Anda di halaman 1dari 4

UNGKAPAN MENARIK

Adab :
-

Beradab sopan kepada ibu bapa ialah wajib pada hukum agama dan
kebudayaan kita. Hadis Nabi Muhammad SAW menyebut bahawa syurga
di bawah tapak kaki ibunya.
Hukama , seorang tokoh ilmuan Islam berkata bahawa semiskin-miskin
orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti.

Adat :
-

Pepatah ada menyebut bahawa hidup dikandung adat, mati dikandung


tanah.
Demi kesejahteraan hidup bermasyarakat, kita diingatkan agar
berpandukan kata-kata peribahasa , di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung.

Anak :
-

Anak-anak dijaga dengan penuh kasih sayang seperti peribahasa kita,


bagai menatang minyak yang penuh.
Nabi Muhammad SAW bersabda, periharalah anak-anakmu dan perbaik
budi pekerti mereka. Sesungguhnya, anak-anak itu ialah hadiah Allah
kepadamu.
Ibu bapa perlu memelihara dan mendidik anak-anak kerana peribahasa
ada menyatakan bahawa bapa borek anaknya rintik, dan ke mana
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Sebuah hadis Nabi Muhammad ada menyebut, setiap bayi yang dilahirkan
adalah dalam keadaan suci. Kedua-dua ibu bapalah yang
bertanggungjawab menjadikan anaknya Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Bahasa :
-

Kata peribahasa kita ada menyatakan bahawa bahasa menunjukkan


bangsa / bahasa jiwa bangsa; orang berbudi kita berbahasa, orang
memberi kita merasa; tiada kata secantik bahasa.
Anak-anak dan remaja perlu diperkenalkan dengan keindahan bahasa dan
pemikiran budaya bangsanya, kerana peribahasa kita ada menyebut, tak
kenal maka tak cinta.
Anak-anak harus dididik dengan bahasa yang betul dan baik kerana
pepatah ada menyebut terlajak perahu boleh diundur, terlajak bahasa
buruk padahnya.

Guru :
-

Hadis Nabi Muhammad SAW bermaksud bahawa orang yang berilmu harus
mengajarkan ilmu pengetahuannya kepada orang lain .
Tugas guru amat mulia kerana pendeta bahasa ada mengatakan bahawa
guru ibarat lilin, membakar dirinya menerangi orang lain.

Guru tidak boleh mengamalkan sikap buruk kerana anak murid akan
menirunya seperti peribahasa , guru kencing berdiri, murid kencing berlari.
Hamka ada berkata bahawa kalau ada di dunia ini suatu pengorbanan dan
kejujuran serta kelapangan hati, satu antaranya ialah pekerjaan guru.
Hamka pernah berkata bahawa yang ditanamkan oleh guru kepada muridmuridnya bukanlah ilmu semata-mata, tetapi budi, persaudaraan dan
persatuan.

Harapan dan Usaha :


-

Sesuatu usaha pasti akan berjaya sekiranya kita ada kemahuan yang kuat
kerana peribahasa kita ada menyebut tidak ada gunung tinggi yang yang
tidak dapat didaki, tidak ada lurah dalam yang tidak dapat dituruni atau di
mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Kita mesti ada sikap tekun dan sabar. Mahatma Ghandi ada berkata
kesabaran dan ketekunan dapat mendaki gunung ganang.
Kita perlu berhati-hati meletakkan harapan dan kepercayaan kepada
seseorang kerana peribahasa kita ada menyebut, harapkan pagar, pagar
makan padi atau harapkan sokong, sokong membawa rebah.
Serangkai kata bertuah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
harus dihayati.

Kehidupan :
-

Sayidina Ali pernah berkata kemuliaan hidup dicapai dengan akal dan
adab, bukan dengan asal dan
bangsa.
Lidah pendeta ada menyebut rajin dan usaha tangga kejayaan.
Peribahasa Melayu mengingatkan , buat baik berpada-pada, buat jahat
jangan sekali.
Kita hendaklah hidup dengan mengamalkan sikap seperti peribahasa,
hidup sandar menyandar bagai aur dengan tebing atau bagai telur
sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya.

llmu :
-

Sebuah hadis Nabi Muhammad SAW berbunyi, tuntutlah ilmu sekalipun ke


negeri China.
Kalau kita tidak tahu, kita hendaklah bertanya kepada orang lain kerana
pepatah Melayu ada menyebut, malu berkayuh perahu hanyut, malu
bertanya sesat jalan.
Confucius ,ahli fikir China yang terkenal ada mengatakan kepentingan
ilmu pengetahuan, iaitu
kekurangan dalam ilmu pengetahuan seperti malam yang gelap gelita
bagi batin kita.
Sayidina Ali ada menyatakan bahawa harga seseorang itu ialah ilmunya.
Imam Syafie ada menyatakan bahawa ilmu itu tinggi nilainya. Kita harus
mencari ilmu dan bukan ilmu yang mencari kita.

Perbuatan Yang Negatif :

Jangan bertindak mengharapkan sesuatu yang belum pasti seperti


peribahasa , mendengarkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
Hidup bermasyarakat perlu menjaga diri dan pergaulan serta tidak
sombong kerana peribahasa Melayu ada menyebut ,jangan bawa resmi
jagung, makin berisi makin jegang (keras/liat).
Kita perlu mengamalkan sikap suka merendah diri seperti kata peribahasa
ikutlah resmi padi, makin berisi makin tunduk.
Janganlah kita meniru teladan yang buruk seperti kata peribahasa, jangan
bercermin di air keruh.

Kebudayaan dan Seni :


-

Seorang budayawan ada mengatakan bahawa kebudayaan lama akan


hilang dengan kehilangan tujuan
dan praktiknya.
Kata Hamka, kebudayaan manusia akan selalu mengalir ibarat air sungai,
menerima dan memberi.
Ahli fikir Barat ,L. Kant ada mengatakan bahawa hanya bangsa yang
merdeka mempunyai kebudayaan yang hidup.

Masyarakat :
-

Mahatma Ghandi ada berkata bahawa, orang akan sangat dihormati


apabila ia melakukan pekerjaan untuk kesejahteraan masyarakat
sekitarnya.
Hidup bermasyarakat mestilah tolong-menolong seperti aur dengan
tebing.
Hidup bermasyarakat , janganlah bersikap seperti enau di dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing.
Kita hendaklah mengikut kata pepatah orang tua-tua , masuk kandang
kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek.
Janganlah kita tidak bergaul dengan masyarakat dan disebut dengan
ungkapan sebagai kera sumbang.

Pemuda ,Belia dan Remaja :


-

Kata-kata sanjungan dan harapan terhadap generasi muda ,iaitu pemuda


harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Ingatlah pesanan orang tua-tua , ikut rasa binasa, ikut hati mati dan ikut
nafsu lesu.
Imam Al-Ghazali berkata, bagaimana bentuk pemuda masa ini, itulah
bentuk masyarakat akan datang.
Remaja perlu mempunyai kekuatan peribadi yang unggul , kerana kata
orang budiman asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
Ilmu pengetahuan dan pengalaman yang ditempuh memberikan isi pada
peribadi , seperti kata pepatah sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu,
tiga kali jalan mengena.

Pendidikan :

Hukuman pukul hanya boleh dilakukan apabila sudah tiada acara lain
untuk dilakukan .Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa , kalau hendak
melentur buluh biarlah daripada rebungnya atau sayang anak tangantangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan.
Umar Al-Khatab berkata, ajarlah anak-anak-anakmu dengan zaman yang
akan dihadapinya.
Nabi Muhammad SAW mengingatkan ibu bapa supaya menjaga anak-anak
dengan membaiki budi pekerti mereka.
Ahli fikir Barat ada mengatakan bahawa pendidikan merupakan keperluan
utama rakyat selepas makanan.

Waktu / Masa :
-

Peribahasa Inggeris ada menyebut bahawa masa itu emas.


Pepatah Melayu ada menyebut bahawa masa tak dapat diubah, terlepas
tak dapat dikejar.
Lidah pendeta ada menyatakan bahawa bertangguh itu pencuri masa.
Peribahasa Arab ada menyebut bahawa masa itu umpama pedang. Jika
kamu tidak memancungnya, pedang itu akan memancung kamu pula.