Anda di halaman 1dari 19

Pendapatan dan Sasaran Perbelanjaan Dana Zakat di Negeri Kedah, Perak,

Selangor dan Negeri Sembilan: Isu dan Cabaran


Zulkefly Abdul Karim
Mohd. Azlan Shah Zaidi
Hairunnizam Wahid
Fakulti Ekonomi, UKM.
Abstrak
Pendapatan dan perbelanjaan merupakan dua komponen penting dalam
belanjawan zakat di setiap institusi Baitulmal negeri atau Pusat Zakat negeri.
Dengan perkembangan teknologi maklumat, hasil pungutan zakat telah
berkembang dengan pesatnya. Namun begitu, pengagihan zakat masih belum
nampak kesempurnaannya. Kedua-dua komponen ini perlulah dirancang dengan
teliti supaya institusi zakat dapat beroperasi dengan cekap untuk mecapai
matlamatnya mengagihkan dana zakat kepada semua golongan asnaf. Justeru
itu, analisis penyata kewangan institusi tersebut perlulah dilakukan bagi
membandingkan prestasi tahunan dan membuat perbandingan antara negeri.
Analisis tersebut berguna sebagai panduan untuk membuat rancangan di masa
hadapan bagi memantapkan lagi prestasi. Objektif kajian ini dibahagikan
kepada tiga. Pertama, membincangkan prestasi kutipan dan perbelanjaan zakat
dengan menggunakan kaedah analisis tren. Kedua, membandingkan corak
agihan dana zakat kepada golongan sasaran antara negeri dengan memberikan
tumpuan kepada golongan sasaran yang terpenting. Ketiga, membincangkan
beberapa isu-isu penting, cabaran dan beberapa implikasi dasar untuk
memantapkan lagi institusi zakat di setiap negeri.

1.

Pengenalan

Zakat adalah satu rukun islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap orang islam
yang berkelayakan dan cukup syarat-syaratnya. Firman Allah;

Maksudnya :
"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau
membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk)."

Atas kesedaran ini, Baitulmal dan/atau Pusat Pungutan Zakat telah


ditubuhkan di setiap negeri di Malaysia untuk mengurus kutipan zakat dan
membahagikannya kepada asnaf yang layak. Semenjak itu, pelbagai usaha telah
dijalankan bagi menyedarkan umat islam akan keperluan membayar zakat di
samping mengenal pasti asnaf yang layak untuk menerimanya.
Dalam era teknologi maklumat yang mana maklumat dapat disebarkan
melalui internet dan media elektronik secara meluas, penyebaran maklumat
mengenai zakat telah mendapat tindak balas yang baik daripada umat islam
Malaysia. Hasil pungutan zakat telah meningkat dengan kadar yang pesat lantaran
kesedaran yang telah wujud dalam sanubari umat islam. Dengan momentum
penyebaran maklumat yang pantas ini, adalah dijangkakan setiap negeri di Malaysia
dapat memperbaiki hasil pungutan zakat dari tahun ke tahun. Oleh itu, pungutan
zakat kini dilihat bukan lagi menjadi satu masalah yang besar.
Bagaimanapun, satu perkara yang kurang diberi perhatian ialah bagaimana
hasil kutipan zakat ini diagihkan. Setiap ringgit Zakat yang dipungut seharusnya
diagihkan kepada lapan asnaf yang layak. Kutipan dana zakat yang sekian tahun
sekian banyak memerlukan satu proses pembahagian yang menyeluruh supaya
setiap zakat yang diterima diagihkan dengan sempurna. Pelbagai isu yang
dibangkitkan dalam proses pengagihan seharusnya dibincang dengan teliti dan
pemuafakatan dalam takrifan penerima asnaf perlu diusahakan. Untuk itu, satu
kajian empirikal berkaitan pungutan dan pengagihan zakat di setiap negeri di
Malaysia dirasakan perlu untuk dilakukan bagi melihat keberkesanan pungutan dan
agihan dana zakat di samping melihat beberapa isu penting yang timbul.
Justeru itu, objektif utama kajian ini ialah untuk menganalisis prestasi
kutipan dan corak agihan zakat untuk empat buah negeri di pantai Barat
semenanjung Malaysia iaitu negeri Kedah, Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan
bagi tempoh 1990 hingga tahun 2001. Analisis tersebut secara umumnya dapat
membandingkan hasil pungutan dan corak agihan zakat oleh institusi zakat antara
negeri.
Bagi memudahkan perbincangan, kertas ini dibahagikan kepada beberapa
bahagian. Bahagian kedua membincangkan sepintas lalu peranan zakat daripada
2

aspek sosial dan ekonomi. Bahagian ketiga pula membincangkan secara ringkas
pandangan pengkaji barat mengenai zakat. Seterusnya, bahagian keempat
mempersembahkan analisis prestasi kutipan zakat antara negeri. Bahagian kelima
membincangkan tren perbelanjaan zakat mengikut negeri, manakala bahagian
keenam membincangkan secara mendalam agihan dana zakat mengikut sasaran
golongan antara negeri. Bahagian tujuh pula menganalisis perbandingan prestasi
pungutan dan agihan dan zakat antara negeri disamping membincangkan beberapa
isu dan cabaran yang timbul. Akhir sekali, kesimpulan dan implikasi dasar
disampaikan untuk memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran zakat di negerinegeri berkenaan.
2.

Peranan Zakat Daripada Aspek Sosial dan Ekonomi

Zakat adalah salah satu daripada rukun islam yang bercorak sosial dan ekonomi.
Dengan menunaikan zakat, di samping ikrar tauhid (syahadat) dan solat, seseorang
barulah sah masuk ke dalam barisan umat islam dan diakui keislamannya, sesuai
dengan firman Allah S.W.T:
Tetapi bila mereka bertaubat, mendirikan solat dan membayar zakat, barulah
mereka saudara kalian seagama.
Selain itu, Allah S.W.T juga berfirman dalam Surah al-Taubah:
Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu
membersihkan dan mensucikan. (surah al-Taubah 9:103).
Secara tersurat, zakat mempunyai dua peranan penting daripada sudut
ekonomi dan sosial. Ini dapat dilihat melalui dua fungsi utama zakat. Pertama,
membersihkan jiwa orang yang mengeluarkan zakat daripada bersifat bakhil.
Kedua, ia membawa kepada pertumbuhan masyarakat yang sihat.
2.1

Peranan Zakat Daripada Aspek Sosial

Zakat merupakan bayaran wajib yang mesti dibayar oleh setiap anggota masyarakat
islam yang memenuhi syarat-syarat tertentu. Tabung zakat ini dapat digunakan
untuk membantu ahli masyarakat yang kurang berupaya. Zakat dapat membentuk
sebuah masyarakat yang saling berkerjasama iaitu bertindak sebagai syarikat
insurans dan tabung simpanan masyarakat islam. Setiap ahli masyarakat yang
memerlukan bantuan akan dibantu oleh tabung ini. Oleh itu, ia juga bertindak
sebagai modal tambahan yang dibiayai oleh masyarakat untuk membantu orangorang yang menganggur, anak-anak yatim, balu-balu, orang-orang cacat, orangorang sakit dan lain-lain. Dengan perkataan lain, ia merupakan insurans sosial yang
penting bagi setiap anggota masyarakat islam yang menjamin masa hadapan yang
cerah. (Maulana Abul Ala, Islam aur Jadid Muashi Nazriyyat, hlm. 130-131).

Zakat merupakan satu Tabungan Insurans Sosial yang mana sumbangannya


hanya datang daripada orang-orang kaya. Oleh itu, tidak ada anggota masyarakat
islam yang perlu berasa bimbang tentang masalah kewangan untuk keperluan
dirinya, isteri dan anak-anak kerana Tabung Insurans (Tabung Zakat) akan sentiasa
menjaga kepentingan orang-orang miskin dan yang memerlukan. Dengan ini
seseorang islam tidak harus berasa bimbang apabila datangnya bencana yang tidak
diduga seperti penyakit, kebakaran, banjir, muflis, kematian dan sebagainya yang
mungkin membinasakan kerjayanya, memusnahkan harta atau perniagaan kerana
Tabung Zakat merupakan insurans yang memberi perlindungan bagi segala risiko.
Dengan ini jelaslah bahawa zakat memenuhi kedua-dua tujuan iaitu pembersihan
jiwa yang merupakan tanggungjawab terhadap agama dan sebagai Insurans Sosial
bagi semua jenis risiko, hasil daripada sumbangan secara kolektif. (Maulana Abul
Ala, Islam aur Jadid Muashi Nazriyyat, hlm. 130-131).
2.2

Peranan Zakat Daripada Aspek Ekonomi

Salah satu daripada matlamat utama zakat ialah untuk merapatkan perbezaan jurang
ekonomi atau pendapatan dalam sesebuah masyarakat ke tahap yang paling
minimum. Tujuannya ialah untuk mencipta perbezaan ekonomi yang adil dan
saksama di kalangan orang ramai supaya orang-orang kaya tidak akan menjadi lebih
kaya manakala orang yang miskin tidak menjadi lebih miskin. Kenyataan ini ada
kaitan dengan pandangan Rasullullah s.a.w yang menggambarkan zakat sebagai
wang yang diambil daripada orang-orang kaya untuk dikembalikan kepada orangorang miskin. Misalnya, Rasullulah s.a.w bersabda:
Walau apa pun, kekayaan dan keselesaan yang dinikmati oleh orangorang kaya adalah hasil keluaran daripada khidmat orang-orang miskin.
Oleh itu, matlamatnya ialah untuk mengagihkan kekayaan masyarakat
dengan cara yang membolehkan tidak ada umat islam yang tertinggal dalam
kemiskinan. (Syeikh Muhammad Ashraf, Lessons In Islam). Hal ini dapat
membantu usaha merapatkan jurang perbezaan ekonomi di kalangan ahli
masyarakat dengan berkesan iaitu tidak membiarkan seorang pun ahli masyarakat
berada dalam kemiskinan dan kelaparan.
Di samping itu, zakat juga menggalakkan pelaburan modal dalam industri
dan perdagangan akibat daripada faktor psikologi. Zakat yang dibayar untuk
mendapatkan keredhaan Allah akan mengggalakkan orang ramai menggunakan
modal sebaik mungkin untuk tujuan yang produktif supaya boleh mendapat lebih
banyak harta dan dapat membayar zakat dengan lebih banyak dan seterusnya
mendapat keredhaan Allah dengan lebih besar. Faktor ini meresap ke seluruh jiwa
masyarakat islam untuk menawarkan modal yang mencukupi bagi membolehkan
kitaran industri dan perniagaan terus berpusing.

Di samping itu, apabila lebih banyak modal dilaburkan dalam industri dan
perniagaan maka lebih banyak keuntungan yang diharapkan akan diperolehi. Oleh
itu, orang ramai digalakkan melabur modal mereka daripada menyimpannya secara
beku. Jika institusi zakat dihidupkan dalam bentuknya yang sebenar dan apa jua
bentuk harta beku dikenakan zakat, ini bermakna semua harta yang tersembunyi
(tidak produktif) akan dilaburkan dalam industri-industri yang produktif. Setiap
pemilik harta ini akan berusaha menggunakan hartanya dengan cara yang terbaik
sebagai langkah untuk mendapatkan keuntungan yang lebih banyak. Oleh kerana
zakat mesti dijelaskan walau dalam keadaan apa pun, setiap orang lebih suka
membayarnya daripada keuntungan yang mereka perolehi berbanding dengan
membayar daripada harta yang disimpan beku. Situasi ini akan menyebabkan para
pemilik harta akan menyediakan modal yang lebih banyak untuk perindustrian dan
perdagangan daripada harta yang selama ini dibiarkan begitu saja.
Berdasarkan peranan zakat di atas, sudah tentu ianya berupaya
menggalakkan kegiatan pelaburan dan mendorong perbelanjaan yang memberi
makna besar kepada ekonomi. Kewujudan tabung untuk pelaburan akan mendorong
pembangunan industri dan mempercepatkan tahap pertumbuhan ekonomi. Di
samping itu, pertambahan tahap penggunaan agregat akan menghasilkan permintaan
berkesan terhadap barangan keluaran industri dalam negara. Kedua-dua faktor
psikologi dan ekonomi bekerja secara serentak untuk menambahkan guna tenaga
dalam negara.
Kenyataan bahawa pertambahan kecenderungan mengguna dan tingkat
pelaburan baru adalah perlu untuk mencapai tahap guna tenaga penuh dan
seterusnya untuk mencapai kemajuan ekonomi telah digambarkan oleh Keynes
(1936) dalam bukunya The General Theory of Employment, Interest and Money.
Menurut Keynes:
Tingkat guna tenaga ditentukan oleh kecenderungan mengguna dan kadar pelaburan baru.
Jika kecenderungan mengguna dan kadar pelaburan baru terhasil daripada permintaan
berkesan yang kurang, tingkat pelaburan benar akan jatuh lebih rendah daripada
penawaran buruh yang berpotensi yang wujud pada kadar upah benar
Analisis ini memberi penjelasan kepada kita tentang paradoks kemiskinan di tengah-tengah
kemewahan. Ini kerana kekurangan permintaan berkesan akan sentiasa menaikkan guna
tenaga pada satu tingkat yang agak tinggi sebelum tingkat guna tenaga penuh dapat
dicapai. Kekurangan permintaan berkesan akan menghalang proses pengeluaran di
sebalik kenyataan bahawa keluaran sut buruh sentiasa melebihi faedah sut guna tenaga.

3.

Pandangan Barat Terhadap Zakat

Terdapat banyak buku karya pengkaji barat yang telah mengangkat dan memuji
sistem zakat yang mana zakat telah dipraktikkan dengan begitu luas sekali dan
dilaksanakan dalam dunia moden pada masa kini. Misalnya, menurut Arnold dalam
bukunya Dakwah Islam beliau telah membicarakan syiar-syiar islam. Beliau telah

mengemukakan kebaikan-kebaikan dan tujuan-tujuan yang tinggi dalam ibadat haji


dan zakat. Menurut beliau
persaudaraan adalah teori keagamaan yang paling indah, membangkitkan rasa
kagum dalam masyarakat islam. Hal ini jelas dengan sikapnya yang menyayangi
orang yang baru masuk islam (mualaf) tanpa mengira apa-apa bangsapun.
(Qardawi, 2001)
Ia diterima orang-orang mukmin dan memperolehi tempat di kalangan
rakan-rakan kaum Muslimin dengan penuh rasa persamaan.
Mengikut Recdorus
Saya menemukan dalam islam pemecahan dua masalah sosial yang dihadapi
dunia. Pertama, apa yang dikatakan dalam al-Quran sesungguhnya orang
Mukmin adalah bersaudara. Kedua, adanya kewajipan berzakat ke atas semua
pemilik harta, memberikan atau mengambil secara paksa untuk diberikan kepada
fakir miskin, apabila golongan kaya enggan membayarnya secara sukarela. Ini
adalah ramuan untuk mengatasi sebarang kekacauan dalam masyarakat.
(Qardawi, 2001)
Orientalis barat yang termashyur iaitu Masinion berkata
Agama Islam mempunyai kemampuan untuk dapat melaksanakan persamaan
secara ketat. Hal ini berkat kewajiban zakat yang harus dibayar oleh setiap orang
untuk mengisi baitul-mal. (Qardawi, 2001)
Selain itu, Dr. Faglery dalam bukunya menegaskan bahawa semua agama
mengakui dalam batas-batas tertentu bahawa memberi sedekah itu amat penting
ditinjau daripada akhlak dan nilai masyarakat. Dengan demikian agama-agama itu
adalah atas dasar perasaan kasih sayang. Akan tetapi, agama islam dapat menikmati
kebesarannya dalam memberikan contoh dengan menjadikan sedekah itu wajib,
untuk meneruskan ajaran Al-Masih dalam bentuk perintah dan selanjutnya dibawa
dalam dunia nyata. Tambahan beliau lagi, setiap muslim diwajibkan oleh undangundang untuk menyisihkan jumlah tertentu daripada hartanya untuk keperluan fakir
miskin, ibnu sabil dan mereka yang memerlukannya. Dengan melaksanakan
kewajiban tersebut perasaan kemanusiannya diuji, jiwanya disucikan daripada sifat
kebakhilan dan seterusnya ia diberi harapan dengan ganjaran pahala daripada Allah.
4.

Prestasi Kutipan Zakat Antara Negeri

Jadual 1 menunjukkan jumlah pendapatan zakat harta dan fitrah bagi empat negeri
dari tahun 1990 hingga tahun 2001. Jumlah pendapatan zakat di keempat-empat
negeri telah mengalami peningkatan daripada RM 15.9 juta pada tahun 1990 kepada
RM 32.66 juta atau 1.05 kali ganda (tahun 1995) dan terus meningkat kepada RM
101.35 juta pada tahun 2001 iaitu peningkatan sebanyak 2.1 kali ganda berbanding

dengan tahun 1995. Secara keseluruhannya, dalam tempoh tersebut, jumlah kutipan
zakat di semua negeri berjumlah RM 561.01 juta. Daripada jumlah ini, negeri
Selangor telah menerajui kutipan lain-lain negeri. Misalnya, Selangor berjaya
mengutip zakat sebanyak RM 267.73 juta atau 47.7 peratus daripada keseluruhan
kutipan zakat, diikuti negeri Perak sebanyak RM 145.91 juta (26 peratus), Kedah
sebanyak RM 75.66 juta (13.5 peratus) dan Negeri Sembilan sebanyak RM 71.72
juta (12.8 peratus).
Jadual 1: Pendapatan Zakat Mengikut Negeri, 1990-2001
Tahun
1990
1991
1992
1993
1994
1995
1996
1997
1998
1999
2000
2001
JUMLAH

Kedah
2,446,445
2,784,949
3,409,686
4,059,168
4,588,370
5,148,493
6,297,940
7,514,418
9,880,053
8,399,695
8,638,518
12,487,629
75,655,364

Perak
5,841,687
6,555,623
6,839,613
9,331,351
8,285,986
11,411,109
12,086,448
15,674,446
16,767,872
16,290,616
16,355,488
20,468,412
145,908,651

N.Sembilan
2,135,125
2,759,074
3,156,691
3,735,345
4,250,516
4,446,564
5,830,265
7,470,211
7,566,353
7,990,435
9,147,764
13,230,124
71,718,467

Selangor
5,471,790
6,634,584
8,048,750
9,894,613
11,729,057
11,651,404
18,827,264
32,873,590
31,886,732
44,314,349
31,234,004
55,160,808
267,726,945

Jumlah
15,895,047
18,734,230
21,454,740
27,020,477
28,853,929
32,657,570
43,041,917
63,532,665
66,101,010
76,995,095
65,375,774
101,346,973
561,009,427

Sumber: Penyata Kewangan Baitulmal dan Pusat Pungutan Zakat.


Jika dibandingkan mengikut negeri, pungutan zakat di negeri-negeri maju
iaitu Selangor dan Perak telah bertumbuh dengan pesat dalam tempoh tersebut.
Misalnya, pada tahun 1990 kutipan zakat di Selangor berjumlah RM 5.47 juta
meningkat kepada RM 11.65 juta pada tahun 1995 iaitu peningkatan 1.13 kali
ganda berbanding dengan tahun 1990. Kutipan zakat terus meningkat kepada RM
55.16 juta pada tahun 2001 iaitu bertumbuh sebanyak 3.73 kali ganda berbanding
dengan tahun 1995. Begitu juga dengan negeri Perak yang mana pendapatan zakat
telah meningkat daripada RM 5.84 juta (tahun 1990) kepada RM 11.41 juta (tahun
1995) iaitu peningkatan sebanyak 95.4 peratus berbanding dengan tahun 1990.
Seterusnya, kutipan zakat bertambah kepada RM 20.47 juta (tahun 2001) iaitu
pertambahan sebanyak 79.4 peratus berbanding dengan tahun 1995.
Walaupun nilai kutipan zakat di negeri-negeri kurang maju seperti Kedah
dan Negeri Sembilan agak rendah, tetapi ia telah menunjukkan kadar peningkatan
yang besar dalam tempoh tersebut. Misalnya, pungutan zakat di negeri Kedah
meningkat daripada RM 2.45 juta (tahun 1990) kepada RM 5.15 juta (tahun 1995)
iaitu pertambahan sebanyak 1.1 kali ganda. Seterusnya, meningkat kepada RM
12.49 juta (tahun 2001) iaitu pertambahan sebanyak 1.43 kali ganda berbanding
dengan tahun 1995. Di Negeri Sembilan, kutipan zakat bertambah daripada RM
2.135 (tahun 1990) kepada RM 4.45 juta (tahun 1995) iaitu peningkatan sebanyak
1.08 kali ganda. Seterusnya, kutipan zakat meningkat kepada RM 13.23 juta pada

tahun 2001 iaitu peningkatan sebanyak 1.97 kali ganda iaitu kadar peningkatan
yang kedua tertinggi selepas negeri Selangor.
5.

Tren Perbelanjaan Dana Zakat Antara Negeri

Jadual 2 menunjukkan tren perbelanjaan zakat antara negeri dalam tempoh 1990
hingga tahun 2001. Selaras dengan peningkatan kutipan zakat, perbelanjaan zakat
juga telah meningkat dengan pesat.
Jadual 2: Perbelanjaan Zakat Mengikut Negeri, 1990-2001
Tahun
1990
1991
1992
1993
1994
1995
1996
1997
1998
1999
2000
2001
Jumlah

Kedah
1,560,000
1,570,000
1,890,000
2,320,000
2,610,000
3,120,000
2,020,000
5,050,000
9,860,000
7,340,000
7,810,000
9,273,385
54,423,385

Perak
3,257,557
3,255,185
3,863,770
4,669,104
6,283,330
8,031,662
10,054,416
10,174,579
12,759,070
13,735,303
14,727,272
15,719,241
106,530,489

N.Sembilan
1,459,797
1,525,679
1,758,458
2,007,507
2,383,974
2,498,810
2,981,731
3,370,879
4,301,661
5,634,162
7,501,827
8,848,902
44,273,387

Selangor
2,760,922
3,582,104
4,483,869
5,015,203
9,979,739
14,044,147
18,953,968
26,537,960
26,066,779
29,568,794
36,435,931
52,529,725
229,959,141

Jumlah
9,038,276
9,932,968
11,996,097
14,011,814
21,257,043
27,694,619
34,010,115
45,133,418
52,987,510
56,278,259
66,475,030
86,371,253
435,186,402

Sumber: Penyata Kewangan Baitulmal dan Pusat Pungutan Zakat.


Perbelanjaan zakat di keempat-empat negeri telah bertambah daripada RM
9.04 juta (tahun 1990) kepada RM 27.69 juta pada tahun 1995 iaitu pertambahan
sebanyak 2.06 kali ganda berbanding dengan tahun 1990. Seterusnya, pada tahun
2001 kutipan zakat bertambah kepada RM 86.37 juta iaitu peningkatan sebanyak
2.12 kali ganda peratus berbanding dengan tahun 1995. Ini jelas menunjukkan kadar
peningkatan perbelanjaan zakat bertumbuh lebih cepat daripada pendapatan zakat
dalam tempoh tersebut. Secara keseluruhannya, dalam tempoh tersebut sebanyak
RM 435.19 juta telah diagihkan oleh negeri-negeri berkenaan kepada golongan
sasaran. Negeri Selangor mengagihkan zakat yang tertinggi sekali iaitu berjumlah
RM 229.96 juta atau 52.84 peratus, diikuti negeri Perak sebanyak RM 106.53 juta
(24.48 peratus), Kedah sebanyak RM 54.42 juta (12.5 peratus ) dan Negeri
Sembilan sebanyak RM 44.27 juta atau 10.18 peratus.
Jika dibandingkan mengikut negeri, perbelanjaan zakat di negeri Perak telah
bertambah daripada RM 3.257 juta (tahun 1990) kepada RM 8.031 juta (1995) iaitu
peningkatan sebanyak 1.46 kali ganda dan terus meningkat kepada RM 15.72 juta
(tahun 2001) iaitu pertambahan sebanyak 96 peratus berbanding dengan tahun
1995. Bagi negeri Kedah, perbelanjaan zakat telah meningkat daripada RM 1.56
(tahun 1990) kepada RM 3.12 juta (tahun 1995) iaitu peningkatan sebanyak 100

peratus, dan terus meningkat kepada RM 9.27 juta (tahun 2001) iaitu pertambahan
sebanyak 1.97 kali ganda berbanding dengan tahun 1995. Manakala, perbelanjaan
zakat di Negeri Sembilan telah meningkat daripada RM 1.46 juta (tahun 1990)
kepada RM 2.5 juta (tahun 1995) iaitu peningkatan sebanyak 71.23 peratus, dan
terus berkembang kepada RM 8.85 juta (tahun 2001) iaitu peningkatan sebanyak
2.54 kali ganda. Sebaliknya, bagi negeri Selangor perbelanjaan zakat telah
meningkat daripada RM 2.76 juta (tahun 1990) kepada RM 14.04 juta (tahun 1995)
iaitu bertumbuh sebanyak 4.09 kali ganda. Seterusnya, pada tahun 2001 agihan
zakat terus meningkat kepada RM 52.53 juta iaitu peningkatan sebanyak 2.74
peratus. Jika diperhatikan, kadar pertumbuhan agihan zakat di Selangor mengatasi
lain-lain negeri dalam tempoh tersebut akibat daripada kadar pertumbuhan
pendapatan zakat yang berkembang dengan lebih cepat berbanding lain-lain negeri.
6.

Perbelanjaan Dana Zakat Mengikut Golongan Sasaran Antara Negeri

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, objektif utama kajian ini ialah untuk
mengkaji tren dan membandingkan perbelanjaan zakat mengikut golongan sasaran
di setiap negeri dengan lebih terperinci. Justeru, untuk memudahkan perbincangan
hasil kajian ini dipersembahkan mengikut negeri bagi memudahkan kita membuat
perbandingan dan mengetahui golongan sasaran yang utama mengikut negeri.
6.1

Pengalaman Baitulmal Negeri Kedah


Jadual 3: Perbelanjaan Zakat Mengikut Asnaf Di Kedah, 1990- 2000

Tahun
1990
1991
1992
1993
1994
1995
1996
1997
1998
1999
2000
JUMLAH

Amil
484,643
511,702
575,218
583,576
575,943
725,244
951,703
1,124,668
1,165,017
1,070,713
766,197
8,534,624

Fakir dan
Miskin
790,987
754,088
938,806
1,338,974
1,562,318
1,895,287
468,059
2,957,507
7,425,772
3,801,075
4,628,102
26,560,975

Muallaf
31,665
35,153
34,741
43,337
43,754
55,705
60,215
34,949
156,546
470,264
263,070
1,229,399

Ghorimin
100
2,350
2,800
1,100
5,200
1,400
2,850
14,143
3,700
2,600
20,400
56,643

Ibni Sabil
861
834
2,456
1,679
53,118
26,414
34,935
53,598
60,125
65,360
70,186
369,566

FiSabilillah
251,744
265,873
335,979
351,334
369,667
415,950
502,238
865,135
1,048,840
1,929,988
2,062,045
8,398,793

JUMLAH
1,560,000
1,570,000
1,890,000
2,320,000
2,610,000
3,120,000
2,020,000
5,050,000
9,860,000
7,340,000
7,810,000
45,150,000

Sumber: Mukaramah Harun & Azrae Zainol, 2001.


Jadual 3 menunjukkan perbelanjaan zakat mengikut asnaf di negeri Kedah.
Berbeza dengan negeri Perak, agihan zakat lebih memihak kepada golongan fakir
miskin, diikuti agihan kepada amil, fi-sabilillah, muallaf, ibnu sabil dan ghorimin.
Misalnya, dalam tempoh 1990 hingga tahun 2000 sebanyak RM 26.56 juta agihan

zakat diberikan kepada golongan fakir dan miskin iaitu 58.83 peratus daripada
keseluruhan perbelanjaan zakat, diikuti golongan amil sebanyak RM 8.534 juta
(18.9 peratus), fi-sabilillah sebanyak RM 8.4 juta (18.6 peratus) dan muallaf
sebanyak RM 1.23 juta (2.72 peratus). Agihan kepada empat golongan ini
berjumlah sebanyak RM 44.72 juta atau 99 peratus. Secara keseluruhannya, Pejabat
Zakat Negeri Kedah telah mengagihkan sebanyak RM 45.15 juta kepada golongan
sasaran tersebut.
Jadual 4:Jumlah Agihan Zakat Kepada Fakir dan Miskin Di Kedah,
1990-2001.
Tahun
1990
1991
1992
1993
1994
1995
1996
1997
1998
1999
2000
JUMLAH

Fakir
151,639
134,158
173,123
204,138
207,050
215,320
241,920
338,870
768,070
315,580
27,525
2,777,393

Miskin
525,339
466,134
674,235
880,572
1,072,364
1,218,763
1,479,572
1,871,654
5,816,752
3,404,273
3,961,150
21,370,808

Darurat
4,815
13,628
6,560
27,565
13,365
27,975
41,795
37,610
51,425
22,205
36,769
283,712

Jayadiri
7,280
3,543
8,850
13,065
7,680
14,444
12,152
8,350
19,079
12,300
t.m
106,743

Penuntut
Miskin
62,490
60,360
78,288
108,365
179,800
297,583
386,928
497,836
348,561
423,518
605,024
3,048,753

Biasiswa
43,200
70,200
5,930
117,600
88,240
133,920
317,880
423,518
0
22,205
0
1,222,693

Jumlah
790,987
754,088
938,806
1,338,974
1,562,318
1,895,287
468,059
2,957,507
7,425,772
3,801,075
4,628,102
26,560,975

Sumber: Mukaramah Harun & Azrae Zainol, 2001.


Jadual 5: Bilangan Fakir dan Miskin Yang Menerima Bantuan Zakat,
1990-2000
Tahun
1990
1991
1992
1993
1994
1995
1996
1997
1998
1999
2000
JUMLAH

Fakir

Miskin
1149
1364
1130
1221
1095
1042
985
957
916
914
t.m
10773

6065
6428
6429
7241
6740
7014
7143
7186
7297
7035
t.m
68578

Jumlah
7214
7792
7559
8462
7835
8056
8128
8143
8213
7949
t.m
79351

Sumber: Pejabat Zakat Kedah


Berdasarkan Jadual 4, perbelanjaan zakat kepada fakir dan miskin telah
meningkat daripada RM 0.795 juta (tahun 1990) kepada RM 1.9 juta (tahun 1995)
dan terus meningkat kepada RM 4.63 juta pada tahun 2000. Peningkatan tersebut
disebabkan bilangan fakir dan miskin yang telah bertambah daripada 7 214 orang
10

(tahun 1990) kepada 8 128 orang (tahun 1995) dan terus meningkat kepada 8 149
orang (tahun 1999). Dalam tempoh 1990 hingga tahun 1999, terdapat seramai 79
351 orang fakir dan miskin yang menerima bantuan zakat. Daripada jumlah ini,
golongan miskin yang menerima zakat berjumlah 68 578 orang atau 86.42 peratus,
manakala selebihnya iaitu seramai 10 773 orang atau 13.58 peratus terdiri daripada
golongan fakir. (sila lihat Jadual 5).
6.2

Pengalaman Negeri Perak


Jadual 6: Perbelanjaan Mengikut Asnaf Di Negeri Perak, 1990-2001

Tahun
1990
1991
1992
1993
1994
1995
1996
1997
1998
1999
2000
2001
Jumlah

Amil
590,843
780,993
719,820
850,389
961,639
1,121,228
1,585,505
1,627,390
1,782,065
2,007,168
1,623,716
2,636,919
16,287,675

Fakir dan
Miskin
869,551
804,576
1,508,446
1,665,481
2,020,520
2,428,445
3,294,105
3,029,705
4,251,186
4,208,535
6,474,381
7,471,067
38,025,998

Muallaf
297,272
269,163
290,098
540,455
753,170
1,101,139
881,548
881,931
1,609,076
1,258,376
1,241,058
967,464
10,090,750

Ghorimin
23,138
59,732
42,801
89,376
68,785
54,893
39,439
98,252
109,087
104,400
944,833
212,361
1,847,097

Ibni Sabil
15,566
11,471
74,702
119,668
174,449
154,894
189,569
143,759
75,822
169,776
278,909
200,621
1,609,206

FiSabilillah
1,461,187
1,329,250
1,227,903
1,403,735
2,304,767
3,171,063
4,064,250
4,393,542
4,931,834
5,987,048
6,440,312
4,703,662
41,418,553

JUMLAH
3,257,557
3,255,185
3,863,770
4,669,104
6,283,330
8,031,662
10,054,416
10,174,579
12,759,070
13,735,303
17,003,209
16,192,094
109,279,279

Sumber: Laporan Penyata Kewangan Baitulmal


Di negeri Perak, dalam tempoh 1990 hingga tahun 2001, sebanyak RM 109.28 juta
telah diagihkan kepada enam golongan sasaran. Jumlah agihan zakat yang terbesar
sekali telah diagihkan kepada golongan Fi-Sabilillah iaitu sebanyak RM 41.42 juta
atau 37.9 peratus, diikuti golongan fakir dan miskin yang berjumlah RM 38.03 juta
(34.8 peratus) dan amil sebanyak RM 16.29 juta atau 14.9 peratus. Ketiga-tiga
golongan ini menerima agihan sebanyak RM 95.74 juta atau 87.6 peratus daripada
keseluruhan jumlah agihan dalam tempoh kajian. Manakala, golongan-golongan
sasaran yang lain seperti muallaf, ghorimin dan ibni sabil menerima sebanyak RM
13.54 juta atau 12.4 peratus. Tetapi, pada tahun 2001 golongan fakir miskin
menerima agihan yang tertinggi sekali diikuti golongan Fi-Sabilillah, amil, ibni
sabil dan lain-lain asnaf. Misalnya, pada tahun 2001 golongan fakir miskin
menerima sebanyak RM 7.421 juta atau 47.2 peratus daripada jumlah agihan zakat,
manakala asnaf fil-sabilillah pula menerima sebanyak RM 5.988 juta atau 38.1
peratus. Jika diperhatikan, dalam tempoh 1990 hingga tahun 1999, jumlah agihan
kepada golongan fil-sabilillah sentiasa mengatasi golongan fakir dan miskin. Tetapi,
mulai tahun 2000 hingga tahun 2001 agihan kepada fakir miskin telah mengatasi
golongan fil-sabilillah. Misalnya, agihan kepada golongan fakir dan miskin telah
meningkat daripada RM 6.47 juta (tahun 2000) kepada RM 7.47 juta iaitu
peningkatan sebanyak 15.46 peratus, manakala agihan kepada golongan fil-

11

sabilillah telah merosot daripada RM 6.44 juta (tahun 2000) kepada RM 4.7 juta
(tahun 2001) iaitu kejatuhan sebanyak 27 peratus.
Jadual 7: Perbelanjaan Zakat Kepada Golongn Fil-Sabilillah di Perak, 1990-2000
Biasiswa
Pengajian
Agama
Tahun
1990
1991
1992
1993
1994
1995
1996
1997
1998
1999
2000
Jumlah

350,374
523,028
338,354
220,433
611,765
924,444
1,202,204
1,454,246
1,849,065
2,510,710
2,913,950
12,898,573

Bantuan
Masjid
213,338
132,750
150,643
152,245
30,535
169,889
227,700
227,700
236,400
275,159
43,233
1,859,592

Saguhati
159,300
163,125
173,050
179,400
226,175
214,405
248,335
379,163
329,475
350,600
352,075
2,775,103

Bantuan
SAR
351,752
469,699
450,558
621,702
846,144
1,037,499
1,376,512
1,508,772
1,478,016
1,584,545
1,635,302
11,360,501

Elaun Guru
dan
Keselamatan
18,576
21,937
20,145
19,749
5,614
13,355
16,922
16,753
23,930
21,146
114,694
292,821

Kelas AlQuran
9,000
18,711
31,905
31,780
70,035
79,534
156,849
164,861
88,151
115,961
1,380,979
2,147,766

Dakwah
0
0
63,248
178,426
514,499
731,937
835,728
642,047
926,797
1,128,927
1,380,979
6,402,588

JUMLAH
1,461,187
1,329,250
1,227,903
1,403,735
2,304,767
3,171,063
4,064,250
4,393,542
4,931,834
5,987,048
6,440,234
36,714,813

Sumber: Laporan Penyata Kewangan Baitulmal


Berdasarkan Jadual 7, perbelanjaan kepada golongan fil-sabilillah telah
meningkat daripada RM 1.46 juta (tahun 1990) kepada RM 3.17 juta dan terus
meningkat kepada RM 6.44 juta pada tahun 2000. Dalam tempoh 1990 hingga
tahun 2000, Baitulmal negeri Perak telah mengagihkan sebanyak RM 36.71 juta
kepada golongan tersebut. Jika dibandingkan mengikut kategori, pemberian
biasiswa pengajian agama menerima agihan yang tertinggi sekali iaitu berjumlah
RM 12.9 juta atau 35.14 peratus, diikuti bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat
(SAR) sebanyak RM 11.36 juta atau 30.95 peratus dan kegiatan dakwah sebanyak
RM 6.4 juta atau 17.43 peratus. Agihan kepada ketiga-tiga kumpulan ini berjumlah
RM 30.66 juta atau 83.5 pearatus daripada keseluruhan agihan untuk golongan filsabilillah.
6.3

Pengalaman Pusat Zakat Selangor

Jika dibandingkan mengikut negeri, Selangor berada di kedudukan pertama dalam


mengagihkan dana zakat kepada golongan sasaran seperti yang ditunjukkan di
Jadual 8. Misalnya, dalam tempoh 1990 hingga tahun 2001, sebanyak RM 156.2
juta telah diagihkan kepada tujuh golongan. Jika diperhatikan, agihan kepada Fisabilillah merupakan yang tertinggi sekali berjumlah RM 90.95 juta atau 58.23
peratus, diikuti agihan kepada golongan miskin sebanyak RM 45.79 juta (29.3
peratus), amil sebanyak RM 25.69 juta (16.45 peratus), muallaf sebanyak RM 13.84
juta (8.86 peratus) dan golongan miskin sebanyak RM 13.64 juta atau 8.73 peratus.

12

Jadual 8: Perbelanjaan Zakat Mengikut Asnaf Di Negeri Selangor, 1990-2001


Tahun
1990
1991
1992
1993
1994
1995
1996
1997
1998
1999
2000
2001
Jumlah

Amil
463,511
645,361
691,006
517,847
739,779
637,094
806,659
2,742,706
5,575,816
3,031,803
4,370,765
5,469,229
25,691,576

Miskin
Fakir
Muallaf
Ghorimin Ibni Sabil Fi-Sabilillah Jumlah
546,443
544,401
189,425
183,094
345,683
488,363 2,214,477
665,872
694,422
341,592
191,725
241,114
792,196 2,906,410
1,128,185
786,845
398,720
223,145
309,400 1,052,222 3,461,338
1,677,560
745,360
542,593
226,120
319,008
986,715 3,337,643
3,967,384 1,053,600
654,492
55,892
515,778 2,992,814 6,012,355
4,809,135 1,836,556
885,891
138,061
115,739 5,621,671 9,235,012
5,989,873 2,143,948 1,217,473
213,138
121,049 8,461,828 12,964,095
3,714,616 1,245,284 1,207,317
710,792
149,050 16,768,195 22,823,344
2,131,524
756,660 1,004,418 1,237,048
191,839 15,169,475 23,935,256
3,846,180 1,314,025 1,920,070 1,264,346
132,712 12,472,595 20,135,551
4,345,311 1,990,637 2,157,119 1,460,330
124,336 12,804,451 22,907,638
12,963,229
523,379 3,318,884 3,045,951
565,589 13,341,164 26,264,196
45,785,312 13,635,117 13,837,994 8,949,642 3,131,297 90,951,689 156,197,315

Sumber: Majlis Agama Islam & Pusat Zakat Selangor


Seperti juga dengan negeri Perak, agihan zakat di negeri Selangor juga
bertumpu kepada golongan Fil-Sabililah (Jadual 9). Dalam tempoh 1998 hingga
tahun 2001, sebanyak RM 42.38 juta telah disalurkan kepada golongan tersebut
mengikut pelbagai kategori. Program Pembangunan Institusi Agama telah
menerima agihan sebanyak RM 14.48 juta atau 34.17 peratus, diikuti elaun bulanan
pegawai masjid sebanyak RM6.84 juta (16.14 peratus), saguhati petugas amal
makruf sebanyak RM 5.93 juta (14 peratus), dermasiswa hufaz Quran sebanyak RM
4.25 juta (10.03 peratus) dan bantuan masjid dan surau sebanyak RM 3.36 juta atau
7.93 peratus.
Jadual 9 :Perbelanjaan Zakat Kepada Golongan Fil-Sabilillah di Selangor, 1998-2001
Perkara
1998
Bantun Masjid/surau
725,732.97
Elaun guru/penceramah
335,305.78
Kursus pegawai masjid
7,787.40
kursus penerapan nilai Islam
220,604.50
Bantuan persatuan Islam
112,807.20
Pembangunan Ins Agama
3,869,293.23
Elaun tahunan AJK Masjid
518,400.00
Imbuhan pendaftar nikah
22,000.00
bantuan peralatan Taski/ins
153,870.00
Dermasiswa Hufaz Quran
1,052,680.00
Saguhati Petugas amal makruf 2,536,095.18
Bonus KAFA
841,215.74
Elaun bulanan pegawai masjid 1,731,480.00
Bantuan Ins agama luar negara
0.00
Jumlah
12,127,272.00

1999
738,791.00
273,799.36
68,215.00
654,755.00
187,488.00
3,883,924.74
1,222,250.00
25,200.00
21,484.00
1,240,030.00
377,086.73
0.00
1,878,202.68
51,922.75
10,623,149.26

2000
2001
674,256.25 1,219,696.30
431,721.20
290,829.00
52,210.00
61,150.00
92,417.00
241,026.68
211,271.82
631,507.90
3,656,541.45 3,071,177.85
24,000.00
552,000.00
52,150.00
20,100.00
0.00
0.00
1,074,460.00
887,700.00
19,655.00 2,996,687.00
0.00
0.00
1,625,366.12 1,606,070.00
16,500.00
119,922.96
7,930,548.84 11,697,867.69

Jumlah
3,358,476.52
1,331,655.34
189,362.40
1,208,803.18
1,143,074.92
14,480,937.27
2,316,650.00
119,450.00
175,354.00
4,254,870.00
5,929,523.91
841,215.74
6,841,118.80
188,345.71
42,378,837.79

Sumber: Majlis Agama Islam & Pusat Zakat Selangor

13

Jika dianalisis mengikut tahun, agihan kepada golongan ini telah merosot
daripada RM 12.13 juta (tahun 1998) kepada RM 10.62 juta (tahun 1999) iaitu
merosot sebanyak 12.45 peratus, dan terus jatuh kepada RM 7.93 juta pada tahun
2000 iaitu pengurangan sebanyak 25.33 peratus berbanding dengan tahun
sebelumnya. Walau bagaimanapun, agihan kepada asnaf ini telah meningkat kepada
RM 11.7 juta pada tahun 2001 iaitu peningkatan sebanyak 47.54 peratus berbanding
dengan tahun 2000.
6.4

Pengalaman Pusat Zakat Negeri Sembilan

Berdasarkan Jadual 10, dalam tempoh 1990 hingga tahun 2000 Pusat Zakat Negeri
Sembilan telah mengagihkan sebanyak RM 34.42 juta kepada golongan sasaran.
Agihan yang terbesar sekali diberikan kepada golongan fakir dan miskin sebanyak
RM 10.9 juta atau 30.77 peratus, diikuti dermasiswa sebanyak RM 9.42 juta (26.6
peratus), amil sebanyak RM 6.04 juta (17.05 peratus) dan Fi-sabillilah sebanyak
RM 5.4 juta atau 15.25 peratus. Jika diperhatikan dalam tempoh 1990 hingga tahun
1999, agihan kepada asnaf fakir dan miskin sentiasa melebihi golongan-golongan
yang lain. Tetapi, pada tahun 2000 agihan dermasiswa telah mengatasi agihan
kepada golongan fakir miskin. Contohnya, pada tahun 2000 agihan kepada
dermasiswa telah meningkat kepada RM 2.27 juta berbanding dengan tahun 1999
yang berjumlah RM 1.36 juta iaitu peningkatan sebanyak 70 peratus, manakala
agihan kepada fakir dan miskin telah berkurangan daripada RM 1.74 juta (tahun
1999) kepada RM 1.66 juta (tahun 2000) iaitu kejatuhan sebanyak 4.6 peratus.
Jadual 10: Perbelanjaan Zakat Mengikut Asnaf Di Negeri Sembilan, 19902000
Tahun
1990
1991
1992
1993
1994
1995
1996
1997
1998
1999
2000
Jumlah

Amil
242,711
292,623
322,646
358,062
378,167
423,630
483,844
630,755
629,645
1,037,909
1,243,197
6,043,189

Fakir/Miskin
420,972
555,879
649,036
708,165
846,336
909,547
1,059,156
1,109,843
1,238,686
1,736,207
1,663,781
10,897,608

Muallaf
101,855
113,030
120,400
155,766
172,169
190,627
301,804
259,037
424,210
616,693
664,736
3,120,327

Ibni
Sabil
38,747
27,032
33,812
34,488
48,926
44,108
27,717
82,020
82,015
59,830
66,808
545,503

FiSabilillah
189,184
181,253
264,775
262,396
309,426
315,434
331,948
537,177
589,769
822,593
1,593,060
5,397,015

Dermasiswa
466,328
355,862
367,789
488,630
628,950
615,464
777,262
752,048
1,337,336
1,360,930
2,270,245
9,420,844

Jumlah
1,459,797
1,525,679
1,758,458
2,007,507
2,383,974
2,498,810
2,981,731
3,370,880
4,301,661
5,634,162
7,501,827
35,424,486

Sumber: Baitulmal Negeri Sembilan

14

Jadual 11: Agihan Zakat Kepada Fakir Miskin, 1990-2000


Tahun
1990
1991
1992
1993
1994
1995
1996
1997
1998
1999
2000
Jumlah

Bantuan Tahunan
403,276
532,454
630,217
675,348
827,675
871,442
1,007,671
1,002,828
1,167,014
1,387,322
1,542,498
10,047,745

Bantuan Kebajikan Am
17,696
23,425
18,820
32,818
18,661
38,105
51,485
107,015
71,672
348,885
121,283
849,865

Jumlah
420,972
555,879
649,036
708,165
846,336
909,547
1,059,156
1,109,843
1,238,686
1,736,207
1,663,781
10,897,608

Sumber: Baitulmal Negeri Sembilan


Berdasarkan Jadual 11, agihan zakat kepada fakir dan miskin dibahagikan
kepada dua iaitu bantuan tahunan dan bantuan kebajkan am. Dalam tempoh 1990
hingga tahun 2000, sebanyak RM 10.9 juta telah diperuntukkan kepada golongan
fakir dan miskin yang mana RM 10.05 juta atau 92.23 peratus dalam bentuk
bantuan tahunan, manakala selebihnya iaitu RM 0.85 juta atau 7.77 peratus dalam
bentuk bantuan kebajikan am. Jika dianalisis mengikut tahunan, agihan kepada fakir
dan miskin telah meningkat daripada RM 0.421 juta (tahun 1990) kepada RM 0.91
juta (tahun 1995) iaitu meningkat sebanyak 1.16 kali ganda. Seterusnya, pada tahun
2000 meningkat kepada RM 1.66 juta atau bertumbuh sebanyak 82.42 peratus
berbanding dengan tahun 1995. Dalam tempoh tersebut, juga diperhatikan agihan
dalam bentuk bantuan tahunan telah meningkat daripada RM 0.4 juta (1990) kepada
RM 0.87 juta (1995) iaitu peningkatan sebanyak 1.18 kali ganda. Pada tahun 2000,
nilai bantuan tahunan telah meningkat kepada RM 1.54 juta iaitu berkembang
sebanyak 77.01 peratus berbanding dengan tahun 1995.
Jadual 12: Dermasiswa/Bantuan Pelajaran Pusat Zakat Negeri Sembilan,
1990-2000
Tahun
1990
1991
1992
1993
1994
1995
1996
1997
1998
1999
2000
Jumlah

Subsidi
0
0
0
0
0
0
0
0
0
20,000
195,500
215,500

Dermasiswa
231,708
230,170
233,600
251,124
385,980
336,440
465,700
335,520
501,704
584,980
515,400
4,072,326

Bantuan SAR
92,600
93,500
110,600
216,490
207,760
205,550
211,290
277,800
403,210
336,100
1,109,835
3,264,735

Kursus
&Galakan
96,355
32,192
23,589
21,016
20,210
49,617
78,409
47,807
62,522
97,416
39,155
568,288

Bantuan/Saguhati
PTI
0
0
0
0
15,000
10,387
15,513
75,949
327,300
221,834
258,455
924,438

BKAP
0
0
0
0
0
13,470
6,350
14,972
42,600
100,600
151,900
329,892

Sumber: Baitulmal Negeri Sembilan


15

Komponen kedua terpenting dalam agihan zakat di Negeri Sembilan


disalurkan dalam bentuk dermasiswa dan bantuan pelajaran (Jadual 12). Dalam
tempoh 1990 hingga tahun 2000, agihan yang tertinggi sekali disalurkan dalam
bentuk dermasiswa yang berjumlah RM 4.07 juta, diikuti bantuan kepada Sekolah
Agama Rakyat (SAR) sebanyak RM 3.26 juta dan bantuan atau saguhati kepada
pengajian tinggi agama (PTI) sebanyak RM 0.924 juta. Lain-lain bantuan pelajaran
disalurkan dalam bentuk bantuan kes am pelajaran (BKAP) sebanyak RM 0.33 juta,
diikuti kursus membaca al-Quran dan galakan pelajaran agama sebanyak RM 0.57
juta dan subsidi makanan/asrama sebanyak RM 0.216 juta. Jika diperhatikan dalam
tempoh 1990 hingga atahun 1999, agihan kepada dermasiswa pelajaran mengatasi
lain-lain agihan, tetapi pada tahun 2000 bantuan kepada SAR (yang terdiri daripada
sekolah rendah dan menengah) telah mengatasi dermasiswa pelajaran. Sebagai
contohnya, bantuan kepada SAR telah bertambah daripada RM 0.34 juta (tahun
1999) kepada RM 1.11 juta (tahun 2000) iaitu peningkatan sebanyak 2.26 kali
ganda, manakala dermasiswa pelajaran telah berkurangan daripada RM 0.585 juta
(tahun 1999) kepada RM 0.515 juta (tahun 2000) iaitu kemerosotan sebanyak 12
peratus.
7.

Analisis Perbandingan: Isu dan Cabaran

Peranan Baitulmal atau pusat zakat negeri dalam mengutip dan membahagikan dana
zakat, tidak dinafikan, adalah satu tugas yang amat berat. Pelbagai cabaran perlu
ditempuh dalam proses memungut zakat daripada umat islam yang berkelayakan
dan membahagikan dana zakat kepada asnaf yang memerlukan. Analisis
perbandingan pendapatan dan pengagihan zakat antara negeri menyaksikan
beberapa isu yang harus dibincangkan bersama.
7.1

Pendapatan zakat tidak diagihkan sepenuhnya.

Jadual 13 menunjukkan nisbah perbelanjaan kepada pendapatan zakat untuk


keempat-empat negeri dari tahun 1990 hingga tahun 2001. Didapati hampir setiap
tahun pendapatan zakat yang diterima oleh Baitulmal atau Pusat Pungutan Zakat
negeri tidak dibelanjakan sepenuhnya melainkan pada tahun 1998 untuk negeri
perak, tahun 1995, 1996 dan 2000 untuk negeri Selangor. Secara purata negeri
Perak membelanjakan hanya 69% daripada pendapatan zakat, Kedah 67%, N.
Sembilan 60% dan Selangor 80%.
Perbelanjaan yang kurang daripada pendapatan menunjukkan ciri
belanjawan berhemat. Bagaimanapun, konsep ini kurang sesuai dilaksanakan dalam
kes agihan zakat. Setiap asnaf berhak mendapat haknya. Namun agihan yang tidak
menyeluruh memperlihatkan haknya tidak dipenuhi.

16

Jadual 13: Nisbah Perbelanjaan kepada Pendapatan Zakat Antara Negeri,


1990-2001
Tahun
1990
1991
1992
1993
1994
1995
1996
1997
1998
1999
2000
2001
Purata

Perak
0.56
0.50
0.56
0.50
0.76
0.70
0.83
0.65
0.76
0.84
0.90
0.77
0.69

Kedah
0.64
0.56
0.55
0.57
0.57
0.61
0.32
0.67
1.00
0.87
0.90
0.74
0.67

N.Sembilan
0.68
0.55
0.56
0.54
0.56
0.56
0.51
0.45
0.57
0.71
0.82
0.67
0.60

Selangor
0.50
0.54
0.56
0.51
0.85
1.21
1.01
0.81
0.82
0.67
1.17
0.95
0.80

Tidak dinafikan, masalah perbelanjaan yang kurang daripada pendapatan


mungkin timbul akibat daripada lebihan pungutan zakat pada akhir-akhir tahun.
Oleh itu, adalah disarankan supaya setiap baitulmal membuat ramalan jangkaan
hasil pungutan zakat setiap tahun untuk membolehkannya merangka perbelanjaan
kepada lapan asnaf supaya setiap pendapatan dibelanjakan secukupnya. Untuk
mencapai 100 peratus perbelanjaan daripada pendapatan sememangnya sukar
kerana ramalan tidak semestinya menjadi kenyataan. Namun sasaran agihan boleh
diperbaiki lagi sehingga mencapai 80 hingga 90 peratus berbanding dengan 60
hingga 70 peratus purata yang dicapai oleh tiga buah negeri iaitu Kedah, Perak dan
Negeri Sembilan.
7.2

Pembahagian zakat kepada asnaf yang lapan dan kepelbagaian


takrifan

Perbelanjaan yang kurang daripada pendapatan juga memberi implikasi bahawa


terdapatnya beberapa golongan asnaf yang tidak diberikan agihan. Beberapa isu
juga timbul dalam menakrifkan asnaf mengikut kriteria yang piawai. Setiap negeri
mempunyai takrifan asnaf yang berbeza. Di negeri Sembilan misalnya, asnaf alghorimin tidak wujud seperti mana negeri Kedah, Perak dan Selangor. Selain itu,
takrifan fakir dan miskin juga berbeza mengikut negeri. Walaupun isu ini telah lama
dibangkitkan, namun penyelesaiannya masih tidak tercapai.
Tidak dinafikan, penentuan asnaf adalah satu tugas yang amat rumit
disebabkan keadaan persekitaran yang mempengaruhinya berbeza antara tempat.
Malah untuk mendapatkan asnaf itu sendiri yang sebenar-benarnya layak menjadi
satu masalah yang ketara. Kekurangan maklumat berkenaan soal hidup asnaf
terutamanya fakir dan miskin perlu diatasi. Peranan masyarakat setempat
17

terutamanya di kawasan kariah masjid adalah penting untuk memastikan anggota


masyarakat yang berhak mendapat zakat tidak ditinggalkan. Sementara itu, pihak
Baitulmal negeri juga perlu melaksanakan program mengenali asnaf dengan lebih
intensif supaya setiap individu atau golongan masyarakat yang layak mendapat
haknya.
7.3

Penubuhan Institusi Zakat Nasional

Beberapa ketidakseragaman telah berlaku dalam pengurusan zakat antara negeri.


Selain takrifan asnab yang berbeza, kaedah pengiraan zakat perniagaan juga tidak
seragam. Begitu juga dengan agihan zakat kepada asnaf dan sektor produktif yang
tidak selaras antara negeri. Semua masalah ini dijangka dapat dikurangkan dengan
adanya Institusi Zakat Nasional. Institusi ini boleh bertindak seperti bank pusat
yang menyelaras dan mengawalselia semua baitulmal dan pusat pungutan zakat
negeri. Walau bagaimanapun, akta dan perlembagaan negara mungkin menjadi
penghalang kewujudan Institusi ini. Namun demikian, jika kebaikannya terserlah,
kenapa tidak akta atau perlembagaan negara ditakrif semula demi mencapai
institusi yang memberi kebaikan kepada umat islam keseluruhannya, lebih-lebih
lagi Malaysia kini telah menjadi sebuah negara Islam.
8.

Kesimpulan dan Implikasi Dasar

Baitulmal dan Pusat Pungutan Zakat di beberapa buah negeri di Malaysia telah
menampakkan kematangannya dalam pengurusan pungutan zakat. Hasil zakat
semakin bertambah dari tahun ke tahun. Namun, pengagihan zakat secara sempurna
kepada asnaf masih belum tercapai. Analisis tren dan perbandingan pendapatan dan
perbelanjaan yang dilakukan menampakkan semua negeri yang dikaji masih kurang
membelanjakan hasil pungutan zakat kepada asnafnya Selain itu, terdapat juga
perbezaan dalam takrifan zakat antara negeri selain ketidakseragaman dalam kaedah
pengiraan zakat. Justeru itu, adalah disarankan Baitulmal negeri dan Pusat Zakat
Negeri memberi lebih perhatian kepada isu pengagihan zakat ini. Untuk itu, setiap
institusi harus membuat pelaburan dengan menambahkan bilangan kakitangan dan
mengatur strategi untuk membelanjakan pendapatan zakat dengan lebih berkesan.

18

Rujukan
Afzal-Ur-Rahman. 1994. Doktrin Ekonomi Islam Jilid III (Edisi Terjemahan).
Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Jomo K. S.1993. Islamic Economic Alternatives: Critical Perspectives and New
Directions. Ikraq: Kuala Lumpur.
Muhammad Abdul Munim Al- Jammal.1997. Ekonomi Islam Jilid 2 (Edisi
Terjemahan). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Mukaramah Harun & Azrae Zainol. 2001. Tinjauan Isu-Isu Penting Yang
Membataskan Keberkesanan Zakat Dalam Membasmi Kemiskinan: Kajian
Kes Di Kedah. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Bengkel Ekonomi
Islam 2001, anjuran Fakul Ekonomi UKM.
Yusuf Qardawi. 2001. Hukum Zakat (Edisi Terjemahan):Litera AntarNusa. Bogor,
Indonesia.
Penyata Kewangan Baitulmal Perak Pelbagai Tahun.
Laporan Tahunan Pusat Zakat Selangor Pelbagai Tahun.
Laporan Tahunan Pusat Zakat Negeri Sembilan Pelbagai Tahun.
Laporan Zakat 2001. Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan.

19