Anda di halaman 1dari 22

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak

Batu 8 Jalan Sungai Pusu, 53100 Kuala Lumpur

Kajian Novel

Konserto Terakhir

Disediakan Oleh: Tanda Tangan


Ibubapa:

Mohd Farizzul Hakim Bin Mohd Saroji

930221-01-5283

1
5 Jabir Al-Hayyan(2010)

2
Novel Konserto Terakhir mengisahkan tentang seorang
anak kampung bernama Hilmi yang telah datang ke rumah bapa
saudaranya, Datuk Johari di bandar untuk mencari pekerjaan.
Kedatangannya tidak disenangi oleh Datuk Johari sekeluarga
terutamanya Datin Salmah. Datuk Johari gagal mencarikan
pekerjaan untuk Hilmi lalu mengambilnya bekerja sebagai tukang
kebun. Hilmi amat berminat untuk mempelajari bermain piano.
Hilmi telah berguru dengan Encik Bakar. Hilmi kemudiannya telah
berkahwin dengan anak Encik Bakar, Azizah. Hilmi terus
mendalami muzik dan semakin, terkenal. Kesibukannya
menyebabkan Hilmi telah mengabaikan kesihatannya sehingga
dia akhirnya jatuh sakit. Hilmi tidak dapat hadir untuk memimpin
Pertunjukan Orkestra Perdana di Dewan Tunku Canselor kerana
sakit. Hayati yang barn pulang dan luar negeri telah mengambil
tempat Hilmi memimpin orkestra itu. Semasa di hospital, bapa
Hilmi, Pak Karim mendedahkan rahsia identiti Hilmi. Hilmi
sebenarnya ialah anak kandung Datuk Johari bersama bekas
isterinya yang pertama. Datuk Johari dan Datin Salmah menyesali
perbuatan mereka. Hayati terharu apabila mengetahui Hilmi
adalah abangnya manakala Azizah menyedari kesilapan dirinya.
Hilmi akhirnya meninggal dunia tanpa mengetahui kisah
sebenarnya.

3
4
Tema
Berdasarkan cerita yang digarapkan oleh Sasterawan Negara Abdullah
Hussain melalui novelnya Konserto Terakhir, dapatlah dirumuskan bahawa
tema novel ini ialah perjuangan hidup seorang anak muda yang
berasal dan kampung berhijrah ke bandar untuk mencari
pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar
negara.

Persoalan

• Cinta dan kasih sayang


Cinta dan kasih sayang merupakan antara persoalan yang kerap
dikemukakan oleh pengarang. Cinta dan kasih sayang antara
Hilmi dan Hayati; cinta dan kasih sayang antara Hilmi dan Azhzah.
Cinta dan kasih sayang dilihat pada awalnya lebih kepada simpati.
Contohnya, Hayati amat bersimpati kepada nasib Hilmi, begitu
juga Azizah, bersimpati dengan Hilmi. Cinta dan kasih sayang
dalam novel ini tidak berakhir dengan kebahagiaan. Hayati
berkahwin dengan Mohsin tetapi tidak bahagia kerana Mohsin
cemburu terhadap Hilmi. Begitu juga dengan Azizah cintanya
terhadap Hilmi tidak berakhir dengan bahagia kerana cemburu
terhadap Hayati.

• Agama yang dapat mengembalikan ketenangan hidup


Hayati seorang gadis yang pada mulanya hidup penuh dengan
kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang setelah mula
mendekath agama melalui ibudah solat dan mendalaminya
melalui buku-buku agama seperti buku Hidup Sesudah Mati. Hilmi
juga sering mendekatkan dhrinya dengan ibadah solat setiap kali
din menghadapi masalah kerana dirasakan dia dapat menemui
ketenangan hidup.

• Menjaga kesihatan
Kerana tidak menjaga kesihatan, menyebabkan Hilmi menderita
dan akhirnya meninggal dunia. Hilmi tidak menghiraukan
kesihatannya setelah dia tertekan akibat dilanda masalah rumah
tangga dan menumpukan sepenuh jiwa dan raganya untuk

5
menyiapkan “arrangement” ‘Hilmi Potpouri’ untuk pertunjukan
Orkes Perdana.

• Kesan penceraian ibu bapa terhadap anak


Datuk Johari telah meninggalkan isterinya selepas malam
pertamanya tanpa meninggalkan sebarang berita. Karim telah
sanggup berkahwin dengan isterinya itu demi menyelamatkan
maruah keluarganya. Kesannya, Karim terpaksa menanggung
beban rahsia sepanjang hayatnya iaitu Hilmi sebenarnya anak
Datuk Johari dan Datuk Johari sendiri pun mengetahuinya di saat-
saat akhir hayat Hilmi. Paling making, apabila Hilmi tidak sempat
mengetahui bahawa Datuk Johari itu sebenarnya bapanya dan
Hayati itu adiknya.

• Semangat kerjasama
Encik Bakar pemimpin quartet yang berjaya kerana mendapat
sokongan duripada semua ahli kumpulannya yang dianggap
seperti satu keluarga. Begitu Juga dengan kejayaan Orkes Hilmi
merupakan kejayaan berkumpulan. Semangat ltu ditunjukkan
oleh Orkes Hilmi ketiku Hilmi dimasukkan ke hospital dan
Pertunjukan Orkes Perdana itu berjaya dan mendapot pujian.

• Mementingkan Pangkat daripada Hubungan Kekeluargaan


Datin Salmah lebih mementingkan pangkat dan memandang
rendah kepada Hilmi. Begitu juga dengan Datuk Johari yang
terikut-ikut dengan perangai isterinya don berosa malu kerana
keluarga di sebelahnya tidak ada yang berpangkat besar. Sikap
mementingkan pangkat mi dapat dilihat apabila Hilmi mencapai
kejayaan, mereka mula mengaku yang Hilmi itu anak buahnya.

• Perpaduan Kaum
Persoalon perpoduan kaum dopat dilihat melalui watak tauke don
Ah Kong. Tauke tempat Hilmi bekerjo tidak mengendahkan
hasuton Mohsin. Begitu juga perpaduan yang ditunjukkan oleh
ahli-ahli ‘Kugiran Dahlia’ yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Perpaduan kaum juga dapat dilihat melalui watak pemuda Cina
yang membantu menghantar Hilmi ke hospital.

6
7
Permulaan
Hilmi datang dan kampung kerumah bapa saudaranya, Datuk
Johari untuk mencari pekerjaan di kota. Kehadiran Hilmi tidak
disenangi oleh Datuk Johari dan isterinya, Datin Salmah.

Perkembangan
Oleh sebab hanya berkelulusan darjah empat sekolah Melayu
akhirnya Hilmi disuruh bekerja sebagai tukang kebun di rumah
Datuk Johari sahaja. Hilmi juga berminat dengan mainan piano
sehingga dengan tidak sengaja telah merosakkan piano Hayati.

Perumitan
Sepeninggalan Datuk Johari ke luar negara, Hilmi telah belajar
bermain muzik dengan Encik Bakar. Hubungan Hilmi dan Hayati
semakin erat sehingga menimbulkan perasaan tidak senang
kepada Datin Salmah. Hilmi kemudian melarikan diti dan rumah
Datuk Johari dan bekerju di stesen minyak.

Klimaks
Hilmi telah berjaya memainkan pelbagai alat muzik dan
menggubah lagu. Akhimya Hilmi ditawarkan untuk menyertai
quartet Endk Bakar dan terkenal sebagai ‘Pemain Biola Hikmat
Malaysia’. Hilmi dan Azizah juga telah menubuhkan Kugiran
Dahlia. Hilmi dan Azizah telah diijabkabulkan dan kemudiannya
memperolehi seorang anak lelaki. Walau bagaimanapun rumah
tangga mereka tidak kekal lama. Hilmi juga bertambah sedih
setelah kematian Encik Bakar. Hilmi juga telah bertungkus lumus
menyiapkan satu alrangement yang diberi nama ‘Hilmi Potpouri’
untuk satu Pertunjukan Orkes Perdana.

Peleraian
Hilmi jatuh sakit dan tidak dapat memimpin Pertunjukan Orkes
Perdana. Hayati telah muncul menggantikan Hilmi. Pada masa
yang sama, di hospital, Pak Karim telah bertemu Datuk Johari dan
telah mendedahkan rahsia sebenar Hilmi. Datuk Johari telah insaf
dan akhimya meninggal dunia kerana terkejut mendapat berita
kematian Hilmi.

8
9
Watak utama:-
Hilmi-

Walaupun dia berasal dari kampung dan tidak mempunyai


kelulusan akademik yang tinggi, namun dia mempunyai cita-cita yang
tinggi, iaitu ingin belajar muzik di bandar. Dia juga tidak malu untuk
bekerja sebagai tukang kebun di rumah pak ciknya sendiri dan juga
pernah bekerja di stesen minyak. Sifat sabar dan tabah yang
dimilikinya menjadikan dia berjaya mencapai cita-citanya sebagai
seorang pemuzik. Walaupun cintanya dihalang, namun dia mampu
menangani kekecewaan itu dengan cara positif, iaitu meluahkan segala
kekecewaannya melalui lagu-lagu ciptaannya. Sikapnya yang rendah
diri dan rajin bekerja itu menjadikan Hilmi disukai oleh kawan-kwannya.
Penglibatannya dalam bidang muzik telah mendapat sokongan dan
pengiktirafan daripada peminat-peminatnya sehingga dia telah
diberikan kepercayaan dan penghormatan untuk memimpin
pertunjukan Orkestra Perdana anjuran RTM yang dihadiri oleh Yang
di-Pertuan Agong.

Watak sampingan: -

Hayati-

Hayati merupakan anak tunggal kepada Datuk Johari dan


Datin Salmah. Dia sebenarnya ialah adik Hilmi daripada ibu yang
berlainan. Hayati juga seorang pelajar yang pintar kerana dia
berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hayati
memberikan layanan yang baik kepada Hilmi dan tidak pernah
menghinanya. Dia tidak pernah mengambil kira perbezaan
pangkat walaupun dia anak orang kaya dan berpengaruh. Hayati
digambarkan sebagai gadis yang mudah tersinggung dan
merajuk. Dia tidak pernah membantah kehendak mereka

10
walaupun kadangkala dia tidak sependapat dengan mereka. Dia
juga berkeyakinan tinggi.

Datin Salmah-

Datin Salmah ialah isteri Datuk Johari dan ibu kepada Hayati.
Umurnya dalam lingkungan 4-an dan berasal daripada keluarga
berada. Datin Salmah sering menghina dan merendahkan Hilmi
yang berasal dari kampung dan tidak berpelajaran. Datin Salmah
digambarkan sebagai seorang yang pemarah. Dia menjadi barang
dan menjerit-jerit setelah mengetahui bahawa Hilmi menggangu
piano Hayati. Dia tidak taat pada agama, mementingkan cara
hidup Barat, tidak menghormati suaminya, dan percaya pada
ramalan bomoh.

Encik Bakar-

Encik Bakar ialah ayah Azizah dan bapa mentua Hilmi. Dia
berperanan sebagai guru muzik dan sahabat Hilmi. Encik Bakar
diberikan watak seorang yang baik hati dan pemurah. Dia
sanggup mengajar Hilmi tentang ilmu muzik secara percuma. Dia
juga tidak pernah memandang rendah kepada pekerjaan Hilmi,
malah memberikan layanan yang baik dan mesra setiap kali Hilmi
datang ke rumahnya. Dia juga seorang yang berkeyakinan tinggi.

11
12
Personifikasi
Jari kelengkeng sebelah kiri tersasul lagi.... (Halaman 1)

Perasaannya hanyut terapung-apung bersama-sama dengan mama lagu yang


tidak diketahui namanya, jauh membumbung naik ke angkasa lepas. (Halaman
30)

Metafora
Tetapi mata pak ciknya membawa warna yang benbeza, lembut Warna
perlindungan. (Halaman 26)

Walaupun keputusan belum lagi diketahui, cahaya harapan telah


mulaimemancarkan sinarnya. (Halaman 213)

Simile
Datin Salmah duduk dengan belakang lurus, kakinya disilangkan seperti sedang
menghadapi meja makan dalam upacara....... (Halaman 8)

...bendiri macam patung... (Halaman 62)

Hilmi berasa seperti dia orang bodoh...... (Halaman 64)

Perulangan
“Minta maaf. Saya minta maaf. Kalau lain tentu saya boleh menolongnya.....
(Halaman 17)

Berdenting bunyinya satu nada. Satunada lagi.... (Halaman 54)

Peribahasa
Banyak sangat orang yang rajin pada masa mula-mula kerja saja, sesudah itu
mereka curi tulang. (Halaman32)

Mungkin Encik Bakar berasa serik untuk mengajarnya lagi, ataupun Encik Bakar
menuduhnya hangat-hangat tahi ayam (Halaman 155)

13
14
Nilai yang terkandung dalam novel Konserto Terakhir ini
adalah nilai kasih sayang. Hilmi sayang akan Hayati. Hilmi berasa
cemburu apabila melihat Hayati berjalan dengan Mohsin. Nilai
kedua ialah nilai bersimpati. Hayati bersimpati terhadap Hilmi
yang tidak memakan nasi kerana dilarang oleh ibunya, Datin
Salmah. Hayati memujuk Hilmi supaya memakan nasi itu. Mak
Minah bersimpati terhadap Hilmi. Dia memberikan nasi kepada
Hilmi walaupun Datin Salmah tidak membenarkannya. Nilai ketiga
ialah nilai tolong-menolong. Mamat menolong Hilmi dengan cara
memperkenalkan Hilmi kepada Encik Bakar supaya Hilmi dapat
mempelajari alat-alat muzik. Mamat turut menolong Hayati
dengan cara membawa Hayati berjumpa dengan Hilmi.

Nilai keempat ialah gigih berusaha. Tuan Pengarah RTM


berusaha dengan gigih mencari Hilmi pada malam Pertunjukan
Orkes Perdana. Setelah gagal, dia berusaha pula mencari
pengganti Hilmi. Hilmi berusaha memepelajari alat-alat muzik
hingga berjaya menjadi pemain muzik dan penggubah lagu yang
terkenal. Nilai seterusnya ialah Amanah. Hilmi bekerja dengan
baik sebagai tukan kebun kerana itu adalah tugas yang diberikan
kepadanya. Tuan Pengarah RTM menunaikan tugasnya dengan
amanah untuk memastikan persembahan Orkes Perdana RTM
berjalan lancar. Nilai seterusnya ialah nilai insaf. Datin Salmah
dan Datuk Johari akan perbuatan mereka yang menyeksa Hilmi.
Datuk Johari berharap agar Allah akan memanjangkan usia Hilmi
supaya dia berpeluang berbakti kepada Hilmi. Azizah menangis
dan meratap di Hospital semasa Hilmi sakit kerana insaf akan
perbuatannya meninggalkan Hilmi. Dia sedar bahawa
tindakannya itu menyebabkan Hilmi sakit.

15
16
Latar Tempat :

Latar tempat novel ini berlaku di sekitar Kuala Lumpur. Banyak


peristiwa yang berlaku di rumah Datuk Johari. Anataranya kehadiran
Hilmi, pekerjaan Hilmi sebagai tukang kebun, hubungan antara Hilmi
dengan Hayati, krisis antara Hilmi dengan Datin Salmah, Hilmi bermain
piano Hayati, hubungan Hayati dengan Mohsin, Datuk Johari mati dan
lain-lain. Di rumah Dr.Nathan tempat Hilmi berhubung dengan Mamat.
Di stesen minyak Shell Jalan Setapak tempat Hilmi bekerja selepas
meninggalkan rumah Datuk Johari. Di sebuah kedai kopi berdekatan
dengan rumah Encik Bakar tempat Hilmi menerima nasihat daripada
Pak Amat Darwin.

Di rumah Encik Bakar tempat Hilmi belajar alat-alat muzik dan


menggubah lagu. Di sini, Hilmi berhubung dengan watak Azizah, anak
Encik Bakar. Di Hotel Titiwangsa tempat Hilmi bermain muzik,
menyampaikan lagu “Sebuah Intermeso”, lagu yang mengharumkan
nama Hilmi. Di kelab-kelab malam tempat Hilmi bekerja sebagai
permain muzik. Di Padang Bandaran, Kelantan tempat orkes Hilmi
bermain semasa perayaan keputeraan Sultan Kelantan. Di Hospital
Besar Kuala Lumpur tempat Encik Bakar meninggal dunia. Di Hospital
Besar juga Hilmi terlantar sakit dan meninggal dunia. Di sini Datuk
Johari sekeluarga bertemu dengan Pak Karim dan keluarga Azizah. Di
hospital inilah Datuk Johari dan Datin Salmah insaf setelah mengetahui
Hilmi sebenarnya adalah anak kandung Datuk Johari. Di Dewan Tunku
Canselor, Universiti Malaya tempat berlangsungnya Pertunjukan Orkes
Perdana dengan Hayati menjadi pemimpin orkestra. Di sinilah Datuk
Johari dan Datin Salmah mengalirkan air mata apabila mengenangkan
nasib malang Hilmi.

Latar masa:

Latar masa novel ini ialah sebelum tahun 1980 atau pada zaman
moden. Pada masa pegawai Inggeris masih bertugas di Malaysia.
Contohnya, Tuan Milton diminta oleh Datuk Johari memberikan
pekerjaan kepada Hilmi. Pada masa masyarakat kampung belum
membangun, berlakunya penghijrahan ke bandar untuk mencari

17
pekerjaan. Cerita berlaku pada waktu siang dan malam. Contohnya,
pada waktu siang Hilmi tiba di rumah Datuk Johari. Pada waktu malam
berlangsungnya Pertunjukan Orkes Perdana

Latar masyarakat:

Masyarakat bandar yang tidak mengamalkan semangat kejiranan.


Contohnya, hubungan antara Datuk Johari dengan Dr. Nathan. Datuk
Johari dan Datin Salmah marah kepada Hilmi kerana mengambil tanah
hitam yang diberi oleh Dr.Nathan. Datin Salmah melarang Mak Minah
berbual dengan Mamat dan isterinya yang bekerja dengan Dr.Nathan.
Masyarakat bandar yang mementingkan pangkat dalam pergaulan.
Datin Salmah misalnya hanya bergaul dengan ahli keluarganya ayng
berpangkat tinggi dan kawan-kawannya yang bergelar Datin.

Masyarakat bandar memandang hina kepada orang kampung yang


miskin. Datin Salamah misalnya tidak dapat menerima Hilmi walaupun
Hilmi adalah anak saudara Datuk Johari. Masyarakat bandar tidak
mementingkan agama dalam kehidupan. Datuk Johari dan Datin Salmah
tidak pernah menunaikan sembahyang. Di rumah terdapat suatu sudut
untuk meminum arak dan Datin Salmah sendiri meminum arak hingga
mabuk. Buku-buku agama pula dianggap sebagai berunsur subversif.
Masyarakat bandar yang sibuk dengan tugas sosial di luar rumah
hingga melupakan tugas dan tanggungjawab di rumah. Datin Salmah
sibuk dengan kawan-kawan yang semorning coffee. Datin Salmah
mengabaikan tugasnya sebagai ibu di rumah terutamanya dalam
mendidik anaknya, Hayati. Datuk Johari pula sibuk dengan tugasnya di
pejabat.

Di kalangan generasi muda, sudah ada yang insaf tentang


tanggungjawab sebagai hamba Allah. Hayati misalnya sudah mula
bersembahyang, membaca buku-buku agama, dan taat kepada ibu
bapa. Dia menyedari bahawa menderhaka kepada ibu bapa adalah dosa
besar. Generasi muda seperti Hayati sudah mula menganggap bahawa
semua manusia adalah sama tanpa mengira darjat, sama ada orang
berpangkat ataupun orang miskin. Masyarakat yang meminati seni
muzik. Keluarga Encik Bakar adalah sebuah keluarga yang berminat
dalam seni muzik. Encik Bakar dan anaknya bergiat dalam seni muzik.
Begitu juga anggota masyarakat bandar yang lain, yang memberikan

18
sambutan di luar dugaan dalam Pertunjukan Orkes Perdana. Hayati
pula melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik di London.

Masyarakat yang ikhlas dalam memberikan pertolongan. Contohnya,


Encik Bakar menolong Hilmi dengan mengajarkan cara bermain alat-alat
muzik dan menggubah lagu secara percuma tanpa mengharapkan apa-
apa balasan. Di kalangan orang gaji dan drebar sudah ada perasaan
simpati dan mengamalkan semangat tolong-menolong. Mak Minah
sangat bersimpati terhadap Hilmi.

Walaupun Datin Salmah tidak membenarkan Hilmi makan, Mak


Minah tetap memberikan makanan kepada Hilmi kerana adanya
perasaan simpati terhadap Hilmi. Mamat pula sanggup menolong Hilmi
dengan cara membawa Hayati berjumpa dengan Hilmi sebelum Hayati
bertolak ke London. Masyarakat yang mendengar nasihat. Contohnya,
nasihat Pak Amar Darwin kepada Hilmi supaya mencipta sesuatu
kejayaan bagi dirinya yang masih muda itu, sungguh berkesan hingga
Hilmi berjaya dalam bidang seni muzik yang diceburinya itu.

Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.


Contohnya, Hilmi berusaha dengan bersungguh-sungguh hingga
menjadi seniman tanah air yang terkenal. Masyarakat yang insaf
setelah melakukan sesuatu kesalahan. Contohnya, Datuk Johari dan
Datin Salmah insaf akan perbuatan mereka ayng menyeksa Hilmi
hingga Hilmi hidup menderita. Masyarakat yang menunaikan
tanggungjawab dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Contohnya,
Hilmi bekerja dengan sungguh-sungguh sebagai tukang kebun. Begitu
juga Ketua Pengarah RTM berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk
memastikan Pertunjukan Orkes Perdana berjalan dengan lancar.

Masyarakat yang penyayang. Contohnya, Datin Salmah sayang akan


anaknya, Hayati. Encik Bakar sayang akan Hilmi. Hilmi sayang akan
Hayati. Masyarakat kampung yang sanggup berkorban untuk
kepentingan orang lain. Contohnya, Pak Karim sanggup berkahwin
dengan bekas isteri Datuk Johari untuk mengelakkan pergaduhan dalam
keluarga. Pak Karim sanggup juga merahsiakan Hilmi sebenarnya

19
adalah anak Datuk Johari untuk mengelakkan keruntuhan rumah tangga
yang telah dibina oleh Datuk Johari dan Datin Salmah.

20
Pengajaran yang terdapat dalam novel ini ialah jangan
mementingkan pangkat dan kedudukan hingga sanggup
menghina orang lain. Contohnya, Datin Salmah memandang hina
kepada orang kampung yang miskin kerana tidak setaraf dengan
kaum keluarganya yang berpangkat tinggi. Pengajaran kedua
yang terkandung dalam novel ini ialah jangan hanyut dengan
kemegahan diri hingga sanggup melupakan kampung halaman
sendiri. Contohnya, Datuk Johari tidak pulang ke kampung selama
tujuh belas tahun. Dia sengaja melupakan kampungnya untuk
membentuk jati diri sebagai orang yang ternama. Pengajaran
ketiga ialah jangan mementingkan keseronokan hingga sanggup
mengorbankan rumah tangga. Contohnya, Azizah sanggup
meninggalkan Hilmi kerana bosan menjadi isteri dan ibu. Azizah
ingin bebas dan tidak mahu terperap di rumah saja.

Pengajaran seterusnya ialah jangan meminum arak kerana


meminum arak dilarang oleh agama. Contohnya, Datin Salmah
meminum arak hungga mabuk dan di rumahnya terdapat sudut
untuk meminum arak(mini bar). Selain itu, pengajaran lain ialah
jangan bertindak kejam terhadap seseorang sebaliknya
berfikirlah dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan.
Contohnya, Datuk Johari telah bertindak kejam terhadap isterinya
dengan memujuk isterinya pada malam pertama dan esoknya
isteri diceraikan. Pengajaran seterusnya ialah kita hendaklah
gigih berusaha untuk mencapai sesuatu cita-cita. Contohnya
Hilmi belajar dengan bersungguh-sungguh bermain alat muzik
hingga berjaya menjadi penggesek biola dan penggubah lagu
yang terkenal. Kita juga hendaklah ada rasa simpati dan belas
kasihan terhadap seseorang yang bernasib malang. Contohnya,

21
Hayati bersimpati terhadap Hilmi yang tidak makan kerana
dilarang oleh emaknya. Hayati memujuk Hilmi supaya makan.

22