Anda di halaman 1dari 11

Konsep Nasionalisme / Latar belakang gerakan nasionalisme

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara


yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air, serta
pembebasan ekonomi dan kebudayaan asing. Gerakan nasionalisme
merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa saja bentuk
tekanan atau penjajahan oleh kuasa luar. Penentangan mereka didorong
oleh hasrat untuk membebaskan negara daripada penjajahan. Di
Malaysia, penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan
rakyat tempatan sejak abad ke-19. Gerakan nasionalisme secara
menyeluruh pula telah bermula pada awal abad ke-20.
Gerakan pemimpin tempatan ini telah berlaku pada awal
kedatangan British ke Malaysia dan merupakan reaksi spontan untuk
menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh
orang luar. Antara pemimpin penentangan termasuklah Penghulu Dol
Said, Dato Maharajalela, Rentap dan Mat Salleh.
Sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan
Dasar penaklukan British terhadap Negeri-Negeri Melayu
bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya. Kawasan yang
dikuasai akan terikat dengan perintah dan peraturannya.
Semasa
menguasai Melaka, British memaksa
Naning mjd jajahan takluk serta membayar ufti. Ini menyebabkan Dol
Said Penghulu Naning menentang kehendak British dan berlakulah
peperangan.
Penguasaan ekonomi tempatan dilakukan oleh British melalui
perjanjian yang dimeterai dengan pemimpin tempatan. Saudagar dari
Negeri-Negeri Selat menjalankan perlombongan dan perdagangan bijih
timah sehingga menimbulkan kemarahan penduduk tempatan.
British memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk
tempatan dengan memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan
peraturan tanah. Rakyat di Terengganu menentang kerana British setiap
tanah yang dibuka oleh penduduk tempatan mestilah mendapat izin
British dan dikenakan cukai tanah. Peraturan ini berbeza dengan amalan
tradisi masyarakat tempatan yang membolehkan mereka membuka tanah
mengikut keperluan tanpa membayar cukai.
British campurtangan dalam adat resam tempatan dengan
memaksa masyarakat menerima nilai-nilai mereka walaupun ia adalah
bertentangan budaya masyarakat tempatan. Pemimpin dan masyarakat
tempatan di Perak menentang kerana J.W.W Birch kerana campurtangan
terhadap amalan menggunakan orang suruhan.
Pemimpin tempatan yang dilantik oleh sultan atau masyarakat
tempatan hilang kuasa dan pengaruh pentadbiran. Keadaan ini
menimbulkan perasaan tidak puas hati dan mendorong mereka untuk
menentang.
Sokongan anak buah pembesar yang tertekan dengan
pelaksanaan undang-undang British di samping faktor kesetiaan
mendorong mereka memberikan kerjasama untuk menentang British.

Peristiwa penentangan pemimpin tempatan


Penghulu Dol Said di Naning menentang British di Melaka kerana
British meletakkan Naning sbg sebahagian wilayah takluknya. Dol Said
telah mengingkari arahan supaya Naning menghantar 1/10 hasilnya sbg
ufti kpd Melaka. British menghantar tentera utk menakluki Taboh di
Naning pd 1831. Penghulu Dol Said yg mendapat bantuan ketenteraan
drpd Yam Tuan Ali dari Rembu, Syed
Shaban, Dato Kelana Sungai Ujong dll telah berjaya mengalahkan 150 org
tentera British.
British kemudian menghantar 1200 org tentera pada 1832 utk menawan
Naning. Penghulu Dol Said yg tidak dibantu sesiapapun pd kali ini berjaya
dikalahkan. Dol Said menyerah diri dan dibawa ke Melaka.
James Brooke cuba menguasai beberapa buah daerah pedalaman.
Keengganan pemimpin tempatan menyerahkan daerah mereka kpd James
Brooke menyebabkan James Brooke menyerang daerah-daerah tersebut.
Linggir, pemimpin kaum Iban di Saribas menentang penaklukan James
Brooke dgn menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar tetapi tewas.
Rentap, pemimpin Iban menentang James Brooke kerana James Brooke
cuba menghapuskn org Iban di Sg. Skrang yang dianggap sebagai lanun.
Rentap menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang dan
berjaya mengusir mereka. Tentera James Brooke kemudian bertindakbalas
membakar kampung mereka. Rentap dan pengikutnya yg berundur ke
Bukit Sadok telah berjaya dikalahkan dan selepas itu penentangannya
semakin lemah.
Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapurmenentang
James Brooke kerana menolak penguasaan James Brooke di Sungai
Rajang. Mereka hilang pengaruh dan kuasa memungut cukai terhadap
penduduk tempatan. Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur telah
menyerang kubu James Brooke di Kanowit kemudiannya di Kuching tetapi
gagal. Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi diserahkan oleh
Sultan Brunei kepada British di Singapura. Datu Patinggi Abdul Gapur
melarikan diri ke Betawi tetapi ditahan oleh Belanda dan diserahkan
kepada James Brooke.
Mat Salleh pemimpin daerah Tambunan dan Sungai Sugut
menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) kerana SBUB tidak
menghiraukan kedudukan Mat Salleh, menduduki kawasan pengaruhnya,
melaksanakan sistemcukai kepala dan surat perahu serta bersikap kasar
terhadap penduduk tempatan. Mat Salleh ke Sandakan untuk berbincang
tetapi tidak dilayan. Mat Salleh terpaksa melarikan diri apabila Gabenor
Beaufort menyerang dan membakar kampungnya.
Mat Salleh kemudiannya menyerang kubu SBUB di Pulau Gaya.SBUB
menawarkan pelan damai kpd Mat Salleh, iaitu menyerahkan Tambunan

kepadanya tetapi ditipu.Mat Salleh menyerang kubu SBUB dan kemudian


SBUB menyerang balas kubu Mat Salleh.Mat Salleh akhirnya tewas.
Penentangan orang tempatan di Perak di ketuai oleh Dato
Maharaja Lela. Penentangan berlaku secara bersatu oleh semua
pembesar dan sultan. Penentangan ini dilakukan kerana;Residen British
memungkirinya fungsinyasebagai penasihat seperti yg termaktub dalam
Perjanjian Pangkor 1874.Pembesar Perak menolak sistem cukai dan
penguasaan British di kawasan mereka serta campurtangan British dalam
adat resam dan hal ehwal tempatan. J.W.W Birch juga tidak menghormati
sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu.
Dato Syahbandar (DS) dan Dato Kelana
(DK) bersengketa
kerana merebut kawasan sempadan utk mengenakan cukai kpd pedagng
bijih timah.DK bersetuju menerima campurtangan British di Sg. Ujong
melalui satu perjanjian dengan British tetapi DS enggan menandatangani
perjanjian tersebut sebaliknya menentang tindakan DK mempelawa
campurtangan British dalam pertikaian mereka.DK berjaya mengalahkan
DS dgn kerjasama British utk menguasai Sg. Ujong.DS berundur ke
Selangor tetapi kemudian kembali ke Sg. Ujong dan menandatangani
perjanjian dgn British.Dato Syahbandar bersetuju meletakkan jawatan
dan berhijrah ke Singapura. DK menguasai seluruh Sg. Ujong ttp tertkluk
di bawah penguasaan British.Yam Tuan Antah Sri Menanti pula
menentang British keranaBritish menduduki Sg. Ujong, menyokong Dato
Kelana menduduki Terachi dan Paroi, menawan Bukit Putus, Jempul dan
Terachi. Yam Tuan Antah kemudiannya telah menandatangani perjanjian
damai dengan British
J.P Rodges dilantik sbg Residen Pahang.Dato Bahaman (DB) yang
hilang pengaruh dan kuasa apabila undang2 British spt sistem kehakiman,
pemungutan hasil tanah, sistem cukai dan penubuhan pasukan polis
dilaksanakan telah bangkit menentang.DB, Tok Gajah dan Imam Rasul
telah bersatumenentang British selama 5 tahun.DB dan rakan-rakan
mendapat perlindungan drpd penduduk dan pembesar Terengganu dan
Kelantan.Tindakbalas British menyebabakan DB berundurkeHulu Kelantan
dan akhirnya ke Bangkok dan diberi perlindungan politik oleh Raja
Chulalongkorn.
Penentangan di Kelantan berlaku di Pasir Puteh apabila Sistem
Penasihat
British
diperkenalkan.Tok
Janggut
(TJ)
membantah
pelaksanaan systemcukai British dan enggan membayar cukai.Polis
diarahkan menangkap TJ ttp gagal.Engku Besar Jeram serta rakyat
tempatan telahmenyerang Pasir Puteh dan berjaya mendudukinya.
Sebuah kerajan sementara dibentuk dgn Engku Besar Jeram sbg Raja dan
TJ sbg Perdana Menteri.British membawa masuk tentera dr NegeriNegeriSelat
dan berjaya melumpuhkan perjuangan TJ setelah TJ
terkorban.
Haji Abdul Rahman Limbong (HARL) menentangBritish kerana
tidak bersetuju dgn pelaksanaansistem cukai dan undang-undang tanah
British.HRL mengetuai penduduk kampung membuka tanah di Kuala
Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah British. Penduduk sekali
lagi berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan

Zainal Abidin III. British berjayamenyuraikan pdk kampung yg


berkumpuldengan jasa baik Tengku Nik Maimunah. Kemarahan penduduk
tempatan menyebabkan mereka
melancarkan penentanganbersenjata dgn menyerang dan menduduki
bangunan kerajaan di Kuala Berang.British menghantar 3 org pembesar
yg membawaperintah sultan utk menawan semula Kuala Berang serta
menangkap penentang2nya.HARL berjaya ditahan dan dibuang negeri
keMakkah.
Faktor-faktor pemangkin nasionalisme
Pengenalan Sistem Politik Barat memusnahkan sistem politik
tradisional.
Perlantikan Residen British yang mengambil alih kuasa
pentadbiran daripada pembesar tempatan menjatuhkan maruah mereka
dan membangkitkan kebencian terhadap British.
Sistem pendidikan Inggeris dan sekolah vernakuler Melayu telah
melahirkan golongan intelek Melayu yang telah memberikan idea untuk
memajukan bangsa dan menolak penjajahan Barat.
Dasar British yg menggalakkan kemasukan buruh asing telah
meningkatkan jumlah imigran dan menimbulkan persaingan dengan
penduduk tempatan. Mereka juga menguasai ekonomi Tanah Melayu
dalam bidang perlombongan bijih timah, perladangan getah dan
perniagaan sedangkan orang tempatan kekal dengan pertanian tradisi
yang tidak dimajukan oleh British.
Wujud jurang taraf hidup antara penduduk bandar dengan luar
bandar. Taraf hidup dibandar adalah tinggi kerana kemajuan serta
kewujudan prasarana seperti elektrik, sekolah, hospital dan lain-lain.
Orang Melayu yang tinggal di luar bandar serba kekurangan.
PendudukanJepun menjadi pemangkin gerakan nasionalisme.
Kekejaman Jepun dan kesengsaraan hidup semasa pendudukan Jepun di
Tanah
Melayu
seperti
kekurangan
makanan
dan
ubat-ubatan
menyebabkan sebahagian besar penduduk Tanah Melayu membenci
penjajah sama ada oleh kuasa Barat atau Timur.
Penguasaan
Parti
Komunis
Malaya
selama
14
hari
membangkitkan semangat menentang penjajahan. PKM memerintah
dengan kejam, membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap
penyokong Jepun. Ramai orang Melayu terbunuh dan rumah mereka
dibakar oleh anggota PKM. Berlaku konflik perkauman. Serangan PKM
dibalas oleh orang Melayu di Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Gerakan Pan-Islamismesedunia merupakan gerakan intelektual
Islam seluruh dunia untuk menentang penjajahan Barat ke atas negaranegara Islam. Gerakan ini didokong oleh pelajar Islam dari seluruh dunia.
Gerakan Wahabi di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama. Ini
memberikan kesan kepada kesedaran semangat kebangsaan di Tanah
Melayu.
Kesedaran politik di Indonesia melalui karya-karya yang
dihasilkan telah mendorong kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu.
Indonesia yang amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan
budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme Tanah Melayu.

Kesedaran politik dan pendidikan yang lebih matang melahirkan ramai


golongan intelektual. Penulis-penulis besar Indonesia telah menghasilkan
karya yang telah menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu. Idea
mereka tentang penentangan terhadap penjajahan tersebar dan dihayati
masyarakat tempatan. Kemasukan orang Indonesia memudahkan
penerimaan unsur kegiatan nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu.
Perjuangan Nasionalisme oleh Persatuan-Persatuan Melayu
Kesatuan Melayu Singapura diasaskan oleh Mohammad Eunos
Abdullah.
Bertujuan menjaga kepentingan sosioekonomi
penduduk
Melayu Singapura. Melalui desakannya, kebajikan orang Melayu Singapura
mendapat perhatian British.
Antara kejayaan KMS ialah berjaya
memperoleh sebuah kawasan petempatan khas bagi orang Melayu di
Singapura. Keberkesanan perjuangan kesatuan ini telah mendorong
penubuhan cawangannya di Melaka, Pulau Pinang dan negeri Melayu yang
lain.
Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) dipimpin oleh cerdik
pandai Pulau Pinang. Penubuhannya bertujuan menggalakkan ahli-ahlinya
berkenal-kenalan
dan bertukar pendapat bagi memajukan diri dan
bangsa. Hal ini menggalakkan perpaduan dan persaudaraan orang Melayu
di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Organisasi PASPAM yang kemas
dan mempunyai perlembagaan telah mendapat sambutan hangat.
Kegiatan sosialnya telah menjadi asas kesedaran perpaduan Melayu.
Persatuan negeri ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
seperti di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Objektif
utamanya ialah untuk menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi
membincangkan nasib org Melayu dalam ekonomi, pendidikan dan
perkhidmatan kerajaan.
Penubuhan Persatuan Melayu Miridiikuti Persatuan Melayu
Sarawak hasil pengaruh persatuan negeri di Semenanjung. Objektif
penubuhannya
ialah
untuk
mengeratkan
perpaduan
Melayu,
menggalakkan pendidikan, menjaga budaya dan maruah bangsa serta
menegakkan ajaran Islam. Persatuan ini mendapat sambutan orang
Melayu Sarawak di daerah Kuching.
Di Kota Kinabalu Sabah, terdapat cawangan Persatuan Sahabat
Pena yang kegiatannya mirip kepada kegiatan persatuan di
Semenanjung. Anggotanya terdiri daripada peniaga, pegawai rendah
kerajaan dan guru sekolah Melayu.
Kesatuan Melayu Muda (KMM) dipimpin oleh Ibrahim Haji
Yaakob. Objektif penubuhan KMM ialah menggalakkan perpaduan pemuda
Melayu di seluruh Semenanjung dan meningkatkan tahap pendidikan org
Melayu. KMM juga berhasrat menghalau British dari Tanah Melayu dan
menubuhkan negara Melayu Raya atau Indonesia Raya. KMM
berkerjasama dgn Jepun utk menghalau British dari Tanah Melayu dgn
cara menjadikan KMM sbg sebuah badanpropaganda Jepun dan membeli
Warta Malaya utk dijadikan alat
propaganda anti-British.KMM telah
mengelilingi Tanah Melayu utk mencari sokongan. Cawangan KMM
diperluaskan sebagai propaganda menentang British. Maahad II Ihya

Assyarif menjadi penyokong dengan menyediakan kader-kader yang


dikenali sebagai tentera semut untuk menentang British.KMM tidak
berjaya mencapai matlamat perjuangan politiknya keranaIbrahim Yaakob
dan 150 orang penyokongnya telah ditangkap dan dipenjarakan oleh
British. Kekalahan Jepun yang mendadak dalam Perang Dunia Kedua
menyebabkan Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia lebih
awal. British telah kembali semula untuk menguasai Tanah Melayu.
Kongres Melayu yang diadakan pada tahun1939 dan 1940
merupakan kemuncak kesedaran kebangsaan orang Melayu menjelang
Perang Dunia Kedua. Kongres ini membincangkan soal kemunduran
org2 Melayu dalam pendidikan dan ekonomi serta layanan pilih kasih
British. Kongres ini disokong oleh golongan intelek dan akhbar2 Melayu.
Melaluinya orang Melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian selama
ini.

Cara anda menunjukkan semangat nasionalisme terhadap


negara.
Ciri-ciri warganegara Malaysia yang mempunyai semangat
nasionalisme yang tinggi.
Peranan anda memajukan negara sebagai seorang
warganegara yang mempunyai semangat nasionalisme yang
tinggi.

[Jika 10M tulis 10 isi]


Saya perlu meningkatkan ilmu pengetahuan seperti dalam
bidang sains dan teknologi untuk membangunkan dan memajukan
negara melalui sumbangan idea dan kepakaran. Pelbagai kemahiran
juga perlu dipertingkat seperti kemahiran ICT untuk meningkatkan daya
saing. Mengukuhkan perpaduan kaum supaya keharmonian dan
kesejahteraan hidup rakyat dapat dikekalkan. Ajaran agama perlu
dipatuhi supaya menjadi saya dapat menjadi warganegara yang baik
dan mudah diurus.Taat setia yang tidak berbelah bagi kepada raja dan
negara perlu diberikan agar kedaulatan negara dapat terus dipelihara.
Semangat patriotik yang tinggi dan semangat sayang kepada negara
perlu ditonjolkan. Ini boleh dilahirkan melalui sikap menjaga kebersihan
persekitaran dan
membeli barangan buatan Malaysia sebagai
sokongan kepada syarikat-syarikat tempatan. Menjunjung tinggi
perlembagaan negara serta sentiasa berusaha menjadi seorang rakyat
yang sentiasa mematuhi undang-undang negara supaya keamanan
dapat diwujudkan.Sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan seperti bertoleransi, bertanggungjawab, bersikap amanah dan
sebagainya.Membina jati diri agar tidak mudah terpengaruh dengan
budaya luar yang boleh mendatangkan kesan-kesan negatif.Menghargai
perjuangan
tokoh-tokoh
tempatan
yang
telah
berusaha
membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Pengorbanan
mereka boleh dijadikan contoh tauladan. Berusaha gigih memajukan
ekonomi negara agar kemakmuran dapat dinikmati bersama. Sanggup
berkorban untuk mempertahankan negara daripada sebarang ancaman

musuh luar dan


kepentingan diri.

meletakkan

kepentingan

Jika anda salah seorang pemimpin


anda
untuk
menghalang
[Jika 10M tulis 10 isi]

negara

melebihi

tempatan apakah strategi


kemaraan
British

Jika saya salah seorang pemimpin tempatan, strategi yang saya


gunakan untuk menentang British ialah merangka satu perlembagaan
bagi menghalang campurtangan British di kawasan pentadbiran saya.
Saya juga akan melaksanakan dasar berbaik-baik dengan British dan
cuba mengelakkan pertentangan antara kedua-dua pihak. Sebarang
masalah akan cuba diselesaikan melalui meja rundingan. Saya akan
menjalankan pentadbiran yang berkesan dan mewujudkan suasana
aman supaya kegiatan ekonomi dapat berjalan dengan lancar. British
tidak akan mempunyai alasan untuk campurtangan. Negara-negara Barat
yang lain juga dijemput untuk sama-sama terlibat dalam ekonomi di
kawasan pentadbiran saya. Penasihat-penasihat dari pelbagai negara
Barat juga akan digunakan untuk mengetuai pelbagai jabatan dan
seterusnya melatih penduduk tempatan. Kepelbagaian negara yang
terlibat akanmenghalang mana-mana kuasa Barat yang cuba menguasai
kawasan pentadbiran saya secara bersendirian. Jika usaha berbaik-baik ini
gagal, saya akan melengkapkan tentera dengan peralatan senjata yang
lebih moden. Perisik-perisik akan dihantar untuk mencari maklumat
kekuatan dan kelemahan British. Rakyat akan diberikan pendidikan
supaya mereka lebih bijak mengetahui tipu uslihat musuh. Pertempuran di
laut dan pertempuran di darat secara terbuka akan cuba dielakkan
kerana British memiliki kapal perang dan senjata yang lebih moden.
Sebaliknya saya akan lebih banyak menggunakan serangan-serangan
mengejut.
Pembesar
dari
pelbagai
negeri
dan
kawasan
akandigabungkan supaya penentangan yang dilakukan adalah secara
menyeluruh.

Bagaimanakah semangat nasionalisme yang tinggi dapat


memajukan negara kita
Kepentingan semangat nasionalisme
[Jika 10M tulis 10 isi]

Dengan adanya semangat nasionalisme pemimpin-pemimpin


negara akan mentadbir negara dengan jujurdan ikhlas. Programprogram
pembangunan negara akan dirancang dan dilaksanakan
dengan
sempurna untuk kepentingan rakyat. Kepimpinan yang
bertanggungjawab ini akan melahirkan hubungan erat antara pemimpin

dengan rakyat. Ini membolehkan dasar-dasar kerajaan dapat


dilaksanakan.
Amalan rasuah dalam negara dapat dihindari kerana rakyat
menyayangi negara dan mematuhi undang-undang. Oleh itu
ketelusan pentadbiran dapat dilaksanakan. Ini seterusnya dapat
mengelakkan ketirisan dalam ekonomi.
Semangat nasionalisme akan menggalakkan pekerja bekerja
bersungguh-sungguh.
Kesungguhan
Ini
akanmeningkatkan
produktiviti dan menambah pendapatan negara. Ahli-ahli sukan pula
akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi sesuatu
pertandingan dan mengharumkan nama negara. Rakyat akan
berusaha mempertahankan negara daripada sebarang ancaman
musuh-musuh luar. Kedaulatan negara akan dapat dipertahankan.
Semangat toleransi dan berkerjasama dapat dipupuk kerana
rakyat memahami pentingnya sebuah perpaduandalam masyarakat yang
terdiri daripada pelbagai kaum. Keharmonian dan keamanan dapat
diwujudkan. Sistem politik negara akan lebih stabil dan ekonomi
juga berkembang pesat. Banyak peluang-peluang pekerjaan dapat
diwujudkan dan seterusnya meningkatkan taraf hidup.
Kesedaran
yang
dimiliki
mendorong
rakyat
berusaha
meningkatkan ilmu pengetahuan dan menyumbang ideaserta
kepakaranuntuk membangunkan negara. Sikap bertanggungjawab dan
keprihatinan masyarakat dapat mengurangkan kadar jenayah.
Pengurangan kadar jenayah membolehkan kerajaan menumpukan usaha
pembangunan negara dalam bidang-bidang yang lain. Rakyat menjaga
kebersihan persekitaran. Keindahan persekitaran terpelihara sehingga
menarik pelancong. Kehadiran pelancong menambah pendapatan
negara. Imej negara juga akan meningkat.
Sebab-sebab kegagalan penentangan pemimpin tempatan
[Jika 10M tulis 10 isi]
Antara sebab-sebab kegagalan penentangan pemimpin tempatan
ialah penggunaan senjata tradisional untuk menentang British yang
menggunakan senjata moden. Pemimpin tempatan kurang memiliki
ilmu pengetahuan untuk berhadapan dengan sebuah kuasa besar dunia
yang lebih maju. Tipu muslihat British dan strategi mereka tidak disedari
pemimpin tempatan. Strategi yang digunakan pemimpin tempatan
pulakurang berkesan manakala organisasi penentangan pula tidak
wujud.Pemimpin-pemimpin tempatan juga tidak bersatu padu antara
sesama mereka sebalik mereka sering bersengketa antara satu sama
lain serta mudah diadu-domba oleh pihak British. Contohnya
persengketaan antara Dato Syahbandar dan Dato Kelana di Sungai Ujong.
Pihak British memahami sosio-budaya masyarakat tempatan yang
memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada sultan. British
menggunakan kesempatan ini dengan mempengaruhi dan mengugut
Sultan supaya menyebelahi mereka. Contohnya mempengaruhi sultan
Pahang untuk menghadapi penentangan Dato Bahaman dan Tok Gajah.

Terdapat juga segelintir pemimpin tempatan yang bersekongkol dengan


British untuk membolot kuasa. Contohnya tindakan Sultan Ismail dan Dato
Kelana Sungai Ujong menjemput British untuk campurtangan dengan
menandatangani perjanjian.

Cabaran membina masyarakat yang patriotik


Sebab-sebab semangat nasionalisme generasi muda kian
terhakis

[Jika 5M tulis 5 isi]


Antara cabaran bagi membina masyarakat yang patriotik ialah
pegangan agama masyarakatyang longgar sehingga membawa
kepada keruntuhan akhlak seperti pergaulan bebas dan pembuangan
bayi.
Tebalnya identiti perkauman mengurangkan
semangat
bekerjasama sehingga menyukarkan usaha bagi mewujudkan
perpaduan. Masyarakat mudah tersentuh dan memberikan reaksi
terhadap isu-isu yang melibatkan perkauman.
Pergeseran antara
kaum mudah terjadi
sehingga mampu mewujudkan konflik dan
menjejaskan keamanan.
Pengaruh budaya luar yang masuk menerusi pelbagai media
mendatangkan kesan negatif sehingga melunturkan jati diri
masyarakat.
Sikap
mementingkan
kebendaanmenyebabkan
masyarakat mengenepikan nilai-nilai agama dan moral dalam
mengejar keduniaan. Persaingan politik dalam negara semakin
meruncing sehingga menggugat kestabilan seperti demonstrasi
jalanan.
Sikap golongan muda yang mementingkan hiburan melampau
menjadikan mereka lalai terhadap tanggungjawab sebenar untuk
menimba ilmu pengetahuan di samping terjebak dengan pelbagai
gejala sosial seperti dadah dan minuman keras.
Pengaruh media massa dan media sosial melalui konsep langit
terbuka telah menimbulkan budaya fitnah dan memecahbelahkan
perpaduan masyarakat. Maklumat yang tidak tepat disebarkan dalam
kalangan masyarakat sehingga menggugat kestabilan politik dan
ekonomi. Peningkatan kadar jenayah menggugat keharmonian dan
ketenteraman masyarakat seperti ragut, pecah rumah dan pembunuhan.
Cadangan memperkasa semangat nasionalisme
[Tulis 5 isi]
Bagi memperkasa semangat nasionalisme rakyat Malaysia,
pegangan agama / nilai-nilai moral masyarakat perlu ditingkatkan
melalui kurikulum sistem pendidikan. Kerajaan perlu mengurangkan
rancangan-rancangan hiburan dalam media elektronik sebaliknya
menambah rancangan-rancangan yang bersifat pendidikan atau
keagamaan untuk memberi pedoman dan bimbingan kepada

masyarakat.
Institusi keluarga perlu dikukuhkan melalui khidmat
kaunseling. Penguatkuasakan undang-undang secara lebih tegas dan
berkesan hendaklah dilaksanakan bagi membanteras gejala rasuah.
Kempen-kempen anti rasuah dan kesan buruk rasuah kepada negara
dan masyarakat perlu dipertingkatkan. Rakyat perlu memilih pemimpin
yang benar-benar berwibawa melalui peti-peti undi. Bilangan anggota
penguatkuasa bagi membenteras jenayah seperti polis, imigresen dan
kastam perlu ditambah dari semasa ke semasa seiring dengan
pertambahan penduduk
dan cabaran tugas. Program-program
mengukuhkan perpaduan kaum boleh dilaksanakan seperti sambutansambutan perayaan dan kerjasama komuniti setempat. Kerajaan perlu
menapis unsur-unsur negatif dari luar yang tersebar melalui media
elektronik dan media sosial daripada terus mempengaruhi masyarakat.
Kerajaan hendaklah membela kepentingan rakyat dengan berusaha
meningkatkan taraf hidup mereka dengan menyediakan kemudahan
seperti hospital, bekalan air dan elektrik. Ekonomi negara perlu
ditingkatkan bagi mencetuskanpeluang-peluang pekerjaan. Keadaan
ini dapat melahirkan masyarakat yang berbangga dengan pencapaian
negara.

Iktibar daripada perjuangan tokoh-tokoh gerakan nasionalisme di


negara kita.
[Tulis 5 isi]
Tanpa ilmu pengetahuan kita mudah dipermainkan oleh pihak
yang lebih maju yang cuba mengambil kesempatan. Perpecahan dalam
kalangan masyarakat akan memudahkan musuh-musuh luar menguasai
kita. Sikap mengutamakan kepentingan diri dapat menggagalkan
perjuangan untuk memartabatkan bangsa. Pihak-pihak luar hanya akan
mengambil kesempatan jika kita berada dalam keadaan yang lemah. Kita
perlu menghadapi musuh dengan menggunakan kekuatan akal fikiran
iaitu ilmu dan bukannya kekuatan tenaga. Perebutan kuasaakan
menjadikan kita sentiasa berpecah-belah. Kita hanya akan menjadi
bangsa yangbermaruah jika kita bersatu padu dan mempunyai
kekuatan ekonomi. Tanpa kekuatan ekonomi kita akan mudah terpedaya
dengan bantuan dan tawaran yang diberikan pihak musuh.
Rumusan
Pengetahuan yang diperoleh [Tulis 2 isi]

Penentangan pemimpin-pemimpin tempatan yang bercorak


setempat telah memulakan gerakan nasionalisme di negara kita.
Gerakan ini timbul kerana dasar penaklukan British. Gerakan
nasionalisme pada awal abad ke-20 pula lebih menyeluruh bagi
mengangkat martabat bangsa.
Nilai-nilai murni [Tulis 1 isi]
Semangat berkerjasama dalam kalangan masyarakat mampu
mengatasi ancaman daripada musuh-musuh luar.Kegigihan menimba
ilmuakan menjadikan kita sebagai masyarakat yang berpengetahuan bagi
menghadapi kehidupan yang semakin mencabar.Semangat rela
berkorban dari segi masa, harta, tenaga bahkan nyawa perlu ada bagi
setiap anggota masyarakat bagi memastikan kejayaan dalam perjuangan.
Unsur patriotisme [Tulis 1 isi]
Semangat cinta kepada negarayang kental mampu melindungi
negara daripada dijajah semula.Kemajuan negara hanya dapat dicapai jika
masyarakat berusaha dengan
gigih untuk menguasai ilmu
pengetahuan.Kemerdekaan negara kita perlu dipertahankan. Kita perlu
menunaikan amanah dan tanggungjawab bagi mengisi kemerdekaan
pada hari ini.
Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang
dan terbilang
[Tulis 2 isi]
Saya
berharapkemakmuran
dan
keharmonian
hidup
masyarakat akanberkekalan dan terus dipertahankan.Rakyat Malaysia
akan terus gigih berusaha untuk memajukan negara yang tercinta.
Melalui kejayaan yang dicapai, Malaysia akan terus dihormati oleh
masyarakat antarabangsa sebagai sebuah negara yang berdaulat.