Anda di halaman 1dari 32

MODUL LDK DAN FASILITATOR

ICE BREAKING
Masa : 1 jam
Bahan : Kain dan marker pen.
Tujuan
Menanamkan sifat kepimpinan dan potensi dalam diri peserta.
Melatih bagaimana bermesyuarat, membuat keputusan yang rasional dalam membuat perancangan.
Menimbulkan nilai-nilai murni.
Kaedah
Peserta dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan.
Peserta diminta untuk melukis logo kumpulannya, lengkap dengan organisasi dan maklumat
mengenai logo tersebut.
LATIHAN DALAM KELOMPOK 1
Masa : 2 jam
Aktiviti 1 : Taaruf Berantai
Masa : 30 minit
Objektif
Mengenal ahli-ahli dengan lebih rapat.
Melatih peserta untuk mengingati nama-nama ahli dan juga fasi.
Kaedah
Fasi dan ahli-ahli kumpulannya duduk di dalam bulatan.

Fasi menerangkan tujuan kita mengenali sahabat-sahabat.


Fasi akan memperkenalkan dirinya dahulu dan kemudian barulah diikuti oleh anak buahnya.
Perkara yang perlu disebut adalah nama, panggilan manja, sekolah, latar belakang keluarga dan
perkara-perkara yang difikirkan perlu.
Selepas giliran peserta pertama, peserta kedua hendaklah menyebut nama peserta pertama dahulu
kemudian baru memperkenalkan dirinya.
Begitulah untuk peserta-peserta seterusnya secara berantai.
Aktiviti 3 : Surat Muhasabah
Masa : 15 minit
Bahan : Surat
Objektif
Mengenal pasti kejujuran peserta dalam menilai sahabatnya sendiri.
Mengesan kelemahan dan kekuatan dalam diri peserta.
Kaedah
Kedudukan masih dalam keadaan bulatan.
Fasi akan memberikan sedikit taklimat berkenaan surat muhasabah.
Peserta akan dibahagikan secara berpasangan dan tidak dimaklumkan siapa pasangannya.
Sepanjang program, peserta akan menilai pasangannya dari setiap sudut dan aspek.
LATIHAN DALAM KELOMPOK 3
Masa : 2 jam
Aktiviti 1 : Pokok Ajaib

Masa : 30 minit
Kaedah
Pilih peserta pertama membaca handout. Baca dengan kadar biasa. Kemudian, fasi meminta peserta
lain untuk cuba membuat gambaran. Jika kelihatan mereka ragu-ragu, maka minta peserta lain
untuk cuba membaca pula. Ulang sebanyak empat kali jika kelihatan peserta masih ragu-ragu dan
akhirnya fasi tunjukkan jawapan beserta penerangan.
Objektif
Fikir dahulu baik dan buruknya.
Kita perlu berhati-hati dalam membuat satu tindakan.
Dengar dahulu sebelum membuat tindakan.
Cerita :
Diceritakan pada satu masa dahulu, terdapat sebatang pokok ajaib di Negeri Tanjung Karma. Pokok itu
bercabang tiga bermula di pangkal. Terdapat tiga cabangdahan pada cabang yang pertama di pangkal di
mana pada cabang yang kedua daripada cabang yang kedua daripada cabang yang pertama di pangkal,
terdapat dua cabang dahan yang lain.
Cabang yang kedua di pangkal mempunyai tiga cabang dahan. Terdapat dua cabang yang lain pada
cabang yang ketiga daripada cabang yang kedua di pangkal dan pada cabang yang ketiga di pangkal
poko, terdapat dua cabang dahan.
Pada cabang yang kedua daripada cabang kedua di cabang yang pertama yang berasal dari pangkal,
terdapat tiga biji buah tetapi tiada dan pelepah. Terdapat tiga daun pelepah tetapi tiada buah pada
cabang yang pertama daripada cabang ketiga di cabang kedua yang berasal daripada pangkal. Dan pada
cabang yang pertama daripada cabang ketiga di pangkal, tiada buah dan pelepah tetapi terdapat tiga
ekor monyet.
Aktiviti 2 : Persediaan untuk malam amal.
Masa : 2 jam

Kaedah
Latihan bersama fasi
LATIHAN DALAM KELOMPOK 4
Masa : 1jam
Aktiviti 1: Saya OK
Masa : 30 minit
Bahan : Kertas A4 dan pen.
Objektif
Menumpukan kepada kemahiran mengenal potensi diri.
Melihat pegangan hidup peserta.
Memastikanahli kelompok dapat mengenal pasti matlamat penglibatan sepanjang program.
Kaedah
Peserta dikehendaki menulis saya ok pada pagi ini kerana.
Peserta dikehendaki menyenaraikan lima pernyataan positif tersebut.
Fasi wujudkan suasana perbincangan dengan mengajukan soalan :
Adakah sukar bagi anda untuk meluahkan pernyataan positif.
Apa yang akan berlaku jika anda berfikiran seperti sedemikian.
Apakah kesan yang paling teruk jika anda dalam situasi yang mempunyai tekanan.
Aktiviti 2: Penyerahan Surat Muhasabah
Masa : 15 minit

Bahan : Surat Muhasabah


Kaedah
Peserta diminta untuk menyerahkan surat muhasabah kepada pasangannya.
Peserta juga diminta untuk membuta ulasan mengenai surat tersebut.
Aktiviti 3: Kesimpulan
Masa : 15 minit
Kaedah
Fasi membuat kesimpulan.
Latihan Dalam Kelompok ( LDK )
Slod 1 : Taaruf
Aktiviti 1 : Taaruf Berantai
Masa : 10 minit
Objektif
Mengenal ahli-ahli dengan lebih rapat.
Melatih peserta untuk mengingati nama-nama ahli dan juga fasi.
Kaedah
Fasi dan ahli-ahli kumpulannya duduk di dalam bulatan.
Fasi menerangkan tujuan kita mengenali sahabat-sahabat.
Fasi akan memperkenalkan dirinya dahulu dan kemudian barulah diikuti oleh anak buahnya.
Perkara yang perlu disebut adalah nama, panggilan manja, sekolah, latar belakang keluarga dan
perkara-perkara yang difikirkan perlu.

Selepas giliran peserta pertama, peserta kedua hendaklah menyebut nama peserta pertama dahulu
kemudian baru memperkenalkan dirinya.
Begitulah untuk peserta-peserta seterusnya secara berantai.
Atau
Aktiviti 2 : Taaruf Posmen
Masa : 10 minit
Objektif
Menghilangkan sifat pemalu peserta untuk bertanya ataupun memperkenalkan dirinya.
Menghilangkan rasa mengantuk dikalangan peserta atau ahli.
Kaedah
Fasi duduk di dalam bulatan kelompoknya.
Fasi menerangkan secara ringkas tujuan kita mengenali seseorang.
Ahli-ahli diminta untuk mengeluarkan kertas kosong.
Fasi memberi masa selama 5 minit kepada ahli-ahli untuk mendapatkan segala maklumat daripada
semua ahli-ahli di dalam kelompoknya walau apa cara sekalipun.
Fasi akan memilih dikalangan peserta untuk membentangkan maklumat rakan-rakannya.
Fasi memberi kesimpulan bagaimana perasaan kita apabila orang mengenali diri kita.
Slod 2: Wasiat
Masa : 15 minit
Objektif
Merapatkan lagi hubungan ukhuwwah dikalangan peserta dan fasi.

Mengenal kelemahan dan kekurangan diri.


Kaedah
Peserta diminta mencari pasangan dikalangan ahli kelompok.
Fasi meminta setiap pasangan menulis keburukan dan kekurangan pasangannya di muka hadapan
sekeping kertas.
Kemudian, dibahagian belakangnya dituliskan wasiat ataupun pesanan buat sahabat.
Fasi akan mengutip kembali kesemua kertas-kertas dan ahli diingatkan supaya tidak mendedahkan
kepada pasangannya.
Fasi menyerahkan kertas-kertas tersebut kepada nama pemiliknya.
Fasi membuat rumusan.
Slod 3 : Pelan Tindakan
Masa : 35 minit
Objektif
Mengenal kekuatan diri.
Menyediakan diri bagi menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup.
Mengetahui persepsi keburukan diri dan harapan seorang sahabat.
Kaedah
Fasi akan menerangkan tujuan dan kaedah aktiviti 3K.
Peserta diminta menyenaraikan 3 kekuatan yang sedia ada dalam dirinya.
Setiap peserta diminta membentangkan kekuatan tersebut.
Fasi memberi kesimpulan terhadap kesemua aktiviti yang dijalankan.

MODUL BENGKEL PEMUDAHCARA BINA INSAN


ICE BREAKING (JEJAK INSAN)
Objektif
Menanamkan sifat inginkan kawan dalam diri peserta
Menyatukan peserta menjadi satu kelompok yang bersatu
Membina semangat setiakawan dalam diri peserta
Memecahkan peserta kepada beberapa kelompok kecil
Melihat bagaimana perhubungan mereka sebelum ini
Gerak Kerja
Fasi mengeluarkan kertas yang memastikan peserta mendata tandatangan daripada
ciri-ciri individu yang tertulis di kertas.
Peserta dikehendaki mendapat tandatangan sebanyak 50 individu yang ciri-cirinya ada di kertas.
Fasi akan melakukan proses penyatuan kelompok melalui kaedah sinar nombor.
Kelompok dikehendaki 1) Namakan Kelompok 2) Etika Kelompok 3) Wujudkan ketua kelompok 4)
Logo
LDK 1 (POHON / POKOK MUHASABAH DIRI)
Objektif
Mengenal watak dan perilaku ahli lain
Mewujudkan kejelikitan di kalangan ahli kelompok
Mencari sifat sebenar ahli kelompok
Bagaimana ingin mengetahui dan memahami tingkah laku dan perilaku ahli kelompok.

Gerak Kerja
Peserta diberikan kertas A4 dan dikehendaki melukis pokok selain pokok pinang,
pisang, kelapa sawit dan salak.
Fasi mengumpul dan menafsirkan perwatakan ahli kelompok berdasarkan sifat yang ditunjukkan
melalui lukisan pokok muhasabah tersebut.
Dapatkan persetujuan ahli mengenai tafsiran yang dibuat ke atasnya.
Asimilasikan dengan sifat atau akhlak yang baik atau sebaliknya.
LDK 2 (THE LAST GENERATION)
Objektif
Melihat kepintaran kelompok memberi pendapat
Memastikan kelompok mempunyai ide yang bernas
Melihat bagaimana pencapaian inkuri ahli kelompok
Disiplin ahli dengan peraturan yang telah ditetapkan
Mendapatkan gambaran sebenar mengenai tahap kesabaran dan tolak ansur ahli
kelompok
Gerak Kerja
Peserta dipecahkan kepada dua kumpulan besar jika peserta terdiri daripada lelaki dan
perempuan, peserta akan dipecahkan kepada kumpulan mengikut jantina.
Peserta dikehendaki memilih untuk menyelamatkan generasi terakhir di bumi untuk dipindah dan
membangunkan satu planet baru.
Daripada 12 individu terbabit, peserta hanya dikehendaki memilih 6 yang terbabit untuk
dipindahkan ke planet baru.

LDK 4 (FESYEN KEPIMPINAN)


Objektif
Memberi kesedaran bahawa pemimpin dan anak pimpinan akan sentiasa saling
bergantungan
Menanamkan sikap bertolak ansur dan mematuhi arahan selaras dengan tugas
Gerak kerja
Ahli kelompok akan memilih seorang fasinya untuk dipakaikan dengan pakaian
ciptaan kelompoknya
Fasi akan mengikut sahaja setiap arahan yang diberikan oleh kelompok semasa
proses penciptaan fesyen
Pakaian yang dicipta daripada kertas yang berwarna warni oleh kelompok akan
diperagakan oleh fasi . Ketua fasi akan memberi ulasan.
APRESIASI ALAM
Objektif
Mewujudkan kejelikitan dan membuka minda peserta
Memberi kesedaran akan pentingnya sifat kerjasama
Mencungkil kemahiran dan kekuatan kognitif peserta
Memberi ruang kegembiraan kepada peserta
Melepaskan perasaan yang tidak menepati dengan bengkel
Gerak Kerja

1. Paku Millenium
Peserta dikehendaki meletakkan 13 batang paku di atas sebatang paku yang
tercacak di atas sekeping papan. Peserta akan dikehendaki membawa paku
tersebut sejauh jarak yang telah ditetapkan.
2. Mengapungkan Bata
Peserta akan dikehendaki mengapungkan bata dengan menggunakan 4 helai kertas A4.
Apungan bata tersebut hendaklah melepasi tangan yang dihulurkan
melaluinya.
3. Belon Sifat
Peserta dikehendaki meniup belon dan mengikatnya dengan cantik dan paling
kreatif. Belon tersebut akan dijaga agar tidak dipecahkan oleh ahli yang lain.
Tertakluk kepada perubahan
jumaat, 14 mac 2003
Ice-breaking : Mencari Rakan
Masa : 30 minit
Bahan : Kertas keras, pen
Objektif :
1. Memberi peluang kepada peserta untuk mengenali ahli kumpulannya dalam suasana yang
menyeronokkan.
1. Mengurangkan rasa rendah diri dan takut apabila berada dalam satu kumpulan yang berbeza
umur.
Kaedah :

1. Peserta-peserta diberi kad/keratan yang bergambar.


2. Setiap kumpulan akan memiliki satu atau isyarat (mencantumkan kepingan-kepingan kad atau
keratan) . Contoh bunyi ayam, bunyi katak dan sebagainya.
3. Peserta dikehendaki mencari ahli kumpulan masing-masing seperti yang
dinyanyikan/diisyaratkan.
4. Apabila bertemu dengan rakan yang mempunyai bunyi atau isyarat yang sama, peserta perlulah
memberi salam dan mengekori peserta tersebut dan terus mencari ahli kumpulan yang lain.
5. Fasi perlu memastikan para peserta tidak bercakap atau sebagainya.
6. Jika ada ahli kumpulan yang masih tidak menemui kumpulan masing-masing setelah masa
tamat, mereka dikehendaki menyanyi dan kumpulan yang berkenaan akan menyambutnya.
Latihan Dalam Kelompok 1 (LDK I)
Objektif :
1. Mengeratkan hubungan antara peserta dan fasilitator.
2. Mewujudkan sifat setiakawan dan semangat kerjasama dalam kumpulan.
3. Mewujudkan sifat keterbukaan dalam diri peserta.
4. Menggalakkan individu memberi maklumbalas terhadap ahli kumpulan yang lain.
Aktiviti 1 : Salam Muhibbah
Masa : 10 minit
Kaedah :
1. Fasi memperkenalkan diri dahulu.
2. Diikuti oleh peserta.
3. Fasi menutup mata salah seorang peserta.
4. Peserta yang ditutup matanya dikehendaki meneka rakannya dengan sentuhan dan suara.

Aktiviti 2 : Impressi Kali Pertama


Masa : 20 minit
Kaedah :
1. Peserta masih berada di dalam satu bulatan.
2. Seorang daripada ahli diminta berdiri di tengah-tengah bulatan.
3. Setiap ahli diminta membuat tanggapan tentang individu yang berada di tengah bulatan.
4. Apabila semua ahli kumpulan telah memberikan impressi mereka, proses itu diulang sehingga
semua ahli mendapat maklumbalas daripada ahli lain.
SABTU, 15 MAC 2003
Latihan Dalam Kelompok II
Aktiviti 1 : Resolusi
Masa : 10 minit
Objektif :
1. Mengetahui tahap kefahaman peserta selepas Slot 2.
2. Meningkatkan pengukuhan dan motivasi diri peserta.
3. Mengenal pasti kelemahan diri peserta.
Kaedah :
1. Ahli-ahli duduk di dalam satu bulatan.
2. Setiap ahli diminta membuat satu rumusan.
Aktiviti 2 : Beg Kendiri
Masa : 1 jam

Bahan : Kertas Mahjong, pen marker, gam, gunting, majalah dan akhbar lama.
Objektif :
1. Meningkatkan keyakinan diri ahli kumpulan.
2. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri setiap kumpulan.
3. Mengenal pasti tanggungjawab sebagai pengawas.
Kaedah :
1. Setiap kumpulan mendapat dua helai kertas mahjong.
2. Fasi dikehendaki memecahkan kumpulannya kepada 2 kumpulan kecil.
3. Dengan daya kreativiti masing-masing, setiap kumpulan diminta membuat sebuah beg.
4. Fasi mengarahkan peserta menggunting gambar / huruf / perkataan di dalam akhbar lama yang
berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab serta kelemahan dan kekuatan sebagai seorang
pengawas.
5. Gambar / Huruf / Perkataan yang menggambarkan kekuatan dan tanggungjawab ditampal di
luar beg manakala gamabar / huruf / perkataan yang menunjukkan kelemahan disimpan di
dalam beg.
Perbincangan :
1. Ahli kumpulan diminta menerangkan tentang beg kumpulannya.
2. Fasi menggalakkan ahli kumpulan bertanya soalan.
Rumusan :
1. Kekuatan dan tanggungjawab seorang pengawas boleh dilihat dan ditonjolkan.
2. Kelemahan seorang pengawas perlu disimpan dan diperbaiki.
3. Tanggungjawab berpunca daripada kekuatan dan kelemahan seorang pengawas.
Aktiviti 3 : Soal Selidik Diri

Masa : 20 minit
Bahan : Borang soal selidik
Objektif :
1. Mengenal pasti kejujuran peserta.
2. Mengesan kelemahan dan keutan dalam diri peserta.
Kaedah :
1. Kedudukan masih dalam keadaan bulatan.
2. Fasi akan memberikan sedikit taklimat berkenaan borang soal selidik.
3. Fasi meminta setiap ahli kumpulan untuk mengisi borang soal selidik.
MODUL 1
Aktiviti 1 : Muslim Cemerlang Ummah Gemilang
Masa : 1 jam
Bahan : Kertas mahjong, marker pen dan gam.
Objektif :
1. Membuka pemikiran peserta ke arah perbincangan dan pemahaman.
2. Mengenal pasti kemampuan peserta di dalam melakarkan sesuatu yang diusulkan.
Kaedah :
1. Fasi akan membacakan cerita yang diarahkan.
2. Semua peserta diminta membuat lakaran berdasarkan arahan fasi.
Cerita :
Man, hang mai sini nak tidoq ka nak baca buku ?. Aku memang setai nie, mula-mula tidoq, lepaih tu
baru studi.

Begitulah suasana Samad dan rakannya yang baru mula menumpukan study kerana exam yang sudah
dekat, di sebuah pulau yang agak jauh dari rumah mereka. Pulau tersebut menjadi pilihan lantaran
suasananya indah dan permai dengan pembangunan yang menggagumkan. Selesai mereka berceloteh,
mereka meneruskan study mereka.
Bedegum !!!! Begedum !!!! Peng !!! Peng !!!!
Kedengaran bunyi letupan yang dahsyat di sana-sini.
Woi, lari woi !. Selamatkan diri masing-masing. Masuk ke bilik rahsia dekat sini, cepat, jerit
Man kepada kawan-kawannya.
Mereka

bergegas

masuk

ke

dalam

bilik

rahsia

tersebut

dan

bersembunyi

beberapa

ketika..Selamat..Panas..Sunyi.
Keriok, kedengaran bilik bawah tanah dibuka oleh seseorang dan kesemua sahabat ini keluar dari
situ sambil memerhatikan dunia yang sudah berubah menjadi padang jarak padang terkukur. Di sanasini mayat bergelimpangan di bawah runtuhan bangunan.
Samad, bot kita dah musnah la.Macam mana nak balik nie ???, pekik Murad. Apa..!!!!, kata
mereka serentak. Tidak.TidakAku nak balik jugak..Mama nak balik., pekik Man. Woi, diam la
budak, jerit Murad. Ish.Macam mana nak buat nie, kata si Samad.
Keadaan menjadi tidak terkawal setelah mengetahui mereka kehilangan kenderaan untuk pulang. Mahu
tidak mahu, mereka perlu menyusun satu tindakan bagaimana hendak meneruskan hidup di pulau ini.
Mereka terpaksa membangunkan kembali pulau tersebut dengan menggunakan duit dan bekalan yang
mereka ada, iaitu RM 100,000 hasil simpanan bersama atau mereka mencipta sebuah bot lalu berangkat
pulang ke rumah masing-masing meninggalkan mayat-mayat dan pulau tersebut tanpa ada sedikitpun
rasa tanggungjawab.
Aktiviti 2 : Pembentangan
Masa : 1 jam 30 minit.
Objektif :
1. Menambahkan keyakinan peserta untuk berucap di khalayak ramai.
2. Memperlihatkan kemahiran berdebat.

Kaedah :
1. Fasi meminta setiap kumpulan untuk membentangkan hasil ciptaan mereka.
2. Masa yang diperuntukkan untuk setiap kumpulan adalah 10 minit.
MODUL 2
Aktiviti : Strategi dan Perancang
Masa : 2 jam
Bahan : Duit kertas
Objektif :
1. Menambahkan kemahiran peserta untuk mempertahankan hujahnya.
2. Menanamkan sifat tanggungjawab peserta untuk memelihara maruah kumpulannya.
Kaedah :
1. Masih menggunakan bahan Modul 1 (lakaran pembangunan pulau).
2. Setiap kumpulan dipecahkan kepada 2 kumpulan kecil (A dan B).
3. Kumpulan A: Strategi.
4. Kumpulan B: Perancang.
5. Tugas strategi adalah untuk merangka soalan berdasarkan kelemahan lakaran pembangunan
pulau kumpulan lain dan akan berhujah dengan kumpulan perancang dari kumpulan lain.
6. Manakala tugas perancang adalah sebagai pertahanan untuk mematahkan soalan dan hujuh
daripada kumpulan strategi (kumpulan yang berbeza).
7. Setiap ahli akan dibekalkan dengan duit kertas sebagai maruah kumpulan.
8. Mana-mana kumpulan atau ahli samada dari kumpulan strategi maupun perancang yang tewas
berhujah akan menyerahkan maruah kumpulannya.
MODUL RIADHAH

Aktiviti 1 : Pusingan Roda


Masa : 30 minit
Objektif :
1. Meningkatkan kefahaman peserta melalui kerjasama dalam kumpulan.
2. Meningkatkan keyakinan diri.
Kaedah :
1. Fasi meminta ahli kumpulan berdiri dan membentuk satu bulatan.
2. Dalam bulatan, peserta akan berpusing mengikut arah jam.
3. Fasi meminta peserta dihadapan duduk di atas peha peserta dibelakangnya.
4. Fasi kemudian mengarahkan peserta berjalan sambil duduk dalam bultan tadi.
5. Untik lebih menarik, aktiviti ini boleh dijalankan dalam kumpulan yang besar atau diadakan
pertandingan di antara kumpulan.
Aktiviti 2 : Berita Sensasi
Masa : 30 minit.
Bahan : Kertas yang ditulis dengan berita dimasukkan ke dalam sampul surat.
Objektif :
1. Menyedarkan peserta bahawa penyakit mudah percaya kepada khabar angin adalah gejala yang
perlu dihapuskan.
2. Maklumat yang disampaikan dari mulut ke mulut adalah tidak semestinya tepat.
Kaedah :
1. Fasi menyediakan potongan karangan.
2. Asingkan peserta di antara satu sama lain.

3. Fasi berikan petikan karangan kepada peserta yang pertama.


4. Beri penerangan sehingga ia benar-benar faham dan mengingati apa yang ditunjukkan.
5. Panggil peserta yang kedua untuk menerima mesej yang ingin disampaikan.
6. Setelah semuanya menerima mesej, peserta yang terakhir diminta untuk menulis kembali
mesej yang diterimanya.
7. Tanya kepada semua peserta mengapa mesej yang diterima berbeza-beza.
Petikan :
Dalam perjalanan saya ke bandar pagi semalam dalam hujan yang tidak berapa lebat saya nampak
sebuah kereta Datsun putih datang dengan laju dari utara. Kereta itu membelok ke kiri di
persimpangan jalan dan berlanggar dengan sebuah kereta Toyota merah yang hendak menuju ke
selatan. Sebuah lori tidak sempat berhenti lalu melanggar kereta Datsun tadi. Pemandu lori dimasukkan
ke hospital.`
Falsafah :
1. Berita yang disampaikan dari mulut ke mulut tidak tepat / semestinya tepat.
2. Jangan mudah percaya dengan khabar angin kerana ianya sangat merbahaya.
3. Bila merasakan keraguan apabila mendengar yang disampaikan, hendaklah mencari sumber
yang asal.
4. Jangan suka menyalahkan orang lain, lihat kelemahan diri sendiri dan cuba memperbaikinya.
5. Adalah lebih baik menyampaikan sesuatu maklumat itu secara bertulis.
Sila JANGAN bercakap dengan sesiapa atau melihat kertas orang lain. Buat kerja dengan cepat tetapi
berhati-hati. Anda hanya mempunyai masa 3 minit sahaja untuk menghabiskan ujian ringkas ini. Sila
baca dengan teliti dan jawab dengan berhati-hati.
1. Sila letakkan ibu jari tangan kanan anda di hujung hidung.
2. Kemudian, angkat tangan kiri anda setinggi yang boleh sambil menyebut perkataan
Subhanallah sebanyak 3 kali.

3. Letakkan tangan kanan anda di dada.


4. Urut perlahan-lahan dada anda sebanyak 5 kali sambil menyebut perkataan Alhamdulillah
sebanyak 5 kali.
5. Pegang tapak kaki kiri anda dengan tangan kanan sambil merungut AduhLemahnya iman aku
hari ini.
6. Kemudian, letakkan tapak tangan kiri anda di atas kepala sambil melafazkan kalimah
Allahuakhbar sebanyak 2 kali.
7. Sila pegang bahu kanan kawan di sebelah kiri anda.
8. Berapakah hasil darab 2 dengan 8.
9. Sebutkan nama rasul kita yang terakhir.
10. Sebutkan Masya-Allah sebanyak 5 kali sambil menggeleng-gelengkan kepala ke kiri dan ke
kanan.
11. Duduk dalam keadaan tahiyyat awal dan sila sebutkan Saya anak yang soleh.
12. Sebutkan rukun Islam yang ketiga dan rukun Iman yang keempat.
13. Bisikkan ke telinga kawan di sebelah kanan perkataan Aku kasih kepadamu sahabat.
14. Campurkan 44 dengan 56.
15. Sila bacakan ayat tersebut, Hari ini aku bertuah kerana dapat menunaikan sembahyang
Maghrib berjemaah.
16. Sebenarnya, anda tidak perlu menjawab kesemua soalan. Anda hanya perlu berdiri tegak dan
lafazkan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar sebanyak 3 kali sahaja.
17. Dimanakah terletaknya Bandar Diraja Kuala Kangsar.
Pengertian fasilitator
Sebagai pemudahcara

Sebagai seorang abang atau kakak


Bukan sebagai seorang guru yang sedang mengajar
Untuk berkongsi pengalaman
Menjadikan diri sebagai seorang yang dipercayai
Kalau boleh menjadi tempat rujuk,tempat mengadu hal peribadi dan seumpamanya.
Peranan seorang fasilitator
Memperkenalkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ada dalam diri pelajar.(contohnya teknik
belajar)
Memberi alternative penyelesaian bagi masalah pelajar
Mewujudkan nilai mulia dalam diri pelajar
Memotivasikan pelajar
Tugas-tugas seorang fasilitator
Ice-breaking atau mewujudkan kemesraan dikalangan ahli dan juga fasilitator
Mewujudkan kepercayaan di antara ahli dan juga fasilitator ( contoh, fasi terlebih dahulu sanggup
menceritakan pengalaman hidupnya kepada ahli)
Mengambil berat terhadap kebajikan ahli
*Perlu diingat bahawa kemesraan dan kepercayaan adalah kunci utama dalam mewujudkan sebuah
kumpulan yang bermakna.
Kemahiran berkomunikasi
Fasilitator dinasihatkan menggunakan gantinama seperti abang,kakak,adik-adik dan sebagainya.
Jika hendak panggil nama seseorang ,panggillah dengan nama manja tersebut.
Gaya pengucapan atau diskusi janganlah seperti gaya pengucapan seorang guru.

Pengucapan mestilah seperti perbualan biasa di antara abang/kakak dengan adik-adiknya.


Perkara-perkara penting
Fasilitator dinasihatkan agar tidak banyak berdiri dan mengelilingi bulatan kerana ia akan
mengganggu tumpuan ahli-ahli kumpulan.
Jika boleh,tiada halangan fizikal diantara fasi dan ahli.
Elakkan terlalu series,teka-teki dan banyak ketawa dengan ahli dan fasi mestilah pandai dan bijak
menyesuaikan diri dengan masa dan situasi.
Jangan berceramah berlebihan
Menyebut perkara penting berulang kali ( 3 kali)
Menerima segala pandangan dan jawapan setiap ahli walaupun pandangan atau jawapan itu salah.
Jangan sesekali menyatakan bahawa pandangan dan jawapan yang dikemukakan ahli salah kerana
ianya akan melentur dan mematikan semangat pelajar.
Menyesuaikan pertuturan,bahasa dan isi ucapan dengan tahap pendengar.
Hendaklah menyesuaikan nada suara mengikut keadaan bercakap perlahan dan lembut ketika
menyelesaikan masalah.
Jangan menunjukkan bahawa kita tidak tahu jika ditanya oleh ahli kumpulan kerana ia akan
menyebabkan hilangnya penghormatan ahli kepada fasi.
Dalam perbincangan ,banyakkan mencungkil apa yang ada dalam minda pelajar supaya diluahkan
segalanya dan jangan sesekali tidak menghargai pendapat mereka.
CIRI-CIRI FASILITATOR
Berpakaian kemas mengikut aktiviti yang dijalankan
Mempamerkan peribadi yang kemas seperti rambut pendek dan berpakaian kemas
Menunjukkan daya kepimpinan yang menyakinkan

Mampu menggerakkan ahli kumpulan sebagai kumpulan yang berdaya maju dan aktif
Mampu menyelami hati ahli kumpulan terutama yang berkaitan dengan masalah masalah yang
ditimbulkan.
Mempamerkan akhlak Islam yang baik.
Sentiasa mendampingi adik-adik dengan tujuan penyampaian kefahaman Islam dapat berterusan dan
dufahami dengan lebih berkesan.
Perlu aktif dan cepat dalam merumuskan dan menunjukkan jalan penyelesaian jika ahli-ahli kumpulan
mempunyai masalah.
Sentiasa menjaga dan menepati waktu aktiviti
Menghormati dan mengasihi ahli kumpulan seperti adik kandung sendiri.
Menegur kesalahan-kesalahan ahli kumpulan dengan cara yang terbaik dan penuh hikmah.
Bercakap dengan penuh lemah-lembut dan menggunakan perkataan yang mudah difahami.
Sentiasa senyum dan berwajah manis walaupun banyak tugas dan masalah harus hadapi

ATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)

i.
ii.
iii.
iv.
v.

1. Rantai Nama
Aktiviti :
Pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan kecil (5 10 orang setiap kumpulan)
Mereka akan memperkenalkan diri masing-masing dimulakan dengan fasilitator masing-masing.
Setiap ahli kumpulan akan menyebut nama diri sendiri, dan giliran disebelah kiri pula akan
memperkenalkan diri sambil mengulang nama rakan yang disebelah kanan tadi.
Contohnya, nama saya Rashid bin Salem dan rakan sebelah kanan saya Maimunah binti Rashdan.
Begitulah seterusnya sehinggalah orang yang terakhir dalam kumpulan perlu memperkenalkan
semua ahli dalam kumpulan.
Nilai / rasional aktiviti : Membina hubungan dan suasana teraputik dalam kumpulan.
2. Tag Nama
Aktiviti :

1. Setiap kumpulan akan dibekalkan sekeping kad manila, pen marker, tali rafia dan gunting.
2. Setiap kumpulan akan membuat tag nama masing-masing dengan kreatif menggunakan bahan yang
dibekalkan.
3. Tag nama tersebut akan digunakan sepanjang program.
3. Ikatan Kasih
Aktiviti :
1. Pelajar diagihkan setengah meter tali rafia.
2. Fasilitator akan menyimpulkan tali rafia tersebut dan setiap pelajar dalam kumpulan masing-masing
akan memegang setiap bucu tali.
3. Ahli kumpulan akan berusaha membuka simpulan tanpa melepaskan tali tersebut. Jika ada yang
terlepas, kumpulan tersebut dianggap gagal.
4. Akhirnya, setiap ahli kumpulan akan berjumpa dengan pasangan masing-masing.
4. Twin Sharing
Aktiviti :
i.
Pelajar diarah mencari pasangan masing-masing dalam kumpulan
ii.
Setiap pasangan akan menceritakan tentang diri kepada pasangan masing-masing (penerokaan
kendiri)
iii.
Setelah itu, ahli kumpulan akan membentang atau menceritakan tentang diri pasangan masingmasing dalam kumpulan kecil sambil berdiri di belakang pasangan masing-masing sambil memegang
bahu pasangan (jika sama jantina)
Nilai / rasional aktiviti : Berkenalan lebih mendalam di dalam kumpulan serta mewujudkan rasa
penerimaan.

i.
ii.
iii.
iv.
v.

5. Puzzle
Aktiviti :
Pelajar akan menyiapkan puzzle yang akan diedarkan
Berikan tempoh masa yang sesuai untuk mereka siapkan puzzle tersebut (5 10 minit)
Jika belum selesai, sila panggil wakil setiap pelajar ke hadapan untuk melihat demonstrasi
menyiapkan puzzle tersebut yang akan ditunjukkan oleh fasilitator.
Markah akan diberikan kepada kumpulan yang berjaya menyiapkan puzzle.
Setelah ada kumpulan yang berjaya menyiapkan puzzle, beri arahan supaya pelajar mencipta bentuk
yang menarik melalui puzzle itu tadi.
Nilai / rasional aktiviti : Membina percambahan minda dan semangat kerjasama.
6. Air Dalam Gelas

Aktiviti :
i. Sediakan gelas, tali, kertas A4, tiub motosikal yang telah dipotong dan kayu penyapu.
ii. Pelajar akan diarahkan untuk membawa gelas yang berisi air tersebut tanpa menyentuh gelas
tersebut menggunakan tangan/ jari.
iii. Fasilitator akan memastikan tiada pelajar yang menipu dalam menjalankan aktiviti ini.
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti, percambahan minda dan semangat kerjasama.
7. Simbol / Logo Diri
Aktiviti :
i.
Pelajar akan diarahkan untuk mencari satu benda setiap seorang yang terdapat disekeliling mereka
contohnya daun, pen, rumput dan lain-lain.
ii.
Mereka perlu menerangkan dalam kumpulan kenapa mereka memilih benda tersebut sebagai simbol
atau logo diri mereka.
iii.
Setelah itu, kumpulan akan memilih benda yang terbaik yang akan mewakili kumpulan masingmasing.
iv.
Aktiviti yang seterusnya, setiap ketua kumpulan akan memilih benda yang terbaik untuk dijadikan logo
bagi mewakili kumpulan besar.
Nilai / rasional aktiviti : Membina konsep dan matlamat kendiri peserta
8. Bendera / Logo Kumpulan
Aktiviti :
i.
Setiap kumpulan akan diagihkan 1 meter kain putih / kertas mahjong putih serta marker pen
berwarna.
ii.
Pelajar akan diberi masa untuk menghasilkan bendera kumpulan mengikut kreativiti kumpulan
masing-masing dan bendera / logo tersebut perlu mempunyai makna.
iii.
Setiap kumpulan akan melakukan pembentangan (5 minit)
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti & membina percambahan minda. Menetapkan matlamat kumpulan.
9. Si Buta Cerdik
Aktiviti :
i.
Pelajar akan dibekalkan dengan kain penutup mata bewarna hitam
ii.
Setiap pelajar akan ditutup mata dan dikumpulkan mengikut jantina.
iii.
Pelajar dibawa berjalan / bergerak di dalam dewan dan di luar dewan sambil tangan berpegangan
antara 1 sama lain.
iv.
Untuk lebih seronok, lantik pelajar untuk menganggu pergerakan mereka.
Nilai / rasional aktiviti : Penghargaan kendiri dan membina keyakinan diri.

i.
ii.
iii.
iv.
v.

10. Permainan Duit


Aktiviti :
Pelajar diedarkan duit kertas / syiling yang berlainan nilai setiap seorang.
Nilai bermula dari 1 sen sehinggalah duit RM1 akan digunakan
Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar berkumpul dalam kumpulan mengikut nilai terkumpul
yang perlu disediakan
Contohnya, fasilitator akan memberi arahan supaya dapat mengumpul duit untuk membeli beras yang
bernilai RM2. Sila kumpul rakan-rakan supaya dapat menghasilkan wang terkumpul sebanyak RM2.
Pelajar yang berjaya mengumpul ahli kumpulan akan diarahkan duduk supaya dapat mengenalpasti
ahli yang tidak termasuk dalam kumpulan.
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan penghargaan kendiri dan semangat bekerja dalam kumpulan.
Setiap ahli kumpulan saling memerlukan.

11. Straw
Aktiviti :
i.
Straw minuman akan diedarkan setiap kumpulan (1 paket straw)
ii.
Pelajar diarahkan untuk menghasilkan apa-apa sahaja bentuk bangunan dengan menggunakan
bahan buatan dari straw ini sahaja.
iii.
Pelbagai bentuk bangunan akan dihasilkan dan fasilitator akan menguji kekuatan / keteguhan binaan
setiap kumpulan.
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan membina hubungan di kalangan pelajar.
12. Ciptaan
Aktiviti :
i.
Surat khabar lama dan masking tape akan diedarkan di setiap kumpulan.
ii.
Pelajar akan diarahkan mencipta baju pahlawan yang menggambarkan masa depan seorang hero.
iii.
Untuk itu, setiap kumpulan akan memilih seorang hero yang akan dipakaikan dengan pakaian
tersebut
Nilai / rasional aktiviti : Pemimpin perlu mempunyai wawasan dan berpandangan ke hadapan
13. Surat adik angkat / abang angkat / kakak angkat
Aktiviti :
i.
Kertas A4 akan diedarkan kepada pelajar
ii.
Kertas A4 akan dilipat empat (4) dan dipotong kepada 4 bahagian.
Bahagian 1 : Ditulis nama penuh
Bahagian 2 / 3 / 4 : Disimpan untuk menulis surat

iii.
iv.
v.

Bahagian 1 dilipat kecil-kecil dan dekumpulkan dalam satu bekas / kotak sebelum diagihkan semula
kepada setiap ahli kumpulan.
Nama yang diperolehi adalah adik angkat masing-masing.
Sebelum bermula setiap sesi, tulis surat kepada adik angkat dan dikembalikan semula ke dalam
kotak untuk dibaca atau diserahkan kepada adik angkat masing-masing.
Nilai / rasional aktiviti : Mengenali diri melalui kaca mata orang lain. Sanggup menerima kritikan bagi
merubah diri kea rah yang lebih baik.

14. Larian Lasak


Aktiviti :
i.
Aktiviti luar yang berbentuk kembara di setiap station yang mempunyai halangan atau tugasan
tertentu.
ii.
Sediakan 4 6 station yang perlu pelajar lalui dan perlu menyelesaikan tugasan di setiap station
sebelum pelajar bergerak ke station yang seterusnya.
Nilai / rasional aktiviti : Ketahanan diri & fizikal.
15. Persembahan Kumpulan
Aktiviti :
i.
Pelajar akan membuat persembahan mengikut kumpulan di malam terakhir / masa terakhir program
dijalankan.
ii.
Fasilitator boleh memberi tajuk / tugasan persembahan atau pelajar memilih sendiri tajuk
persembahan.
iii.
Fasilitator juga perlu menyediakan borang pemarkahan yang mencakupi kreativiti persembahan,
mesej yang ingin disampaikan serta kerjasama yang ditunjukkan.
Nilai / rasional aktiviti : Pengalaman dan mencungkil bakat setiap peserta.

16. Self-Conscious (Aku Pelajar Hebat)


Aktiviti :
1. Sediakan muzik latar yang sesuai. Cth. muzik kitaro
2. Pelajar akan diberi teks berbentuk sajak ringkas Aku Pelajar Hebat
3. Pelajar akan membaca teks tersebut dengan penuh semangat dan fasilitator perlu memainkan
peranan untuk menaikkan semangat pelajar.
4. Selepas itu, bagi peluang pelajar untuk meluahkan perasaan secara spontan.
Nilai / rasional aktiviti : Konsep kendiri dan motivasi diri.

17. Rumusan Akhir Pemimpin


Aktiviti :
1. Diakhir aktiviti LDK, fasilitator akan merumuskan aktiviti dengan menggunakan paparan slide /
powerpoint tentang kepimpinan.

Nota :
1. Fasilitator perlu membuat refleksi setiap kali selesai menjalankan aktiviti LDK.
2. Dapatkan refleksi / respon daripada pelajar terlebih dahulu sebelum fasilitator membuat
refleksi akhir.
Fasilitator boleh menggunakan token seperti gula-gula kepada pelajar sebagai penghargaan / peneguhan.

0 PERLAKSANAAN AKTIVITI
Aktiviti 1
Tajuk : NUMBER PUZZLE
Sasaran : Setiap ahli yang terlibat.
Masa : 20 minit.
Alat / Bahan : Salinan number puzzle dan pen untuk setiap kumpulan.
Objektif : Untuk menggalakkan kerjasama ahli sebagai satu kumpulan.
: Untuk menggalakkan idea kreatif oleh setiap ahli kumpulan.
: Membentuk semangat berusaha dalam mengendalikan masalah.
: Melatih setiap ahli dalam kumpulan agar dapat berfikir dengan pantas
dan dapat bertindak cepat dalam melakukan tugas yang diamanahkan.
: Komitmen ahli dalam menyelesaikan persoalan dalam kelompok.
Kaedah : Perbincangan dalam kumpulan.
Langkah-langkah : Setiap kumpulan diarahkan untuk melantik ketua kumpulan.
: Setiap kumpulan diberikan salinan number puzzle dan
sebatang pen, alat dan bahan diletakkan ditengah-tengah
kumpulan bukan kepada individu tertentu dalam ahli
kumpulan sahaja.
: Fasilitator memberitahu kumpulan bahawa mereka perlu
menyelesaikan masalah. Mereka perlu membahagikan kotak

puzzle kepada empat bahagian yang mana setiap bahagian


mempunyai empat digit nombor yang berlainan.
: Selepas ahli kumpulan dapat menyelesaikan masalah yang
diberikan, wakil dari setiap kumpulan dikehendaki memberikan maklum balas mengenai
peranan setiap individu dalam kumpulan sewaktu perbincangan.
Perbincangan : Adakah setiap ahli dalam kumpulan memberikan idea dan
pendapat?
: Adakah setiap ahli memberikan komitmen dalam
menyelesaikan number puzzle tersebut?
Falsafah : Setiap orang ada peranannya masing-masing, sekiranya
peranan itu dimainkan dengan berkesan maka tercapailah
maksud yang diharapkan.
: Keputusan yang baik sukar dicapai
sekiranya tidak bermuafakat.
: Setiap individu adalah berbeza dari segi persepsi, tanggapan
dan cara mereka berfikir.

Nilai-nilai murni : Pemikiran yang sihat dan membina.


pandangan, cadangan dan pendapat dan pemikiran yang
bernas harus dipupuk untuk kebaikan diri dan
masyarakat.
: Tekun
sabar dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara.
Pengajaran dan kesimpulan :
Secara keseluruhannya aktiviti ini dapat menggalakkan kerjasama diantara ahli
dalam kumpulan untuk saling bertukar pendapat dan idea dalam menyelesaikan
sesuatu masalah. Pandangan setiap ahli dalam kumpulan sewaktu perbincangan perlu
diambil kira dan sikap mementingkan diri sendiri perlu dihindarkan bagi mengelak
sebarang pertelingkahan. Persepakatan sesama ahli juga amat penting bagi
mewujudkan perpaduan di antara ahli dalam kumpulan. Selain daripada itu, setiap ahli
perlulah menghargai dan berfikiran terbuka terhadap segala pendapat orang lain tidak
kira sama ada positif atau sebaliknya.
Aktiviti 2
Tajuk : TELURKU SAYANG

Sasaran : Setiap ahli yang terlibat


Masa : 45 minit
Alat /Bahan : Telur,
plastik,
benang,
plaster(sehasta),
kertas A4 (1 keping),
gunting.
Objektif : untuk menggalakkan perkembangan idea dan pendapat ahli
kumpulan dalam perbincangan.
: menggalakkan persepakatan dan perpaduan sesama ahli
dalam kumpulan.
: mewujudkan semangat kerjasama sesama ahli kumpulan.
: mewujudkan rasa tanggungjawab dalam diri setiap ahli
untuk menyelesaikan tugasan.
Kaedah : Perbincangan dalam kumpulan.
: Menyiapkan tugasan dan perlaksanaan.
Arahan : Anda dikehendaki membina sesuatu yang kreatif dan kukuh
dengan menggunakan alat dan bahan yang telah diberikan
supaya apabila telur dijatuhkan dari tempat yang tinggi, telur
tersebut tidak pecah.
Langkah-langkah : Fasilitator memberikan penerangan mengenai aktiviti yang
akan dijalankan.
: Ketua kumpulan diminta untuk mengambil alat dan bahan
yang telah disediakan.
: Setiap kumpulan diberikan masa 30 minit untuk melakukan
perbincangan dan menyiapkan tugasan yang telah diberikan.
: Setiap ahli kumpulan digalakkan untuk saling memberi
pendapat dan bekerjasama untuk menyiapkan tugasan.
: Fasilitator memberikan peringatan kepada setiap kumpulan
untuk menyiapkan tugasan mereka pada 10 minit terakhir
daripada masa yang telah diperuntukkan.
: Setiap ahli kumpulan di bawa ke bangunan empat tingkat di
sebelah SITC bagi melakukan perlaksanaan aktiviti dan
menguji hasil kerja kumpulan.
Perbincangan : Bagaimana ahli dalam kumpulan menyelesaikan masalah

dan membuat keputusan?


: Adakah setiap ahli dalam kumpulan menyumbang idea dan
pendapat?
: Adakah setiap ahli dalam kumpulan bekerjasama dalam
menyiapkan tugasan?
: Adakah setiap ahli dalam kumpulan memberi komitmen
untuk menyiapakan tugasan dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan?
Falsafah : Untuk mewujudkan suasana mesra dan semangat kerjasama
dalam kelompok.
: Masalah dapat diselesaikan dengan mudah jika dikongsi dan
dibincangkan bersama dalam kumpulan.
: Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan
Nilai-nilai murni : Yakin pada diri sendiri
Setiap ahli kumpulan perlu percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup
menghadapi risiko.
: Toleransi
Sanggup bertolak ansur, sabar dan dapat mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya
sebarang pertelingkahan.
: Kepuasan bersama
Kepuasan yang dirasai hasil daripada usaha dan saling bekerjasama dalam kumpulan.
: Tanggungjawab bersama
Tanggungjawab atau kewajipan yang perlu dipikul oleh semua ahli kumpulan demi
kepentingan dan kebaikan bersama.

Pengajaran dan kesimpulan :


Aktiviti yang dijalankan dapat membentuk semangat kerjasama berpasukan
di antara setiap ahli dalam kumpulan di samping mewujudkan rasa tanggungjawab untuk
menyiapkan tugasan dalam waktu yang telah ditetapkan. Penglibatan seluruh anggota
kumpulan adalah penting untuk mencapai kejayaan. Sikap ingin berjaya dan mencapai
kemenangan perlu sentiasa membara bagi mendapatkan hasil yang terbaik.
Aktiviti ini juga diharapkan dapat menggalakkan peserta untuk lebih mementingkan
perasaan dan pendapat ahli dalam kumpulan dan sentiasa mengelak serta mengawal diri

dari menurut kepentingan peribadi. Keputusan dalam kumpulan juga perlulah dibuat secara
bersama bagi mengelakkan sebarang pertelingkahan ataupun sebarang situasi yang
tegang. Setiap ahli dalam kumpulan juga perlulah yakin terhadap keputusan yang telah
dibuat serta bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Pada akhir aktiviti ini,
setiap kumpulan turut akan mendapat kepuasan apabila hasil kerja