Anda di halaman 1dari 11

Perkembangan Pendidikan Islam menuju era kemuncak Khalifah

Abbasiyyah sehingga Kejatuhan Zaman Turki Othmaniyyah.


Pengajaran.

PENDAHULUAN

Perbincangan tentang pendidikan Islam sama ada dalam bentuk

seminar, ceramah, taklimat dan sebagainya telah banyak diadakan di negara

kita pada masa kini. Oleh sebab itu persoalan ini bukan lagi menjadi perkara

asing bagi kita semua sekalipun mungkin masih terdapat sesetengah

kalangan Muslim itu sendiri masih belum jelas tentang kandungan

pendidikan Islam itu secara terperinci.

Sejarah Pendidikan Islam atau Tarihut Tarbiyyah Islamiyyah sebagai

keterangan mengenai pertumbuhan dan perkembangan pendidikan Islam

dari waktu ke waktu yang lain, sejak zaman lahirnya Islam sampai dengan

masa sekarang dan cabang ilmu pengetahuan yang berhubungan dengan

pertumbuhan dan perkembangan pendidikan Islam, baik dari segi idea dan

konsepsi mahupun segi institusi dan operasionalisasi sejak zaman Nabi

Muhammad SAW sampai sekarang.

Di masa Daulat Abbasiyah, pemerintah tidak terlalu banyak melakukan

perluasan wilayah kekuassan Islam, bahkan yang terjadi munculnya

kerajaan-kerajaan kecil seperti Bani Ummayyah II di Andalusia, Bani Saljuk,

1
Bani Fatimiyah, dan lain-lain. Sejarah mencatat zaman Abbasiyah banyak

terjadi kemajuan yang menakjubkan dalam hal ilmu pengetahuan dan

kebudayaan. Baghdad menjadi pusat ilmu pengetahuan dan kebudayaan

pada waktu itu, kemudian menjalar ke Kota Kufah dan Basrah di

Mesopotamia, Isfahan dan Nisyafur di Persia, Bukhara dan Samarkand di

Transoxiana, Kairo di Mesir, Tunis, Toledo dan Cordova di Andalusia. Kota-

kota tersebut menjadi pusat ilmu pengetahuan dan kebudayaan di dunia

pada saat itu.

Oleh sebab itu periodisasi era perkembangan pendidikan Islam itu

bermula selepas tamatnya kerajaan Umaiyyah. Secara garis besar dapat

dibahagi seperti berikut:

1. Zaman Kerajaan Abbasiyyah (750- 1258M).

2. Zaman Kerajaan Fatimiyyah.

3. Zaman Kerajaan Saljuk.

4. Zaman Turki Uthmaniyyah (1517- 1924M) (Kejatuhan Pendidikan

Islam)

Sejarah pendidikan Islam pada hakikatnya tidak terlepas dari sejarah

Islam. Periode sejarah peradaban Islam yang paling cemerlang ialah periode

kerajaan Abbasiyyah di Baghdad yang berlangsung selama lima abad. Prof.

Manzoor Ahmad Hanafi menjelaskan bahawa zaman keemasan dan

2
kegemilangan pendidikan Islam dari dulu hingga sekarang ialah pada zaman

pemerintahan kerajaan Abbasiyyah. Beliau juga menjelaskan sistem

pendidikan Islam pada zaman Abbasiyyah bermula pada peringkat rendah

hingga ke peringkat menengah dan seterusnya universiti. Sehiggalah pada

suatu masa, Kota Baghdad menjadi pusat ilmu pengetahuan bagi semua

orang yang datang dari Timur dan Barat. Dari itu ketika kerajaan Saljuk

menakluki Baghdad, maka tertubuhnya dua buah institusi dari segi khazanah

ilmu dan bilangan pelajarnya iaitu institusi Nizamiyah (pertengahan abad 5H)

dan Mustansariyah (abad 7H). Dengan ini era Abbasiyyah memperlihatkan

khazanah ilmu yang mencapai tahap kematangannya.

Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu

tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan

sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman

Keemasan Islam. Kerajaan Abbasiyyah di Baghdad umpama cahaya yang

menyinari ilmu pengetahuan ke pelusok Asia seperti di bawah pemerintahan

Kuchu King di negeri Cina kira-kira abad ke-13.

Kemajuan ilmu dan sistem pendidikan Islam amat terserlah pada

zaman Abbasiyyah (656-1258 Masehi). Khalifah Harun al-Rashid dan Khalifah

al-Makmun merupakan antara barisan khalifah yang cemerlang dalam

meningkatkan martabat sistem pendidikan Islam. Madrasah, masjid, khuttab

dan istana telah dijadikan institusi Islam yang utama. Di samping pusat-

pusat pengajian ini telah dilengkapi dengan kemudahan-kemudajan seperti

2
perpustakaan, asrama, bilik makmal, dewan makan dan landskap. Khalifah

ar-Rashid juga telah membina sebuah perpustakaan yang terbesar di mana

kegiatan penterjemah besar-besaran telah diadakan disitu iaitu Baitul

Hikmah.

‫وﺇذﻗﺎﻝﺭﺒﻙﻟﻟﻠﺌﻜﻪﺇﻨﺠﺎﻋﻝﻔﻰﭐﻷﺭﺽﺨﻟﻴﻓﻪ‬

“Ingatlah di waktu Tuhan kamu berkata kepada Malaikat: sesungguhnya Aku

jadikan khalifah di bumi”

(surah al-Baqarah

3).

Perkembangan pendidikan Islam pada zaman ini lebih pesat dan

berkembang luas. Ini adalah kerana sikap khalifah-khalifah itu sendiri.

Mereka secara aktif turut berbincang di dalam majlis-majlis ilmu yang

dihadiri oleh sarjana-sarjana yang berkaliber dan termasyhur sama ada di

dalam kesusasteraan Arab, akidah, falsafah, nahu, matematik, fizik,

astrologi, dan sebagainya.

Perkembangan dalam bidang ilmu pengetahuan seperti bidang

keagamaan dan falsafah al-Kindi Ibn Sina dan lain-lain, bidang perundangan

al-Shafi’e, Abu Hanifah, Abu Yusuf Malik, Ahmad ibn Hanbal dan lain-lain.

Bidang sejarah dan sosiologi al-Tabari, Mas’udi, Ibn Maskawih, Sayyid al-

Andalusi dan lain-lain lagi.

3
Kesan-kesan sejarah yang berada di hadapan kita sekarang ini wujud

dalam pelbagai bentuk seperti senibina, ukiran, tulisan dan teori-teori dalam

pelbagai bidang ilmu pengetahuan adalah hasil usaha dari pengalaman umat

Islam yang tunduk kepada disiplin ilmu Islam ini. Hasil yang didapati oleh

umat Islam dalam bidang ilmu pengetahuan adalah natijah dari kegigihan

mereka berusaha ke arah itu dan dari dorongan yang suci serta hasil usaha

yang bersungguh-sungguh.

Kemajuan yang Dicapai Pada Masa Bani Abbasiyah

Antara kemajuan yang dicapai dalam zaman Bani Abbasiyah ialah dalam

bidang kedoktoran dan perubatan. Dengan demikian, seorang doktor

sekaligus merupakan seorang ahli metafisika, filosofi, dan sufi. Merekalah

yang membangun apotek pertama, mendirikan sekolah farmasi pertama,

dan menghasilkan buku daftar ubat-ubatan. Mereka telah menulis beberapa

risalah tentang ubat-ubatan, dimulai dengan risalah karya Jabir ibn Hayyan,

yang juga dikenali dengan nama bapak kimia Arab, yang hidup sekitar 776.

Pada masa awal pemerintah al-Mamun dan al- Mutashim, para ahli ubat-

ubatan dan para doktor harus menjalani bermacam ujian. Para penulis

utama bidang kedoktoran setelah babak penterjemahan besar itu adalah

orang Persia yang menulis dalam bahsa Arab: Ali al-Thabari, al-Razi, Ali ibn

al-Abbas al-Majusi, dan Ibn Sina.

2
Kemajuan lain yang dicapai juga adalah dalam bidang Matematik atau

ilmu hisab. Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi adalah tokoh utama dalam

kajian matematik Arab. Beliau telah memengaruhi pemikiran dalam bidang

matematika yang hingga batas tertentu lebih besar daripada penulis abad

pertengahan lainnya. Di samping menyusun table astronomi tertua al-

Khwarizmi juga menulis karya tertua tentang aritmatika, yang hanya

diketahui lewat terjemahannya, dan tentang aljabar. Salah satu karyannya

adalah “Hisab al-Jahr wa al-Muqabalah.”

Salah satu ungkapan mutiara, yang diriwayatkan bahwa Muhammad

pernah memuji “seseorang yang menafkahkan hartanya diam-diam,

sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dilakukan tangan kanannya.”

Selain hadis, tidak ada yang bisa melukiskan dengan lebih baik daya serap

Islam sebagai sebuah sistem terhadap gagasan-gagasan baru.

Kejatuhan pendidikan Islam zaman Turki Othmaniyah

Kemajuan yang dicapai dari kemuncak Khalifah Abbasiyah tidak

berpanjangan sehingga zaman Turki Othmaniyah ianya mengalami

kejatuhan. Kejatuhan ini berpunca daripada perasaan cemburu daripada

penduduk Tartar melihat peningkatan dan perkembangan ilmu pengetahuan

umat Islam. Mereka sendiri tidak mempunyai agama, pengetahuan, budaya

3
dan juga tamadun. Akibat perasaan cemburu inilah membuatkan orang-

orang Tartar menyerang Kota Baghdad dan akhirnya mereka berjaya

menakluk. Ini adalah disebabkan orang-orang Tartar mempunyai kekuasaan,

kekuatan dan keganasan sehingga negeri Baghdad jatuh ketangan mereka.

Orang-orang Islam meletakkan kepercayaan terhadap orang-orang Turki atas

keutamaan Dinasti Othmaniyah yang memimpin mereka dan menakhluki

kawasan serta kekuasaan dalam dunia ini. Akan tetapi orang-orang Tartar

mampu mengalahkan orang-orang Islam ketika itu disebabkan pendidikan

yang merosot dan kekurangan ketaatan orang atasan terhadap bangsa

Turki. Seperti Firman Allah Taala, surah al-Baqarah 120, tafsirnya:

‫ﻭﻟﻥﺘﺭﻀﻰﻋﻨﻙﺍﻟﻴﻬﻭدﻭﻻﺍﻟﻨﺼﺭﻯﺤﺘﻰﺘﺘﺒﻊﻤﻠﺘﻬﻡ‬

“Orang-orang Yahudi dan masihi tidak merelakan kamu selama-

lamanya, kecuali kamu mengikut agama mereka”

Kesimpulan

Zaman pemerintahan Abbasiyyah telah mengangkat martabat sistem

pendidikan Islam ke tahap yang lebih tinggi dan terulung. Ajaran sunnah

Rasulullah telah dilaksanakan oleh khalifah-khalifah yang bijaksana dan

berilmu tinggi untuk menyeru umat Islam ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Pegangan agama telah tersebar luas ke pelusuk negara sehingga

2
dihapuskan oleh kekejaman orang Tartar. Namun agama Islam di zaman

Abbasiyyah berjaya menyemarakkan ilmu pengetahuan ke pelusuk negeri

yang diikuti dengan jutaan umat Islam bagi memperkembangkan dan

meningkatkan ilmu pengetahuan hingga sekarang.

Di Negara Brunei Darussalam juga berjaya menubuhkan beberapa

sekolah rendah, menengah dan maktab-maktab serta institusi-institusi

tinggi. Selain sekolah rendah, sekolah ugama juga ditubuhkan untuk

memantapkan pengajaran agama di sekolah berkenaan. Guru terbahagi

kepada tiga kumpulan iaitu, guru, digunakan di sekolah rendah dan

menengah, manakala ustaz dan ustazah bagi guru di maktab-maktab.

Institusi-institusi tinggi pula mengunakan professor dan pensyarah. Ini

disebabkan panggilan guru tidak sesuai digunakan dalam pengajian di

peringkat tinggi.

Di negara ini terdapat sebuah universiti yang termasyhur iaitu

Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang mana ianya juga adalah universiti

pertama di Negara ini. Selain daripada itu, sekarang juga sudah banyak

tertubuh institusi-institisi dan universiti baru seperti Universiti Sultan Sharif

Ali (UNISSA). Universiti ini keseluruhannya adalah pelajaran bahasa Arab.

Memandangkan UNISSA ini belum mempunyai bangunan yang tetap maka

ianya terpaksa mengunakan sebahagian daripada bangunan UBD sebagai

bangunan sementara. Oleh kerana ianya berada dalam kawasan UBD, segala

2
keperluan, kelas dan sebagainya berkongsi dengan harta benda UBD.

Dengan gabungan kedua-dua universiti ini, maka pendidikan pun

berkembang.

Selain daripada bidang perguruan, bidang ilmu perubatan telah

dibukakan kepada seluruh masyarakat di negara ini. Mereka juga diberikan

kursus mengenai bidang perubatan dalam dan luar negara. Kebanyakkan

jururawat dan doktor tempatan telah mengambil kursus ini mempunyai

kemahiran untuk menceburi bidang berkenaan. Ini menunjukkan bahawa

pendidikan ilmu perubatan telah meningkat dan berkembang luas.

Zaman Othmaniyyah merupakan zaman kejatuhan pendidikan Islam.

Oleh yang demikian dalam zaman ini, orang-orang Turki harus menguatkan

keimanan dan menegakkan kebenaran terhadap orang-orang Tartar ketika

itu. Umat Islam juga disarankan supaya tidak meletakkan kepercayaan

terhadap kaum lain. Seharusnya umat Islam berusaha menangani masalah

yang dihadapi demi menegakkan ilmu Islam yang sedang maju dan

disebarkan ke seluruh dunia.

3
Bibliografi

Ahmad Mohd. Salleh (1997). Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan


Metodologi, Penerbit Fajar Bakti, Selangor.

Dr. Ahmad Amin (1985). Islam Sepanjang Zaman, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.

Ghazali Darusalam (2001). Pedagogi Pendidikan Islam, Utusan Publications


and Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

Khairuddin Haji Muhammad (1979). Sejarah Islam, Jilid II, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.

4
Prof. Madya Dr. Abdul Halim El-Muhammady (1991). Pendidikan Islam,
Falsafah, Disiplin dan Peranan Pendidik, Dewan Pustaka Iskam,
Selangor.

Missthree03- march2009