Anda di halaman 1dari 1

1.

2 Pernyataan Masalah

Pendidikan prasekolah ini merupakan masa yang kritikal dalam pertumbuhan kanak-kanak

dan perlu diberikan perhatian yang serius (Henniger, 2009). Pendidikan prasekolah juga amat

penting kepada kanak-kanak kerana ini menyediakan mereka dari pelbagai segi sebelum

memasuki pendidikan formal di sekolah rendah (Myers, 1992). Kajian-kajian lepas

menunjukkan bahawa pendidikan prasekolah ini membantu kanak-kanak dari segi kesediaan

sosial, pengetahuan dan emosi sebelum memasuki kelas tahun satu di sekolah rendah (Taiwo

& Tyolo, 2002). Banyak kajian telah dilakukan tentang kesan pendidikan prasekolah ini dan

hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang ketara antara murid tahun satu yang

mendapat pendidikan prasekolah dan yang tidak mendapat pendidikan prasekolah (Thomas &

Currie, 2000). Walau bagaimanapun, tidak banyak kajian dibuat terhadap kesan pendidikan

prasekolah ini di negeri Sabah terutamanya daerah KM. Oleh sebab itu, kajian ini dibuat

untuk mengetahui sejauhmana kesan pendidikan prasekolah ini terhadap pencapaian

akademik murid tahun satu di daerah ini. Kajian ini juga dibuat untuk melihat adakah

terdapat perbezaan pencapaian akademik bagi murid yang mendapat pendidikan prasekolah

dengan murid yang tidak mendapat pendidikan prasekolah dalam setiap mata pelajaran teras

iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Sejauh mana faktor jantina

mempengaruhi pencapaian akademik bagi murid tahun satu yang mendapat pendidikan

prasekolah dan murid tahun satu yang tidak mendapat pendidikan prasekolah juga turut dikaji

dalam kajian ini.

Henniger, M. L. (2009). Teaching young children. Upper Saddle River, New Jersey: Pearson.

Currie, J., & Thomas, D. (2000). School quality and the longer-term effects of head start.

Journal of Human Resources, 35, 755–774.