Anda di halaman 1dari 34

1.

0 PENGENALAN
Keluarga adalah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian
darah,perkahwinan atau pengambilan anak angkat. Keluarga juga merupakan satu ikatan
kemasyarakatan antara suami, isteri dan anak yang berkongsi kehidupan. Keluarga
merupakan lingkungan yang penting kerana pendidikan pertama bermula daripada rumah
yang terdiri daripada lingkungan keluarga. Penglibatan keluarga dalam pendidikan anak
sangat penting khususnyadalam proses perkembangan anak dari satu peringkat ke satu
peringkat yang lain. Penglibatan ini termasuklah komunikasi antara ibu bapa dengan guru
sertakakitangan di sekolah.
Dalam keadaan masyarakat sekarang ini, khasnya di Malaysia, sebahagian besar ibu
bapa bekerja sehingga mempunyai waktu yang sangat terhad bagi merangsangkan anakanaknya di rumah. Ibu bapa dari keluarga kurang bernasib baik kurang memperhatikan
tentang pentingnya stimulasi pada usia awal ini.
Menurut Rohaty (1994) dalam kajiannya di Malaysia, seringkali keadaan di rumah kurang
merangsang pembelajaran di persekitaran mereka. Sedangkan ibu bapa daripada golongan
berada biasanya sibuk bekerja dan kurang dapat meluangkan masa melayan anak-anak
mereka ke arah penyediaan pengetahuan dan kemahiran yang menjadi syarat kejayaan di
sekolah. Jadi ibu bapa kehilangan peluang untuk mengembangkan anak-anaknya secara
maksima.
Pendidikan prasekolah boleh menjadi institusi yang membantu ibu bapa menyelesaikan
permasalahan ini. Menurut Rohaty (2003) masa prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan
asas kepada peringkat pendidikan selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup seseorang
individu. Pendidikan prasekolah bertujuan membantu ibu bapa untuk meningkatkan
perkembangan kanak-anak secara holistik (Essa, 1992) melalui pengalaman belajar yang
bermakna dan menyeronokkan serta persekitaran yang diperkaya bagi menstimulasi otak
mereka.
Pendidikan prasekolah dapat

memberikan pengalaman yang mungkin tidak boleh

dibekalkan di rumah sekalipun keluarga itu serba mencukupi (Rohaty, 1994). Pendidikan
prasekolah yang berkualiti memberikan stimulasi secara holistik kepada kanak-kanak
sehingga dapat meningkatkan fungsi kognitif, konsep kendiri yang positif, harga diri,
kemandirian dan kemahiran sosial. Ia juga mengembangkan emosi kanak-kanak yang
seimbang, pemahaman nilai agama dan spiritual sejak awal serta pemahaman nilai
kesihatan dan keselamatan.

Maka dapat disimpulkan bahawa pendidikan prasekolah mempunyai peranan yang


penting dalam pembentukan sumber manusia yang unggul. Dalam tugasan yang kami
laksanakan ini pendidikan prasekolah merujuk kepada pendidikan yang disediakan oleh
prasekolah kerajaan bagi kanak-kanak yang berumur 4 sampai 6 tahun. Namun kejayaan
pendidikan kanak-kanak di prasekolah ditentukan oleh

penglibatan ibu bapa dalam

pendidikan prasekolah.
Banyak

kajian

membuktikan

kesan

penglibatan

ibu

bapa

terhadap

kejayaan

pembelajaran kanak-kanak dan sekolah (Conway (2003; Mc Allister, 1993). Kajian yang
dilakukan oleh National Center for Family & Community Connections with Schools (2002),
yang membuat ulasan daripada 51 kajian tentang penglibatan ibu bapa menyimpulkan
bahawa ditemukan hubungan yang positif dan meyakinkan antara penglibatan ibu bapa dan
kesannya terhadap sekolah, keluarga dan pelajar daripada semua sosio ekonomi status,
bangsa, latar belakang pendidikan dan umur.
Hampir semua prasekolah kerajaan dan swasta dan Sekolah Rendah di Amerika Syarikat
telah menyediakan kesempatan bagi ibu bapa untuk terlibat. (Huntsinger dan Jose, 2009).
Guru dan pengetua perlu menyokong penglibatan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti di
prasekolah dan menyamakan persepsi antara pengetua dan para guru mengenai
penglibatan ibu bapa. Ibu bapa pun perlu memahami kepentingan pendidikan prasekolah
bagi kehidupan kanak-kanak mereka di masa hadapan, sehingga penglibatan mereka di
prasekolah boleh ditingkatkan.
Penglibatan ibu bapa merupakan manifestasi daripada persepsi ibu bapa terhadap
pendidikan prasekolah. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan di prasekolah merupakan
topik utama daripada tugasan ini.

2.0 PENGURUSAN GRAFIK


2.1 Teoritikal Perspektif Mengenai Keluarga

Teoritikal Perspektif
Mengenai Keluarga

Sangkutan

Kendiri

Autonomi

Inisiatif

Rajah 1 : Teoritikal Perspektif Mengenai Keluarga

2.2 Sangkutan

Bayi membentuk
sangkutan dengan
orang-orang yang
berinteraksi
dengan mereka
secara kerap.

Bayi akan lebih


membentuk tingkah
laku sangkutan
terhadap seorang
manusia iaitu ibu,
kerana ibu lebih
berpengaruh.

Semasa tiga tahun


pertama seorang
bayi sangkutan
membina hubungan
dua hala antara ibu
dengan anak.

Kanak membentuk
Sangkutan yangBayi membentuk
sangkutan dengan
ibu membentuk
selamat
sangkutan yang
beliau akan kesan yang positif
selamat sekiranya ibu
membentuk model
terhadap
bertindak balas
bekerja dalaman
perkembangan kepada keperluan
mengikut ibu mereka.
hidup bayi.
mereka

Bowlby- tingkah laku


sangkutan sebagai
apa jua tingkah laku
yang menolong
merapatkan
hubungan bayi
dengan individu
sangkutan tersebut.

Sangkutan
Rajah 2 : Sangkutan

Sangkutan
-hubungan rapat
dan mesra yang
mewujudkan kasih
sayang yang kuat
dan mengikat
seseorang dengan
yang lain.
4

2.3 Autonomi

autonomi - kanak-kanak pada


peringkat usia 18 bulan hingga
3 tahun berusaha menunjukkan
autonomi untuk berdikari
daripada orang dewasa atau
rakan-rakannya.
Autonomi

Campuran autonomi, malu dan


sangsi memberikan satu
kekuatan kepada kanak-kanak
bahawa mereka boleh bertindak
ke atas dunia dengan kekuatan
sendiri.

pengekalan tingkah laku


yang positif guru perlu
memberi perhatian yang
sewajarnya seperti
dorongan dan sokongan

memberi hadiah dan


ganjaran yang setimpal
dengan tingkah laku anak

mengekalkan penghargaan kendiri


yang tinggi mempunyai sikap yang
positif, sanggup berusaha hingga
dapat menyempurnakan tugasannya,

konsep kendiri yang rendah biasanya


konsep kendiri yang sederhana,
bersikap rendah diri, curiga, tidak
mempunyai rasa curiga dan mampu membuat keputusan, tidak
ragu-ragu dalam mengambil dapat berinteraksi dengan berkesan,
keputusan yang tepat
dan sering melepaskan diri dari
bersikap kurang yakin kepada
kebolehan diri sendiri.

Rajah 3 : Autonomi

2.4 Inisiatif

Contoh : -mensosialisasikan
anak
- memberi sokongan emosi
-mengenakan kawalan sosial

Contoh : Mengajak
kawan-kawan
bermain bersama

Peranan keluargamenyalurkan budaya,


seperti nilai, norma,
kepercayaan, sikap dan
juga bahasa.

Kanak-kanak mengaplikasi
inisiatif dengan sokongan emosi
daripada orang-orang di
persekitarannya seperti ibu bapa,
adik beradik dan rakan sebaya.

guru hendaklah menolong


kanak-kanak mengurangkan
konflik dan membina kemahiran
persahabatan

Semasa bermain mereka


mencuba kemahiran baru
menerusi kegagalan, teguran
dan bimbingan orang di
persekitarannya.

kanak-kanak
mempunyai tujuan
untuk hidup

Inisiatif - bercitacita dan


bersemangat

Inisiatif

Rajah 4 : Inisiatif

7
Rajah 5 : Kendiri
Kendiri
Kendiri - konsep merujuk kepada fikiran, perasaan dan sikap terhadap diri.

Konsep kendiri - positif adalah pandangan tentang diri yang positif. Contohnya saya raji

negatif - pandangan yang terlalu kritikal terhadap diri hingga menyebabkan tidak yakin pada diri sendiri.

gama, budaya keluarga, rumah, rakan sebaya, sekolah, jiran tetangga, saudara mara dan harapan guru boleh memberi i

kanak adalah bermain. Dalam membina strategi dan langkah-langkah untuk meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak p

2.5 Kendiri

3.0 LAPORAN PENULISAN AKADEMIK


3.1 Konsep keibubapaan dan bagaimana cara untuk mewujudkan hubungan
mesra dan kerjasama yang erat dengan ibu bapa dan komuniti.
Keibubapaan merupakan satu proses yang berlaku secara semulajadi apabila
seseorang anak dilahirkan dalam sesebuah keluarga. Walau bagaimanapun, konsep
keibubapaan ini mempunyai pelbagai definisi. Antaranya adalah keibubapaan ialah
satu unit yang mempunyai seorang ibu, seorang bapa yang mewujudkan generasi
baru, seorang penjaga atau pembela. ( Brooks, 2001 dalam Jayaletchumi, 2002 ).
Keibubapaan juga didefinisikan sebagai sepasang individu yang membantu untuk
memberikan hidup baru serta terlibat secara langsung dalam perkembangan dan
interaksi daripada pelbagai aspek untuk sepanjang hayat hidup kanak-kanak. Jadi,
keibubapaan dapat dirumuskan sebagai tanggungjawab sepasang individu yang
mewujudkan, membela serta penjagaan seseorang kanak-kanak sepanjang hayat.
( Jayaletchumi, 2002 ).
Keibubapaan ditakrifkan seperti (sifat, hal, dsb) yg berkaitan dengan ibu bapa
dengan adanya ilmu ~ ini, mereka tidak akan meraba-raba dalam kesamaran
menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Online. Secara ringkas, konsep keibubapaan
membawa maksud tanggapan atau pengertian yang berkaitan dengan sikap atau
kelakuan ibu bapa. Sikap dan kelakuan tersebut berkaitan dengan cara mendidik
anak-anak. Cara ibu bapa mendidik anak-anak bergantung pula pada beberapa
situasi seperti usia anak, personaliti anak, pengalaman silam ibu bapa, dan sikap ibu
bapa sendiri.
Dalam konteks yang lebih luas pula membawa maksud membantu anak-anak dari
segi perkembangan kemahiran sosial dalam kumpulan, pencapaian kejayaan di
sekolah, perkembangan moral,

pembelajaran peranan sosial pada masa akan

datang, persediaan menghadapi zaman remaja dan lebih berdikari, dan hak dan
tanggungjawab.
Ibu bapa merupakan guru pertama dan paling lama bagi anak-anak mereka.
Dalam proses perkembangan yang biasa, ibu bapalah yang banyak menyokong
perkembangan bahasa, sosial dan akademik anak-anak mereka. Terdapat bukti
positif dalam tempoh 30 tahun yang lepas yang menunjukkan bahawa mengajar
kemahiran specifik kepada ibu bapa dapat membantu dalam perkembangan anakanak di bawah jagaan mereka.
Ibu bapa merupakan unit asas keluarga dan peranannya sangat penting dalam
pembentukan sesebuah keluarga yang bahagia. Untuk mendapat pengurusan
8

keluarga yang dinamik, proaktif danmenepati masa yang kian berubah. Peranan ibu
bapa sangat pentng dan perlu dilihat secara makro dan semua ini terlibat secara
komited. Selain daripada faktor keluarga, faktor persekitaran juga perlu diambi kira.
Dalam usaha medirikan sebuah keluarga yang bahagia dan berkesan, konsep
melentur buluh biar dari rebung perlu diberi penekanan. Ibu bapa merupakan satu
unit dan perlu menjalankan pengurusan yan proaktif dari aspek sains dan
kemanusiaan.
Keibubapaan merupakan kerja yang paling sukar sekali, tetapi kebanyakan ibu
bapa menerima sedikit atau tidak mendapat latihan formal langsung dalam kemahiran
keibubapaan. Namun demikian ibu bapa seringkali dikritik bagi setiap kesilapan yang
mereka lakukan. Ahli psikologi telah mengkaji amalan keibubapaan untuk para ibu
bapa.
Menurut pandangan Islam anak-anak yang dilahirkan merupakan satu ujian Allah
SWT kepada kita. Sebagaimana yang telah disebutkan oleh Allah SWT dalam AlQuran yang berbunyi:
Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah
menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi

Allah jualah pahala yang besar. (Al-

Anfal:28).
Allah SWT telah menjelaskan kepada kita dalam ayat ini bahawa harta benda
dan anak-anak yang kita sayangi ini merupakan satu ujian kepada kita. Jika harta
benda yang kita perolehi dengan secara yang halal dan menggunakan ke jalan yang
halal maka beroleh ganjaran yang besar daripada Allah SWT. Dalam ayat ini juga
Allah SWT telah menyebut anak-anak juga merupakan ujian kepada orang yang
beriman. Jika anak-anak yang kita didik mengikut acuan Islam, maka kita akan
beroleh ganjaran yang besar hasil ketaatan mereka.
Ibu bapa mengenali anak mereka dan mempunyai kuasa untuk terlibat secara
aktif di dalam pengalaman prasekolah anak-anak. Ibu bapa yang terlibat secara
langsung dalam arus pembelajaran kanak-kanak mereka dapat memberikan kesan
yang positif terhadap perkembangan kanak-kanak mereka. Antaranya sikap
bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di samping menunjukkan tingkah
laku yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan sosialisasi.
Antara faedah penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak
menurut perspektif Islam yang dapat dikenal pasti adalah kebaikan kepada kanakkanak

ialah kanak-kanak dapat melihat peranan ibu bapa yang berbeza iaitu

peranan sebagai guru. Kanak-kanak dapat berkenal mesra, bersoal jawab dengan
9

orang dewasa berkenaan dengan sesuatu pengalaman atau pengetahuan kerana ibu
bapa datang daripada pelbagai pekerjaan. Kanak-kanak dapat lebih perhatian
daripada orang dewasa ketika menjalankan aktiviti kumpulan dimana nisbah kanakkanak berbanding orang dewasa adalah kecil.
Ibu bapa dapat melihat tingkah laku anak di prasekolah. Ibu bapa berpeluang
mempelajari cara atau kaedah guru mengatasi masalah tingkah laku anak-anak. Ibu
bapa dapat memahami apa yang sudah, sedang dan akan diajar kepada anak
mereka selama berada di sekolah. Ibu bapa lebih memahami kurikulum dan aktiviti
yang dipelajari oleh anak-anak. Ibu bapa boleh menyambung aktiviti susulan ataupun
aktiviti rangsangan. Ibu bapa dapat bersoal jawab dan berkongsi masalah dengan
guru. Guru mendapat buah fikiran dan maklum balas secara terus daripada ibu bapa
apabila hendak menjalankan aktiviti. Guru dapat berkongsi masalah dan bersoal
jawab

bagi

meningkatkan

perkembangan

anak-anak.

Guru

boleh

menjadi

penghubung antara ibu bapa dan sekolah.


Penglibatan keluarga dapat dilihat dari pelbagai segi bergantung kepada
konteks. Teori Epstein menghuraikan kerjasama yang perlu wujud diantara pihak
sekolah, keluarga dan masyarakat. Jenis penglibatan berikut bukan berbentuk hieraki
tetapi ia merupakan suatu kerangka untuk menghubungkan keluarga, ahli
masyarakat dan ahli professional pendidikan awal kanak-kanak. Enam jenis
penglibatan ibu bapa mengikut Epstein ialah keibubapaan membantu keluarga
menguasai kemahiran keibubapaan dan memahami perkembangan kanak-kanak.
Komunikasi mengamalkan pelbagai cara komunikasi yang berkesan diantara sekolah
dan keluarga. Kesukarelawan menggalakkan keluarga berkhidmat secara sukarela
dengan pelbagai cara.
Selain itu, pemelajaran di rumah melibatkan keluarga menyokong aktiviti
pembelajaran di rumah. Tambahan lagi, membuat keputusan : melibatkan keluarga
dalam pengurusan persekolah dan organisasi berkaitan. Akhirnya, kolaborasi dengan
masyarakat menyelaras perkhidmatan masyarakat untuk kebaikan bersama.
Prinsip keibubapaan perlu dilihat dari sudut mikro dan makro. Kemahiran
keibubapaan adalah asas kepada kesejahteraan keluarga, masyarakat dan Negara.
Keibubapaan tidak terhad kepada ibu bapa tetapi juga berhubungkait dengan
kematangan dan kesediaan institusi-institusi lain untuk bekerjasama. Penglibatan
dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantu-membantu antara
dua pihak ataupun beberapa pihak. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanakkanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan
membantu mengekalkan kejayaannya.
10

Sebagai ibu bapa, anda lebih mengenali anak anda, dan anda mempunyai
kuasa untuk terlibat secara aktif didalam pengalaman prasekolah anak anda.
Sekiranya dari pemerhatian anda, memberikan gambaran bahawa di situlah anakanak akan dapat berkembang dengan sepenuhnya, maka anda telah pun menemui
prasekolah yang betul.
Sekiranya kita mahu anak-anak berjaya dalam bidang pendidikan, kita perlu
terlibat secara langsung dalam arus pembelajaran mereka. Penglibatan ibu bapa
dalam pendidikan anak-anak secara tidak langsung memberikan kesan yang positif
terhadap perkembangan anak-anak antaranya sikap bersungguh-sungguh dalam
aktiviti pembelajaran di samping menunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan
seimbang.
Prasekolah Generasi Global berhasrat untuk mempunyai identiti sebagai
prasekolah berasaskan komuniti. Walaubagimanapun identiti tersebut tidak akan
dicapai jika ibu bapa tidak bertindak aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di prasekolah. Penglibatan ibu bapa memberi kebaikan kepada kanak-kanak, guruguru dan ibu bapa sendiri. Antara faedah yang dikenal pasti kanak-kanak dapat
melihat peranan ibu bapa yang berbeza iaitu peranan sebagai guru. Kanak-kanak
dapat berkenal mesra, bersoal jawab dengan orang dewasa berkenaan dengan
sesuatu pengalaman atau pengetahuan kerana ibu bapa datang daripada pelbagai
pekerjaan. Kanak-kanak dapat lebih perhatian daripada orang dewasa ketika
menjalankan aktiviti kumpulan dimana nisbah kanak-kanak berbanding orang dewasa
adalah kecil.
Kebaikan kepada ibu bapa ialah ibu bapa dapat melihat tingkah laku anak di
prasekolah. Ibu bapa berpeluang mempelajari cara atau kaedah guru mengatasi
masalah tingkah laku anak-anak. Ibu bapa dapat memahami apa yang sudah,
sedang dan akan diajar kepada anak mereka selama berada di sekolah. Ibu bapa
lebih memahami kurikulum dan aktiviti yang dipelajari oleh anak-anak. Ibu bapa boleh
menyambung aktiviti susulan ataupun aktiviti rangsangan. Ibu bapa dapat bersoal
jawab dan berkongsi masalah dengan guru.
Selain itu, kebaikan kepada guru ialah guru mendapat buah fikiran dan
maklum balas secara terus daripada ibu bapa apabila hendak menjalankan aktiviti.
Guru dapat berkongsi masalah dan bersoal jawab bagi meningkatkan perkembangan
anak-anak. Guru boleh menjadi penghubung antara ibu bapa dan sekolah. Terdapat
pelbagai cara untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan
ibu bapa dan komuniti. Antaranya, ibu bapa boleh mendekatkan diri dengan
penglibatan di sekolah. Hal ini ternyata dapat memberikan sumbangan atau idea
11

yang bernas demi menjamin perkembangan kanak-kanak kelak. Ibu bapa haruslah
melibatkan diri dengan kegiatan sekolah contohnya seperti, gotong royong,
sukaneka, hari kantin dan sebagainya..
Sumbangan yang diberi oleh ibu bapa dalam penglibatan sekolah ini amat
penting dan sangat di perlukan di sekolah. Pada zaman moden seperti sekarang,
jarang ada ibu bapa yang mampu melibatkan diri dalam penglibatan sekolah. Tetapi
sekiranya sekolah melakukan aktiviti yang mendatangkan faedah kepada anak-anak
mereka, kebarangkalian ibu bapa akan turut serta memberi dukungan kepada anakanaknya.
Diterangkan disini, sumbangan yang perlu diberikan oleh ibu bapa ialah
tenaga untuk bergotong royong di sekolah. Dengan aktiviti ini, ia dapat
memperkembangkan perkembangan fizikal, sosial dan emosi dikalangan kanakkanak dan ibu bapa. Dimana yang dikatakan dengan perkembangan fizikal ini apabila
kanak-kanak itu melakukan aktiviti mengutip sampah dan dengan cara itu ia dapat
meningkatkan perkembangan fizikal. Perkembangan sosial dan emosi pula dimana
kanak-kanak itu bersama ahli keluarga masing-masing dan berkomunikasi bersama
ahli keluarga rakan-rakan yang lain. Dengan ini, kanak-kanak itu dapat mempelajari
cara berkomunikasi dengan orang yang lebih tua darinya. Sebaliknya, jika ibu bapa
kanak-kanak ada yang tidak dapat menghadirkan diri dalam aktiviti gotong royong
ataupun sukaneka kanak-kanak tersebut akan menjadi muram dan tidak banyak
bercakap dengan orang di sekelilingnya. Dengan ini boleh mewujudkan hubungan
mesra dan kerjasama yang erat dengan ibu bapa dan komuniti.
Selain dari itu, ibu bapa juga boleh menghadirkan diri dalam kegiatan hari
kantin, dimana ibu bapa boleh memberi makanan percuma pada semua kanak-kanak
disitu, dengan cara ini perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak tersebut akan
berkembang dengan baiknya.
Selaku ibu bapa yang prihatin terhadap pembelajaran anak-anaknya, ibu bapa
perlu juga memberi bantuan kepakaran kepada guru sekiranya ibu bapa tersebut
mempunyai kepakaran contohnya seperti doktor, jururawat, angkasawan dan
sebagainya. Sekiranya ia mempunyai kepakaran dalam bidang kedoktoran, ibu bapa
juga boleh memberikan rawatan percuma kepada guru dan kanak-kanak. Dengan
cara ini ia boleh membantu dalam perkembangan fizikal kanak-kanak sekiranya ia
demam, selsema dan batuk dan boleh mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama
yang erat dengan ibu bapa dan komuniti.

12

Sebegitu juga dengan kepakaran seorang jururawat, iaitu dengan memberi


kepakarannya dalam mengajar kanak-kanak itu memberus gigi, membasuh tangan
selepas makan dan sebagainya dapat mempertingkatkan perkembangan fizikal,
sosial dan emosi dimana kanak-kanak tersebut dapat bertanya kepada jururawat dan
melakukan pergerakan yang di ajar oleh jururawat tersebut.
Selain dari itu, sekiranya ada ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam
saintis seperti angkasawan juga dapat membantu dalam perkembangan kognitif
kanak-kanak, dimana sekarang kita lihat bahawasanya kanak-kanak sekarang sangat
berminat pada angkasawan kita yang pertama iaitu Datuk Dr. Sheikh Muzaffar.
Sekiranya ada dikalangan ibu bapa yang mengetahui tentang kepakaran seorang
angkasawan juga boleh memberi sumbangan kepakarannya.
Seterusnya, ibu bapa yang ada masa kelapangan juga boleh mengajar kanakkanak bermasak, itu juga antara perkembangan kognitif dan fizikal yang dimana
seorang kanak-kanak itu akan berfikir dan berlari untuk melihat sesuatu yang di ajar
oleh ibu bapa mereka. Dengan cara ini juga ia dapat membantu perkembangan sosial
dan emosi kanak-kanak dimana kanak-kanak tersebut akan terus bertanya dan
bercakap sesama mereka kerana cara memasak ini akan menarik minat kanak-kanak
terutama kanak-kanak perempuan. Perkembangan emosi pula dapat di tingkatkan
kerana kanak-kanak yang sunyi dapat menghiburkan hati melihat apa yang di ajar
dan di masak oleh ibu bapa mereka. Dengan ini boleh mewujudkan hubungan mesra
dan kerjasama yang erat dengan ibu bapa dan komuniti
Jenis penglibatan ibu bapa yang seterusnya ialah ibu bapa menjadi guru
sukarela terhadap kanak-kanak. Ibu bapa juga boleh memberi ilmu dan juga boleh
meningkatkan perkembangan fizikal, emosi, sosial dan kognitif kanak-kanak.
Sumbangan yang boleh di berikan oleh ibu bapa adalah seperti mengajar mengenai
bahasa, mengajar melukis, mengajar bersenam, mengajar bermain bola dan
sebagainya.
Penglibatan ibu bapa bermaksud melibatkan aktiviti di bilik darjah secara
sukarela, membantu guru menyediakan bahan dan menjalankan aktiviti bersama
kanak-kanak. Guru prasekolah amat menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam
memberikan bantuan secara sukarela khususnya dalam aktiviti kemahiran akademik
seperti membaca dan menulis. Ibu bapa juga boleh membantu guru menyediakan
bahan aktiviti yang akan digunakan oleh guru di prasekolah. Dengan ini boleh
mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan ibu bapa dan
komuniti melalui meluangan masa bersama mereka dengan melakukan aktiviti yang
tersebut.
13

Ibu bapa boleh mengajar secara sukarela ini di saat mereka cuti dan di masa
lapang. Ibu bapa boleh member sumbangan dalam mengajar bahasa, contohnya
seperti menyebut perkataan, huruf dan sebagainya. Teori Vygotsky memberi
penekanan terhadap pengaruh persekitaran sosial terhadap perkembangan kanakkanak, khususnya aspek perkembangan bahasa kerana bahasa adalah alat utama
interaksi yang berperanan sebagai penyampai maklumat. Bahasa kanak-kanak
berkembang dalam persekitaran sosialnya. Menurut teori ini, bahasa ialah alat berfikir
bagi manusia untuk membina konsep-konsep dalam fikiran sebagai respons kepada
masalah dan rangsangan persekitaran.
Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan mempunyai kesan yang positif
kepada anak-anak. Anak-anak akan merasakan pembelajaran bukan sahaja
diperolehi daripada guru di sekolah tetapi juga akan berterusan sehingga di rumah.
Permuafakatan antara guru dan ibu bapa, penjaga dan komuniti dapat membantu
dalam perkembangan dan kemajuan murid secara berterusan ke arah melahirkan
warganegara yang baik dan bertanggungjawab. Kanak-kanak akan lebih senang
belajar bersama ibu bapa mereka sendiri. Dengan ini ia dapat mempertingkatkan
perkembangan kanak-kanak secara keseluruhannya.
Selain itu, melauli melibatkan diri dalam kegiatan luar juga boleh mewujudkan
hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan semua pihak.. Pihak institusi
boleh menganjurkan seminar keibubapaan dan perkembangan kanak-kanak. Ia
bertujuan mendedahkan ibu bapa cara-cara menguruskan dan mendidik anak di
rumah terutama dalam meningkatkan perkembangan pemikiran anak-anak.
Ibu bapa juga boleh menjadi pengajur untuk sesuatu aktiviti, contohnya seperti
berkelah, mengadakan hari membuat latihan berfikir, mengadakan lawatan, membuat
hari keluarga dan guru bersama-sama. Dengan cara ini dapat kita lihat
perkembangan sosial kanak-kanak dapat di pertingkatkan. Selain itu, dengan aktivitiaktiviti yang dianjurkan ibu bapa itu juga boleh meningkatkan perkembangan kognitif
kanak-kanak dimana mengadakan hari membuat latihan berfikir itu adalah aktiviti
seperti diberi satu kertas bergambar dan harus kanak-kanak tersebut mencari
gambar yang ada didalam kertas tersebut. Aktiviti tersebut diadakan diluar pusat
institusi, contohnya seperti zoo.
Sekarang ini, ibu bapa juga kerap dilihat dalam aktiviti di luar prasekolah
seperti menemani anak mereka dalam lawatan ke muzium dan taman hiburan.
Penglibatan ibu bapa lebih merupakan pendekatan satu arah, iaitu daripada atas ke
bawah. Kesinambungan penglibatan ibu bapa lebih bersifat inisiatif guru daripada
inisiatif ibu bapa pada andaian prasekolah pula ibu bapa perlu diberitahu mengenai
14

apa yang harus dilakukan. Penglibatan ibu bapa boleh meningkatkan kualiti
prasekolah. Ibu bapa perlu dididik mengenai peranan dan tanggungjawab mereka
supaya matlamat pendidikan prasekolah berkenaan dapat dicapai dan peranan
mereka sebagai pendidik di rumah dilatih.
Kesimpulannya melalui cara-cara yang dinyatakan di atas boleh mewujudkan
hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan ibu bapa dan komuniti. Selain itu,
penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan awal kanak-kanak memainkan
peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia di kalangan kanakkanak. Peranan ibu bapa, keluarga dan komuniti sebagai rakan kongsi aktif dalam
proses pembelajaran kanak-kanak selalunya memberikan kesan kepada kualiti
perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa juga adalah pendidik pertama dan utama
kanak-kanak sebelum kanak-kanak berhadapan dengan guru-guru pembimbing di
prasekolah.
Ibu bapa juga membantu meningkatkan kualiti sesebuah program prasekolah
dengan menyumbang tenaga, berkongsi bakat dalam program prasekolah.
Penglibatan ibu bapa juga boleh meningkatkan kendiri kanak-kanak dan ibu bapa itu
sendiri. Kefahaman ibu bapa dapat meningkatkan tahap proses pembelajaran di
prasekolah dan ibu bapa berpeluang melaksanakan peranan sebagai pendidik.
Oleh yang demikian, ibu bapa dan komuniti seharusnya mengambil
pendekatan yang serius dalam membimbing kanak-kanak seawal usia lagi kerana
mereka bakal menerajui pentadbiran dunia kelak. Penglibatan ibu bapa, penjaga dan
komuniti adalah sangat digalakkan kerana ia adalah elemen penting dalam
pelaksanaan kurikulum prasekolah. Permuafakatan antara guru dan ibu bapa,
penjaga dan komuniti dapat membantu dalam perkembangan dan kemajuan murid
secara berterusan ke arah melahirkan warganegara yang celik akal dan berintegriti.

15

4.0 KERTAS KERJA


4.1 PELAKSANAAN PROGRAM PENGLIBATAN IBUBAPA DAN KELUARGA DALAM
PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Instict atau naluri adalah suatu anugerah kepada hidupan seperti manusia dan
haiwan. Menurut agama Islam hubungan manusia sesama manusia yang juga dipanggil
hablumminnanas terjalin sejak zaman Nabi Adam lagi. Begitu juga hubungan yang
terjalin antara ibu bapa lebih-lebih lagi ibu dan anak yang mempunyai talian sangat
rapat. Keadaan ini menjadikan ibu dan anak mempunyai satu naluri atau perasaan yang
sukar dirungkaikan. Perkara ini juga dikenali sebagai sangkutan.
Menyedari hakikat ini, di sini kami merancang untuk menjalankan satu program yang
dapat merapatkan lagi hubungan ini serta memberi ibu bapa pendedahan terhadap apa
yang berlaku kepada anak-anak mereka di sekolah.
Menurut Lorenz melalui pemerhatiannya mengkaji ke atas corak tingkah laku
sekumpulan anak angsa, beliau merumuskan bahawa kita tidak akan memahami kanakkanak kalau kita tidak memerhatikan tingkah lakunya dalam persekitaran semula jadi
mereka.Oleh itu, saya bercadang untuk menjalankan Program Sukaneka yang
melibatkan penyertaan ibu bapa dalam setiap acara yang dijalankan.

16

KERTAS KERJA
PROGRAM SUKANEKA PRASEKOLAH

TARIKH
05-10-2015
(Isnin)

TEMPAT PROGRAM
PRASEKOLAH BARATHI
SJK TAMIL RAUB
PAHANG

KERTAS KERJA
17

PROGRAM SUKANEKA PRASEKOLAH

1.0

TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk mengadakan aktiviti permainan iaitu sukaneka
prasekolah bagi menggalakkan murid-murid untuk bersukan.

2.0

PENGENALAN / LATAR BELAKANG


Permainan sukaneka mempunyai peranan yang penting dalam perkembangan fizikal
bagi

murid-murid

di

prasekolah.Walaupun

objektif

jangka

penddek

adalah

menghiburkan para peserta. Menerusi permainan sukaneka murid prasekolah dapat


membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini, kepantasan, daya tenaga,
ketangkasan, dan kemahiran adalah contoh sifat jasmani yang diperlukan. Selain itu,
permainan sukaneka juga dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada
penganjur dalam pengelolaan sesuatu pertandingan.
3.0

MISI
Melahirkan murid prasekolah yang aktif dalam sukan.

4.0

MATLAMAT
Matlamat sukaneka ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama,
persefahaman, dan interaksi yang sihat di kalangan murid. Aktiviti permainan
sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif di kalangan
murid dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di samping itu, sukaneka ini juga
secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut aktif dan seronok
menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.

5.0

OBJEKTIF

Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri peserta
18

6.0

Mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta.


Membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif.
Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan potensi, perkembangan

fizikal dan psikomotor melalui aktiviti sukan.


Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri

bertangguungjawab
Memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi

dan bersosialisasi dengan menepati tata susila masyarakat majmuk


Memberi peluang kepada murid prasekolah melakukan aktiviti

menggembirakan untuk meneroka dan berinteraksi dengan persekitaran.


Menjalin kerjasama di kalangan ibu bapa dan pihak pengurusan prasekolah.

seperti

bekerjasama,

rajin

dan

yang

RASIONAL
Kemahiran ini adalah satu aspek pembelajaran yang selaras dengan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan di samping memenuhi keperluan asas
kemahiran bersosial bagi murid-murid prasekolah selaras dengan kehendak dan
tuntutan

konsep

pembelajaran

Pendidikan

yang

pelbagai

Prasekolah
dan

menarik

untuk

menyediakan

dengan

interaksi

pengalaman
terus

kepada

persekitaran.

7.0

TEMA
BADAN SIHAT, OTAK CERGAS

8.0

ANJURAN DAN ORGANISASI


Prasekolah Barathi / Kambar
PEWARIS Praskolah
Rujuk lampiran A.

9.0

TARIKH DAN MASA


Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :
Nama Program

: PROGRAM SUKANEKA PRASEKOLAH


19

10.0

Tarikh

: 05-10-2015

Hari

: Isnin

Masa

: 8.00 pagi

Tempat Program

: Gelanggang badminton SJK T Raub

TEMPAT PROGRAM
Gelanggang badminton SJK T Raub
SJK (Tamil) RAUB
27600 Raub
Pahang Darul Makmur

11.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM


Jumlah guru 4 orang.
Jumlah PPM 2 orang
Jumlah murid 47 orang

12.0 TENTATIF PROGRAM


Rujuk Lampiran B

13.0

ANGGARAN BELANJAWAN PROGRAM


Rujuk Lampiran C

14.0

SENARAI ALATAN
Rujuk Lampiran D

20

15.0

PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan, sumbangan dan urusan serta
surat menyurat, sila hubungi :
Prasekolah Barathi / Kambar
SJK (TAMIL) RAUB
27600 Raub
Pahang

16.0

PENUTUP
Kami berharap program ini mendapat perhatian dan pertimbangan serta kerjasama
yang sewajarnya dari pihak sekolah khususnya. Semoga program ini akan berjalan
dengan jayanya serta mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan.
Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Disediakan oleh:

Disahkan Oleh:

....................

........................................

(V.SHOBANA)

(EN K.TAMILVANEN)

Guru Praktikum Prasekolah,

Guru Besar

SJK Tamil Raub.

SJK Tamil Raub

LAMPIRAN A
JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi

: En K.Tamilvanen
21

Naib pengerusi

: 1. Pn S.Saraswathy (GPK 1)
2. Pn Vikneswary (GPK HEM)
3. Pn Asha (GPK KOKO)

Setiausaha

: Cik V.Shobana

Bendahari

: Pn B.Kalyani

Ahli Jawatankuasa
Jemputan / Buku. Program

: Cik Pakialetchumi / Pn Suganthi

Pencatat markah /Pengadil

: Pn S.Saraswaty Pn.G. Mariammah / Pn Rajeswari

Alatan permainan/ sukan

: Cik Norazila / Pn Kaliammah / En Chanderan

Siaraya

: En.Bala/ En Santhana Kumar

Makanan / minuman

: Cik Norazila / Pn G.Mariammah / Pn Nalini

Hadiah /Penyampaian hadiah

: Pn.S.Karpagam / Pn B.Kalyani / Cik Norazila

Keselamatan/ disiplin

: Pn Vikneswary / Pn Asha

Senamrobik

: Cik Shobana / Cik Uthaya

Dokumentasi/ photo

: En.Husaimi Bin Hashim

Pertolongan cemas

: Cik Sharmila / Pn Nalini / Pn Suganthi

Permainan ibu bapa

: Pn Kalyani / Pn Rajeswary / Pn Sukuna

Permainan murid

: Cik Shobana / Cik Uthaya

Backdrop

: Cik Shobana / Cik Uthaya

LAMPIRAN B
TENTATIF PROGRAM SUKANEKA PRASEKOLAH
MASA

AKTIVITI

7.30 8.00 pagi

Kehadiran ibu bapa

8.00 8.30 pagi

Senamrobik
22

Acara Murid Berkumpulan


Isi air dalam botol
Berjalan dengan pundi kacang di atas bangku kecil
Lompat pagar dan membawa bola ping pong
Mencari gula-gula dalam tepung

8.30 10.15 pagi

10.15 - 10.45 pagi

REHAT
Acara Individu

10.45 11.15 pagi

Tiup dan pecah belon


Music chair

Acara Terbuka Bapa


11.15 11.30 pagi

11.30 11.45 pagi


11.45 12.00
tengahari

12.00 12.30
tengahari

Boling Kelapa

Acara Terbuka Ibu


Boling Kelapa
-Acara terbuka (4 tahun ke bawah)
Kutip gula-gula
Ucapan Pengerusi Pewaris Prasekolah
(Pn Rajeswary)
Ucapan Penutup oleh Guru Besar
(En Tamilvanen)

12.30 tengahari

Penyampaian Hadiah

1.00 tengahari

Bersurai

LAMPIRAN C
ANGGARAN BELANJAWAN PROGRAM

Anggaran Perbelanjaan (Peruntukan Ko-kurikulum Prasekolah)

BIL

PERKARA

KUANTITI

HARGA

JUMLAH
23

1.

SEUNIT (RM)

HARGA (RM)

Hadiah Acara kumpulan


Tempat 1

12

3.50

42.00

Tempat 2

12

3.50

42.00

Tempat 3

12

3.50

42.00

12

3.50

42.00
189.00

Johan

3.50

7.00

Naib Johan

3.50

7.00

3.50

7.00
21.00

Johan

25.00

50.00

Naib Johan

15.00

30.00

Ketiga

10.00

20.00

100.00

100.00
100.00

2.00
Jumlah

96.00
406.00

Tempat 4
Jumlah
2.

Hadiah Acara Individu

Ketiga
Jumlah
3.

Hadiah Acara Ibu bapa

3.

Jumlah
Peralatan sukaneka / Lain-lain

4.

perbelanjaan
Makanan murid

48

Keseluruhan

LAMPIRAN D
SENARAI ALATAN

24

Alatan

Kuantiti

Baldi

4 buah

Skitel

15 buah

Pinggan

4 biji

Gula-gula

100 biji

Tepung

3 bungkus

Span

4 keping

Botol mineral

28 botol

Pundi kacang

4 beg

Gelung rotan

20 gelung

Kelapa muda

5 buah

Bola ping pong

4 biji

Sudu sup

4 buah

Belon

60 keping

Kerusi kecil

30 buah

5.0 REFLEKSI
Tugasan bagi subjek Penglibatan Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah yang
berkod (PRA3123). Secara individu, saya perlu menyediakan pengurusan grafik tentang
teoritikal perspektif mengenai keluarga, mengumpul bahan atau maklumat yang

25

berkaitan dengan peranan keluarga dan amalan keibubapaan yang sesuai untuk
diterapkan dalam pendidikan kanak-kanak di prasekolah dalam pelbagai sumber. Selain
itu, saya perlu membina satu laporan penulisan akademik bertajuk Konsep
keibubapaan dan bagaimana cara untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama
yang erat dengan ibu bapa dan komuniti. Akhirnya, saya perlu membuat satau kertas
kerja tentang perancangan program perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak di
prasekolah dengan melibatkan ibubapa dan komuniti.
Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah subjek
Penglibatan Keluarga Dalam Pendidikan Prasekolah iaitu Puan Nor Azizah Binti Mohd
Nor kerana beliau, saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Beliau
menerangkan kerja kursus ini dengan jelas dan juga membantu saya apabila
menghadapi masalah semasa dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa
penerangan daripada beliau tidak mungkin saya dapat menyiapkan kerja kursus ini
dengan lancar.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan saya di
atas bantuan sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Saya mengambil masa lebih
kurang dua bulan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Masa yang diberi oleh pensyarah
agak panjang dan saya dapat menghabiskan kerja kursus ini dalam masa yang
ditetapkan. Hal ini kerana, kami telah melaksanakan praktikum fasa kedua. Tugasan
kerja kursus yang selesai disempurnakan ini banyak memberikan kesan kepada guru
pelatih itu sendiri. Segala input-input yang membina dan positif telah banyak diperolehi
melalui tugasan kerja kursus ini. Di samping itu juga, serba sedikit kekuatan dan
kelemahan yang didapati melalui tugasan ini.
Dari segi kekuatan yang diperolehi, tugasan ini banyak memberi kesedaran tentang
pentingnya peranan keluarga dan amalan keibubapaan yang sesuai untuk diterapkan
dalam pendidikan kanak-kanak di prasekolah. Ini adalah termasuk belajar menerima
penambahbaikan ilmu yang ada pada diri sendiri, menambah serta mengukuhkan
pengetahuan yang ada berkaitan dengan penglibatan ibubapa dalam pendidikan awal
kanak-kanak dan saya juga mengetahui cara dan aktiviti untuk mewujudkan hubungan
mesra dan kerjasama dengan ibubapa dan komuniti.
Kesinambungan daripada itu juga, kerja kursus ini akan dapat membentuk kemahiran
terhadap guru pelatih untuk mewujudkan ciri-ciri kebolehan bekerja secara berpasukan
dengan ibubapa dan komuniti. Ini boleh dijadikan sebagai persediaan kepada latihan
mengajar satu hari kelak supaya guru boleh mewujudkan repo yang bagus dengan
ibubapa atau penjaga.

26

Selain itu juga, kemahiran pedagogi akan dapat dipertingkatkan melalui kerja kursus
ini seperti teoritikal perspektif mengenai keluarga dan lain-lain. Di samping itu juga,
membuat kertas kerja program adalah melibatkan ibubapa dan komuniti. Oleh itu, saya
merancang aktiviti sukaneka yang melibatkan ibubapa atau penjaga. Saya telah
merancang beberapa aktiviti bagi ibubapa dan juga menjadikan semua pewaris sebagai
ahli jawatankuasa sepanjang program ini. Dengan ini, boleh kita mewujudkan hubungan
yang mesra dan kerjasama yang erat dengan ibubapa/ penjaga.
Dari segi pencarian bahan dan maklumat mengenai peranan keluarga dan amalan
keibubapaan, dan konsep keibubapaan dan cara untuk mewujudkan hubungan mesra
dan kerjasama yang erat dengan ibubapa / penjaga , semuanya adalah berjalan dengan
baik. Sumber-sumber dari internet dan bahan buku amatlah mencukupi untuk dijadikan
kandungan kepada subtopik yang menjadi salah satu tugasan dalam kerja kursus ini.
Saya telah mencari artikel-artikel dari majalah-majalah keibubapaan seperti Pa&Ma,
Parenthood dan Motherhood. Saya mendapatkan buku ini daripada makcik saya dan di
perpustakaan awam.
Semasa menyiapkan tugasan, iaitu menyediakan pengurusan grafik bagi topik-topik
ini, saya mengalami sedikit kesukaran dalam membezakan maklumat yang penting
tentang teoritikal perspektif mengenai keluarga. Saya juga tidak dapat memahami
konsep bagi autonomi, kendiri, inisiatif dan sangkutan. Ini kerana sebelum saya
menyelidik secara mendalam dan memahami perkara ini, saya berpendapat ia berkaitan
antara satu sama lain dan ia merupakan satu proses namun ternyata saya salah kerana
keempat-empat merupakan perkara yang serupa,namun tidak sama.
Oleh hal yang demikian, saya telah membuat sedikit pembacaan melalui carian
maklumat dalam internet dan juga pembacaan dalam buku-buku. Bukan hanya buku
yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah tetapi buku-buku lain berkaitan teori
perspektif keluarga turut menjadi bahan rujukan saya. Kadang-kadang saya juga
mengalami sedikit kesukaran semasa pencarian maklumat tentang tajuk ini melalui
media elektronik iaitu internet kerana keadaan talian yang bermasalah dan juga
penyedian talian internet yang lemah yang telah disediakan oleh institut ini. Tambahan
lagi, saya mengalami kesukaran semasa memilih isi yang penting untuk menghasilkan
pengurusan grafik. Saya berasa kebanyakkan isinya penting dan terlalu banyak
maklumat penting yang saya dapat dan saya tidak pandai merumuskannya.
Namun, masalah itu dapat saya atasi apabila saya merujuk dengan pensyarahpensyarah di jabatan serta rakan-rakan yang arif dan lebih berpengetahuan mengenai

27

teoritikal perspektif mengenai keluarga. Dan akhirnya saya berjaya menyiapkan


pengurusan grafik yang ditugaskan dengan jayanya.
Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat
dalam menyiapkan ini, terutama sekali kepada pensyarah bagi subjek ini iaitu, Puan Nor
Azizah Binti Mohd Nor di atas segala ilmu yang dicurahkan. Sebenarnya, banyak perkara
baru yang dipertengahkan dalam tugasan ini dan juga banyak kelebihan dan kekuatan
serta faedah yang dapat diperolehi daripada penghasilan projek kali ini.
Sekian, terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH :

SHOBANA A/P S.VIJAYAKUMAR


931030-01-5680
6 PISMP PRA SEKOLAH 3

6.0 BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Rashid. (1995). Kepentingan alat bantu mengajar dalam
pengajaran bahasa, Jurnal Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
28

Asma. (2011). Ibubapa Baru. http://asmajeneri.blogspot.my/. Dilayari pada 10 September


2015.

Atan Long.1979. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan


Pustaka.

Azizah Lebai Nordin. 2002. Pendidikan Awal Kanak-Kanak Teori Dan Amali. Penerbitan
Universiti Malaya.

Azizan Amanda. (2013). Penglibatan keluarga.


http://www.slideshare.net/raslamia/penglibatan-keluarga. Dilayari pada 8 September
2015.
Bengkel Urut Kembali Lagi. diperoleh daripada laman web Utusan Malaysia,
Arkib:2009.Ogos.06 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0806&pu
b=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.html . Dilayari pada 12 September
2015.
Buku Teks DBP. 2002. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Tingkatan 4.Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015).Keibubapaan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?
k=keibubapaan. Dilayari pada 10 September 2015.
Douglas P.Newton. 2002. Talking Sense in Sciene. London : RoutledgeFalmer
Edgington, M. (2004). The Foundation Stage Teacher In Action Teaching 3, 4 And 5 YearOlds. UK: Paul Chapman Publishing.

Elizebeth Sadek & Jacqueline Sadek. 2004. Good practice in Nursery Management : 2nd
edition. United Kingdom : Stanley Thornes Publisher Ltd

29

Eugenia Hepworth Berger. 1991. Parents as Partners in Education : The school and Home
Working Together . United States Of America : Macmillan Publishing Company
Hamilton, D.S., & Flemming, B.M. (1977). Resources for Creative Teaching in Early
Childhood

Education. New York: Harcourt Brace Jovanovich, Inc

Henderson, A. T & Berla. 1994. A new generation of evidence : The family is critical to
student

achievement. Washington, DC: Center for Law and Education

Hj Zulkiply Bin Hj Yaakob. (2010). Penglibatan Keluarga-Perspektif.


http://zulprasekolah.blogspot.my/2010/09/penglibatan-keluarga-perspektif.html.
Dilayari pada 4 September 2015.
Hj Zulkiply Bin Hj Yaakob. (2013). Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah.
http://zulprasekolah.blogspot.my/. Dilayari pada 2 September 2015.

Hon Shan Shan. (2015). Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah.


http://www.slideshare.net/ShanShanHon/penglibatan-keluarga-dalam-pendidikanprasekolah?related=1. Dilayari pada 4 September 2015.

Jeffrey Glanz. 2006. School - Community Leadership : United States. Corwin Press.
Jillian Rodd. 1996. Leadership in early childhood : the pathway to
Singapore

profesionalisme.

: South Wind Production.

Kail, R.V., & Cavanaugh, J.C. (2000). Human Development. A Lifespan View. USA:
Wadsworth Thomson.
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001. Huraian Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.


Pusat Perkembangan Kurikulum.
30

Kwong Howe Leng (2006, November). Excellent Foods For Developing Brains. Parenthood,
m/s 57-64.
Liew Leng Sze (2006, July). Developing the sense of touch. Parenthood, m/s 55-61.
Liew Leng Sze (2007, Jun). Your Emergency guide to a car accident. Parenthood, m/s 76-80.
Linda Sharp (2006, May). Tapping Into Your Childs EQ. Parenthood, m/s 45-52.
Linda Sharp (2007, Mar). Keep your Kids Active. Parenthood, m/s 50-53
Marzano, R. J. 2003. What works in schoos:Translating Research into action. Alexandria, VA
: Association for Supervision and Curriculum Development.
Nurani. (2009). Konsep Keibubapaan. http://ajengsari65.blogspot.my/2009/05/konsepkeibubapaan.html. Dilayari pada 10 September 2015.
Norhasliza Yusoff (2006, Disember).Little Ones Eduworld Preschoolers. Pa & Ma, m/s 98102.
Nurhidayati-Abd-Latif. (2015). Penglibatan Ibubapa.
http://documents.tips/documents/penglibatan-ibubapa.html. Dilayari pada 2
September 2015.
Reni Akbar Hawadi. 2001. Psikologi perkembangan anak. Jakarta: Gramedia Widiasarana.
Rohani Abdullah. 2004. Bayi cerdik. Pahang: PTS publications Sdn. Bhd.
Rozumah Baharudin dan Salma Ishak. 1985. Panduan Aktiviti Prasekolah.
Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ramlah Jantan dan Mahani Razali. 2004. Psikologi Pendidikan Pendekatan
Kontemporari Edisi Revisi. Perak: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Siti Fatimah Binti Bdul Rahman (2006,November 10). Penglibatan ibu bapa jamin
kejayaan anak-anak. Utusan Malaysia.
Thompson.M (2005, Februari 21). Parent teacher conference : Eight steps to parental
succes.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.2008. Kurikulum Permata. Pusat Penyelidikan
Perkembangan Kanak-kanak Negara.
31

Utusan online Konsep keibubapaan masa kini. (2005). Ibu Bapa zaman baru.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0608&pub=Utusan_Malaysia
&sec=Rencana&pg=ot_03.htm. Dilayari pada 10 September 2015.

Wong Chin Ming (2007, Mei). Hooked on Reading. Motherhood, m/s 55-60.

32

33

7.0 LAMPIRAN

Soalan 2 : bahan dan maklumat yang berkaitan dengan peranan keluarga dan
amalan keibubapaan yang sesuai untuk diterapkan dalam pendidkan kanak-kanak di
prasekolah dalam pelbagai sumber di lampirkan di lampiran.

Bahan dan maklumat yang digunakan untuk menghasilkan pengurusan grafik juga
telah dilampirkan di sini.

34