publishing
Company.
Harcharan Pardhan (2000). Experiencing Science Process Skills: Teachers Resource. Canada:
CMASTE, University of Alberta.
Peacock, Alan (1986). Science Skill: A Problem Solving Activities Book. London: Macmillan
Education. Ltd.
Prentice Hall (2001). Inquiry Skills Activity Book. Prentice Hall Science Explorer

49

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

1.2

Modul DPLI (SM)

KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU

SINOPSIS
Unit ini akan membincangkan tentang kemahiran proses sains bersepadu. Kedua-dua
kemahiran proses sains asas dan bersepadu akan membantu anda untuk menjalankan
penyiasatan sambil meneroka masalah yang ingin diselesaikan. Selepas mempelajari dan
menguasai kemahiran proses sains bersepadu, anda akan mempunyai pengetahuan dalam
menginterpretasi data yang diperolehi melalui pemerhatian seterusnya mereka bentuk
penyiasatan untuk menguji idea-idea anda. Dalam topik ini anda akan didedahkan kepada
enam kemahiran proses sains bersepadu serta aktiviti-aktiviti yang boleh anda dicuba. Latihan
dan soalan-soalan yang diberikan juga akan membantu anda membuat penilaian kendiri bagi
meningkatkan kefahaman anda.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, guru-guru boleh:
1. Memahami pengertian kemahiran-kemahiran proses sains bersepadu.

50

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

2. Menguasai kemahiran-kemahiran proses sains bersepadu.


3. Meningkatkan kemahiran dalam penyiasatan sains yang melibatkan aktiviti hands
on dan minds-on yang telah dirancang.

KERANGKA TOPIK

Kemahiran Proses Sains Bersepadu


Menggunakan perhubungan ruang dan masa
Mengawal pemboleh ubah
Mendefinasi secara operasi
Membina hipotesis
Mengintepretasi data
Mengeksperimen

ISI KANDUNGAN

51

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

1.2.1

Modul DPLI (SM)

MENGGUNAKAN PERHUBUNGAN RUANG DAN MASA

Ruang dan masa adalah dua konsep asas dalam sains fizikal. Penggunaan hubungan ruang
dan masa melibatkan kebolehan untuk menjelaskan arah,susunan dalam ruang, gerakan dan
laju, simetri dan kadar perubahan. Kemahiran ini boleh menjelaskan perubahan dalam
parameter terhadap masa seperti mengenal pasti bentuk dan gerakan terhadap masa.
Parameter yang lain adalah lokasi, arah, saiz, isipadu, berat dan jisim. Kemahiran ini boleh
dikembangkan dengan memberi perhatian terhadap urutan dan kedudukan di mana peristiwa
itu berlaku. Sebagai contoh melihat fasa-fasa bulan, memerhatikan perubahan fizikal kiub ais
dll.

Contoh 1

Rajah: Hubungan antara lokasi dan masa

52

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Rajah: Hubungan antara jarak dan masa objek bergerak


Contoh 2

Rajah: Hubungan antara bentuk dengan masa (kronologi)

Rajah: Hubungan saiz dan masa

Latihan 1

Memperihalkan bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa.
Mengkaji pertumbuhan anak pokok dari segi ketinggian.

53

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

MASA
(minggu)

TINGGI
( cm )

10

15

21

26

Apakah yang boleh kamu nyatakan tentang hubungan antara ketinggian anak pokok dan masa?

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK, 1994) anda telah menguasai kemahiran
menggunakan hubungan dengan masa ini apabila anda boleh:
menghuraikan kedudukan lokasi terhadap masa
menghuraikan perubahan arah terhadap masa
menghuraikan perubahan bentuk terhadap masa
menghuraikan perubahan saiz terhadap masa
menyusun peristiwa secara kronologi
menentusahkan perubahan dengan merujuk kepada kadar perubahan
menentusahkan kedudukan sesuatu objek dan menghuraikan kedudukan dalam
ruang.
menghuraikan perubahan sesuatu objek yang dilihat daripada kedudukan yang
berbeza
menghuraikan hubungan di antara jarak sesuatu objek yang bergerak dan masa

Aktiviti 1: Menggolek bola

Golekkan sebiji bola di atas lantai ke arah dinding. Berapa lajukah anda boleh menggolek bola
tersebut? Berapa perlahankah anda boleh menggolekkan bola tersebut?

Aktiviti 2: Jam matahari

54

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Jam matahari merupakan alat mengukur masa yang menggunakan perhubungan antara
kedudukan bayang dengan masa.
Ambil sebatang kapur dan sekeping kertas. Bentangkan kertas itu di kawasan yang terdapat
cahaya matahari. Tegakkan batang kapur itu di tengah-tengah kertas. Tandakan bayang kapur
itu setiap jam.
Anda memerlukan beberapa jam untuk aktiviti ini. Sementara itu cuba anda ramalkan beberapa
perkara tentang perubahan bayang kapur itu dengan masa dan tuliskan ramalan tersebut.
Seterusnya huraikan pemerhatian kuantitatif dan kualitatif. Apakah perbezaan antara ramalan
anda dengan pemerhian anda?

Aktiviti 3: Mengkaji ais

Letakkan ais ke dalam cawan plastik. Perhatikan dan catatkan bentuk dan suhu menggunakan
termometer setiap 5 minit di dalam jadual. Huraikan hubungan antara suhu dengan masa. Buat
kesimpulan berdasarkan keputusan.

Latihan 2

1.

Amin meletakkan ais ke dalam bekas dan suhu ais diukur setiap 5 minit. Amin
merekodkan pemerhatian di dalam jadual 1.

55

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Jadual 1
Huraikan hubungan antara suhu dengan masa. Buat kesimpulan berdasarkan keputusan.
2.

J
a
r
a
k

C
A

O
Masa
i)

Graf di atas menunjukkan gerakan satu objek pegun bergerak pada satu arah. Jelaskan
keadaan gerakan bagi fasa berikut:

OA
AB
BC
ii) Pada peringkat manakah pecutan objek adalah paling tinggi?

1.2.2

MENGAWAL PEMBOLEH UBAH

Sains cuba memahami fenomena-fenomena yang kompleks itu dengan memecahkannya


kepada bahagian-bahagian yang mampu dikaji dan difahami. Bahagian-bahagian sesuatu
peristiwa ataupun sistem itu dipanggil pemboleh ubah. Pemboleh ubah-pemboleh ubah itu
mungkin merupakan faktor-faktor, keadaan-keadaan ataupun perhubungan-perhubungan yang
boleh berubah atau diubah dalam sesuatu peristiwa atau sistem. Mengenal pasti dan
mengendali semua faktor atau pembolehubah yang boleh memberi kesan kepada hasil

56

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

eksperimen. Hanya satu pemboleh ubah sahaja yang diubah secara sistematik sepanjang
eksperimen sementara pemboleh ubah lain ditetapkan untuk menjamin kebolehpercayaan
keputusan eksperimen.

Aktiviti 1: Mengecam pemboleh ubah

Cuba mengecam pemboleh ubah-pemboleh ubah yang

terlibat dalam beberapa keadaan

berikut:
Apakah pemboleh ubah yang mempengaruhi percambahan biji benih kacang hijau?
Pemboleh ubah 1: ________________________________
Pemboleh ubah 2: ________________________________
Pemboleh ubah 3: ________________________________
Ada lagi?

: ________________________________

Apakah pembolehubah yang mempengaruhi rasa pizza?


Pemboleh ubah 1: ________________________________
Pemboleh ubah 2: ________________________________
Pemboleh ubah 3: ________________________________
Ada lagi?

: ________________________________

Apakah yang mempengaruhi bilangan penonton di satu pertandingan bola sepak?


Pemboleh ubah 1: ________________________________
Pemboleh ubah 2: ________________________________
Pemboleh ubah 3: ________________________________
Ada lagi?

: ________________________________

57

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Sesuatu penyelidikan saintifik akan melibatkan tiga jenis pemboleh ubah.


Tiga jenis pembolehubah:
1. Pemboleh ubah yang dimanipulasi atau pemboleh ubah tidak bersandar merupakan
pemboleh ubah yang sengaja diubah secara sistematik untuk menghasilkan perubahan
kepada pemboleh ubah lain.
2. Pemboleh ubah bergerak balas atau pemboleh ubah bersandar merupakan pemboleh
ubah yang berubah akibat daripada perubahan pada pemboleh ubah yang dimanipulasi.
Pemboleh ubah ini diperhatikan sepanjang eksperimen.
3. Pemboleh ubah malar atau pemboleh ubah tetap pemboleh ubah yang dikekalkan
tanpa sebarang perubahan sepanjang eksperimen. Pemboleh ubah ini boleh mempengaruhi
pemboleh ubah bergerak balas tetapi ditetapkan nilai atau keadaannya supaya kesannya ke
atas semua percubaan ujian adalah sama dan boleh diabaikan.
Oleh itu ahli sains hanya mengkaji hubungan di antara pemboleh ubah yang dimanipulasi dan
pemboleh ubah bergerak balas. Pemboleh ubah perlu dikenalpasti sebelum memulakan
eksperimen supaya anda dapat menentukan apa yang akan diukur atau diubah (pemboleh
ubah dimanipulasi), bagaimana mengukur pemboleh ubah manipulasi, apakah yang akan
diperhatikan dalam eksperimen (pemboleh ubah bergerak balas) dan bagaimana mengukur
pemboleh ubah bergerak balas serta apakah faktor-faktor yang dikekalkan sepanjang
eksperimen (pemboleh ubah di malarkan).

Mari kita perhatikan contoh ini.


Atan ingin menyiasat bagaimana jisim sebuah kapal terbang kertas mempengaruhi jarak
terbangnya. Klip kertas ditambahkan kepada kapal terbang itu bagi setiap ujian penerbangan
untuk memerhati jarak penerbangannya. Oleh itu, jisim kapal terbang itu (bilangan klip kertas)
ialah pemboleh ubah dimanipulasi, pemboleh ubah bergerak balas ialah jarak terbang kapal itu
sementara pemboleh ubah yang dimalarkan ialah kapal terbang itu sendiri yang digunakan bagi
setiap ujian penerbangan.

58

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Latihan 1: Mengenal pasti pemboleh ubah

Cuba kenal pasti jenis-jenis pemboleh ubah daripada beberapa penyiasatan berikut.
1. Kepantasan mengira dua kumpulan diuji. Kumpulan pertama diberi kalkulator sementara
kumpulan kedua tidak. Kedua-dua kumpulan diminta menyelesaikan soalan-soalan ujian yang
sama.
Pemboleh ubah dimanipulasi

: ________________________________

Pemboleh ubah yang bergerak balas: ________________________________


Pemboleh ubah yang dimalarkan

: ________________________________

2. Satu kajian dibuat untuk mengkaji kesan panjang benang ke atas kejelasan bunyi telefon
benang.
Pemboleh ubah dimanipulasi

: __________________________

Pemboleh ubah yang bergerak balas : __________________________


Pemboleh ubah yang dimalarkan

: __________________________

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK, 1994) anda telah menguasai kemahiran
mengawal pemboleh ubah ini apabila anda boleh:

menentukan pemboleh ubahyang relevan dalam penyiasatan


menentukan pemboleh ubah yang akan dimanipulasi (tak bersandar), bergerak balas

(bersandar) dan dimalarkan


menentukan apakah perubahan yang perlu dilakukan ke atas pemboleh ubah yang
dimanipulasikan

Tambahan
Sains menggunakan penyelidikan untuk mencari penyelesaian bagi suatu masalah. Bahagian
yang paling penting dalam setiap penyelidikan ialah pemboleh ubah. Apabila seseorang
penyelidik berjaya mengenal pasti pemboleh ubah dalam sesuatu peristiwa maka satu soalan

59

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

penyelidikan akan timbul. Soalan penyelidikan ini mentakrifkan masalah yang dikaji seterusnya
mempengaruhi keputusan yang dibuat semasa penyelidikan.
Terdapat dua jenis soalan penyelidikan iaitu:

Soalan penyelidikan jenis satu menumpu kepada satu soalan pemboleh ubah sahaja.
Contoh: Berapa jarak terbang kapal itu bila ia dilepaskan.
Soalan penyelidikan jenis dua menumpu kepada kaitan antara dua pemboleh ubah
yakni apakah kesan satu pemboleh ubah kepada pemboleh ubah yang satu lagi.
Contoh: Sejauh manakah jisim kapal terbang itu mempengaruhi jarak terbangnya itu.
Soalan ini bertanya tentang kesan jisim ke atas jarak terbang?

Latih
an

Kasut

Kejaya
an

Bola

Lanta
i

Rajah: Roda pemboleh ubah


Rajah di atas menunjukkan roda pemboleh ubah. Roda ini merupakan satu model saintifik yang
dapat membantu anda mengenal pasti pemboleh ubah dan menulis soalan penyelidikan. Roda
ini menunjukkan pemboleh ubah yang dikenal pasti mempengaruhi kejayaan pasukan boling
Malaysia. Definisi kejayaan adalah bilangan strike yang perolehi. Kejayaan di tengah-tengah
roda adalah pemboleh ubah bergerak balas sementara pemboleh ubah yang lain diletakkan di
jejari roda. Cara ini membantu anda untuk melihat kaitan antara pemboleh ubah yang
dimanipulasi dengan pemboleh ubah yang bergerak balas.

Latihan 2: Menulis soalan penyelidikan

60

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Tuliskan dua contoh soalan penyelidikan jenis satu. Seterusnya tuliskan empat soalan
penyelidikan jenis kedua menggunakan roda pemboleh ubah untuk membantu anda.

1.2.3

MENDEFINISI SECARA OPERASI

Kaedah yang digunakan untuk mengukur sesuatu pemboleh ubah dikenali sebagai definasi
operasi. Suatu definasi operasi menggambarkan kaedah mengukur pemboleh ubah tertentu.
Definasi operasi menjelaskan apakah prosedur yang perlu dilakukan, diperhatikan dan diukur
iaitu mencari kaedah yang sesuai untuk mengukur sesuatu secara tidak langsung. Apabila
definasi telah dipilih maka ianya perlu dinyatakan supaya eksperimen yang dijalankan boleh
diuji atau direplikasikan. Oleh itu, definasi operasi perlulah ringkas dan mudah difahami.
Sekiranya pemboleh ubah itu boleh diukur menggunakan pengukuran yang piawai maka
definasi operasi tidak perlu dilakukan.
Takrif definasi secara operasi adalah memberi takrifan kepada istilah, konsep atau pemboleh
ubah dengan memerihalkan secara spesifik dan jelas tentang perkara yang perlu dilakukan dan
diperhatikan.
Untuk menentukan pemboleh ubah yang akan anda definisi secara operasi, anda perlu
menyoal, "Adakah terdapat alat pengukur untuk mengukur perubahan ke atas pemboleh ubah
ini?" Jika tidak ada alatan yang khusus, pembolehubah itu perlu didefinisi secara operasi.
Kemahiran mendefinisi secara operasi boleh digunakan untuk pemboleh ubah
yang dimanipulasi atau pemboleh ubah yang bergerak balas. Definisi yang diberi boleh
berbeza antara seorang pengkaji dengan pengkaji lain walaupun mereka merujuk
kepada pemboleh ubah yang sama.
Berikut adalah contoh-contoh definasi operasi bagi beberapa pemboleh ubah:
Contoh 1
Seorang murid ingin menyelidik kesan memakan vitamin C terhadap murid dalam kelasnya.
Pemboleh ubah kesihatan boleh didefinasikan secara operasi seperti berikut:
Bilangan yang menghidapi selsema dalam sebulan.
Bilangan hari tidak hadir ke sekolah kerana sakit.
Bilangan murid yang batuk dalam tempoh sebulan.

61

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Contoh 2
Seorang murid ingin mengukur penyerapan air oleh tisu kertas. Penyerapan air merupakan
pemboleh ubah yang bergerak balas. Murid itu perlu memikirkan satu definisi operasi bagi
mengukur penyerapan air oleh tisu kertas. Berikut adalah definasi operasi yang
dicadangkannya:
Ukur baki: Ukur kuantiti yang tinggal selepas tisu yang telah
direnyukkan direndam dalam 25cm3 air selama 5 minit.
Ukur takungan: Ukur kuantiti air yang tertakung selepas 25 cm3 air
dituangkan melalui tisu yang direnyukkan.
Ukur Tarikan: Ukur ketinggian yang dicapai oleh air selepas hujung
tisu yang dilipat dicelupkan ke dalam air selama 15 minit.

Latihan 1

Fikirkan definisi secara operasi bagi mengukur pemboleh ubah dalam situasi berikut:
Situasi 1: Seorang murid ingin mengukur kekuatan magnet
kesayangannya.
Definisi operasi bagi kekuatan magnet

Situasi 2: Seorang murid ingin menyiasat tentang percambahan biji benih.


Definisi operasi bagi percambahan biji benih

Aktiviti 1: Membina telefon bertali

Membina telefon bertali.

62

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Pernahkah anda membuat telefon bertali?

Apakah masalah yang anda hadapi?

Apakah jarak maksimum bagi telefon bertali itu berkesan?

Modul DPLI (SM)

Apakah bahagian (pemboleh ubah) yang mempengaruhi telefon tali ? Nyatakan pemboleh ubah
dan definisi operasi bagi setiap pemboleh ubah.

Pemboleh ubah 1: ___________________

Definisi Operasi

Pemboleh ubah 2: ___________________

Definisi Operasi

Pemboleh ubah 3: ___________________

Definisi Operasi

Pemboleh ubah 4: ___________________

Definisi Operasi

___________________
___________________
___________________
___________________

Latihan 2

Fikirkan definisi secara operasi bagi mengukur pemboleh ubah dalam situasi berikut:
Situasi 1: Seorang murid ingin mengukur minuman ringan yang digemari oleh rakan
kelasnya.
o

Definisi operasi bagi minuman ringan yang digemari

Situasi 2: Seorang murid berminat untuk menyelidik tentang minat dalam membaca
buku tentang sains.
o

Definisi operasi bagi minat dalam membaca buku tentang sains

Situasi 3: Seorang murid ingin menyelidik sama ada belajar memberi kesan prestasi
dalam sains.
o

Definisi operasi bagi belajar

Definisi operasi bagi prestasi dalam sains

63

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK, 1994) anda telah menguasai kemahiran
mendefinisi secara operasi apabila anda boleh:

1.2.4

mentakrif istilah, konsep atau pemboleh ubah dalam konteks pengalaman sendiri.
membuat pernyataan apayang diperhatikan dan apa yang dibuat.

MEMBINA HIPOTESIS

Satu eksperimen biasanya bermula dengan masalah / soalan yang memerlukan penyelesaian,
soalan yang memerlukan jawapan, atau keputusan yang perlu dibuat. Kita mencuba untuk
menentukan sebab dan akibat hubungan yang wujud antara pembolehubah. Jika kita menukar
satu pemboleh ubah dalam eksperimen, satu lagi mungkin berubah akibat. Sebelum apa-apa
eksperimen dijalankan, hipotesis yang biasanya dinyatakan.
Apakah Hipotesis?
Apakah hipotesis? Hipotesis ialah generalisasi yang boleh diuji. Ia adalah penjelasan yang
mungkin bagi satu set pemerhatian, data yang direkodkan atau kesimpulan. Hipotesis adalah
ramalan tentang hubungan antara pemboleh ubah. Jadi, jika anda memulakan eksperimen
dengan hipotesis, ia akan membimbing anda tentang apa data untuk mengumpul.
Mengapa anda perlu tahu bagaimana untuk membina hipotesis? Ia adalah kerana hipotesis
adalah inti dari ujikaji yang seterusnya memberi anda peluang yang muktamad untuk
menggunakan pemikiran kritis sebagai seorang saintis. Kemampuan membina hipotesis
membolehkan anda untuk memberi tumpuan kepada khusus berhubung dengan perhubungan
yang. Ia menghadkan tumpuan kepada hanya dua perkara pada satu masa, pemboleh ubah
yang dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas. Tambahan pula anda boleh membuat
kesimpulan logik jika anda melihat hipotesis.
Pertama, anda perlu mengenal pasti pemboleh ubah yang terlibat dalam eksperimen. Apakah
pemboleh ubah yang dimanipulasi, pemboleh ubah bertindak bakas dan pemboleh ubah malar
dalam eksperimen ini? Setelah pemboleh ubah telah dikenal pasti, hipotesis boleh diuji.
Hipotesis harus menunjukkan jalan ke arah reka bentuk eksperimen. Untuk membina hipotesis,
nyatakan apa yang anda fikir akan kesan pemboleh ubah yang anda akan diubah, pemboleh

64

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

ubah yang anda harapkan untuk bertindak balas. Ramalan ini boleh berdasarkan fakta,
pendapat, gerak hati, atau apa sahaja sumber yang anda boleh miliki. Sebagai contoh, untuk
membina satu hipotesis yang berkaitan dengan masalah tersebut; apa yang memberi kesan
kepada kestabilan bas? Anda mungkin memilih pemboleh ubah seperti saiz tayar untuk diuji.
Anda boleh membina hipotesis dengan cara yang berikut: "semakin bertambah saiz tayar,
semakin stabil bas itu".
Hipotesis ini kemudian diuji dan data dikumpulkan. Data mungkin menyokong atau tidak
menyokong hipotesis. Apabila data yang dikumpul tidak menyokong hipotesis, maka hipotesis
anda perlu diubahsuai atau ditolak. Hipotesis diubahsuai kemudian boleh diuji dengan uji kaji
lagi.

Latihan 1

1. Benjamin membuat kajian mengenai kesan magnet ke atas pelbagai objek.


a) Padankan langkah (ruangan A) dengan tindakan yang bersesuaian (ruangan B);
b) Susun langkah-langkah untuk membina hipotesis dalam susunan yang betul.

A
1

Mentafsirkan data

B
Bahan yang diuji
Paku
Keping kaca
Pensel kayu
Pisau
Klip kertas

Mencatat
pemerhatian

Magnet ( / )
Bukan magnet ( x )
/
x
x
/
/

"Paku, pisau dan klip kertas yang


tertarik ke magnet- semuanya
diperbuat daripada logam."

65

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah


3

Berdasarkan
keputusan beliau
membuat
generalisasi ini
4 Dia terus
mencuba, kerana
ramalan beliau
salah, dia terpaksa
mengubah suai
(perubahan)
hipotesis beliau
5 Dari generalisasi
ini beliau dapat
membuat ramalan
yang dapat diuji

Modul DPLI (SM)

"Ya, hanya pin tertarik. Nampaknya


saya perlu menukar hipotesis saya.
Perkara yang diperbuat daripada
besi atau keluli adalah bermagnet. "
Jika hipotesis saya adalah betul,
saya meramalkan bahawa pin, duit
syiling tembaga dan sekeping
kerajang aluminium semua akan
tertarik kepada magnet."
Saya boleh menyatakan bahawa
barang yang diperbuat daripada
logam adalah bermagnet. Itulah
hipotesis saya

Diubahsuai daripada : : Science World , Stannard and Williamson hlm 31

2. Bagi setiap masalah berikut, bina sekurang-kurangnya dua hipotesis.

a) Apakah yang memberi kesan kepada kadar pertumbuhan tanaman?


_________________________________________________

b) Mengapakah sesebuah rumah lebih panas daripada sebuah rumah yang


lain?
_________________________________________________
_________________________________________________

Fikirkan

Yang manakah di antara berikut adalah kesimpulan dan yang hipotesis?


a) Sekeping besi nipis mesti suatu magnet.
b) Semua benda yang jatuh ke arah bumi kerana graviti.
c) Tumbuh-tumbuhan tumbuh lebih cepat pada musim panas daripada musim sejuk.
d) Saya rasa jalan yang basah menyebabkan kemalangan ini.

66

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Layari Laman Web

http://www.academia.edu/8665107/HYPOTHESIS_FORMULATION

1.2.5 MENGINTEPRETASI DATA


Mentafsir data adalah penting dalam bidang sains, dan juga kerana ia juga adalah amat penting
dalam bidang-bidang lain. Kita sentiasa mentafsir data apabila kita menonton berita di
televisyen, apabila kita membaca peta cuaca, dan apabila kita melihat gambar di surat khabar
atau majalah. Apa yang anda lakukan apabila anda mentafsirkan data? Untuk mentafsir cara
anda membuat rasa maklumat yang dibentangkan dalam pelbagai cara, maklumat yang
berkenaan dalam bentuk graf, dalam jadual atau gambar, atau dalam kata-kata.

Anda mentafsirkan apabila anda mampu untuk:

mengenal pasti trend dan hubungan dalam pemerhatian dan pengukuran yang
direkodkan dengan mencadangkan hubungan antaranya

menilai penyiasatan anda

memberi jawapan kepada soalan berkaitan pemerhatian yang dikumpulkan

menghasilkan teori saintifik untuk membuat justifikasi kesimpulan

Mentafsir Graf
Katakan seseorang memberikan anda satu graf yang menunjukkan ketinggian tumbuhan pada
masa-masa yang berlainan selepas ditanam. (Lihat Rajah di bawah). Bagaimana anda
menggambarkan bentuk keluk dalam graf? Anda mungkin berkata: Keluk pertumbuhan
menunjukkan bahawa tumbuhan tumbuh pada kira-kira hari kelima dan berkembang dan
meningkat setiap minggu selepas itu, selama enam minggu. Pada masa itu, tumbuhan adalah
kira-kira 44 sentimeter tinggi.

67

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Rajah: Graf pertumbuhan tumbuhan untuk tempoh enam minggu

Penjelasan ini seolah-olah semuanya benar, tetapi istilah yang semakin meningkat jumlah tidak
cukup khusus. Untuk lebih spesifik, kita perlu gambarkan berapa banyak pertambahan
tumbuhan itu meningkat antara satu sela masa.
Sebagai contoh, Jadual berikut memberikan data yang direkodkan pada graf dalam bentuk
jadual. Lajur ketiga menunjukkan berapa banyak ketinggian tumbuhan meningkat setiap
minggu. Sekarang kita lihat bahawa jumlah pertumbuhan setiap minggu peningkatan daripada
1.3 sentimeter minggu pertama kepada 13.0 pada minggu keenam.

Jangka masa benih selepas


ditanam,
dalam minggu

Ketinggian
tumbuhan,
dalam sentimeter

0.0

1.3

1.3

4.9

3.6

11.0

6.1

20.0

9.0

31.0

11.0

44.0

13.0

68

Perbezaan ketinggian
tumbuhan dari satu
ukuran dan ukuran seterusnya,
dalam sentimeter

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Jadual: Jadual Pertumbuhan Tumbuhan untuk Masa Enam Minggu


Anda mungkin bertanya diri anda. Mengapa tumbuhan tumbuh perlahan pada mulanya?
Mengapa jumlah pertumbuhan pada setiap minggu lebih besar? Apakah kesimpulan yang dapat
dibuat?
Untuk menguji kesimpulan anda, anda boleh kemudian membuat inferens dan ramalan.
Inferens anda mungkin benar atau mungkin tidak benar, tetapi anda boleh mengujinya. Ujian ini
penting kerana anda dapat membuat kesimpulan dengan mentafsir data yang didapati.

Mentafsir Data Bergambar


Dalam Rajah di bawah, anda mungkin boleh menyimpulkan bahawa peningkatan dalam
ketinggian tumbuhan ini adalah disebabkan oleh proses fotosintesis telah bermula selepas
tumbuhan berkembang selama tujuh hari. Katakan data bergambar yang ditunjukkan dalam
Rajah 2 telah direkodkan pada masa yang tumbuh-tumbuhan telah berkembang.
Adakah maklumat ini menyokong kesimpulan anda? Ya, ia berlaku, anda boleh melihat bahawa
tumbuhan itu mula menjadi hijau dan telah memecahkan permukaan tanah seminggu selepas
ditanam.
Mentafsir data memerlukan anda untuk membezakan antara pemerhatian dan kesimpulan yang
anda buat tentang pemerhatian. Tanggapan yang salah mungkin timbul apabila kesimpulan
diterima sebagai betul jika ia tidak diuji dengan betul.
Rajah: Lukisan Pertumbuhan Tumbuhan

1.2.6

MENGEKSPERIMEN

Mengeksperimen adalah aktiviti yang menggabungkan semua kemahiran proses sains


bersama-sama; kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu.
Kemahiran proses sains yang digunakan dalam perancangan, menjalankan, menganalisis dan
melaporkan eksperimen.

69

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Apabila anda menjalankan pelajaran sains di makmal anda mungkin akan melakukan
demonstrasi, latihan replikasi, eksperimen atau sains deskriptif. Adakah proses-proses ini
berbeza atau sama? Apabila anda bereksperimen anda cuba untuk menguji hipotesis. Ini
melibatkan sejenis pemikiran kritikal. Seperti semua pemikiran kritis, mesti ada tujuan untuk
berfikir. Tujuannya boleh jadi kamu ingin tahu bagaimana atau mengapa sesuatu kerja-kerja
dengan cara yang tertentu atau apa hubungan wujud antara dua pembolehubah. Apa yang
membezakan pemikiran saintifik dari bentuk-bentuk pemikiran kritikal adalah bagaimana anda
memperbaiki soalan anda dan membangunkan konsep yang anda bekerja dengan. Ini
melibatkan hipotesis!
Dalam erti kata lain, satu eksperimen juga boleh ditakrifkan sebagai pembinaan keadaan yang
dirancang; keadaan yang dirancang untuk menyediakan data yang sama ada akan menyokong
atau tidak menyokong hipotesis anda. Jika cara bagaimana pemboleh ubah yang boleh
dimanipulasi dan jenis tindak balas dijangka dinyatakan dengan jelas dalam hipotesis, maka
kebanyakan kerja dalam merancang bagaimana untuk mengumpul data yang telah dilakukan.
Selepas itu, anda menentukan pemboleh ubah secara operasi, menentukan syarat-syarat yang
akan dijalankan dan anda bersedia untuk menjalankan eksperimen. Anda memerhati dan
mengukur pemboleh ubah dan mengulangi prosedur jika perlu. Kemudian anda membuat
kesimpulan dalam usaha untuk menjelaskan keputusan ketika anda sedang mentafsirkan data.
Kemudian anda mengaitkan data untuk hipotesis anda dan akhirnya, anda membuat
kesimpulan eksperimen.
Katakan anda ingin mencari jawapan kepada masalah ini "Apakah yang memberi kesan
kepada kadar kelarutan garam dalam air?" Mungkin kamu akan melakukan langkah-langkah
berikut untuk mencari jawapan.

Anda akan mengenal pasti pemboleh ubah yang terlibat contohnya kuantiti garam yang
digunakan, suhu air dan kuantiti air yang digunakan.

Menyatakan hipotesis - "semakin banyak kuantiti garam, semakin lama ia akan


mengambil masa untuk melarut".

Jisim berbeza daripada garam adalah definisi operasi untuk kuantiti garam dan berapa
cepat ditakrifkan sebagai masa yang diambil untuk garam melarut selepas ditambah ke
dalam air.

Reka bentuk - kuantiti garam yang berbeza akan diukur dan diletakkan dalam jumlah air
yang sama. Suhu air, jenis garam, cara kacau akan dikekalkan sama sentiasa. Masa

70

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

yang diambil diukur menggunakan jam randik. Data ini akan direkodkan ke dalam jadual.
Data dari jadual kemudiannya boleh digunakan untuk membina satu graf garis.

Eksperimen kemudian dijalankan diikuti dengan menginterpretasi data dalam jadual dan
graf.

Kesimpulan yang boleh dibuat dengan membandingkan antara kesimpulan itu dibuat
dan hipotesis.

Latihan

Pilih mana-mana soalan di bawah dan rancang satu eksperimen yang anda boleh laksanakan
untuk mencari jawapan atau menyelesaikan masalah.

Apakah yang memberi kesan kepada kadar air mengalir keluar daripada botol?

Apakah yang memberi kesan pudar kepada pewarna kain?

Apa yang memberi kesan kepada penyerapan tuala kertas?

Rujukan

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (1994). PuLSaR Modul 2


Kemahiran Saintifik. Kuala Lumpur.
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (1995). Mempelajari Kemahiran
Proses Sains. Jilid 2. Sains Sekolah Rendah.
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Modul Sains Sekolah
Menengah 2013. Kuala Lumpur.
Funk, James, A.et. al. (1979). Learning Science Process Skils. Iowa: Kendall Hunt Publishing
Company.
Harcharan Pardhan (2000). Experiencing Science Process Skills: Teachers Resource. Canada:
CMASTE, University of Alberta.

71

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Peacock, Alan (1986).Science Skill: A Problem Solving Activities Book. London: Macmillan
Education. Ltd.

1.3

KEMAHIRAN MANIPULATIF

SINOPSIS
Dalam topik ini, kemahiran manipulatif terbahagi kepada lima bahagian iaitu menggunakan dan
mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul; menyimpan peralatan dan bahan
sains dengan betul dan selamat; membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul;
mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat; melakar spesimen, peralatan dan bahan
sains dengan tepat . Anda disediakan dengan aktiviti-aktiviti untuk dijalankan bagi membina
kemahiran ini. Latihan dan soalan-soalan yang diberikan bukan sahaja akan membantu anda
menilai diri anda sendiri dalam kemahiran manipulatif tetapi juga boleh meningkatkan
pemahaman anda.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, guru-guru boleh:

72

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

1. membentuk penghayatan secara kritis kemahiran manipulatif dan amalannya di dalam


pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah.
2. meningkatkan kemahiran mereka bentuk pendekatan dan aktiviti bagi menyokong pelajar
dalam mengembangkan kemahiran manipulatif.

KERANGKA TOPIK

Kemahiran Manipulatif
Menggunakan dan mengendalikan
peralatan dan bahan sains dengan betul
Menyimpan peralatan dan bahan sains
dengan betul dan selamat
Membersihkan peralatan sains dengan
cara yang betul
Mengendalikan spesimen dengan betul
dan selamat
Melakar spesimen, peralatan dan bahan
sains dengan tepat

73

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

ISI KANDUNGAN
Kemahiran Manipulatif
Semasa melakukan eksperimen pelajar akan membina kemahiran manipulatif dalam diri
masing-masing. Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan
sains yang membolehkan murid melakukan aktiviti seperti menggunakan dan mengendalikan
peralatan dan bahan sains dengan betul; menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul
dan selamat; membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul; mengendalikan spesimen
dengan betul dan selamat; dan melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.
1.3.1

MENGGUNAKAN DAN MENGENDALIKAN PERALATAN DAN BAHAN SAINS


DENGAN BETUL

(a)

Pembaris meter, angkup luar dan angkup dalam

Pembaris meter digunakan untuk mengukur panjang atau jarak antara dua titik yang diukur
sepanjang garis lurus. Semasa mengambil ukuran, mata hendaklah berserenjang dengan skala
pada pembaris untuk mengelakkan ralat paralaks. Ralat paralaks ialah ralat yang disebabkan
oleh kesilapan kedudukan mata semasa membaca nilai pengukuran.
Rajah: Cara yang betul membaca pengukuran pada pembaris meter
Angkup dalam dan angkup luar digunakan untuk mengukur jarak antara dua sisi bertentangan
pada satu objek. Rujuk Rajah di bawah, hujung angkup dilaraskan untuk betul-betul muat pada
bikar, kemudian angkup dikeluarkan dan jarak tersebut diukur pada sebatang pembaris meter.
Rajah ini menunjukkan cara mengukur diameter luar dan diameter dalam bagi sebuah bikar.

Rajah: Cara mengukur diameter luar dan diameter dalam menggunakan angkup luar dan
angkup dalam

(b)

Silinder penyukat, pipet dan buret

74

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

(i)

Modul DPLI (SM)

Silinder penyukat

Silinder penyukat digunakan untuk mengukur isi padu sesuatu larutan yang tidak memerlukan
kejituan yang tinggi dengan cepat. Silinder penyukat boleh didapati dengan saiz berbeza-beza
iaitu dari 2 ml hingga 2000 ml dalam bentuk plastik atau kaca. Oleh itu pemilihan saiz silinder
penyukat hendaklah sesuai dengan isi padu cecair yang hendak disukat.
Semasa mengambil bacaan, silinder penyukat hendaklah diletakkan pada permukaan yang
rata. Permukaan larutan dalam silinder penyukat sentiasa melengkung. Bacaan isi padu
larutan diambil pada aras bawah atau atas meniskus, mengikut kelengkungan cecair yang
terbentuk.
Rajah: Cara yang betul membaca skala pada silinder penyukat
(ii)

Pipet

Pipet digunakan untuk memindahkan secara tepat sejumlah isi padu yang tetap untuk sesuatu
larutan dikeluarkan pada suhu tertentu. Terdapat dua jenis pipet yang digunakan dalam
makmal sains iaitu pipet volumetrik dan pipet bersenggat.
Teknik untuk menggunakan pipet volumetrik

Basuh pipet dengan air paip dan kemudian bilas dengan air suling diikuti dengan
larutan yang hendak dipipetkan. Hembus titisan air yang akhir dan keringkan pipet

(iii)

dengan kertas tisu yang bersih.


Pastikan hujung pipet berada di bawah permukaan larutan sebelum menyedut larutan

ke dalam pipet.
Penuhkan pipet secara menyedut perlahan-lahan dengan pengisi pipet sehingga ke

paras tanda bersenggat.


Larutan dalam pipet dipindahkan terus ke dalam kelalang kon.

Buret

Buret merupakan suatu tiub kaca yang terturus liang serta bersenggat dan mempunyai injap.
Injap berfungsi untuk mengeluarkan larutan dari tiub kaca. Buret digunakan untuk mengukur
dan mengeluarkan sebarang isi padu larutan dengan tepat iaitu ketepatan 0.1 ml.

75

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Kegunaan utama buret adalah untuk pentitratan. Terdapat pelbagai jenis buret yang
mempunyai muatan isi padu yang berlainan seperti 1 ml, 2 ml, 5 ml dan 10 ml. Makro buret
pula mempunyai isi padu 25 ml, 50 ml dan 100 ml.
Teknik untuk mengendalikan buret:

Basuh buret dengan air paip dan kemudian bilas dengan air suling diikuti dengan larutan

yang hendak diisikan.


Isikan buret dengan larutan sehingga melebihi 1 cm hingga 2 cm daripada paras tanda

maksima.
Pastikan buret diapitkan menegak pada kaki retot.
Pastikan bahagian jet buret dipenuhi dengan larutan sebelum memulakan eksperimen.
Ini dilakukan dengan membuka injap buret dan membiarkan sedikit larutan mengalir
keluar. Jika terdapat gelembong udara di bahagian jet ketuk perlahan-lahan untuk

menghilangkannya.
Untuk mengeluarkan larutan dari buret, tangan kiri mesti mengelilingi bahagian injap

stopcock seolah-olah menggenggamnya.


Pada masa yang sama ibu jari dan jari telunjuk dengan sokongan jari tengah digunakan
untuk memusing stopcock.

(c)

Termometer

(i)

Termometer merkuri

Termometer merkuri digunakan untuk mengukur suhu atau perubahan suhu. Sebelum suhu
cecair diukur, cecair hendaklah dikacau dengan baik dengan menggunakan rod pengacau
supaya suhunya seragam. Termometer tidak boleh digunakan sebagai rod untuk mengacau
cecair. Masukkan termometer ke dalam cecair tersebut dan pastikan mata anda separas
dengan meniskus merkuri untuk mengelakkan ralat paralaks.
Jika bebenang merkuri dalam termometer terputus, panaskan bebuli dalam kukusan minyak
sehingga bebenang merkuri bercantum semula dan dibiarkan sejuk
(ii)

Termometer klinik

Termometer klinik digunakan untuk menyukat suhu badan manusia.

kebuk keselamatan

merkuri dalam bebuli


76

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

kecerutan

Modul DPLI (SM)

Rajah: Termometer klinik

Langkah menggunakan termometer klinik:

(d)

Pegang batang termometer dan goncangkan dengan kuat, akibatnya merkuri dalam

batang termometer akan mengalir ke bebuli.


Letakkan bebuli di bawah lidah atau di bawah ketiak (bayi).
Selepas 1 minit, termometer dikeluarkan dan suhunya dibaca.

Mikroskop

Mikroskop berguna untuk memerhati dan mengkaji spesimen yang seni. Sistem kanta
mikroskop dapat membesarkan penglihatan pada spesimen dengan berkesan. Mikroskop
adalah alat yang mahal dan mudah rosak jika tidak dikendalikan dengan betul. Oleh itu, ia
mestilah digunakan dengan cermat.
A- kanta mata
Bahagian-bahagian
B- tabung mikroskop
C- revolver
sebuah
mikroskop
D- kanta objek kuasa rendah
E- kanta objek kuasa tinggi
Bahagian
Fungsi
F- meja mikroskop
Kanta mata
Meningkatkan kuasa pembesaran, biasanya 10 kali.
G- klip
H- tapak
Kanta objek
I- cermin Terdapat 3 jenis:
(a) Kanta objek kuasa rendah
(10 X)
J- diafragma
K- lengan mikroskop
(b) Kanta objek kuasa sederhana (40 X)
L- pemutar halus
(c) Kanta objek kuasa tinggi
(100 X)
M- pemutar kasar
Rajah:

Pelaras

Untuk memfokus:
(a) Pelaras kasar digunakan bila menggunakan kanta objek
kuasa rendah.
(b) Pelaras halus digunakan bila menggunakan kanta objek
kuasa tinggi.

77

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Pentas

Tempat letak sisip kaca.

Klip

Memegang sisip kaca pada kedudukannya.

Diagfragma

Mengawal cahaya yang memasuki kanta mikroskop.

Cermin

Memantulkan cahaya ke arah kanta objek.

Salur badan

Memegang kanta mata pada jarak yang tetap daripada kanta


objek.
Jadual: Bahagian dan fungsi sebuah mikroskop

Mengendalikan mikroskop:

Apabila memindahkan mikroskop, gunakan kedua-dua belah tangan apabila


mengangkat mikroskop dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sebelah tangan

mesti memegang lengannya dan sebelah tangan lagi memegang bahagian tapak.
Letakkam mikroskop di tempat yang terdapat sumber cahaya yang terang atau dekat

dengan tingkap.
Laraskan cermin mikroskop supaya cahaya dapat dipantul melalui diafragma ke dalam

kanta objek dan salur mikroskop.


Gunakan kedua-dua belah mata untuk melihat melalui kanta mata mikroskop. Laraskan

cermin supaya mendapat cahaya yang maksimum.


Letakkan slaid di atas pentas.
Mulakan dengan kanta objek kuasa rendah. Putarkan pelaras kasar untuk membawa

kanta objek kuasa rendah mendekati spesimen tanpa menyentuhnya.


Laraskan pelaras halus sehingga mendapat imej yang jelas.
Tukarkan kanta objek kuasa rendah kepada kuasa tinggi bagi menambah pembesaran

imej.
Laraskan pelaras halus sehingga mendapat imej yang jelas.
Jangan menggunakan kanta objek kuasa tinggi tanpa penutup sisip.

Menyediakan sisip kaca:

Alatan yang diperlukan ialah sisip kaca, penutup sisip kaca, penitis jarum, larutan iodin,

spesimen seperti kulit bawang.


Letakkan kepingan nipis spesimen kajian di atas sisip kaca bersih.
Titiskan satu atau dua titik air suling ke atas spesimen itu.

78

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Tutup spesimen itu dengan kaca penutup untuk meleperkannya dan untuk mencegah
penyejatan air daripada spesimen. Caranya:
(i) Letakkan sekeping penutup sisip kaca bersudut 45 kepada titisan air itu.
(ii) Gunakan sebatang jarum untuk menurunkan penutup sisip kaca secara perlahanlahan supaya tiada gelembung udara yang terperangkap di bawah penutup sisip kaca.
(iii) Jika hendak mewarnakan spesimen supaya dapat melihat butirannya dengan jelas,
titiskan setitik iodin pada satu hujung slaid itu.
(iv) Letakkan sejalur kertas turas pada hujung slaid untuk menyerap air yang
berlebihan. Pada masa yang sama, larutan iodin akan tertarik ke bawah kaca penutup.

(e)

Ammeter dan voltmeter

(i)

Ammeter

Ammeter digunakan untuk mengukur arus elektrik. Jenis ammeter dikenali dengan memerhati
simbol yang dicatat pada meter. A untuk ammeter atau mA untuk miliammeter. Simbol garis
lurus (-) menunjukkan meter itu sesuai untuk kegunaan arus terus dan simbol garis lengkung
(

menandakan meter untuk kegunaan arus ulang alik. Sekiranya terdapat kedua-dua

simbol ini, meter berkenaan sesuai digunakan untuk kedua-dua arus terus dan arus ulang alik.
Ammeter mempunyai dua terminal, masing-masing berwarna merah (positif) dan hitam
(negatif). Bagi ammeter atau miliammeter yang dwiskala terdapat 3 terminal iaitu 1 terminal
hitam dan 2 terminal merah. Semasa menyambung ammeter dwiskala, gunakan terminal hitam
dan mana-mana satu terminal merah mengikut skala yang sesuai untuk digunakan. Gunakan
skala yang besar dahulu kemudian baru gunakan skala yang kecil jika didapati magnitiud arus
berada dalam julat skala tersebut.
Rajah: Ammeter

Rajah: Cara menyambung ammeter dalam litar

Sebelum menggunakan ammeter pastikan jarum penunjuk berada pada tanda sifar untuk
mengelakkan ralat sifar. Ammeter disambung secara siri dalam litar elektrik. Terminal positif
ammeter disambung kepada terminal positif bateri atau pak kuasa. Terminal negatif ammeter
disambung kepada terminal negatif bateri atau pak kuasa. Elakkan pemasangan pada terminal

79

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

yang salah atau menggunakan kuasa yang melebihi had skala ammeter untuk mengelakkan
kerosakan pada ammeter.
(ii)

Voltmeter

Voltmeter digunakan untuk mengukur beza keupayaan di antara dua titik di dalam satu litar.
Terdapat voltmeter untuk kegunaan arus terus dengan simbol garis lurus (-) dan arus ulang alik
dengan simbol garis lengkung (

Voltmeter dwiskala mempunyai tiga terminal iaitu satu

terminal berwarna hitam (-) dan dua terminal berwarna merah (+).
Sebelum menggunakan voltmeter pastikan jarum menunjuk pada tanda sifar untuk
mengelakkan ralat sifar. Ammeter disambung secara selari kepada beban seperti mentol dan
perintang dalam litar elektrik. Terminal positif voltmeter disambung kepada terminal positif
bateri atau pak kuasa. Terminal negatif voltmeter disambung kepada terminal negatif bateri
atau pak kuasa.
Rajah: Susunan litar elektrik menunjukkan sambungan mengandungi ammeter dan voltmeter
(f)

Pengendalian model-model biologi

Bahagian-bahagian model mesti dipasang balik jika ditanggalkan semasa pengajaran dan
pembelajaran.

1.3.2

MENYIMPAN PERALATAN DAN BAHAN SAINS DENGAN BETUL DAN SELAMAT

Penyimpanan peralatan dan bahan sains dibahagikan kepada bahan kimia, radas kaca, radas
fizik dan mengikut saiz model.
(a)

Cara menyimpan bahan kimia

(i)

Bahan kimia tak organik

Bahan kimia tak organik biasanya disimpan berasingan daripada bahan kimia organik. Bahan
kimia tak organik kebanyakannya adalah dalam bentuk pepejal dan disimpan dalam botol-botol

80

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

bersaiz 1 kg, 500 g, 250 g, 100 g dan sebagainya. Botol-botol bahan kimia ini hendaklah
disusun mmengikut abjad dalam almari yang bertutup. Jangan simpan di atas rak terdedah
kerana mudah dihinggap habuk. Kerja mengelap botol-botol bahan kimia setiap minggu boleh
dikurangkan dengan cara penyimpanan yang betul.
Bahan-bahan kimia boleh menyerap wap air dari udara dan yang boleh menghilangkan air
habluran kepada udara mesti disimpan berasingan. Jadual di bawah mengandungi beberapa
jenis bahan tersebut yang biasanya terdapat dalam makmal sekolah.
Bahan-bahan kimia yang menyerap wap
air dari udara
Asid sulfurik pekat

Bahan-bahan kimia yang menghilangkan


air habluran ke udara
Ammonium karbonat

Barium klorida

Boraks (dinatrium tetraborat)

Barium nitrat

Kalium heksasianoferat (II)

Ferum (III) klorida

Magnesium sulfat

Kalium hidroksida

Natrium karbonat

Kalium karbonat

Natrium sulfat

Kalium tiosianat
Kalsium klorida
Kalsium oksida
Kalsium nitrat
Kobaltum (II) klorida
Kobaltum (II) nitrat
Kromium (II) sulfat
Kuprum (II) klorida
Kuprum (II) nitrat
Natrium bromida
Natrium hidroksida
Natrium iodida
Natrium nitrat
Stanum (II) klorida
Zink klorida
Zink nitrat
Jadual: Senarai bahan kimia tak organik

81

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah


(ii)

Modul DPLI (SM)

Bahan kimia cecair yang mengkakis

Asid dan alkali pekat adalah sangat mengkakis. Jangan letakkan di atas rak yang tinggi kerana
jika terjatuh ia boleh terpercik ke muka dan ke badan orang yang berhampiran, mengakibatkan
kecederaan yang teruk. Letakkannya di atas lantai atau rak yang hampir dengan lantai.
(iii)

Bahan kimia organik

Kebanyakan bahan kimia organik adalah cecair yang meruap dan beracun. Cara yang biasa
digunakan untuk menyimpannya ialah menyusun mengikut abjad di tempat yang berasingan
dari bahan-bahan lain. Bilik stor yang menyimpannya harus dilarang penggunaan bahan api
dan mempunyai pengaliran udara yang sempurna. Cecair berikut adalah amat mudah terbakar
iaitu aseton, benzena, butanol, karbon disulfida, tetraklorometana, kloroform, etanol, eter,
metanol, petrolium eter, propanol, toluena dan xilen.
(iv)

Logam alkali

Logam-logam alkali seperti kalium, natrium, litium dan kalsium adalah bahan yang sangat aktif
dan mudah teroksida jika terdedah ke udara. Bahan-bahan ini mesti disimpan terendam dalam
minyak parafin. Bahan-bahan ini bertindak balas secara aktif dengan air. Oleh itu dilarang
untuk menyentuhnya dengan tangan. Apabila hendak mengeluarkannya dari botol gunakan
penyepit dan potongkan menggunakan pisau yang tajam.
(v)

Bahan kimia yang terurai apabila terkena cahaya

Bahan-bahan ini disimpan dalam botol kaca yang berwarna gelap. Contoh bahan tersebut ialah
argentum nitrat dan asid nitrik pekat.
(vi)

Bahan kimia yang rosak apabila terkena panas

Bahan-bahan ini boleh disimpan dalam peti sejuk. Contoh bahan tersebut adalah hidrogen
peroksida, asid askorbik (vitamin C), adenosina trifosfat (ATP) dan pelbagai jenis enzim.
(vii)

Bahan kimia yang amat merbahaya

Beberapa jenis bahan kimia seperti sebatian arsenik dan garam sianida adalah sangat beracun
dan boleh menyebabkan maut serta merta jika tertelan. Bahan-bahan radioaktif seperti radium
dan uranium boleh merosakkan kesihatan seseorang jika tidak digunakan dengan betul.
Simpanlan dalam sebuah almari khas yang berkunci dan rekodkan kuantitinya.

82

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah


(b)

Modul DPLI (SM)

Cara menyimpan radas kaca

Radas kaca yang boleh berdiri seperti bikar, kelalang kon, selinder penyukat dan sebagainya
boleh disusun atas rak mengikut jenis dan saiznya. Rak-rak yang menyimpan radas kaca
seelok-eloknya mempunyai dinding kaca. Radas kaca yang kecil dan tidak boleh berdiri seperti
corong tisel, salur T dan Y, piring petri dan sebagainya sesuai disimpan dalam laci yang berlebel
dengan jelas.
Alat kaca yang panjang seperti buret dan pipet tidak sesuai disimpan dalam laci. Rajah di
bawah menunjukkan bagaimana buret disimpan iaitu berdiri tegak dalam rak buret. Untuk
mengelak daripada berdebu, lindungkannya dengan plastik. Rod kaca dan salur kaca yang
pendek juga diletakkan pada rak.
Rajah: Cara menyimpan buret
Rak pengering kelalang (draining rack) hendaklah disediakan dalam makmal kimia untuk
meletak bikar atau kelalang yang basah, sebelum ianya disimpan atas rak.
Rajah: Rak pengering kelalang

(c)

Cara menyimpan radas fizik

Cara biasa yang digunakan untuk menyusun alat-alat fizik ialah mengelaskannya kepada
bahagian-bahagian berikut iaitu mekanik, haba, cahaya, magnet/elektrik, elektronik dan lainlain.
Mikroskop hendaklah diletakkan dalam keadaan tegak dalam sebuah almari yang dipasang
dengan beberapa buah mentol 25 watt sepanjang masa. Bahagian dalam almari itu dilapikkan
dengan kepingan aluminium atau zink. Ini menjadikan udara dalam almari menjadi panas
sedikit dan kering serta kulat tidak akan bercambah. Di samping itu, terdapat beberapa lubang
kecil pada dinding almari supaya udara dapat mengalir dengan bebas.

83

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Sisip mikroskop disimpan dalam kotak sisip dengan cara tersusun untuk mengelakkannya
hilang dan mudah rosak. Tiap satu kotak sisip hanya menyimpan sejenis sisip. Sebagai
contoh, kotak A dikhaskan untuk organisma seni, kotak B untuk rumpair, kotak C untuk kulat
dan sebagainya.
Neraca triple-beam, neraca dial-o-gram dan neraca elektronik mesti disimpan dalam almari
berdinding kaca yang bebas daripada debu dan kukuh serta diletakkan di tempat yang tetap.
Almari yang bergoyang tidak sesuai kerana neraca mudah rosak.
Magnet batang mesti disimpan dalam keadaan berpasangan, dimana kutub utara dari satu
magnet bertentangan dengan kutub selatan magnet yang lagi satu. Kedua-dua hujung magnet
tersebut mesti ditutupkan dengan kepingan besi lembut untuk melindunginya dan untuk
mengekalkan kemagnetan magnet tersebut seperti Rajah di bawah.

Rajah: Susunan magnet dan besi lembut


Alat-alat cahaya seperti kanta, prisma dan bongkah kaca empat segi sangat mudah tercalar
oleh permukaan yang kasar seperti permukaan meja. Untuk mengelakkan perkara ini,
simpankanya dalam kepingan polistirena berlubang mengikut bentuk alat seperti kanta, prisma
atau bongkah kaca seperti Rajah di bawah.
Rajah: Cara simpanan prima kaca
Wayar elektrik seperti kuprum, nikrom hendaklah disimpan dalam bentuk memusar (solenoid)
dengan batang pensil panjang sebelum menyimpannya. Manakala, wayar elektrik berbalut
getah atau penebat yang mempunyai kelip buaya dihujungnya boleh digantung dengan klipkan
pada satu tali rentang.
Alat-alat elektronik yang halus dan alat-alat elektrik yang kecil boleh disimpan dengan cara
sistematik dalam kabinet. Kabinet ini mempunyai banyak laci kecil, setiap laci pula dibahagikan
kepada beberapa bahagian.
(d)

Mengikut saiz model

84

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Model biologi dibuat daripada plastik dan getah perlu disimpan di dalam almari berkaca supaya
tidak berhabuk apabila digunakan. Di dalam makmal juga, terdapat banyak model-model yang
besar dan tidak boleh disimpan dalam almari kerana saiznya. Oleh itu, untuk mengelakkan
debu maka model-model tersebut hendaklah ditudungkan sahaja dengan plastik dan berada
pada suhu bilik.

1.3.3

MEMBERSIHKAN PERALATAN SAINS DENGAN CARA YANG BETUL

(a)

Pembersihan radas-radas kaca

Tabung uji hendaklah dicuci dengan segera selepas digunakan. Rendam dalam bahan pencuci
(detergen) dan gunakan berus tabung uji untuk mencuci. Gunakan bahan pencuci yang
disyorkan oleh pembekal barangan makmal. Basuh dengan air dan bilas dengan air paip.
Keringkan di atas rak tabung uji atau di dalam ketuhar sebelum disimpan. Alat kaca yang telah
kering hendaklah disimpan untuk mengelakkannya daripada dihinggap habuk.
Mikroskop mesti di selenggara oleh juruteknik yang bertauliah. Pembersihan kanta-kanta
mikroskop hanya menggunakan tisu kanta. Bahan-bahan lain seperti kertas tisu bisa dan kain
akan mencalarkan kanta atau meninggalkan serbuk halus di atas kanta. Jangan guna
tapak jari untuk membersihkan kekotoran atau debu pada permukaan kanta. Minyak dan
gris pada jari akan melekat pada permukaan kanta dan mengurangkan kualiti imej.

1.3.4

MENGENDALIKAN SPESIMEN DENGAN BETUL DAN SELAMAT

Langkah keselamatan perlu diberi perhatian dalam mengendalikan bahan biologi seperti
mikroorganisma (bakteria, virus, kulat dan parasit), serangga dan haiwan kecil. Pelajar
hendaklah berhati-hati semasa melakukan eksperimen yang melibatkan mikroorganisma kerana

85

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

terdapat sebahagian daripadanya boleh menyebabkan penyakit, begitu juga semasa


mengendalikan serangga dan haiwan kecil.
Radas eksperimen seperti ceper petri dan tabung uji; bahan-bahan eksperimen seperti agaragar zat makanan dan kapas yang digunakan dalam eksperimen kultur mikroorganisma
mestilah disterilkan terlebih dahulu. Cara pensterilan ialah ceper petri dan tabung uji dibalut
dengan kertas aluminium dan diletakkan di dalam ketuhar pada suhu 160C-170C selama
setengah jam. Sup berzat makanan dan agar-agar zat makanan boleh diletakkan di dalam
bikar besar dan ditutup dengan kertas aluminium dan disterilkan di dalam periuk tekanan
selama 20 minit.

Langkah-langkah dalam pengendalian organisma:

Balutkan sebarang luka yang terdapat di badan.


Jangan buka penutup ceper petri atau penyumbat tabung uji yang mengandungi

mikroorganisma yang sedang membiak di dalamnya.


Jangan simpan ceper petri atau penyumbat tabung uji yang mengandungi

mikroorganisma di dalam peti sejuk yang digunakan untuk menyimpan makanan.


Semua permukaan kerusi dan tempat bekerja hendaklah dibersihkan dengan bahan

pencuci antiseptik sebelum meninggalkan makmal sains.


Jangan makan semasa menjalankan eksperimen dengan bakteria.
Basuh tangan dengan sabun yang banyak selepas eksperimen dengan mikroorganisma

Mikroorgansma yang terdapat di dalam kultur di dalam ceper petri atau tabung uji boleh
menjangkiti manusia. Oleh itu, ceper petri dan tabung uji mestilah direndam dalam disinfekten
selepas digunakan iaitu alkohol 30% atau formalin 2%. Basuh tangan dengan sabun dan air
yang banyak selepas memegang tabung uji dan ceper petri yang mengandungi
mikroorganisma.
Langkah-langkah dalam pengendalian serangga dan haiwan kecil:

Serangga atau haiwan kecil perlu diletakkan dalam bekas yang selamat seperti sangkar

atau akuarium.
Pakai sarung tangan dan tutup mulut dengan mask semasa mengendalikan haiwan
kajian yang mungkin membawa patogen.

86

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Sebarang gigitan dan cakaran oleh haiwan kajian hendaklah dirawat dengan bahan

antiseptik dan rawatan lanjut oleh pegawai perubatan.


Bangkai haiwan kajian hendaklah dilupus dengan cara yang selamat seperti ditanam
atau dibakar sehingga hangus.

1.3.5

MELAKAR SPESIMEN, PERALATAN DAN BAHAN SAINS DENGAN TEPAT

Panduan untuk membuat lakaran:

Gunakan pensil dan kertas yang tiada mempunyai garisan


Buat lakaran yang besar supaya maklumat yang penting dapat dilihat dengan mudah
Melukis garis lurus hendaklah menggunakan pembaris.
Gunakan pembaris untuk melukis garisan untul label, garisan hendaklah tidak bersilang

antara satu sama lain.


Jangan di warnakan atau dibuat bayang.
Tajuk ditulis pada sebelah atas.

Aktiviti 1: Kemahiran menggunakan mikroskop dan melakar spesimen

Bahan: Bawang, sisip kaca, penutup sisip kaca, mikroskop, iodin, pisau kecil, jarum panjang,
kertas turas.
Sediakan spesimen kulit bawang pada sisip kaca. Lihat spesimen menggunakan mikroskop.
Lakar spesimen yang telah dilihat tadi.

Aktiviti 2: Membina litar, mengukur arus dan beza keupayaan

Bahan: 2 biji sel kering, 2 biji mentol, 1 suis, 1 unit ammeter, 1 unit voltmeter, wayar
penyambung mengikut keperluan rekabentuk litar yang dibuat.

87

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Berdasarkan radas yang telah diberikan iaitu sel kering, mentol, suis dan wayar

penyambung, lukis litar yang boleh dibina daripada radas-radas tersebut.


Rancangkan apakah data yang akan diukur pada litar tersebut dengan menggunakan

ammeter dan voltmeter.


Pada lukisan litar tadi, tambahkan rajah ammeter dan voltmeter pada kedudukan yang

betul.
Sediakan jadual untuk data yang akan diukur.
Pasang litar dan rekodkan bacaan yang diperolehi.

Fikirkan

Bina satu poster untuk digantung dalam makmal sains bertujuan untuk memberi peringatan
kepada pelajar-pelajar cara mengukur panjang dan isi padu yang betul semasa melakukan
aktiviti sains.

Latihan

Kumpulan anda dikehendaki untuk menilai cara penyimpanan peralatan dan bahan sains dalam
makmal sains. Bentangkan laporan dapatan kumpulan anda dalam persembahan power point
selama 15 minit di hadapan kelas pada minggu hadapan.

Perbincangan

Kumpulan anda dikehendaki untuk membincangkan aspek-aspek yang boleh ditambah baik
dalam aspek pengurusan atau keselamatan makmal sekolah anda. Sediakan laporan hasil
daripada perbincangan dan serahkan kepada guru anda untuk dinilai oleh beliau.

88

SCSP2203M : Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menengah

Modul DPLI (SM)

Rujukan

Md. Hussain bin Mohd Hashim. (1992). Pengurusan makmal. Universiti Sains Malaysia &
Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ooi Chong Beng & Mohd Khairuddi Yahya. (1982). Panduan makmal sains. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pengurusan dan keselamatan. (2010). Pengurusan dan keselamatan makmal sains sekolah.
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.
Poh Swee Hiang. (2001). Pedagogi Sains 4. Pengurusan makmal dan sumber sains. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

89