Anda di halaman 1dari 34

Masalah sosial dalam kalangan remaja

Pengenalan
Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan
mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada
kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di
dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol,
sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.
Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun
1995 ,1,895 kes melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi
kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%),
pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang
gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah
rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58
kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini
menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda
remaja di negara kita ketika ini.
Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras,
pendidikan sivik, pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan
sebagainya; masih jauh untuk dapat menangani kegawatan dan
kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti mencari
kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi gelap,
dadah, bertelingkah dengan ibu bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan
duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan sebagainya ruparupanya lebih berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan yang sedia
ada.
Perkembangan akhlak seseorang boleh dibahagikan kepad tiga
tahap :
a) Tahap awal kanak-kanak
b) Tahap pertengahan dan akhir kanak-kanak
c) Tahap baligh dan remaja
Peringkat pertama
Dalam peringkat ini kanak-kanak mula membentuk keyakinan kepada
persekitarannya. Proses ini amat bergantung kepada belaian ibu yang
berterusan di mana ibu memenuhi keperluan emosi dan fisiologinya.
Hubungan ibu dan anak dalam peringkat ini perlulah dijaga dan
perkukuhkan sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan kepada
lingkungan dan alam sekitarnya. Anak-anak yang tidak memperolehi

perhatian serta kasih sayang ibu dalam tahap ini perkembangan


emosional dan fizikalnya mungkin akan terbantut. Anak tersebut
kelihatan lebih kecil dari umurnya yang sebenar.
Dalam peringkat 18 bulan hingga 3 tahun kanak-kanak mula beralih
daripada bersandarkan kepada ibu semata-mata. Kanak-kanak mula
membentuk keperibadiannya tersendiri, di mana ia bertarung untuk
memastikan pilihannya sendiri. Dalam peringkat ini ibu wajar
memberikan penuh perhatian. Kegagalan kanak-kanak tersebut dalam
merealisasikan kemandiriannya menyebabkannya ia akan ragu terhadap
dirinya serta kurang yakin dengan kemampuannya sekaligus
mengakibatkan berkurangnya keyakinan kepada orang lain. Anak-anak
akan bersifat malu dan merasa serba kekurangan.
Keupayaan anak-anak untuk mandiri serta merasakan kewujudan dirinya
yang tersendiri cukup penting dalam peringkat ini. Dalam tahap inilah
berkembangnya sifat-sifat personal seperti sayang, benci, ego serta
kebebasan untuk mengungkap perasaan. Dalam peringkat umur 3 hingga
6 tahun kanak-kanak tersebut terus mengembangkan kemandirian dengan
kegiatan yang lebih meluas; di mana mereka lebih aktif bergerak,
mempunyai tahap prihatin yang lebih tinggi, banyak bertanya dan
bercakap. Ibu bapa dan pengasuh wajar mengarahkan kanak-kanak
dengan bijak agar mereka memperoleh kemahiran-kemahiran mengatur
dan menyusun sesuatu sehingga kanak-kanak berjaya melaksanakannya.
Layanan yang kasar serta kekerasan yang berlebihan boleh menjejaskan
jiwa, mental dan fizikal kanak-kanak.
Ibu bapa tidak wajar menganggap kanak-kanak pada peringkat ini seperti
orang tua dalam erti kata meletakkan tanggungjawab moral dan akhlak
terhadap perbuatan dan reaksinya kerana kanak-kanak masih belum
mampu membezakan dengan tepat dan memahami sesuatu. Mereka
hendaklah dikasihi, diperlakukan secara lemah lembut dan sikap
toleransi. Rasulullah S.A.W. sendiri pernah menunjukkan sifat-sifat yang
demikian. Abu Qatabah meriwayatkan pada suatu hari Nabi keluar
menemui kami. Beliau mendokong Umamah Abu 'Asr. Beliau
bersembahyang sambil mendokong Umamah, apabila Baginda ruku',
beliau meletakkan dan apabila ia bangun ia dukung semula Umamah.
Hadis ini membayangkan betapa kasihnya Rasulullah kepada
cucunya.Beliau tidak memperlakukannya sebagai manusia yang mengerti
segala-galanya.Beliau membenarkan anak tersebut bersamanya ketika
sembahyang walhal sembahyang itu adalah ibadah yang suci dalam
Islam.
Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak

Dalam peringkat ini kanak-kanak mula memperluas arena hubungan


sosial dan pergaulannya dengan orang lain yang sekampung atau
sesekolah atau juga rakan sebaya dengannya. Kanak-kanak mula
menyesuaikan diri dengan situasi dan kondisi baru dalam hidupnya. Ia
mula membezakan perbuatan dan jenis-jenis tindak tanduk yang disukai
oleh orang lain atau sebaliknya. Ia gembira jika orang lain puas dengan
perbuatannya. Sebaliknya ia kecewa, menyesal jika orang lain marah
kepadanya. Ini adalah permulaannya yang betul bagi proses pembentukan
akhlak yang luhur.
Perkembangan akhlak yang positif ini menyebabkan kanak-kanak selalu
berusaha untuk menyelaraskan antara kehendak dirinya dengan kehendak
orang lain. Antara kecenderungan dan motivasi dengan nilai agama,
akhlak, tradisi, guru, peraturan dan undang-undang. Dalam peringkat ini
terteralah kesedaran tentang tanggungjawab akhlak dalam diri kanakkanak sehingga ia mencapai tahap perkembangan akhlak yang ke-3.
Dalam peringkat ini ibu bapa dan guru perlu perihatin kepada
kecendurangan ini dan amat perlu diarahkan secara yang bijaksana
sehingga kanak-kanak dapat memperolehi model yang utama (role
model) di samping mengembangkan kearah nilai-nilai kebaikan.
Peringkat yang ketiga iaitu peringkat baligh dan remaja
Perkembangan akhlak pada masa ini mula berakar dan mantap. Fizikal
kanak-kanak mula berkembang dan membesar. Perkembangan ini diikuti
oleh perkembangan sosioemosinya di mana anak tersebut mula
memperolehi keperibadiannya yang unik. Ia mula merasakan 'sense of
belonging' kepada kelompok yang lebih besar. Peringkat ini adalah
peringkat yang amat komplikated (rumit) dan ia disertai oleh
pengalaman-pengelaman baru serta peranan dan peluang-peluang yang
baru. Menyerlahnya dorongan kejantinaan semakin merumitkan
hubungannya dengan orang lain. Keupayaan fizikalnya semakin kukuh
dan mencapah. Tanggungjawab persekolahan ikut bertambah, disiplin
hidupnya mula terbentuk.
Kanak-kanak mula berubah menjadi manusia yang berupaya mengawal
kehendak nalurinya. Ia mula menundukkan diri kepada contoh utama
yang telah terserap jauh dalam batinnya. Ia menjadikan contoh utama
tersebut sebagai kriteria dalam tingkah laku dan situasi yang bersifat
moral. Ia akan beriltizam dengan saranan-saranan dan contoh yang
ditunjukkan sama ada wujud dalam bentuk undang-undang, sistem, adat
dan budaya sosial atau ketiadaannya.

Kesempurnaan perkembangan akhlak berkaitan dengan kesempurnaan


perkembangan akal, kejiwaan dan sosial. Huzaifah meriwayatkan
Rasulullah s.a.w bersabda : "Janganlah kalian menjadi pak turut. Kalian
menyatakan kalau orang lain buat baik kalian buat baik. Kalau mereka
jahat kalian buat jahat. Akan tetapi mantapkanlah pendirian kalian. Jika
orang baik kalian wajar berbuat baik. Jika mereka melakukan kejahatan
janganlah pula kalian melakukan."

Remaja dan AIDS : Media, Nilai, Personaliti dan Tingkahlaku:


Kementerian Kesihatan Malaysia, 1996
Kajian ini telah dilaksanakan pada tahun 1996 keatas 4347 remaja
(termasuk 885 remaja yang sedang menjalani pemulihan di pusat-pusat
Serenti. Kajian ini menyingkap pengetahun remaja tentang AIDS, nilai,
personaliti dan beberapa tingkahlaku yang memungkinkan mereka
terdedah kepada HIV
Pengenalan
Kajian terokaan ini bertujuan untuk meninjau beberapa aspek kehidupan
remaja yang dijangka mempunyai hubung kait dengan gejala AIDS yang
sedang merebak dengan cepat bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh
dunia. WHO menganggarkan bahawa dalam tahun 2000 akan terdapat 40
juta orang yang akan dijangkiti HIV dan 12 juta akan mati akibat
penyakit AIDS. Di Malaysia pula, sehingga Mac 1996, terdapat 15,471
orang yang telah dijangkiti HIV dan 388 disahkan mengidap penyakit
AIDS.
Oleh kerana masih belum ada penawar untuk AIDS, usaha terbaik untuk
menangani penyakit ini adalah melalui usaha pencegahan. Di antara
usaha pencegahan yang dilakukan adalah mendidik orang ramai tentang
AIDS. Mesej pendidikan AIDS sama ada di dalam atau di luar negara
sekarang ini banyak tertumpu kepada gaya tingkah laku seksual seperti
menggunakan kondom, melakukan hubungan seks yang selamat,
mengelakkan bertukar-tukar pasangan seks, atau mengelak daripada
mengunjungi pekerja seks. Mesej pendidikan AIDS juga memberi
tumpuan kepada mengelakkan perkongsian jarum suntikan di kalangan
penagih dadah, juga menggalakkan penggunaan jarum suntikan yang
bersih, atau pun menyediakan kemudahan mendapatkan jarum suntikan
yang bersih.

Kajian ini berpendapat bahawa usaha pencapaian yang lebih sesuai


dilaksanakan adalah dengan mengenalpasti faktor-faktor yang menjadi
punca dan pendorong kepada individu yang akhirnya membuatkan
mereka terjebak dengan penyakit AIDS. Dengan itu pendekatan kajian ini
adalah untuk meninjau sejauh mana perkara-perkara yang berkaitan
dengan peribadi remaja seperti pengetahuan, nilai dan personaliti remaja
yang diramal akan menjadi penyumbang terhadap tingkah laku remaja
yang memungkinkan mereka terjebak dengan jangkitan AIDS. Penyakit
AIDS ini pula diandaikan sebagai satu kesinambungan tingkah laku yang
mempunyai kaitan rapat dengan merokok, mengambil dadah dan
eksperimentasi dengan hubungan seks sebelum kahwin.
Maklumat tentang perkara-perkara di atas diharapkan akan dapat
digunakan bagi membentuk satu strategi pendidikan AIDDS yang
berlainan dengan pendekatan konventional. Usaha pendidikan AIDS yang
akan dicadangkan lebih tertumpu kepada pembentukan nilai
keperibadian, dan kemujaraban dan ketahanan diri remaja yang akhirnya
akan menjadi benteng yang kukuh untuk menangani jangkitan wabak
AIDS di Malaysia.
Responden Kajian
Sejumlah 4,347 remaja daripada pelbagai kaum yang berumur antara 13
25 tahun telah ditemubual. Kajian lapangan selama 2 bulan antara 15 Mac
hingga 15 Mei 1996 telah dijalankan di seluruh negara. Dua golongan
remaja telah dipilih untuk kajian ini iaitu 3,462 remaja yang masih
bersekolah dan telah bekerja (remaja awam), dan seramai 885 remaja
yang sedang menjalani pemulihan diu pusat serenti (remaja pelatih).
Remaja pelatih bertindak sebagai kumpulan kawalan untuk melihat
perbezaan pengetahuan, nilai, personaliti dan tingkah laku remaja yang
dikaji.
Untuk mempastikan pemilihan remaja mewakili taburan remaja sebenar,
usaha telah dibuat untuk memilih remaja dariapda pelabagai lapisan
umur, pendapatan keluarga, jantina, dan juga kumpulan etnik yang
terdapat di negara ini. Kawasan tempat tinggal juga diberikan perhatian
agar tempat-tempat tinggal di bandar, pinggir bandar, luar bandar,
kawasan rancangan pembangunan tanah, kawasan sempadan, dan
kawasan setinggan diberikan perhatian.
Hasil Kajian
Fokus hasil kajian ini adalah kepada empat tingkah laku remaja yang
dianggap boleh menyumbang kepada jangkitan AIDS. Tingkah laku

tersebut adalah merokok, mengambil dadah, melakukan hubungan seks


sebelum kahwin, dan gaya hidup yang tidak sihat yang boleh
menghampiri AIDS. Merokok dan mengambil dadah dihubungkaitkan
dalam kajian ini kerana sebahagian besar jangkitan AIDS di negara ini
adalah berpunca daripada perkongsian jarum suntikan di kalangan
penagih dadah. Merokok pula ada kaitannya dengan AIDS kerana remaja
yang mengambil dadah lazimnya bermula dengan menghisap rokok.
Tingkah Laku Remaja
Di kalangan remaja awam peratusan yang pernah mencuba dan kerap
mengambil dadah adalah rendah iaitu di sekitar 5 peratus sahaja
berbanding dengan 95 peratus remaja pelatih. Bila dilihat kepada tingkah
laku merokok pula, 34 peratus remaja awam pernah merokok sementara
sejumlah 99 peratus remaja pelatih pernah merokok.
Kajian ini juga mendapati dengan jelas hubungan positif yang signifikan
antara merokok dengan mengambil dadah (r = .27 di kalangan remaja
awam dan r = .32 di kalangan remaja pelatih). Keputusan ujian korelasi
ini membawa maksud bahawa remaja yang kerap menghisap rokok juga
mempunyai kecenderungan yang kerap untuk menghisap dadah.
Pengaruh ini lebih kuat di kalangan remaja pelatih berbanding dengan
remaja awam.
Berhubung dengan tingkah laku hubungan seks sebelum kahwin pula, 6
peratus daripada remaja awam mengaku pernah atau kerap
melakukannya. Peratusan di kalangan di kalangan remaja pelatih adalah
lebih tinggi iaitu 54 peratus. Apabila diselidik adalah gaya hidup mereka
akan memudahkan mereka dijangkati AIDS, 45 peratus remaja pelatih
dan 32 peratus remaja awam mengakui bahawa gaya hidup mereka akan
memudahkan mereka dijangkati AIDS.
Ujian korelasi yang dilakukan dalam kajian ini menunjukkan bahawa
terdapat hubungan yang signifikan antar tingkah laku seks sebelum
kahwin denga gaya hidup yang mudah dijangkati AIDS. (r = .18 di
kalangan remaja pelatih dan r = .12 di kalangan remaja awam. Penemuan
ini membawa maksud bahawa remaja yang kerap melakukan hubungan
seks sebelum kahwin mempunyai kecenderungan bergaya hidup yang
tidak sihat sehingga memungkinkan mereka dijangkati AIDS.
Selain daripada itu, ujian korelasi jyga menunjukkan bahawa terdapat
hubungan yang positif antara tingkah laku mengambil dadah dengan
tingkah laku hunungan seks sebelum kahwin (r = .19 di klaangan remaja
pelatih dan r = .23 di kalangan awam). Ini menunjukkan bahwa remaja

yang kuat menagih dadah juga berkemungkinan kerap melakukan


hubungan seks sebelum kahwin. Mengambil dadah juga didapati
menyumbang secara positif ke arah bergaya hidup yang boleh dijankiti
AIDS (r = .14 di kalangan pelatih dan r = .09 di kalangan remaja awam).
Selaras dengan huraian penemuan yang dinyatakan di atas, terbuktilah
bahawa antara empat tingkah laku yang menjadi fokus kajian ini
mempunyai hubung kait. Tingkah laku merokok menyumbang ke arah
tingkah laku mengambil dadah. Begitu juga tingkah laku mengambil
dadah menyumbang ke arah kecenderungan melakukan hubungan seks
sebelum kahwin dan juga bergaya hidup yang tidak sihat yang
memungkinkan jangkitan AIDS. Sama ada pengaruh tngkah laku itu besar
atau kecil ia tidak seharusnya menjadi persoalan, kerana telah terbukti
bahawa ia menyumbang secara signifikan kepada fenomena AIDS.
Pendedahan Media dan Pengetahuan AIDS
Pendedahan media untuk mendapatkan maklumat AIDS adalah sederhana
(purata sktor pendedahan 18.5 berbanding dengan skor maksima 27).
Begitu juga dengan pengetahuan remaja tentang AIDS. Secara umum
remaja lebih berpengetahuan tentang punca jangkitan AIDS (skor
pengetahuan 2.0 untuk remaja awam dan 1.6 untuk remaja pelatih,
daripada skor maksimum 3). Pengetahuan tentang pencegahan jangkitan
AIDS adalah lebih rendah (skor pengetahuan 1.6 untuk remaja awam dan
1.5 untuk remaja pelatih daripada skor maksimum 3).
Jika dilihat daripada sudut pendidikan, didapati remaja yang
berpendidikan rendah adalah golongan yang mempunyai pengetahuan
AIDS yang paling rendah. Pengetahuan tentang AIDS meningkat selaras
dengan peningkatan umur remaja yang dikaji.
Maklumat yang sering remaja perolehi melalui sumber maklumat adalah
AIDS membawa maut, AIDS merbahaya, AIDS sukar diubati, cara
jangkitan AIDS, dan cara mencegah AIDS. Maklumat utama tentang
AIDS yang diperolehi ini secara langsung mempengeruhi tanggapan
remaja terhadap AIDS. Apabila diselidik tentang anggapan mereka
majoriti daripada remaja menyatakan AIDS adalah kematian, AIDS
adalah penyakit yang tidak ada penawar, AIDS penyakit merbahaya dan
perasaan takut.
Berhubung dengan apakah maklumat tentang AIDS yang paling remaja
diperlukan, keputusan kajian ini mendapati dua maklumat utama yang
dinyatakan iaitu pertamanya maklumat tentang cara pencegahan dan
keduanya maklumat bagaimana AIDS boleh dijangkati. Remaja

menyatakan maklumat tersebut penting untuk diperolehi kerana ia akan


membuatkan mereka lebih berhati-hati di masa hadapan. Di samping itu
mereka juga menyatakan bahawa maklumat tersebut berguna kepada
meraka kerana mereka percaya bahawa ia dapat membantu menjauhkan
diri daripada jangkitan AIDS.
Kajian ini menunjukkan bahawa remaja menerima banyak maklumat
tentang AIDS melalui media massa seperti televisyen, akhbar, dan
risalah/poster/pameran. Apabila diselidik apakah maklumat lanjut yang
mereka perlukan tentang AIDS, dan apakah sumber maklumat yang akan
mereka rujuk, majoriti mereka mengatakan mereka akan merujuk kepada
doktor dan kakitangan hospital, guru dan ibu bapa atau
risalah/poster/pameran. Jelas kelihatan bahawa sumber yang digunakan
untuk mendapatkan maklumat AIDS adalah berbaza dengan sumber
maklumat AIDS yang ingin dirujuk oleh remaja.
Persoalan kenapakah sumber peribadi lebih diutamakan oleh remaja
untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang AIDS? Kajian ini mendapati
bahawa ciri-ciri sumber yang arif dan berpengalaman, maklumat yang
lengkap, dan maklumat yang mudah diperolehi adalah antara kriteria
untama yang diberikan perhatian apabila merujuk untuk mendapatkan
maklumat tentang AIDS.
Kajian ini juga meninjau sejauh mana remaja terlihat dalam aktiviti
tentang pendidikan AIDS yang dijalankan di negara ini. Hanya 22 peratus
remaja awam dan 25 peratus remaja pelatih yang mengatakan mereka
pernah terlibat. Keterlibatan mereka sekadar mendengar ceramah tentang
AIDS, mengambil bahagian dalam acara sukan dan kempen AIDS,
memberi nasihat kepada orang lain, menampal poster, dan juga menyertai
peraduan menulis esei.
Satu perkara yang mungkin di luar dugaan kepada pengamal pendidikan
AIDS ialah pengetahuan tentang AIDS tidak banyak membantu
perubahan tingkah laku. Kajian ini menunjukkan bahawa pengetahuan
tentang AIDS tidak mempengaruhi untuk mengurangkan tingkal laku
negatif yang boleh menyebabkan remaja terjebak dengan jangkitan AIDS.
Nilai Remaja
Kajian ini mengandaikan nilai remaja secara langsung atau tidak
langsung akan mempengaruhi tingkah laku remaja. Aras nilai remaja
terhadap kekurangan, pendidikan, keagamaan, dan melapak telah dikaji.
Seperti yang telah diramalkan, remaja yang terlibat dengan menghisap
rokok, mengambil dadah, melakukan hubungan seks sebelum kahwin,

dan bergaya hidup yang memungkinkan jangkitan AIDS menunjukkan


aras nilai yang secara relatifnya rendah daripada mereka yang terlibat.
Atas nilai melepak pula adalah tinggi di kalangan remaja yang terlibat
dengan tingkah laku tersebut.
Nilai kekurangan yang tertinggi adalah di kalangan remaja awam
berumur 13 16 tahun. Nilai terendah adalah di kalangan remaja pelatih
yang juga berumur 13 16 tahun. Jika dilihat daripada sudut pendidikan
dan pendapatan keluarga, remaja pelatih yang berpendidikan rendah dan
datang daripada keluarga berpendapatan lehin RM1,000 mempunyai nilai
kekeluargaan yang paling rendah.
Dari segi nilai pendidikan pula, remaja pelatih menunjukkan nilai yang
secara relatifnya rendah. Ini menunjukkan remaja awam mempunyai nilai
pendidikan yang lebih tinggi. Nilai pendidikan tertinggi adalah kalangan
remaja awam berumur 13 16 tahun. Remaja pelatih berumur 17 21
tahun mempunyai nilai pendidikan yang terendah.
Dari segi nilai keagamaan, remaja pelatih yang terlibat dengan dadah
menunjukkan nilai yang rendah berbandingdengan remaja awam.
Keputusan ini jelas membuktikan bahawa pendidikan mempengaruhi
nilai keagamaan terendah adalah di kalangan remaja pelatih yang
berpendidikan sekolah rendah sahaja. Nilai keagamaan juga
meningkatkan selaras dengan umur seseorang remaja.
Remaja sering dikaitkan dengan melepak iaitu berpeleseran di tempattempat awam tanpa tujuan tertentu. Keputusan menunjukkkan remaja
awam kurang melepak berbanding dengan remaja pelatih. Pusat
karoke/pub/disko, tempat permainan video dan snooker, dan pusat
membeli-belah adalah tempat yang kerap dikunjungi oleh remaja.
Semakin meningkat umur remaja, mereka lebih banyak melepak. Dari
segi pendidikan dan pendapatan keluarga pula, kumpulan yang paling
tinggi melepak adalah remaja pelatih yang berkelulusan STPM ke atas
tetapi datangnya daripada keluarga berpendapatan kurang daripada
RM500.
Ujian korelasi menunjukkan hubungan nilai kekeluargaan, pendidikan
dan keagamaan mempunyai hubungan yang negatif dengan beberapa
tingkah laku yang dikaji. Di antaranya remaja yang menunjukkan nilai
pendidikan yang tinggi adalah remaja yang kurang merokok (r = -.20
untuk remaja awam dan r = -.04 untuk remaja pelatih), mengambil dadah
(r = -.11 untuk remaja awam dan r = -.06 untuk remaja pelatih), hubungan
seks sebelum kahwin (r = -.16 untuk remaja awam dan r = -.09 untuk
remaja pelatih) dan gaya hidup yang boleh dijangkiti AIDS (r = -.05

untuk remaja awam dan remaja pelatih). Ujian korelasi antara nilai
keagamaan dan kekeluargaan juga menunjukkan trend yang sama.
Kajian ini mendapat bahawa remaja awam yang banyak melepak
mempunyai kecenderungan untuk melakukan tingkah laku negatif.
Dengan kata lain, lebih banyak remaja awam melepak maka lebih kerap
mereka akan menghisap rokok (r =.39 untuk remaja awam dan remaja
pelatih), mengambil dadah (r = .20 untuk remaja awam dan r = .09 untuk
remaja pelatih), melakukan hubungan seks sebelum kahwin (r = .31 untuk
remaja awam dan r = .18 untuk remaja pelatih), dan bergaya hidup yang
boleh dijangkiti AIDS (r = .07 untuk remaja awam dan r = .06 untuk
remaja pelatih).
Personaliti Remaja
Sebanyak 6 jenis personaliti remaja diukur dalam kajian ini aiitu tekanan
dan kemurungan, orientasi pencapaian, penghargaan kendiri, asertif,
autonomi dan mengambil risiko. SSecara keseluruhannya, remaja awam
menunjukkan personaliti yang lebih positif berbanding remaja pelatih.
Kajian ini menunjukkan bahawa remaja awam mempunyai ciri personaliti
yang lebih baik dalam aspek orientasi pencapaian, penghargaan kendiri,
asertif dan autonomi di samping kurang menghadapi tekanan dan
kemurungan. Remaja pelatih pula memperlihatkan mereka lebih banyak
menghadapi tekanan dan kemurungan di samping lebih mahukan sesuatu
yang mencabar dan berisiko.
Faktor pendidikan dan pendapatan keluarga didapati mempunyai
pengaruh terhadap personaliti remaja. Secara keseluruhannya, remaja
yang mempunyai latar pendidikan sekolah rendah umumnya mempunyai
ciri personaliti yang relatif yang rendah berbanding dengan remaja yang
mempunyai latar pendidikan yang lebih tinggi. Begitu juga apabila dilihat
berdasarkan pendapatan keluarga, remaja yang datang daripada keluarga
yang berpendapatan yang lebih tinggi lebih baik personalitinya. Pola ini
konsisten bagi kedua-dua kumpulan remaja awam dan remaja pelatih bagi
kesemua ciri personaliti yang dikaji, kecuali tekanan dan kemurungan.
Bagi tekanan dan kemurungan remaja yang datangnya dari keluarga
berpendapatan tinggi menghadapi tekanan hidup yang lebih tinggi
berbanding dengan remaja yang datang daripada keluarga berpendapatan
rendah.
Ujian korelasi yang diperolehi menunjukkan personaliti remaja
mempengaruhi tindakan mereka terhadap tingkah laku negatif. Empat
daripada enam ciri personaliti remaja yang dikaji iaitu orientasi

pencapaian, penghargaankendiri, asertif dan autonomi secara


keseluruhannya mempunyai hubungan yang negatif dengan tingkah
lakumerokok, menagih dadah, melakukan hubungan seks sebelum
kahwin dan bergaya hidup yang boleh dijangkiti AIDS. Ini bermakna
bahawa semakin tinggi ciri-ciri personaliti ini wujud dalam diri remaja,
maka semakin rendah tendensi mereka untuk terlibat dengan tingkah laku
negatif. Berbeza dengan cua ciri personaliti yang lain, tekanan dan
kemurungan serta mengambil risiko, kedua-dua ciri personaliti ini
menunjukkan hubungan yang positif dengan tingkah laku negatif.
Kepuusan ini menunjukkan bahawa lebih tinggi tekanan dan kemurungan
yang dialami oleh remaja, maka lebih kerap mereka akan menghisap
rokok (r = .13 untuk remaja awam; r = .05 untuk remaja pelatih),
mengambil dadah (r = .10 untuk remaja awam; r = .04 untuk remaja
pelatih), melakukan hubungan seks sebelum kahwin (r = .12 untuk remaja
awam; r = .13 untuk remaja pelatih), dan bergaya hidup yang boleh
dijangkiti AIDS (r = .08 untuk remaja awam; r = .07 untuk remaja
pelatih). Begitu juga dengan personaliti mengambil risiko, lebih tinggi
keinginan remaja kepada sesuatu yang berisiko, maka lebih bertendensi
mereka untuk terlibat dengan empat tingkah laku negatif yang dikaji. Pola
ini adalah konsisten bagi kedua-dua kumpulan remaja awam dan remaja
pelatih.
Hubungan Sosial
Kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhannya tidak wujud
perbezaan yang ketara dari segi hubungan dengan ibu bapa di kalangan
remaja awam dan remaja pelatih. Namun hubungan dengan ibu bapa yang
rendah didapati mempunyai pengaruh terhadap tingkah laku yang negatif.
Remaja yang dikenalpasti terlibat dengan tingkah laku merokok,
mengambil dadah, melakukan hubungan seks sebelum kahwin dan
bergaya hidup yang boleh dijangkiti AIDS mempunyai hubungan yang
rendah dengan ibu bapa mereka berbanding dengan remaja yang tidak
terlibat. Pola ini adalah konsisten antara remaja awam dan remaja pelatih.
Hubungan degan ibu bapa yang paling tinggi didapati wajud di kalangan
remaja awam yang berumur 13 16 tahun. Jia dilihat daripada sudut
pendidikan dan pendapatan keluarga, faktor kelulusan akademik kurang
memberi pengaruh terhadap hubungan dengan ibu bapa. Sebaliknya,
faktir pendapatan keluarga memberi pengaruh di mana pendapatan
keluarga yang tinggi (>RM1000), hubungan remaja dengan ibu bapa
adalah lebih rendah berbanding dengan remaja yang datang dari keluarga
berpendapatan rendah (<RM500). Pola ini hanya dapat dilihat bagi
kumpulan remaja awam, sebaiknya bagi remaja pelatih pula, faktor

pendidikan dan pendapatan keluarga tidak menunjukkan pengaruh


terhadap hubungan dengan ibu bapa. Hubungan dengan ibu bapa yang
paling tinggi dapat dilihat di kalangan remaja pelatih yang berkelulusan
sekolah rendah dan datang dari keluarga berpendapatan tinggi
(>RM1000).
Dari segi hubungan dengan rakan sebaya pula, didapati remaja pelatih
mempunyai jaringan hubungan dengan rakan sebaya yang lebih tinggi
berbanding remaja awam. Kajian ini menunjukkan bahawa kumpulan
remaja yang terlibat dengan tingkah laku negatif mempunyai hubungan
dengan rakan sebaya yang lebih tinggi berbanding dengan remaja yang
tidak pernah terlibat.
Jaringan hubungan dengan rakan sebaya didapati paling tinggi di
kalangan remaja pelatih yang berumur 17 21 tahun, manakala yang paling
rendah adalah di kalangan remaja awam yang berumur 13 16 tahun.
Jika dilihat berdasarkan faktor pendidikan dan pendapatan keluarga,
hubungan dengan rakan sebaya yang paling tinggi adalah di kalangan
remaja pelatih yang berkelulusan tinggi (SYPM ke atas) dan datang dari
keluarga berpendapatan tinggi (>RM1000).
Ujian korelasi yang diperolehi dalam kajian ini menunjukkan bahawa
hubungan dengan ibu bapa mempunyi korelasi negatif yang signifikan
dengan tingkah laku yang negatif. Ini memberi maksud bahawa semakin
baik hubungan remaja dengan ibu bapa mereka, maka semakinkurang
kecenderungan mereka untuk terlibat dengan tingkah laku merokok (r =
-.14 untuk remaja awam; r = -.09 untuk remaja pelatih), mengambil
dadah (r = -.09 untuk emaja awam; r = -.06 untuk remaja pelatih),
melakukan hubungan seks sebelum kahwin (r = -.14 untuk remaja awam;
r = -.12 untuk remaja pelatih), dan bergaya hidup yang boleh dijangkiti
AIDS (r = -.11 untuk remaja awam; r = -.09 untuk remaja
pelatih).Dengan konteks hubungan dengan rakan sebaya pula, keputusan
menunjukkan korelasi yang positif dengan tingkah laku negatif. Dengan
kata lain, semakin tinggi jaringan hubungan sosial dengan rakan sebaya,
semakin bertendensi remaja untuk terlibat dengan tingkah laku negatif.
Pola hubungan ini hanya wujud di kalangan remaja awam. Sebaiknya
bagi remaja pelatih pula, hubungan rapat dengan rakan sebaya membantu
mengurangkan tingkah laku mengambil dadah (r = -.60) dan melakukan
hubungan seks sebelum kahwin (r = -.09).
Implikasi Kajian
Huraian di atas membawa kita kepaa satu dimensi baru untuk melihat isu
AIDS di Malaysia. Selama ini kebanyakkan mesej pendidikan AIDS

terlalu menumpukan kepada isu pencegahan yang mempunyai kaitan


langsung dengan penyakit AIDS seperti yang berkaitan dengan
tingkahlaku seksual dan penyalahgunaan dadah.
Kajian ini telahmenerokai punca-punca yang mungkin membabitkan
remaja dengan beberapa tingkah laku yang ada hubung kait dengan
jangkitan AIDS. Selaras dengan itu usaha pencegahan dalam pendidikan
AIDS perlu juga memberikan perhatian yang lebih kepada punca-punca
yang boleh mendorong remaja melakukan tingkah laku yang akan
memungkinkan mereka dijangkiti AIDS. Punca-punca tersebut berkaitan
dengan nilai, personaliti, dan juga hubungan sosial remaja. Begitu juga
aspek persekitaran remaja juga perlu ditangani agar faktor-faktor
persekitaran yang tidak sesuai yang mempengaruhi nilai dan personaliti,
dan hubungan sososial remaja dapat dipertingkatkan lagi.
Kajian ini juga mendapati bahawa pendedahhan remaja kepada maklumat
AIDS tidak semestinya meningkatkan kesedaran di kalangan remaja
tentang AISS. Perhatian juga perlu diberikan kepada medium yang
membawa maklumat pendidikan AIDS. Perlukah cara pendekatan
sekarang yang dipertanggungjawabkan kepada kerajaan dan beberapa
badan bukan kerajaan (NGO) diteruskan. Bagaimana pula keterlibatan
masyarakat dalam usaha pendidikan AIDS ini. Maklumat pendidikan
AIDS mungkin tidak dapat memberikan kesan yang mendalam jika usaha
pendidikan itu tidak dilakukan secara sistematik dan berterusan. Dengan
melibatkan masyarakat dalam usaha pendidikan ini diandaikan maklumat
pendidikan AIDS akan dapat memberikan kesan yang lebih bermakna.
Berdasarkan huraian di atas, kajian ini mengemukakan beberapa
cadangan:
Strategi komunikasi dalam pendidikan AIDS yang beralih daripada
terumpu kepada media massa kepada sumber antara peribadi yang lebih
berkredibiliti. Maklumat melalui media hanya dapat membantu
memberikan kesedaran tetapi kurang dapat menerapkan pengetahuan
yang mendalam dan seterusnya membawa perubahan sikap, nilai dan
tingkah laku. Selain itu, pendekatan komunikasi juga beralih daripada
kerajaan dan NGO kepada masyarakat sebagai community participation
program.
Maklumat pendidikan AIDS juga perlu berusaha menerapkan nilai
(seperti nilai keagamaan, kekeluargaan, dan pendidikan) dan personaliti
(seperti asertif, orientasi pencapaian, penghargaan kendiri) positif di
kalangan remaja. Maklumat sedemikian tidak harus dianggap sebagai
maklumat sampingan tetapi sebagai maklumat utama kerana nilai dan

personaliti yang tidak dipupuk dengan baik akan menjadi pendorong


kepada tingkah laku negatif yang memungkinkan jangkitan AIDS.
Beberapa pendekatan dasar perlu diberikan perhatian. Remaja yang
banyak berpeleseran dan melepak didapati banyak terbabit dengan
tingkah laku negatif. Usaha perlu dibuat untuk menggalakkan majikan
terlibat sama dalam pembentukan gaya hidup positif dengan mengadakan
kemudahan rekreasi selepas waktu kerja. Begitu juga kemudahan rekreasi
seperti premis permainan video dan snooker yang semakin menjadi
tumpuan remaja dikawal pertumbuhan dan syarat-syarat kemasukan ke
peremis berkenaan.

Kajian Mengenai Budaya Lepak Di Kalangan Remaja


Kajian ini cuba menyingkap budaya lepak dikalangan remaja dan
meneliti tingkahlaku yang sering di kaitkan dengannya. Dalam usia ini
remaja ber sikap ingin tahu serta mencuba sesuatu yang baru. Jika tanpa
bimbingan dan tunjuk ajar, mereka mudah terjebak dengan aktivitiaktiviti yang tidak bermoral.
Kajian ini telah dilaksanakan pada tahun 1994 oleh Prof. Madya Dr.
Samsudin A. Rahman dan telah dibentangkan dalam Laporan Kajian
Kementerian Belia dan Sukan. Hasil kajian ini mendapati 18 peratus
daripada 6,110 remaja yang ditemubual menyatakan mereka mempunyai
rakan-rakan yang pernah terlibat dalam hubungan seks sebelum kahwin.
Remaja yang berprestasi lemah menunjukkan kadar yang lebih tinggi
iaitu 26 peratus berbanding dengan remaja yang berprestasi cemerlang 17
peratus. Perkara ini ada kaitan dengan pendedahan remaja terhadap
bahan-bahan lucah yang sememangnya mudah diperolehi. Hampir 40
peratus remaja menyatakan mereka pernah menonton video lucah atau
pun membaca majalah lucah.

MASALAH LEPAK DI KALANGAN REMAJA DI JOHOR


BAHRU:
SEJAUHMANAKAH REMAJA MELAYU TERLIBAT
Dr Azizi Hj. Yahaya
Jamaludin Ramli
Yusof Boon

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Skudai Johor
ABSTRAK: Kajian ini bertujuan mengetahui faktor faktor yang
mempengaruhi remaja
untuk keluar melepak dan juga untuk mengetahui bagaimanakah remaja
berinteraksi
dengan keluarga dan rakan sebaya. Kajian ini dilakukan dengan kaedah
tinjauan dan
sampel rawak mudah. Datadata kajian diperolehi dari soalselidik dan
dianalisis secara
SPSS. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah remaja yang
berumur dalam
linkungan 12 hingga 20 tahun yang melepak di Stesen bas Larkin dan
Pasaraya Angsana.
Hasil soal selidik amat memuaskan, Ini berdasarkan maklumalas yang
diberikan oleh
responden memenuhi kehendak soal selidik yang diedarkan. Hasil kajian
ini dapat
menyelesaikan persoalan kajian. Oleh itu ibu bapa dan masyarakat akan
lebih prihatin
terhadap peranan masing masing untuk membentuk keperibadian
remaja selaras dengan
kehendak agama dan aspirasi negara.
Pengenalan.
Isu remaja melalui dada akhbar, majalah serta media cetak yang lain
berkaitan
dengtan tajuk Lepak, Inikah Masalah Sebenar Remaja( Tamadun; Ogos
1994.)
Polis menahan 128 remaja di Johor Bahru ( Harian Metro; 16 Julai
2001).
Semua isu di atas adalah berkaitan masalah lepak dan menjadi perbualan
hangat di
kalangan individu dan masyarakat. Fenomena ini masih tidak berubah di
kebanyakan
tempat seperti pusat membeli belah atau menghabiskan masa dengan
kegiatan yang tidak
berfaedah. Akhir-akhir ini masalah ini dipandang serius kerana tekut
merosakkkan nilai
serta keperibadian remaja, di mana remaja menjadi aset penting kerana
remaja adalah
pemangkin kepimpinan negara di masa akan datang.
Isu lepak semakin kerap diperkatakan sekarang. Tingkahlaku remaja yang
suka

menghabiskan masa lapang di tempat awam seperti kompleks membeli


belah, perhentian
pengangkutan awam dan tempat tumpuan orang ramai dikenali sebagai
aktiviti lepak.
Masalah ini telah menjadi satu budaya kepada golongan remaja khasnya.
Budaya ini
semakin memperlihatkan remaja masa kini yang tidak menyedari yang
mereka adalah
pewaris masa hadapan bagi menjayakan wawasan negara. Banyak media
massa yang
memberi kenyataan menyatakan pemimpin-pemimpin negara, masyarakat
tempatan dan
individu telah meletakkan lepak dikalangan remaja ini sebagai salah satu
aktiviti sosialdan budaya yang setanding dengan isu penyalahgunaan
dadah, penyakit AIDS dan
pembuangan anak. Semua gejala ini kaum Melayu adalah kaum yang
tertinggi sekali
bilangannya berbanding dengan kaum lain.
Menurut Lidah Pengarang (Berita Harian, Isnin 6 Ogos 2001), apa yang
menyedihkan ialah majoriti, jikapun tidak keseluruhan kes jenayah yang
berlaku
sekarang ini membabitkan orang Melayu yang beragama Islam yang
terdidik dengan sifat
toleransi serta hormat.
Memandangkan isu ini semakin hangat diperkatakan sehingga ianya tidak
dapat ditangani
walaupun sehingga ke peringkat nasional. Kajian awal telah melibatkan
para cerdik
pandai dari beberapa pusat pengajian tinggi tempatan. Disamping itu,
beberapa buah
kementerian seperti Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian
Pembangunan Negara
dan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Pendidikan telah turut serta
memberi
kerjasama mereka. Polis Diraja Malaysia dan Majlis Belia Malaysia juga
turut
membantu. Kajian yang telah dijalankan itu mendapati bahawa antara
punca-punca
remaja melepak ialah disebabkan longgarnya sistem kekeluargaan. Hasil
kajian yang
dibuat oleh Razali (1994) merumus bahawa melepak adalah disebabkan
oleh ibu bapa
yang tidak prihatin terhadap anak-anak mereka. Akibatnya, tiada wujud
keharmonian di

dalam keluarga sehingga anak-anak dibiarkan bergaul bebas tanpa


kawalan. Kajian itu
membuktikan bahawa peranan ibu bapa amat diperlukan dalam
menangani masalah lepak
dikalangan remaja masa kini. Sebagai pemimpin keluarga ibu bapa
seharusnya peka
dengan kehendak remaja. Mereka perlu mengenalpasti tuntutan-tuntutan
remaja supaya
setiap masalah yang dihadapi dapat dibendung dengan lebih berkesan.
Peringkat remaja
merupakan peringkat peralihan dari zaman kanak-kanak ke zaman
dewasa.Tambahan
pula diusia beginilah remaja sering memberontak dan mencari-cari
identiti sendiri.
Melakukan sesuatu yang dilarang dianggap satu cabaran yang perlu
disahut. Diusia
beginilah remaja sering memberontak dan mencari-cari identiti sendiri.
Melakukan
sesuatu yang dilarang dianggap satu cabaran yang perlu disahut.
Terkadang setiap
perbuatan adalah ikutan rakan-rakan dan hinggakan terkadang membakar
hati muda yang
mendorong remaja menyertai bersama-sama geng lepak (Remaja, bil :
357, 1 Julai
2001).
Latar Belakang Masalah
Masalah ini berlaku sejak lebih berapa kurun yang lalu. Melepak
bukanlah perkara
yang baru dan bukan hanya berlaku di Malaysia . Di Jepun contohnya,
orang Jepun
dikenali dengan sifat kuat bekerja tetapi disebabkan pertubuhan sosialnya
yang cepat
kemerosotan semangat jenerasi mudanya dapat dilihat dari sikap
berpuashati akibat
kemewahan ( Rustam 1994 ).
Ann Wan Seng ( 1994), tingkah laku melepak ini asalnya dimulakan oleh
remaja yang
tersisih daripada masyarakat atas sebab-sebab seperti tidak mempunyai
pekerjaan
sehingga menunjukkan perangai yang tidak baik dan bosan tinggal
bersama keluarga.
Satu kajian telah dijalankan oleh Kementerian Belia Dan Sukan dengan
kerjasama
Universiti tempatan telah merumuskan beberapa faktor/punca timbul

tingkahlaku
melepak dikalangan remaja diantaranya :
i- Penghijrahan remaja ke kota.
ii- Kelonggaran dalam instutusi keluarga seperti tiada keharmonian,
bebas tiada
kawalan, kurang perihatin terhadap remaja.
iii- Sikap remaja yang mengagongkan konsep Kebebasan dalam
masyarakat yang
telah diterapkan oleh remaja barat.
iv- Falsafah masyrakat telah dikuasai unsur individulisme dan
meterialisme,
masyarakat tidak mahu menegur dan nasihat menasihati.
v- Keadaan rumah yang kurang selesa.
vi- Daya tarikan pusat hiburan dan komplek membeli-belah.
vii- Kurang kegiatan rekriasi, riadah, aktivitiu di tempat tinggal dan
sebagainya.
( Razali 1994 ).
viii- Tren Remaja Masa kini.
ix- Mudah berjumpa kawan.
x- Merasa seronok kerana ada hiburan.
xi- Suasana di tempat-tempat melepak dikatakan sesuai untuk berehat.
Pada masa kini, banyak ibu bapa memperkatakan tentang lepak. Media
massa
juga sering menyiarkan berita tentang bertapa tingginya kejadian lepak di
kalangan
remaja khususnya remaja melayu. Antara faktor-faktor yang
menunjukkan bahawa
berlakunya gejala lepak pada masa kini ialah:
i- Perbuatan para pelajar sekolah duduk bersenag-senang dan berbualbual kosong
tanpa tujuan di pusat membeli belah dan di tempat tertentu.
ii- Remaja duduk seorang diri tanpa membuat apa-apa pun.
iii- Terdapatnya kes-kes seperti memeras ugut, menganggu orang ramai di
jalanan,
penyeluk saku dan lain-lain yang melibatkan golongan remaja.
Penyataan Masalah
Masalah tingkah laku dikalangan remaja akan membimbangkan dan akan
menjadi
kritikal jika tidak dibendung dari awal. Oleh itu, ibubapa dan masyarakat
perlu prihatin
dan peka terhadap isu ini. Jika ianya dibiarkan dan tidak ditangani segera
maka golongan
remaja tidak akan dapat memainkan peranan mereka untuk memajukan
negara dan

bangsa menjelang tahun 2020.


Dalam proses merialisasikan wawasan 2020, masalah-masalah yang
berkaitan
dengan tingkah laku remaja melayu pada masa kini amat merisaukan. Di
dalam kajian ini
penyelidik cuba mendapat informasi dari remaja melayu dengan
memfokuskan kepada
ciri-ciri seperti berikut:
i- Perbuatan remaja melayu yang suka melepak.
ii- Interaksi dan hubungan di antara remaja melayu dengan rakan sebaya
dan
keluarga.
iii- Latar belakang diri dan matlamat hidup remaja melayu.
iv- Peranan media.
v- Aktiviti-aktiviti masa lapang remaja.
Kepentingan Kajian.
Penyelidik mengharapkan hasil dari kajian itu akan dapat menyedarkan
ibubapa
dan masyarakat tentang peranan masing-masing untuk membentuk
keperibadian remaja
selaras dengan kehendak agama dan aspirasi negara. Di samping itu juga
para
cendiakawan di universiti tempatan dengan kerjasama Kementerian Belia
Dan Sukan dan
Kementerian Pendidikan boleh berganding tenaga dalam menanggani
masalah ini kerana
kita inginkan sebuah negara yang maju dengan golongan genarasi
mudanya yang
berakhlak mulia.
Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan dikalangan remaja yang berumur 12 hingga 21
tahun.
Mereka yang terlibat adalah golongan remaja yang melepak di sekitar
bandaraya Johor
Baharu seperti di kawasan stesen bas Larkin dan di pusat membeli-belah
Angsana. Di
Dalam menjalankan kajian ini terdapat pelbagai masalah yang dihadapi
oleh penyelidik
untuk mendapatkan maklumat dari respondan antaranya:
i- Terpaksa memujuk untuk menjawab soal selidik yang disediakan.
ii- Pendekatan dalam berinteraksi dengan remaja agak sukar.
iii- Memerlukan masa yang lama untuk mengenal pasti remaja yang suka
melepak.
METODOLOGI.

Rekabentuk Kajian.
Kajian yang dijalankan merupakan satu penyelidikan yang berbentuk
Deksriptif yang dilakukan secara tinjauan . Rekabentuk ini dipilih
kerana ia bersesuaian untuk mendapatkan maklumat tentang satu
peristiwa yang sedang berlaku . Menurut Ahmad Lisot (1988) kajian
berbentuk ini adalah sesuai digunakan dalam penyelidikan yang bertujuan
untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Dalam kajian
ini persoalan yang dikaji adalah fenomena budaya lepak di kalangan
remaja Melayu merujuk di persekitaran Bandaraya Johor Baharu.
Lokasi Kajian.
Pemilihan lokasi kajian adalah tempat tumpuan awam di sekitar
Bandaraya Johor Baharu. Berikut adalah senarai tempat - tempat tersebut
seperti :i. Pasaraya Angsana.
ii. Stesyen Bas Larkin
Pemilihan tempat di atas dilakukan oleh kumpulan penyelidik kerana
beberapa ciri tertentu seperti:a. Memandangkan kedudukannya di tengah-tengah Pusat Bandar ini
menjadikannya tempat yang paling digemari oleh remaja.
b. Terdapatnya kemudahan-kemudahan awam seperti tandas , telefon ,
gerai menjual makanan dan tempat meletak kenderaan .
c. Merupakan pusat tumpuan perniagaan di Bandaraya Johor
Baharu.
d. Merupakan tempat tumpuan orang ramai dan golongan remaja
bersiar-siar dan berkumpul di sekitar Bandaraya Johor Baharu
Sampel Kajian.
Dalam melaksanakan kajian ini , kumpulan penyelidik memberikan
tumpuan subjek terdiri daripada golongan remaja lelaki dan perempuan
yang
berumur antara 12 hingga 20 tahun kerana dalam usia begini sesuai
dikategorikan sebagai remaja. Kumpulan penyelidik tidak mengambil
kira
kategori remaja samaada mereka di kalangan pelajar sekolah ataupun
remaja
yang sedang menganggur .
Rekabentuk persampelan yang digunakan adalah persampelan jenis
rawak. Persampelan ini sesuai kerana terdapat keseragaman yang tinggi
mengenai ciri populasi yang dikaji. Penyelidik telah memilih 50 orang
yang
terdiri daripada remaja lelaki dan remaja perempuan untuk sampel kajian.
Instrumen Kajian.
Kajian ini menggunakan kaedah soalselidik sebagai instrumen yang
terdiri daripada enam bahagian manakala kaedah soal-selidik yang
digunakan

ialah kaedah Skala Likert. Setiap bahagian terdiri daripada sepuluh soalan
Sebelum kajian dijalankan , penyelidik membuat tinjauan dari segi
masa dan hari yang sesuai di mana lokasi kajian yang dipilih menjadi
tumpuan remaja. Ini adalah bertujuan untuk penyelidik mendapatkan
responden yang lebih tepat dan sampel yang dipilih secara rawak.
Kaedah Analisis Data.
Data yang telah dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan
kaedah Statiscal Package For Social Severees. (SPSSWIN) dan
dipersembahkan dalam bentuk pemeratusan. Cara ini bertujuan untuk
memperoleh perkaitan hubungan antara hasil kajian dengan jumlah
responden
dalam setiap pembolehubah (item) yang dipersoalkan.
Pembincangan Dapatan
Mengapa Remaja Melepak
Dalam menghadapi perkembangan masa transisi, remaja sentiasa
menghadapi masalah
penyesuaian. Penyesuaian ini sering kali menyebabkan remaja melakukan
tindakan anti
sosial yang seterusnya menyebabkan masalah kenakalan remaja seperti
melepak. Oleh itu
didapati hasil dapatan kajian mendapati sebab-sebab mengapa remaja
melepak adalah
sederhana Remaja melepak disebabkan hendak berjumpa dengan kawankawan.
Mengikut seorang ahli psikologi Robert J. Havighurst, salah satu daripada
tugas penting
bagi remaja yang perlu diberi perhatian ialah membentuk perhubungan
baru dan lebih
matang dengan kawan-kawan yang sama umur, tidak kira lelaki atau
perempuan. Ini
menunjukkan bahawa mereka tidak begitu suka melepak secara
perseorangan tetapi
mereka melepak secara kumpulan.
Analisis mengenai perhubungan mesra dengan rakan sebaya memperolehi
dapatan
yang menggalakkan iaitu 64.8% (Rujuk jadual: 1). Oleh itu cara
berinteraksi seseorang
remaja dengan rakan sebaya adalah lebih terbuka kerana ahli-ahli
kumpulan tersebut
mempunyaio minat serta kegemaran yang sama. Selain daripada itu
Manja (1990),
apabila seseorang remaja itu sudah yakin dengan pemikiran dengan
rakan-rakan sebaya
yang sama minat, maka hubungan mereka menjadi lebih erat. Apa yang

rakan lakukan
maka ia juga akan turut melakukannya. Sehubungan dengan itu, sabda
nabi s.a.w.
sepertimana yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Al-Muslim:
Perumpamaan teman yang soleh dan teman yang jahat ialah laksana
wangiwangian
dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, samada dia
memberinya
sedikit, ataupun anda dapat mencium daripadanya bau-bauan yang
wangi. Adapun
tukang besi, samada dia memakai bajumu, ataupun anda akan mencium
daripada baubauannya
yang busuk .
Bagaimanakah Remaja Berinteraksi Dengan Keluarganya.
Menurut Nelson (1992), keluarga meyediakan sosialisasi peringkat awal
kanakkanak
iaitu perkembangan dari segi fizikal, psikologi dan emosi. Oleh itu
analisis kajian
merujuk menunjukkan tahap perhubungan keluargaan Remaja
berinteraksi dengan ibu
bapa adalah tahap sederhana 74% responden mempunyai perhubungan
mesra dengan
ibubapa. Dengan itu menunjukkan bahawa perhubungan mesra dengan
ibubapa dapat
menghindar remaja dari terlibat dengan perkara-perkara yang kurang
sihat.
Sehubungan dengan itu menurut Ahmad Lisot (1998), ibubapa yang ideal
perlu
memainkan peranan mereka sebagai ibubapa hanya dengan cara
mengetahui asas
perhubungan sesama manusia. Ibubapa boleh mmembesarkan anak-anak
yang
bertanggungjawab, berdisiplin dan bekerjasama tanpa bergantung kepada
perasaan takut.
Mereka boleh belajar mempengaruhi anak supaya berkelakuan lebih baik
seperti yang
dikehendaki oleh ibubapa daripada takut hukuman yang akan dikenakan
atau
keistimewaan mereka ditarik balik.
Rancangan Matlamat Hidup.
Daripada analisis kajian yang telah didapati menunjukkan Rancangan
matlamat hidup
diri remaja berada pada tahap yang sederhana iaitu 54%. Ini
menunjukkan setiap remaja

mempunyai matlamat hidup mereka yang tersendiri. Setinggi manapun


pendidikan yang
remaja perolehi namun matlamat hidup tetap tersemat disanubari masingmasing.
Pendedahan Media
Menurut Mohd Salleh (1999) Pengaruh media khasnya TV , kadangkadang boleh
memberi kesan yang buruk kepada pembentukan peribadi remaja,
khasnya aktiviti
melepak. Daripada analisis kajian menunjukkan tahap pendedahan media
kepada
responden adalah pada tahap yang rendah iaitu 60%. Ini menunjukkan
tahap pendedahan
media kepada remaja Melayu Johor Bharu masih berada pada tahap yang
rendah. Namun
demikian keadaan ini harus dikawal dari semasa kesemasa oleh ibubapa,
kerana jika tidak
dikawal ianya berpotensi untuk mempengaruhi remaja ke arah aktiviti
yang tidak
bermanafaat seperti melepak. Menurut Mohd Salleh lagi, personality
remaja mudah
berubah dari semasa ke semasa. Cerita-cerita TV siri jenayah,
persermbahan drama
keluarga dan banyak lagi , sesetengahnya boleh mempengaruhi remaja.
Jadi adalah
menjadi tanggungjawab ibubapa untuk memberi bimbingan dan tunjuk
ajar kepada anakanak
agar tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang tidak berfaedah.
Kegiatan Masa Lapang.
Menurut Mohd Salleh(1999) Kegiatan masa lapang remaja mestilah
dipenuhi dengan
aktiviti yang berfaedah supaya remaja tidak mudah berasa
bosan.Kegiatan masa lapang
tersebut mestilah sesuai dengan usia remaja. Dengan ini pemikiran remaja
akan menjadi
lebih matang dan bertanggungjawab seperti cara kehidupan seorang
dewasa. Daripada
analisis kajian yang telah dibuat menunjukkan tahap kegiatan masa
lapang responden
berada pada tahap sederhana iaitu 74%. Dengan itu kegiatan masa lapang
memainkan
peranan yang penting agar remaja tidak terjebak kearah kegiatan yang
tidak sihat. Remaja
yang selalu bergaul dengan masyarakat, akan menjadikan diri mereka

lebih
bertanggungjawab.Tanggungjawab yang dimaksudkan seperti
menghormati hak individu,
masyarakat, negara, berlaku adil dan bertingkahlaku baik.
Rumusan
Dalam menangani masalah remaja memerlukan kebijaksanaan dan
rasional
seseorang. Instituisi keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab
masingmasing.
Bermula daripada institusi keluarga, segala masalah sosial dalam
masyarakat
dapat dibendung. Selain daripada itu masalah sosial juga dapat dibendung
melalui kasih
sayang yang disertai dengan unsur-unsur lain yang membantu.
Sememangnya terbukti
hanya ibubapa sahajalah sebagai individu yang paling hampir dapat
menangani masalah
anak-anak mereka.
Selain daripada itu, rakan sebaya turut sama memberikan pendidikan
tidak formal
kepada remaja. Kebiasannya remaja akan mengikuti apa yang dibuat oleh
rakan mereka.
Tingkah laku yang dipelajari daripada rakan-rakan sebaya samada
berunsur positif atau
negatif secara tidak langsung boleh menyebabkan remaja cenderung
kepada sikap
tersebut.
Sekarang di zaman langit terbuka dengan kecanggihan teknologi
maklumat atau
kemajuan media massa kini, di mana berbagai bentuk maklumat dapat
diterima terus oleh
remaja tanpa tapisan. Hasilnya remaja lebih terpengaruh kepada media
massa berbanding
didikan ibubapa atau pendidikan sekolah.
Cadangan
Adalah menjadi satu masalah besar untuk mengatasi masalah sosial
sebegini
kerana ianya melibatkan orang perseorangan norma, nilai budaya dan
juga agama dalam
masyarakat yang giat mengejar kemajuan, banyak perkara dibelakngkan.
Nilai dan
perkara yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit dianggap lekeh
dan tidak penting.
Apa yang perlu dan mustahak adalah nilai kebendaan. Kemungkinan nilai

dan budaya
serta ciri-ciri ketimuran akan mudah hanyut mengikut arus perkembangan
dunia yang
pesat membangun.
Kita tidak harus lupa bahawa remaja hari ini adalah pemimpin hari hari
esok jika
golongan pelapis ini telah lemah dan bermasalah, tidak dapat dinafikan
bahawa negara
juga akan menghadapi masalah. Oleh itu kita amat memerlukan satu
ramuan yang
berkesan untuk mengatasi segala ini sebelum ianya terlewat. Terdapat
beberapa kaedah
yang dirasakan dapat membantu menyelesaikan masalah.
Cadangan kepada mengatasi masalah keruntuhan akhlak. ini, semua pihak
mestilah
bertanggungjawab termasuklah :
- Ibubapa
- Masyarakat
- Kerajaan
- Kementerian Pendidikan
- Individu.
Di antara cara-cara menangani masalah ini ialah :1) Memberi Pendidikan Agama Kepada Anak-Anak.
1.1. Ibubapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anakanak seawal
yang mungkin kerana pendidikan bermula di rumah.
1.2. Ibubapa hendaklah menunjukkan tingkahlaku dan teladan yang baik
kepada
anak-anak seterusnya menjadi role model kepada mereka.
Ibubapa juga bertanggungjawab untuk menyerapkan nilai-nilai murni
kepada
anak-anak.
2. Pengukuhan Institusi Keluarga.
2.1 Bila kita lihat, kebanyakkan institisi keluarga gagal berfungsi dengan
baik.
Contohnya : Banyak keluarga yang porak peranda, cerai berai, anak-anak
terbiar dan sebagainya. Bila keadaan ini berlaku bagaimanakah kita dapat
mewujudkan generasi muda yang dapat membentuk sahsiah yang diadun
dengan nilai adab dan ahklak yang tinggi.
2.2.Sesetengah ibu bapa juga kabur dengan peranan yang perlu
dimainkan
oleh mereka. Mereka tidak lagi menunjukkan role model yang baik
kepada anak-anak.
2.3. Mereka mengabaikan keperluan anak-anak terutama kasih sayang.

Ibubapa hendaklah meluangkan masa sekurang-kurangnya 5 minit untuk


bersama anak-anak.
2.4.Yang menyedihkan ada dikalangan ibubapa meletakkan
tanggungjawab
mendidik anak-anak mereka kepada guru-guru. Tugas guru hanyalah
memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak dan sebenarnya tugas
mendidik terletak kepada ibubapa kerana pendidikan memerlukan proses
yang agak lama.
3 . Membentuk Setiap Individu Yang Cemerlang
3.1. Seorang ahli falsafah Cina menyatakan : Pendidikan individu adalah persiapan kepada masyarakat yang
beradab.
3.2. Ini bermakna setiap individu menstilah menanamkan rasa
tanggungjawab
keatas dirinya sendiri dengan berusaha membentuk sahsiah dan akhlak
mereka dengan sempurna.
3.3. Kerana ini akan memberi kesan yang besar terhadap pembentukan
negara di
masa akan datang.
4. Membina Generasi Muda.
4.1.Semua pihak perlulah ada usaha yang objektif dan ikhlas untuk
menilai
keberkesanan pemikiran yang menjadi teras pembentukan generasi muda
mahupun pembinaan sebuah tamadun yang gemilang sesebuah negara.
4.2.Kita juga perlu membina genarasi muda yang berdaya tahan, bersikap
kreatif,
kritis serta mampu memilih mana yang serasi dan mana yang
bertentangan
dengan budaya kita.
5. Sistem Pendidikan Yang Berkesan.
1.1. Pendidikan dan pembinaan akhlak adalah proses seiring yang tidak
boleh
dipisahkan. Sistem pendidikan Rasulullah membuktikan bagaimana
melalui
Tarbiyah Nubuwwah berjaya melahirkan muslim yang berkualiti dan
mempunyai
akhlak yang tinggi.
1.2.Sebenarnya dalam sistem pendidikan masa kini telahpun ada
penyerapan nilainilai
murni tetapi ianya kurang perlaksanaanya. Kenapa? Adakah kita bakal
guru
yang harus memikul tanggungjawab ini?
1.3.Walaubagaimanapun sedikit sebanyak tanggungjawab ini haruslah
dipikul oleh

para guru, peranan guru bukan setakat menyampaikan pengajaran tetapi


mereka
1.4.haruslah mampu membentuk kefahaman dan cara fikir pelajar
berteraskan nilai
adab dan ahklak serta berpandukan prinsip keagamaan yang tinggi.
1.5.Seperti kata Al-Ghazali dalam bukunya Adab Pelajar Dan Pengajar
menyatakan
Guru menunjukkan sikap kasih sayang dan ikhlas terhadap pelajarnya,
melarang
secara halus dan menunjukkan sikap yang baik
1.6.Seandainya ianya berjaya dilaksanakan maka tidak ada pelajar yang
melakukan
salahlaku seperti membakar sekolah, peras ugut dan sebagainya. Mereka
melakukannya kerana tidak ada perasaan sayang dalam diri mereka
terhadap
sekolah dan rakanrakan.
1.7.Ibubapa juga bertanggungjawab untuk menyerapkan nilai-nilai murni
kepada
anak-anak.
PENUTUP
Dari kajian ini, diharap masalah remaja yang terjebak dengan tingkah
laku
melepak akan dapat di atasi. Faktor-faktor kekeluargaan sepatutnya bukan
merupakan
punca gejala ini berlaku. Keluarga seharusnya bertindak mempamerkan
latar belakang
yang menunjukkan imej positif. Peranan yang besar perlu dimainkan
supaya remaja yang
bakal mewarisi kepimpinan akan datang dapat menjadikan negara ini
sebagai sebuah
negara yang pesat membangun dan berteknologi tinggi. Hasil dari
tinjauan kajian ini juga
diharap dapat menyedarkan semua pihak terutama ibubapa yang
mempengaruhi tingkah
laku melepak. Selain daripada itu agensi-agensi lain dan masyarakat
sekeliling juga
sepatutnya memainkan peranan yang sama dalam membantu remaja
menjalankan
aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah. Denga cara ini, akan dapat
membantu menyalurkan
pemikiran mereka supaya lebih kreatif dan bukan disempitkan dengan
masalah sosial
pada masa akan datang. sebagainya.
BIBLIOGRAFI

Abdullah Ahmad Badawi Ada Kumpulan Dikesan Pesongkan Aqidah


Remajadalam. Berita Harian, 17 Ogos 2001 .
Ahmad Lisot (1988). Peranan Ibubapa Yang Berkesan. Kertas Kerja
Konvensyen Perkara Ketiga Di Subang.
Ann Wan Seng (1994). Kerenah Remaja Hari Ini. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti Sdn.Bhd.Aishah K. Ahmad . Rumah sempit punca remaja
berpeleseran dalam. Ummi Ogos1993, halaman 50 51.
Atan Long (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan PustakaDan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ee Ah Meng (1997). Psikologi Pendidikan II. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Hakim Sungap. Lepak. Inikah Masalah sebenar Remaja dalam.
Tamadun, 2 Ogos
1994, halaman 8 17.
Havinghurst, R.J. (1952). Developmental Tasks And Education. New
York :Longman Green.Kamus DwiBahasa (1979). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.Laster D.C (1994). Psychology Of Human
Adjustment. New York. Alfred A. KnoffInc.Lidah Pengarang. Masalah
Lepak adalah Majoriti Remaja Melayu yang BeragamaIslam dalam.
Harian Metro, Isnin 6 Ogos 2001.Lorch (1966). Psychology Of Human
Adjustment. New York. Alfred A. Knoff Inc.Mahathir Mohamed.
Mahathir Bimbang Bahan Lucah berleluasa dalam.Mingguan Malaysia,
15 Julai 2001.
Mahadir Mohd Khir. Black Metal : Kementerian Minta Laporan
Sekolah dalam.Utusan Malaysia, Jumaat 20 Julai 2001 ).
Majalah Remaja, Ponteng Sekolah Gejala Semasa bil : 357 1 Julai
2001.Manja Mohd Ludin (1990). Psikologi Sosiologi Dan Falsafah
Dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mansor Abu Talib . Perkembangan remaja melibatkan Tiga Domain
dalam.Mingguan Famili, Ogos 2001, Halaman 24-26.
Mohd Salleh (1999). Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur :
Publications and
Distrubutors Sdn. Bhd.
Muhammad Hatta Sharom (1989). Ke arah Rumahtangga Bahagia. Kuala
Lumpur:
Pustaka Salam.
Nelson, G.F. (1992). Keluarga dan Persekitaran Perspektif Ekosistem.
Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Noor Shakirah Mat Akhir. pengaruh Ibubapa Terhadap Tingkah laku
Anak-anakdalam. Visi, Julai 2001, halaman 24-26.
Zulkifli Yusuf (1990). Panduan Khidmat Bimbingan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pusaka.

MINDA PEMBACA
MINDA pembaca yang terpilih minggu ini daripada tajuk yang
telah kami kemukakan iaitu Ponteng Sekolah/Lepak Semakin
Berleluasa . Mereka akan menerima hadiah sebanyak $40.00.
Pendapat yang berjaya itu adalah seperti berikut :

Utamakan didikan agama


Di era yang serba moden dan canggih ini, masih terdapat pelbagai
masalah berlaku di kalangan generasi muda yang masih bersekolah
khasnya, terutamanya masalah ponteng sekolah dan lepak. Masalah
disiplin seperti inilah yang sangat dikhuatiri kerana ianya semakin
berleluasa.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya ponteng sekolah
dan lepak di kalangan penuntut. Walau bagaimanapun, kita tidak
seharusnya menuding jari kepada satu pihak sahaja iaitu menyalahkan
pihak sekolah. Ini mungkin berpunca daripada pelbagai masalah yang
dibebani oleh penuntut itu sendiri seperti masalah keluarga, kewangan,
pergaulan dan diri murid itu sendiri.
Faktor yang terbesar ialah masalah, keluarga, di antaranya ialah kes ibu
bapa, masalah membawa kesan buruk sehingga memberikan tekanan
emosi kepada penuntut. Apabila masalah ini membebani mereka,
konsentrasi terhadap akademik semakin menurun. Penuntut beranggapan

dengan ponteng sekolah dan lepak dapat melupakan masalah yang sedang
dihadapi.
Masalah kewangan juga satu faktor mengapa masalah ponteng sekolah
dan lepak semakin berleluasa. Contohnya, ibu bapa tidak berkemampuan
untuk memenuhi perbelanjaan sekolah anak-anak mereka seperti tidak
dapat melunaskan pembayaran yuran sekolah atau tidak berkemampuan
untuk membeli peralatan-peralatan sekolah dan buku-buku pelajaran yang
hendak digunakan. Jadinya, mereka rasa malu untuk berdepan dengan
guru dan rakan-rakan yang lain.
Manakala, pergaulan dengan rakan sebaya yang sememangnya
mempunyai masalah disiplin seperti terpengaruh dengan hasutan, pujukan
dan cabaran-cabaran yang tidak mendatangkan faedah.
Pengaruh daripada rakan-rakan seperti inilah yang boleh merosakkan
akhlak dan kehidupan penuntut tersebut contohnya bermula dengan
ponteng sekolah dan lepak di tempat-tempat yang digemari kemudian
terjerumus dengan pengambilan dadah. Dimaksudkan dengan diri murid
itu sendiri ialah berkaitan dengan minat penuntut tersebut terhadap satusatu mata pelajaran.
Dari itu, pihak sekolah dan ibu bapa serta pihak-pihak tertentu perlulah
bekerjasama dalam menangani masalah ponteng sekolah dan lepak ini.
Ibu bapa dan guru juga sentiasa berkomunikasi untuk mengetahui
perkembangan anak-anak mereka sama ada dari segi akademik mahupun
tingkah laku di sekolah. Didikan agama dan akhlak juga sangat penting
diserapkan dalam diri setiap penuntut. Dengan lahirnya generasi muda
yang berdisiplin insya-Allah akan dapat lagi memajukan Negara Brunei
Darussalam di masa-masa hadapan.
Azlina binti Zahari,
No. 98 Simpang 82 Lot 26 STKRJ Kampong Rimba Gadong,
BE 3119.
No. k/p: 00-289552.
Berganding bahu atasi budaya lepak
Lepak ditakrifkan sebagai satu aktiviti yang dilakukan untuk
menghabiskan masa lapang di tempat-tempat awam seperti kompleks
membeli- belah, perhentian bas, di tempat-tempat hiburan dan
sebagainya. Gejala lepak di kalangan remaja menjadi bahan isu yang

sering diperkatakan kerana gejala tersebut semakin merebak di kalangan


remaja.
Aktiviti lepak semakin berleluasan kini kerana bertambahnya kompleks
membeli-belah. Apa yang paling mengecewakan ialah aktiviti melepak
ini banyak melibatkan penuntut sekolah. Mereka berpeleseran dan
merayau-rayau di pusat membeli-belah tanpa tujuan tertentu dengan
masih berpakaian sekolah. Dengan ini, menimbulkan lagi masalah yang
penuntut ini ponteng sekolah.
Jika diselidiki masalah ini kebanyakan mereka menghabiskan masa untuk
berjumpa kawan-kawan, di samping itu juga menghilangkan rasa bosan
serta runcing. Aktiviti yang mereka lakukan ini adalah memerhatikan
keadaan sekeliling seperti memerhatikan orang lalu lalang, berjalan-jalan
di sekitar kedai, berehat, berbual-bual kosong, makan atau minum dan
seumpamanya.
Kebanyakan remaja yang tertarik untuk menghabiskan masa lapang di
pusat membeli-belah ialah terdiri daripada kalangan remaja yang
bermasalah. Masalah yang dihadapi sama ada dari rumah ataupun di
sekolah. Dengan cara aktiviti lepak ini, akan dapat memberikan kepuasan
dan ketenangan kepada mereka kerana dapat berjumpa kawan-kawan
yang senasib dan kecenderungan yang sama dengan mereka.
Masalah yang mereka hadapi di rumah ialah seperti ibu bapa yang suka
berleter, disuruh melakukan kerja-kerja rumah dan merasa kesunyian
apabila ketiadaan ahli keluarga yang lain di rumah. Begitu juga masalah
yang dihadapi di sekolah, banyak kerja sekolah yang patut disiapkan,
ulang kaji untuk peperiksaan dan sebagainya. Semua ini memberikan
tekanan yang amat sangat kepada mereka. Oleh sebab itu, mereka ingin
ketenteraman dan mencari ketenangan di luar dengan berjumpa dan
berbual-bual dengan kawan-kawan untuk menghilangkan tekanan.
Remaja harus sedar bahawa aktiviti lepak ini memberikan banyak kesan
negatif. Kebanyakan salah laku remaja adalah berpunca dari aktiviti
melepak seperti merokok, penyalahgunan dadah, mencuri dan
sebagainya.
Aktiviti lepak ini perlu mendapat perhatian dari pelbagai pihak agar tidak
mendatangkan gejala yang lebih buruk. Dengan itu, semua pihak
kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sama-sama berganding bahu
untuk mengatasinya, insya-Allah masalah ini mungkin berkurangan
walaupun tidak secara keseluruhan, sekurang-kurangnya usaha dalam
menangani masalah ini berbaloi. Oleh itu, kesedaran perlu ada dalam diri

seorang remaja itu juga akan kesan akibat aktiviti melepak ini supaya
suatu hari nanti tidak menjadi sesalan kepada diri mereka sendiri.
Hajah Muhsinah binti Haji Othman,
No. 9 Simpang 14, Jalan Padnunuk, Kampong Lamunin, Tutong,
TG 2343.
No. k/p :00-307995.
Disiplin sekolah perlu diketatkan
Perkara utama yang sering terjadi di kalangan para remaja di zaman
moden ini sungguh memilukan hati kerana kebanyakan remaja tidak
memahami akan erti kehidupan yang sebenar. Mereka lebih suka budaya
melepak bersama rakan-rakan sekolah sehingga sanggup ponteng tidak
menghadiri sekolah mereka.
Guru-guru yang mengajar pula tidak dapat memberikan didikan kepada
murid-murid mereka kerana hanya sebilangan sahaja yang hadir dan
terpaksa menangguhkan pengajaran kerana masalah murid-murid yang
tidak hadir ke sekolah. Siapakah yang perlu dipersalahkan dalam hal ini?
Budaya melepak di kalangan remaja selalunya berpunca daripada terikutikut rakan sekolah mereka dan remaja ini merasa dunia hiburan yang
menyeronokkan sehingga mereka tidak terfikir bahawa perbuatan mereka
ini akan mendatangkan perkara-perkara yang mengundang kepada gejalagejala sosial yang memudaratkan diri mereka sendiri, kurangnya
perhatian ibu bapa kerana sering kali sibuk dengan pekerjaan dan hal
masing-masing sehingga menyebabkan kurang memberi perhatian
terhadap anak-anak mereka dan ianya juga adalah berpunca dari pengaruh
negatif media massa.
Remaja yang sering kali mengamalkan budaya melepak akan mudah
terlibat dengan penyalahgunaan dadah, meminum arak, merokok,
keruntuhan akhlak, merosakkan harta benda awam dan mencemarkan
alam sekitar.
Langkah-langkah yang sewajarnya perlu dilaksanakan supaya budaya
melepak ini tidak berleluasan lagi, semua masyarakat adalah
bertanggungjawab untuk mengatasi masalah ini. Ibu bapa adalah yang
utama sekali memainkan peranan yang penting dalam mendidik dan
memantau anak-anak mereka, memberikan perhatian penuh terhadap
kemajuan dan apa jua perkembangan yang berlaku kepada anak-anak
mereka dan tidak hanya menyerahkan tanggungjawab pendidikan kepada
pihak sekolah.

Kemudian, guru-guru di sekolah perlulah menyemaikan disiplin diri,


menekankan kepada murid-murid pendidikan moral, bimbingan dan
pendidikan yang sewajarnya untuk masa depan mereka.
Oleh itu, negara akan dapat melahirkan anak bangsa yang penuh dengan
pendidikan dan ilmu pengetahuan yang berguna dan mereka akan
membesar menjadi remaja yang membanggakan dan mengharumkan
nama baik negara kita.
Siti Hairani binti Haji Taha,
No. 4 Simpang 57-10 Jalan 64,
Kampong Perpindahan Lambak Kanan, BC 3115.
No. k/p : 00-287300.
Jangan mudah terpengaruh dengan kawan-kawan
Masalah disiplin pelajar memang telah lama berlaku. Sekolah-sekolah
menengah banyak menghadapi masalah-masalah disiplin di kalangan
pelajar. Selain dari ponteng sekolah dan melepak, juga pelbagai masalah
lain yang hangat diperkatakan antaranya ponteng kelas, merokok,
mewarnakan rambut, merosakkan harta benda awam dan apa yang lebih
menakutkan para ibu bapa masa kini jika disiplin menular kepada
kesalahan jenayah juvenil yang berat seperti penyalahgunaan dadah,
membawa atau meminum minuman keras, berjudi, buli dan
gangtsterisme.
Kebanyakan pelajar yang ponteng ini, mereka akan pergi ke kedai-kedai
yang menyediakan servis internet untuk berchatting, bermain permainan
internet, bermain snuker, merokok, melayari internet untuk tujuan
pornografi dan menonton wayang. Masalah-masalah ini selalunya terjadi
kerana pelajar sendiri muda terpengaruh dengan budaya asing dari media
dan hiburan dan hasutan kawan-kawan yang mempunyai moral tidak
baik.
Selain daripada itu masalah disiplin pelajar yang timbul juga berkait rapat
dengan cara didikan dan asuhan di rumah. Faktor kawalan, persefahaman,
tingkah laku dan sumbangan ekonomi ibu bapa, komunikasi baik antara
anak dan ibu bapa serta kelapangan masa untuk keluarga juga penting.
Wujudkan keadaan stabil di rumah agar anak-anak tidak terganggu emosi
kerana keadaan kucar-kacir seperti pergaduhan dan perceraian memberi
kesan mendalam ke atas anak-anak. Keadaan seperti ini mungkin juga
dilalui di sekolah. Merasa terasing dari rakan-rakan kerana tidak diterima
dalam persahabatan, mengalami masalah dalam hubungan sosial dan

masalah dalam peperiksaan. Ini menyebabkan mereka membawa diri


dengan ponteng kelas, ponteng sekolah, melepak dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, anak-anak sepatutnya mengambil pengajaran
sekiranya keadaan kucar-kacir berlaku, jangan perkara ini dijadikan
alasan untuk melakukan sesuatu yang merugikan diri sendiri dan
mengalami masalah pelajaran.
Dalam usia remaja ini, mereka hendaklah dididik dengan cara berkawan,
bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bercanggah
dengan syariat. Dalam usia ini mereka mempunyai sifat ingin tahu yang
ada dalam diri dan cuba melakukan perkara-perkara yang bermanfaat atau
sebaliknya. Pada peringkat ini juga pelajar semestinya memmikirkan
tentang kejayaan dan kecemerlangan yang perlu dicapai demi masa depan
diri yang cerah. Ingatlah wahai pelajar, walau apa pun dan perkara hebat
yang bergolak di kelilingmu jangan lupa sempadankan kelakukan. Terima
nasihat ini untuk peringatan bersama.
Jangan mudah terpengaruh dengan kawan-kawan atau orang asing yang
berniat merosakkan akhlak pelajar haruslah pandai memilih rakan sebaya
yang serasi dan boleh dipercayai, ikut contoh tauladan yang baik, ikuti
ceramah atau motivasi mengenai pelajar cemerlang, beriadah sebaiknya
bersama keluarga, aktif dalam kelab sukan yang diminati dan
kokorikulum sekolah dan memiliki didikan agama yang intensif dan
lengkap.
Fahrina binti Mohammad Sarif,
Blok B, No. B10 Flat Puteri-Puteri Pusar Ulak, Jalan Tutong, BS 8511.
No. k/p : 00-281524.

Anda mungkin juga menyukai