Anda di halaman 1dari 44

NOTA SEJARAH PENGGAL 3

ASALAMUALAIKUM WBT..

Nio nak kongsikan bahan sejarah yang cg nio berikan ...semoga nota ini dapat membantu
rakan2 sekalian..
selepas berusaha dan berdoa barulah berserah kepada Allah SWT ..
mantfaatkanlah nota ini dengan sebaiknya.. ingat kejayaan adalah hak milik setiap insan
yang berusaha..
ooohh.. satu lagi result MUET dah nak keluar la.. 19 sep ni kalau tak silap ..

SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA


TENGGARA
[1800 2000]
BAHAGIAN A : SEJARAH MALAYSIA
TEMA 1 : MASYARAKAT [ INSTITUSI PEMERINTAHAN ]
Soalan 1
Peranan dalam pemerintahan di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British
sebenarnya terletak di bawah seseorang raja. Nilaikan penyataan di atas.
Pengenalan

Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874, Negerinegeri Melayu diperintah oleh Raja-raja Melayu. Sultan dan raja menduduki heirarki tertinggi
dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri masing-masing. Mengikut sistem
pemerintahan dan pentadbiran tradisional seseorang raja berkongsi kuasa dan peranan
dengan golongan pembesar dalam menjalan dan melicinkan jentera pentadbiran Namun
demikian, semua Raja-raja Melayu ini sebenarnya mempunyai peranan luas dalam politik,
ekonomi dan sosial sehingga campur tangan Inggeris pada tahun 1874.
Isi
1.
Politik
a.
Ketua Kerajaan
Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran
negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak
sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat termasuk pembesarr tidak boleh membantah perintah
sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undangundang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum
manusia dan hukum agama. Sultan juga berkuasa menggubal undang-undang, menjatuhkan
hukuman termasuk hukuman bunuh serta berhak mengampunkan pesalah yang tidak ada pada
golongan pembesar.
b.
Melantik Pembesar
Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar negeri.
Baginda berhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan Bendahara dan pembesarpembesar yang lain. Baginda juga berhak melantik penggantinya sendiri, iaitu dalam
kalangan putera-putera baginda. Contohnya di Perak, sehingga tahun 1874, jawatan
Bendahara dipegang oleh keluarga diraja. Jawatan Temenggong dijawat oleh pembesar
daerah Kota Lama, Kuala Kangsar.
Dalam hal ini, Sultan yang melantik pembesar-pembesar daerah sahaja akan menerima
sepucuk surat dan hadiah sebilah pedang sebagai lambang jawatannya. Di dalam surat tauliah
itu dinyatakan nama daerah yang dikurniakan tetapi tidak ditentukan butir-butir
sempadannya. Biasanya pembesar dipilih secara turun temurun dalam kalangan keluarga
pembesar berkenaan. Sultan hanya akan campur tangan memilih pembesar yang baru dari
keturunan lain sekiranya keturunan pembesar tadi ketiadaan waris. Ini menunjukkan
pembesar hanya menjalankan peranannya di bawah kuasa raja. Apabila raja berkuasa
melantik pembesar, baginda juga mempunyai hak untuk melucutkan jawatan mana-mana
pembesar.
c.
Menentukan Hubungan Diplomatik
Sultan lebih aktif dalam menjalin hubungan hal ehwal luar berbanding bertindak sebagai
ketua perang. Perjanjian dengan kuasa-kuasa asing tidak sah jika tidak ditandatangani oleh
sultan. Selain itu, ia juga memerlukan tanda tangan 12 orang pembesar. Kebimbangan
campur tangan Inggeris di Tanah Melayu menjadikan hubungan sultan dengan para pembesar
kian rapat. Kehadiran British di Perak pada tahun 1875 membawa kepada perjumpaanperjumpaan antara sultan dengan pada pembesar.

Namun demikian, ada juga pembesar yang menentang sultan secara halus tidak hadir dalam
pertemuan seumpama ini. Misalnya pada tahun 1875 pentadbir British telah bersusah payah
untuk mendapatkan tanda tangan pembesar-pembesar Perak yang tidak hadir di Pangkor
dalam tahun 1874 untuk menandatangani persetiaan Melayu-Inggeris itu.
d.
Ketua Pertahanan
Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku peperangan,
sultan akan mengetuai angkatan tentera dan membuat keputusan bagi mempertahankan
negara daripada serangan musuh atau menakluk negara lain. Baginda bertanggungjawab
menjaga keamanan negara daripada ancaman luar. Pada tahun 1830 an-1870an di Negerinegeri Melayu tidak terdapat peperangan luar yang serius atau ancaman perang. Kedatangan
British juga tidak menggunakan tentera yang besar, hanya menggunakan tentera NegeriNegeri Selat sahaja.
Oleh yang demikian, peranan sultan sebagai ketua tentera tidak menonjol pada masa ini.
Malah perang saudara yang berlaku antara tahun 1865-1875 banyak melibatkan perang
saudara antara pembesar-pembesar. Hanya di Pahang berlaku pemberontakan seorang
pembesar tetapi sultan telah mengarahkan pembesar lain untuk menamatkan pemberontakan
tersebut.
2.
Ekonomi
Sultan berkuasa mutlak ke atas sumber ekonomi. Sultan mengambil bahagian dalam
perniagaan dan mendapat keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal
perburuhan, hasil pertanian, perdagangan dan pemungut cukai. Sultan berperanan menyelaras
sistem cukai dalam jajahan takluknya serta mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai
negerinya. Contohnya, Sultan Abdul Samad menerima hasil cukai (bijih timah) daerah
Kelang daripada Raja Mahadi. Sultan Pahang memperoleh cukai import yang dikenakan di
muara Sungai Pahang berjumlah $50,000 setahun. Dari segi pertanian sultan berhak
mengerahkan rakyat bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada para pembesar negeri.
Sultan juga berkuasa melaksanakan sistem kerah. Melalui sistem ini rakyat dikerah
melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa yang
tertentu. Antara pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi tentera,membina jalan,
membina jambatan, membina benteng pertahanan, membersih sungai dan sebagainya.
Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang biasa yang berstatus tinggi
juga dikecualikan dari sistem ini. Contohnya di Kedah mereka yang dikecualikan dari sistem
ini ialah golongan syed (keturunan nabi), golongan baik-baik seperti haji, lebai, penghulu,
kakitangan masjid dan orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkan perbezaan status sosial
dalam kalangan rakyat.
3.
Sosial
a.
Lambang dan memelihara perpaduan negeri
Di Negeri-negeri Melayu pada abad ke-19 terdapat beberapa faktor yang membawa kepada
perselisihan dan perpecahan. Di dalam sesebuah negeri, selain Negeri Sembilan terdapat
pelbagai kebudayaan yang diamalkan oleh rakyatnya. Pembesar-pembesar daerah merupakan
pusat-pusat kuasa tempatan. Tentangan sering berlaku dalam kalangan mereka dan

mengganggu pentadbiran pusat. Malah mereka sering juga menentang sultan dan ada kalanya
menentang pelaksanaan perintah raja di daerah mereka.
Namun demikian, untuk menjaga kepentingan perdagangan, pertahanan negeri dan
ketenteraman dalam satu kawasan yang lebih luas dari sebuah daerah memaksa mereka
tunduk kepada sultan. Mereka tidak bersedia untuk memusnahkan kesultanan itu sendiri,
walaupun pertentangan dan perebutan takhta sering berlaku dalam kalangan pembesar.
Mereka melihat tidak ada satu sistem lain sebaik sistem beraja yang diamalkan.
Kedudukan sultan sebagai lambang perpaduan diperkukuhkan dengan baginda diberi
kekeramatan dan kuasa-kuasa sakti. Antaranya, baginda dikatakan berdarah putih,
menggunakan lambang-lambang kebesaran seperti pakaian dan peralatan berwarna kuning,
memiliki alat-alat muzik sendiri seperti nobat, nafiri, seruling dan terumpet. Alatan lain
seperti kayu gamit, puan naga, taru, kemala, surat chiri, cop halilintar, ubor-ubor dan lainlain.
Selain itu, terdapat juga senjata-senjata seperti pedang, tombak dan keris panjang serta
penggunaan bahasa dalam atau bahasa istana yang dikhaskan untuk sultan dan kerabatnya.
Semua hak-hak keistimewaan ini bertujuan untuk mengagung-agungkan seseorang sultan
supaya rakyat taat setia kepada baginda. Sesiapa yang melanggar perintah sultan pula
dikatakan akan mendapat tulah, seperti kemalangan dan kesengsaraan.

b.
Ketua agama Islam dan Adat istiadat Melayu
Sultan juga bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan dianggap
sebagai khalifah Allah di bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat Melayu. Sultan juga
memainkan peranan penting untuk menyebarkan agama Islam di dalam negeri dan seluruh
tanah jajahannya. Lantaran itulah istana memainkan peranan penting sebagai tempat
penyebaran agama Islam di Tanah Melayu.
Hanya sedikit sahaja istiadat yang dihadiri oleh sultan sebagai pemimpin rakyat. Peranannya
tidak begitu aktif. Upacara-upacara besar dalam masa pemerintahan baginda ialah hari
pertabalan dan pemakaman. Pada masa ini pembesar dan rakyat jelata akan berhimpun. Pada
masa perayaan besar tahun Islam seperti Hari Raya Puasa, sultan akan mengadakan majlis
jamuan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, sultan memainkan peranan yang cukup besar sama ada dalam bidang
politik, ekonomi mahupun sosial. Kedaulatan dan kedudukan seseorang raja menjadikan
seseorang raja/sultan mempunyai hak yang mutlak untuk membuat semua keputusan.
Pengenalan sistem Residen pada tahun 1874 di Perak, seterusnya Selangor, Negeri Sembilan
dan Pahang telah menjejaskan kedudukan kuasa sultan dari sudut politik, ekonomi dan sosial.
Sultan kini hanya berkuasa dalam bidang agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja,
semua kuasanya yang lain dikuasai oleh Residen Inggeris.
TEMA 1 : MASYARAKAT [ SISTEM SOSIAL ]
Soalan 2

Di dalam struktur masyarakat Melayu tradisional, golongan yang diperintah berperanan


mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah. Bincangkan.

Pengenalan
Sebelum tahun 1874, struktur masyarakat Melayu adalah bercorak feudal.
Masyarakat Melayu dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan
golongan yang diperintah. Golongan pemerintah merupakan kumpulan yang kecil tetapi
mempunyai kuasa dan pengaruh dalam masyarakat Melayu tradisional. Golongan
pemerintah terdiri daripada golongan sultan atau raja, kerabat diraja, pembesar dan ulama.
Golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat biasa yang merdeka, rakyat asing dan
golongan hamba.
Isi
Golongan Yang Diperintah
Golongan ini berperanan sebagai pengikut atau pengiring pembesar peringkat pusat
atau menjadi penyokong pentadbir peringkat jajahan takluk.
1. Golongan merdeheka/bebas
Golongan ini terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing.
Rakyat biasa merupakan penduduk peribumi yang bermastautin tetap di negerinegeri tertentu . Rakyat biasa hidup bebas menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing
seperti berniaga, menangkap ikan, melombong , tukang mahir dan sebagainya. Rakyat biasa
merupakan pengikut setia terhadap pembesar yang mentadbir daerah. Mereka akan sentiasa
mengikut arahan golongan pembesar. Mereka akan menjalankan semua suruhan
pembesar,misalnya dalam sistem kerah dan serah. Rakyat biasa juga akan mengerjakan kerjakerja raja dan para pembesar. Mereka dikerah untuk membina serta membaiki jalan,
membina tambak, masjid, parit, dan benteng pertahanan. Rakyat akan dikerah membersihkan
sungai, membersihkan hutan belantara dan sebagainya. Mereka tidak tahu tempoh masa yang
diperlukan untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Kadang-kadang mereka akan berkhidmat
jauh daripada kampung untuk tugas-tugas seperti menarik bot untuk perjalanan dan
mengangkut barang-barang. Mereka dikerah untuk membuat persediaan berperang dan
menyediakan kelengkapan berperang. Ketika peperangan atau untuk pertahankan daerah dari
serangan luar, rakyat biasa akan menyumbangkan tenaga kepada para pembesar. Apabila
Sultan memerlukan tentera, rakyat akan dikerah dan mereka wajib menyertainya.
Rakyat Asing. Golongan ini hanya tinggal sementara di Tanah Melayu dan akan
kembali
ke negara asal mereka. Golongan ini terdiri daripada pedagang, perantau, mubaligh dan
santeri serta orang asing, yang datang ke Tanah Melayu sebagai tentera upahan. Orang asing

yang berkahwin dengan orang tempatan biasanya akan terus menetap di Tanah Melayu.
Masyarakat Tamil-Islam merupakan kumpulan orang asing yang paling ramai di Tanah
Melayu. Golongan orang asing tidak wajib mematuhi tradisi dan kebudayaan tempatan
Melayu. Mereka tidak terkecuali daripada hukum-hukum adat dan undang-undang negeri
seperti yang dikenakan kepada rakyat biasa.
2. Hamba
Golongan hamba menduduki lapisan paling bawah dalam struktur masyarakat
Melayu. Hamba dalam masyarakat Melayu dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu
hamba biasa, hamba berhutang dan hamba raja. Hamba menjadi lambang ketinggian
martabat bagi orang yang memilikinya. Lebih ramai hamba, maka lebih tinggilah taraf sosial
seseorang sebagai anggota masyarakat dan semakin kukuhlah ekonomi tuannya.
Golongan hamba biasa merupakan golongan orang suruhan atau keturunan
hamba.Golongan ini biasanya akan dijual beli dan menjadi hamba seumur hidup. Seluruh
keluarganya akan menjadi hamba kepada tuannya. Manakala hamba berhutang merupakan
orang biasa yang menjadi hamba kerana gagal membayar hutang. Hamba berhutang akan
bebas apabila nilai hutang tersebut habis setelah bekerja dengan tuannya. Antara kerja yang
biasa dilakukan ialah bertani dan melombong.

Selain itu ,hamba raja merupakan golongan merdeheka yang telah melakukan
kesalahan jenayah dan diampunkan oleh sultan. Hamba raja juga terdiri daripada tawanan
perang. Hamba raja mempunyai kedudukan paling tinggi dalam kalangan semua hamba.
Mereka akan menjadi hamba secara turun temurun. Hamba abdi dan hamba berhutang
berkhidmat untuk tuan mereka sebagai pengikut dan sebahagiannya membuat kerja-kerja
rumah. Hamba lelaki akan melakukan tugas-tugas pertanian seperti membajak, menanam,
menuai, dan memugar tanah baharu. . Ada juga hamba lelaki yang mengikut tuannya
berdagang/berniaga. . Hamba perempuan membuat kerja-kerja di rumah atau menjadi dayang
kepada pemerintah. Mereka akan memasak, mencuci, mengasuh anak, mengambil air,
membelah kayu dan menganyam untuk tuannya. Kadangkala mereka akan menuai padi. Ada
di kalangan hamba perempuan yang ditugaskan memperoleh pendapatan bagi tuan mereka
dengan cara
menjadi pelacur.
Kesimpulan
Masyarakat Melayu tradisional mempunyai sistem sosial yang lengkap dan tersusun.
Setiap golongan mempunyai tugas dan peranan masing-masing. Kedudukan susunan
masyarakat Melayu tradisional yang berlapis-lapis telah meletakkan lapisan atasan (golongan

pemerintah) sebagai satu golongan yang menguasai dan mempunyai kepentingan politik dan
ekonomi. Sementara lapisan bawahan (golongan yang diperintah) berfungsi sebagai
golongan yang memainkan peranan daripada segi fizikal, moral dan tradisi kemasyarakatan
dan menjadi penyokong utama institusi raja dan pembesar. Kelancaran sistem sosial ini
telah menyumbang kepada kestabilan politik kerajaan yang memerintah. Setelah campur
tangan British dalam sistem politik negeri-negeri Melayu, struktur
masyarakat Melayu telah mengalami perubahan yang ketara kerana peranan golongan
pembesar dan hamba telah mula dihapuskan oleh penjajah British.
TEMA 1 : MASYARAKAT [ SISTEM EKONOMI ]
Soalan 3
Sejauhmanakah kegiatan ekonomi tradisional dikatakan lebih berpusatkan kepada
aktiviti pertanian dan menangkap ikan semata-mata? Bincangkan penyataan ini.
Pengenalan
Ekonomi tradisional bermaksud kegiatan ekonomi yang dilakukan secara kecilkecilan bagi menampung keperluan diri dan keluarga sahaja. Kegiatan ini dikenali sebagai
ekonomi sara diri. Ia merupakan kegiatan ekonomi yang paling asas dan utama melibatkan
masyarakat Melayu tradisional.
Ciri-ciri utama kegiatan ekonomi tradisional ialah:
Tiada pengkhususan kerja kebiasaannya masyarakat Melayu melakukan pelbagai jenis
pekerjaan pada masa yang sama. Selain menjadi petani dan nelayan, mereka juga melakukan
kegiatan ekonomi sampingan yang lain seperti menternak binatang, bertukang dan lain-lain.
Penggunaan peralatan tradisional Tiada penggunaan alatan moden dalam kegiatan
pertanian, Penduduk hanya menggunakan alatan tradisi seperti tajak, cangkul, jala, pukat
dan lain-lain.
Berskala kecil kegiatan ekonomi dilakukan secara kecil-kecilan sahaja dan tidak melibatkan
penggunaan modal yang besar. Mereka hanya menghasilkan keperluan untuk diri dan
keluarga sahaja. Sebaliknya, mereka tidak menghasilkan keperluan untuk orang lain. Jika
terdapat lebihan, barulah dijual.
Tenaga kerja hanya melibatkan ahli keluarga kaum lelaki melakukan kerja yang lebih
berat. Sementara kaum wanita, orang tua dan kanak-kanak membantu melakukan kerja-kerja
yang lebih mudah dan ringan.
Amalan bergotong-royong atau berderau menjadi amalan kebiasaan masyarakat tempatan
terutamanya melibatkan kerja-kerja menanam dan menuai padi yang dilakukan secara
bersama dan berkumpulan bagi memudah dan mempercepatkan pekerjaan. Hubungan antara
anggota masyarakat semakin erat.
Isi
Kegiatan ekonomi tradisional mempunyai hubungan rapat dengan kawasan
petempatan sama ada terletak di kawasan pedalaman, pinggir sungai dan laut.Penduduk yang
tinggal di kawasan pedalaman menjalankan kegiatan pertanian. Manakala penduduk yang
tinggal di pinggir sungai dan laut pula terlibat dengan kegiatan menangkap ikan.Kedua-dua

aktiviti ekonomi ini merupakan kegiatan ekonomi yang paling asas atau utama melibatkan
masyarakat Melayu tradisional.Walau bagaimanapun, selain menjalankan kegaiatan
pertanian dan menangkap ikan, masyarakat tempatan juga banyak melakukan aktiviti
sampingan yang lain untuk menyara kehidupan seperti menternak binatang, melombong,
mengutip hasil hutan, pertukangan dan kraf tangan.
Pertanian
Bercucuk tanam atau pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat
tradisional.Tanaman utama tertumpu kepada tanaman padi sawah dan padi huma.
Padi
sawah ditanam di kawasan lembah sungai yang merupakan kawasan tanah lanar yang subur.
Padi huma atau padi bukit pula ditanam di kawasan dataran tinggi atau di lereng bukit.Selain
padi, tanaman lain turut ditanam seperti pelbagai jenis ubi, sayur-sayuran, buah-buahan dan
bijirin. Kegiatan pertanian dilakukan secara kecil-kecilan sahaja dengan menggunakan
peralatan tradisional seperti tajak, cangkul, kuku kambing untuk menanam pokok padi , sabit
dan ketam padi untuk menuai padi.
Menangkap ikan
Menangkap ikan juga merupakan kegiatan ekonomi yang penting bagi masyarakat
Melayu tradisional selain pertanian.
Kegiatan menangkap ikan dijalankan oleh
penduduk yang tinggal berhampiran laut dan sungai. Aktiviti ini diusahakan oleh penduduk
secara kecil-kecilan dengan menggunakan peralatan tradisional seperti jaring atau pukat,
bubu, kelong, jala, lukah, tangguk dan sebagainya. Mereka hanya mampu melakukan
kegiatan menangkap ikan di tepi pantai sahaja. Selain laut, penduduk juga menangkap ikan
air tawar di kawasan sawah padi, kolam dan sungai.
Menternak binatang
Selain pertanian dan menangkap ikan, penduduk turut melakukan aktiviti ekonomi
lain sebagai aktiviti sampingan seperti menternak binatang. Ayam dan itik merupakan
binatang ternakan utama. Selain untuk dimakan dagingnya, bahan buangan ternakan turut
digunakan sebagai baja bagi menyuburkan tanaman. Lembu dan kerbau turut diternak bagi
membantu kerja-kerja pembajakan tanah. Penternakan binatang hanya dilakukan di kawasan
petempatan penduduk.
Melombong
Perlombongan secara mendulang dilakukan secara kecil-kecilan oleh masyarakat yang
tinggal berhampiran dengan sungai. Bijih timah, bijih besi dan emas merupakan galian utama
yang dilombong. Aktiviti ini melibatkan kaum wanita dan kanak-kanak. Hasil lombong dijual
di kawasan berhampiran untuk mendapatkan barang keperluan harian yang lain.
Mengutip hasil hutan
Mengutip hasil hutan dilakukan di kawasan pedalaman. Hasil hutan yang dipungut
adalah seperti rotan, damar, kapur barus, getah perca, daun mengkuang dan akar-akar kayu
sebagai ubat-ubatan. Selain untuk kegunaan sendiri, hasil hutan yang berlebihan dijual
kepada kawasan berhampiran.
Pertukangan
Masyarakat tradisional juga sering menghabiskan masa lapang dengan melakukan
kerja-kerja pertukangan seperti membuat rumah, perahu dan perabot. Aktiviti pertukangan

melibatkan golongan lelaki. Sementara kaum wanita terlibat dengan aktiviti kraf tangan
seperti menganyam tikar, membuat bakul dan lain-lain.
Kesimpulan
Kesimpulannya, adalah jelas bahawa kegiatan ekonomi tradisional bukanlah
tertumpu kepada pertanian dan menangkap ikan semata-mata. Walaupun pertanian dan
menangkap ikan merupakan kegiatan ekonomi yang paling asas, namun kegiatan ekonomi
lain turut dilakukan sebagai kegiatan sampingan seperti menternak binatang, melombong,
mengutip hasil hutan, petukangan dan kraf tangan. Umumnya, kedatangan British pada akhir
abad ke-19 telah mengubah corak tradisi orang-orang Melayu dalam bidang ekonomi.
TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [ PENGUBAHSUAIAN DALAM
PENTADBIRAN ]
Soalan 4
Sejauhmanakah Sistem Residen mempengaruhi perubahan pentadbiran di negeri-negeri
Melayu selepas 1874.
Pengenalan
Sebelum kedatangan British pentadbiran di Negeri-negeri Melayu diketuai oleh
raja/sultan. Sultan/raja menjadi pemerintah mutlak dengan dibantu oleh pembesar.
Campurtangan British dalam pentadbiran Negeri-negeri Melayu telah merubah struktur
pentadbiran Negeri-negeri Melayu secara tidak langsung. Pengenalan system residen telah
menyebabkan pentadbirandi setiap NNM tidak seragam. Masalah ini cuba diatasi melalui
pelbagai perubahan dan pengubahsuaian dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan social.
Isi
i) Sistem Residen
Diperkenalkan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.Residen ialah
seorang pegawai British yang ditugaskan sebagai penasihat sultan dan nasihatnya mesti
dipatuhi. Menasihati sultan dalam semua perkara kecuali agama Islam dan adat-istiadat
Melayu.Walaupun British menjamin kedudukan dan kedaulatan raja tetapi kuasa
pemerintahan sebenarnya berada di tangan residen.Residen British berkuasa dalam semua
urusan pentadbiran termasuk kutipan cukai dan kawalan ke atas semua hasil negeri.
Pengaruh lain
ii) Penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri (MMN)
Dianggotai oleh sultan, residen British, 12 orang pembesar melayu dan seorang wakil
masyarakat Cina. Ditubuhkan untuk membincangkan perkara-perkara yang melibatkan
pentadbiran negeri. Berperanan sebagai badan penasihat dalam menggubal undang-undang
dan menjadi mahkamah rayuan tertinggi. MMN juga menguruskan perubahan struktur cukai,
pencen orang melayu dan perlantikan ketua-ketua tempatan. MMN tidak mempunyai kuasa
perundangan yang luas. MMN hanya berperanan untuk mengesahkan segala keputusan yang
telah dibuat. Kuasa sultan juga terbatas kerana hanya berkuasa dalam agama islam dan adatistiadat Melayu. Setiap negeri menubuhkan perkhidmatan awam sendiri dengan jawatan

penting dikuasai oleh British. Jawatan di peringkat bawahan diberi kepada orang Serani,
India, Ceylon dan Melayu.
iii) Sistem pentadbiran tanah
British menyusun semula system pentadbiran tanah. Undang-undang hak milik
persendirian, tanah perlu didaftar dan boleh disewa atau dipindahmilik melalui system jual
beli. Tanah menjadi sumber pendapatan kerajaan. Menimbulkan bantahan dan penentangan
pembesar Melayu.
iv) Sistem pentadbiran negeri
Pembahagian negeri kepada beberapa daerah. Perlantikan pegawai daerah
menggantikan jawatan pembesar melayu. Pegawai daerah bertugas mengendalikan urusan
cukai, sewa tanah, menjaga keamanan, menguatkuasakan undang-undang dan
bertanggungjawab terhadap kawasan. Wujud sempadan geografi antara negeri yang jelas.
Setiap daerah dibahagikan kepada mukim dengan diketuai oleh seorang penghulu. Di
peringkat kampung diketuai oleh ketua kampung yang berperanan sebagai penghubung antara
penduduk kampung dengan pentadbiran yang lebih tinggi.
v) Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
Menggabungkan persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Pahang dan
Negeri Sembilan di bawah satu unit pentadbiran. Mewujudkan pemusatan kuasa antara
keempat negeri yang diselaraskan. Residen Jeneral mengetuai pentadbiran persekutuan
NNMB dalam semua perkara kecuali agama islam dan adat-istiadat Melayu. Gabenor Negerinegeri Selat bertindak sebagai Pesuruhjaya Tinggi NNMB. Penubuhan Majlis Raja-Raja
(Durbar) yang memberi peluang kepada raja-raja Melayu untuk menyuarakan pandangan.
Kewujudan jawatan-jawatan baru seperti penasihat undang-undang, pesuruhjaya kehakiman,
pesuruhjaya polis dan pengarah jabatan kerja raya serta penubuhan jabatan-jabatan lain
membantu melicinkan pentadbiran.
Kesimpulan
Sistem Residen telah mengubah pentadbiran di negeri-negeri Melayu yang memberi
kekuasaan kepada British. Kuasa pentadbiran negeri-negeri Melayu beralih kepada kerajaan
British manakala sultan/raja hanya berkuasa dalam agama Islam dan adat-istiadat Melayu
sahaja. Penguasaan British ke atas pentadbiran tanah membolehkan mereka mengeksploitasi
kekayaan ekonomi di negeri-negeri Melayu. Perubahan pentadbiran ini juga menyebabkan
kuasa raja dan pembesar terhakis.
TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [ MASYARAKAT PELBAGAI KAUM ]
Soalan 5
Sejauh manakah perkembangan ekonomi menyebabkan pembentukan masyarakat
majmuk di Tanah Melayu.
Pengenalan
Masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan budaya
tersendiri dan hidup dalam satu unit politik secara terasing antara satu sama lain. Mereka
hanya berhubung untuk tujuan ekonomi dan berpotensi berlaku konflik bagi mempertahankan
kepentingan kaum mereka. Di Tanah Melayu masyarakat majmuk terbentuk akibat daripada

dasar penjajah memajukan ekonomi komersil yang membawa kepada penghijrahan masuk
beramai-ramai kaum Cina dan India.
Isi
Faktor-faktor pembentukan masyarakat majmuk.:
1. Perkembangan ekonomi
i) Perkembangan pesat perusahaan bijih timah.
Perkembangan pesat bijih timah memerlukan buruh yang ramai dan British
berhadapan dengan masalah tenaga buruh kerana orang Melayu hanya tertumpu pada
kegiatan pertanian. Kawasan pengeluar bijih timah : Lembah Kinta ,Lukut, Klang, Sg Ujong.
Bagi menarik kemasukan orang Cina, kerajaan British telah melakukan beberapa perkara :
melonggarkan syarat kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu, memberi jaminan
keselamatan nyawa dan harta benda dan diberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi
masing-masing di bawah kawalan ketua masing-masing.
ii) Perkembangan pesat perusahaan getah
Perusahaan getah berkembang menjelang abad ke 20 akibat perkembangan
perusahaan automobil di Amerika Syarikat. Pembukaan ladang-ladang getah menyebabkan
British memerlukan lebih banyak buruh India. British lebih berminat mengambil buruh India
bekerja di ladang getah mereka disebabkan buruh India sanggup bekerja lebih lama,
menerima gaji rendah dan mudah dikawal. Bermula 1857 hingga 1938 , buruh India datang
ke Tanah Melayu melalui tiga cara iaitu : buruh kontrak, sistem kangani, buruh bebas.
Masyarakat India telah membawa masuk budaya kehidupan mereka ke Tanah Melayu.
iii) Kegiatan ekonomi tersendiri.
Masyarakat Melayu menjalankan kegiatan ekonomi sara diri dan pertanian tradisional
seperti menanam padi , manangkap ikan dan mengutip hasil hutan. Masyarakat Cina
menjalankan menjalankan kegiatan ekonomi komersial seperti perlombongan, perdagangan
dan perniagaan. Masyarakat India menjalankan kegiatan perladangan getah sebagai buruh
Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan kemunculan masyarakat majmuk
1. Dasar kerajaan British
Matlamat British adalah menguasai ekonomi Tanah Melayu melalui dasarpecah dan
perintah. British tidak mahu orang Melayu diberi peluang luas dalam ekonomi moden kerana
takut disingkirkan Kerajaan British membawa masuk orang Cina dan India bagi mencapai
matlamat untuk mengimbangi kaum MelayuMasyarakat berbeza akan menyukarkan
penduduk untuk bersatu dan bangkit menentang mereka
2. Lokasi pertempatan yang berasingan
Masyarakat pelbagai kaum mempunyai lokasi pertempatan berbeza dan
terasing.Orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar dan kampung. Orang Cina di kawasan

perindustrian dan perlombongan bijih timah. Orang India tinggal di kawasan perladangan
getah. Mereka hidup berasingan dan amat jarang berlaku perhubungan antara kaum.
3. Pengamalan budaya hidup tersendiri
Masyarakat Cina dan India mengamalkan budaya hidup mereka dari China dan India.
Mereka telah menubuhkan pergerakan, persatuan bagi mempertahan dan melindungi amalan
budaya mereka. Masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu jelas dengan pengamalan dan
anutan agama yang berbeza dan dipertahankan iaitu orang Melayu beragama Islam, Cina
beragama Buddha dan Kristian, India beragama Hindu.
4.Sistem pendidikan berbeza
Pendidikan Melayu berasaskan kepada budaya Melayu dan Islam dengan bahan
pengajaran dan pembelajaran dan sukatan pelajaran berasaskan budaya Melayu, Bahasa
Melayu, Arab, dan agama Islam diutamakan. Ini membawa lahirnya sekolah Melayu dan
sekolah pondok.Masyarakat Cina telah mendirikan sekolah Cina dengan menggunakan
bahasa Cina, guru, sukatan pelajaran serta buku rujukan dari negara China. Masyarakat India
pula menggunakan bahasa Tamil, guru, sukatan pelajaran dan buku dari India
Kesimpulan
Pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu telah membawa kesan yang besar
ke atas struktur kependudukan di Tanah Melayu. Kesan ketara ialah masalah
ketidakseimbangan antara kaum berlaku dalam bidang ekonomi, sosial, budaya dan politik.
TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
[ PENDUDUKAN JEPUN 1941 1945 ]
Soalan 6
Nilaikan/Analisa dasar-dasar dan kesan-kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu dari
tahun 1941-1945.
Pengenalan.
Jepun menyerang Tanah Melayu pada 8hb. Disember 1941. Pada 15hb. Februari 1942,
Tanah Melayu dan Singapura jatuh kepada pemerintahan Jepun. Pendudukan Jepun di Tanah
Melayu selama kira-kira 3 1/2 tahun telah meninggalkan kesan-kesan politik, ekonomi dan
sosial.

Isi.

a) Dasar Pemerintahan Jepun


Pemerintahan bercorak tentera yang berpusat di Singapura untuk menjayakan
dasarnya. Tanah Melayu dan Sumatera disatukan dalam satu wilayah tetapi kemudiannya
diasingkan pada April 1943.Negeri-negeri Melayu Utara diserahkan kepada Siam pada Ogos
1943 untuk membalas bantuan Siam kerana membantu Jepun menawan Tanah Melayu.Setiap
negeri dikir a sebagai daerah. Kuasa tertinggi bagi setiap daerah adalah gabenor. Di bawah
gabenor terdapat biro-biro.

b) Dasar Pentadbiran Jepun


Jepun amalkan dasar yang memberi keuntungan kepada mereka. Jawatan Sultan masih
dikekalkan tetapi hanya terbatas kepada adat istiadat Melayu dan agama Islam. Jepun
membahagikan daerah kepada unit yang lebih kecil iaitu kampung, jiran tetangga dan
keluarga. Sijil Kehidupan dan Keamanan dikeluarkan untuk memantau kelahiran,
perkahwinan dan kematian. Pasukan polis tentera dinamakan kempetai untuk mengawasi
pergerakan penduduk tempatan.
1. Dasar Sosial Jepun
Layanan berbeza mengikut kaum. Orang Melayu dan India dilayan baik,manakala
orang Cina dilayan buruk.Penindasan dan kezaliman terhadap orang Cina kerana Jepun
berperang dengan negara China.Dasar diskriminasi kaum memberi kesan buruk kepada
hubungan kaum di Tanah Melayu.Orang Cina benci kepada orang Melayu kerana terlibat
dengan kempetai
c) Dasar penjajahan budaya
Dengan memaksa penduduk tempatan mempelajari bahasa Jepun, Penyebaran
propaganda Jepun dilakukan melalui radio, akhbar dan wayang gambar.Lagu kebangsaan
dinyanyikan setiap pagi.Sekolah Cina dan Inggeris ditutup manakala sekolah Melayu dan
sekolah Tamil dibuka. Sekolah Inggeris ditukar menjadi sekolah rendah dan bahasa Jepun
dijadikan bahasa pengantar utama.Bahasa Jepuun diajar dalam akhbar bahasa Melayu..
d) Dasar Ekonomi
Jepun mengamakan dasar ekonomi kawalan untuk mengawal kegiatan
rakyat.Akhirnya, bekalan makanan tidak cukup,harga barangan meningkat dan berlakunya
inflasi. Jepun galakkan tanama makanan sendiri untuk menampung bekalan makanan dalam
negara. Jepun mencetak wang pokok pisang untuk mengatasi masalah kekurangan wang
tetapi akhirnya berlaku inflasi.
Kesan-Kesan Politik
Pendudukan Jepun mengakibatkan kesedaran politik yang lebih mendalam dalam
kalangan penduduk di Tanah Melayu, khususnya kepada orang Melayu. Penderitaan yang
dialami dan propaganda Jepun seperti Asia untuk orang-orang Asia menambahkan

keazaman orang-orang Melayu mencapai kebebasan politik dan kemerdekaan. Orang


Melayu mendapat pengalaman pentadbiran semasa pendudukan Jepun. Pengalaman
memegang jawatan-jawatan kanan seperti Pegawai Daerah telah memberi keyakinan diri
yang lebih tegas. Orang-orang Melayu sedar bahawa mereka mempunyai keupayaan
memerintah Tanah Melayu sendiri. Pendudukan Jepun juga memberi kesedaran bahawa
orang Melayu tidak boleh berharap sepenuhnya kepada British. Mereka harus menentukan
nasib sendiri. Pendudukan Jepun telah menamatkan kepercayaan bahawa British tidak boleh
dikalahkan. Sikap anti-penjajahan dalam kalangan orang Melayu telah berkembang.
Pendudukan Jepun membolehkan Parti Komunis Malaya (PKM) di Tanah Melayu muncul
sebagai golongan politik yang teratur dan sangat kuat di antara tahun-tahun 1945 - 1948.
Kezaliman Jepun membolehkan Parti Komunis Malaya mendapat sokongan terutamanya dari
orang Cina. PKM telah menubuhkan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (MPAJA). Hampir
kesemua ahli-ahli MPAJA terdiri daripada orang-orang Cina.

Kesan-Kesan Ekonomi
Ekonomi dan taraf kehidupan pendudukan Tanah Melayu merosot. Perusahaan bijih
timah dan getah terbantut. Masalah ini timbul kerana pihak British telah memusnahkan
peralatan perlombongan bijih timah dan loji-loji memproses getah seberlum berundur ke
Singapura untuk mengelakkan ianya jatuh ke tangan Jepun. Malahan Tanah Melayu juga
terputus daripada pasaran-pasaran eksport yang biasa akibat peperangan. Pihak Jepun teleh
menitikberatkan eksploitasi bahan-bahan yang berkurangan di negeri Jepun seperti besi dan
bauksit. Tanah Melayu mengalami kekurangan segala jenis barang pengguna terutamanya
tekstil. Makanan seperti beras juga berkurangan kerana sukar diimport. Penduduk Tanah
Melayu terpaksa bergantung kepada makanan lain seperti ubi kayu dan keledek. Pengedaran
wang kertas yang tidak terkawal dan kekurangan makanan dan barang pengguna
menyebabkan inflasi di Tanah Melayu. Pihak Jepun tidak mengendalikan infrastruktur
dengan baik. Penduduk Tanah Melayu memulakan beberapa perusahaan tempatan
memandangkan banyak barang tidak dapat diimport.
Kesan-Kesan Sosial
Penduduk Tanah Melayu terutamanya orang Cina menderita akibat kezaliman dan
seksaan Jepun. Tentera polis Jepun iaitu Kempeitai sangat kejam dan telah membunuh ramai
orang-orang yang anti-Jepun. Tanah Melayu mengalami masalah kekurangan makanan
terutamanya beras kerana ianya sukar diimport dari negeri-negeri lain akibat peperangan.
Taraf kesihatan penduduk Tanah Melayu merosot. Penyakit-penyakit seperti beri- beri dan
malaria berleluasa. Ini kerana ubat-ubatan telah dirampas oleh Jepun bagi merawat askaraskarnya. Pendudukan Jepun telah mengakibatkan permusuhan antara orang-orang Melayu
dan Cina. Layanan Jepun yang lebih baik terhadap orang Melayu mengakibatkan kemarahan
dalam kalangan orang-orang Cina. Malahan pemerintahan Jepun telah mengambil orangorang Melayu untuk menjadi askar dan polis. Sebahagian daripada pasukan Jepun yang
menyerang tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (Pertubuhan Komunis yang dikuasai oleh

orang Cina) terdiri daripada orang Melayu. Ini mengukuhkan lagi permusuhan perkauman
Melayu-Cina. Beberapa pertempuran perkauman yang kecil antara Melayu dengan Cina
berlaku selepas Jepun menyerah kalah pada 15hb. Ogos 1945. Sistem pendidikan Jepun yang
lebih menekankan latihan akhlak/watak daripada akademik telah mengukuhkan tatatertib dan
menanam sifat kerajinan dalam kalangan pemuda-pemuda terutamanya Melayu.

Kesimpulan
Pendudukan Jepun merupakan satu zaman penting dalam sejarah Tanah Melayu.
Pendudukan Jepun bukan sahaja membangkitkan kesedaran politik dalam kalangan penduduk
Tanah Melayu tetapi juga mengukuhkan perasaan perkauman.Pada keseluruhannya,
pendudukan Jepun telah mengubah keadaan politik, ekonomi dan sosial Tanah Melayu
sebelum perang dengan begitu radikal sehingga British terpaksa merombak dasarnya selepas
perang. Suasana ini telah mempercepatkan proses pencapaian kemerdekaan Tanah Melayu.
TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
[ PERJUANGAN SECARA BERPERLEMBAGAAN 1946 1960 ]
Soalan 7
Perlembagaan Malayan Union yang diperkenalkan Kerajaan British pada tahun 1946
merupakan satu bentuk tindakbalas terhadap kelemahan pentadbiran mereka di Tanah
Melayu sebelum perang. Namun demikian, pengenalan Perlembagaan Malayan Union ini
sebenarnya telah menimbulkan banyak reaksi negatif dan penentangan daripada
kalangan masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Bincangkan.
Pengenalan
Malayan Union (MU) telah diisytiharkan secara rasmi pada 1 April 1946 di King's
House
(Carcosa
Seri
Negara) merupakan
sebuah
gabungan negeri-negeri
Melayu dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti British
Malaya.yang bertujuan untuk menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu di bawah satu
sistem pemerintahan berpusat yang diketuai oleh Gabenor.
Menurut kerajaan British, Malayan Union adalah persediaan kepada orang Melayu
untuk berkerajaan sendiri. Tetapi Penubuhan Malayan Union telah mendapat penentangan
yang kuat daripada kaum Melayu. Hal ini adalah disebabkan bahasa cadangan yang
dikemukakan dalam kertas putih pelaksanaan MU telah mengancam kedudukan orang
Melayu sebagai penduduk Bumiputera. Sebagai contoh, hak istimewa orang Melayu telah
dihapuskan dan syarat kerakyatan yang lebih longgar telah diberi kepada bangsa asing. Untuk
menunjukkan ketidakpuasan, kaum Melayu telah bergabung untuk menentang Malayan

Union pada tahun tersebut juga. Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada
penentangan masyarakat Melayu terhadap pelaksanaan Rancangan Malayan Union.

Isi
Faktor-Faktor Penentangan Masyarakat Melayu
1. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan sultan-sultan
Orang Melayu tidak bersetuju dengan cara Harold MacMichael mendapatkan
tandatangan Sultan bagi mempersetujui penubuhan MU. Semasa diminta menandatangani
persetujuan tersebut, Sultan-sultan tidak diberitahu cadangan-cadangan yang terkandung dan
perlembagaan MU. Sultan-sultan juga tidak diberi masa cukup untuk meneliti kebaikan dan
keburukan MU. Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan berbincang dengan pembesar atau
Majlis Mesyuarat Negeri sebelum menandatangani persetujuan penubuhan MU. Ugutan
Harold MacMichael telah menambahkan kemarahan orang Melayu. Sekiranya mana-mana
Sultan enggan menandatangani persetujuan penubuhan MU, Sultan tersebut akan dianggap
pro-Jepun dan disingkirkan dari takhta. Contoh yang jelas ialah Sultan Badlishah (Kedah)
yang diberi kata dua sama ada menandatangani persetujuan penubuhan MU atau turun dari
takhta.

2. Kekuasaan Dan Kewibawaan Sultan


Orang Melayu bangkit menentang Malayan Union kerana Malayan Union telah
mengancam kedaulatan raja-raja Melayu. Kuasa raja-raja Melayu dikurangkan dan
pentadbiran di ambil alih oleh Gabenor yang mempunyai kuasa veto. Akibat raja-raja
kehilangan kuasa, orang Melayu bimbang tentang masa hadapan untuk menghadapi
persaingan daripada kaum bukan Melayu.
Gabenor Malayan Union akan menjadi Pengerusi Majlis Islam dan ini menjatuhkan
maruah dan kesucian agama Islam kerana orang bukan Islam menjadi Pengerusi Majlis
Agama Islam. Orang Melayu bimbang sultan akan kehilangan kuasa politik and hak
keistimewaan. Orang Melayu tidak rela melihat Sultan mereka dilucutkan kuasa politik.
Kehilangan kuasa sultan akan menyebabkan status Tanah Melayu menjadi Tanah Jajahan
British. Hal ini, telah menimbulkan semangat nasionalisme yang membara dikalangan orang
Melayu.

3. Hak Istimewa
Penubuhan MU akan menghapuskan hak-hak istimewa yang dinikmati oleh orang
Melayu sebagai bumiputera Tanah Melayu kerana perlembagaan MU memberi hak dan
peluang yang sama kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan. Orang
Melayu tidak mahu hak istimewa dinikmati oleh orang Cina dan India yang dianggap
pendatang yang menumpang di Tanah Melayu. Penghapusan hak istimewa menyebabkan
orang Melayu bimbang penguasaan ekonomi oleh orang Cina akan bertambah besar dan ini
akan meluaskan jurang ekonomi antara orang Melayu dengan Cina.

4. Hak Kerakyatan
Orang Melayu tidak bersetuju dengan syarat kerakyatan yang longgar mengikut
prinsip Jus Soli. Orang Melayu tidak mahu orang Cina dan India diberi syarat kerakyatan
yang longgar kerana mereka masih tidak yakin dengan taat setia orang Cina dan India
terhadap Tanah Melayu. Pemberian taraf kerakyatan yang longgar akan menyebabkan ramai
orang Cina dan India menjadi warganegara Tanah Melayu. Orang Melayu bimbang orang
Cina yang sudahpun menguasai ekonomi akan menguasai politik apabila bilangan mereka
melebihi orang Melayu. Kebimbangan mereka bertambah kerana pada tahun 1947, jumlah
Melayu hanya 49.46% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.

5. Balas Dendam
Orang Melayu juga menentang MU kerana mereka menyedari perlembagaan MU
merupakan balas dendam British terhadap orang Melayu kerana menyokong Jepun. James V.
Allen dalam bukunya The Malayan Union mendakwa sejak kekalahan British di tangan
Jepun, majoriti pegawai British bersikap anti Melayu kerana kecewa dengan tindakan orang
Melayu bekerjasama dengan Jepun. Akibatnya, perlembagaan MU amat merugikan orang
Melayu, terutamanya yang berkaitan dengan hak istimewa dan kekuasaan serta kewibawaan
Sultan.
6. Masa Cemas
MU dilaksanakan pada masa cemas dalam hubungan antara orang Melayu dan Cina
akibat pemerintahan Jepun. Oleh itu, orang Melayu mendakwa perkembangan ini
dilaksanakan dalam suasana anti Melayu dan pro Cina kerana MU merugikan orang Melayu
dan menguntungkan orang Cina.

7. Orang Melayu Tidak Terlibat Dalam Merangka Perlembagaan MU


Orang Melayu tidak terlibat dalam merangka perlembagaan MU. Perlembagaan itu
dirancang oleh Pegawai British dalam MPU di London. Pendapat orang Melayu langsung
tidak diminta oleh British semasa mereka merangka perlembagaan tersebut.

Reaksi Bukan Melayu


Walaupun MU ditentang oleh masyarakat Melayu, Perlembagaan MU ini sebenarnya
telah diterima baik oleh orang bukan Melayu kerana pemberian hak yang sama rata kepada
semua kaum. Syarat-syarat kewarganegaran yang longgar juga amat dipersetujui kerana
memberi peluang kepada mereka untuk menjadi warganegara Tanah Melayu.
Tetapi dengan pengenalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang
menggantikan Malayan Union, hak-hak tersebut diketepikan dengan syarat-syarat
kewarganegaraan yang lebih ketat. Bantahan telah dibuat oleh kaum bukan Melayu, parti

politik Melayu berhaluan kiri dan golongan revolusioner. Ketiga-tiga pihak tidak bersetuju
dengan perlembagaan Persekutuan kerana mereka tidak diajak sama berbincang dan tidak
mewakili semua kaum yang ada di Tanah Melayu.
Penilaian Pelaksanaan MU
Penentangan terhadap Malayan Union berjaya mencapai matlamatnya apabila MU
diganti dengan Persekutuan 1948. Gagasan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British
di Tanah Melayu bukan sahaja mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu,
malahan sultan-sultan Melayu turut memulaukan gagasan tersebut. Gagasan tersebut
menemui kegagalan disebabkan syarat-syarat yang terkandung dalam perlembagaan tersebut
amat tidak memuaskan hati kaum Melayu, terutama berkaitan hak istimewa dan taraf
kewarganegaraan yang akan menggugat kepentingan kaum peribumi.
Akibat tentangan orang Melayu dan perakuan Edward Gent serta Malcolm
MacDonald, maka British telah menghantar satu perwakilan ahli Parlimen British yang
diketuai oleh L.D. Grammant dan D.R. William untuk meninjau kehendak orang Melayu.
Hasil daripada laporan mereka, British bersetuju membubarkan MU dan menubuhkan
Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Persekutuan Tanah Melayu menjadi
lindungan British. Dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, hak-hak istimewa orang
Melayu dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan dikekalkan. Selain itu, syarat kerakyatan
telah diperketatkan.
Kesimpulan
Syarat di dalam Perlembagaan Malayan Union yang membelakangkan kepentingan
hak orang Melayu, kehilangan kuasa Sultan, taraf kewarganegaraan yang longgar telah
memaksa perlembagaan ini diganti dengan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang
lebih bersifat tolak ansur. Dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, hak-hak istimewa
orang Melayu dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan dikekalkan. Selain itu, syarat
kerakyatan telah diperketatkan. Ini menunjukkan muncul sifat toleransi antara kaum dan
ianya dapat dilihat berdasarkan kepada isi kandungan syarat yang terdapat di dalam keduadua perlembagaan yang telah dibincangkan. Hasrat ke arah berkerajaan sendiri menjadi lebih
jelas apabila kepentingan orang Melayu telah diberi perhatian oleh British. Beberapa
perubahan pentadbiran yang dibuat memberi peluang kepada orang Melayu mentadbir dan
hasilnya pada 31 Ogos 1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
[ KEMERDEKAAN]
Soalan 8
Sejauhmanakah faktor ancaman komunis telah mempengaruhi pembentukan Malaysia
pada tahun 1963? Bincangkan.

Pengenalan
Konsep Persekutuan Tanah Melayu pada mulanya dicadangkan oleh Lord Brassey,
iaitu Pengarah Syarikat Borneo Utara British pada tahun 1887 yang merangkumi penyatuan
Tanah Melayu, Singapura dan Borneo. Pada tahun 1947 Sir Malcom Mac Donald,
Pesuruhjaya Tinggi British Asia Tenggara mencadangkan idea yang sama. Konsep negara
berbentuk Persekutuan semakin menarik perhatian apabila Tunku Abdul Rahman
mencadangkan penubuhan Malaysia dalam Perhimpunan Agong UMNO 25 Disember 1955.
Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman
sekali lagi mencadangkan penubuhan Malaysia, iaitu pada 27 Mei 1961.Tunku Abdul
Rahman mencadangkan Tanah Melayu,Singapura,Sabah,Sarawak dan Brunei dicantumkan
menjadi Persekutauan yang dinamai Malaysia. Cadangan ini telah disambut baik oleh
kerajaan British kerana salah satu tujuan penubuhan Gagasan Malaysia adalah untuk
mengekang ancaman pengaruh komunis. Namun begitu terdapat juga sebab-sebab lain yang
membawa kepada pembentukan gagasan ini.

Isi
Faktor-faktor Pembentukan Gagasan Malaysia
1. Mengekang pengaruh komunis
A.

Perkembangan politik di Singapura.

Ancaman komunis merupakan masalah serius kepada negara. Masalah yang sama
turut berlaku di Singapura. Pengaruh komunis meluas di Singapura pada tahun-tahun 1950an. Fahaman komunis telah merebak ke sekolah-sekolah Cina dan kesatuan-kesatuan sekerja.
Fahaman komunis telah menyerap masuk ke dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang
memerintah pada masa itu. Keadaan ini memberi tekanan politik yang kuat ke atas Lee Kuan
Yew. Tunku bimbang sekiranya pengaruh komunis di Singapura tidak dibendung
kemungkinan besar fahaman komunis akan merebak ke Tanah Melayu. Kejayaan golongan
komunis menguasai sebahagian ahli PAP telah membawa kepada penubuhan Parti Sosialis
yang dipimpin oleh Lim Chin Siong. PAP akhirnya mengalami perpecahan sehingga
mengalami kekalahan kepada Parti Sosialis dalam pilihan raya 1961 di kawasan Hong Lim
dan Anson. Keadaan ini menguatkan alasan Singapura untuk menyertai Gagasan Malaysia.
Lee Kuan Yew cuba menghapuskan golongan kiri dalam PAP dengan menyingkirkan
golongan tersebut dari PAP, namun pengaruh golongan kiri semakin berkembang. Keadaan
ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman kemungkinan fahaman komunis akan merebak ke
Tanah Melayu. Ketidakmampuan Lee Kuan Yew membendung pengaruh komunis bukan

sahaja membimbangkan Tunku tetapi juga membimbangkan Britain dan Amerika Syarikat.
Oleh itu, kedua-dua negara itu menyokong gagasan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku.
B.

Perkembangan politik di Sarawak.

Pengaruh komunis turut berkembang di Sarawak sejak zaman pendudukan Jepun lagi.
Pihak komunis telah menubuhkan Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut pada tahun
1947. Namun, pertubuhan itu diharamkan setahun kemudian apabila darurat diisytiharkan.
Bagi menggantikannya sebuah pertubuhan sulit ditubuhkan iaitu Persatuan Belia Maju
Sarawak (SAYA). Pertubuhan ini telah menghasut orang-orang Cina terutamanya dalam
kalangan pelajar dan petani. Kesatuan sekerja dan sekolah-sekolah Cina di luar bandar telah
digunakan untuk menentang Inggeris. Antara propaganda yang dimainkan oleh pihak
komunis ialah sistem pendidikan Inggeris dikatakan mengancam pendidikan Cina.
Pengaruh komunis semakin kuat apabila mereka berjaya menembusi Parti Bersatu
Rakyat Sarawak (SUPP). Kerajan British telah melancarkan operasi pisang bagi
membanteras komunis dalam SUPP tetapi gagal. Semua ini telah mendorong kepada
pengabungan dalam Malaysia. Selain itu, pihak British bimbang dengan ancaman komunis
dari Indonesia. Parti Komunis Indonesia (PKI) telah merebak ke wilayah-wilayah Borneo dan
ini telah mengancam kepentingan dan kedudukan British di Sarawak. Kebimbangan semakin
memuncak apabila pengaruh PKI mula merebak ke Brunei.

2.

Mempercepatkan proses kemerdekaan

Penubuhan Malaysia telah mendorong mempercepatkan proses kemerdekaan Sabah,


Sarawak dan Singapura. Hal ini disebabkan negeri-negeri tersebut berada dalam satu sistem
pentadbiran yang sama, iaitu British. Malahan negeri-negeri ini mempunyai hubungan politik
dan ekonomi dengan Tanah Melayu semasa pentadbiran British. Oleh itu, Tanah Melayu,
Singapura dan negeri-negeri Borneo akan mendapat faedah keseluruhnnya semasa
pemerintahan British. Jika Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura memperoleh kemerdekaan
secara berasingan sebelum tahun 1963, Tunku berpendapat negeri-negeri tersebut belum
bersedia dari segi politik dan pentadbiran.
Pada masa itu Sabah dan Sarawak mempunyai Majlis Eksekutif dan Legislatif yang
semuanya dilantik oleh gabenor. Brunei pula diperintah oleh seorang Sultan. Walau
bagaimanapun, tiada perbezaan ketara antara pentadbiran negeri itu dengan negeri yang
wujud di tanah jajahan British yang berjiran dengannya. Di Sarawak pilihan raya kerajaan
tempatan telah diadakan pada tahun 1959 dan 1963, manakala di Borneo Utara pilihanraya
pertama Lembaga Bandaran dan Majlis Daerah diadakan pada Disember 1962. Di Brunei
pula pilihanraya Majlis Penasihat Negeri diadakan pada Ogos 1962.

Kerajaan British telah mencadangkan pemerintahan sendiri bagi wilayah-wilayah


Borneo atau bercantum dengan Tanah Melayu. Tunku berpendapat melalui percantuman
dengan Tanah Melayu rancangan komunis akan dapat digagalkan dan kemerdekaan negerinegeri Borneo dapat dipercepatkan. Kerajaan British telah berjanji untuk memberi
kemerdekaan dalam tempoh yang terdekat sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura
bersedia menyertai Persekutuan Malaysia.

3.

Keseimbangan Kaum

Kemasukan negeri-negeri Borneo dalam Malaysia juga untuk mewujudkan


keseimbangan komposisi kaum. Tunku Abdul Rahman sedar bahawa kemasukan Singapura
akan menimbulkan keadaan tidak seimbang dari segi pecahan kaum di Malaysia. Hal ini
disebabkan lebih 75% penduduk Singapura adalah kaum Cina, sedangkan di Tanah Melayu,
orang Melayu hanya 49% dan selebihnya orang Cina dan India. Keadaan ini akan menggugat
kedudukan orang Melayu dalam jangka panjang. Orang Melayu berkemungkinan akan hilang
kedudukan istimewa dan hak mereka akan dicabar oleh kaum lain. Tunku Abdul Rahman
berpendapat adalah perlu Sabah, Sarawak dan Brunei dimasukkan ke dalam penubuhan
Malaysia.

4.

Kerjasama Ekonomi antara wilayah

Sebelum penubuhan Malaysia kemajuan ekonomi antara Tanah Melayu, Sabah,


Sarawak, Brunei dan Singapura adalah tidak seimbang. Tanah Melayu, Singapura dan Brunei
lebih berkembang pesat akibat ramai pelabur Eropah telah melabur di negeri-negeri
berkenaan sedangkan ekonomi di Sabah dan Sarawak masih mundur. Contohnya hasil ekspot
bijih timah dan getah telah menyumbang sumber pendapatan terbesar Tanah Melayu.
Singapura telah berkembang pesat dalam kegiatan perdagangan. Brunei pula kaya dengan
hasil minyak. Oleh itu, penubuhan Persekutuan Malaysia dijangka akan mewujudkan
kerjasama dan kesimbangan ekonomi yang menguntungkan kepada negeri-negeri berkenaan.
Kesimpulan:
Kesimpulannya, pembentukan Gagasan Malaysia telah dapat menyekat perkembangan
pengaruh komunis di Tanah Melayu, Singapura , Sabah dan Sarawak. Selain itu,
pembentukan Gagasan Malaysia juga mempercepatkan kemerdekaan Sabah dan Sarawak. Di
samping itu, penubuhan Malaysia dapat membantu perkembangan ekonomi di Sabah dan
Sarawak. Namun begitu pembentukan Malaysia turut memberi kesan kepada hubungan
serantau di Asia Tenggara terutamanya daripada Indonesia dan Filipina. Singapura
kemudiannya telah menarik diri dan keluar daripada Gagasan pada tahun 1965.

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [SISTEM PEMERINTAHAN]


Soalan 9
Huraikan peranan dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong sebagai raja
berperlembagaan dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di
Malaysia.
Pengenalan
Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara dalam sistem raja berperlembagaan
di Malaysia dan bidang kuasa baginda ditentukan oleh perlembagaan. Baginda berada di
kemuncak di antara ketiga-tiga bidang kuasa perundangan, eksekutif, dan kehakiman.
Jawatan Yang di-Pertuan Agong mula diwujudkan pada tahun 1957. Jawatan ini adalah unik
dan satu-satunya jawatan seumpama itu di dunia dengan seorang raja berperlembagaan
memegang jawatan secara dipilih dan bukannya dilantik seperti di negara lain yang
mengamalkan sistem beraja.
Isi
Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan bertindak atas nasihat
Perdana Menteri dan Kabinet. Baginda juga berhak memperoleh maklumat tentang
pemerintahan daripada Kabinet. Tambahan pula, Baginda akan menghadiri persidangan
Majlis Raja-Raja dengan diiringi oleh Perdana Menteri untuk membincangkan dasar-dasar
negara.
Tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dengan Parlimen adalah seperti
memanggil, menangguh, dan membubarkan parlimen. Sebenarnya, Yang di-pertuan Agong
berperanan sebagai satu daripada tiga komponen parlimen. Baginda akan memberi titah
ucapan dalam persidangan parlimen. Di samping itu, Baginda perlu memberi persetujuan ke
atas semua rang undang-undang yang diluluskan oleh parlimen.
Selanjutnya, tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dalam bidang kehakiman
negara. Baginda akan melantik Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Tinggi, dan hakimhakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi mengikut nasihat Perdana Menteri
setelah berunding dengan Majllis Raja-Raja. Baginda juga akan memberi pengampunan
kepada segala kesalahan di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putarjaya), dan
segala hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah,
Sarawak, dan Wilayah Persekutuan.
Seiring kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan, maka
baginda bertindak atas nasihat Jemaah Menteri. Walau bagaimanapun, baginda diperuntukkan
kuasa budi bicara dalam perkara-perkara berikut, iaitu kuasa melantik Perdana Menteri.
Perdana Menteri yang dilantik hendaklah mendapat sokongan majoriti daripada ahli Dewan
Rakyat. Kuasa budi bicara yang seterusnya seperti tidak bersetuju dengan permintaan
membubarkan parlimen. Baginda juga berhak meminta diadakan satu persidangan Majlis
Raja-Raja bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran rajaraja.

Peranan dan tanggunjawab Yang di-Pertuan Agong sebagai raja berperlembagaan


dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia adalah menjadi
Panglima Tertinggi Angkatan Tentera. Baginda juga merupakan Ketua Agama Islam bagi
negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur,
Labuan, dan Putrajaya). Tambahan pula, seperti diperuntukkan di bawah Perkara 153,
Perlembagaan Persekutuan, Yang di Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara
kedudukan isitimewa orang Melayu dan kaum bumiputera lain di Sabah dan Sarawak.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, peranan dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong sebagai raja
berperlembagaan dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia
adalah sangat mustahak. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara berada di kemuncak
ketiga-tiga bidang kuasa eksekutif, kehakiman dan perundangan. Akhirnya, Baginda
merupakan lambang kedaulatan dan simbol perpaduan negara.
TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ MENILAI SUMBANGAN TOKOH ]
Soalan 10
Nilaikan sumbangan Tun Abdul Razak Bin DatoHussien dalam pembangunan negara.
Pengenalan
Tun Abdul Razak bin Dato Hussein dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada
tanggal 11 Mac 1922. Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato Hussein bin
Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau berkhidmat menggantikan Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Tun Abdul
Razak Dato Hussein meninggal dunia sewaktu masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri
pada 14 Januari 1976.
Tun Abdul Razak memperoleh pendidikan di MCKK. Setelah menyelesaikan
pengajiannya di MCKK, beliau memperoleh biasiswa untuk meneruskan pengajian di Raffles
College di Singapura pada 1939 dalam bidang undang-undang, ekonomi dan sejarah selama
tiga tahun untuk mendapatkan diploma. Tun Abdul Razak memulakan kariernya dengan
kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1952 apabila beliau dilantik sebagai
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Pada Februari 1955, beliau dilantik sebagai Menteri
Besar Pahang. Pada ketika itu beliau baru sahaja berusia 33 tahun. Pada Jun 1955, Tun
Abdul Razak meletakkan jawatannya dalam kerajaan dan bertanding dalam Pilihan Raya
Umum pertama sebagai calon Perikatan. Dengan sokongan masyarakat, Tun Abdul Razak
memenangi kerusi Majlis Undangan Persekutuan Kawasan Semantan.

Isi
Kemenangan Perikatan dengan meraih 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan,
membolehkan Perikatan mentadbir negara. Sekali gus Tun Abdul Razak menjadi orang
penting dalam kabinet Tunku Abdul Rahman. Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai

Menteri Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu pada 9 Ogos 1955. Sumbangannya yang
terpenting sebagai Menteri Pelajaran ialah memper-kenalkan Penyata Razak yang
intipatinya ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam usaha
mewujudkan sebuah bangsa yang bersatu padu.
Langkah pertama Tun Abdul Razak sebagai Menteri Pelajaran adalah merombak
sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Beliau mendapati
sekolah-sekolah Melayu serta sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diberi
sebarang kelebihan. Hasil usaha Tun Abdul Razak, melalui Penyata Razak 1956, beliau
berjaya mensepadukan sistem pelajaran untuk membina bangsa yang bersatu padu, Bahasa
Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi bahasa pengantar utama.
Tun Abdul Razak juga merupakan seorang daripada ahli Parti Perikatan yang telah ke
London bersama rombongan kemerdekaan. Beliau telah menjadi perunding dalam rundingan
tersebut pada 1956 yang pulang membawa kejayaan apabila British menjanjikan
kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Tun Abdul Razak dilantik sebagai
Timbalan Perdana Menteri. Selepas pilihan raya umum 1959, Tun Abdul Razak menjadi
Menteri Pembangunan Luar Bandar di samping memegang portfolio Timbalan Perdana
Menteri dan Menteri Pertahanan. Selama 10 tahun beliau memegang jawatan Menteri
Pembangunan Luar Bandar, beliau telah berjaya membasmi buta huruf dalam kalangan tiga
juta rakyat.
Sebagai Menteri Pertahanan, Tun Abdul Razak membawa perubahan kepada
Angkatan Tentera dengan melengkapkannya dengan senjata yang moden dan cekap. Selain
itu, beliau yang mempunyai pengalaman dalam perang gerila dan mengenali taktik pengganas
komunis telah melancarkan gerakan anti-komunis dengan jayanya sehingga zaman darurat.
Beliau juga melancarkan Relawan Rakyat (RELA) dan skim Rukun Tentera untuk menjamin
keselamatan rakyat.
Pada 13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan
raya umum. Perlembagaan negara digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat diisytiharkan
seluruh negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan mengambil alih
pentadbiran kerajaan. Tun Abdul Razak dilantik oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Pengarah
MAGERAN. Di bawah MAGERAN ketenteraman awam berjaya dipulihkan.
Sumbangan Tun Abdul Razak yang paling penting adalah berusaha membangunkan
Malaysia. Tujuan Tun Abdul Razak adalah untuk menghapuskan kemiskinan, kejahilan dan
penyakit. Oleh itu, beliau telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang merangka
pembangunan negara secara berperingkat melalui Rancangan-rancangan Malaysia dari 1970
hingga 1990.
Oleh itu beliau berusaha meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar melalui
Rancangan Buku Hijau (1974) serta pembukaan tanah melalui FELDA dan FELCRA.
Penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land Development
Authority (FELDA) merupakan idea cetusan Tun Abdul Razak yang bertujuan untuk
meningkatkan penggunaan tanah dengan lebih cekap dan berkesan. Antara projek terawal
yang dilaksanakan oleh FELDA ialah pembukaan rancangan tanah Lembah Bilut (1957) yang

meliputi kawasan seluas 22 batu persegi melibatkan perbelanjaan sebanyak $2.5 juta. Melalui
rancangan ini setiap peserta diberi tanah seluas tujuh ekar bagi tanaman getah dan tiga ekar
tanah dusun. Hari ini FELDA telah menjadi sebuah organisasi raksasa dengan pembukaan
lebih setengah juta hektar tanah dan lebih daripada setengah juta orang mendapat manfaat
dari FELDA.
Tun Abdul Razak juga telah merangka Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip
pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan yang mengandungi
hasrat murni ke arah membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang demokratik,
adil, saksama, liberal dan progresif.
Di arena antarabangsa, Tun Abdul Razak juga adalah orang yang bertanggungjawab
berunding dengan Indonesia untuk menamatkan konfrantasi yang dilancarkan oleh negara
itu ke atas Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Beliau juga
mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok 1966 dan Rundingan Manila 1963. Beliau banyak
menjadi wakil untuk sebarang rundingan, mesyuarat dan hubungan diplomatik dengan
negara-negara luar. Tun Abdul Razak juga telah mengadakan beberapa lawatan keamanan ke
negara-negara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.
Kesimpulan
Beliau telah dianugerahkan gelaran sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Beliau
merupakan seorang negarawan yang telah mengabadikan kehidupannya untuk kemakmuran
dan kemajuan rakyat serta negara Malaysia. Beliau juga adalah seorang pemimpin ulung
yang berjiwa besar dan setia.

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ WAWASAN 2020 ]


Soalan 11
Sejauhmanakah cabaran mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang perlu dihadapi
oleh negara Malaysia dalam usaha merealisasikan wawasan 2020.
Pengenalan
Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
maju menjelang tahun 2020. Idea wawasan ini telah dicetuskan oleh Perdana Menteri
keempat, iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk
menjadikan negara ini sebagai sesebuah negara industri yang maju dan setanding dengan
negara-negara maju yang lain. Terdapat beberapa perkara asas yang perlu dititik beratkan
untuk mencapai kemajuan bersepadu seperti perpaduan rakyat, kestabilan politik, ketinggian
taraf hidup, kekukuhan nilai moral dan etika, kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian maruah
bangsa serta semangat yakin diri bangsanya. Terdapat Sembilan cabaran yang perlu dihadapi
oleh negara Malaysia bagi merealisasikan Wawasan 2020.

Isi
a) Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang
Merujuk kepada sistem sosial yang meletakkan kepentingan masyarakat melebihi
kepentingan individu dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu, tetapi
di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh.
Masyarakat penyayang akan hidup muafakat, saling memahami, hormat menghormati
dan saling membantu antara satu sama lain. Masyarakat berbudaya penyayang
mengutamakan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan diri sendiri.
Asas pembentukan masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama, kasih
sayang dalam kekeluargaan dan amalan nilai-nilai murni. Hubungan sesama manusia dalam
masyarakat juga ditekankan dalam agama.
Kasih sayang dalam masyarakat bermula daripada kasih sayang yang terjalin dalam
keluarga. Hubungan baik sesama manusia amat ditekankan dalam agama. Budaya tradisi
yang penuh dengan nilai-nilai murni perlu ditonjolkan dan dihayati semula untuk memupuk
masyarakat yang bersifat penyayang.
b) Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
Malaysia menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum
dengan rakyat hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil serta didokong oleh
satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
Asas kekuatan penting untuk kejayaan sesebuah negara ialah perpaduan yang menjadi
cabaran pertama Wawasan 2020.
Semua ini telah dilakukan melalui pelbagai dasar kerajaan sepanjang tiga dekad lalu
seperti Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar
Kebudayaan Kebangsaan, dan Dasar Pembangunan Nasional sebagai usaha mewujudkan
perpaduan kaum dan rakyat yang beridentitikan Malaysia.
c) Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram, dan keyakinan
Masyarakat Malaysia mesti dapat dikenali melalui usaha untuk mencapai
kecemerlangan, sedar terhadap semua kemampuan yang ada, tidak mudah mengalah kepada
sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain.
Masyarakat Malaysia perlu berbangga dengan pencapaian dan berani menghadapi
pelbagai masalah.
Rakyat Malaysia yang memiliki dan menghayati ciri-ciri tersebut akan menjadi sebuah
bangsa gagah yang sentiasa berusaha untuk memajukan negara sehingga dapat mengangkat
martabat bangsa dan negara di persada antarabangsa serta mampu mematahkan serangan
musuh dengan mudah.

d) Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang


Malaysia perlu mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang dan prinsip
demokrasi yang menjadi amalan boleh dijadikan contoh oleh kebanyakan negara membangun
yang lain.Sebuah masyarakat yang matang dapat dilahirkan sekiranya dipupuk dan dibina.
Masyarakat demokratik memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan.Rakyat yang rasianol
akan menggunakan hak-hak demokrasi dengan bijak . Perasaan tidak puas hati dan teguran
disalurkan melalui saluran tertentu secara berhemah dan bersifat membina.
e) Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
Etika melibatkan tingkah laku atau perangai yang berkait rapat dengan tabiat dan
kelakuan manusia. Tabiat dibina di atas tiga unsur, iaitu ilmu, kemahiran, dan keinginan. Bagi
membentuk etika yang baik, seseorang perlu mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran, dan
keinginan yang tinggi.Ketiga-tiga unsur penting itu perlu diasah dan dipupuk sekaligus
dihayati bagi melahirkan rakyat Malaysia yang dinamik dan berusaha untuk meningkatkan
hasil kerja yang cemerlang.Kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan tradisi yang
cemerlang, keberkesanan sistem pendidikan, dan keunggulan sistem kekeluargaan juga
menjadi sumber untuk membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika.Falsafah
Pendidikan Negara contohnya, bertujuan untuk melahirkan masyarakat berilmu, berakhlak,
seimbang dan harmonis.
f)

Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal, dan bertolenrasi


Masyarakat yang matang mampu berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara
melulu.Mereka akan membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran terbuka
menerima perubahan dan pandangan orang lain.Masyarakat yang bertolenrasi dapat
digambarkan melalui kebebasan yang dianuti oleh setiap rakyat untuk mengamalkan adat
resam, kepercayaan, dan kebudayaan masing-masing tanpa menjejaskan kesetiaan kepada
negara.Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Bahasa
Kebangsaan merupakan langkah ke arah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan
bertolenrasi.

g) Mewujudkan masyarakat yang maju dan saintifik


Masyarakat maju ialah masyarakat progresif yang dapat menyerap segala perubahan
persekitaran agar dapat mencapai kecemerlangan. Masyarakat yang maju tidak boleh terpisah
daripada masyarakat saintifik. Penguasaan ilmu pengetahuan berunsurkan sains dan teknologi
merupakan ukuran kemajuan sesuatu bangsa.Masyarakat yang maju dan saintifik mempunyai
budaya ilmu yang menjana produktiviti, kreativiti dan inovatif.Malaysia seharusnya
mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan dan turut sama menyumbang
kepada tamadun saintik dan teknologi masa depan.
h) Menjamin masyarakat yang adil dan saksama dalam bidang ekonomi

Pengagihan kekayaan negara dilaksanakan secara adil dan saksama dengan


mewujudkan perkongsian secara bersama dalam segenap masyarakat. Masyarakat yang
dibentuk itu akan menghapuskan pengenalan kaum yang berdasarkan fungsi ekonomi yang
diwarisi dari zaman penjajah serta kemunduran kaum dari sudut ekonomi.Kerajaan telah
melaksanakan pelbagai rancangan pembangunan ekonomi untuk menjamin keadilan ekonomi
dan meningkatkan taraf hidup rakyat seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan
Nasional dan Rancangan Pembangunan Lima Tahun.
i)

Memupuk dan membina masyarakat yang makmur


Masyarakat yang makmur ialah masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan
mempunyai taraf hidup yang tinggi.Masyarakat makmur juga bermaksud tidak ada anggota
masyarakat yang hidup dalam kemiskinan. Pendapatan isi rumah dan pendapatan negara juga
berada pada tahap yang tinggi. Malaysia perlu mempunyai kekuatan ekonomi untuk bersaing,
dinamik, giat, dan kental dalam menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang untuk menjadi
masyarakat yang makmur.
Kesimpulan
Kesimpulannya, Wawasan 2020 akan terus memacu kemajuan negara. Dasar-dasar
kerajaan adalah bertujuan merealisasikan Wawasan 2020. Kesejahteraan rakyat yang menjadi
agenda utama pembangunan negara dapat dicapai dengan keadilan ekonomi dan perpaduan
negara.

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ PERHUBUNGAN LUAR ]


Soalan 12
Malaysia telah banyak memainkan peranan dan sumbangan dalam ASEAN sejak
penubuhannya hingga tahun 1990-an.Bincangkan pernyataan ini.
Pengenalan
Dasar luar negara Malaysia untuk berbaik-baik dan mengadakan kerjasama dengan
negara jiran tetap diteruskan walaupun dua buah pertubuhan yang dibentuk sebelum ini, iaitu
ASA dan MAPHILINDO gagal. Usaha ini akhirnya berhasil setelah Deklarasi Bangkok
dimeterai pada 8 Ogos 1967 yang membawa kepada penubuhan Association of South East
Asian Nations (ASEAN).
Isi
a ) Peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN
Malaysia merupakan negara terawal menyedari kerjasama serantau demi keselamatan
negara-negara serantau di Asia Tenggara dan mencatuskan idea penubuhan
ASEAN.Kesedaran Malaysia adalah berdasarkan scenario politik,ekonomi dan sosial rantau
Asia Tenggara rata-rata negaranya baru merdeka, mengalami ketidakstabilan politik,

warisan ekonomi penjajah yang tidak seimbang, perpecahan penduduk dan keadaan sosial
yang tidak kukuh.
Dalam Mesyuarat Menteri Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada November
1971, Deklarasi Kuala Lumpur telah ditandatangani bagi mewujudkan zon aman , bebas, dan
berkecuali (ZOPFAN).Tujuan penubuhan ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan
dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan tidak bersekongkol dengan mana
mana kuasa besar sama ada dari blok Barat atau blok Timur.
Konsep ZOPFAN teruji apabila Veitnam menceroboh Kampuchea pada tahun 1978
dan menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge. ASEAN berusaha mengatasi masalah ini dengan
mengadakan mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di
bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk.Melaysia telah memainkan peranan sebagai
orang tengah dalam isu Kemboja ini. Veitnam telah bersetuju dengan cadangan yang
dikemukakan dan mesyuarat ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982.
Dalam mesyuarat pada tahun 1984,Menteri-Menteri Luar ASEAN telah memutuskan
bahawa ASEAN merupakan Zon Bebas Senjata Nuklear melalui Perjanjian SEANWFZ.Ini
bermakna rantau ini tidak membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan serta
kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear.
Walaupun agenda utama ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi,namun
perkembangan ke arah kerjasama ekonomi agak perlahan.Negara-negara ASEAN telah
membentuk kerjasama dalam projek perindustrian,contohnya Projek Baja Urea di Bintulu
(Sarawak) dan Acheh (Indonesia).
Kerjasama ekonomi ASEAN juga cuba dilaksanakan melalui ASEAN Free Trade Area
(AFTA) yang telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun
1992.
Malaysia juga telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluas skop
kerjasama ekonomi dengan melibatkan China ,Jepun, dan Korea Selatan. Idea yang
dikemukakan oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad dikenali sebagai East Asian Economic
Caucus(EAEC).
Walau bagaimanapun, idea ini telah ditentang oleh negara-negara maju terutamanya
Amerika Syarikat, tetapi usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaja kerana kerjasama secara
tidak rasmi terus diadakan melalui konsep ASEAN +3. Konsep ASEAN +3 ini merujuk pada
kerjasama yang ingin diwujudkan antara negara ASEAN dengan negara-negara Timur,iaitu
China, Jepun, dan Korea.Menteri-Menteri Luar negara tersebut dijemput menghadiri siri
perbincangan tentang kerjasama yang ingin diwujudkan.
Dalam bidang sosial, kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan
tubuhnya Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO).Contohnya,pembinaan
Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang,Malaysia.Kerjasama
lain yang dibuat atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang kebudayaan dan
sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung
Kebudayaan ASEAN.Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara
melalui semangat kesukanan.Dalam bidang pelancongan, kerjasama dijalinkan dengan
mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.

Kesimpulan
Peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN dapat dilihat sebagai asas yang kuat
dalam menjalin kerjasama serantau .Jika dilihat dari awal penubuhannya hingga kini, banyak
rancangan yang berjaya dilaksanakan demi kebaikan bersama.

SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA


TENGGARA
[1800 2000]
BAHAGIAN B : SEJARAH ASIA TENGGARA
TEMA 1 : MASYARAKAT [ INSTITUSI PEMERINTAHAN ]
Sejauh manakah peranan raja dan pembesar dalam sistem pemerintahan di Thailand
sebelum kedatangan kuasa Barat
Pengenalan
Sebelum campur tangan kuasa-kuasa Barat pada abad ke-19, negara-negara Thailand
telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Sistem ini meletakkan raja sebagai ketua
pemerintahan tertinggi sesebuah negara, pemimpin yang paling berkuasa , dan menjadi
perantara rakyat dengan tuhan serta menguasai seluruh ekonomi negara dan menjadi
golongan yang menduduki lapisan teratas dalam stratifikasi sosial masyarakatnya. Raja
merupakan pemimpin kerajaan dan dianggap devaraja iaitu wakil dewa dan jelmaan tuhan di
bumi untuk memimpin. Raja-raja di Thailand bukan sahaja memainkan peranan yang sangat
penting dalam aspek politik, ekonomi , sosial, dan agama bahkan raja berperanan sebagai
simbol penyatuan rakyat di samping menjaga keamanan dan mentadbir negara dengan
bantuan golongan pembesar .
Isi
Peranan Raja dari segi politik:
Seorang ketua pentadbir yang berkuasa mutlak.Berkuasa melantik pembesar. Raja
dianggap sebagai dewaraja yang dipengaruhi oleh agama Hindu dan Buddha. Kedudukan raja
disahkan oleh golongan Brahmin bertanggungjawab menjalankan pelbagai upacara
keagamaan. Raja melantik golongan Brahmin sebagi penasihat agama. Raja sebagai

penggubal undang-undang .Titah raja menjadi undang-undang yang perlu dipatuhi. Raja
berkuasa menjatuhkan hukuman bunuh tanpa dipersoalkan
Peranan Raja dari segi social
Raja sebagai sebagai pelindung kepada rakyat. Raja sebagai lambing perpaduan
masyarakat tempatan sesuai sebagai penaung kepada pengembangan agama Buddha. Raja
dikenali sebagi Tuhan kehidupan sesuai dengan konsep Dharmaraja dengan pelbagai gelaran
seperti Dhaoi Chiwit (Raja Nyawa) dan Chao Phaendin (Tuhan Tanah)
Peranan raja dari segi Ekonomi
Raja berkuasa ke atas semua tanah kerajaan dan menganugerahkan tanah kepada
kerabat diraja untuk ditadbir. Raja menguasai sumber ekonomi pungutan cukai, hasil
pertanian , dan kegiatan perdagangan Raja berkuasa ke atas balak dan beras. Bagi
menjamin bekalan ekonomi dan kawasan pedalaman berterusan Raja Thailand mewujudkan
hubungan baik dengan kawasan pengeluran ekonomi. Raja melantik pegawai untuk
menguruskan kegiatan ekonomi bagi pihaknya.Raja bertanggungjawab menentukan dasar
ekonomi negara. Raja menentukan hubungan diplomatik untuk tujuan perdagangan. Raja
berkuasa mutlak ke atas nyawa, tanah dan harta rakyat
Peranan pembesar
Di Thailand pembesar golongan bangsawan ( Nai ) yang digelar Khunnang dan
kerabat diraja dipanggil Chao. Pembesar pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja dan
melaksnakan tugas-tugas dalam bidang kuasa sebelum kedatangan Barat. Kedudukan
pembesar sangat penting selepas raja dalam hieraki pemerintahan kerana membantu raja
dalam urusan pemerintahan. Raja tidak berupaya untuk melaksanakan urusan pemerintahan
secara bersendirian. Pembesar di Thailand merupakan wakil kepada raja dalam menjalankan
pemerintahan. Peranan pembesar diberi kuasa untuk mentadbir wilayah bagi pihak raja
seperti Samuha Nayok. Peranan pembesar bertanggungjawab terhadap hal ehwal tanah, hal
ehwal istana dan kewangan bagi melicinkan pentadbiran
Kesimpulan
Peranan raja amat penting dalam pemerintahan di Thailand. Selain peranan raja ,
peranan pembesar juga penting dalam menguruskan pentadbiran di Thailand.Selepas
kedatangan British di Thailand, sistem pemerintahan beraja masih dikekalkan, namun
menerima perubahan iaitu apabila Rama VII , Raja Prajadhipok menerima sistem
pemerintahan raja berpelembagaan dan sistem ini terus kekal sehingga sekarang.

TEMA 1 : MASYARAKAT [ INSTITUSI PEMERINTAHAN ]


Soalan 2
Pihak penjajah telah menguasai pentadbiran di Vietnam, kesannya kuasa pembesar tempatan telah te
Pengenalan

Golongan pembesar memainkan peranan yang penting dalam tampuk pemerintahan


sesebuah negara. Merupakan tulang belakang dalam sistem politik sesebuah negara kerana
mereka bertanggungjawab dalam membantu pemerintahan yang dijalankan oleh raja atau
maharaja. Golongan pembesar di Vietnam merupakan pegawai kerajaan yang dilantik oleh
maharaja untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu. Sistem pembesar di Vietnam terbahagi
kepada beberapa kelas atau peringkat dan mempunyai gelaran tertentu. Pembesar kanan
merupakan golongan yang paling rapat dengan maharaja dan mendapat kepercayaan. Diikuti
oleh pembesar wilayah atau daerah dan akhir sekali pembesar peringkat kampung.
Isi
Terdapat perbezaan yang agak ketara antara pembesar Vietnam berbanding dengan
pembesar tempatan di negara-negara lain di Asia Tenggara. Vietnam di bawah Maharaja Gia
Long merupakan sebuah kerajaan pusat san segala urusan kerajaan berpusat di Hue. Mereka
tidak berhak memungut cukai, manakala gaji mereka dibayar oleh Maharaja. Kuasa
pemerintahan dan kutipan cukai terletak pada golongan Mandarin atau Quan yang mendapat
pangkat dalam ajaran Confucius.
Kelayakan penting dalam melantik seorang pembesar. Pendidikan yang diutamakan
adalah sistem pelajaran Confucius yang mementingkan daya ingatan dan hafalan. Hanya
pemilik ijazah kedoktoran sahaja diberikan jawatan dalam perkhidmatan awam.
Sistem pembesar pada zaman Dinasti Nguyen merupakan satu sistem pentadbiran
yang sistematik dan efisien. Maharaja Gia Long dibantu oleh enam Kementerian atau Quan
yang diketuai oleh golongan Mandarin. Kementerian tersebut ialah Kementerian Hal Ehwal
Awam, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Upacara,Kehakiman,Kewangan dan
Peperangan. Kesemua Quan mempunyai kedudukan istimewa dalam sistem pentadbiran
kerajaan.
Terdapat sebuah Noi Cac atau Majlis Tertinggi yang dipengerusikan oleh Maharaja
dan Enam orang Ketua Quan. Bertanggungjawab memberi pandangan kepada Maharaja
dalam semua hal yang berkaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran. Majlis ini juga
medan dalam menyelesaikan masalah dan perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat
kementerian.
Di peringkat daerah, golongan pembesar menjalankan tugas demi melicinkan
pentadbiran daerah.Tugas utama mereka ialah menjaga keselamatan dan ketenyeraan wilayah
serta mengutip cukai. Tugas utama ialah menjaga keselamatan dan ketenteraan wilayah serta
mengutip cukai. Mereka juga wajib menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat.
Mereka perlu menyelesaikan hal-hal berkaitan dengan kehakiman. Pembesar wilayah
mengambil dan melatih tentera untuk mempertahankan negara.

Golongan pembesar yang paling rendah kuasa ialah pembesar peringkat kampung
atau Komun.Mereka mendapat kepercayaan daripada kerajaan pusat untuk menjaga
keamanan , ketenteraan dan penguatkuasaan undang-undang di kampong masing-masing.
Kesimpulan:
Sistem pembesar di Vietnam sebelum campur tangan Perancis merupakan satu
sistem yang tersusun dan sempurna. Dalam corak pentadbiran Perancis , Mandarin yang tidak
berkhidmad dengan penjajah akan dipindahkan ke Annam. Pentadbiran peringkat tertinggi
diambil alih oleh pegawai Perancis. Jawatan rendah diisi penduduk tempatan yang menerima
pendidikan Perancis. Kesannya golongan Mandarin kehilangan kuasa.

TEMA 1 : MASYARAKAT [ SISTEM SOSIAL]


Soalan 3
Sistem sosial yang diamalkan oleh masyarakat di Vietnam dan Indonesia menunjukkan
pembahagian lapisan masyarakat yang jelas. Bandingkan susun lapis masyarakat di
kedua-dua buah negara tersebut.
Pengenalan
Masyarakat di Vietnam dan Indonesia mengamalkan sistem sosial yang berasaskan
sistem feudal, berbentuk piramid dan bersusun lapis. Susun lapis masyarakatnya, terdiri
daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Di Vietnam susun lapis
masyarakatnya banyak dipengaruhi daripada sistem feudal di China dan ajaran Confucius.
Manakala di Indonesia mengikut kerajaan yang memerintah. Susun lapis ini semakin jelas
selepas kemunculan kerajaan Islam di Sumatera dan Pulau Jawa.
Isi
1. Persamaan
Raja kedua-dua masyarakat berada pada kedudukan paling atas dalam susun lapis
masyarakat dan berkuasa mutlak.Raja mewarisi takhta secara warisan.Raja dianggap suci dan
perlu ditaati. Di Vietnam seorang raja wajib mendapat pendidikan Confucius dan
bertanggungjawab kepada rakyat . Di Acheh raja merupakan ketua agama Islam dan menjadi
pelindung kepada rakyat.
Golongan bangsawan merupakan kumpulan yang paling dipercayai oleh raja dan
mempunyai kedudukan yang baik/ istimewa dalam masyarakat. Jawatan penting dalam
kerajaan dikuasai oleh golongan ini.Mereka bertanggungjawab mengutip cukai, menjaga
kebajikan masyarakat , mengetuai upacara agama dan menjalankan tugas raja. Di
Vietnam golongan ini lebih dikenali sebagai golongan Quan atau mandarin. Mereka terdiri
daripada golongan cendiakawan yang mesti lulus peperiksaan awam.DiAcheh golonagan ini

lebih dikenali sebagai Uleebalang yang sangat dihormati oleh masyarakat kerana ketinggian
ilmunya dan menjadi tempat rujukan masyarakat setempat, selain daripada ulama.
Rakyat merupakan golongan paling bawah. Kebanyakan daripada mereka adalah
petani yang mengusahakan tanah golongan bangsawan. Mereka juga menjalankan kegiatan
pertanian secara sara diri khususnya penanaman padi sawah di samping aktiviti kelautan.

2. Perbezaan
Susun lapis masyarakat di Vietnam terikat dengan ajaran Confucius dan Buddha.
Manakala di Acheh dan Mataram dipengaruhi oleh ajaran Islam.
Di Vietnam berlakunya mobiliti masyarakat dalam kalangan rakyat biasa sekiranya
mereka lulus peperiksaan awam China.Mereka berpeluang menjadi pegawai tinggi
kerajaan. Di Indonesia tidak berlakunya mobiliti sosial dalam kalangan rakyat.
Maharaja Vietnam dianggap sebagai anak syurga atau wakil tuhan yang dapat mandat
dari syurga untuk memerintah di muka bumi. Manakala sultan atau raja di Indonesia ( Acheh
dan Jawa ) merupakan khalifah Allah dalam memerintah sesebuah kerajaan Islam.Di Pulau
jawa sultan dianggap istimewa, mempunyai sifat luarbiasa, dianggap berdaulat serta tidak
boleh diderhakai.
Golongan mandarin/ bangsawan di Vietnam merupakan cendiakawan yang lulus
peperiksaan awam di China dan mampu menguasai ajaran Confucius dengan baik.. Manakala
priyayi di pulau jawa mewarisi daripada keturunan keluarga diraja atau kerabat diraja.
Kesimpulan
Susun lapis kedua-dua masyarakat jelas menunjukkan pembahagian antara golongan
yang memerintah dan diperintah. Susun lapis ini mengalami perubahan apabila penjajah
Barat memperkenalkan sistem pentadbiran/ dasar mereka dikedua-dua negara.
TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [PELUASAN KUASA ASING]
Soalan 4
Bincangkan peristiwa yang membawa kepada tercetusnya Perang Inggeris-Myanmar 1
pada tahun 1824.
Pengenalan
Merupakan peristiwa penting, sebagai titik peralihan dlm sejarah negeri Burma.
Tamat Dasar Pemencilan dan mengakui keutuhan kuasa-kuasa Barat.
Isi
Sebab-sebab berlaku Peperangan :
(i) Dasar Perluasan Wilayah oleh Burma :
Pada tahun 1784, Burma menakluki Arakan menyebabkan orang Arakan melarikan
diri ke Benggala. Mereka menggunakan Chittagong untuk menyerang balas orang-orang

Burma. Tentera Burma sering memasuki wilayah India kerana memburu orang Arakan,
menimbulkan masalah sempadan.
(ii) Kegagalan Hubungan Diplomatik :
Pihak British di India berusaha menyelesaikan pertikaian. British menghantar
perwakilan ke Burma pada tahun 1796, tahun 1798 dan tahun 1803 tetapi gagal. Burma
enggan mengadakan hubungan yang sama taraf.
(iii) Pemberontakan Chin Byan, 1811 :
Burma menuduh British memberi bantuan kepada pemberontak, hubungan menjadi
tegang. British menghantar John Canning bagi menyelesaikan pertikaian.
(iv) Campur Tangan Burma di Assam, Manipur dan Cachar
Pada tahun 1817, Burma campur tangan di Assam. Raja Bagidaw
mengarahkan Jeneral Bandula menakluki Assam. Seterusnya Burma campur tangan di
Manipur dan Cachar. Raja Manipur dan Cachar meminta bantuan British.

(v) Penaklukan Pulau Shahpuri pada tahun 1823 :


Pada tahun 1823, Burma menawan Pulau Shahpuri, dibantah oleh British.Burma
membuat persiapan untuk berperang.Pada tahun 1824, British mengisytiharkan perang ke atas
Burma.
(a) Perjanjian Yandabo, 1826 :
Burma kehilangan wilayah Assam, Arakan dan Tenasserim.Burma tidak akan campur
tangan di wilayah2 British.Burma bersetuju menerima Residen British dan menghantar
wakilnya ke Culcutta.Burma akan membayar ganti rugi kpd British.
Kesimpulan
Sikap agresif dan keengganan mengadakan hubungan dengan British merupakan
sebab utama.Malangnya hubungan British-Burma tetap renggang, meletus semula
peperangan.
TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [PENENTANGAN TERHADAP KUASA
ASING]
Soalan 5
Pangeran Diponegoro telah memainkan peranan penting dalam gerakan penentangan
terhadap pemerintahan Belanda di Pulau Jawa pada awal abad ke -19. Bincangkan
Pengenalan

Penglibatan Belanda di Indonesia telah mencetuskan tindak balas daripada penduduk


tempatan khususnya di Jawa, Sumatera, Acheh dan Maluku. Perang Diponegoro atau Perang
Jawa merupakan penentangan terbesar rakyat Indonesia terhadap pemerintahan Belanda.
Pemimpin utama penentangan ini ialah Diponegoro iaitu seorang putera dari keluarga Diraja
Jogjakarta. Perang ini meletus dari tahun 1825 hingga 1830 dan dilihat sebagai gerakan
nasionalisme peringkat awal di Indonesia. Terdapat beberapa sebab Diponegoro memimpin
gerakan menentang pemerintahan Belanda

i)

Isi
Masalah pewarisan takhta kerajaan
Diponegoro merupakan putera sulung kepada Sultan Amangku Buwono III. Beliau
sepatutnya mewarisi takhta pemerintahan selepas kemangkatan ayahandanya pada tahun
1814. Diketepikan atas alasan ibunya orang kebanyakan. Adik tirinya iaitu Djarot telah
ditabalkan sebagai pemerintah kerajaan dengan gelaran Sultan Amangku Buwono 1V oleh
Stamford Raffles. Raffles berjanji akan melantiknya selepas kemangkatan Djarot. Selepas
kemangkatan Djarot pada tahun 1822, beliau sekali lagi diketepikan sebagai pemerintah.
Belanda melantik waris Djarot iaitu Raden Menol yang berusia dua tahun sebagai pemerintah
Jogjakarta. Diponegoro hanya dilantik sebagai pemangku sultan sehingga Raden Menol
berusia 21 tahun. Diponegoro merasakan Belanda telah mempermainkannya dan cuba
melancarkan pemberontakan ke atas pihak Belanda

ii)

Pembatalan Kontrak Sewa Tanah


Kontrak Sewa tanah telah diperkenalkan oleh Stamford Raffles di Pulau Jawa
pada tahun 1811 1816. Kontrak ini membenarkan orang-orang Cina dan Eropah mengikat
kontrak dengan golongan bangsawan tempatan untuk menyewa tanah milik mereka di Pulau
Jawa. Sistem ini memperlihatkan keadaan petani yang mengusahakan tanah-tanah ini menjadi
buruh paksa bagi orang Eropah dan Cina. Belanda melihat system ini sebagai satu penindasan
terhadap golongan petani lalu membatalkannya atas arahan Van der Capellan. Pembatalan
tersebut menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan bangsawan kerana mereka
kehilangan punca pendapatan. Pembatalan ini juga menyebabkan pengusaha Eropah dan Cina
memulangkan semula tanah kepada tuan tanah dan meminta wang pendahuluan mereka
dikembalikan. Golongan bangsawan gagal memulangkan wang pendahuluan tersebut kerana
telah habis dibelanjakan. Keadaan ini juga turut melibatkan Pangeran Diponegoro yang
terpaksa membayar ganti rugi kepada penyewa tanah di kebun kopinya sebanyak 60 ribu rial.
Hal ini menyebabkan Diponegoro tidak berpuas hati kerana beliau terpaksa mengerahkan
petani bekerja lebih kuat untuk beliau membayar kembali tuntutan tersebut.Keadaan ini juga
menyebabkan petani tidak berpuas hati dengan dasar baharu Belanda ini.

iii)

Ratu Adil atau Putera Pembebas


Diponegoro seorang yang alim dan dianggap sebagai pemimpin agama oleh
masyarakat tempatan. Beliau juga menganggap dirinya membawa wahyu Allah untuk
berjihad menentang penjajah iaitu menghalau orang kafir dari tanah airnya. Tujuannya adalah

untuk memulihkan pemerintahan Islam di Pulau Jawa yang dianggap telah tercemar dengan
kedatangan Belanda dan agama Kristian. Beliau juga dianggap sebagai ulama dan digelar
Ratu Adil yang bermaksud Putera Pembebas yang akan menyelamatkan umat Islam
daripada penindasan dan kekejaman penjajah Belanda. Justeru, Diponegoro telah memimpin
kumpulan penentang yang terdiri daripada masyarakat tempatan dalam melancarkan perang
jihad ke atas Belanda
iv)

Pembinaan jalan merentasi makam diraja


Pada tahun 1825, Belanda merancang untuk membina sebatang jalan dari
Jogjakarta ke Mangelang melalui tanah Diponegoro dan juga makam raja-raja Jogjakarta,
iaitu makam nenek moyangnya yang dianggap keramat.Beliau berasa terhina malah
berpendapat tindakan Belanda sebagai penghinaan terhadap keluarganya dan juga mencabuli
kesucian Islam. Diponegoro telah mengambil tindakan mencabut papan tanda pembinaan
jalan tersebut dan digantikan dengan mata tombak serta merosakkan peralatan untuk
pembinaan jalan tersebut. Tindakan Diponegoro ini merupakan sebab semerta yang
membawa kepada meletusnya Perang Jawa pada bulan Julai 1825.

v)

Diponegoro mengetuai penentangan


Belanda menjemput Diponegoro untuk berunding sebaliknya beliau menghantar
wakilnya Pangeran Mangkabumi.Belanda tidak berpuashati dan mengarahkannya ditangkap
tetapi gagal. Diponegoro melarikan diri ke hutan dan menggunakan taktik perang gerila untuk
menentang Belanda. Pasukan Diponegoro kemudiannya menyerang pertahanan Belanda di
Jogjakarta dan mencapai kemenangan. Residen Jogjakarta kemudiannya menawarkan
perdamaian kepada Diponegoro namun tidak diendahkannya. Pada 1830 Diponegoro bersedia
untuk berunding dengan Belanda namun ditangguhkan kerana bulan puasa. Ketika rundingan
pada Hari Raya Aidilfitri 1830 beliau telah ditangkap dan dibuang negeri ke Makasar,
Sulawesi dan mangkat di sana pada 1855
Kesimpulan
Diponegoro telah memainkan peranan penting dalam penentangan terhadap
pemerintahan Belanda di Pulau Jawa. Ketokohan peribadinya serta kedudukannya sebagai
putera raja ditambah dengan sentiment antiasing dan penindasan yang dilakukan orang Cina
menjadikan rakyat tempatan menyahut usaha Diponegoro menentang pihak Belanda.
Walaupun penentangan ini gagal menggulingkan pemerintahan Belanda namun ianya telah
berjaya membangkitkan semangat nasionalisme rakyat Indonesia khususnya di Pulau Jawa
menentang penjajahan asing.
TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [ PENGUBAHSUAIANDALAM
PENTADBIRAN, EKONOMI DAN PENDIDIKAN ]
Soalan 6
Penguasaan kuasa asing terhadap Indonesia menyebabkan berlaku perubahan dalam
pentadbiran tempatan dan membawa kesan yang signifikan dalam pentadbiran kedua-dua

negeri tersebut. Jelaskan


Pengenalan
Pada abad ke-17, kepulauan Indonesia telah mengalami perubahan dalam
pentadbirannya dengan kehadiran Belanda yang berpusat di Betawi(Jakarta). Pada tahun
1799, pihak Belanda telah membubarkan Syarikat Hindia Timur Belanda dan melantik
seorang Gabenor Jeneral bagi menyusun semula pentadbiran di Pulau Jawa.
Isi
Dengan kedatangan Belanda, pemerintah tempatan semakin terhimpit. Pentadbiran
yang diperintah oleh sultan tidak dapat mengawal pepecahn dalam kerajaan Mataram.
Perpecahan ini melibatkan pemerintahan Susuhunan di Surakarta dan sebuah lagi di bawah
pimpinan Sultan Deyok di Jakarta. Pihak Belanda cuba mengawal institusi ketua daerah
(bupati) di Jawa. Pihak Belanda cuba mengurangkan peranan dan pengaruh golongan Bupati.
Pada tahun 1819, Baron Van Der Capellan dilantik sebagai Gabenor
Jeneral.Pembaharuan yang dibuat oleh Capellan telah membangkitkan perasaan tidak puas
hati dalam kalangan penduduj tempatan kerana tindakannya yang menamatkan system
kontrak sewa tanah yang dibuat oleh golongan bangsawan Jawa.
Golongan bangsawan menghadapi kesulitan untuk menyelesaikan hutang akibat
pembalatan kontrak sewa tanah tersebut manakala petani pula hilang pekerjaan.
Perasaan tidak puas hati ini sampai kemuncaknya apabila berlaku Perang Jawa pada
tahun 1825 hingga 1830 di Jogjakarta dan Surakarta di bawah pimpinan Diponegoro.
Sistem Tanaman Paksa telah diperkenal selepas tamatnya Perang Jawa pada tahun
1830. Melalui system ini, Belanda menggunakan sepenuhnya keuntungan yang diperoleh
untuk membayar hutang dan memulihkan ekonomi negaranya tanpa melakukan apa-apa
perubahan terhadap rakyat Indonesia yang tertindas.
Dasar Liberal yang diperkenalkan pada tahun 1870 bertujuan untuk membuka Pulau
Jawa kepada perdagangan bebas dan memperbaik taraf hidup petani.
Dasar Etika pula diperkenalkan bagi menggantikan Dasar Liberal yang gagal
menyelesaikan masalah petani di Jawa.Melalui Dasar Etika beberapa pembaharuan telah
dibuat. Sebagai contoh,dari segi pentadbiran, Undang-undang Pembahagian Kuasa Pusat,
(1903) telah diwujudkan.Mengikut undang-undang ini, sebuah Majlis Perbandaran dan
Daerah akan ditubuhkan.
Majlis Perbandaran dan Daerah akan dianggotai oleh pegawai Belanda,orang
Indonesia, dan orang Cina.
Pengalaman Perang Jawa menyebabkan Gabenor Jeneral cuba berbaik-baik semula
dengan pembesar tempatan.Pada tahun 1874, system pentadbiran tempatan disusun semula.
Proses melatih penduduk tempatan dalam bidang politik dimulakan dengan penubuhan
Volksraad (Dewan Rakyat) dan mempunyai ahli seramai 39 orang yang dilantik oleh raja
Belanda.

Kesimpulan
Perubahan pentadbiran yang diperkenal oleh Belanda di Indonesia telah menimbulkan
semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Indonesia. Kemunculan pepimpin seperti
Seokarno telah membantu mempercepat proses berkerajan sendiri dan bebas daripada
cengkaman Belanda.
TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [ PENGUBAHSUAIAN DALAM
PENTADBIRAN, EKONOMI DAN PENDIDIKAN ]
Soalan 7
Penguasaan kuasa asing terhadap Myanmar menyebabkan berlaku perubahan dalam
pentadbiran tempatan dan membawa kesan yang signifikan dalam pentadbiran kedua-dua
negeri tersebut. Jelaskan
Pengenalan
Di Myanmar, pemerintah Dinasti Konbaung menghadapi cabaran besar pada abad ke19.Kekalahan Myanmar kepada British dalam Perang Inggeris-Burma III(1885) telah
menamatkam penguasaan Dinasti Konbaung. -British seterusnya telah membuat beberapa
perubahan dalam system pentadbiran tempatan.
Isi
Sistem pemerintahan beraja atau monarki dihapuskan. British menjadikan ketiadaan
putera raja yang layak untuk ditabalkan sebagai pewaris takta kerajaan sebagai alasan untuk
menghapuskan system beraja di Myanmar.
Sistem pentadbiran tradisional yang lain seperti Myothugyi dan Thaithugyi, Hutdaw,
dan Thatnabaing dihapuskan. Desakan daripada penduduk Myanmar agar system
Thatnabaing dikekalkan juga telah ditolak oleh British.
Pada tahun 1889, Undang-undang Kampung Myanmar diperkenalkan untuk
membolehkan pelaksanaan Majlis Kampung dikuatkuasakan.Seorang ketua kampong akan
dilantik sebagai pegawai kerajaan. Antara tugas ketua kampong ialah mengekalkan
ketenteraman awam dan mengutip cukai.
Wilayah Pegu dibahagi kepada lima buah daerah dengan setiap daerah diketuai oleh
Pesuruhjaya Daerah berbabgsa Inggeris.Daerah-daerah pula dibahagi kepada bandar-bandar
kecil di bawah seorang Pegawai Bandar atau Myo-ok.
Pada tahun 1897, pemerintahan British di Myanmar telah melakukan perubahan
terhadap system pentadbiran di peringkat pusat. Di peringkat pusat, pentadbiran diketuai oleh
Leftenan Gabenor.Leftenan Gabenor yang pertama ialah Arthur Phayte.
Sebuah majlis diwujudkan iaitu Majlis Perundangan yang terdiri daripada pegawaipegawai kerajaan dan ahli-ahli yang dipilih untuk membantu Leftenan Gabenor.
Pada tahun 1937, Myanmar dipisahkan daripada pentadbiran India dan mempunyai
perlembagaannya sendiri. Perlembagaan itu mencadangkan pembentukan dua buah dewan
bagi parlimen iaitu Dewan Senat dan Dewan Perwakilan.
Separuh daripada ahli Senat dipilih oleh Gabenor dan ahli Dewan Perwakilan dipilih
sepenuhnya oleh penduduk Myanmar.

Kesimpulan
Perubahan pentadbiran British di Myanmar telah menimbulkan semangat
nasionalisme yang akhirnya telah membawa kepada kemerdekaan Myanmar.
TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA [ FAKTOR
KEMUNCULAN ]
Soalan 8
Golongan intelektual memainkan peranan penting dalam kebangkitan dan perkembangan
gerakan kesedaran di Indonesia pada akhir abad ke -19 dan awal abad ke-20. Bincangkan.
Pengenalan
Golongan intelektual yang kebanyakkannya terdedah kepada pendidikan barat memainkan
peranan yang penting dalam kebangkitan dan perkembangan gerakan kesedaran,
menyatukankan rakyat yang berpecah belah , dan berjaya membentuk satu gerakan
kebangsaan menuju ke arah pencapaian kemerdekaan masing-masing. Peranan mereka dalam
perkembangan dan pencapaian kemerdekaan tidak boleh disangsikan. Golongan intelektual
ini membekalkan kepimpinan bagi gerakan kesedaran nasionalis di negara masing-masing.
Peranan golongan intelektual dalam kebangkitan dan perkembangan nasionalis di
Indonesia.
1. Golongan intelektual tidak berpuas hati dengan pemerintahan Belanda yang
mengamalkan dasar diskriminasi dalam peluang pendidikan, pekerjaan, dan pentadbiran.
Mereka ingin membela nasib golongan bawahan yang tertindas dan diperas oleh golongan
Belanda dan orang Cina. G. Kahin pernah menyatakan bahawa golongan intelektual ini
adalah golongan yang , acutely dissatisfied, cramped and frustrated.
Intelektual yang mula-mula membangkitkan kesedaran tentang pentingnya pendidikan
ialah Raden Adjeng Kartini. Bagi memajukan kaum wanita, beliau telah menubuhkan sebuah
sekolah bagi anak-anak pegawai Indonesia. Beliau diikuti oleh Dr. Mas Wahidin Soediro
Hoesoedo yang mengasaskan Budi Utomo untuk mencapai kemajuan kebudayaan dan
pendidikan orang Jawa.
2. Gerakan kesedaran seterusnya dipelopori oleh Omar Said Tjokroaminoto yang
memimpin Sarekat Islam. Sarekat Islam ialah sebuah parti massa pertama di Indonesia.
Perjuangannya mendapat sokongan segenap lapisan masyarakat . Ianya bertujuan untuk
memajukan kedudukan sosio-ekonomi dan kepentingan agama islam masyarakat Islam
Indonesia.Selepas tahun 1916 Sarekat Islam menuntut kerajaan sendiri melalui cara
perlembagaan.
3.
Intelektual Indonesia yang berjaya membawa Indonesia ke arah pencapaian
kemerdekaan ialah Sukarno. Sukarno, pemimpin utama Parti Nasionalis Indonesia
mengamalkan cara tidak bekerjasama dengan Belanda untuk mencapai kemerdekaan.
Sukarno sedar bahawa Indonesia tidak akan mencapai kemerdekaan secepat mungkin selagi

tiada perpaduan di kalangan parti-parti yang ada.Usaha beliau ke arah perpaduan telah
berjaya membawa terbentuknya Pemuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia,
terdiri daripada gabungan beberapa buah parti utama. Perjuangan Sukarno yang radikal
menyebabkan beliau telah ditangkap. Ini tidak sekalipun melemahkan semangat
perjuangannya.Apabila dibebaskan , beliau telah menyertai Partindo dan membawa ke arah
perjuangan radikal.
4. Peranan Kiyai Haji Ahmad Dahlan dan Kiyai Hashim Ashari yang beraliran
agama memberi motivasi dan pendorong ke arah perjuangan kemerdekaan. Kiyai Haji Ahmad
Dahlan telah menubuhkan Muhammadiyah yang menekan pentingnya menyebarkan Islam
berdasarkan al Quran sebagai pegangan hidup. Kiyai Hashim Ashaari pula telah menubuhkan
Nahdatul Ulama iaitu sebuah parti konservatif pada tahun 1926 yang berjuang menyebarkan
ajaran ortodoks islam.
5. Semasa Jepun di Indonesia, Sukarno berpura-pura menyokong Jepun demi
mencapai kemerdekaan.Selepas Jepun menyerah kalah, Sukarno dan pemimpin-pemimpin
lain seperti Hatta dan Sjharir meneruskan perjuangan kemerdekaan. Golongan intelektual ini
mendesak Kerajaan Belanda supaya memberi kemerdekaan. Akhirnya Belanda
mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia selepas berlakunya beberapa pemberontakan dan
rusuhan. Sukarno dilantik sebagai Presiden yang pertama sementara Mohamad Hatta menjadi
Presiden Menteri yang pertama.

Kesimpulan
Peranan golongan intelektual dalam gerakan kesedaran di Indonesia tidak boleh
dipersoalkan. Peranan mereka dalam membangkitkan dan memperjuangkan kemerdekaan
adalah besar dan bermakna. Golongan ini menggunakan beberapa cara dengan harapan
mencapai impian mereka. Ada yang mendedahkan kelemahan dan penindasan melalui bahan
media, ada yang ingin menggunakan cara perlembagaan, dan ada pula yang ingin
menggunakan cara revolusi dan militan. Dalam apa jua cara pun, kita boleh membuat
kesimpulan bahawa golongan intelektual ini membekalkan kepimpinan dan bertindak demi
kepentingan Negara dan bangsa.
TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA [ PARTI
POLITIK DAN PERSATUAN ]
Soalan 9
Huraikan peranan dan sumbangan Young Men Buddhist Association (YMBA) dalam
gerakan nasionalisme di Myanmar.
Pengenalan

Pemerintahan dan pembaharuan British di Myanmar. Latar belakang dan pengasas


Persatuan Belia Buddha (YMBA)
Peranan dan sumbangan Persatuan Belia Buddha dalam gerakan nasionalisme di
Myanmar
1 Peringkat awal (1909-1916)
Merupakan pertubuhan reformasi dalam bidang sosial dan budaya
Kecenderungan kepada kegiatan pembangunan pendidikan dan kesusasteraan
Konsep perjuangan ialah Buddha Penyelamat kita dan Raja
Menerbitdkan akhbar Thuriya
2

Kegiatan sehingga tahun 1916


Memberikan tumpuan kepada pengajian agama, kesenian dan kesusasteraan
Mendirikan sekolah-sekolah mengikut sistem barat tetapi menitikberatkan pengajian agama
Buddha
Menuntut hak pelajaran yang sama kepada rakyat

Peringkat Kedua (1916-1919)


Pemimpin lebih radikal dan mengubah haluan perjuangan
Antara faktor perubahan ialah zaman kemelesetan akibat Perang Dunia Pertama dan katakata Woodrow Wilson tentang hak-hak Negara di dunia untuk menentukan nasib negara
sendiri

Kegiatan sehingga tahun 1919


Menimbulkan isu kasut
Melancarkan protes kerana orang Barat memakai kasut ketika memasuki kuil dan pagoda
Mendapat sokongan kuat daripada golongan pongyi
British mengeluarkan undang-undang melarang pemakaian kasut di kuil dan pagoda

Kegiatan sehingga tahun 1920


Mula terlibat dalam gerakan politik
British memperkenalkan Sistem Diarki di India
British meluluskan laporan Montagu-Chelmford di India tetapi tidak dilaksanakan di
Myanmar
YMBA menyokong mogok para pelajar di Universiti Rangoon
YMBA menyertai Majlis am Persatuan-persatuan Myanmar (GCBA)
Kesimpulan
YMBA memainkan peranan penting dalam meningkatkan semangat nasionalisme di
Myanmar
YMBA berjaya menyatupadukan masyarakat dan memelihara tradisi agama Buddha

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ PEMBINAAN NEGARA BANGSA]


Soalan 10

Bincangkan bentuk pemerintahan monarki berperlembagaan yang diamalkan di Thailand


selepas tahun 1932.
Pengenalan
Thailand merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan monarki
berperlembagaan. Ia merupakan satu sistem pemerintahan yang diamalkan sejak tahun 1932.
Mulai tahun 1932, rakyat Thai telah berjaya menamatkan sistem pemerintahan monarki
mutlak. Sebagai gantinya, golongan yang merampas kuasa telah menubuhkan bentuk
pemerintahan demokrasi dengan mengekalkan raja sebagai ketua negara.
Isi
Raja Thailand bertindak ketua bagi tiga komponen utama kerajaan iaitu badan
Eksekutif, badan Legislatif dan badan Judiasiary.
Badan Eksekutif adalah badan pembuat dasar kerajaan Thailand yang dipimpin oleh
Perdana Menteri. Beliau juga mengetuai kabinet kerajaan. Perdana Menteri dan ahli-ahli
kabinet yang lain terdiri daripada parti yang memenangi majoriti dalam pilihan raya. Raja
Thailand pula bertindak melantik Perdana Menteri.
Badan legislative atau perundangan mengandungi dua dewan yang dinamakan Majlis
Nasional ( Rathasapha) yang terdiri daripada Dewan Perwakilan ( Sapha Phuthaen Ratsadon )
yang mengandungi 480 orang anggota dan senat ( Wuthisaph ) seramai 150 orang anggota.
Dua dewan ini berperanan untuk menetapkan undang-undang negara. Ahli-ahlinya dipilih
oleh rakyat menerusi pilihan raya. Sebuah lagi badan ialah kehakiman, yang bebas daripada
badan Legislatif dan badan Eksekutif.
Kesimpulan
Walaupun sepanjang tahun 1932 hingga 1963 berlaku banyak rampasan kuasa, namun
bentuk pemerintahan monarki berperlembagaan tetap diamalkan oleh pemerintah Thailand.
Politik Thailand hanya dikejutkan dengan peristiwa pembunuhan misteri Raja Ananda,
namun ia tidak mengubah sistem pemerintahan demokrasi Thailand. Kesinambungan waris
pemerintahan raja Thailand tetap diterukan sehingga sekarang. Di Thailand, raja adalah
dihormati. Ia menjadi institusi penting bagi penyataan negara. Ia juga adalah tonggak
kestabilan negara apabila sistem demokrasi gagal menyelesaikan masalah politik dalaman
Thailand
TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ SUMBANGAN TOKOH]
Soalan 11
Nilaikan sumbangan Phibun Songkhram terhadap Thailand.

Pengenalan
Phibun Songkhram memainkan peranan penting dalam revolusi Thailan 1932. Beliau
telah membantu kerajaan Pya Bahol mengatasi rampasan kuasa yang dianjurkan oleh Putera
Boworadet. Phibun Songhkram mewakili pihak tentera sering bertelagah dengan Pridi dari
pihak awam. Beliau muncul sebagai pemimpin yang kuat apabila menggunakan tentera untuk

menjalankan rampasan kuasa sehingga berjaya memegang jawatan Perdana Menteri beberapa
kali.
Isi
1.
Sumbangan Phibun Songkhram memainkan peranan penting dalam
perjuangan nasionalisme di Thailand.
Pada tahun 1933, memainkan peranan menamatkan pemberontakan golongan
bangsawan di bawah pimpinan Putera Bovaradet yang ingin memulihkan kekuasaan raja.
Pada tahun 1938, beliau telah dilantik menjadi Perdana Menteri menggantikan Pya
Bahol yang meletak jawatan.
2.
Pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan :Semasa Perang Dunia Kedua, beliau telah bekerjasama dengan Jepun untuk
mengelakkan Thailand diserang dan dijajah dan mendapatkan semula hak kekuasaan ke atas
wilayah yang pernah dikuasai seperti Indochina,Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Pada tahun 1947 setelah kembali sebagai Perdana Menteri, beliau menghidupkan
kembali sistem demorakrasi dengan membentuk perlembagaan pada tahun 1949.
Pada tahun 1951, beliau telah memansuhkan perlembagaan 1949 kerana berasakan
yang perlembagaan tersebut tidak mengekalkan kekuasaannya dan mengembalikan
Perlembagaan 1932.
Beliau bertanggungjawab mengambil langkah-langkah untuk menghapuskan ancaman
pengaruh komunis dan penghapusan aktiviti orang Cina di bawah Akta Thai-Activities,
menutup sekolah dan surat khabar Cina .
Mementingkan pencapaian ekonomi masyarakat tempatan dengan memperkenalkan
Akta Perkapalan dan Kanun Hasil Negara.
Dari sudut sosial, beliau melarang rakyat Siam berkahwin dengan orang Kristian tanpa
kebenaran. Penganutan agama Buddha disamakan dengan semangat patriotism terhadap
Negara.
Menukarkan nama Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas.
Kesimpulan
Sumbangan terpenting Phibun Songkhram ialah menggerakkan nasionalisme
melampau bertujuan untuk melindungi kepentingan ekonomi rakyat dan negara. Phibun
Songkrham menjalankan dasar anti_Cina untuk menggalakkan orang Thai menceburi bidang
perniagaan dan perdagangan. Phibun Songkrham menjadi diktator tentera yang memegang
kuasa mutlak dalam segala-gala hal sehingga beliau hilang sokongan dalam kalangan
pegawai kerajaan dan rakyat.