Anda di halaman 1dari 20

1

RING MAIN UNIT (RMU) JENIS MINYAK (TAMCO-OLU/HFU)


1. PERKAKAS SUIS JENIS HFU (HIGH FUSING UNIT)
Perkakas ini mempunyai tiga ruangan iaitu:
i.
ii.
iii.

Ruangan sesentuh dan basbar yang mana dipenuhi dengan minyak


sebagai penebat
Ruangan fius yang bertebat udara
Ruangan kerja yang bertebat udara

Perkakas suis ini mempunyai dua lengan kendalian, iaitu satu lengan untuk
kendalian sesentuh dan satu lagi untuk membumikan fius.
Dengan berpandukan kepada gambarajah komponen-komponen luar diperkakas
suis adalah seperti berikut:
a. PETUNJUK KENDALIAN SUIS
Menunjukkan tiga kedudukan perkakas suis iaitu Membumi Kabel, OFF,
ON.
b. BUTANG PELANTIK
Digunakan untuk memutuskan litar
c. LENGAN BUMIKAN SUIS
Untuk menyambungkan fius ke bumi
d. LENGAN KENDALIAN SUIS
Untuk mengendalikan perkakas suis dalam salah satu kedudukan membumi kabel
OFF dan ON
e. PENUTUP ESCUTHEON
Untuk menutup lengan bumikan fius dan lengan kendalian fius

f. PINTU FIUS
Sebagai perlindungan kepada fius
g. PETI KABEL
Punca-punca menyambung kabel voltan 11kV ke atau dari basbar perkakas suis
h. SOKET PENGUJI
Soket untuk membuat ujian di kabel antara perkakas suis HFU dengan alatubah
2. PERKAKAS SUIS OLU (OIL LINK UNIT)
Perkakas ini mempunyai dua ruangan iaitu:
i.
ii.

Ruangan sesentuh yang dipenuhi dengan minyak


Ruangan kerja yang bertebat udara

Perkakas suis ini tidak mempunyai fius dan sesentuhnya direndam dalam minyak.
Perkakas suis ini juga boleh dikendalikan dalam tiga kedudukan iaitu ON,
OFF dan Membumikan Kabel. Hanya satu lengan disediakan untuk tujuan
menghindarkan kesilapan.
Dengan berpandu kepada gambarajah alat-alat diperkakas suis OLU adalah
seperti berikut:
a. PETUNJUK KENDALIAN PERKAKAS SUIS
Menunjukkan tiga kedudukan, membumi kabel, OFF, ON
b. LENGAN KENDALIAN PAPAN SUIS
Untuk mengendalikan perkakas suis dalam salah satu kedudukan yang
diatas
c. PENUTUP LENGAN KENDALIAN
Untuk menutup lengan perkakas suis peti kabel
d. PETI KABEL
Punca-punca menyambung kabel voltan 11kV ke atau dari basbar ke
perkakas suis

e. SOKET PENGUJI
Soket untuk membuat ujian di kabel antara perkakas suis OLU dengan
OLU di lain pencawang yang disambungkan secara sistem gelang
3. PRINSIP KENDALIAN PERKAKAS SUIS HFU DAN SAMBUNGAN
LITAR PERKAKAS SUIS HFU

Lengan pengendalian di kedudukan MEMBUMI KABEL. Kabel voltan tinggi


dibumikan

HIGH FUSE UNIT

a. Untuk menukar fius yang ada dalam HFU, pintu ruang fius mesti dibuka. Untuk
membukanya tolak lengan membumi fius dari kedudukan FUSE EARTH OFF
kepada FUSE EARTH ON.
b. Sekarang barulah pintu fius dapat dibuka
c. Penunjuk keadaan suis masih menunjuk OFF

a. Untuk mengendali HFU dari kedudukan OFF kepada Membumi Kabel, tolak
lengan kendalian dari kedudukan OFF kepada Membumi Kabel
b. Lengan membumi fius mesti berada dalam kedudukan FUSE EARTH ON
c. Penunjuk keadaan suis menunjuk Membumi Kabel

8
CARA KENDALIAN PERKAKAS SUIS HFU

a.
b.
c.
d.

HFU didalam keadaan ON


Penunjuk keadaan suis menunjukkan ON
Lengan kendalian dikedudukan ON
Lengan membumi fius dikedudukan FUSE EARTH OFF

Mengikut gambarajah 2
a. Untuk mengendali HFU dari kedudukan ON kepada OFF tekan butang
pelantik yang disediakan
b. Penunjuk keadaan suis menunjukkan OFF
c. Tetapi, lengan pengendalian masih dalam kedudukan ON, walaupun suis HFU
dalam keadaan OFF

10

Mengikut gambarajah 3
a. Lengan pengendalian ditolak kepada kedudukan OFF

11
CARA KENDALIAN PERKAKAS SUIS OLU (OIL LINK UNIT)

Kendalian suis minyak OLU


Mengikut gambarajah 1
a. Suis minyak OLU dalam keadaan ON
b. Penunjuk keadaan suis menunjukkan ON
c. Lengan pengendalian berada dikedudukan ON

12

Mengikut gambarajah 2
a. Untuk mengendali OLU dari keadaan ON kepada OFF lengan pengendali
ditolak ke bawah
b. Lengan pengendalian dikedudukan OFF
c. Penunjuk keadaan suis menunjukkan OFF

13

Mengikut gambarajah 3
a. Untuk membolehkan kita mengendali OLU ke keadaan membumi kabel, lengan
pengendalian mesti dialih tempatnya
b. Penunjuk keadaan menunjukkan OFF lagi

14

Mengikut gambarajah 4
a. Untuk mengendali OLU ke keadaan membumi kabel, lengan pengendalian di
tolak ke bawah
b. Lengan pengendalian di kedudukan Membumi Kabel
c. Penunjuk keadaan suis menunjukkan Membumi Kabel

15

16
CARA KENDALIAN PERKAKAS SUIS HFU

Gambarajah 1
a.
b.
c.
d.

HFU didalam keadaan ON


Penunjuk keadaan suis menunjukkan ON
Lengan kendalian di kedudukan ON
Lengan membumi fius di kedudukan FUSE EARTH OFF

Mengikut gambarajah 1
a. HFU dalam keadaan ON. Arus dari busbar melalui fius dan terus ke kabel yang
keluar kepada alatubah
b. Fius tidak di bumikan

17

Mengikut Gambarajah 2
a. HFU dalam keadaan OFF. Ini menyebabkan sambungan diantara basbar dengan
kabel terbuka
b. Fius tidak di bumikan

18

Mengikut Gambarajah 3
a. HFU dalam keadaan OFF lagi
b. Lengan membumi fius diletak pada FUSE EARTH ON dan ini menyebabkan
fius dibumikan

Mengikut gambarajah 4
a. Lengan pengendalian diletak pada MEMBUMI KABEL, ini menyebabkan kabel
yang keluar kepada alatubah dibumikan
b. Fius masih dibumikan

19

PRINSIP KENDALIAN PERKAKAS SUIS OIL LINK UNIT (OLU) ATAU


SAMBUNGAN LITAR PERKAKAS SUIS OLU

Mengikut gambarajah 1
Lengan pengendalian dikedudukan ON. Arus dari basbar akan mengalir kepada kabel
jika OLU digunakan sebagai unit masuk (incoming unit). Jika OLU digunakan sebagai
unit keluar (outgoing unit) arus akan mengalir dari kabel kepada basbar.

20

Mengikut gambarajah 2
Lengan pengendalian dikedudukan OFF. Litar ini diantara basbar dan kabel terbuka

Anda mungkin juga menyukai