Anda di halaman 1dari 1

SOALAN PSV TINGKATAN 2

PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN 2015

Arahan: Sila pilih salah satu dari tajuk yang diberikan di bawah. Semua peralatan melukis seperti
kertas lukisan, pensil warna, warna air, oil pastel dan berus warna perlu disediakan oleh pelajar
sendiri. Sila bawa semua peralatan tersebut semasa hari peperiksaan. Latihan melukis atau melakar
boleh dibuat di rumah tetapi proses mewarna perlu disiapkan semasa hari peperiksaan sahaja.
1. Hasilkan satu rupa yang menarik berdasarkan gubahan rupa Geometri dan rupa Organik.
Berdasarkan rupa tersebut, hasilkan corak ulangan yang sesuai digunakan sebagai hiasan
kertas pembalut hadiah dan sebagainya. Warnakan corak tersebut menggunakan pensel
warna, warna air atau media lain yang sesuai.
2. Lukiskan satu poster yang bertajuk Hargailah Alam Sekitar. Media yang digunakan untuk
membuat poster adalah bebas. Anda boleh mewarna poster tersebut sama ada
menggunakan cat air, cat poster atau pensil warna.
3. Lukiskan sebuah lukisan bertemakan Haiwan Peliharaan Saya. Lengkapkan lukisan
tersebut dengan aspek Jalinan, Warna dan Ton.
4. Hasilkan satu lukisan Muka Depan Sebuah Komik atau Novel Cerita Hantu. Muka taip (tajuk
komik atau novel cerita hantu) anda perlulah sesuai dengan lukisan yang dihasilkan.
5. Dengan menggunakan warna sejuk, hasilkan sebuah catan (lukisan dengan cat air atau
poster) bertemakan Pemandangan Di Dasar Laut. Catan anda perlu menekankan aspek ton
warna, ruang dan komposisi.
Contoh Lukisan:

-Kertas Soalan Tamat-