Anda di halaman 1dari 15

UNIT PENDIDIKAN JARAK JAUH

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

[PENGANTAR KOMUNIKASI]
[SCCA 1013]
Tugasan Individu 2

Disediakan Untuk:
[ Dr. NIK ADZRIEMAN BIN ABDUL RAHMAN]

Disediakan Oleh:
NAMA

NOORJAMILAH TAHIRAH BINTI AHMAD

NO. MATRIK

211053

KAMPUS

UUM, SINTOK

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN
2.0 KEPESATAN TEKNOLOGI DAN

Muka Surat

SCCA 1013 Pengantar Komunikasi


S211053
GEJALA SOSIAL DI MALAYSIA

3.0 ANALISIS DAN PENYELESAIAN

4.0 KESIMPULAN

12

5.0 RUJUKAN

14

1.0 PENGENALAN
Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial telah melanda
masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali baik yang dilakukan oleh
remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan
bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat
1

SCCA 1013 Pengantar Komunikasi


S211053
perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai
berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah
sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah
membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita.
Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang amat pesat
sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman inilah para remaja mula
terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran ini sudah merupakan rumah
kedua kepada mereka. Remaja juga belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang dari
ibu bapa tetapi kebanyakannya daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada
tempoh-tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan
seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa
(Bettelheim, 1950).
Remaja merupakan golongan pewaris kepimpinan hari ini dan penerus wawasan negara.
Kepesatan pembangunan ekonomi dan teknologi telah memberi kesan kepada pembangunan
sosial dan insaniah remaja. Kerajaan dan juga pelbagai pihaklain berusaha untuk mendidik
remaja di dalam membentuk remaja yang berkualiti untuk memimpin negara dari peringkat
sekolah rendah hinggalah ke peringkat institut pengajian tinggi. Namun, di dalam zaman
siber ini, keruntuhan akhlak dikalangan remaja semakin meruncing hingga menimbulkan
kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
2.0 KEPESATAN TEKNOLOGI DAN GEJALA SOSIAL DI MALAYSIA
Ledakan teknologi maklumat (ICT) telah memberi kesan yang ketara terhadap kehidupan
masyarakat.

Kepesatan

perkembangan

teknologi

maklumat

yang

sangat

hebat

menggambarkan dunia sekarang seolah-olah kelihatan bertambah kecil. Ini seterusnya


membawa implikasi negatif terhadap moral remaja. Kajian ini bertujuan mengkaji

SCCA 1013 Pengantar Komunikasi


S211053
sejauhmana ledakan teknologi maklumat memberikan kesan negatif terhadap perilaku remaja
dan mengenalpasti tahap pengawalan sekatan yang dilakukan oleh pelbagai pihak dalam
membanteras keruntuhan akhlak. Metodologi yang digunakan dalam kertas kerja ini ialah
kajian perpustakaan dan maklumat di internet. Dapatan kajian ini, penulis mendapati sikap
keterbukaan penerimaan tanpa had kepada teknologi maklumat telah banyak menyumbang
kepada masalah keruntuhan moral khususnya kepada remaja.
Dunia kini telah mengalami banyak perubahan hasil perkembangan era globalisasi dunia
yang mencetuskan perubahan gaya hidup yang berorientasikan teknologi dan kemajuan
maklumat yang memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap perilaku, pemikiran dan
penghayatan agama seseorang. Perubahan dunia masa kini berlaku amat pantas hasil ledakan
teknologi maklumat. Setiap hari pelbagai hasil ciptaan baru dihasilkan dari inovasi teknologi
dan maklumat yang berjaya menghapuskan batasan sempadan antara sesebuah negara.
Malahan ia berjaya merubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan berbagai elemen luar
memasuki ruang negara lain tanpa sekatan dan kawalan. John Naisbitt (1990) meramalkan
bahawa salah satu daripada sepuluh kecenderungan manusia di awal abad kedua puluh satu
ialah maklumat. Maklumat tersangat berharga dalam dunia globalisasi hingga ia menadi
penentu dan penggerak kepada masa depan. (Mohamed Imran. 2005)
Realiti yang berlaku di Malaysia kini, statistik menunjukkan penggunaan ICT telah berlaku
begitu pesat sejak era 1990-an. Nisbah pelanggan telefon bimbit di Malaysia mencapai tahap
195: 1000 (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia). Idea menjadikan Malaysia
sebagai pusat teknologi maklmat serta penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang
merupakan cetusan idea bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-4 kini tersenarai dalam
bandaraya berteknologi tinggi, sebaris dengan negara-negara maju yang lain. Ini ditambah

SCCA 1013 Pengantar Komunikasi


S211053
dengan jumlah penggunaan internet juga meningkat mendadak, membayangkan kepesatan
ICT di kalangan masyarakat hari ini.
Perkembangan teknologi maklumat ini telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif kesan
penerimaan tanpa kawalan sehingga boleh menimbulkan kesan keruntuhan moral di kalangan
para remaja khususnya. Ini kerana kebanyakkan remaja pada hari ini lahir dalam era ini dan
kerana itulah mereka dapat menguasai dan mengaplikasi teknologi maklumat dalam pelbagai
bidang dengan baik. Ini kerana, perubahan yang berlaku kepada dunia teknologi maklumat
membawa kita kepada nilai-nilai baharu dan tidak semestinya semuanya baik. (Rais Yatim.
2012: 2)
Pada tahun 1960-an, negara dikatakan masih baru menerima kemerdekaan dan isu-isu sosial
remaja sangat jarang diperkatakan. Namun, perhimpunan golongan hipi di Woodstock,
Amerika Syarikat sekitar tahun 1969 secara tidak langsung memulakan satu lembaran baru
dalam episod kehidupan remaja di Malaysia dan isu pergolakan sosial remaja mula muncul di
negara ini pada tahun tersebut. Pengaliran budaya tersebut ke negara ini telah memberi impak
yang negatif kepada masyarakat Malaysia kerana kehidupan mereka sering kali dikaitkan
dengan masalah dadah. Ini disebabkan pengikut budaya hipi dan penagihan dadah
dikatakan agak sinonim kemunculan kumpulan muzik yang memuja dadah dalam nyanyian
mereka seperti Rolling Stone merangsangkan lagi pertumbuhan masalah dadah di kalangan
remaja di Malaysia. Malah, salah satu nama simbolik untuk dadah yang selalu digunakan
oleh remaja pada masa tersebut adalah stone. Penularan budaya hipi terutama dalam
kalangan remaja Bandar pada penghujung tahun 1960-an jadi merebak sehingga awal tahun
1970-an. Walaupun teknologi komunikasi tidak secanggih sekarang namun pengenalan media
Televisyen menjadi penggalak pada ketika itu.

SCCA 1013 Pengantar Komunikasi


S211053
Pada awal tahun 1990, kerajaan melancarkan Dasar Pembangunan Nasional sebagai ganti
kepada Dasar Ekonomi Baru serta menjadikan Wawasan 2020 sebagai pemacu pembangunan
negara untuk menjadi sebuah negara maju. Salah satu cabaran Wawasan 2020 ialah
mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya yang mempunyai
warganegara yang kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan serta didorong oleh tahap etika
paling tinggi. Walau bagaimanapun, ketika kerajaan melancarkan matlamat ini masalah
pembuangan bayi sedang hebat berlaku di Malaysia. Ia berpunca daripada kegiatan bohsia
dan bohjan yang wujud pada pertengahan tahun 1980-an dahulu yang mengamalkan seks
bebas tanpa batasan.
Remaja pada peringkat umur yang terlalu muda dan terlanjur mengambil jalan mudah
menyelesaikan masalah malu dan takut mereka dengan membuang anak sendiri di tempat
pelupusan sampah, sungai, semak, kawasan pembinaan dan sebagainya. Namun, sehingga
pertengahan tahun 1990-an, fenomena kegiatan seks bebas dan pembuangan bayi di kalangan
remaja masih berlarutan. Dan pengenalan kepada laman sesawang lucah memburukkan
keadaannya lagi.
Amalan dan gaya hidup bebas di kalangan muda mudi ini adalah berkait dengan arus
pemodenan yang pesat berlaku di seluruh dunia. Abdullah AhmadBadawi (2004) menegaskan
bahawa keprihatinan keluarga terhadap anak-anak mampu mengatasi masalah gejala sosial
yang berlaku kini di kalangan remaja. Kebahagiaan itu boleh dicetuskan dengan setiap ibu
bapa menjalinkan hubungan yang akrab dan menanam rasa sayang dengan anak-anak mereka.
Menurutnya jika keluarga berkecamuk dan tidak ada nilai-nilai yang baik dalam keluarga
seperti sifat ikhlas, rajin bekerja dan belajar di kalangan generasi muda, ini bermakna
masyarakat akan menghadapi keruntuhan dan kesannya membawa kepada negara.
Saranan yang sama disuarakan oleh Mahathir dalam Mohd Ismail (2006) seperti berikut:
5

SCCA 1013 Pengantar Komunikasi


S211053
Tanda-tanda menunjukkan bahawa peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak sudah
agak berkurangan. Mungkin ini disebabkan oleh kedua-dua ibu bapa bekerja. Tetapi belia
yang terlibat bukan semuanya mempunyai ibu bapa yang bekerja sepanjang hari.
Hakikatnya ialah ramai ibu bapa tidak memberi perhatian serius kepada pendidikan anakanak mereka. Kawalan terhadap kebebasan anak-anak juga lemah. Ibu bapa harus
mengetahui siapa kawan anak-anak mereka dan di mana mereka bersiar-siar dan
menghabiskan masa
(Mahathir Mohamad, 1 Julai 1995, Berita Minggu)
Selain itu, faktor kurangnya didikan agama juga boleh mendorong ke arah penglibatan gejala
sosial. Remaja yang masih mentah untuk mengenal identiti diri akan keliru untuk memilih
mana satu keseronokan yang betul dan yang salah. Kurangnya kemantapan asas kekuatan
dalaman dan kewarasan akal fikiran dalam membuat keputusan menyebabkan mereka mudah
terpengaruh dengan rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan orang terhampir dengan remaja
dan amat dipercayai selepas ibu bapa. Apabila ibu bapa tidak memainkan peranan dengan
baik, secara semulajadi remaja akan merujuk kepada rakan sebaya dalam membentuk identiti
diri. Segala yang dilakukan oleh rakan sebaya adalah betul bagi mereka. Sebab itulah,
pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu faktor penting yang menyebabkan remaja
terlibat dengan gejala sosial.
Dalam arus pemodenan hari ini, banyak budaya luar mudah meresap ke dalam negara kita
akibat pertembungan kemajuan saluran komunikasi dengan proses modenisasi budaya barat
yang menarik tetapi melanggar adat ketimuran dan agama. Dengan adanya sistem
telekomunikasi yang canggih, remaja turut berpeluang memperoleh maklumat tentang budaya
barat secara bebas dan mudah tanpa sebarang sekatan. Maklumat boleh dicapai melalui
internet tanpa tapisan. Walaupun dewasa ini, siaran televisyen banyak menapis kandungan
6

SCCA 1013 Pengantar Komunikasi


S211053
rancangan yang disiarkan kepada kita, namun begitu ideologi secara bawah sedar tidak akan
dapat ditapis. Mungkin nampak seolah-olah sebagai contohnya drama bersiri 'Suami Ku
Encik Sotong' menampakkan seolah-olah ianya berupa kritikan terhadap fenomena
kecelaruan gender. Dengan mesej lelaki lembut juga mampu untuk berkahwin serta
berkehidupan normal sejajar dengan lahiriah manusia. Namun terselit ideologi jahat iaitu
hubungan seks antara isteri dengan lelaki lain dibenarkan atau seks bebas adalah suatu
kebiasaan dalam norma hidup moden. Agak membimbangkan akan kenapa Kementerian
Penerangan Malaysia membenarkan idiom ini disiarkan di kaca tv, dengan meletakkan label
'U' iaitu sesuai untuk tontonan umum. Teringat suatu masa dahulu Dato' Mohamed Rahmat
pernah mengharamkan konsert serta artis rock berambut panjang disiarkan di televisyen
kerana takut akan penularan budaya liar yang dibawa oleh kumpulan-kumpulan rock ini
kepada remaja di Malaysia suatu ketika dahulu.
Mengikut Mohammad Shatar (2010) kepesatan pembangunan teknologi maklumat dan
komunikasi sekarang mendedahkan remaja terhadap dunia luar dengan lebih mudah.
Pengaruh luaran ini memudahkan remaja memuat turun gambar lucah melalui telefon bimbit
dan melayari laman web lucah sebagai suatu hobi yang dilakukan pada masa lapang.
Menurutnya lagi, golongan remaja juga didapati kerap menonton video lucah ketika ibu bapa
tiada di rumah, mahu pun senyap-senyap di dalam bilik menggunakan telefon bimbit atau pun
komputer masing-masing.
Video lucah mudah diperoleh remaja sekarang sama ada membeli daripada penjual VCD
cetak rompak, memuat turun daripada internet, atau secara langsung daripada rakan-rakan
mereka. Malahan terdapatnya laman sesawang yang menghidangkan semua ini secara
percuma, seperti erowapi.com, sextgem.com, sexwap.com, xvideos.com dan sebagainya.

SCCA 1013 Pengantar Komunikasi


S211053
Ianya diburukkan lagi dengan hakikat kemajuan telefon bimbit masa kini yang
memungkinkan muat turun secara talian terus ke telefon bimbit di mana-mana saja.
Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Laman
sosial seperti Facebook, My Space, Frienster, dan sebagainya mendapat perhatian
masyarakat di negara ini. Penggunaannya yang mudah serta senang diakses oleh masyarakat
merupakan antara kelebihannya. Terdapat sesetengah anggota masyarakat di Malaysia yang
telah menjadikan penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi
kekosongan waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial
yang canggih dapat menarik perhatian masyarakat di Malaysia. Secara tidak langsung,
penggunaan laman sosial ini memberikan kesan terhadap gaya hidup masyarakat di Malaysia.
Penggunaan laman sosial seperti Facebook yang meluas dalam kalangan masyarakat boleh
menyebabkan fitnah dan mudah disebarkan kepada semua pengguna laman sosial tersebut.
Sebagai contohnya, negara kita pernah digemparkan dengan satu berita perceraian yang
berlaku dalam akaun facebook. Hal ini telah mendapat kritikan daripada majoriti rakyat
Malaysia yang menyifatkan bahawa perbuatan sedemikian amat memalukan kita kerana telah
mencemarkan keluhuran peribadi sebagai penganut agama Islam. Selain itu, implikasi seperti
itu telah menyebabkan segelintir pengguna aplikasi tersebut yang tidak bertanggungjawab
dan mencetuskan kontroversi di alam maya, sehingga mengaibkan seseorang. Jelaslah
bahawa penggunaan laman sosial akan menghakis semangat persaudaraan seerta
mencemarkan kedaulatan negara sebagai negara yang disegani dan berintegriti.
Penggunaan laman sosial juga melahirkan masyarakat yang beku dan lalai dalam melakukan
sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam
laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan
pengguna akan berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan
8

SCCA 1013 Pengantar Komunikasi


S211053
mereka. Tambahan pula, penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada prestasi
kerja dan pelajaran dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini akan menyebabkan negara
kita mengalami kebejatan idea untuk meningkatkan prestasi negara. Golongan pelajar yang
menjadi tunjang kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang
melalaikan masyarakat. Oleh itu, penggunaan laman sosial akan melahirkan tenaga kerja
yang kurang berkualiti.

3.0 ANALISIS DAN PENYELESAIAN


Selaras dengan pembangunan teknologi masa kini, orang ramai dilihat lebih gemar
menggunakan Internet untuk berhubung antara satu sama lain. Penggunaan teknologi tidak
asing lagi dengan belia-belia bandar dan juga luar bandar. apa yang dapat dikupaskan
berkenaan dengan belia luar bandar adalah belia yang berada di luar daripada kawansan
bandar dan kurang menerima pendedahan terhadap penggunaan teknologi maklumat
komunikasi (ICT).
Perkembangan pembangunan negara membawa implikasi belia hari ini mesti mempunyai
sifat-sifat positif yang membolehkan mereka memainkan peranan penting dalam
pembangunan negara dan meralisasikan wawasan 2020, disamping menangani cabaran dan
tuntutan era globalisasi dan liberalisasi. Belia alaf masyarakat maklumat dan masyarakat
global mesti mempunyai jati diri yang mantap. potensi yang bersemangat, tekad juang,
fikiran, sikap, dan daya cipta dibangunkan dan dimanfaatkan. Salah satu aspek utama yang
perlu diberi perhatian berterusan ialah identiti diri belia. Identiti diri boleh mengambarkan
gaya hidup seseorng individu.
Belia perlu menyiapkan pelbagai ilmu pengetahuan berkaitan dengan ICT yang membantu
meralisasikan masyarakat berpengatahuan. Walau bagaimanapun penguasaan ICT masih
9

SCCA 1013 Pengantar Komunikasi


S211053
berada pada tahap yang rendah dalam kalangan belia luar bandar yang menghadapi jurang
digital. masyarakat di kawasan luar bandar perlu diberikan pendekatan ICT agar pelbagai
aplikasi dapat memberi manfaat dan ilmu terhadap kawasan luar bandar di pertingkatkan.
Sebagai agen sosialisasi, media mengisi sebahagian besar daripada masa lapang dan rehat
remaja. Media juga dianggap satu medium yang ada baik dan buruknya. Pengisian kita iaitu
orang dewasa akan menentukan arah pengaruhnya kepada remaja. Hakikatnya kita iaitu orang
dewasa yang menentukan dasar, perancangan, perisian berita dan program, penjadualan,
matlamat yang ingin dicapai oleh media. Dan kita jugalah yang akan menentukan samada
generasi remaja kini akan terus hanyut ataupun sebaliknya.
Terdapat beberapa cara penyelesaian kepada isu ini; Mempertimbangkan pembelajaran
teknologi informasi dan sebagainya dari peringkat kanak-kanak serta memperkenalkan aspek
negatif dan positif penggunaannya. Mengawasi kanak dalam penjagaan kita akan apakah
halaman jejaring yang dilawati atau perhubungan mereka dengan rakan-rakan mereka secara
dalam talian; tidak mengira samada facebook, twiter ataupun whatsapp.
Jadi, solusinya adalah kita jangan sampai mengatakan tidak pada teknologi (say no to
technology) kerana jika kita berbuat demikian, maka kita akan ketinggalan banyak informasi
yang sekarang ini informasi-informasi tersebut paling banyak ada di internet. Kita harus
mempertimbangkan kebutuhan kita terhadap teknologi, mempertimbangkan baik-buruknya
teknologi tersebut dan tetap menggunakan etika, juga tidak lupa jangan terlalu berlebihan
agar kita tidak terlalu bergantung dengan teknologi.
Selain itu dengan teknologi yang sederhana asal dimanfaatkan dengan maksima mungkin,
maka teknologi itu akan menghasilkan kualiti yang optimal. Seperti juga facebook dan
jejaring sosial lainnya apabila dimanfaatkan dengan baik, maka akan bisa memberikan
manfaat bagi kita. Yang terpenting adalah dari diri kita sendiri untuk menggunakan teknologi
10

SCCA 1013 Pengantar Komunikasi


S211053
moden ini secara sihat. Facebook pada dasarnya adalah sarana, sebuah hasil karya teknologi
informasi komunikasi yang bertujuan memudahkan hidup kita. Facebook dapat menjadi
sarana berbagai informasi, hiburan, menambah jaringan perhubungan, dan banyak hal positif
lain. Facebook di tangan yang salah adalah juga alat untuk melakukan kekerasan, pelecehan,
bahkan tindak tanduk jenayah seperti penipuan, pemerasan, dan sebagainya. 'It's not the
vehicle that cause the accident, but the person behind the wheel..'
Masyarakat perlu mempunyai disiplin dan ketahanan diri bagi mengubah corak hidup dengan
menggunakan laman sosial itu untuk kegunaan yang baik dan aktiviti-aktiviti yang
bermanfaat bagi meningkatkan kecekapan minda masyarakat supaya menjadi minda kelas
pertama. Masyarakat juga perlu memastikan penggunaan teknologi ini dapat diseimbangkan
tanpa berlaku pengeksploitasian dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia.

4.0 KESIMPULAN
11

SCCA 1013 Pengantar Komunikasi


S211053
Melihat kepada permasalahan dan gejala sosial yang melanda para pelajar dan remaja kita
pada hari ini amatlah mencemaskan. Tindakan untuk mengawalnya sudah sampai ke tahap
yang dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara dan generasi Malaysia.
Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan
tingkahlaku pelajar dan remaja tetapi kajiannya lebih bersifat tujuan akademik dan tertumpu
kepada punca masalah dan biasanya bersifat umum sahaja. Di sebabkan terlalu banyak punca
yang diramalkan , tindakan untuk membendung masalah tidak lagi berfokus.
Meskipun ada cadangan mengenai cara mana mengatasi masalah, namun ia hanya berakhir di
meja perbincangan, forum atau seminar. Memang ada program yang dirangka untuk remaja
dan pelajar tetapi ianya hanya memberi manfaat kepada segelintir mereka sahaja dan lebih
bersifat komersial.
Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam
memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar. Sebagai masyarakat mikro,
sekolah sepatutnya mempunyai ciri-ciri yang ada dalam masyarakat makro. Oleh itu adalah
wajar supaya pelajar didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat malalui interaksi
mereka di sekolah. Kerajaan juga perlu melancarkan satu kempen yang menyeluruh untuk
menyedarkan remaja dan pelajar supaya menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala
buruk yang boleh merosakkan diri dan nama baik keluarga mereka.
Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-undang agar mereka
gementar dengan hukuman. Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal
mencorakkan masa depan negara.. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal
memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini.
Namun demikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman
kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang.
12

SCCA 1013 Pengantar Komunikasi


S211053
Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di atasi
supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset yang tidak ternilai ini.

5.0 RUJUKAN
13

SCCA 1013 Pengantar Komunikasi


S211053
1. 1950 Love Is Not Enough: The Treatment of Emotionally Disturbed Children, Free
Press, Glencoe, Ill.
2. Rais Yatim. 8 Januari 2012. Kosmo! Kosmo! 15 Oktober 2011.
3. Mohamed Imran Mohamed Ariff, Mohd Yadman Sarwan dan Mohamad Zaki Zainul.
2005. Isu, Cabaran dan Impak ICT- Satu Pendekatan Islam. Prosiding Seminar
Kebangsaan E-Komuniti 2005 UKM. 6-7 Disember 2005. Putrajaya. Bilangan
Halaman 9.
4. http://zahirzainudin.blogspot.my/2009/05/senario-gejala-sosial-di-malaysia-1.html
5. https://zatunnurmagnetize.wordpress.com/2015/03/09/media-sosial-dan-remaja/

14