Anda di halaman 1dari 15

PUSAT PENGAJIAN ILMU

KEMANUSIAAN
SEMESTER 2 ( 08/09 )

HGM 132 GEOGRAFI MANUSIA

TAJUK :
Nyatakan Elemen-elemen prinsip Teori Lokasi Dan Bagaimana Teori-teori
Klasik yang Berbeza Menjelaskan Penentuan Lokasi Industri. Dari Penjelasan
Tersebut Bincangkan Pertumbuhan Sektor Perindustrian Di Malaysia Sejak
Merdeka Dengan Mengambil KIra Perubahan-perubahan Yang Berlaku
Dalam Penentuan Lokasi Industri Semasa.

NAMA: NUR HIDAYAT BIN RAMAN


NO MATRIK : 99274
KUMP. TUTORIAL : SELASA 12-1 T/HARI
NO. SOALAN : 8
NAMA PENSYARAH : PROF. MADYA NORIZAN
BIN MOHD NOOR
TARIKH SERAHAN : 27 FEB. 2009
1.0 PENGENALAN

Industri mempunyai berbagai jenis, tetapi pada dasarnya boleh dibahagikan

kepada tiga ketagori iaitu yang seperti mana diketahui sebagai industri utama, kedua

ketiga, keempat dan kelima (Jerome D. Fellman. 1999. hlm 312).

Industri Utama merupakan industri bentuk perusahaan yang mudah sekali iaitu

memproses bahan-bahan mentah, misalnya menghasilkan logam dari bahan galian,

penghasilan kuasa dari arang batu atau minyak atau memproses barangan pertanian untuk

dijadikan bahan makanan atau bahan minyak mentah bagi perusahaan. Perusahaan ini

termasuklah perusahaan melebur bauksit untuk membuat aluminium, memproses getah

cair menjadi getah keping atau memproses balak menjadi pulpa untuk membuat kertas

(Goh Cheng Leong. 1979. hlm 300).

Industri kedua meliputi beberapa bidang kendalian yang berbeza kompleks.

Kadang-kadang industri ini dibahagikan pula kepada perusahaan berat, misalnya

perusahaan kejuruteraan, barang-barang logam, kimia berat dan perusahaan ringan pula

misalnya perusahaan membuat alat elektrik, plastik, tekstil, alat solek dan sebagainya.

Pada dasarnya semua ini termasuklah kerja-kerja memproses semula barang-barang yang

separuh siap untuk membuat barang-barang yang lebih kompleks seperti menggunakan

kertas untuk membuat membuat buku dan tisu (Jerome D. Fellman. 1999. hlm 312).

Industri ketiga bukan satu cawangan perkilangan tetapi terdiri daripada

perusahaan perkhidmatan seperti perdagangn, pengangkutan, perniagaan, hiburan, dan

sebagainya . (Goh Cheng Leong. 1979. hlm 300).

2
Industri Keempat dan Kelima pula ialah Industri yang berkaitan antara satu sama

lain kerana industri ini menjalankan penyelidikan untuk industri pertama, kedua dan

ketiga yang bertujuan untuk memastikan bahan yang diproses dan di jual menepati

piawaian yang telah diberikan serta indusri ini juga turut menyediakan khidmat pakar

social dan perundingan untuk melancarkan pengurusan dalam bidang industri (Jerome D.

Fellman. 1999. hlm 312).

Letakan sesuatu lokasi industri amatlah dipengaruhi oleh elemen-elemen tertentu

yang menjadi penentu terhadap aktiviti tersebut. Penentu lokasi ini termasuklah bahan

mentah yang kedapatan, pengaruh jarak, tahap ketersampaian, pengangkutan-

pengangkutan, buruh, modal, pasaran, dan dasar pemerintahan.

3
2.0 PRINSIP TEORI LOKASI KLASIK

2.1 Alfred Weber

Teori lokasi industri pada mulanya telah diketengahkan oleh alfred Weber

seorang ahli ekonomi berbangsa Jerman pada tahun 1909. Dalam merangka teorinya,

weber telah mengemukakan beberapa andaian asas. Antaranya termasuklah kawasan

kawasan yang dikaji mempunyai ciri-ciri fizikal, kemajuan sosial dan ekonomi penduduk

yang seragam serta ditadbir dibawah pemerintah yang sama; sumber alam seperti tanah

liat, air dan pasir wujud di mana-mana di seluruh kawasan tetapi yang lainnya seperti besi

dan arang batu hanya wujud di kawasan-kawasan tertentu sahaja; dan kos pengangkutan

berkadar terus dengan jarak dan berat barangan. Menurut Weber berdasarkan keadaan-

keadaan di atas, industri cenderung untuk ditempatkan disesebuah kawasan sesuai dengan

tarikan-tarikan daya-daya kos pengangkutan dan tenaga buruh yang murah serta

keuntungan letakan berkelompok.( Katimah Rostam 1990. Hlmn 210).

4
2.2 Wilfred Smith

Wilfred Smith dalam kajiannya dalam tahun 1955 mengenai perletakan lokasi

industri klasik telah menguji hipotesis susutan berat Weber dengan keaadaan sebenar.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Smith, sesetengah industri memenuhi kehendak Weber

(Katimah Rostam. 1990. hlm 219). Misalnya dalam proses pengeluaran gula mentah di

kilang bit-gula, hasil terakhirnya adalah satu perlapan daripada berat bahan-bahan mentah

(bit,arang batu, dan kapur) yang digunakan dalam proses ekstrak itu. Oleh yang demikian

maka sebagaimana yang dijangkakan, lokasi kilang bit-gula sangat rapat perletakan dan

hubungannya dengan kawasan-kawasan yang menghasilkan bit.

Walaupun tidak begitu ketara,begitulah juga dengan industri-industri perkilangan

besi gubal dan pengeluaran keju serta hasil-hasil susu yang lain, mempunyai indeks

bahan yang tinggi dan biasanyadidapati terletak ditempat terdapatnya bahan-bahan

mentah yang diperlukan.

Smith telah membuat sumbangan yang begitu penting kepada teori lokasi klasik

dengan memperkenalkan kelok kos-ruang dan susut-susut keuntungan mengikut ruang.

Smith menggunakan teknik isodapane dan sebagai hasilnya memperkenalkan peta kontur

kos. Kelok kos-ruangnya merupakan suatu keratan rentas peta kontur kos itu. Lokasi kos

paling rendah pada kelok ini ialah titik paling rendah. Pentingnya pendekatan ini ialah

bahawa susut keuntungan dapat dikesan mengikut ruang. Lokasi paling rendah adalah

sukar dicari dan jarang sekalidipilih,tetapi lokasi-lokasi yang memuaskan dalam

lingkungan sut-sut keuntungan adalah lebih biasa dipilih. Pengusaha-pengusaha industri

5
yang berpuas hati dengan memilih lokasi yang memuaskan dan bukan yang terbaik telah

digelar manusia pemuas dan bukan manusia ekonomik.

2.3 Losch

Losch telah mencipta teori umum pertama bagi lokasi dengan permintaan sebagai

suatu pembolehubah ruangan yang utama. Dengan andaian Losch, tidak ada perubahan

dalam kos pengeluaran (Katimah Rostam. 1990. hlm 218). . Beliau memberi tekanan

kepada lokasi-lokasi tempat keuntungan paling besar, iaitu di mana jumlah pendapatan

melebihi jumlah kos dengan banyak sekali. Dengan ini matlamatnya ialah kauntungan

maksimum dan bukan kos paling rendah seperti dalam model Weber. Losch telah

mencipta satu landskap ekonomi di mana setiap lokasi saling berkaitan.

Walaubagaimanapun,beliau tidak pernah bertujuan menghasilkan suatu teori yang

berdasarkan kepada keadaan yang sebenar tetapi suatu rangka penganalisis.

2.4 Isard

Isard telah berusaha mencipta suatu teori menyeluruh yang berasakan kepada

penyatuan rangka-rangka teori von Thunen, Losch dan Weber (Katimah Rostam. 1990.

hlm 228). Beliau telah mengaitkan teori lokasi dengan cabang-cabng ekonomi lainnya,

terutama melalui prinsip penggantian.

2.4 Greenhut

6
Greenhut telah merumuskan pendekatan penggantian kepada teori lokasi seperti

berikut; Sejauh mana buruh dapat digantikan dengan modal atau tanah dan sebaliknya

pada asasnya adalah masalh yang sama seperti pemilihan satu tapak kilang daripada

beberapa lokasi. Misalnya, jika terdapat dua tapak kilang yang sama-sama

menguntungkan, satu tapak mungkin mempunyai tanah yang lebih murah, dan yang satu

lagi buruh yang lebih murah. Dengan meletakkan kilang itu di tapak yang tanahnya lebih

murah maka seseorang pengusaha menggantikan tanah murah bagi buruh murah, Kedua-

dua teori lokasi dan ekonomi mempunyai pembahagian sumber yang optimum sebagai

satu objektif.

3.0 PERTUMBUHAN SEKTOR INDUSTRI MALAYSIA SEJAK MERDEKA

Kerajaan Malaysia telah mewujudkan dasar iaitu Pelan Induk Perindustrian bagi

menjadikan sektor perindustrian merupakan tunggak kepada ekonomi negara untuk

pendapatan negara dan pertumbuhan ekonomi. Ini bermakna dengan keseimbangan

wilayah mestilah menjadi komponen utama di samping objektif untuk meningkatkan

keupayaan sektor perindustrian dan penawaran guna tenaga mahir yang mencukupi

(Anuwar Ali dan Ahmad Mohd Zain.1996. hlm 23).

7
Selain itu, kerajaan juga turut menjalankan memperbaharui dan mewujudkan

pelbagai dasar-dasar lain untuk pertumbuhan sektor perindustrian di Malaysia ( Abdul

Rahim Anuar. 1989. hlm 30). Usaha-usaha tersebut bermula dengan menyediakan tapak-

tapak perindustrian di kawasan-kawasan tertentu dan memberikan galakan kepada

pelabur-pelabur asing untuk meningkatkan pertumbuhan sektor ini.

Secara umumnya, terdapat empat ketogori strategi utama kerajaan dalam

menggalakkan pertumbuhan industri di negara ini, iaitu strategi perlindungan tarif,

galakan-galakan pelaburan (akta), jaminan-jaminan dan penyediaan kemudahan

infrastruktur dan institusi.

Galakkan Penempatan

Strategi ini digunakan bagi menggalakkan penumpuan industri di kawasan yang

telah maju dan menggalakkan pembinaan industri-industri di kawasan yang kurang maju

dan luar bandar. Pengecualian cukai akan diberikan sehingga 10 tahun jika perusahaan

ditempatkan di kawasan atau negeri yang telah diishtiharkan oleh kerajaan sebagai

8
kawasan pembangunan. Walau bagaimanapun, lama masa pengecualian cukai juga

bergantung kepada jumlah modal tetap dan tenaga buruh yang digunakan. Galakkan

penempatan ini menyebabkan kawasan ini menjadi tumpuan penduduk dalam

mewujudkan kawasan penempatan (Katiman Rostam. 1988, hlm 144).

Kemudahan Asas

Penyediaan infrastruktur yang secara tidak langsung merupakan input kepada

industri adalah penting, iaitu dari segi pembekalan air, elektrik serta perhubungan dan

pengangkutan seperti jalan raya, kereta api, perkapalan dan penerbangan (Chamhuri

Siwar. 1987. hlm 66).

Intitusi-intitusi tertentu,terutama sector awam dan kerajaan-kerajaan negeri seperti

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri juga merupakan penggalak kepada pertumbuhan

industry di negara ini. Selaras dengan itu, kerajaan juga telah menubuhkan kawasan-

kawasan perusahaan yang menarik pelabur-pelabur di kawasan yang telah diperuntukkan

oleh pihak kerajaan seperti mewujudkan kawasan Bebas Cukai di Langkawi . (Chamhuri

Siwar. 1988. hlm 133).

Perlindungan Tarif

Prinsip tarif walaupun telah diterima sejak 1957, tetapi penggunaan secara meluas

hanya dijalankan pada tahun 1965. Selepas tahun 1970, tarif perlindungan telah

9
diperluaskan kepada berbagai-bagai jenis barang seperti barangan-barangan pengguna,

barang-barang perantaraan dan barang-barang pelabur.

Di samping tarif barang-barang import, kuota import juga digunakan bagi

melindungi perusahaan tempatan daripada pertandingan luar. Untuk tujuan ini maka had-

had import telah ditetapkan oleh kerajaan bagi barang-barang tertentu yang akan di

import. Selain itu, pengecualian cukai kastam, eksais ke atas bahan-bahan mentah dan

cukai kastam ke atas mesin-mesin dan alat-alat kelengkapan juga diberikan supaya

pertumbuhan industri kan lebih menggalakkan.

Galakan Pelaburan (Pengantarabangsaan)

Galakan pelaburan dijalankan supaya pemodal-pemodal baiak tempatan mahupun

asing akan sama-sama melabur dalam industri Malaysia dengan tujuan agar pelabur itu

bukan sahaja membekalkan modal, tetapi juga pengetahuan teknologi, teknik pengurusan,

kemahiran dan peluang pekerjaan serta pertumbuhan sumbangan industri ke dalam

ekonomi Malaysia. Galakan-galakan ini akan memberikan pelepasan cukai pendapatan

dan pembangunan kepada syarikat-syarikat yang melabur dalam bidang-bidang baru atau

yang mahu membesarkan perniagaan yang sedia ada. Untuk tujuan ini, Ordinan Taraf

Perintis (1958), Akta Galakan Pelaburan (1968) dan Akta Galakan Pelaburan Pindaan

(1980) telah diwujudkan (Mohd Azizuddin Md Sani. 2004. hlm 353).

Secara kasarnya, terdapat tujuh pelepasan cukai; iaitu taraf perintis, galakan penempatan,

kredit cukai, lelonggoran cukai penggunaan tenaga buruh, galakan eksport, elaun modal

dan galakan hotel.

10
Taraf Perintis

Taraf perintis diberi dari segi pelepasan cukai yang di berikan selama 2 hingga 5

tahun bergantung kepada pelaburan modal tetapnya.

Penggunaan Tenaga Buruh

Pengecualian cukai pendapatan di sini adalah berasaskan jumlah pekerja-pekerja

sepenuh masa yang diambil bekerja dalam syarikat-syarikat berkenaan.

Kredit Cukai Pelaburan

Kemudahan ini diberikan kepada syarikat yang tidak dapat atau tidak layak untuk

menikmati faedah daripada taraf perintis, kelonggaran cukai penggunaan buruh atau

galakan penempatan.

Galakan Eksport (Globalisasi Ekonomi)

Galakan ekspor yang diberikan oleh kerajaan ini akan diberikan kepada syarikat

yang mengeksport sukurang-kurangnya 20% dari segi nilai keluaran yang diperbuat di

Malaysia (Chamhuri Siwar. 1987. hlm 64)

11
Jaminan para pelabur

Disamping galakkan-galakkan yang diberikan oelh pihak kerajaan, kerjaan juga

turut memberikan jaminan-jaminan kepada para pelabur seperti :

a) Jaminan yang perusahaan tidak akan dimiliknegarakan, atau jika dimiliknegarakan ia kan

dibayar ganti rugi yang berpatutan.

b) Kerajaan tidak akan mengenakan kawalan ketat ke atas pertukaran wang asing. Aliran

keluar sebarang keuntungan atau dividen yang diperolehi tidak akan disekat.

c) Jaminan perlindungan terhadap perusahaan dalam negeri.

12
4.0 KESIMPULAN

Dalam masa tiga dekad yang lampau, Negara Malaysia telah melalui perubahan

struktur ekonomi yang dianggap cerdas. Asas industri bertambah dan sumbangan sektor

perindustrian negara semakin meningkat dan ini turut diikuti oleh import eksport dalam

dan luar negara. Sektor perindustrian yang semakin hari semakin berkembang seperti

tumbuhnya cendawan selepas hujan telah menjadikan ekonomi dan pembangunan Negara

Malaysia semakin maju dan seiring dengan negara-negara maju yang lain didunia yang

semakain pesat berkembang ini.

13
5.0 BIBLIOGRAFI

Abdul Rahim Anuar. 1989. Esei Ekonomi ;Konsep, Teori dan Aplikasi. Sekolah Ekonomi dan
Pentadbiran awam, Universiti Utara Malaysia

Anuwar Ali dan Ahmad Mohd Zain. 1996. Pengglobalisasian dan Pembangunan Industri di

Malaysia, Kuala Lumpur, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Chamhuri Siwar. 1987. Ekonomi Malaysia Edisi Kedua, Fakulti Ekonomi, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Chamhuri Siwar. 1988. Isu-isu Ekonomi, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Goh Cheng Leong. 1979. Geografi manusia dan Ekonomi Jilid 2, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Jerome D. Fellman. 1999. Human Geograpy ; Landscape Of Human Activities, North America,

The Mc Graw Hill Companies.

Katimah Rostam. 1990. Konsep Asas Geografi Manusia, Bangi, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

14
Katimah Rostam. 1988. Pengantar Geografi Bandar, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

W. A. Kent. 1981. Geografi Manusia ,Teori-teori dan Penggunaanya, Kuala Lumpur, Dewan

Bahasa dan Pustaka.

15

Beri Nilai