Anda di halaman 1dari 20

SOALAN: SETIAP PELAJAR DIKEHENDAKI MEMILIH DAN MENULIS TAJUK

TUGASAN YANG BERSESUAIAN DAN BERKAITAN DENGAN KURSUS INI.


RANGKA KURSUS INI. RANGKA KURSUS BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI
PANDUAN DALAM PEMILIHAN TAJUK.

PERBELANJAAN

KERAJAAN,

PERTUMBUHAN

EKONOMI,

KOMPOSISI

PERBELANJAAN KERAJAAN

1.0 Pendahuluan

Malaysia merupakan salah sebuah negara ASEAN yang mengalami pertumbuhan ekonomi
yang tinggi. Ini bermula dalam tahun 1980an berikutan tindakan kerajaan membangunkan
sektor perindustrian serta mengamalkan Dasar Pandang Ke Timur menerusi kerjasama dan
gandingan ekonomi dengan negara Asia termaju iaitu Jepun. Seterusnya, usaha kerajaan
meliberalisasi sektor domestik bagi menarik kemasukan pelaburan asing pula dilihat telah
merancakkan lagi pertumbuhan output dalam tahun 1990an. Namun begitu, jika diperhalusi
arah aliran pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada harga semasa, didapati
berlaku turun naik dalam kadar pertumbuhan KDNK. Sebagai contoh bagi kes pertumbuhan
tahunan, kadar pertumbuhan KDNK meningkat daripada 4.99 peratus pada 1970 kepada 9.76
peratus pada tahun 1972 dan selepas itu merosot kepada -2.3 peratus pada tahun 1975. Dalam
era 1980an kadar pertumbuhan KDNK meningkat dari 8.08 peratus) pada tahun 1981
sehingga 11.76 peratus pada tahun 1983, mencapai puncak pada tahun 1984 (13.74 peratus) .
Kadar pertumbuhan kemudiannya merosot kepada -2.52 peratus pada tahun 1985 dan 7.68
peratus pada tahun 1986 (Dapatkan data kadar pertumbuhan tahun 2000 dan 2011). Secara
keseluruhannya, kadar pertumbuhan output Malaysia memuncak pada akhir 1980an hingga

pertengahan 1990an, dan kemudiannya ia semakin menurun hingga tahun 2000an berikutan
daripada krisis kewangan yang melanda negara pada akhir 1997 dan 2008. Di samping itu,
kadar pertumbuhan KDNK Malaysia ini juga mempunyai arah aliran seperti flying geese. Ini
disebabkan dalam tahun-tahun 1970an hingga pertengahan tahun 1980an, kadar pertumbuhan
output berbeza-beza atau mencapah (convergence) dari tahun ke setahun. Hanya selepas
1986, kadar pertumbuhan output semakin menumpu (divergence) atau hanya wujud
perbezaan kecil dalam kadar pertumbuhan output antara tahun.

Malaysia, seperti kebanyakan negara Asia lain, telah lama mempraktikkan dasar fiskal
yang berorientasi pertumbuhan ekonomi (output). Di samping itu, kebanyakan dasar makro
yang dirangka dan dilaksanakan bertujuan menjadikan eksport yang tinggi sebagai pemacu
pertumbuhan ekonomi, tidak kira sama ada eksport bagi sektor perindustrian (seperti industri
halal), pertanian (seperti getah dan kelapa sawit) mahupun sektor perkhidmatan (seperti
perbankan Islam). Keadaan ini menuntut kerajaan campur tangan dan meningkatkan jumlah
perbelanjaannya bagi merangsang pertumbuhan ekonomi. Seperkara yang menarik ialah
perbelanjaan kerajaan cenderung untuk meningkat pada kadar melebihi daripada peningkatan
kadar pertumbuhan ekonomi, yang mana ini bertepatan dengan Hukum Wagner. Ia turut
mencerminkan bahawa terdapat pertambahan saiz kerajaan yang lebih tinggi apabila output
negara bertambah. Hal ini jelas berlaku pada pertengahan 1970an sehingga awal 1980an yang
mana nisbah (ni nisbah ke kadar?) perbelanjaan kerajaan per KDNK bertambah melebihi 30
peratus, sedangkan pertumbuhan KDNK kurang daripada 25 peratus bagi tempoh yang sama.
Bagi tahun 1990an pula, pertumbuhan perbelanjaan kerajaan berada di bawah paras 20
peratus berikutan kejatuhan dalam kadar pertumbuhan KDNK, iaitu sekitar 11-14 peratus
untuk tempoh yang sama. Senario ini digambarkan di Rajah 2 (mana rajah 2?) yang mana

nisbah perbelanjaan kerajaan per KDNK berada pada tahap terendah, iaitu sekitar 21-23
peratus.
Walaupun ekonomi Malaysia pernah tumbuh pada kadar yang agak tinggi dan stabil
di akhir 1980an sehingga pertengahan 1990an (pada kadar 11-14 peratus), pengalaman 1997
telah menunjukkan dan mencadangkan agar imbangan fiskal diurus dan ditadbir dengan
berhemat serta mengelak daripada defisit fiskal yang besar. Ini amat perlu bagi membolehkan
negara menjana pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan mapan. Malaysia masih jauh daripada
landasan yang sepatutnya, terutama selepas kegawatan ekonomi pada 1997 yang
memperlihatkan peningkatan dalam jumlah defisit fiskal daripada RM2,680 juta pada 1998
kepada RM27,926 juta pada 2008. Defisit fiskal mencakupi 3 hingga 5 peratus daripada
jumlah KDNK. Implikasi daripada kewujudan defisit ini telah menyebabkan kerajaan
terpaksa meminjam (berhutang) sama ada daripada sumber dalam mahupun luar negara bagi
membiayai defisit fiskal tersebut.

Nisbah pinjaman bersih kerajaan per KDNK dalam tahun 1970an dan 1980an adalah
agak tinggi iaitu sekitar 4-14 peratus. Walau bagaimanapun, mulai 1991-2008, nisbah
pinjaman bersih kerajaan per KDNK ini hanya sekitar 2-6 peratus. Namun, berlaku
peningkatan ketara dalam jumlah pinjaman bersih kerajaan daripada RM9,197 juta (2005)
kepada RM35,317 juta (2008). Oleh itu, kerajaan harus mengawal jumlah defisit fiskal dan
seterusnya pinjaman bersih bagi mengelak daripada terperangkap dalam kitaran hutangdefisit. Daripada segi komposisi hutang awam ini, didapati lebih 50 peratus pinjaman
kerajaan merupakan pinjaman bersih dalam negeri yang kebanyakannya diperoleh menerusi
penerbitan surat jaminan kerajaan dan sijil pelaburan. Di samping itu, kerajaan telah
mengambil inisiatif untuk meningkatkan jumlah bayaran balik pokok dan bayaran balik awal
bagi pinjaman bersih luar negeri bagi mengurangkan lagi jumlah pinjaman tersebut.

Kedudukan imbangan fiskal kerajaan persekutuan yang sentiasa menunjukkan penambahan


dalam jumlah hutang (pinjaman) ini mencerminkan bahawa kerajaan turut menanggung
nisbah liabiliti faedah (bayaran faedah) yang tinggi, iaitu sebanyak 2-8 peratus daripada
KDNK. Memandangkan pinjaman yang tinggi daripada sumber domestik, maka kerajaan
lebih banyak memikul liabiliti faedah atas pinjaman dalam negeri. Perlu ditegaskan tentang
pentingnya kerajaan mengawal jumlah defisit fiskal dan pinjaman disebabkan peningkatan
skala hutang awam yang tinggi akan menekan kadar faedah untuk meningkat. Lantas, ia akan
mengasak keluar pelaburan swasta yang seterusnya akan mengekang penawaran domestik
dan pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa panjang.
Justeru itu, bagi mengurangkan lagi kebarangkalian berlakunya peningkatan defisit
fiskal dan hutang awam secara mendadak terutama sekali dalam situasi ketidaktentuan
ekonomi global, maka kerajaan harus bijak membuat keputusan berkaitan struktur
perbelanjaan awam dan komponen yang diperlukan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi
tertakluk kepada kekangan belanjawan yang dihadapi. Secara umumnya, perbelanjaan awam
dilihat lebih bersifat countercyclical, yang bererti perbelanjaan kerajaan seringkali
ditingkatkan dan menjadi instrumen bagi pemulihan ekonomi sewaktu kegawatan ekonomi,
terutama jika kegawatan tersebut diiringi kadar pengangguran yang tinggi.

1.1 KOMPOSISI PERBELANJAAN KERAJAAN

Perbelanjaan kerajaan lebih banyak diperuntukkan kepada belanja mengurus, iaitu sekitar 1529 peratus daripada KDNK, manakala nisbah perbelanjaan pembangunan hanya sebanyak 611 peratus daripada KDNK. Walaupun begitu, jika komponen belanja mengurus mengikut
objek diperhalusi, didapati 17-31 peratus daripada jumlah perbelanjaan kerajaan
diperuntukkan terhadap gaji (emolumen) sektor awam diikuti 8-21 peratus kepada lain-lain

perbelanjaan mengurus (seperti biasiswa/ dermasiswa dan bantuan pelajaran, bayaran


pengurusan kepada sekolah rendah dan menengah, pembelian aset, bayaran balik dan bayaran
ganti, pemberian kepada badan berkanun, pemberian kepada pertubuhan antarabangsa,
tuntutan insurans dan pampasan serta pindahan kepada Kumpulan wang Pembangunan), 7-23
peratus kepada khidmat bayaran hutang, 7-15 peratus terhadap bekalan dan perkhidmatan, 117 peratus untuk subsidi, 2-6 peratus terhadap pencen dan ganjaran, serta yang akhir sekali 16 peratus diagih sebagai pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri.

Peruntukan belanja mengurus kerajaan persekutuan mengikut sektor menunjukkan


pengagihan sebanyak 15-32 peratus bagi belanja mengurus yang lain seperti khidmat bayaran
hutang dan bayaran pindahan, 16-27 peratus bagi mengurus sektor yang menawarkan
perkhidmatan sosial terutama sekali sektor pendidikan dan latihan serta kesihatan, 11-21
peratus untuk pengurusan sektor yang menawarkan perkhidmatan keselamatan terutama
sekali pertahanan, 2-11 peratus untuk pentadbiran awam, dan akhir sekali 3-10 peratus
daripada jumlah belanja untuk pengurusan sektor yang menawarkan perkhidmatan ekonomi
terutama sekali sektor yang berkaitan dengan pertanian dan pembangunan luar bandar,
pengangkutan serta perdagangan dan perindustrian. Secara keseluruhannya, dapat
disimpulkan bahawa kerajaan lebih banyak memperuntukkan perbelanjaan mengurus untuk
tujuan pengurusan perkhidmatan sosial. Walaupun komponen belanja ini dianggap kurang
produktif, kerajaan masih lagi memberikan peruntukan yang tinggi terhadap belanja
seumpama ini (terutama sekali gaji, pendidikan dan latihan serta kesihatan) disebabkan ia
mampu meningkatkan kualiti dan produktiviti pekerja dan menjana pertumbuhan ekonomi
jangka panjang yang lebih adil, seimbang dan saksama di kalangan rakyat Malaysia.
Memandangkan kerajaan sentiasa memperuntukkan lebih belanja mengurus berbanding
dengan belanja pembangunan, maka kerajaan perlu lebih teliti dalam membuat pengagihan

bersandarkan kepada keutamaan dan keperluan semasa yang mampu menjana manfaat sosial
dan ekonomi tertinggi kepada masyarakat. Begitu juga, pengawalan terhadap belanja
mengurus harus ditingkatkan agar penjimatan daripada belanja ini mampu membentuk
sejumlah tabungan yang dapat digunakan bagi membiayai projek berskala besar tanpa
mewujudkan tekanan inflasi dan hutang melampau.
Bagi peruntukan terhadap belanja pembangunan pula, perbelanjaan pembangunan
untuk sektor yang menawarkan perkhidmatan ekonomi, terutama sekali pengangkutan,
perdagangan dan perindustrian, pertanian dan pembangunan luar bandar serta kemudahan
awam, diperuntukkan sebanyak 9-27 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan
kerajaan. Ini diikuti dengan peruntukan sebanyak 2-18 peratus untuk pembangunan sektor
yang menawarkan perkhidmatan sosial, terutama sekali sektor pendidikan dan latihan,
kesihatan dan perumahan, 2-8 peratus diagihkan untuk sektor keselamatan terutama sekali
pertahanan di samping berlaku peningkatan ketara dalam belanja untuk keselamatan dalam
negeri, dan akhir sekali 0.5-5 peratus untuk pentadbiran awam. Berdasarkan agihan
perbelanjaan kerajaan terhadap komposisi belanja pembangunan tersebut, jelas sekali
kerajaan lebih menumpukan pengagihan belanja modal yang merupakan belanja produktif ini
untuk menambah baik penawaran infrastruktur. Ini disebabkan Malaysia masih lagi
mengalami kekurangan kuantiti dan kualiti infrastruktur terutama sekali di kawasan luar
bandar. Di samping itu, peningkatan peruntukan belanja modal untuk keselamatan juga
adalah perlu kerana apabila ekonomi negara berkembang, fungsi perlindungan atau
keselamatan ini dapat menarik kemasukan pelabur asing dan menjamin kelancaran operasi
pasaran domestik. Oleh yang demikian, memandangkan infrastruktur yang disediakan oleh
kerajaan menjadi penggenap kepada produktiviti sektor swasta (Barro:1990), adalah wajar
pembangunan infrastruktur ini dilaksanakan secara menyeluruh, merentasi pelbagai sektor
dan geografi ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Perbelanjaan pembangunan dalam sector perindustrian dilihat amat pentings kerana


sektor perindustrian memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara. Sumbangan
sektor perindustrian dalam KDNK telah meningkat dari 13.4% pada tahun 1970 kepada
20.5% dalam tahun 1980 sementara sumbangan sektor pertanian menurun dari 30.8% kepada
22.2% dalam tempoh yang sama.

1.2 PRESTASI PELABURAN DI MALAYSIA

Tahun 2011 menandakan pelaksanaan beberapa inisiatif penting seperti Program


Transformasi Ekonomi (ETP) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) oleh Kerajaan
yang meletakkan asas transformasi negara menuju ekonomi berpendapatan tinggi seperti
yang diinginkan di dalam Model Baru Ekonomi (MBE). Malaysia terus menjadi lokasi yang
kompetitif dari segi kos dan telah berjaya menarik projek dengan tahap pelaburan yang besar.
Pada tahun 2011, jumlah pelaburan yang diluluskan di dalam ekonomi Malaysia bernilai
RM148.6 bilion6. Ini adalah merangkumi pelaburan yang diluluskan dalam sektor
perkilangan, perkhidmatan dan sektor utama. Jumlah pelaburan yang diluluskan adalah dalam
4,964 projek dan dijangka akan menjana 149,496 peluang pekerjaan. Jumlah pelaburan yang
diluluskan mengatasi purata sasaran pelaburan tahunan RM115 bilion yang ditetapkan di
bawah RMKe-10 sebanyak 29.2 peratus. Ini adalah satu pencapaian yang besar bagi tahun
pertama pelan rollout ETP dan menunjukkan bahawa Malaysia adalah mengikut jadual untuk
mencapai sasaran pelaburan yang ditetapkan di bawah ETP menjelang 2020 yang akan
mentransformasikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Satu lagi petunjuk
positif adalah pelaburan yang diluluskan dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)
yang bernilai RM87.4 bilion atau 58.8 peratus daripada jumlah pelaburan. Projek yang

diluluskan dalam Bukan NKEA juga menyumbangkan pelaburan besar berjumlah RM61.2
billion.
Sektor perkilangan juga dijangka akan kekal sebagai penyumbang utama kepada
pertumbuhan. Pada tahun 2011, Malaysia terus menarik paras pelaburan berkualiti yang
tinggi di dalam sektor perkilangan yang mencerminkan daya saing negara sebagai lokasi
pilihan bagi pelaburan berteknologi tinggi di rantau ini. Sejumlah 846 projek telah diluluskan
pada tahun 2011 dengan pelaburan bernilai RM56.1 bilion berbanding dengan 910 projek
dengan pelaburan berjumlah RM47.2 billion pada tahun 2010. Malaysia kekal sebagai
destinasi yang berdaya saing bagi FDI di rantau ini dan terus menarik paras pelaburan asing
yang menggalakkan dalam sektor perkilangan. Pelaburan asing dalam pelaburan yang
diluluskan pada tahun 2011 berjumlah RM34.2 bilion (61%) berbanding dengan RM29.1
bilion pada tahun 2010. Selaras dengan seruan Kerajaan bagi pelabur domestik untuk
memainkan peranan penting di bawah ETP, pelaburan domestik yang diluluskan di dalam
sektor perkilangan telah meningkat daripada RM18.1 bilion pada tahun 2010 kepada RM21.9
bilion pada tahun 2011. Pelaburan tempatan menyumbang kepada 39 peratus daripada jumlah
pelaburan yang diluluskan pada tahun 2011.

1.3 PELABURAN ASING DAN DOMESTIK

Pada tahun 2010, pelaburan asing dalam projek diluluskan berjumlah RM29.1 bilion, iaitu
31.7 peratus lebih tinggi daripada yang dicatatkan pada tahun 2009 sebanyak RM22.1 bilion.
Ini telah disebabkan oleh peningkatan minat pelabur asing untuk melabur di dalam bidangbidang pertumbuhan baru dan teknologi baru muncul yang bernilai ditambah tinggi,
berteknologi tinggi, berintensif pengetahuan dan kemahiran. Peningkatan pelaburan asing ini
juga disebabkan oleh penambahbaikan dalam ekonomi negara-negara pengeksport modal.

Pelabur domestik juga menunjukkan peningkatan minat yang kukuh untuk melabur di dalam
sektor perkilangan pada tahun 2010. Sejumlah RM18.1 bilion telah diluluskan pada tahun
2010 berbanding dengan RM10.5 bilion pada tahun 2009. Ini menunjukkan peningkatan
sebanyak 72.4 peratus dalam pelaburan modal diluluskan.

1.4 PELABURAN DALAM SEKTOR PERKILANGAN

Malaysia telah menarik tahap pelaburan yang lebih tinggi di dalam sektor perkilangan pada
tahun 2011 berbanding dengan tahun 2010. Sejumlah 846 projek perkilangan dengan
pelaburan sebanyak RM56.1 bilion telah diluluskan pada tahun 2011 berbanding dengan 910
projek perkilangan dengan pelaburan sebanyak RM47.2 bilion pada tahun 2010. Malaysia
terus kekal sebagai lokasi pelaburan yang berdaya saing bagi pelabur asing. Daripada jumlah
pelaburan yang diluluskan, RM34.2 bilion atau 61 peratus adalah pelaburan asing. Ini adalah
hasil daripada minat berterusan pelabur asing untuk melabur dalam projek berkualiti tinggi
dalam bidang-bidang pertumbuhan baru dan teknologi baru muncul yang bernilai ditambah
tinggi, berteknologi tinggi dan berintensifkan pengetahuan serta kemahiran. Pelaburan
domestik yang diluluskan dalam sektor perkilangan meningkat sebanyak 21 peratus kepada
RM21.9 bilion pada tahun 2011 daripada RM18.1 bilion pada tahun 2010. Pelaburan
domestik menyumbang 39 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan pada tahun
2011. Kebanyakan projek yang diluluskan pada tahun 2011 adalah projek baru (511 projek)
dengan pelaburan berjumlah RM33.1 bilion (59%). Daripada jumlah ini, RM12.9 bilion atau
39 peratus adalah pelaburan tempatan manakala RM20.2 bilion atau 61 peratus adalah
pelaburan asing. Trend pembesaran/ kepelbagaian oleh syarikat perkilangan sedia ada
berterusan pada tahun 2011. Daripada jumlah projek yang diluluskan, 335 adalah projek

pembesaran/ kepelbagaian yang melibatkan pelaburan sebanyak RM23 bilion dan


menyumbangkan 41 peratus kepada jumlah pelaburan iaitu:

i.

Projek Berintensifkan Modal


Dengan meningkatnya persaingan dari pengeluar kos rendah seperti Republik
Rakyat China, India dan Vietnam, Malaysia tidak lagi berdaya saing dalam bidang
perkilangan peringkat rendah. Untuk meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai,
Kerajaan akan terus meningkatkan usaha dalam mengenal pasti dan menarik
pelaburan dalam bidang pertumbuhan baru dan teknologi baru muncul, industri
bernilai ditambah tinggi, industri berteknologi tinggi dan berintensifkan modal serta
aktiviti R&D selaras dengan usaha Kerajaan untuk menjadi sebuah negara
berpendapatan tinggi menjelang 2020. Intensiti modal yang diukur berdasarkan
nisbah pelaburan modal bagi setiap pekerja (CIPE), bagi projek yang diluluskan
pada tahun 2011 adalah RM557,894 berbanding dengan RM484,767 pada tahun
2010. Nisbah CIPE bagi projek perkilangan telah menunjukkan trend yang semakin
meningkat sejak tahun 1990 (RM167,638). Ini menggambarkan trend umum ke arah
projek yang lebih berintensifkan modal, bernilai ditambah tinggi serta berteknologi
tinggi. Pada tahun 2011, sebanyak 92 projek dengan pelaburan berjumlah RM100
juta atau lebih telah diluluskan di mana 11 mempunyai pelaburan melebihi RM1
bilion. Pelaburan dalam 92 projek ini bernilai RM46.9 bilion atau 83.6 peratus
daripada jumlah pelaburan yang diluluskan. Projek berintensifkan modal ini
terutamanya adalah dalam industri elektrik dan elektronik (E&E) (28 projek/RM18.7
bilion), produk logam asas (13 projek/RM9.4 bilion), kelengkapan pengangkutan (15
projek/RM4.9 bilion), kimia dan produk kimia (7 projek/RM4 bilion), pengilangan

makanan (10 projek/RM2.6 bilion), produk petroleum termasuk petrokimia (5


projek/RM2.6 bilion) dan produk galian bukan logam (4 projek/RM2.2 bilion).

1.5 PELUANG PEKERJAAN BAGI PEKERJA-PEKERJA BERPENGETAHUAN

Kesediaan guna tenaga mahir dan berbakat di negara ini yang disokong oleh programprogram pembangunan modal insan yang mantap adalah penting bagi syarikat-syarikat
pengilangan untuk bersaing di peringkat global. Perubahan corak guna tenaga dalam sektor
perkilangan ini sedang berlaku dengan peningkatan bilangan rakyat Malaysia yang telah
digaji dalam pekerjaan yang berkemahiran tinggi dan berpendapatan lebih tinggi. Projek yang
telah diluluskan pada tahun 2010, bila dilaksanakan, dijangka akan mewujudkan peluang
pekerjaan sebanyak 97,319 yang mana 74.2 peratus atau 72,221 adalah dalam kategori
berpendapatan tinggi. Sebagai contoh, terdapat peningkatan bilangan pengurus dan jurutera
rakyat Malaysia yang sedang digaji dalam industri seperti solar, elektronik termaju, peralatan
perubatan, aeroangkasa, minyak & gas serta aktiviti R&D/D&D. Tenaga kerja mahir adalah
penting bagi syarikat perkilangan untuk bersaing di peringkat global. Peralihan tenaga kerja
dalam sektor perkilangan telah pun berlaku dengan bilangan guna tenaga di dalam pekerjaan
berkemahiran tinggi semakin meningkat. Projek yang diluluskan pada tahun 2011 dijangka
akan menjana sebanyak 100,533 peluang pekerjaan, di mana 62,584 atau 62.3 peratus adalah
dalam kategori pengurusan, teknikal, penyeliaan dan pekerja mahir. Industri yang dijangka
dapat mewujudkan paling banyak peluang pekerjaan adalah E&E (42,688), kelengkapan
pengangkutan (9,727), produk logam asas (6,653), perabot dan kelengkapan (5,479) dan
pengilangan makanan (5,438).

1.6 PROJEK DILULUSKAN MENGIKUT LOKASI

Negeri Selangor (263 projek), Johor (188 projek) dan Pulau Pinang (109 projek) terus
menerajui dari segi bilangan projek yang diluluskan. Sejumlah 560 projek atau 66.2 peratus
daripada projek yang diluluskan akan ditempatkan di tiga negeri ini. Penumpuan projek di
negeri-negeri ini disumbangkan oleh kewujudan infrastruktur yang lebih maju dengan
sokongan industri sokongan kejuruteraan yang kukuh. Ketiga-tiga negeri ini menyumbang
kepada 336 projek baru atau 65.8 peratus daripada jumlah bilangan projek baru yang
diluluskan pada 2011 dan 66.9 peratus (224 projek) daripada jumlah projek yang diluluskan
untuk pembesaran/ kepelbagaian. Syarikat sedia ada terus melaksanakan projek pembesaran/
kepelbagaian berlandaskan asas perindustrian yang kukuh yang telah dibangunkan di negerinegeri ini.

Berdasarkan nilai pelaburan, negeri Pulau Pinang (RM9.1 bilion), Selangor (RM8.7
bilion), Sarawak (RM8.5 bilion), Johor (RM6.6 bilion) dan Kedah (RM6.1 bilion) telah
menyumbang hampir 70 peratus kepada jumlah pelaburan yang diluluskan pada tahun 2011.
Negeri Pulau Pinang telah mencatatkan tahap pelaburan tertinggi berjumlah RM9.1 bilion.
Pelaburan terutamanya adalah dalam industri E&E (RM7.3 bilion), produk logam asas
(RM715.7 juta), kelengkapan pengangkutan (RM587.6 juta), pengilangan jentera (RM111.3
juta) dan produk logam fabrik (RM94.7 juta). Satu projek utama yang diluluskan di Pulau
Pinang termasuk projek baru milik rakyat asing sepenuhnya dengan pelaburan berjumlah
RM1.8 bilion untuk mengeluarkan substrak termaju untuk semikonduktor. Negeri Selangor
mencatatkan tahap pelaburan kedua tertinggi berjumlah RM8.7 bilion. Pelaburan di Selangor
adalah dalam pelbagai industri seperti industri kelengkapan pengangkutan (RM2 bilion),
E&E (RM1.4 bilion), pengilangan makanan (RM1.3 bilion), produk logam asas (RM1.1

bilion) dan kimia dan produk kimia (RM713.4 juta). Projek utama yang diluluskan di
Selangor termasuk projek baru bernilai RM856 juta milik sepenuhnya rakyat Malaysia untuk
mengeluarkan dan memasang kenderaan komersial elektrik dan hibrid. Negeri Sarawak telah
menarik pelaburan berjumlah RM8.5 bilion, terutamanya berpunca daripada satu projek baru
milik majoriti rakyat Malaysia berjumlah RM2.5 bilion untuk menjalankan pengilangan
bersepadu rod aluminium. Pelaburan di Sarawak adalah tertumpu dalam industri produk
logam asas (RM5.8 bilion), kimia dan produk kimia (RM2.2 bilion), kelengkapan
pengangkutan (RM135.3 juta), produk petroleum termasuk petrokimia (RM100 juta) dan
kayu dan produk kayu (RM85 juta).

1.7 SUMBER UTAMA PELABURAN ASING

Lima sumber utama pelaburan asing dalam projek yang diluluskan pada tahun 2011 adalah
negara Jepun (RM10.1 bilion), Republik Korea (RM5.2 bilion), Amerika Syarikat (RM2.5
bilion), Singapura (RM2.5 bilion) dan Arab Saudi (RM2.2 bilion). Pelaburan asing dari lima
negara tersebut menyumbang 66 peratus kepada jumlah pelaburan asing yang diluluskan
dalam tempoh tersebut.

i. Jepun
Jepun merupakan sumber pelaburan asing terbesar pada tahun 2011, dengan 77 projek yang
diluluskan melibatkan pelaburan berjumlah RM10.1 bilion. Pelaburan dalam projek baru
berjumlah

RM6.9

bilion

(24

projek)

manakala

pelaburan

dalam

projek

pembesaran/kepelbagaian berjumlah RM3.2 bilion (53 projek). Pelaburan dari Jepun adalah
terutamanya dalam industri produk E&E (31 projek/RM9.1 bilion), kelengkapan
pengangkutan (9 projek/RM325.8 juta), produk petroleum termasuk petrokimia (2

projek/RM168.7 juta); produk logam asas (3 projek/RM158.6 juta) dan produk galian bukan
logam (2 projek/RM138.9 juta). Pelaburan besar dari Jepun adalah disumbangkan oleh:
Satu projek baru untuk menjalankan kerja reka bentuk, pembangunan dan pengeluaran
wafer fotovoltaik silikon, sel dan modul dengan pelaburan berjumlah RM4.6 bilion;
Satu projek baru untuk mengeluarkan substrat termaju bagi semikonduktor dengan
pelaburan berjumlah RM1.8 bilion;
Satu projek pembesaran dengan jumlah pelaburan sebanyak RM1.4 bilion untuk
mengeluarkan alat perakam pita video dan pemain termasuk camcorders; mecha deck
untuk alat perakam pita video dan pemain serta camcorders; pemacu cakera CD-ROM;
sistem stereo hi-fi dan perakam radio/kaset .

ii.

Republik Korea

Republik Korea adalah pelabur asing kedua terbesar dengan jumlah pelaburan sebanyak
RM5.2 bilion. Pelaburan Korea adalah dalam 10 projek, di mana tujuh daripadanya
merupakan projek baru dan tiga adalah projek pembesaran/kepelbagaian. Pelaburan besar
dari Republik Korea kebanyakannya adalah daripada:
Satu projek baru milik sepenuhnya rakyat asing dengan pelaburan berjumlah RM2.2 bilion
bagi pengeluaran bateri lithium ion; dan
Satu projek baru milik sepenuhnya rakyat asing dengan pelaburan berjumlah RM1.1 bilion
untuk pengeluaran kaca fungsi fotovoltaik.

iii.

Amerika Syarikat

Amerika Syarikat merupakan pelabur ketiga terbesar dengan pelaburan sebanyak RM2.5
bilion dalam 21 projek. Pelaburan dari Amerika Syarikat kebanyakannya adalah dalam projek
pembesaran/kepelbagaian yang berjumlah RM2.4 bilion (12 projek) manakala pelaburan

dalam projek baru berjumlah RM145.8 juta (9 projek). Pelaburan besar dari Amerika Syarikat
adalah seperti berikut:
Satu projek kepelbagaian bagi pengeluaran instrumen pengukur elektronik serta peralatan
analisis bio dan kimia dengan pelaburan sebanyak RM967.8 juta;

Satu

projek

pembesaran

untuk

reka

bentuk,

pembangunan

dan

pengeluaran

wafer/sel/modul/panel fotovoltaik silikon dengan pelaburan berjumlah RM668.4 juta; dan


Satu projek pembesaran untuk mengeluarkan litar bersepadu dan menjalankan aktiviti
pengujian peranti semikonduktor dengan pelaburan sebanyak RM600 juta.

iv.

Singapura

Singapura terus menjadi sumber utama pelaburan pada tahun 2011 dengan RM2.5 bilion
dalam 88 projek yang diluluskan. Pelaburan dari Singapura dalam projek baru berjumlah
RM1.5 bilion (43 projek) manakala pelaburan dalam projek pembesaran/kepelbagaian
berjumlah RM997.9 juta (45 projek). Pelaburan Singapura adalah tertumpu dalam industri
pengilangan makanan (13 projek/RM1.1 bilion) dan E&E (16 projek/RM476.3 juta). Projek
utama yang diluluskan termasuk projek bernilai RM270 juta untuk pengeluaran minyak
sawit, minyak isirong sawit dan produk berasaskan sawit seperti lemak interesterified, lemak
ais krim, pengganti mentega koko, lelemak/lemak bakeri dan minyak sayuran lain seperti
minyak kacang soya, minyak bunga matahari, minyak jagung, minyak biji sesawi dan minyak
campuran.

v.

Arab Saudi

Arab Saudi adalah sumber kelima terbesar pelaburan asing pada tahun 2011 dengan
pelaburan berjumlah RM2.2 bilion. Pelaburan dari Arab Saudi adalah dalam satu projek baru
yang melibatkan pengeluaran silikon polihabluran, natrium hidroksida (soda kaustik), klorin,

hidrogen, asid hidroklorik, silikon tri-klorida, silikon tetra-klorida, mixed chlorosilane,


oksigen dan nitrogen.

Sumber pelaburan asing utama lain dalam projek yang diluluskan adalah Taiwan (RM1.0
bilion), Belanda (RM934.6 juta), Kepulauan British Virgin (RM889.9 juta), China (RM639.5
juta) dan Switzerland (RM574.1 juta).

1.8 LANGKAH-LANGKAH YANG DILAKSANAKAN

Model Baru Ekonomi (NEM) telah menggariskan beberapa pelan tindakan bagi
meningkatkan peranan sektor swasta dan untuk menjadikan Malaysia berdaya saing di
peringkat global bagi para pelabur. Pelbagai langkah-langkah dan inisiatif yang berterusan
telah dilaksanakan oleh Kerajaan bagi memastikan Malaysia mencapai objektif untuk
menjadi sebuah negara maju dan ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2010. Antara
langkah-langkah yang telah diambil termasuk:

Penubuhan Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI) di MIDA untuk


menilai dan meluluskan projek pelaburan serta memaklumkan keputusan kepada
syarikat pada masa yang singkat (real time); dan

Penubuhan Pasukan Petugas Khas Mengenai Pelaburan pada Julai 2010 bagi
menyelaras aktiviti penggalakan pelaburan dan maklumat statistik di kalangan
wilayah-wilayah koridor.

MIDA juga sedang dalam proses pengkorporatan bagi memberinya fleksibiliti dalam menarik
pelaburan dan menjadikannya sebagai sebuah Agensi Penggalakan Pelaburan yang lebih
efektif.

1.9 TINJAUAN PELABURAN BAGI TAHUN 2011

Berdasarkan kepada Laporan UNCTAD World Investment 2010, aliran masuk FDI global
dijangka akan meningkat kepada US$1.3 US$1.5 trilion pada tahun 2011, dan seterusnya
kepada US$1.6 US$2 trillion pada tahun 2012. Bank Negara Malaysia telah melaporkan
bahawa bagi sembilan bulan pertama tahun 2010, aliran masuk FDI ke Malaysia telah
melonjak kepada RM17.1 bilion daripada RM5 bilion bagi keseluruhan tahun 2009. Kaji
selidik UNCTAD World Investments Prospects 2010-2012 juga menunjukkan hasrat pelabur
yang semakin kukuh dan optimis terhadap perniagaan untuk terus mengembangkan operasi di
luar negara pada tahun 2011 dan 2012.

Berdasarkan senario tersebut, aliran masuk FDI global ke Malaysia dijangka akan
terus meningkat pada tahun 2011 dan tahun-tahun seterusnya. Kerajaan akan terus
memperhalusi polisi dan insentifnya, serta mengambil langkah-langkah bagi menambah baik
sistem penyampaian awam untuk memastikan Malaysia terus mengekalkan daya tarikannya
sebagai destinasi pelaburan pilihan. Kerajaan telah memulakan transformasi jangka panjang
yang terperinci dan komprehensif bagi memastikan negara kekal di landasannya bagi
mencapai ekonomi maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. MIDA akan terus
memainkan peranan utama bagi memastikan peningkatan ketara dalam aktiviti pelaburan di
dalam 12 NKEA dan sektor utama lain.

2.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, menurut teori Keynes wujud dalam jangka panjang di Malaysia, yang
bererti pendapatan negara dominan dipengaruhi oleh jumlah perbelanjaan kerajaan. Senario
ini sebenarnya menggambarkan kepentingan peranan yang dimainkan oleh perbelanjaan
kerajaan persekutuan untuk menjana pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang, terutama
sekali menerusi projek penyediaan infrastruktur yang akan memberi manfaat terhadap semua
negeri di Malaysia. Namun, disebabkan pelaksanaan projek sebegini kebiasaannya memakan
masa yang lama, maka dua perkara harus diteliti. Pertama, perancangan bagi projek-projek
ini perlulah dibuat secara teliti oleh tenaga pakar dan profesional terutama sekali dari aspek
peruntukan kos dengan mengambil kira pergerakan tingkat harga di pasaran. Pemilihan
projek pula perlulah dilakukan dengan berasaskan kepada keutamaan, yang mana projek yang
dilihat berstatus kritikal perlu diutamakan. Kedua, apabila sesuatu projek itu telah
dilaksanakan, maka perlu ada jawatankuasa daripada kalangan pakar dan profesional yang
akan memantau perjalanan projek tersebut sehingga ia berjaya diselesaikan dan memberi
manfaat kepada kumpulan sasaran. Perlu ditegaskan di sini bahawa kegagalan projek-projek
pembangunan yang dibiayai oleh perbelanjaan kerajaan akan merugikan banyak pihak kerana
kegagalan projek tersebut disiapkan bererti belanja yang telah diperuntukkan atas projek
tersebut secara automatik akan menjadi tidak produktif walaupun sektor tersebut merupakan
sektor yang produktif.

Walaupun begitu, dalam jangka pendek, didapati banyak komponen perbelanjaan


awam yang dipengaruhi oleh pendapatan negara, lantas ini mencerminkan wujud hukum
Wagner dalam jangka pendek. Hal ini juga menggambarkan bahawa kerajaan sentiasa
mengubah struktur perbelanjaannya terhadap sektor tertentu berdasarkan keadaaan ekonomi

semasa. Sekiranya negara dilanda kegawatan ekonomi, maka kerajaan perlu menambah
peruntukan kerajaan terhadap sektor yang dilihat dapat membantu pemulihan ekonomi dalam
jangka pendek. Pelarasan terhadap struktur perbelanjaan kerajaan ini juga harus diterap dalam
jangka panjang memandangkan peranan yang dimainkan oleh sektor swasta dalam
membangunkan ekonomi negara juga semakin penting. Apabila kurangnya kebergantungan
isi rumah dan sektor korporat, terutama sekali di bandar, terhadap perkhidmatan awam seperti
pendidikan, kesihatan dan perhubungan, maka ini membolehkan kerajaan menyalurkan lebih
bantuan kewangan dan bukan kewangan untuk membangunkan kawasan luar bandar agar
jurang pembangunan antara kawasan dapat dikurangkan. Apa yang perlu ditekankan dalam
pengurusan kewangan fiskal ialah kerajaan perlu sentiasa memperuntukkan belanjawan
terhadap komponen atau sektor yang diyakini mampu mencapai matlamat ekonomi dan sosial
dalam jangka pendek dan panjang. Ini sekali gus menggambarkan bahawa tidak semestinya
kerajaan perlu sentiasa menambah belanja dari setahun ke setahun, tetapi kerajaan perlu
sentiasa merombak peruntukan terhadap komponen perbelanjaan bergantung pada keperluan
semasa. Oleh yang demikian, kerajaan akan dapat mengelak daripada terperangkap dalam
defisit fiskal dan hutang awam yang berpanjangan. Selain itu, bagi membolehkan
perkhidmatan awam disalurkan dengan lebih cekap ke seluruh negara, kerajaan persekutuan
juga boleh mengagihkan lebih kuasa kepada kerajaan negeri dan kerajaan tempatan berkaitan
soal peruntukan perbelanjaan kerajaan mengikut sektor di kawasan tertentu, dengan syarat
kerajaan negeri dan kerajaan tempatan membentuk kualiti pengurusan awam yang setanding
dengan pengurusan awam di peringkat kerajaan persekutuan. Ini secara langsung akan
membolehkan perkhidmatan awam dapat dinikmati oleh masyarakat dengan lebih efisien dan
saksama.

Secara keseluruhannya, impak perbelanjaan kerajaan terhadap pembangunan ekonomi dan


sosial bagi sesebuah negara tidak dapat dinafikan di negara maju sekalipun. Namun, struktur
atau agihan mengikut komponen bagi perbelanjaan kerajaan ini haruslah sentiasa diteliti
secara mendalam, terutama sekali tertakluk kepada kitaran ekonomi semasa agar negara tidak
mengalami terjerumus dalam kancah kemelesetan ekonomi yang berpanjangan. Oleh kerana
bentuk perindustrian berat yang rumit itu tidak menggalakkan melibatkan sektor swasta
dalam negeri, maka Kerajaan nampaknya terpaksa mengambil daya utama untuk
menjalankan industri ini dan membiarkan pelabur swasta menjalankan industri sampingan
bagi komplimen industri berat itu. Ini dengan sendirinya akan mempertingkatkan proses
perindustrian dan memperluaskan asas perindustrian yang diperlukan bagi industri berat.
Buat beberapa ketika pergantungan kepada teknologi asing tidak dapat dielakkan, tetapi
dengan penyusunan cara pemindahan teknologi yang teratur, ianya akan dapat dikurangkan
sedikit demi sedikit sehingga akhirnya Malaysia boleh mewujudkan teknologinya sendiri.
Selain dari itu, langkah yang patut diambil ialah dengan memberikan intensif yang sesuai
kepada industri dalam negeri bagi membolehkan ia merangka 'capital saving equipment'
melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan mereka. Berdasarkan pencapaian yang telah
diperoleh dalam dasar perindustrian negara selama ini, dasar industri berat ini juga akan
mencapai kejayaan yang sama jika pendekatan yang sesuai dibuat.

Anda mungkin juga menyukai