Anda di halaman 1dari 13

CONTOH KERTAS KERJA PENGELOLAAN

PERTANDINGAN BOLA BALING SISTEM KALAH


MATI

1.0 PENDAHULUAN
"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi
negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin"
merupakan Falsafah Pendidikan Guru yang digubal untuk bertujuan merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Oleh yang demikian, seseorang bakal guru perlulah didedahkan teori
bahkan amali P&P daripada pelbagai aspek supaya apabila tamat kursus nanti dapat
merealisasikan dan melaksanakan P&P menepati cita-cita yang termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan .

2.0 RASIONAL
Penganjuran pertandingan ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada guru pelatih
untuk mempelajari cara mengelolakan sesuatu pertandingan sama ada peringkat
sekolah/daerah/bahagian/negeri/ peringkat negara. Seterusnya,peganjuran pertandingan bola
baling ini juga tidak langsung dapat membentuk sahsiah keguruan dalam diri pelatih dan sebagai
persediaan awal untuk menghadapi suasana baru bila ditempatkan mengajar kelak.

3.0 MATLAMAT
Pengolalaan pertandingan ini bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih untuk
memperkayakan pengalaman agar ilmu ini dapat digunakan semasa di alam pengajaran nanti.
Seterusnya, guru-guru pelatih juga dapat melengkapkan dirinya dengan pelbagai kemahiran
pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan Standard Guru Malaysia(SGM) disamping
dapat melatih dan membina kekuatan fizikal,emosi dan mental guru pelatih.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk meneroka kebolehan mereka dalam

mengelolakan suatu pertandingan dan Mencungkil bakat dalam diri guru pelatih untuk
mengendalikan sesuatu pertandingan.

4.2 Dapat memberi pengalaman yang berguna kepada guru pelatih untuk diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran.

4.3 Membina kerjasama dan semangat patriotik antara guru pelatih.

5.0 TARIKH DAN MASA

5.1 Tarikh : 8-9 Ogos 2011

5.2 Masa : 7.00 am-7.00 pm (08 Ogos 2011)

: 7.00 am-4.00 pm (09 Ogog 2011)

6.0 TEMPAT

Gelangang bola baling Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor

7.0 PENYERTAAN

Terbuka kepada semua warga ppismp ambilan jun 2011

8.0 KEEWANGAN

SUMBERKEWANGAN
BIL
PERKARA
Yuranahlikumpulan
96orangxRM5.00
1.
Yuranpendaftaranpasukan

jumlah
RM480

RM160

8pasukanxRM20.00
2.
Sumberkewangankeseluruhan RM640
PERBELANJAAN
Makanandanminuman
96orangxRM10
1.
Hamper
RM50x1(Johan)
2. RM40x1(NaibJohan)
RM30x1(Ketiga)
AirMineral
15kotakuntuk2hari
3.
AlatTulis
KertasputihA4x1bungkus
4. Cellophanetapex3gelung
Penx20batang
Manilakadx20keping
Whiteboardmarkerx20batang
Plastikbeghitam
Cenderamatapengadil/pegawai
5xCawanIPGKTI
5.

RM960

RM120

Memohondaripadapihakstor

Memohondaripadapihakstor

Memohondaripadapihakstor

9.0JAWATANKUASAJAWATANKUASAINDUK

PenaungITuanHajiMohdSaidBinHasran
(PengarahIPGKampusTemenggongIbrahim)

PengerusiTuanHajiAbuBakar
(TimbalanPengarahPengurusandanPentadbiran,
IPGKampusTemenggongIbrahim)
SetiausahaEncikSanifBinSapaat
(KetuaUnitKokurikulum,
IPGKampusTemenggongIbrahim)


PenyelarasEncikZainalMohdAmin
(PensyarahPenasihatGerkoBolaBaling,
IPGKampusTemenggongIbrahim)

BendahariPuanNorhayatiBintiIbrahim
(PengawaiEksekutifKanan,IPGKampus
TemenggongIbrahim)

JAWATANKUASAPENGELOLA

Pengerusi:RazianRashid
NaibPengerusi:Hawarieismail
:Leyiqi

:StefaenusOlverSabin

:Vincentandam
Bendahari:BrendaJude
:Anasuhana

AJKTeknikal:Mohd.HaziqOthman
:Aimanhaziq

JKPeralatan:SooChiYang(K)
BoonHueyChie
ChiarPheiJing
TingYingFen
TienHuiFang

MohdAmirulHasifBinYusuf
MuhammadFirdausBinFadzil
MuhammadRazaliBinDaud
JKMakanan/Minuman:YongHuiYun:ToongMeiKee

JKBukuProgram:ChiengAiLing(K)
ChoiPickCheng
SitiAsmiraBintiJusoh
NorliyanabintiSahdan
VickyChia
JKCenderahatidanSijil:GraceHewLiSing(K)
LauPohDing
SuHuiHuan

JKKeselamatandanKebajikan:TiangLiTeen(K)
ChinSweeYean
NurulHafizahBintiKhmis
NurSuhailahBintiShahril
JKPerasmian:LeeWeePei(K)
LohFengChing
NurshahiraHazlinaBintiAbdulHalim
NurAmalinaAlinaBintiYusof
AJKDokumentasi:NurJannahBintiMohdAli(K)
HamSiewMei
AJKPengadil:MuhammadFaizalBinCheMat(K)
AmirahHusnaBintiMohamadHabib
NorFazniraBintiRamli
MunirahBintiMusa

10.0 ATURCARA PERTANDINGAN

Jadual masa:

08ogos2011
Masa
7.007.30am
7.308.00am
8.0012.00pm
12.001.00pm
1.007.00pm

Perkara
Pendaftaran
Pembukaanrasmi
Pertandingandimulakan(pusinganawalkalahmati)
Rehat
Teruskanpertandingan(pusinganawalkalahmati)

09Ogos2011
Masa
7.007.30am
7.3012.00pm
12.002.00pm
2.003.00pm
3.004.00pm

Perkara
Pendaftaran
Pertandingandimulakansecarasistemkalahmati
Rehat
Pertandinganpusinganakhirsecarasistemkalahmati
Penyampaianhadiahdanmajlispenutupan

11 PERATURAN BOLA BALING TAHUN 2011

11.1 PENDAFTARAN :

11.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan 12 pemain sahaja dengan menggunakan borang
pendaftaran yang disediakan.

11.3 Setiap pasukan yang mendaftar dimestikan mendaftar nama pegawai berikut bagi pasukan
masing-masing.

Pengurus Pasukan

Jurulatih

11.4 KUMPULAN / JENIS PERTANDINGAN

L12 / P12 / L15 / P15 / L18 / P18

12 PAKAIAN

Semua pemain dikehendaki memakai jersi, baju T atau bips yang sama warnanya dengan
nombor masing-masing di depan dan belakang.

12.1 Di mana terdapat dua pasukan yang memakai pakaian yang sama warnanya, keputusan
siapa yang menukar pakaiannya ialah pasukan yang namanya disebut dahulu dalam borang
pertandingan.

12.2 Semua pemain diwajibkan memakai kasut serta sarung kaki. Kasut yang berstud enam,
berpaku dan membahayakan keselamatan pemain lain tidak dibenarkan sama sekali.

12.3 Ketua pasukan tidak perlu memakai tanda( captain arm guard )

13 MASA PERMAINAN

Setiap permainan terdiri daripada dua bahagian. 15 minit setiap separuh masa dan rehat 3 minit.
(15.3.15)

*diputuskan dalam mesyuarat pengelolaan peringkat zon dan negeri.Masa Rehat Pasukan (1
minit )

(a) Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out) sekali bagi setiap
separuh masa.

(b) Pegawai yang berdaftar bagi setiap perlawanan sahaja dari mana-mana pasukan dibenarkan
memohon masa rehat dengan menyerahkan KAD HIJAU berukuran 15 cm x 20 cm kepada
Penjaga Masa (Time Keeper).

(c) Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran berhenti untuk masa rehat 1 minit :-

Semasa pasukannya mengawal bola.

Selepas pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol dari pasukan sendiri
setelah bola tersasar keluar.

14 SISTEM PERTANDINGAN

14.1Pertandingan ini dijalankan secara KALAH MATI

14.2Pasukan yang mendapat jumlah mata yang terbanyak dikira MENANG.

14.3Sistem pemberian mata bagi pertandingan LIGA :

14.4Menang : 3 mata

Seri : 1 mata

Kalah : 0 mata

14.5 WALKOVER : Tindakan Walkover tidak akan dilayan. Mana-mana pasukan yang
mengambil tindakan ini tidak akan dibenarkan meneruskan perlawanannya dan kesemua
perlawanan sebelumnya itu akan dikira tidak sah. Pasukan yang memberi Walkover mesti
memberi alasan bertulis mengapa

pasukan tersebut bertindak begitu kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola dan Salinan
kepada Pengarah Pendidikan Negeri.

14.6 Dalam pertandingan sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata
yang sama , keputusan muktamad akan ditetapkan mengikut cara-cara yang teratur di bawah:

14.7 Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang.

14.8 Jika masih seri, pasukan yang lebih jaringan gol akan dikira menang.

14.9 Jika masih seri, pasukan yang kurang kena gol akan dikira menang.

14.10 Jika masih seri lagi, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.Jika
masih seri lagi, cabutan undi akan dijalankan.

14.11 SINGKIR ( Kad Merah ) dan BATAL

14.12 Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima kad merah atau hukuman singkir
dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya.

14.13 Jika seorang pemain atau pegawai menerima kad merah atau hukuman singkir kali kedua,
dia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang permainan di mana pasukannya
bermain sehingga LEMBAGA TATATERTIB membuat keputusan.

14.14 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima hukuman batal , ia tidak
dibenarkan bermain atau berada di gelanggang dimana pasukannya bermain sepanjang
kejohanan tersebut.

15 SISTEM KALAH MATI


Bagi perlawanan secara kalah a mati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa langkahlangkah berikut akan dipatuhi untuk memutuskan pemenangnya:

15.1 Perlawanan masa tambahan 5 minit setiap separuh masa akan dijalankan setelah rehat
selama lima minit.Jika masih seri sistem balingan 7 meter mengikut peraturan IHF akan
dijalankan.

sistemkalahmati

16 SISTEM BALINGAN 7 METER

Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan 7 meter secara berselang seli oleh 5 orang
pemain.Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan oleh 5 orang pemain
secara berselang seli dengan sehingga keputusan diperolehi.

16.1 Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan.

16.2 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat balingan
dahulu.

16.3 Hanya pemain-pemain yang layak menyertai perlawanan tersebut dibenarkan mengambil
balingan 7 meter.

16.4 Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol pasukan mestilah
berada diluar garisan balingan percuma.

16.5 Semua pemain lain hendaklah berada digarisan tengah gelanggang.

16.6 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter dijalankan.

17 KELEWATAN

Hanya 10 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak lawannya
akan diberikan kemenangan dengan 3 mata dan dengan bilangan gol 3 0.

18 BANTAHAN

Segala bantahan mestilah dibuat secara bertulis menggunakan borang yang disediakan,dalam
masa 30 minit setelah keputusan diumumkan dan disertakan RM300.00. Wang tersebut tidak
akan dikembalikan jika didapati bantahan itu tidak diterima.Keputusan Juri adalah muktamad.

19 JURI RAYUAN

Terdiri daripada :

19.1. Pengerusi Teknik Bola Baling MSSPP / ZON

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / Pengerusi Teknik Pertandingan/Pengerusi Pengadil1

19.2. Orang Pegawai / Pengurus pasukan yang dipilih oleh Jawatankuasa Pengelola.

20 PERATURAN BARU

20.1. Sekiranya terdapat balingan percuma selepas wisel penamat dibunyikan oleh penjaga
masa, ia perlu diambil. Pasukan yang mendapat balingan itu hanya boleh menukar seorang
pemain sahaja, iaitu pembaling balingan percuma tersebut. Pemain lain termasuk dari pihak
bertahan tidak dibenarkan melakukan sebarang pertukaran.

(peraturan 2:5)

20.2. Tidak ada time out untuk balingan 7 meter kecuali berlaku dalam keadaan-keadaan
tertentu seperti bola terkeluar jauh atau pemain dikenakan hukuman (kad kuning / 2 minit / kad
merah / singkir). Hanya pembaling dan penjaga gol yang dibolehkan untuk pertukaran.

(peraturan 2 :8)

20.3. Mana-mana pegawai yang dibenarkan masuk ke padang oleh pengadil untuk rawatan
pemain yang cedera tidak dibenarkan memberi arahan kepada pasukan, menghampiri pengadil
atau pasukan lawan. Sekiranya berlaku, pegawai tersebut boleh dikenakan hukuman atas dasar
tiada semangat kesukanan.

(peraturan 4:11)

20.4. Tidak ada ketua pasukan. Mana-mana pemain atau pegawai boleh terlibat dalam
lambungan duit syiling untuk permulaan perlawanan.

(peraturan 4:1)

20.5. Hanya 2 orang pegawai atau pemain yang didaftar boleh masuk ke padang untuk rawatan
pemain yang cedera atas arahan pengadil.

(peraturan 4:1)

20.6. Untuk balingan permulaan, pembaling mesti memijak garisan tengah dengan sekurangkurang sebelah tapak kaki dan berada di posisi itu sehingga bola dilepaskan. Rakan pasukan
tidak dibenarkan melintas garisan tengah padang sehingga tiupan wisel.

(peraturan 10.3)

20.7. Isyarat pasif play batal sekiranya bola terkena tiang gol atau penjaga gol serta terdapat
pemain pertahanan yang mendapat hukuman.

(klarifikasi no 4)

20.8. Sebarang posisi yang tidak betul pemain pasukan menyerang yang mendapat balingan
percuma atau balingan ke dalam, perlu diperbetul oleh pengadil.

(peraturan 15.6)

20.9. Sekiranya bola terkena siling, balingan ke dalam diberi pada kedudukan yang terhampir
kepada pasukan lawan.

(peraturan 11.3)

20.10. Sewaktu team time out, pemain pasukan boleh berada di dalam atau luar gelanggang.

(klarifikasi no 3)

22 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan-peraturan ini dan undang-undang
Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusan adalah
muktamad.

23 PENUTUP
Diharapkan agar semua guru pelatih dapat mengelolakan sesuatu pertandingan dengan
jayanya.Aktiviti ini juga diharapkan dapat dijadikan sebagai batu loncatan bagi memperkasakan
ilmu pengetahuan dalam diri guru pelatih disamping aktiviti ini juga dapat mengeratkan lagi
hubungan silaturahim antara guru pelatih dan pelajar.Akhir sekali,semoga semua guru-guru
pelatih mendapat sesuatu pengalaman yang berguna daripada aktiviti seumpama ini.