Minggu 1
1. Isu / Perkara yang difokus :
Selepas berbincang dengan mentor saya, beliau mendapati bahawa aktiviti kemuncak
tidak iaitu permainan baling telur tidak bersesuaian dengan objektif P&P iaitu
membaling bola. Walaupun ianya bersesuaian dengan pendekatan TgfU namun ianya
tidak menepati objektif P&P. Ini kerana permainan tersebut lebih memfokuskan kepada
kemahiran menangkap bola.
3. Cadangan penambahbaikan:
Pemilihan aktiviti mestilah dipilih dengan berhati-hati bersesuaian dengan kemahiran
yang ingin di ajar oleh guru.
Minggu 2
1. Isu / Perkara yang difokus :
Pengurusan masa .
3. Cadangan penambahbaikan:
Penambahbaikan lain yang boleh dilakukan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini
adalah
saya
sepatutnya
melakukan
dahulu
aktiviti
yang
dirancang
sebelum
mengaplikasikannya kepada murid. Ini untuk memastikan bahawa aktiviti tersebut sesuai
dan mudah untuk diaplikasikan oleh murid-murid. Ini juga untuk memastikan bahawa
masa yang dperuntukkan untuk setiap aktiviti tidak melebihi masa yang ditetapkan.
Minggu 3
3. Cadangan penambahbaikan:
Antara penambahbaikan yang akan saya lakukan untuk murid yang menganggu murid
lain adalah dengan memberikan masa rehat (Time-out). Murid-murid yang menganggu
akan diberikan masa rehat agar menjadi hukuman kepada mereka untuk tidak
mengulangi kesalahan pada masa hadapan.
Minggu 4
3. Cadangan penambahbaikan:
Menggunakan rakan sebaya mereka sendiri iaitu murid-murid yang mahir untuk
membimbing murid-murid yang tidak menguasai. Memberikan motivasi kepada muridmurid dengan menyatakan bahawa kekurangan yang dihadapi tidak menjadi halangan
untuk mereka mencapai kejayaan. Justeru, diharapkan agar mereka berusaha untuk
memperbaiki dan melakukan aktiviti dengan bersungguh-sungguh.