Anda di halaman 1dari 28

PENGENALAN MENGENAI TUGASAN

Bagi semester ini kami telah mempelajari subjek Teknologi dalam Pengajaran
dan Pemelajaran. Melalui subjek ini, kami memahami bahawa teknologi bukan semata-
mata suatu ilmu pengetahuan dan buka juga alat, sebaliknya proses, kaedah dan idea
bagi memastikan penggunaan sesuatu ilmu dan alat atau bahan itu mencapai kejayaan.

Selain itu, kami turut diberi pendedahan mengenai keberkesanan pengajaran


guru bukan sahaja mampu memproses maklmat dan memperoleh maklumat, malah
pelajar mampu memproses maklumat dan mengaplikasikanya sehingga mendorong
pembinaan tingkah laku yang baru.

Sehubungan itu, kami telah diberi tugasan yang berkaitan dengan konsep
teknologi yang telah kami pelajari. Tugasan tersebut mengkehendaki kami untuk
membuat perancangan pengajaran pembelajaran berdasarkan Model ASSURE kerana
melalui model tersebut, kami dapat mempelajari cara yang baik untuk merancang
pengajaran yang mengaplikasikan penggunaan median. Sebelum itu, kami perlu
memahami enam ciri yang terkandung dalam Model ASSURE.

Berdasarkan Model ASSURE tersebut, kami dikehendaki pula merancang satu


rancangan pengajaran harian untuk murid sekolah rendah. Kami diberi kebebasan
untuk memilih mana-mana huraian sukatan pelajarancuntuk sekolah rendah. Apa yang
penting, kami perlu memahami tajuk yang dipilih dan objektif yang menjadi matlamat
dalam pengajaran tersebut.

Selain itu, kami perlu mengaplikasikan teknologi dalam penyediaan rancangan


pengajaran pembelajaran tersebut, bersesuaianlah dengan subjek ini sendiri. Kami
harus memastikan sekurang-kurangnya tiga bahan media digunakan dalam rancangan
pengajaran tersebut.

Sebagai kesimpulannya, tugasan paa kali ini member banyak pendedahan


kepada guru pelatih untuk memahami konsep teknologi dan menggunakan teknologi
yang ada pada masa kini dengan sebaik-baiknya supaya gaya pengajaran kita dapat
dipertingkat dari semasa ke semasa.
MODEL ASSURE

Tajuk Pengajaran : Nombor Bulat

Nama Guru : Nur Afifah bt Mohd Salleh

: Siti Khirnie binti Kasbolah

Kelas : 3 Kenanga

Kandungan Pengajaran : Hasil Tambah Nombor Bulat.

Masa : 7.20 – 8.20 (1 jam)

BIL. ASSURE MODEL


1 A – Analyze Kelas ini terdiri daripada 30 orang murid, di mana 12 orang
Learner daripadanya ialah murid lelaki dan 18 orang lagi murid
(Analisis Pelajar) perempuan. Mereka terdiri daripada pelbagai kaum dan
budaya iaitu 25 orang murid Melayu, 3 orang murid Cina dan
2 orang murid India.

Mereka merupakan murid-murid yang sederhana cerdas


daripada segi mental dan sosial serta tiada kecacatan fizikal.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa orang murid yang
berpotensi untuk menonjol sekiranya diberi galakan
berterusan.

Mereka juga berasal daripada keluarga yang mempunyai


taraf ekonomi yang sederhana dan berada. Secara
umumnya, murid-murid kelas ini tidak menghadapi masalah
dalam menyediakan kelengkapan untuk belajar.

Bagi mempelajari tajuk ini, murid-murid berpengetahuan


untuk mengira dan mencongak hasil tambah dua nombor
sehingga 1000.

Kebanyakan murid lebih suka belajar melalui aktiviti yang


menarik, bersesuaian dengan minat mereka berbanding
belajar secara formal. Mereka juga lebih suka belajar dengan
berpusatkan murid (student-centered).

Terdapat tiga jenis gaya pembelajaran, iaitu gaya


pembelajaran visual, gaya pembelajaran audtori dan gaya
pembelajaran kinestetik. Secara keseluruhannya, 30%
murid-murid dalam kelas 3 Kenanga ini belajar dengan gaya
pembelajaran kinestetik, 30% daripadanya belajar secara
audio dan 40% lagi belajar dengan gaya pembelajaran
visual. Perkara ini dapat dilihat apabila mereka lebih tertarik
untuk menonton sesuatu yang dipaparkan berbanding
mendengar sahaja ataupun melakukan pergerakan aktif.

1. Bilangan murid: 30 orang


- 12 Lelaki
- 18 Perempuan
2. Purata umur: 9 tahun
3. Etnik
- Melayu: 25
- Cina: 3
- India: 2
4. Gaya Pembelajaran
- Kinestatik: 30%
- Audio: 30%
- Visual: 40%

2 S – State
Pada akhir sesi pengajaran, murid-murid dapat menambah
Objective
tiga nombor sehingga 10 000 dengan menggunakan bentuk
(Tentukan
lazim.
Objektif)
3 S – Select
Methods, Media 1. Penggunaan bahan 2-Dimensi (2D)
and Materials
(Pilih Kaedah, - Tujuan bahan ini digunakan:
Media Dan  Bahan 2D ini merupakan kad imbasan yang
Bahan) digunakan semasa set induksi.
 Sebagai bahan yang digunakan untuk merangsang
murid, guru membuat kad imbasan ini di atas
kertas yang berwarna-warni serta menggunakan
dua bentuk yang berbeza bagi setiap warna
tersebut, iaitu bentuk segi empat tepat dan
bulatan. Manakala warna kertas pula terdiri
daripada kuning, merah, merah jambu, biru, jingga,
hijau, ungu dan hijau muda.
 Oleh itu guru menyediakan 16 kad imbasan, di
mana guru akan menampal nombor-nombor yang
mudah di atas setiap kad imbasan tersebut.
 Guru menggunakan pelbagai warna dan bentuk
bagi menarik minat murid-murid melibatkan diri
dalam aktiviti ini. Tambahahan pula, penggunaan
kad imbasan adalah lebih efektif jika dibandingkan
dengan cara guru menulis secara langsung pada
papan hitam.
- Cara Menggunakan Bahan:
 Guru akan menampal kad imbasan tersebut di
papan hitam dan meminta murid mengira nombor,
dengan menyebut warna dan bentuk kertas. Murid
perlulah melakukan pengiraan secara congak.
 Jika murid yang dipilih tidak dapat menjawab
dengan betul, guru boleh meminta murid lain
membantu.
- Objektif pembelajaran:
 Murid dapat melakukan pengiraan secara congak.
Walau bagaimanapun, jawapan yang diberikan
oleh murid tidak semestinya tepat. Memadailah jika
jawapan mereka menghampiri jawapan yang betul.
- Adakah ia akan menarik minat murid-murid?
 Penggunaan bahan 2-Dimensi ini dapat menarik
perhatian murid-murid kerana penggunaan kertas
yang berwarna-warni, di samping guru dapat
mewujudkan unsur suspen dalam kalangan murid
kerana mereka perlu peka dengan warna dan
bentuk kertas yang disebutkan oleh guru.
- Cara Media Diperoleh:
 Bahan 2D ini diperoleh dengan membuatnya
sendiri. Pada mulanya nombor-nombor dibuat dan
tersebut dan dicetak di atas kertas putih sebelum
ditampal di atas kertas-kertas berwarna.
Tujuannya adalah untuk memastikan nombor-
nombor tersebut dapat dipaparkan dengan lebih
jelas.

2. Penggunaan video

- Tujuan bahan ini digunakan:


 Tujuan penyediaan paparan video adalah untuk
merangsang murid-murid supaya berminat untuk
menumpukan perhatian terhadap pembelajaran
hari tersebut. Di samping itu, paparan video yang
penuh warna-warni dan disulami dengan lagu juga
dapat memberikan pengalaman belajar dalam
situasi yang menyeronokkan kepada murid-murid.
Melalui cara ini, guru juga dapat menguji sejauh
manakah tumpuan murid-murid terhadap video
yang dipaparkan. Hal ini kerana, murid-murid akan
diberikan satu borang tontonan video terlebih
dahulu sebelum mereka diberi peluang untuk
menonton video yang hanya akan dimainkan sekali
sahaja.
- Cara menggunakan bahan:
 Bahan ini digunakan dengan sokongan komputer
atau komputer riba dan projector (LCD). Daripada
komputer, video akan dipancarkan ke layar dan
alat pembesar suara juga diperlukan bagi
membolehkan murid-murid mendengar bunyi
daripada video dengan jelas.
- Objektif pembelajaran:
 Melalui paparan video ini, murid-murid diharapkan
dapat mencatat nombor-nombor bulat yang kurang
daripada 1000 pada borang tontonan video yang
diberikan. Setelah itu, barulah murid-murid diberi
peluang untuk menonton video tersebut. Selepas
tamat menonton video, murid-murid dikehendaki
pula mengisi ataupun menjawab soalan yang
terdapat dalam borang tontonan video tersebut
dalam tempoh masa yang ditetapkan.
- Adakah ia menarik minat murid-murid:
 Media ini sememangnya dapat menarik minat
murid-murid kerana paparan video ini adalah
mengenai cerita ringkas mengenai seorang petani.
Selain itu, video yang diselang-selikan dengan
lagu ini juga dapat menarik perhatian murid kerana
murid akan tertarik dengan irama lagu “Lemon
Tree” yang segar dan ceria. Di samping itu,
gambar-gambar yang dipaparkan juga jelas dan
menarik. Murid-murid turut diarahkan untuk
menjawab soalan yang terkandung dalam borang
tontonan video, berdasarkan video yang mereka
tonton
- Bagaimana ia dihasilkan:
 Video ini dihasilkan melalui gabungan gambar-
gambar yang telah dimuat turun daripada internet.
Video ini telah dibuat dengan menggnakan
perisian Ulead 11 yang juga diperolehi perisiannya
daripada internet. Penggunaan Ulead 11 adalah
lebih mudah dan cepat berbanding penggunaan
Movie Maker. Selain itu, perisian Audacity turut
digunakan untuk merakam suara serta perisian
MP3 Cutter untuk menyunting lagu.

3. Penggunaan MS PowerPoint

- Tujan bahan ini digunakan:


 Tujuan bahan ini digunakan adalah untuk
menyediakan latihan pengukuhan kepada murid-
murid dengan cara yang lebih menarik. Guru cuba
berusaha menggunakan pendekatan ICT
berbanding penggunaan cara lama yang hanya
menggunakan papan hitam atau papan putih.
- Cara menggunakan bahan:
 Media ini digunakan secara menyeluruh di dalam
kelas semaa langkah ketiga. Guru akan
memaparkan soalan-soalan Matematik berkaitan
dengan objektif pengajaran dengan mengunakan
perisian Microsoft PowerPoint. Kemudian, guru
akan meminta murid untuk menjawab soalan
tersebut di hadapan dengan klik pada jawapan
yang mereka dapat.
- Objektif pembelajaran:
 Melalui media ini, guru mengharapkan agar murid-
murid berupaya melakukan operasi penambahan
empat digit nombor dengan tepat. Sekiranya
murid-murid tidak dapat menjawab dengan betul,
guru boleh menunjukkan cara yang betul untuk
mengira dalam bentuk lazim ataupun guru boleh
meminta murid lain untuk menulis jalan pengiraan
di hadapan kelas dalam bentuk lazim.
- Adakah ia menarik minat murid-murid:
 Paparan soalan dengan menggunakan ICT ini
akan lebih menarik perhatian murid-murid selain
sesi pengajaran juga akan menjadi lebih efektif.
- Bagaimana ia dihasilkan:
 Video ini telah dihasilkan dengan membuat sendiri
soalan Matematik dengan berpandukan buku teks
Matematik Tahun 3. Gambar-gambar yang
menarik telah dimasukkan sebagai latar belakang
dan animasi-animasi yang dirasakan sesuai turut
dimasukkan sebagai cara untuk menarik minat
murid-murid untuk menjawab soalan-soalan yang
terdapat di dalam slide PowerPoint ini.
4 U – Utilize
Media and 1. Semak media sebelum digunakan
Materials
(Penggunaan - Bahan 2D
Media Dan  Idea untuk membuat bahan 2D ini telah
Material) dikemukakan kepada pensyarah pembimbing dan
beliau telah mempersetujuinya kerana melalui cara
tersebut, guru dapat menerapkan cara
pembelajaran secara visual (mengenali warna dan
bentuk kertas).
 Selain itu, bahan 2D ini turut ditunjukkan kepada
rakan guru pelatih dan mereka dapati bahan ini
menarik kerana murid harus peka dengan arahan
yang diberikan oleh guru.

- Bahan video
 Bahan video ini telah ditunjukkan kepada
pensyarah pembimbing dan beliau menyatakan
bahawa video ini agak menarik kerana ia
berunsurkan cerita yang ringkas dan pemilihan
lagu juga sesuai dengan mood cerita tersebut.
 Video ini turut ditayangkan kepada beberapa orang
murid sekolah dan mereka kelihatan teruja untuk
menontonnya kerana selain menonton, mereka
perlu melengkapkan borang tontonan video yang
disediakan.
 Selain itu, video ini juga ditunjukkan kepada rakan
guru pelatih. Sesetengah mereka berpendapat
bahawa video ini agak membosankan kerana
cerita yang dipaparkan terlalu ringkas. Selain itu,
mereka berpendapat bahawa adalah lebih menarik
jika dimasukkan rakaman video yang sebenar .

- Bahan slide persembahan


 Slide PowerPoint juga telah ditunjukkan kepada
pensyarah pembimbing dan beliau memberi
pendapat supaya peka dengan gambar latar
belakang slide. Hal ini bagi memastikan gambar
tersebut tidak menenggelamkan tulisan yang
sepatutnya menjadi fokus dalam slide yang
dipaparkan.
 Rakan guru pelatih pula berpendapat beberapa
kesan suara perlu dimasukkan terutamanya
apabila murid dapat menjawab dengan betul atau
ketika murid memberi jawapan yang salah.

2. Sediakan bahan/persekitaran untuk pengunaan media

- Bahan 2D
 Bagi penggunaan bahan 2D ini, guru perlu
menggunakan papan hitam. Selain itu, guru juga
perlu memastikan murid-murid duduk secara
bedua-dua dan menghadap ke hadapan untuk
memudahkan guru melihat mereka. Selain itu, guru
akan meminta mereka untuk berdiri terlebih dahulu
dan murid yang dapat menjawab dengan betul
akan dibenarkan duduk.

- Bahan video
 Bagi penggunaan video pula, guru memerlukan
projektor, skrin layar putih dan pembesar suara
supaya semua murid dapat melihat video dan
mendengar suara video dengan jelas. Hal ini
penting kerana mereka akan melengkapkan
borang tontonan video. Ketika video ditayangkan,
adalah lebih baik sekiranya murid-murid duduk
secara berpasangan dan bekerjasama dengan
pasangan masing-masing.

- Bahan slide persembahan


 Untuk tujuan penggunaan slide PowerPoint, guru
turut memerlukan projektor, skrin layar putih dan
pembesar suara serta papan hitam. Papan hitam
di sini akan digunakan apabila murid tidak dapat
menjawab soalan dngan betul. Guru atau murid
lain akan menunjukan jalan perngiraan yang betul
serta menerangkan operasi penambahan dengan
menggunakan bentuk lazim. Di sini, guru
seharusnya turut mementingkan murid-murid
duduk secara berpasangan. Namun, rombakan
mungkin akan dibuat sekiranya guru dapati
terdapat murid yang tinggi fizikalnya duduk di
bahagian hadapan kerana mereka akan
menghalang penglihatan murid lain.

3. Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar

- Bahan 2D
 Bagi menggunakan bahan 2D ini, murid-murid
seharusnya sudah mempunyai pengetahuan untuk
mencongak dua nombor mudah sehingga angka
1000. Selain itu, murid-murid perlulah mengenali
pelbagai warna yang ada serta bentuk-bentuk asas
yang telah mereka pelajari seperti bentuk segi
empat dan bulat.

- Bahan Video
 Sebagai cara untuk memastikan murid-murid
berkeupayaan untuk mengisi borang tontonan
video, mereka perlulah mengetahui cara yang
betul untuk menyebut nombor bulat sehingga 1000
serta boleh menjawab soalan penyelesaian yang
ringkas.

- Slide PowerPoint
 Memandangkan slide PowerPoint ini digunakan
pada langkah ketiga, guru perlulah memastikan
murid-murid mampu menguasai penambahan 2
atau tiga nombor sehingga 10 0000 semasa
proses Pengajaran & Pembelajaran dalam langkah
2.
5 R – Require 1. Bagaimana pelajar dilibatkan dalam penggunaan
Learner media (apa pelajar buat?)
(Penglibatan
- Bahan 2D
Pelajar)
 Kad imbasan nombor ini akan ditampal di hadapan
kelas. Pada mulanya, guru akan meminta semua
murid berdiri. Kemudian guru memanggil nama
seorang murid dan memintanya mencari hasil
tambah 2 nombor yang ditampal di hadapan
secara congak. Guru akan menyebut warna dan
bentuk kertas, bukan nombor kertas. Jika murid
tersebut dapat menjawab dengan betul, dia
dibenarkan duduk. Namun, jika jawapan yang
diberikan salah, guru akan meminta murid lain
menjawab dengan mengangkat tangan mereka
terlebih dahulu.

- Bahan video
 Pada mulanya guru akan mengedarkan borang
penilaian video dan meminta murid membaca
soalan-soalan yang ada pada borang penilaian
selama 2 minit. Setelah itu, video akan
ditayangkan sebanyak sekali sahaja dan mereka
diberi masa selama 2 minit untuk melengkapkan
borang penilaian tersebut. Dalam tempoh 2 minit
itu, mereka dibenarkan berbincang dengan
pasangan masing-masing. Kemudian, murid akan
menyemak jawapan mereka bersama-sama guru
dan jika soalan memerlukan pengiraan, guru akan
menunjukkan langkah pengiraan di hadapan
ataupun, guru boleh meminta murid menunjukkan
langkah pengiraan.

- Slide Persembahan
 Slide dipaparkan di hadapan kelas. Pada mulanya
guru menunjukkan contoh bagaimana slide
tersebut akan digunakan. Kemudian, seorang
murid akan dipanggil untuk menjawab soalan.
Sekiranya jawapan yang diberikan salah, guru
perlulah menunjukkan langkah pengiraan yang
betul. Guru juga boleh meminta murid lain
menunjukkan langkah pengiraan yang betul. Slide
persembahan ini mempunyai dua bahagian. Oleh
itu, guru perlu menetapkan 5 minit untuk setiap
bahagian.
6 E – Evaluate 1. Pada akhir pembelajaran, murid-murid seharusnya
and Revise mampu untuk menjawab soalan dalam lembaran kerja
(Penilaian dan yang diberikan dengan melakukan operasi
Revise) penambahan tiga nombor sehingga 4-digit dalam
bentuk lazim.
2. Bagi penilaian bahan-bahan media, murid-murid perlu
mengisi borang penilaian yang disediakan dan guru
akan membuat kesimpulan daripada penilaian murid.
Nama : Nur Afifah bt Mohamad Salleh
: Siti Khirnie binti Kasbolah
Kelas : 3 Kenanga Masa : 7.30 pagi – 8.30 pagi

Objektif:
Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat menambah tiga nombor sehingga 10 000
dalam bentuk lazim.
Pengetahuan Sedia Ada:
Murid-murid sudah mengetahui:
i) Mengira hasil tambah dua nombor sehingga 1000.
ii) Mengira hasil tambah dua nombor sehingga 1000 dalam bentuk lazim.

Set Induksi:
Murid akan mencongak hasil tambah dua nombor sehingga 1000. Cara-caranya:-
i) Lapan nombor di atas kertas yang berlainan warna.
ii) Guru menampal kad-kad imbasan tersebut pada papan hitam.
iii) Murid dipilih secara rawak dan diminta membaca nombor yang ditunjukkan.
“Apakah nombor yang yang terdapat pada kertas berwarna merah?”
iv) Guru menyuruh murid mencongak hasil tambah dua nombor dengan menyebut
warna kertas. Dalam masa yang sama guru menggalakkan proses persaingan
antara murid.
“Sekarang, cikgu akan menyebut dua warna kertas dan kamu dikehendaki
mencongak hasil tambah dua nombor tersebut. Siapa yang cepat akan diberi
ganjaran”
Contoh:
- Merah (531) dan kuning (320)
- Biru (420) dan oren (67)
- Hijau (91) dan ungu (301)
-
LANGKAH KANDUNGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN NOTA

I Mengira hasil I. Murid-murid telah diberikan


tambah dua borang tontonan video
(10 minit)
nombor yang mengandungi
sehingga beberapa soalan.
1000. “Murid-murid, sila baca soalan-
soalan di atas kertas penilaian
video yang telah cikgu berikan, Soalan bertumpu:
kamu dikehendaki menjawab
Pengetahuan
soalan-soalan semasa
(Bloom
menonton video ini”
Taksonomi)
II. Kemudian murid-murid
dikehendaki menonton
video “Cerita seorang
petani”
III. Selepas menonton, murid
diberikan masa tambahan
selama 2 minit untuk
menjawab soalan-soalan.

“Murid-murid, kamu diberikan


masa 2 minit untuk menjawab
soalan-soalan”

IV. Kemudian, guru bersama


murid-murid membincang
soalan-soalan penilaian
video.
V. Guru memilih murid-murid
secara rawak untuk
menjawab.

II Mengira hasil i) Guru membuat 5 soalan Soalan bertumpu:


tambah tiga di papan hitam dan
(10 minit) Pengetahuan
nombor menyuruh murid mengira
(Bloom
dalam bentuk hasil tambah dua
Taksonomi)
lazim. nombor dalam bentuk
lazim.
ii) Beberapa murid
Perbendaharaan
dipanggil untuk
kata:
menjawab soalan-soalan
tersebut.  Bentuk lazim
Contoh:  Hasil tambah

1) 673 + 146
2) 280 +561
3) 473 + 507
4) 307 + 197
5) 178 +372

iii) Guru mengajarkan murid


cara penambahan 3
nombor dalam bentuk
lazim sehingga 10 000 di
papan hitam
iv) Kemudian guru
menyuruh murid
membuat soalan Soalan bertumpu:
berdasarkan soalan Pengetahuan
yang telah diberikan.
(Bloom
Contoh:
Taksonomi)

2351

1017

+ 2031

5399

III Mengira hasil i) Guru memaparkan slide Soalan bertumpu:


tambah PowePoint yang
(10 minit) Pengetahuan
sehingga mengandungi soalan
10 000 objektif dan soalan
penyelesaian masalah.
Soalan bercapah:
ii) Guru menyuruh murid-
murid menjawab soalan Kefahaman
berdasarkan soalan
(Bloom
yang terdapat dalam
Taksonomi)
slide persembahan.
iii) Soalan yang dijawab
dibincangkan di dalam
kelas bersama guru.
iv) Guru memanggil
beberapa orang murid
untuk menjawab soalan
di hadapan.
Pengukuhan Lembaran i) Murid berkeupayaan untuk Simbol konsep
kerja: mencari hasil tambah tiga dan proses
(10 minit)
Mencari hasil nombor bulat sehingga
tambah tiga empat nilai digit dalam
nombor bentuk lazim dalam Perbendaharaan
sehingga Lembaran Kerja yang kata:
empat nilai diberikan.
 Nombor bulat
digit dalam
 Bentuk lazim
bentuk lazim.

Penutup i) Meminta murid membuat


penilaian dengan
(5 minit)
mengedarkan Borang
Penilaian Bahan Media.
REFLEKSI KENDIRI

Disediakan oleh: Siti Khirnie binti Kasbolah

Bagi subjek Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, saya dan rakan-
rakan dikehendaki melakukan satu tugasan yang mengaplikasikan teknologi dalam
rancangan pengajaran. Sebagai cara untuk mengalakkan perbincangan dalam
kalangan guru pelatih, kami perlu melakukan tugasan ini secara berpasangan dan saya
telah memilih untuk bekerjasama dengan Nur Afifah bt Mohamed Salleh.

Tugasan ini telah diberikan secara rasminya pada 21 Ogos 2009 dan pensyarah
pembimbing kami juga iaitu Pn Halimah bt Che Mat telah memberikan penerangan
yang mendalam mengenai apa yang perlu kami lakukan untuk tugasan ini. Walau
bagaimanapun, pada mulanya saya merasa kabur dengan apa yang perlu dilakukan
terutamanya mengenai Model ASSURE. Hal ini kerana saya tidak begitu memahami
konsep Model ASSURE itu sendiri dan apa yang lebih menyulitkan keadaan ialah
apabila saya berbincang bersama guru pelatih lain, ada yang memberikan pandangan
yang berbeza.

Hal ini berterusan sehinggalah pensyarah pembimbing memberikan penerangan


kedua mengenai Model ASSURE. Pada penerangan kali ini, saya dan rakan-rakan lebih
memahami mengenai apa yang perlu dilakukan. Tambahan lagi, beliau turut
memberikan contoh Model ASSURE yang dimuat turun daripada internet. Jadi kami
lebih jelas mengenai maklumat yang perlu kami isi dalam Model ASSURE.

Daripada Model ASSURE, saya dan Nur Afifah merancang rancangan


pengajaran. Kami turut menghadapi sedikit masalah di sini. Hal ini kerana walaupun
kami diberi kebebasan untuk memilih huraian sukatan pelajaran daripada mana-mana
tahap sekolah rendah, kami mengalami kebuntuan dalam merancang media yang akan
digunakan dalam pengajaran nanti. Kemudian, saya telah meminta pendapat daripada
beberapa orang rakan guru pelatih yang lain dan saya dapati ramai yang menggunakan
bahan media video serta slide PowePoint. Ini kerana kedua-dua media ini agak mudah
digunakan walaupun ianya agak rumit dari segi penyediaannya. Setelah berbincang
dengan Nur Afifah, kami bersepakat untuk menggunakan bahan media video, slide
PowePoint dan bahan 2-Dimensi.

Kami kemudiannya menghadapi kesukaran untuk berbincang kerana masing-


masing perlu pulang ke rumah untuk cuti pertengahan semester dan Program
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama dua minggu. Walau bagaimanapun,
kami telah membahagikan kerja dan berusaha untuk membuat yang terbaik. Di sini,
saya menyedari nilai percaya akan keupayaan rakan amat penting kerana Nur Afifah
perlu percaya dan yakin dengan keupayaan saya dalam menghasilkan video, begitu
juga saya yang perlu percaya dan yakin dengan kemampuan Nur Afifah untuk
menyediakan slide persembahan PowerPoint.

Setelah itu, kami bersama-sama melihat media yang telah kami hasilkan dan
saya memberikan serba sedikit pandangan untuk menambahbaik slide PowePoint
tersebut. Kami merasa sangat bersyukur apabila pensyarah pembimbing menerima
media yang kami hasilkan ini walaupun terdapat sedikit perubahan yang perlu dilakukan
dalam rancangan pengajaran harian, untuk meletakkan media mengikut kesesuaian
penggunaannya.

Kemudian, perkara terakhir yang perlu kami lakukan adalah mengemaskini


tugasan ini dan menyediakan slide PowerPoint untuk mempersembahkan rancangan
pengajaran harian serta bahan-bahan media yang telah kami buat.

Sebagai kesimpulannya, saya merasa sangat bersyukur kerana tugasan ini


berjaya juga disiapkan dengan jayanya walaupun terdapat beberapa kekangan dalam
proses menyempurnakannya. Selain itu, saya turut mempelajari banyak perkara baru,
terutamanya dalam menyediakan rancangan pengajaran harian dengan
mengaplikasikan teknologi sebagai usaha untuk menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) lebih menarik. Pelbagai ilmu dan pengalaman yang saya peroleh
sepanjang melaksanakan tugasan ini akan saya gunakan dengan sebaik-baiknya
apabila menjalani latihan praktikum pada masa akan datang.
SUMBER RUJUKAN

Boon Pong Ying, Noriati A Rashid, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin
Wan Hasan (2009), Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Oxford
Fajar Sdn Bhd, Selangor Darul Ehsan

http://www.scribd.com/doc/10911166/HURAIAN-SUKATAN-PELAJARAN-MATEMATIK-
TAHUN-3 Diakses pada 23 Ogos 2009