Anda di halaman 1dari 9

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

KEBERKESANAN KAEDAH NYANYIAN DALAM


MENINGKATKAN DAYA INGATAN MURID TAHUN 4 BAGI
TOPIK JENIS JENIS RUMAH TRADISIONAL DI MALAYSIA
Oleh:
Afenorain Binti A.Rahman & Mansor AB.Rahman
Jabatan Kajian Sosial, IPG Kampus Dato Razali Ismail
kazen_noflyzone@yahoo.com & masorahman@yahoo.com
ABSTRAK
Satu kaedah yang sesuai dan menepati citarasa murid masa kini perlu
dicari agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dikendalikan
oleh guru akan mencapai kepuasan dan memberi kesan yang maksimum.
Menyedari akan hakikat bahawa kanak-kanak amat menggemari muzik
dan nyanyian, maka pengkaji telah menjadikannya sebagai satu kaedah
dalam menjalankan aktiviti P&P Kajian Tempatan.. Kajian ini dijalankan
bertujuan untuk menentukan keberkesanan kaedah nyanyian dalam
meningkatkan ingatan murid Tahun 4 Siddiq bagi tajuk Jenis jenis
Rumah Tradisional di Malaysia. Seramai 5 orang murid Tahun 4 Siddiq
dari Sekolah Kebangsaan Padang Air telah dipilih sebagai responden
kajian ini. Instrumen yang digunakan ialah Ujian Pra dan Ujian Pasca,
temu bual serta soal selidik. Berdasarkan analisis Ujian Pra dan Pasca,
borang temu bual, pemerhatian dan soal selidik, penggunaan kaedah
nyanyian dalam P&P Kajian Tempatan berupaya meningkatkan minat
murid untuk belajar serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan. Keputusan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan
kaedah nyanyian berjaya membantu murid mengingat Jenis jenis
Rumah Tradisional di Malaysia
Kata kunci: Keberkesanan, Kaedah, Nyanyian, Meningkatkan, Ingatan.
PENDAHULUAN
Kemahiran mengingat merupakan salah satu daripada proses kemahiran belajar.
Kajian ini merupakan satu inovasi yang dilakukan ke arah mengkaji keberkesanan
menggunakan kaedah nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mata
pelajaran Kajian Tempatan. Pembelajaran mata pelajaran Kajian Tempatan dirancangkan
untuk memberi pengalaman yang menyeronokkan, bermakna dan mencabar melalui
penggunaan pelbagai kaedah pengajaran yang menghiburkan dan menarik minat murid
untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran yang disediakan oleh guru. Oleh yang
demikian, sebagai salah satu usaha yang untuk memastikan inovasi dalam pendidikan
diteruskan selaras dengan teras utama matlamat pendidikan yang ingin memastikan
murid dapat memahami dan juga mengingati hasil pengajaran dan pembelajaran serta
menyediakan suasana pembelajaran yang menghiburkan, kajian ini dilakukan untuk
menguji keberkesanan pelbagai kaedah dalam membantu para guru dan murid dalam
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancangkan. Selain itu ia
juga bertujuan meningkatkan prestasi pencapaian para murid dalam tajuk yang
difokuskan.

326

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

FOKUS KAJIAN
Bab ini memfokuskan masalah yang telah diperhatikan oleh pengkaji semasa berada di
dalam kelas. Pengkaji telah melihat masalah atau isu lemah daya ingatan dalam kalangan
murid tahun 4 bagi mata pelajaran Kajian Tempatan. Tinjauan awal masalah dibuat bagi
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dengan lebih mendalam. Proses ini
dilaksanakan pada awal kajian melalui empat jenis instrumen iaitu pemerhatian, analisis
dokumen, soal selidik dan temu bual.
OBJEKTIF KAJIAN
Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk:

Membantu pelajar meningkatkan daya ingatan murid tentang jenis jenis rumah
tradisional yang terdapat di Malaysia menggunakan kaedah nyanyian.
Membantu menimbulkan minat murid terhadap keunikan rumah rumah
tradisional yang terdapat di Malaysia menggunakan kaedah nyanyian.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan
melalui kaedah nyanyian.
KUMPULAN SASARAN

Seramai 5 orang murid dari kelas 5 Siddiq dipilih sebagai peserta kajian kajian ini.
Peserta kajian berumur dalam lingkungan 10 tahun. Kesemua peserta kajian berketurunan
Melayu, beragama Islam dan juga dilahirkan di Kuala Terengganu. Mereka juga berasal
dari keluarga yang berpendapatan rendah di mana kesemua mereka menerima bantuan
bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Tahap pencapaian peserta kajian dalam
ujian adalah berbeza.
TINDAKAN
Bahagian ini memperincikan tentang prosedur tindakan dan prosedur pengumpulan data
yang dijalankan bagi melengkapkan kajian ini. Kajian ini dilaksanakan dengan
berpandukan kepada satu model Kajian Tindakan.
Pengenalan
Kajian yang dijalankan ini adalah berteraskan kepada Gelung Kajian Tindakan Kemmis
& Mc Taggart (1998) yang menyarankan empat langkah kajian seperti yang dirumuskan
pada Rajah 1 di bawah:

327

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

MERANCANG

MEREFLEK

BERTINDAK

MEMERHATI

Rajah 1: Model Mudah Penyelidikan Tindakan Kemmis dan McTaggart

PROSEDUR TINDAKAN
Gelung Pertama
Mereflek
Kajian ini bertitik tolak daripada proses refleksi yang dilakukan oleh pengkaji dalam
mengenal pasti kekuatan, kelemahan serta masalah yang dihadapi dalam sesi P&P.
Pengkaji telah melaksanakan proses pengumpulan awal data bagi mengenal pasti masalah
utama yang dihadapi murid. Proses ini dilaksanakan dalam bentuk pemerhatian, analisis
dokumen dan soal selidik
Merancang
Setelah masalah dikenal pasti, pengkaji merancang satu tindakan sebagai rawatan kepada
masalah yang menjadi fokus utama. Pengkaji mula menyediakan kerangka kajian iaitu
objektif kajian, membentuk soalan kajian, kepentingan kajian, membuat rujukan literatur,
menentukan kumpulan sasaran kajian, alat alat kajian serta merancang tindakan.
Bertindak
Pada peringkat ini, pengkaji melaksanakan pelan yang telah dihasilkan. Pengkaji
meneruskan pengajaran dan pembelajaran dengan menerangkan kaedah yang dipilih
kepada peserta kajian. Pengkaji telah menerangkan tentang kaedah yang digunakan untuk
menggambarkan jenis jenis rumah tradisional yang terdapat di Malaysia. Peserta kajian
mula menunjukkan respon positif terhadap kaedah yang diperkenalkan. Bagi
mendapatkan kepastian tentang keberkesanan kaedah yang digunakan, pengkaji telah
mengadakan Ujian Pasca 1 terhadap peserta kajian.

328

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

Memerhati
Keputusan Ujian Pasca 1 peserta kajian dianalisis. Pengkaji seterusnya menilai kemajuan
tindakan intervensi yang telah dijalankan. Pengkaji membandingkan hasil penilaian yang
telah dijalankan iaitu perbandingan keputusan markah melalui Ujian Pra dan Ujian Pasca
1. Pada peringkat ini, pengkaji telah memperoleh keputusan sama ada penggunaan kaedah
mnemonik berkesan untuk meningkatkan daya ingatan murid terhadap mata pelajaran
Kajian Tempatan.

Gelung Kedua
Mereflek
Tindakan 1: Pengkaji telah melihat perkembangan positif dan memberangsangkan yang
berlaku selepas Ujian Pasca 1 telah dijalankan ke atas peserta kajian. Namun, pengkaji
masih belum berpuas hati dengan keputusan tersebut dan ingin melaksanakan intervensi
lain untuk meningkatkan lagi daya ingatan murid.
Merancang
Fokus utama kajian ini ialah untuk meningkatkan kebolehan murid mengingat fakta bagi
tajuk Jenis jenis Rumah Tradisional di Malaysia. Maka, pengkaji menyediakan satu
intervensi yang lain untuk meningkatkan daya ingatan murid. Pengkaji membuat
keputusan untuk menggunakan kaedah nyanyian pula bagi meningkatkan daya ingatan
dan minat murid terhadap Kajian Tempatan.
Bertindak
Pengkaji memilih kaedah nyanyian sebagai kaedah rawatan bagi mengatasi masalah yang
dihadapi. Melodi lagu yang dipilih adalah melodi yang diketahui umum dan biasa
didengar oleh kanak kanak. Seterusnya, pengkaji menulis lirik lagu yang mengandungi
fakta fakta bagi topik yang difokuskan dalam kajian ini. Seterusnya, setelah rawatan
selesai dijalankan, pengkaji mengedarkan Ujian Pasca 2 untuk dijawab oleh peserta
kajian.
Memerhati
Pada peringkat ini, pengkaji merekod dan menganalisis segala data yang diperolehi. Bagi
Ujian Pra, Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2, analisis dilakukan secara manual
memandangkan jumlah peserta kajian yang sedikit. Perbandingan keputusan Ujian Pra,
Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2 direkod dalam bentuk jadual dan graf. Peringkat ini,
pengkaji telah memperoleh keputusan sama ada kaedah yang digunakan berkesan atau
tidak untuk meningkatkan daya ingatan murid dalam Kajian Tempatan.

329

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini akan membincangkan tentang hasil analisis data yang diperoleh daripada
peserta kajian yang terpilih melalui instrumen instrument iaitu ujian pra, ujian pasca,
soal selidik, pemerhatian dan temubual.
Analisis Data Melalui Ujian Pra dan Ujian Pasca
Bahagian ini membincangkan data yang telah diperoleh hasil daripada ujian pra dan pasca
yang telah dijalankan terhadap 5 orang peserta kajian.
Jadual 6.1 Perbandingan Ujian Pra, Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2
Bil Peserta Kajian
1
2
3
4
5

Ujian Pra (%)

M1
M2
M3
M4
M5

17
33
33
42
42

Ujian Pasca 1 Ujian Pasca 2


(%)
(%)
33
67
50
75
42
83
58
92
58
100

Jadual 6.1 menunjukkan perbandingan keputusan bagi tiga jenis ujian yang dijalankan ke
atas peserta kajian iaitu Ujian Pra, Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2. Secara keseluruhan,
telah berlaku peningkatan dalam markah ujian bagi setiap peserta kajian.

Rajah 6.1 Carta Perbandingan Keputusan Ujian Pra Pasca 1 dan Pasca 2 Peserta Kajian

Perbandingan Keputusan Ujian Pra, Pasca 1


dan Pasca 2
120
92

Peratus (%)

100
80

67

60

50

42 42
33 33

40
20

75

100

83

58 58

M1
M2

42

M3

33

M4

17

M5

0
Ujian Pra

Ujian Pasca 1

Ujian Pasca 2

Peserta Kajian

330

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

Analisis Data Melalui Pemerhatian


Bahagian ini membincangkan data yang diperoleh hasil daripada pemerhatian berstruktur
yang dijalankan terhadap peserta kajian merangkumi empat aspek iaitu minat, tingkah
laku pasif, penglibatan dan masalah disiplin murid.
Jadual 6.2 Analisis Data Pemerhatian Selepas Intervensi
Peserta
Kajian
M1
M2
M3
M4
M5

MINAT
R1
/
/
/
/
/

R2
/
/
/
/
/

TINGKAH LAKU
PASIF
R3
R4
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X

PENGLIBATAN MASALAH
DISIPLIN
R5
R6
R7
/
X
X
/
X
X
X
X
X
/
X
X
X
X
X

Jadual 6.2 menunjukkan analisis data pemerhatian selepas intervensi (kaedah nyanyian)
dijalankan. Berdasarkan analisis, dapat dikenal pasti berlaku perubahan ketara terhadap
aspek minat murid, tingkah laku pasif , penglibatan murid yang menyeluruh dan masalah
disiplin murid.
Analisis Data Melalui Soal Selidik
Bahagian ini akan membincangkan hasil dapatan kajian melalui instrumen soal selidik
selepas intervensi. Soalan bagi soal selidik yang dibina adalah menjurus kepada objektif
kajian iaitu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan.
Jadual 6.3 Analisis Data Melalui Soal Selidik
KOD
MURID
M1
M2
M3
M4
M5

N1
/
/
/
/
/
/

N2
/
/
/
/
/
/

N3
/
/
/
/
/
/

N4
X
X
X
X
X
X

N5
/
/
/
/
/
/

N6
/
/
/
/
/
/

N7
/
/
/
/
/
/

N8
/
/
/
/
/
/

Jadual 6.3 menunjukkan hasil analisis dapatan data melalui soal selidik yang
dilakukan selepas intervensi dijalankan terhadap 5 orang peserta kajian
Analisis Data Melalui Temu Bual
Bahagian ini akan membincangkan dapatan data kajian melalui kaedah temu bual yang
diadakan bersama 5 orang peserta kajian. Temu bual dilakukan untuk mengukuhkan lagi
dapatan kajian. Soalan temu bual disediakan secara berstruktur dan mengandungi 3
soalan yang merangkumi kemahiran mengingat dan perasaan murid.

331

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

Jadual 6.5 Analisis Data Temu Bual Item 1


Adakah kamu dapat mengingati apa yang telah kamu pelajari tentang Jenis jenis
Rumah Tradisional di Malaysia?
Sebelum Intervensi
Selepas Intervensi
Peserta
Kajian
(geleng kepala)
Ingat.. Ada rumah Minangkabau kan
M1
cikgu...
em... tak ingat sangat...
Ingat... senang je cikgu..
M2
entah.. ingat kot..
ingat.. sebab cikgu ajar nyanyi...
M3
sikit sikit je..
ingat... kalau nyanyi senang nak
M4
ingat..
ingat sikit...
ingat cikgu.. senang bila saya nyanyi..
M5
Jadual 6.5 menunjukkan perubahan jawapan murid sebelum dan selepas tindakan
intervensi untuk item 1 yang mengkaji pengetahuan peserta kajian dan ingatan mereka
tentang topik Jenis jenis Rumah Tradiisional di Malaysia.
Jadual 6.6 Analisis Data Temu Bual Item 2
Adakah kamu merasakan topik Jenis jenis Rumah Tradisional di Malaysia susah
untuk diingat?
Sebelum Intervensi
Selepas Intervensi
Peserta
Kajian
susah...
tak lah.. senang je..
M1
susah... ada banyak sangat...
tak susah pun..
M2
em.. susah jugak cikgu
senang je rupanya nak ingat..
M3
susah sikit...
tak susah.. senang bila
M4
nyanyi..
haah... susah la cikgu
tak pun... senang nak ingat..
M5
Jadual 6.6 menunjukkan analisis data temu bual bagi item 2. Item 2 merupakan
soalan untuk peserta kajian membuat penilaian sendiri tentang topik Jenis jenis Rumah
Tradisional di Malaysia dan keberkesanan kaedah nyanyian dalam meningkatkan daya
ingatan mereka.
Jadual 6.7 Analisis Data Temu Bual Item 3
Apakah perasaan anda selepas mempelajari tajuk ini?
Sebelum Intervensi
Selepas Intervensi
Peserta
Kajian
bosan la cikgu...
seronok...
M1
tak best....
seronok sebab dapat nyanyi..
M2
rasa bosan...
best la cikgu... saya boleh nyanyi...
M3
tak seronok la cikgu....
saya suka.. boleh nyanyi..
M4
rasa macam bosan sikit...
seronok... best lagu yang cikgu
M5
buat...

332

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

Jadual 6.5.2 menunjukkan analisis data temu bual bagi item 3. Hasil daripada
analisis item 3 yang digunakan untuk mengenal pasti perasaan peserta kajian sebelum dan
selepas intervensi dijalankan. Kesimpulannya, selepas kaedah nyanyian dilaksanakan,
peserta kajian lebih menunjukkan sikap yang positif dan berminat dengan isi pelajaran
yang diajarkan kepada mereka.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN


Adakah kaedah nyanyian berkesan dalam membantu meningkatkan daya ingatan
murid tentang jenis jenis rumah tradisional yang terdapat di Malaysia?
Berdasarkan kepada data yang telah dianalisis dan dibincangkan secara terperinci
sebelum ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa kaedah nyanyian berkesan dalam
meningkatkan ingatan murid bagi topik Jenis jenis Rumah Tradisional di Malaysia.
Integrasi muzik dengan mata pelajaran lain akan melengkapkan perkembangan otak kiri
dan otak kanan (Hermann, 1991). Otak kiri dan kanan manusia menjalankan fungsi yang
berbeza. Bahagian otak kiri menguasai perkara seperti bahasa, logik, matematik, sains
dan lain-lain aktiviti akademik. Otak kanan pula menguasai perkara seperti muzik,
imaginasi, mengenal warna dan sebagainya. Otak kiri akan berfungsi lebih aktif sekiranya
aktiviti otak kanan diperkembangkan. Penggabungjalinan antara otak kiri (fakta kajian
tempatan) dan otak kanan (muzik dan nyanyian) yang diaplikasikan di dalam kajian ini
telah menghasilkan suatu pembelajaran yang penuh bermakna. Ini dapat dilihat melalui
peningkatan markah ujian yang ketara yang ditunjukkan oleh peserta kajian yang
menjalani sesi P&P menggunakan kaedah nyanyian. Penggunaan kaedah ini berjaya
meningkatkan daya ingatan murid.
Kaedah nyanyian dapat menimbulkan minat pelajar terhadap keunikan jenis
jenis rumah tradisional yang terdapat di Malaysia.
Selain itu, pengkaji juga mendapati peserta kajian lebih berminat terhadap pengajaran dan
pembelajaran apabila menggunakan kaedah nyanyian. Kenyataan ini diperkukuhkan
melalui pemerhatian yang telah dijalankan ke atas peserta kajian. Tingkah laku pasif dan
masalah disiplin peserta kajian juga berkurang semasa pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Malahan, penglibatan peserta kajian terhadap pengajaran dan pembelajaran
juga memberangsangkan. Hal ini selaras dengan kenyataan Noraini (2003) yang
menyatakan bahawa iringan irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya
ingatan kerana disamping mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat
dan mendorong penumpuan.
Kaedah nyanyian dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Penerimaan yang positif peserta kajian terhadap kaedah yang diperkenalkan dapat dilihat
menerusi instrumen soal selidik dan temu bual yang dijalankan selepas pelaksanaan
kaedah nyanyian. Semua peserta memberikan maklum balas yang memberangsangkan.
Mereka berasa seronok mengikuti pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah
yang diperkenalkan. Semakin menarik maklumat itu kepada diri seseorang itu, semakin
mudah maklumat itu diingatkan. Semakin mudah maklumat itu diingatkan, semakin
mudah pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang. Hal ini selari
dengan pendapat Hj. Ab. Fatah (1990) yang menyatakan bahawa maklumat yang boleh
333

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

menimbulkan emosi seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian daripada
maklumat yang tidak menyeronokkan.

RUJUKAN
Choong Lean Keow,Phd. (2011).Asas Penyelidikan Tindakan Untuk Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian.Subang Jaya: Kumpulan Budiman
Sdn Bhd.
Dr.Shukri Abdullah,Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din,Lee Hock Fah &
W.S.Hoe.(2007). Kaedah Berkesan Masteri Memori. Selangor: Penerbitan Nadi
Ilmu Sdn.Bhd.
Haji

Abdul Fatah Hassan.(1990).Penggunaan Minda Yang


Pembelajaran. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Optimum

Dalam

334

Anda mungkin juga menyukai