Anda di halaman 1dari 19

1.

SOALAN UMUM

Sistem Saraan Malaysia (SSM)

1.1 Apakah Sistem Saraan Malaysia?

Jawapan:
Sistem Saraan Malaysia (SSM) merupakan usaha kerajaan meningkatkan keberkesanan
perkhidmatan awam negara bersesuaian dengan
(i) keperlukan mewujudkan pekerja berilmu dan berkemahiran yang berdaya saing, berdaya
tahan dan berdaya maju,
(ii) memastikan perkhidmatan awam kekal, relevan dan mampu melaksanakan peranannya
dengan berkesan serta berupaya menghadapi keperluan dan cabaran semasa
(iii) menangani ekspektasi pelanggan yang sentiasa meningkat dan
(iv) memastikan perkhidmatan awam dianggotai olhe pegawai yang berintegriti, telus dan
mempunyai akauntabiliti selaras dengan keperluan good governance.
Isu naik pangkat sebelum pelaksanaan SSM

1.2 Siapakah yang layak diberi pertimbangan?

Jawapan:
Anggota yang berlayak adalah disenaraikan seperti berikut:

ISU-ISU PELAKSANAAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT SEBELUM PELAKSANAAN SISTEM


SARAAN MALAYSIA (SSM)

BIL ISU CADANGAN


1 Anggota yang layak i. Anggota yang telah
dipertimbangkan memangku sebelum 1
November 2002

ii. Anggota yang telah


berkhidmat 20 tahun dan
lebih.
2 Tarikh kenaikan pangkat anggota Kenaikan pangkat mulai tarikh
yang memangku sebelum memangku atau tarikh yang sesuai
1.11.2002 berasaskan prestasi anggota.
3 Kenaikan pangkat anggota Dipertimbangkan kenaikan pangkat
perubatan (pakar). Anggota diberi mulai tarikh warta dan hanya
pemangkuan ke Gred 2 setelah anggota yang diwartakan sebelum
diwartakan pakar dan tarikh 1.11.2002
kepakaran di kebelakangkan.
4 Anggota telah memangku tetapi Urusan kenaikan pangkat
tidak memenuhi kriteria penilaian diteruskan tertakluk dengan
seperti kursus atau naziran dikecualikan daripada syarat
kriteria tersebut memadai Laporan
Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).
5 Anggota dalam senarai Dipertimbangkan kenaikan pangkat
pemangkuan berkumpulan dan ke Gred 2
calon simpanan:
6 Menetapkan tempoh peralihan Setakat 30 Jun 2003
untuk urusan kenaikan pangkat
menggunakan Sistem Saraan
Baru (SSB).

2. OPSYEN SSM

Tawaran Opsyen bagi pegawai yang memangku

2.1 Bagi anggota sedang memangku, pada gred manakah tawaran opsyen SSM akan dibuat,
adakah pada gred hakiki atau gred jawatan yang dipangku?

Jawapan
Anggota yang sedang memangku akan ditawarkan opsyen SSM berdasarkan kepada gred
jawatan hakiki.

Opsyen kepada yang dalam tindakan tatatertib

2.2.Adakah anggota yang sedang dalam tindakan tatatertib dan / atau tidak dapat dikesan
sehingga 31 Oktober 2002, perlu diberikan Surat Tawaran Opsyen selepas 31 Oktober 2002
sekiranya anggota berkenaan hadir ke pejabat?

Jawapan
(I) Anggota yang sedang dalam tindakan tatatertib adalah layak diberi surat tawaran opsyen.
(ii) Anggota yang tidak dapat dikesan dalam tempoh opsyen dan hanya hadir bertugas selepas
31 Oktober 2002, hendaklah diberikan Surat Tawaran Opsyen dengan tempoh opsyen yang
sama iaitu satu bulan mulai tarikh anggota dikesan.

Kelewatan penerimaan Surat Tawaran Opsyen

2.3 Sekiranya anggota lewat menerima Surat Tawaran Opsyen yang tidak memberikannya
tempoh satu bulan untuk membuat opsyen, adakah anggota boleh diberi pelanjutan tempoh
opsyen?

Jawapan
Sekiranya dapat dibuktikan anggota lewat menerima Surat Tawaran Opsyen atas sebab yang
munasabah, anggota boleh diberikan pelanjutan tempoh opsyen tertakluk tidak melebihi satu
bulan dari tarikh penerimaan.

Opsyen kepada yang bercuti panjang

2.4 Siapakah yang bertanggungjawab memberi Surat Tawaran Opsyen kepada anggota yang
sedang bercuti panjang?

Jawapan
Ketua Jabatan terakhir tempat anggota berkhidmat adalah bertangungjawab memberikan Surat
Tawaran Opsyen kepada anggota berkenaan. Bagi perkhidmatan gunasama yang ditempatkan di
jawatan latihan atau kumpulan, Ketua Perkhidmatan bertanggungjawab memberikan Surat
Tawaran Opsyen tersebut.
Opsyen kepada yang bercuti panjang

2.5 Bagaimanakah kedudukan anggota bercuti panjang yang tidak dapat dikesan alamat
terakhirnya untuk diberikan Surat Tawaran Opsyen?

Jawapan
Surat Tawaran Opsyen hendaklah diberikan sebaik sahaja anggota dapat dikesan atau apabila
anggota melaporkan diri bertugas. Anggota juga layak diberikan tempoh opsyen selama satu
bulan.

Tindakan mengembalikan Surat Akuan Penerimaan Opsyen

2.6 Bolehkah anggota dan Ketua Jabatan tidak mengembalikan Surat Akuan Penerimaan
Opsyen?

Jawapan
Surat Akuan Penerimaan Opsyen perlu dikembalikan sebagai bukti anggota telah menerima
Surat Tawaran dan Borang Opsyen dan Ketua Jabatan telah menerima semula Borang Opsyen
anggota.

Ketepatan rekod perkhidmatan

2.7 Apakah tindakan yang boleh diambil jika gaji dalam kertas opsyen yang telah ditandatangani
tidak tepat disebabkan maklumat dalam rekod perkhidmatan tidak dikemaskinikan?

Jawapan
Ketua Jabatan hendaklah diingatkan supaya mengemaskinikan rekod perkhidmatan setiap
anggota di bawah tanggungjawab mereka khususnya berkaitan dengan pergerakan gaji. Ini
bermakna PPG hendaklah bersidang dan memutuskan dengan segera pergerakan gaji anggota
terbabit.

Pemindaan Pilihan Opsyen

2.8 Bolehkah anggota meminda pilihan yang telah mereka buat dalam kertas opsyen?

Jawapan
Anggota dibenarkan mengubah pilihan yang mereka telah buat selagi opsyen belum
berkuatkuasa. Walau bagaimanapun, mereka dikehendaki menandatangani kertas opsyen yang
baru. Pindaan yang dibuat dengan cara memotong atau memadam pilihan yang telah dibuat
adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Kedudukan kebelakangan tarikh kuatkuasa naik pangkat

2.9 Bagaimanakah kedudukan surat tawaran opsyen yang telah ditandatangani oleh seseorang
anggota yang telahpun berkuatkuasa jika mereka dinaikkan pangkat dengan tarikh kuatkuasa
dikebelakangkan sebelum tarikh kuatkuasa SSM?

Jawapan
Anggota terbabit perlu menandatangani surat tawaran opsyen yang baru mereka dengan
kuatkuasa kenaikan pangkat yang dikebelakangkan itu telah menyebabkan maklumat dalam
surat tawaran opsyen ini telah mereka tandatangani berubah.

Penyimpanan borang opsyen


2.10 Di manakah borang opsyen yang telah ditandatangani oleh seseorang anggota seharusnya
disimpan?

Jawapan
Borang opsyen yang telah lengkap ditandatangani hendaklah disimpan dalam fail peribadi
anggota di mana rekod perkhidmatannya disimpan.

3. PRINSIP PERKHIDMATAN

Cuti Belajar Bergaji Penuh

3.1 Adakah anggota yang sedang dalam tempoh cuti belajar bergaji penuh (CBBP) sebelum
tarikh kuatkuasa SSM layak diberikan pergerakan gaji sebenar bagi tempoh cuti belajar bergaji
penuhnya?

Jawapan
Anggota yang sedang bercuti belajar bergaji penuh layak diberi pergerakan gaji sebenar hanya
bagi baki tempoh cuti belajarnya iaitu pada tarikh pergerakan gaji selepas tarikh kuatkuasa.

Contoh:
Anggota diluluskan CBBP selama 3 tahun mulai 1 September 2000 hingga 31 Ogos 2003. Tarikh
pergerakan gaji anggota pada 1 Julai.
Pergerakan gaji anggota pada 1 Julai 2001 dan 1 Julai 2002 hanya diberikan secara isyarat
mengikut SSB. Pergerakan gaji anggota pada 1 Julai 2003 boleh diberi secara sebenar mengikut
SSM.

Bercuti tanpa gaji (CTG)

3.2 Adakah anggota yang sedang bercuti tanpa gaji (CTG) selama tiga tahun di bawah PP 1/92,
sebelum tarikh kuatkuasa SSM layak diberikan pergerakan gaji secara isyarat bagi tempoh cuti
tanpa gajinya?

Jawapan
Anggota yang sedang bercuti tanpa gaji layak diberi pergerakan gaji secara isyarat hanya bagi
baki tempoh cuti tanpa gajinya, iaitu pada tarikh pergerakan gaji selepas tarikh kuatkuasa.

Contoh:
Anggota diluluskan CTG selama 3 tahun mulai 1 Julai 2000 hingga 30 Jun 2003. Tarikh
pergerakan gaji anggota pada 1 April.
Anggota tidak layak diberi pergerakan gaji pada 1 April 2001 dan 1 April 2002 di bawah SSB.
Anggota hanya boleh diberi pergerakan gaji secara isyarat pada 1 April 2003 di bawah SSM.

Bercuti Tanpa Gaji Di bawah PP6/86

3.3 Adakah anggota yang telah diluluskan CTG di bawah PP 6/86 dan telah menikmati tiga kali
kenaikan gaji gaji secara isyarat dalam tempoh CTG tersebut layak mendapat faedah pergerakan
gaji secara isyarat dengan pelaksanaan SSM bagi CTG seterusnya selepas SSM.

Jawapan
Faedah pergerakan gaji secara isyarat di bawah SSM adalah berkuatkuasa mulai 1 November
2002. Oleh itu anggota masih layak diberikan pergerakan gaji secara isyarat terhad tiga kali
pergerakan bagi tempoh CTG yang diluluskan selepas 1 November 2002.
Kenaikan pangkat bagi pegawai yang tidak memilih SSM

3.4 Adakah anggota yang tidak memilih opsyen SSM dan kekal dalam syarat perkhidmatan JKK
1976 atau SSB mempunyai peluang kenaikan pangkat yang sama dengan anggota yang memilih
SSM?

Jawapan
Pada prinsipnya, mereka masih berpeluang ditimbangkan kenaikan pangkat seperti anggota
yang memilih SSM. Kenaikan pangkat anggota berkenaan akan dibuat ke gred kenaikan pangkat
SSM kerana semua gred jawatan SSB telah digredkan semula di bawah SSM. Mulai tarikh
kenaikan pangkat tersebut anggota akan tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan SSM.

Perlantikan KPSL dan kebelakangan tarikh lantikan

3.5Bolehkah anggota yang dilantik ke jawatan lain secara KPSL selepas kuatkuasa SSM yang
dikebelakangkan tarikh lantikan sebelum 1 November 2002, diberi gaji permulaan di mata gaji P2
sekiranya mata gaji di P1 di jawatan baru tidak dapat menampung gaji di jawatan baru?

Jawapan
Tidak boleh kerana peraturan SSM berkuatkuasa mulai 1 November 2002 tanpa
dikebelakangkan sebarang faedah dan syarat perkhidmatan.

Tempoh percubaan

3.6 Adakah tempoh percubaan di bawah SSM berubah?

Jawapan:
Tempoh percubaan di bawah SSM untuk tujuan pengesahan dalam perkhidmatan telah berubah
kepada tempoh antara satu hingga tiga tahun.

Tempoh percubaan bagi KPSL

3.7 Mengapakah anggota yang dilantik melalui KPSL dikenakan tempoh percubaan dan perlu
disahkan dalam perkhidmatan sedangkan di bawah SSB mereka boleh terus disahkan selepas
satu tahun tanpa menjalani tempoh percubaan?

Jawapan
(i) Syarat tempoh percubaan ini bertujuan untuk:

a. menilai kompetensi anggota di jawatan baru; dan


b. menyeragamkan syarat perkhidmatan bagi semua jenis pelantikan.

(ii) Oleh kerana KPSL adalah merupakan lantikan, anggota perlu disahkan dalam perkhidmatan
bagi membolehkan pembayaran faedah persaraan dibuat berdasarkan gaji akhir di jawatan
KPSL. Pengesahan dalam perkhidmatan juga membolehkan anggota layak menikmati segala
faedah perkhidmatan yang berkaitan dengan pengesahan.

Tempoh percubaan bagai pegawai KPSL

3.8 Adakah anggota Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) perlu melalui tempoh
percubaan?
Jawapan:
Di bawah SSM, anggota KPSL perlu melalui tempoh percubaan antara satu hingga tiga tahun
sepertimana anggota lantikan baru bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

Tarikh pengesahan jawatan

3.9 Apakah kedudukan anggota KPSL yang dilantik di bawah SSB yang belum disahkan tetapi
tempoh perkhidmatannya telah melebihi tiga tahun? Jika boleh disahkan, adakah tarikh
pengesahannya boleh dikebelakangkan kepada satu tahun selepas dilantik?

Jawapan
Anggota lantikan KPSL yang memilih SSM dan telah berkhidmat lebih satu tahun dan telah
memenuhi semua syarat pengesahan yang ditetapkan, layak disahkan dalam perkhidmatan bila-
bila masa tidak lebih awal dari 1 November 2002. Tarikh pengesahannya tidak boleh
dikebelakangkan sebelum 1 November 2002, walaupun telah memenuhi semua syarat
pengesahan.

4. PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN

Belum Lulus PTK dan hal Menanggung kerja

4.1 Bolehkah anggota yang belum lulus PTK dibenarkan menanggung kerja?

Jawapan
BOLEH dengan syarat tiada anggota lain yang telah lulus PTK dalam Unit yang sama. Ini kerana
anggota tersebut paling sesuai dan berpengalaman dalam tugas berkenaan.

Belum Lulus PTK dan Hal Memangku

4.2 Bolehkah anggota yang belum lulus PTK dibenarkan memangku?

Jawapan
Tidak boleh kerana anggota belum memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di dalam skim
perkhidmatan kecuali pemangkuan secara operasi bagi tempoh yang singkat untuk
membolehkan tugas jawatan yang dipangku itu dilaksanakan sepenuhnya.

Kandungan kurikulum kursus PTK

4.3 Apakah kandungan kurikulum kursus PTK?

Jawapan
Kurikulum Kursus mengandungi subjek Kompetensi Umum dan Kompetensi Khusus mengikut
Tahap Kecekapan (TK) berkenaan.

Kandungan sukatan peperiksaan PTK

4.4 Apakah kandungan sukatan peperiksaan PTK?

Jawapan
Sukatan peperiksaan mengandungi subjek Kompetensi Umum dan Kompetensi Khusus mengikut
Tahap Kecekapan (TK) berkenaan.
Kuota peratusan lulus ditetapkan bagi peperiksaan dan kursus PTK

4.5 Adakah kuota peratusan lulus ditetapkan bagi peperiksaan dan kursus PTK?

Jawapan
Tiada kuota yang ditetapkan bagi peperiksaan dan kursus PTK. Walau bagaimanapun, Panel
Peperiksaan PTK dan Panel Penilaian Kursus PTK akan membuat keputusan mengenai
peratusan lulus bagi peperiksaan dan kursus PTK.

Markah lulus PTK

4.6 Walaupun sistem kuota dihapuskan di bawah SSM tetapi pemberian Anjakan Gaji masih
dikawal melalui sistem pemarkahan. Ini seolah-olah sistem kuota masih wujud?

Jawapan
Tidak benar kerana markah lulus PTK ditetapkan berdasarkan kepada tahap kecekapan yang
diperlukan dan tahap ini diputuskan oleh Panel Penilaian.

Pegawai di tangga gaji maksimum perlu menduduki peperiksaan PTK untuk tujuan
kenaikan pangkat

4.7 Adakah anggota yang telah berada di tangga gaji maksimum di peringkat P3 gred lantikan
perlu menduduki peperiksaan PTK untuk tujuan kenaikan pangkat?

Jawapan
Perlu kerana syarat kenaikan pangkat di bawah SSM menetapkan sedemikian.

Pengecualian daripada peperiksaan atau kursus PTK

4.8 Bolehkah anggota yang mempunyai sijil kemahiran memohon pengecualian daripada
Peperiksaan atau Kursus PTK?

Jawapan:
BOLEH dengan syarat mendapat kelulusan dari Lembaga Penilaian Kompetensi. Walau
bagaimanapun, pengecualian hanya boleh diberikan kepada bidang tertentu sahaja. Ini kerana
PTK merangkumi dua (2) kompetensi utama iaitu Kompetensi Umum dan Kompetensi Khusus.
Pertimbangan mungkin boleh diberi bagi subjek Kompetensi Khusus.

Contoh:
Penjaga Jentera Elektrik Gred R17 mempunyai sijil kursus berkaitan pendawaian elektrik yang
diiktiraf setaraf dengan TK 2. Anggota berkenaan boleh dikecualikan mengambil peperiksaan
subjek Kompetensi Khusus untuk TK berkenaan. Walau bagaimanapun beliau perlu mengambil
peperiksaan bagi Kompetensi Umum.

Penilaian Tahap Kecekapan yang sama bagi semua

4.9 Adakah benar PTK lebih menguntungkan anggota yang melakukan kerja-kerja penyelidikan,
latihan, peperiksaan dan kursus berbanding anggota yang membuat kerja rencam?

Jawapan
Tidak benar. Setiap anggota dinilai mengikut Kompetensi Umum dan Kompetensi Khusus
mengikut perkhidmatan masing-masing. Kompetensi Umum merangkumi ciri-ciri peribadi seperti
disiplin, integriti dan ketelusan serta Kompetensi Profesional iaitu keberkesanan hubungan dan
keberkesanan individu. Kompetensi Khusus pula adalah spesifik mengikut bidang utama jawatan.
Pada dasarnya kaedah penilaian yang digunakan adalah sama.

Peperiksaan Jabatan

4.10 Adakah anggota telah lulus PTK perlu mengambil peperiksaan Jabatan?

Jawapan
Tujuan PTK diadakan adalah berbeza dengan lain-lain peperiksaan jabatan. Peperiksaan jabatan
diadakan untuk tujuan pengesahan dalam perkhidmatan, KPSL dan mendapat elaun tertentu.
Manakala PTK merupakan penilaian tambahan untuk anjakan gaji dan kemajuan kerjaya
anggota.

Perbezaan PTK di bawah SSM dengan sekatan kecekapan di bawah JKK

4.11 Adakah PTK dalam SSM ini boleh disamakan dengan sekatan kecekapan di bawah Sistem
Gaji Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976?

Jawapan
Memang seakan-akan ada persamaan tetapi PTK memberi penekanan kepada Tahap
Kecekapan berdasarkan kepada kompetensi yang diukur melalui peperiksaan dan / atau kursus.
Tujuan PTK diadakan adalah untuk menggalakkan pembelajaran yang berterusan dan
mewujudkan pekerja yang berpengetahuan (k-workers) supaya sentiasa relevan berbanding
Sekatan Kecekapan yang hanya menitikberatkan kenaikan gaji.

Pengutamaan lulus PTK untuk mendapat anjakan gaji

4.12 Tidakkah SSM akan menyebabkan anggota mengutamakan lulus PTK untuk mendapat
Anjakan Gaji dan kurang menumpukan perhatian kepada kerja atau usaha-usaha lain yang dapat
meningkatkan prestasi kerja?

Jawapan
Anjakan Gaji tidak semata-mata ditentukan oleh PTK tetapi juga disokong oleh Ketua Jabatan
dan memperolehi Penilaian Prestasi yang baik. Oleh itu anggota perlu memberi tumpuan bukan
sahaja untuk lulus PTK tetapi juga usaha lain yang dapat menyumbang kepada organisasi.

Peluang untuk mengikuti Kursus PTK

4.13 Mengapa Kursus PTK dihadkan dan tidak dibuka kepada semua anggota yang telah
disahkan dalam perkhidmatan sedangkan Kerajaan menggalakkan pembelajaran berterusan di
kalangan anggota perkhidmatan awam?

Jawapan
Pada dasarnya peluang mengikuti kursus tidak dihadkan. Walau bagaimanapun, anggota yang
berpotensi untuk meningkat dalam kerjaya mereka terlebih dahulu diberi peluang untuk mengikuti
Kursus PTK.

Peluang untuk mengikuti Kursus PTK bagi anggota pinjaman dsbnya

4.14 Bolehkah anggota pinjaman, tukar sementara, cuti belajar atau cuti ikut pasangan dan
seumpamanya dibenarkan menduduki PTK?
Jawapan
BOLEH. Anggota boleh memohon tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan dan memenuhi
syarat menduduki PTK.

Peluang menduduki PTK semula bagi calon yang terkandas

4.15 Berapa kali anggota dibenarkan menduduki PTK jika gagal?

Jawapan
(i) Anggota yang gagal peperiksaan PTK boleh menduduki peperiksaan tersebut pada TK
berkenaan sehingga lulus. Anggota layak mendapat pergerakan gaji biasa dalam tempoh
tersebut.
(ii) Anggota yang gagal dalam mana-mana bahagian Kursus PTK dikehendaki mengulangi
bahagian yang gagal. Anggota yang gagal ujian semasa kursus, boleh mengulangi ujian dalam
tahun berikutnya. Anggota yang gagal penilaian di sepanjang kursus akan dipertimbangkan untuk
mengulangi semula kursus oleh Panel Penilaian Kursus PTK.

Pengecualian kursus PTK

4.16 Adakah kursus yang pernah dihadiri oleh anggota semasa SSB boleh diambilkira untuk
pengecualian kursus PTK?

Jawapan
Tidak. Walau bagaimanapun, Lembaga Penilaian Kompetensi boleh memberi pertimbangan
sekiranya menepati tahap kompetensi yang ditetapkan.

Pengecualian PTK melalui kelulusan ijazah kedoktoran, Sarjana atau kepakaran khas

4.17 Bolehkah anggota yang mendapat kelulusan ijazah kedoktoran, Sarjana atau kepakaran
khas boleh dipertimbangkan untuk mendapat pengecualian PTK?

Jawapan
BOLEH tertakluk kepada kesesuaian bidang tugas dengan bidang pengajian dan pertimbangan /
kelulusan Lembaga Penilaian Kompetensi.

PTK dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

4.18 Adakah PTK diambilkira untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)?

Jawapan
APC tidak dikaitkan dengan PTK tetapi berasaskan prestasi dan sumbangan anggota kepada
organisasi. Ini bermakna anggota yang tidak lulus PTK masih berpeluang dipertimbangkan untuk
APC.

PTK dan Pegawai JUSA

4.19 Kenapa JUSA tidak dikenakan PTK?

Jawapan
Tiada Anjakan Gaji kerana Jadual Gaji JUSA menggunakan skel gaji sebaris.
Syarat-syarat PTK tidak dikenakan kepada pegawai yang tidak memilih SSM dalam urusan
kenaikan pangkat?

4.20 Adakah anggota yang tidak memilih SSM tertakluk kepada PTK dalam urusan kenaikan
pangkat?

Jawapan
Tidak. Anggota tertakluk kepada syarat-syarat kenaikan pangkat di bawah SSB atau JKK 1976.

Syarat untuk menduduki peperiksaan PTK

4.21 Apakah syarat yang melayakkan anggota di gred lantikan untuk menduduki peperiksaan
PTK?

Jawapan
Anggota berkenaan hendaklah telah disahkan dalam perkhidmatan.

Syarat yang melayakkan anggota di gred kenaikan pangkat untuk menduduki kursus PTK?

4.22 Apakah syarat yang melayakkan anggota di gred kenaikan pangkat untuk menduduki kursus
PTK?

Jawapan
Berada di gred kenaikan pangkat secara hakiki.

Tempoh sahlaku kelulusan PTK

4.23 Berapa lamakah tempoh sahlaku kelulusan PTK?

Jawapan
Kelulusan PTK adalah sah sehingga anggota layak mendapat anjakan gaji.

5.0 SISTEM PENILAIAN PRESTASI

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di bawah SSM

5.1 Bagaimanakah kedudukan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di bawah SSM?

Jawapan

i. Kaedah pemberian APC tidak dikaitkan lagi dengan keputusan pergerakan gaji.
ii. Had siling pemberian APC ialah tidak melebihi dari 8% jumlah anggota dalam
sesebuah organisasi pada 31 Disember tahun penilaian.
iii. Insentif dan hadiah APC
Hadiah prestasi RM1,000
Sijil Perkhidmatan Cemerlang

Pemilihan anggota untuk APC diputuskan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)

Borang LNPT untuk semua perkhidmatan


5.2 Borang LNPT tidak sesuai bagi beberapa perkhidmatan seperti perkhidmatan pendidikan,
penyelidikan, perubatan, bakat dan sebagainya. Adakah ini benar?

Jawapan
(i) Kriteria penilaian yang terdapat dalam LNPT adalah generic dan universal. Oleh itu tiada
masalah ketidaksesuaian kepada mana-mana perkhidmatan.
(II) Di bawah penambahbaikan SPP, ketua perkhidmatan dibenarkan membuat pengubahsuaian
komponen SPP termasuklah borang LNPT tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam.

Contoh:
Kumpulan Pengurusan dan Profesional perkhidmatan penyelidikan boleh menambah kriteria
seperti kepakaran dan kerja kumpulan (team work) dalam borang LNPT yang baru. Begitu juga
kumpulan sokongan perkhidmatan pendidikan boleh menambah kriteria penyeliaan terutamanya
bagi penjawat guru besar atau pengetua sekolah dalam borang LNPT yang baru.

Keadilan dan ketelusan penilaian prestasi

5.3 Bagaimanakah caranya Penilaian Prestasi dapat dilaksanakan secara lebih objektif, adil dan
telus?

Jawapan
(i) Untuk menentukan penilaian prestasi Anggota Yang Dinilai (PYD) dibuat dengan objektif, adil
dan telus, proses penilaian hendaklah dibuat secara berterusan sepanjang tempoh tahun yang
dinilai. Anggota Penilai boleh melaksanakan melalui kaedah pemantauan kerja, bimbingan dan
khidmat nasihat kepada PYD. Melalui cara ini Anggota Penilai dapat mengenalpasti kekuatan
dan kelemahan PYD bagi tujuan penambahbaikan prestasi anggota berkenaan.
(ii) Penilaian prestasi hendaklah dinilai berasaskan pencapaian hasil kerja sebenar PYD
berbanding dengan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) melalui kriteria penilaian yang ditetapkan
dalam borang LNPT.
(iii) Untuk menentukan ketelusan penilaian, Anggota Penilai hendaklah memaklumkan kekuatan
dan kelemahan PYD semasa membuat penilaian.

Pemindah markah penilaian

5.4 Bolehkah Anggota Penilai Kedua (PPK) meminda markah penilaian PYD yang telah dibuat
oleh Anggota Penilai Pertama (PPP)?

Jawapan
Tidak boleh. PPK hanya boleh membuat penilaiannya sendiri dan mengisi di ruangan PPK yang
telah ditetapkan. Hanya PPSM sahaja yang boleh mengubah atau menyelaras markah penilaian
prestasi PYD.
Pilih kasih' dalam membuat penilaian prestasi

5.5 Adakah akan timbul sentimen 'pilih kasih' dalam membuat penilaian prestasi?

Jawapan
ii. Masalah pilih kasih tidak sewajarnya berbangkit. Ini kerana dalam panduan SPP dan borang
LNPT telah menetapkan penilaian prestasi PYD hendaklah berasaskan kepada pencapaian hasil
kerja sebenar SKT dan kriteria penilaian yang telah ditetapkan. Sewajarnya pelaksanaan LNPT
perlulah selaras dengan kriteria yang telah ditetapkan.

6. JAWATAN
Angka pengkelasan gred jawatan

6.1 Kenapa menggunakan angka 1-54 sebagai pengkelasan gred?

Jawapan
Numeric data range digunakan untuk menyeragamkan lapisan gred dalam skim perkhidmatan,
gred gaji dan penetapan kelayakan elaun dan kemudahan.

Lapisan/tambahan gred

6.2 Kenapa lapisan/tambahan gred tidak sama di antara satu kumpulan dengan kumpulan yang
lain.

Jawapan:
Lapisan/tambahan gred tidak sama di antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain kerana
lapisan gred yang diperuntuk kepada sesuatu kumpulan skim
perkhidmatan adalah tertakluk kepada fungsi bidang tugas.

Lapisan/tambahan gred tidak sama dengan JKK

6.3 Adakah lapisan gred baru yang diperkenal merupakan lapisan gred di bawah Laporan JKK-
1976? Jika tidak, apakah perbezaannya?

Jawapan:
Di bawah SSB, gred-gred yang ada merupakan gabungan gred-gred dalam JKK. Gred-gred baru
yang diperkenal di bawah SSM tidak merujuk kepada gred-gred yang digabungkan semasa SSB.
Dengan itu, gred-gred baru tersebut bukan merupakan lapisan gred di bawah lapisan JKK 1976.
Lapisan gred di bawah SSM adalah berlandaskan prinsip kadar upahan untuk kerja dengan
mengambilkira elemen-elemen tanggungjawab atau kompleksiti sesuatu tugas itu.

Peluang kenaikan pangkat

6.4 Bagaimana dikatakan lapisan gred ini sebagai memperbaiki peluang kenaikan pangkat
kerana ianya akan menjejaskan kenaikan pangkat perkhidmatan-perkhidmatan yang pada masa
ini adalah baik, seperti contoh Pegawai Undang-Undang dan Pegawai Latihan Vokasional?

Jawapan:
Penambahbaikan peluang kemajuan kerjaya di bawah SSM mempunyai pendekatan secara
menyeluruh dengan melibatkan semua skim perkhidmatan, antara lain bertujuan memberi ruang
pewujudan jawatan mengikut gred yang sesuai, pembelajaran dan pembangunan diri anggota,
motivasi dan memperbaiki peluang kenaikan pangkat anggota. Dengan fungsi bidang tugas yang
berkembang, peluang kenaikan pangkat Pegawai Undang-Undang dan Pegawai Latihan
Vokasional adalah baik kerana ini mewujudkan keperluan pewujudan jawatan-jawatan baru. Oleh
itu, penambahan lapisan gred tidak akan menjejaskan peluang kenaikan pangkat yang ada
dengan fungsi bidang tugas yang berkembang

Penaiktarafan Gred 2

6.5 Adakah Gred 2 sedia ada boleh dinaiktaraf ke Gred 1 dalam urusan penggredan semula
jawatan di bawah pelaksanaan SSM? Jika boleh, dalam keadaan bagaimana naiktaraf itu boleh
dilaksanakan? Jika tidak, apakah sebab-sebab naiktaraf itu tidak dibenarkan?

Jawapan:
Secara prinsipnya naiktaraf itu boleh dipertimbang tertakluk kepada prinsip kadar upahan untuk
kerja merangkumi elemen-elemen tanggungjawab dan kompleksiti sesuatu tugas.

Pengujudan jawatan baru

6.6 Adakah jawatan diwujudkan dulu atau skim perkhidmatan diwujudkan dulu?

Jawapan:
Dalam mewujudkan sesuatu gred jawatan ianya hendaklah merujuk kepada lapisan gred yang
diperuntuk dalam skim perkhidmatan. Dengan itu, skim perkhidmatan dengan lapisan gred yang
diperlukan mengikut fungsi bidang tugas perlu diwujudkan dahulu sebelum sesuatu jawatan
boleh diwujudkan.

Penukaran klasifikasi perkhidmatan

6.7 Bolehkah ditukar klasifikasi perkhidmatan sesuatu skim perkhidmatan.

Jawapan:
Sesuatu skim perkhidmatan boleh ditukar klasifikasinya. Permohonan untuk pertukaran klasifikasi
perkhidmatan sesuatu skim perkhidmatan boleh dipertimbang tertakluk kepada fungsi bidang
tugas skim perkhidmatan itu menepati peranan dan tugas klasifikasi perkhidmatan yang dipohon.

7.0 ELAUN DAN KEMUDAHAN

Elaun dan kemudahan baru

7.1 Adakah terdapat elaun dan kemudahan baru atau yang digugurkan di bawah SSM ?

JAWAPAN
Elaun dan kemudahan di bawah SSB dikekalkan di bawah SSM.

Elaun ITK Gred DS 44 dan Gred DS 45

7.2 Mengapakah anggota yang baru dilantik ke Gred DS 45 tidak mendapat ITK sedangkan
anggota di Gred 44 iaitu Gred yang lebih rendah mendapat ITK?

JAWAPAN
Anggota yang baru dilantik ke Gred DS 45 tidak mendapat ITK sebab:

i. Gred 44 merupakan gred kenaikan pangkat, sedangkan Gred 45 adalah gred lantikan;
ii. Gred DS 45 tidak ada gred lantikan atas Gred 41 seperti skim perkhidmatan lain sebaliknya
terus dilantik ke Gred DS45;

Gred DS45 lebih baik daripada Gred 41 kerana anggota di Gred DS45 pada tahun ke-5 telah
layak menerima ITKA RM300 dan ITK selepas tahun ke-10 perkhidmatan.

Elaun ITK dan perlantikan ke skim perkhidmatan lain

7.3 Mengapakah pensyarah yang baru dilantik ke Gred DS45 dan mensyaratkan kelayakan
masuk PHD.atau Master tidak terus mendapat ITK sebagaimana anggota dalam Gred 45 skim
lain?
JAWAPAN
Anggota yang baru dilantik ke dalam skim perkhidmatan lain contohnya Klasifikasi M dan Q,
walaupun terdapat anggota yang mempunyai kelayakan masuk dengan kelulusan PHD. atau
Master mereka tidak layak ITK malahan dilantik atas Gred yang lebih rendah iaitu Gred 41
berbanding skim pensyarah.

Elaun yang ditentukan mengikut gred dan tempoh perkhidmatan.

7.4 Di bawah SSM terdapat kelayakan elaun yang ditentukan mengikut gred dan tempoh
perkhidmatan. Apakah jenis elaun tersebut?

JAWAPAN
Elaun yang ditentukan mengikut gred dan tempoh perkhidmatan adalah seperti berikut -

Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)


Imbuhan Tetap Keraian (ITK).

Kelayakan elaun dan kemudahan

7.5 Adakah Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia boleh diberi kepada anggota yang tidak
menerima opsyen SSM?

JAWAPAN
Bayaran Khas SSM hanya diberi kepada anggota yang ditawarkan dan memilih terima opsyen
SSM. Anggota yang tidak diberi opsyen SSM seperti anggota kontrak, sementara dan guru
sandaran tidak layak Bayaran Khas SSM.

Kelayakan elaun dan kemudahan semasa memangku

7.6 Apakah kadar Bayaran Khas SSM yang layak diterima oleh anggota dalam Kumpulan
Pengurusan dan Profesional yang sedang memangku jawatan dalam Kumpulan Pengurusan
Tertinggi, sama ada atas kadar jawatan hakiki atau jawatan yang dipangku?

JAWAPAN
Anggota tersebut layak menerima Bayaran Khas SSM atas kadar jawatan yang dipangkunya.

Penyelarasan elaun yang ditentukan mengikut gred dan tempoh perkhidmatan Gred 41
P&P dan Pensyarah

7.7 Mengapakah pemberian ITKA bagi Gred 41 P&P dan Pensyarah (DM 45, DU 45, DS 45)
tidak diselaraskan kepada satu kadar atau satu kelayakan kemudahan sebagaimana gred lain?

JAWAPAN
Walaupun gred-gred tersebut tidak diselaraskan kepada satu kadar ianya masih merupakan satu
penambahbaikan yang dilaksanakan secara berperingkat di mana tempoh untuk melayakan ke
kadar yang lebih tinggi telah dikurangkan daripada (Gaji-T17) sebelumnya kepada 10 tahun di
bawah SSM.

Perbezaan kadar ITK bagi Gred 48 dan 52

7.8 Mengapakah perbezaan kadar ITK di antara Gred 48 dan Gred 52 (Gred baru kenaikan
pangkat) adalah lebih kecil berbanding perbezaan kadar ITK di antara Gred 52 dengan Gred 54?
JAWAPAN
Kenaikan pangkat dari Gred 48 ke Gred 52 adalah dalam hirarki yang sama, manakala kenaikan
pangkat daripada Gred 52 ke Gred 54 adalah merupakan kenaikan ke hirarki yang lebih tinggi.
Prinsip ini juga terpakai bagi bayaran insentif lain seperti Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal,
Bayaran Insentif Kesihatan Awam dan Bayaran Insentif Perkhidmatan Hospital

Perbezaan kadar ITK Gred 48 dan 52

7.9 Mengapakah kadar ITK Gred 52 lebih tinggi daripada Gred 48, walaupun kedua-duanya
berada di dalam hairaki yang sama?

JAWAPAN
Gred 52 menerima kadar ITK yang lebih tiggi daripada Gred 48 kerana-

i. tugas lebih komplek


ii. Gred 52 merupakan gred kenaikan pangkat dan gred yang lebih tinggi daripada G48.

Prinsip dan kriteria pemberian elaun

7.10 Apakah prinsip dan kriteria pemberian elaun dan kemudahan di bawah SSM?

JAWAPAN
Prinsip dan kriteria pemberian elaun dan kemudahan di bawah SSB sepertimana di perenggan
48 hingga 50 PP Bil. 9/1991 adalah dikekalkan di bawah SSM.

Syarat tempoh 10 tahun bagi menentukan kelayakan kepada kadar yang lebih tinggi

7.11 Tempoh 10 tahun perkhidmatan telah digunakan sebagai asas untuk menentukan kelayakan
kepada kadar yang lebih tinggi. Kenapa ?

JAWAPAN
Tempoh 10 tahun adalah merupakan jangkamasa yang munasabah untuk seseorang anggota
yang baru dilantik mendapatkan kemahiran/latihan yang mencukupi yang diperlukan bagi sesuatu
jawatan.

Tempoh berkhidmat di bawah PBB dan PBT bagi tujuan melayakkan 10 tahun
perkhidmatan

7.12 Adakah tempoh berkhidmat di bawah Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa
Tempatan boleh diambilkira bagi tujuan melayakkan 10 tahun perkhidmatan?

JAWAPAN
Tidak boleh. Mengikut peruntukan 63 (b) P. Am Bab 'A' pelepasan jawatan hanya boleh diberikan
kepada pegawai Kerajaan yang telah mendapat satu jawatan Kerajaan yang lain. Jawatan
Kerajaan ditakrifkan sebagai jawatan dalam Perkhidmatan Awam mengikut Fasa 132 (1)
Perlembagaan. Anggota Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan tidak
termasuk di dalam takrif tersebut. Oleh itu kemudahan pelepasan jawatan yang diperuntukkan di
bawah peruntukan 63 (b) P. Am Bab 'A' tidak terpakai kepada anggota Pihak Berkuasa Berkanun
dan Pihak Berkuasa Tempatan dan mereka perlu meletakkan jawatan sekiranya hendak
berkhidmat dengan Kerajaan. Apabila seseorang itu meletakkan jawatan maka perkhidmatan
lama telah terputus dari perkhidmatan yang baru.
Tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira bagi menentukan kelayakan 10 tahun
perkhidmatan

7.13 Apakah tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira bagi menentukan kelayakan 10 tahun
perkhidmatan?

JAWAPAN
Tempoh perkhidmatan yang diambilkira ialah :

i) lantikan tetap/ sementara


ii) pinjaman
iii) tempoh berada di gred yang sama atau setaraf dalam skim yang berlainan

Tempoh perkhidmatan yang tidak boleh diambil kira bagi menentukan pengiraan tahun ke-
10 perkhidmatan?

7.14 Apakah tempoh perkhidmatan yang tidak boleh diambil kira bagi menentukan pengiraan
tahun ke-10 perkhidmatan?

JAWAPAN
Pengiraan 10 tahun perkhidmatan tidak mengambilkira tempoh perkhidmatan berikut:

i) sambilan
ii) sangkut
iii) sandaran
iv) khidmat singkat
v) kontrak
vi) cuti tanpa gaji

8.0 PENCEN

Dokumen persaraan wajib seseorang pegawai dan pemilihan SSM

8.1 Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Ketua Jabatan sekiranya dokumen pencen
seseorang pegawai yang layak diberi opsyen SSM telah pun dihantar ke Bahagian Pencen,
Jabatan Perkhidmatan Awam, sebelum tarikh pelaksanaan SSM dan pegawai berkenaan
kemudiannya memilih-terima SSM?

Jawapan
Dokumen pencen dihantar ke Bahagian Pencen, JPA, enam bulan hingga setahun sebelum
tarikh persaraan wajib seseorang pegawai. Sekiranya dokumen pencen seseorang bakal pesara
yang layak diberi opsyen SSM telah pun dikemukakan kepada Bahagian Pencen, JPA, dan bakal
pesara berkenaan kemudiannya memilih-terima SSM, Ketua Jabatan bertanggungjawab
memaklumkan hal ini kepada Bahagian Pencen, JPA, dengan cara menghantar kepada
Bahagian Pencen, JPA :

a. sesalinan muka surat terakhir Kenyataan Perkhidmatan pegawai tersebut yang menunjukkan
bahawa beliau telah memilih-terima SSM serta mengandungi maklumat matriks gaji terakhir
beliau di bawah SSM serta gaji terakhirnya di bawah SSM; atau

b. Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan Seseorang Pegawai (Borang KEW.8) pegawai


tersebut yang dicatatkan maklumat matriks gaji terakhir beliau di bawah SSM serta gaji
terakhirnya di bawah SSM.
Faedah yang diberi kepada pesara yang tidak layak menerima opsyen SSM

8.2 Apakah faedah yang diberi kepada pesara yang tidak layak menerima opsyen SSM?

Jawapan
Pesara yang telah bersara pada atau sebelum 1.11.2002 dan juga penerima-penerima pencen
terbitan bagi perkhidmatan pegawai yang telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan
pada atau sebelum 31 Oktober 2002 akan menerima penyelarasan pencen di bawah Akta
Penyelarasan Pencen 1980 (bagi bekas pegawai perkhidmatan awam Persekutuan dan Negeri
serta pekerja Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan) atau di bawah Peraturan-
Peraturan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) 1982 (bagi pegawai serta askar-
laskar Angkatan tentera Malaysia), dengan syarat pesara atau penerima pencen berkenaan
bermastautin di Malaysia. Tarikh kuatkuasa penyelarasan pencen ialah 1.11.2002.

Kadar penyelarasan pencen pesara dan penerima pencen sebelum tarikh penlaksanaan SSM

8.3 Apakah kadar penyelarasan pencen yang akan diberi kepada pesara dan penerima pencen
yang telah menerima pencen sebelum tarikh penlaksanaan SSM?

Jawapan

a. Bagi pesara dan penerima pencen yang mempunyai sekurang-kurangnya 25 tahun


perkhidmatan yang dimasukira, kadar tambahan pencen mengikut kumpulan perkhidmatan
jawatan terakhirnya ialah :

i) Kumpulan Pengurusan Tertinggi : + RM 55-00 sebulan


ii) Kumpulan Pengurusan & Profesional : + RM 32.50 sebulan
iii) Kumpulan Sokongan : + RM 7.50 sebulan

b. Kadar-kadar tambahan pencen di atas ialah kadar maksimum. Kadar tambahan pencen bagi
pesara dan penerima pencen yang mempunyai kurang daripada 25 tahun tempoh perkhidmatan
yang dimasukira adalah mengikut pemakaian formula pengiraan pencen di mana gaji bersamaan
mulai 1.11.2002 ditambah RM 110-00 sebulan bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi, RM65-00
sebulan bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional dan RM15-00 sebulan bagi Kumpulan
Sokongan.

Contoh :
Sekiranya tempoh perkhidmatan yang dimasukira ialah 229 bulan, tambahan pencen bulanan
selepas diselaras di bawah SSM bagi seseorang pesara yang berjawatan terakhir di dalam
Kumpulan Pengurusan dan Profesional ialah :

229/600 x RM65-00 = + RM24-80 sebulan

Sekiranya penerimanya ialah seorang balu (iaitu penerima pencen terbitan) dan mendiang
pesara telah bersara atau meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan lebih daripada 12 ½
tahun sebelum ini, tambahan pencen terbitan ialah 70% daripada kadar di atas

Tambahan bagi pencen hilangupaya, pencen tanggungan dan pembayaran-pembayaran selain


daripada pencen perkhidmatan dan pencen terbitan adalah seperti diperuntukkan di bawah Akta
Penyelarasan Pencen 1980.

Kematian pegawai pada tarikh pelaksanaan SSM


8.4 Bagaimana kedudukan pegawai yang meninggal dunia pada tarikh pelaksanaan SSM?

Jawapan
Seseorang pegawai yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan disifatkan berada dalam
perkhidmatan pada tarikh kematiannya. Oleh yang demikian, memandangkan SSM berkuatkuasa
mulai 1.11.2002, seseorang pegawai yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan pada
tarikh tersebut adalah dirangkumi oleh SSM sekiranya pegawai tersebut telah memilih-terima
SSM. Sekiranya pegawai itu meninggal dunia pada 1.11.2002 sebelum sempat memilih-terima
SSM (misalnya, kerana sakit tenat sepanjang tempoh opsyen mulai 1.10.2002 hingga
31.10.2002), beliau disifatkan telah memilih-terima SSM. Walau bagaimanapun, sekiranya
pegawai itu telah sempat melakukan opsyen untuk kekal di bawah SSB atau JKK (mana yang
berkenaan) sebelum kematiannya semasa dalam perkhidmatan pada 1.11.2002, pemilihan-
terima itu dihormati sebagai kehendak beliau dan ganjaran terbitan serta wang tunai sebagai
gentian cuti rehat akan dikira berasaskan gaji terakhir SSB atau JKK (mana yang berkenaan).
Pencen terbitannya dikira berasaskan gaji SSB atau JKK (mana yang berkenaan) tetapi
diselaraskan di bawah Akta Penyelarasan Pencen berkuatkuasa 1.11.2002 berasaskan gaji
bersamaan SSM.

Menarik-balik permohonan bersara secara pilihan

8.5 Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Ketua Jabatan sekiranya seseorang pegawai yang
telah memohon bersara secara pilihan berkuatkuasa pada satu tarikh sebelum tarikh
pelaksanaan SSM tetapi kini meminta supaya dibenarkan menarik-balik permohonan tersebut
kerana beliau ingin menikmati gaji serta kemudahan SSM.

Jawapan
Bagi pegawai Persekutuan serta pekerja Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan :

a. Sekiranya permohonan bersara secara pilihan belum dikemukakan kepada Bahagian Pencen,
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk diluluskan, keputusan membenarkan penarikan-balik
permohonan tersebut terletak pada Ketua Jabatan ;

b. Sekiranya permohonan tersebut telah dikemukakan kepada Bahagian Pencen, JPA, Ketua
Jabatan perlu mempertimbangkan sama ada permohonan penarikan-balik itu boleh dipersetujui.
Sekiranya dipersetujui, permohonan pegawai dan persetujuan bertulis dari Ketua Jabatan
hendaklah dihantar terus kepada Bahagian Pencen, JPA, supaya diterima sebelum 31.10.2002.
Bahagian Pencen, JPA, akan mempertimbangkan permohonan tersebut. Selagi kelulusan
penarikan-balik persaraan secara pilihan tidak diluluskan oleh Bahagian Pencen, JPA, pegawai
tersebut hendaklah bersara pada tarikh yang diluluskan pada asalnya. Permohonan perubahan
tarikh kuatkuasa persaraan secara pilihan tidak akan dilayani.

c. Sekiranya selepas diluluskan penarikan-balik permohonan persaraan secara pilihan pegawai


tersebut ingin memohon semula untuk bersara secara pilihan (sudah tentunya pada satu tarikh
selepas pelaksanaan SSM), permohonan tersebut hendaklah dikemukakan sebagai permohonan
baru yang tertakluk sepenuhnya kepada syarat-syarat Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun
1991 dibaca bersama-sama Pekeliling perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1992, termasuk syarat
permohonan diterima oleh Bahagian Pencen, JPA, enam bulan sebelum tarikh persaraan secara
pilihan yang dipohon.

Bagi pegawai Negeri permohonan penarikan-balik hendaklah dikemukakan melalui Ketua


Jabatan kepada pihak berkuasa yang meluluskan permohonan persaraan secara pilihan.
Sekiranya permohonan itu dipersetujui, Ketua Jabatan bertanggungjawab memaklumkan
Bahagian Pencen, JPA, mengenai keputusan meluluskan penarikan-balik itu.

Pembayaran faedah persaraan di bawah SSM


8.6 Apakah perlu dilakukan oleh pegawai yang bersara selepas tarikh pelaksanaan SSM tetapi
faedah persaraannya telah hanya dibayar berasaskan gaji terakhir di bawah Sistem Saraan Baru
(SSB) atau Skim Gaji Laporan Jawatankuasa Kabinet (JKK)?

Jawapan
Keadaan ini mungkin berlaku oleh kerana dokumen pencen dikemukakan enam bulan atau lebih
sebelum persaraan wajib seseorang pegawai dan pembayaran faedah persaraan telah pun
dibuat berasaskan gaji terakhir sebelum pelaksanaan SSM. Dalam keadaan ini, pesara
hendaklah menghubungi bekas Ketua Jabatannya untuk mengingatkan pihak tersebut supaya
menghantar kepada Bahagian Pencen, JPA :

a.sesalinan muka surat terakhir Kenyataan Perkhidmatan pegawai tersebut yang menunjukkan
bahawa beliau telah memilih-terima SSM serta mengandungi maklumat matriks gaji terakhir
beliau di bawah SSM serta gaji terakhirnya di bawah SSM; atau

b.Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan Seseorang Pegawai (Borang KEW.8) pegawai


tersebut yang dicatatkan maklumat matriks gaji terakhir beliau di bawah SSM serta gaji
terakhirnya di bawah SSM.

Pengiraan semula faedah persaraan berasaskan gaji terakhir SSM akan hanya dilakukan dengan
adanya dokumen seperti di atas.

Pesara dan Sistem Saraan Malaysia (SSM)

8.7 Adakah pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia (SSM) merangkumi pesara?

Jawapan
Hanya pegawai yang bersara (di bawah apa jenis persaraan pun) pada atau selepas 2.11.2002
dirangkumi oleh Sistem Saraan Malaysia (SSM). Pegawai yang bersara pada atau sebelum
1.11.2002 tidak dirangkumi oleh SSM tetapi, sekiranya mereka dibayar pencen, pencen mereka
akan diselaraskan mulai 1.11.2002 di bawah Akta Penyelarasan Pencen 1980 berasaskan gaji
bersamaan di bawah SSM

Selaras dengan penetapan bahawa SSM berkuatkuasa mulai 1.11.2002, opsyen untuk memilih-
terima SSM hanya diberi kepada semua pegawai yang berada dalam perkhidmatan pada tarikh
tersebut. Pegawai yang dilantik untuk pertama kalinya pada 2.11.2002 dan seterusnya
sememangnya dilantik di bawa terma dan syarat SSM. Di samping itu, seseorang pegawai yang
bersara pada 1.11.2002 tidak berada dalam perkhidmatan pada tarikh itu. Dengan itu, pegawai
yang bersara pada atau sebelum 1.11.2002 tidak diberi opsyen SSM kerana SSM tidak meliputi
mereka. Faedah persaraan mereka dikira berasaskan gaji Sistem Saraan Baru (SSB) atau Skim
Jawatankuasa Kabinet (JKK), mana yang berkenaan. Hanya pegawai yang bersara pada atau
selepas 2.11.2002 sahaja yang diberi opsyen SSM dan, sekiranya beliau memilih-terima SSM,
gaji terakhirnya bagi maksud pengiraan faedah persaraan ialah gaji SSM.

Anda mungkin juga menyukai