Anda di halaman 1dari 66

23 July 2015

Ketupat Palas Noxxa


Koleksi resepi dari periuk noxxa
Setiap kali nak masak gunna Noxxa jenuh lah bukak kat group FB mcm mana nak
masak.. yang bestnya tak ingat kat group mana hahahahah sbb byk sgt yang I follow.
Nah.. tepek kat sini terus .. semua resepi dengan menggunakan periuk NOXXA.
senang nak refer nnt. Ni antara resepi yang ada . untuk resepi lebih details skroll kat
bawah yer . Bila dah buat semua ni nnt kita snap gambar comey comey kasi upload. I
ada 2 entri pasal resipi noxxa ni.. ni version 1 hehehe nnt kita tambah kat version 2 pulak
yer. you olls boleh refer dekat sini.

PERIUK TEKANAN MULTIFUNGSI NOXXA


Periuk nie macam rice cooker. cuma yang nie, teknologi German, PERIUK TEKANAN letrik
dan ada tambahan 4 function tambahan.
stir fry, untuk menumis atau menggoreng. Jadi kalu nak masak nasi minyak, bleh

terus tumis dalam periuk nie.


Steam, kukus. Kalu nak wat dodol, steam 7 minit jer. Bihun goreng steam 2

minit.. semua lembut sekata.


high pressure utk fungsi tekanan. Nak kembangkan Kacang hijau untuk bubur

kacang, 11 minit je, tak payah nak rendam2..

low pressure

warm/reheat

slow cook

Multifungsi dan sgt membantu.

Harga
CP: RM788.65
Ahli baru : RM752.60
DP: RM657.20
haa.. sapa nak boleh wassap i 0193891258

NASI TOMATO
Bahan-bahannya:

1 kg. beras biasa bersamaan 5 cawan beras

tin Kimball Tomato Soup (Tomato Soup tin 425g)

1 sudu besar Kimball Tomato Puree

tin susu cair

3 sudu besar serbuk badam

Air mengikut sukatan beras 1 nisbah 1 (1:1)


Bahan-bahan Tumis:

1 sudu besar minyak sapi

1 batang kayu manis 3

1 helai daun pandan dikerat 4 inci

2 kuntum bunga lawang

2 biji buah pelaga

1 biji bawang besar dihiris

sudu besar pes (kisar) bawang putih dan halia

sudu besar pes (kisar) bawang besar

sudu besar gula pasir

20 gram buah kismis

Cara-cara Memasak Menggunakan Periuk Noxxa:


1. Tekan fungsi `STIR FRY dan On. Masukkan minyak sapi.
2. Bila minyak panas, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, dan kismis.
Seterusnya masukkan pes bawang putih dan halia kisar, bawang kisar dan daun pandan.
3. Bila tumisan mula keluarkan bau yang harum, masukkan Kimball Tomato Soup, Kimball
Tomato Puree, susu cair, serbuk buah badam, dan air yang telah disukat. Masukkan gula
dan garam secukupnya. Rasa kemasinan air. Biarkan air mendidih.
4. Apabila air mula mendidih, masukkan beras dan kacau perlahan.
5. Off fungsi STIR FRY. Tutup periuk. Putar tombol ke arah `PRESSURE. Tekan fungsi
`HIGH PRESSURE 10x (10 minit) dan On.
6. Selepas tamat masa, putar tombol ke arah `STEAM untuk keluarkan wap.
7. Selepas habis wap dikeluarkan, buka tudung. Ambil chopstick dan buat beberapa
lubang kecil pada nasi. Masukkan beberapa titis pewarna kuning (yellow egg) ke dalam
setiap lubang tadi. Kemudian gaul rata.
8. Biarkan dalam status WARM/PRE-HEAT untuk nasi senantiasa panas.

SPAGETI GORENG

1 ulas bawang putih

1 biji bawang holland

1 biji tomato (dadu)

2 batang sosej

Sedikit isi ayam cincang

Sedikit serbuk oregano atau italian herbs

Sedikit lada hitam

5 sudu Tomato puri atau sos tomato

1 kiub ayam

500gm spageti, patahkan 2.

Guna Noxxa:
1. Stir fry bawang, tomato, sosej, ayam, serbuk oregano dll.
2. Masukkan sos tomato, kiub ayam, air 500ml, spageti. Kacau sikit.
Offkan stir fry.
3. Tekan high pressure 3 minit. Tekan start.
Dah cukup 3 minit. Boleh release wap. Stir fry skali lagi utk keringkan, jika suka.
Taraaaa.. dah siap.

Nasi lemak

5 cawan beras

5 cawan air

1 cawan santan

Sedikit garam

Halia

Bawang besar

Daun pandan

High pressure 7 minit.

Wajik

5 pot beras pulut

Air paras pulut.

High pressure 3 minit.

Sementara tu sedia

1 cawan air gula merah

1 cawan santan pekat

Pastu buka tudung periuk.. masuk air gula dan santan.

Steam 1 minit.

Pastu biarkan pulut tu dalam periuk (dgn kepanasan periuk), utk lebih berkilat.

LAKSA JOHOR
SPAGHETTI REBUS NOXXA

1 peket spaghetti

Air

Sedikit minyak

Garam

patah 2 spaghetti dn letak dlm inner.

masukkn air paras spaghetti, sedikit garam dn minyak.

HP 5 minit. Toskan

SAMBAL BELACAN

10 15 tangkai cilipadi

2 btg lada merah

1 ulas bawang putih

Sedikit belacan

Garam & gula

kisar atau tumbuk semua bahan

perahkn jus limau kasturi.

Siap

ULAM-ULAMAN LAKSA JOHOR

Taugeh dibersihkn

Kacang panjang hiris halus

Daun kesum hiris halus

Daun selasih hiris halus

Timun buang biji dn hiris nipis

Bunga kantan hiris halus

Lobak asin potong kecil

Limau kasturi.

KUAH LAKSA JOHOR

1kg ikan parang / tenggiri

250 gm udang basah

4 sdb udang kering

1 kpg isi ikan kurau

kisar halus semua bahan

tulang ikan, kulit udang direbus dn jadikan stok ikan dn udang.

Bahan kisar:

6 ulas bwg merah

2 ulas bwg putih

1 in lengkuas

1 in halua

15 tangkai cili kering

Bahan rempah:

2 sdb jintan manis

2 sdb ketumbar

sangai dn kisar halus

Lain2 bahan:

2 sdb rempah kari ikan

2 sdb kerisik

3 kpg asam keping

1/2 kotak santan (100ml)

1 ikat daun kesum

1 ikat daun selasih

1 kuntum bunga kantan belah 2

1 btg serai titik

1 buku gula melaka

Garam & gula.

Cara2:

SF minyak dn tumis bahan kisar, serai hingga wangi

kemudian masukkn bahan rempah, kari ikan, isi ikan, isi udang, udang kering,
ikan masin dn stok ikan dn udang satu persatu. Renih.

masuk santan, daun kesum, selasih, kantan, gula melaka, asam keping, santan dn
kerisik. Garam dn gula. SF

SF jika kuah belom memekat.

kek sunquick kukus


bahan bahan blend

3 biji telur

1 cawan gula

1 cawan minya

1/2 cawan pati sunquick

bahan ayak
1.

2 cawan tepung gandum

2.

1sdb baking power

cara cara

campur bahan blend n bahan ayak ,

kaup balik dah seh sebati griskan loyang dengan minyak tuang adunan
bakan kukus 30 minit

SUP SOTO AYAM NOXXA


( editan Cik Kiah Kicen)

1 ekor ayam belah 4

Air

Kiub pati ayam

Bahan kisar:

1 sdb ketumbar

1 sdt jintan kasar

1 sdt jintan halus

2 in lengkuas

2 btg serai

1 in halia

5 ulas bawang putih

15 biji bawang merah

1/4 biji buah pala

1 sdt lada sulah

5 biji buah keras

1 in kunyit

Bahan tumis:

4 sekawan

5 ulas bawang merah hiris

3 ulas bawang putih hiris

Cara2:
masukan ayam kedalam inner letak sedikit air ( paras ayam) HP 10 minit.
asingkn ayam dgn air dn carik2 isi ayam. Bhgn spt kepak dn leher biarkn dlm air rebusan
td.
Ketepikn isi ayam carik td. Sedikit air rebusan direserve utk cili kicap. Dlm 4 sdb camtu.
SF minyak dn tumis bahan tumis hingga wangi. Masukkn air rebusan ayam kemudian
bahan kisar dn isi ayam carik. Ada stail org johor yg campurkn terus isi ayam dlm kuah
dn ada juga yg asing dn tabur kemudian. CKK suka masuk dlm sup terus.
tekan HP4 minit, perasakn garam dn kiub pati ayam.
CILI KICAP NOXXA ( editan Cik Kiah Kicen)

4 sdb air rebusan ayam

1/2 cawan cili padi

5 ulas bawang putih digoreng sedikit.

1/4 cawan kicap manis

1 sdt gula

rebus cili padi dn air rebusan ayam dn kemudian kisar dgn bawang putih.

NASI HUJAN PANAS NOXXA (Edited by CKK)


Bahan A

4 cawan beras basmathi

4 cawan air

1/2 cawan susu cair

3 biji tomato cincang

1 btg serai titik

2 helai daun pandan simpul

1 kiub pati ayam

1 sdt garam

Pewarna hijau merah dn kuning

1 sdb minyak sapi

2 sdb butter/margerin

Bahan B

3 kuntum bunga cengkih

2 kuntum bunga lawang

1 in kulit kayu manis

1 in halia tumbuk

3 biji bawang merah tumbuk

1 ulas bawang putih tumbuk

Cara2:
SF minyak sapi dn margerin, tumis bahan B dn daun pandan hingga naik bau.
masukkan air dn garam dn didihkan.
masukkan susu cair, kiub ayam, tomato dn beras, kacau rata.
tekan HP3 minit. Bebas wap
buka tudung dn buat lubang kat nasi dgn copstick bbrp penjuru dn titikkn pewarna
berselang seli.
tutup sebenar dn biar keep warm seketika dlm 3 minit. Kemudian gemburkan masa nak
hidang atau masa nak salin nasi kedlm bekas lain.
hiasan taburan bawang goreng dn daun bawang.

AYAM KURMA NOXXA (Olahan CKK)


Bahan A

1 ekor ayam potong kecil

5 sdb rempah kurma ( adabi)

3 biji kentang potong 4

1 labu bawang besar potong 4


1 biji tomato potong baji
2 biji cili hijau potong 2
1 kotak santan 200 ml
1 biji limau nipis amik jus
Minyak masak & garam
2 sdb kacang tanah kisar penyedap rasa.

Bahan B (tumis)
5 biji bawang merah hiris
3 ulas bawang putih hiris
2 in halia hiris
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
1 in kulit kayu manis
3 biji buah pelaga

Cara2:
SF minyak dn tumis bahan B hingga wangi.
masukkan rempah kurma dn kacau hingga pecah minyak.
masukkan ayam dn sedikit air (1 cawan), tutup dn tekan HP15 minit.
buka tudung, masuk kentang, bawang besar, cili, tomato, santan, garam. Tekan HP 5
minit.
SF dn masukan kacang tanah kisar. Siap kbai
DAGING GORENG BERLADA NOXXA
(Olahan Cik Kiah Kicen)

500gm daging

1 sdt serbuk kunyit

1 labu bwg besar potong bulat

1 in halia ketuk

Air asam jawa

Garam & gula

Bahan Kisar

5 tangkai cili merah

3 tangkai cilipadi merah

5 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

Cara2:

daging cuci dn HP25 minit dn hiris nipis. Gaul kunyit dn garam. Goreng seketika
dn ketepikn.
SF minysk dn tumis bahan kisar dn halia. Masuk air asam jawa, garam dn gula.
masukkn daging dn bawang besar. Gaul rata dn siap. Tabur daun bawang. Kbai

ACAR TIMUN NOXXA (Olahan Cik Kiah Kicen)

1 batang timun
1 batang karot
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1 sdk biji sawi
Serbuk kunyit
3 sdb cuka
3 sdb gula
Garam
**********************************

hiris timun, karot dn cili memanjang dn rendam dlm air garam


bawang besar buang pangkal dn belah 4 dn putih belah 2.
mode stirfry, panaskn minyak dn tumis bawang merah dn putih. Masukkn biji sawi
dn serbuk kunyit. Tumis hingga wangi.
masukkn air, cuka, gula dn garam
masukkn karot dn cili. Gaul rata. Off stirfry dn masukn timun.
siap

NASI GORENG IKAN MASIN VERSI NOXXA


(Olahan CKK resepi asal dr cik gugel)
2 pot beras cuci dn ketepikan
3 pot air tertakluk pada jenis beras
1 kpg ikan tenggiri masin atau ikan jeruk atau kurau- siat2 atau hiris nipis.
5 biji bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
10 biji cili padi diketuk
2 sdb sos tiram
1 sdb sos ikan atau guna jer pati ikan bilis tu
2 butir telor
1/2 btg lobak merah dihiris
Sayur sawi dipotong
Daun sup dn daun utk hiasan
Cili merah hiris utk hiasan
************************************

dadarkn telor dahulu dan ketepikn.

mode SF panaskn minyak, tumis bawang merah dn putih kemudian masuk cili
padi. Gaul rata.

masukkn ikan masin gaul rata kemudian masukkn sos tiram dn sos ikan.

masukkan air off SF. Kemudian masukkn beras dn tutup piyok. Tekan HP3
minit.

bila habis masa off button dn biar dlm 5 minit. Pasti bebas tekanan.

mode SF semula dn masukkn sayuran dn kacau rata. Dlm 2 minit.

siap utk dihidangkan atas lapisan telor dadar tadi dn hias dgn daun bawang
dn sup serta cili hiris.

NASI GORENG SOTONG NOXXA


(Olahan CKK resepi asal dr cik gugel)
2 cawan beras

3 cawan air
6 btg Kacang buncis hiris halus
1 biji telur pukul sikit
4 ekor sotong potong cincin
2 btg jejari ketam dadu
1 kpg meat loaf carik kecil
1 biji bawang besar hiris
2 ulas bawang putih cincang
1/4 biji red capsicum dadu
1 sdb cili kisar
1 kiub iksn bilis
1 sdt sos tiram
Hirisan cili padi, daun bawang dn bawang goreng utk hiasan
Cara:
SF minyak, tumis bawang besar, bawang putih dn cili kisar hingga garing.
masukkn sos tiram dn kiub ikan bilis. Pastu masuk sayur buncis, capsicum,sotong, jejari
ketam, meat loaf ayam dn gaul.
pukul manja telur dn masukkn dln inner , biar sekejap dn letsk air. Off SF.

masukkn beras dn tekan HP3 minit.


siap SF lagi jika masih x kering dn hidang. Tabur bahan hiasan.

NASI GORENG KAMPUNG UDANG NOXXA


2 cawan beras
3 cawan air
10 ekor udang
1 sdb udang kering rendam kejap dn toskn kendisn tumbuk.
10 biji cili padi tumbuk
1 biji bawang merah tumbuk
2 biji bawang merah hiris
6 btg kacang buncis- potong
1 biji telur pukul manja
1 sdb sos tiram
1 kiub pati ikan bilis
Iksn bilis yg digoreng dn ayam goreng dipotong.
Sedikit lada sulah
Cara:
SF minyak, tumis bawang nerah hiris hingga layu. Kendian masukkn bahan tumbuk dn
tumis hingga harum.
masukkn kiub ikan bilis dn sos tiram, kacau sebati dn masukkn telur dn udang dan sayur.
Gaul rata.
masukkn air dn off SF. Masuk beras dn tekan hp3 minit.
SF semula dn masukkn iksn bilis goreng, ayam dn lada sulah.

NASI GORENG KANTAN NOXXA


2 cawan beras
3 cawan air
Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar

5 biji cili padi


1 btg serai
Sedikit Belacan
Sedikit ikan bilis
Bunga kantan hiris
1 kiub ikan bilis
Cara:
SF minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkn air dn kiub ikan bilis. Off SF.
masukkn beras dn hp3 minit.
SF balik dn masukn hirisan kantan.

NASI GORENG BELACAN NOXXA


2 cawan beras
3 cawan air
Sedikit isi ayam
Sayur sawi
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi
1 in belacan
2 sdb ikan bilis
Cara:
SF minyak dn tumis bahan kisar hingga naik bau.
masukkn ayam gaul sekejap dn masukkn air off SF.
masukkn beras dn tekan hp3 minit.
SF balik dn masukkn sayur sawi perasa garam.

Nasi arab NOXXA

2sudu besar minyak sapi


1biji bwg besar

1 biji tomato besar

1 sudu besar rempah khabsha citra klasik (saya guna 1 paket kecil rempah kurma
adabi)

1 sudu besar garam

1 kiub ayam

1kg beras basmathi

1 ekor ayam potong empat (kelar sket)/ lapan

1 liter air.
Kaedah:

Tekan stir fry, tekan on

Masukkan minyak sapi.

Tunggu minyak sapi panas, tumis bwg dan tomato. Masuk rempah.

Masuk garam dan kiub. Offkan stir fry.


Masukkan air, beras, kacau sket dan lapiskan ayam di atas nasi.
Tekan high pressure 3x = 3 minit. Pastikan titik selaras..
Cukup 3minit, terus tekan off dan tutup suis periuk. Biar sampai periuk boleh buka
sendiri utk nasi lebih tanak.
Kalu berkerak, next time kurangkan minit..
Sambal nasi arab :

1 biji lemon (buang kulit shj)

1 biji bawang besar

1 biji tomato

5 biji cili padi

1 sudu besar garam

5 sudu besar gula4 pokok daun ketumbar


Blend kan kesemua bahan di atas

MAKARONI/SPIRAL/SMALL SHELLS GORENG VERSI


NOXXA

1/2 peket pasta makaroni/spirals/small shells ( ikut citarasa memasing) cuci dn


tos.

1 labu bawang besar dikisar

3 ulas bawang putih dikisar

Sedikit rencah spt udang/sotong/isi ayam etc potong kecil

3 sdb cili giling ( ikut suka nk pedas letak lebih)

Sos cili dn tomato

Sedikit sayuran spt bunga kobis/carrot/baby corn etc

3 sdb butter

1 kiub pati ayam


*********************************
Kaedah:

mode stirfry , letak butter dn tumis bawang kisar dn cili giling hingga garing
masukkn sos tomato dn cili ikut rasa sendiri ( biasa kjem masuk dlm 2sdb each)
masukkn rencah2 pilihan atau apa yg ader jer..
masukkn pati ayam dn pasta pilihan serta sedikit air bagi tenggelam pasta tu.
tutup piyok dn HP 4 minit.
pastu mode stirfry balik dn masukkn sayuran dn gaul rata . Jika masih berair
keringkn.
siap utk dihidang Slamat mencuba

Ikan Siakap Masak Stim Ala Thai


from: azie kitchen yang telah di apply menggunakan noxxa; setting stim 10 min

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap belah depan

2 batang serai ketuk

1 biji bawang besar hiris

4 ulas bawang putih hiris

8 biji cili padi ketuk

2 inci halia muda hiris panjang

1 kiub pati ikan bilis

3 biji limau kasturi/nipis hiris dan juga perah jus

5 helai daun limau purut buang urat & hiris kasar

2-3 biji bawang putih jeruk buang kulit

1/2 batang saderi hiris nipis


Bahan Sos:

2 sudu besar sos ikan

1 sudu besar kicap cair

3-4 sudu besar sos tiram

Sedikit air ( dlm 2 cwan ookay)


Bahan Lain:

1 sudu besar tepung jagung bancuh dengan sedikit air

Garam

Gula/serbuk perasa
Bahan Tabur

Daun ketumbar, daun bawang hiris

1 biji cili merah hiris


Cara cara:

Panaskan air dalam pengukus sehingga mendidih. Masukkan semua bahan hiris dan
bahan sos ke dalam pinggan pengukus. Letakkan bahan hiris sebahagian di bawah
ikan.
pastikan limau nipis tu jgn masukkn skali dgn kulitperah sahajakalo masuk

skali dn kulit nti kuahnye pahit

Rendang ayam Noxxa


Bahan

3 ekor ayam kampung dan seekor ayam bandar. goreng setengah masak setelah
digaul dengan sedikit jer serbuk kunyit dan garam

Kisar semua bahan-bahan di bawah tanpa air dgn menggunakan food processor
masukkan minyak masak sekadarnya untuk menggantikan air.

bawang merah 10 atau 15 ulas atau 5 biji bawang besar (lagi banyak bawang lagi
terasa sedap dan manis rendang)

serai .. lengkuas halia kunyit hidup bawang putih cili padi kampung 10
ke 15 biji ikut kadar kepedasan

Kaedah

set periuk noxxa stir fry masukkan minyak masak sedikit dan tumiskan semua
bahan kisar ke dalam periuk noxxa .. tumis sebentar hingga wangi dan masukkan
cili kering yg sudah dikisar 2 senduk kacau sebentar dan off noxxa stir fry.

masukkan kerisik 5 sudu besar satu kotak santan M&S saiz besar. (jika suka
letak gula melaka sedikit) serai yg sudah diketuk dan daun kunyit kacau dan
set noxxa hp 5 min

selepas itu buka penutup noxxa dan kacau kuah rendang masukkan garam
secukup rasa dan daun kunyit yg sudah dihiris . masukkan ayam yg telah siap di
goreng tadi dan gaulkan akhir sekali tutup periuk noxxa dan set slow cook 0.5 iaitu
30 min.Dah siapnota selama 2 tahun beberapa kali menggunakan cara
memasukkan semua bahan kisar ayam mentah dll bahan terus ke dlm noxxa dan
set hp 10 min cara ini saya dapati rendang mempunyai banyak kuah dan
mengambil masa yg lama utk stir fry bagi mengeringkan kuah rendang saya
menggunakan tips iaitu guna slow cook 30 min utk mengeringkan kuah rendang itu.
Maka buat kali kedua ianya berjaya kuah rendang menjadi pekat dan sedap.

Serunding Daging

2kg daging batang pinang (hp 35minit ) siat bila sejuk

bahan A(dikisar dengan rebusan daging)

6 bijik bawak besar

11 biji bawang puting

1 inci halia

1 1/2 inchi lengkuas

1 1/2 inci kunyit hidup

gula melaka

gula pasir

garam

kerisik

Bahan B

Cili kering

santan 1 kilo

biji ketumbar

cara cara

masukkan semua bahan A & B tekan stim 5 mins

kemdia stiryfry hingga betul kering

lebih kurang 1 jam

Pop Corn Noxxa

1 atau 2 gengam bertih jagung

2 sudu besar planta

cara cara

Guna stor fry untuk cairkan planta

masukkan jagung dan gaul

tutup dah tekan hig pressure 2 minit

b. karamel (gaulkan)

sudu besar plantar( cair)

sudu besar kastor/perang

2 sudu besar madu

Padprik ayam Noxxa

Tumis bawang putih, bawang besar, serai dan cili api

masukkan ayam dan gaul sebati

masukkan cili sos 5 sudu, tomato sos 2 sudu, kicap 3 sudu dan sos tiram 2 sudu
( ikut citarasa (HP 6 min)

siap.. stir fry untuk pekatkan kuah

masukkan bunga kobis, karot, kacang panjang, canpsicum dan daun limau purut

Daging Goreng halia NOXXA

rebus daging 20 min HP tanpa air

Keluarkan daging

Letak sesenduk minyak, goreng ubit kentang yang disalut kunyit & garam dalam
2 min

masukkan hirisan halia dan goreng 2 min

masukkan bawang, tomato, cili appi dan cili merah

masukkan sos tiram, serbuk kunyit dan secubit garam

kacau sehingga sebati

akhir sekali masukkan daun bawang

Puding roti karamel noxxa

steam dgn air 20 minit

3/4 cwn gula pasir-jadikan gula hangus

Roti 4 keping

Telur A 3 biji

Susu cair 1 tin

Stgh cwn air

Stgh cwn susu pekat manis

Esen vanila

#Blend semua bahan di atas

Masukkan gula hangus dalam acuan. Masukkan bahan yg dah diblend.

Steam 20 minit

Tunggu benar2 sejuk, baru terbalikkan loyang

Lemak Cili api daging salai

Masukkan hirisan daging tanpa air

HP 20 min

Buang pressure dan guna tek stir fry hingga daging nampak seperti disalai

ketepikan masukkan cili ap yang telah di blend bersama 2 ulas bawang putih

renikan bersama ubi kentang, serai, belimbing buluh, serai, santan dan kunyi
hidup

Guna teknik steam 3 min dan akhir sekali masukkan garam

note : belimbing buluh tu ketuk-ketuk sikit dan perah untuk kurangkan rasa
masam.

Resepi kek & puding

3 biji telur

1 cawan margerin

1 cwan gula castor/gula hangus

2 cawan tepung gandaum (kalau guna tepung naik sendiri tak perlu guna baking
poweder)

1 sudu makan baking poder

2 sudud besar susu pekat manis

1 sudu kecil esen vanilla

pewarna ikut suka

cara buat

pukul maherin bersama gula hangus sampai kembang

kenudia masukkan telru saru persatu

pukuk lagi aduan sehingga kembang

masukkan ese vanilla dan susu pekat kacau dan ratkan sebatu

masukkan tepung yang dah diayak bersama baking powder

bagikan kepada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati

tuagkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan di atas kertas

tuangkan satu persatu warna mengikut citrasa

steam 30 minit.

Siakap stim NOXXA

ekor Ikan siakap sederhana besar

2 sudu besar minyak utk menumis

2 inci halia dihiris nipis

2 btg serai dititip

3 labu bawang besar dimayang

6 ulas bwg putih dimayang

2 sudu kecil sos tiram

2 cawan air

Gula dan garam secukup rasa

Mangga (sy guna sebiji)


* Limau nipis sebiji
* Cili padi
*sebagai hiasan
Caranya

Stir fry sedikit mnyk dan tumis semua bahan..masukkan gula garam time ni

Masukkan air..off stir fry

Tekan pula steam selama 5 minit..tunggu bunyi bib.

Rebus telur

Bahan : 5 biji 30 biji

Teknik : hig pressure/tombol

masa 2 minit

Air: paras telur/Jika telur banyak setengah periuk

Rebus nasi impit

Bahan : 5biji-30 biji (Nasi impit mini)

Teknik : High Pressure/tombol Pressure

Masa : 25 minit

Air : paras nasi/jika banayk setengah periuk

Rebus Laksa

Bahan : 1 bungkus laksa

Teknik : high pressure/tombol

Masa 15 mint

Air : paras laksa/jika banyak setengah periuk

NASI ARAB AYAM @ KAMBING @ LEMBU MANDHI


@ KABSA VERSI NOXXA
(Olahan Cik Kiah Kicen)

NASI ARAB AYAM


Bahan2:
1 ekor ayam dipotong kecil
1 kg beras basmathi- dicuci dn rendam
1 biji bawang besar- potong dadu
2 biji tomato- potong dadu
1 biji carot potong dadu
2 sdb rempah mandhi@ kabsa
1 litre air
2 sdb minyak sapi
Daun salam dn daun ketumbar.
Garam
1 kiub pati ayam

Cara2
mode stir/ fry
panaskn minyak sapi, tumis bawang , tomato dn carrot
masukkn rempah mandhi@ kabsa dan kemudian air, garam , kiub pati ayam dn daun
salam (bayleaf)
reneh sebentar dn off mode stir/fry
masukkn beras
susun ayam diatas beras dn sebtg daun ketumbar.
HP 3 minit

siap!!!!
.
NASI ARAB KAMBING @ LEMBU

Bahan2:

1 kg Daging kambing atau lembu dihiris nipis

4 sekawan(cengkih, kayu manis, bunga lawang dn buah pelaga)

1 kg beras basmathi- dicuci dn rendam

1 biji bawang besar- potong dadu

2 biji tomato- potong dadu

1 btg karet potong dadu

2 sdb rempah mandhi atau kabsa

1 litre air

2 sdb minyak sapi

Daun salam dn daun ketumbar.

Garam dn pati daging jika ada.

Cara2:

mode stirfry , tumis bawang tomato, karet dn 4 sekawan.

masukn rempah mandhi atau kabsa.

tambah air 1 litre. Off stirfry.

masukkn kambing atau lembu serta perasakn dgn kuib pati atau garam.

HP 45 minit.

kluakn daging dn ambil sedikit air rebusan td dn ketepikn.

masukkn beras yg direndam td. Jika air kurang boleh tmbh sikit.

HP 3 minit .. Siap
cara ni adalah daging x masak skali dgn nasi.
..

SOS SALATHA

1 biji bawang

3 biji tomato

2 biji cili hijau

5 biji cili padi

1 sdb garam

5 sdb gula

3 pokok daum ketumbar

1 biji lemon

blend semua bahan kecuali lemon

perah lemon

hidang nasi arab dgn sos dn timun

SALAD

1 batang karet

1 biji bawang besar

2 biji tomato

1 btg timun buang biji

1 sdb minyak zaiton

1 sdb cuka

Daun ketumbar

Garam

Gula.

Kek minyak
Bahan A

Masuk Blender

Minyak 1 cawan

susupekat 1 cawan

Gula 1/2 cawan

Ovellete 1 sudu kecil

Telur 5 biji

Esen Vanilla

(blend hingga sebari kuarkan n gaul dengan bahagian bawah ni)

Bahan B

Tepung Gandum 2 cawan

baking Power 1 sudu kecil

Bahagi ikut warna anda suka.

kukus 25 minit

siap.

Kek buah Kukus

250gsm butter

3 Telor A

1 Mix fruit (250gm)

1 s/t vanilla

di ayaak

300 gm gandum

1 s/t soda bikarbonat

1/2 s/t cream of Tatar

Gula hangus :

300 gm gula halus/pasir

50Ml air panas

cara

Panaskan gula pasir dalam kuali api slow

+ air panas

+ butter (cair)

+ mix fruit mendidik & tutup api

sejukkan suam suam

campur bahan ayak dalam adunan sikit sikit gaul dengan senduk kayu

Bekas lain pukul telor & tuang dalam adunan tadi kacau sebati + esen vanilla (kacau
kejap )

masukkan dalam aduan /acuan

Steam 90 minit

masukkan air dalam iner

letak tuku

DODOL DURIAN Noxxa


Bahan-bahannya

500 gm tepung pulut

3 cawan gula melaka*

2 cawan gula pasir*

3 cawan air*

2-3 helai daun pandan *

1 kg santan pekat

2 cwn isi durian

Cara-cara :
1. Masak bahan * hingga gula larut kemudian tapis.
2. Masak bahan yg telah ditapis, santan dan isi durian sebentar sahaja.
3. Masukkan tepung pulut dan bahan yg di masak tadi dlm pengisar (blender) hingga
sebati (tidak berketul2)

4. Tuangkan adunan tepung ke dalam periuk,pasang penutup


5. Tekan butang Steam 20 minit.
6. Selepas itu , buka penutup , dan tekan butang Stir Fry ..
7. Kacau adunan selalu untuk mengelakkan dodol berkerak (anggaran 20 minit atau
lebih)
8. Adunan akan meletop2 dan pecah kacaulah sehingga terbit minyak pada dodol trsbt

BIHUN GORENG (jenama jasmine 1 bungkus)

Tumis bahan guna fungsi stir fry (tekan stir fry kemudian tekan butang merah).
Bila garing masukkan bihun yang telah dibasuh.

Kemudian masukkan 3 cwn air (cwn penyukat pressure cooker). Masukkan sayur

Tekan fungsi steam 2 kali. Kemudian tekan butang merah

Bila skrin menunjukkan 0 lepaskan pressure. Buka tutup gaul rata dan hidang

NASI GORENG.
1. Tumis bahan guna fungsi stir fry (tekan stir kemudian tekan butang merah)
2. Masukkan beras yg telah dibasuh (sukatan:1cwn beras, 1 setengah cwn air)
3. Tutup tudung. Tekan fungsi high pressure 7 kali, kemudian tekan butang merah.
4. Bila skrin menunjukkan 0, off suis dan lepaskan tekanan

NASI PUTIH
1. Masukkan beras dan masukkan air mengikut sukatan.
2. Tekan high pressure 7x. Kemudian tekan butang merah. Bila skrin menunjukkan 0 off
suis dan lepaskan tekanan.

PULUT
1. Masukkan pulut yg telah dibasuh.masukkan air
2. Tekan high pressure 3x. Tekan butang merah
3. Bila skrin menunjukkan 0, off suis dan lepaskan tekanan

APAM BALIK
Bahan: 310 ml air, 150gm tpg gandum, 50gm tpg roti, 25gm tpg jagung, satu sudu teh
baking powder, satu sudu teh soda, 2 sudu butter, 1 biji telur, 2 sudu creamer(susu
segar), dan 50gm gula.Cara: Blend semua bahan. Masukkan anggaran dua senduk
tepung dalam periuk. Tabur kacang, gula dan jagung. Masak guna stir fry

BUBUR KACANG.
1. Rebus kacang hijau 10 minit (1 cwn kacang 6 cwn air).
2.Tekan fungsi high pressure 10x. Tekan butang merah.
3. Habis masa, off suis dan lepaskan tekanan.
4. Buka tudung. Tekan butang stir fry kemudian tekan butang merah.
5. Masukkan santan dan gula, kacau sampai agak pekat, tutup suis.

BUBUR NASI
1 cwn beras : 6 cwn air.
1. Masukkan semua bahan.
2. Tekan high pressure 15x.

3. Kemudian tekan butang merah.


4. Bila skrin 0. Tekan butang merah. Release pressure. Buka tudung. Masukkan santan
dan tekan butang stir fry. Tekan butang merah.
* Peringatan. 1.Jika menggunakan fungsi high pressure dan steam pastikan tombol untuk
melepaskan tekanan di atas tudung periuk selari dgn titik putih bulat. (jika guna fungsi
steam, perkataan steam selari dgn titik di tudung. 2. Pastikan tekan butang merah untuk
mula sesuatu fungsi dan untuk menamatkan sesuatu fungsi.

NASI DAGANG (VERSI IKUT SUKA HATI)


1. Beras biasa (3 cawan) + Beras pulut (1 cawan) kalau pakai beras nasi dagang,
abaikan yang ni.
2. Santan (500g)
3. Garam
4. Halia (dimayam halus)
5. Halba (2 sudu)
6. Bawang putih dan merah
*** Bahan 3 6 bergantung kepada kesukaan. kalau suka, masuk lebih.
Cara masak:
1) Basuh beras, masukkan dalam periuk. masukkan air separas beras. Boleh masukkan
santan sikit. dalam 50g atau 100g santan.
2) Set Pressure 7 minit.
3) Bila masa dah tamat, biar sekejap. Lepas tu keluarkan tekanan.
4) Masukkan santan yang dah dicampurkan garam, halba, halia, bawang. kacau hingga
sebati dan santan meresap ke semua bahagian. kalau susah nak kacau dalam periuk,
masukkan nasi ke dalam bekas yang lebih besar.
5) Nasi dagang SIAP!

DODOL
Bahan:
1. Gula merah 1.5kg
2. Gula pasir 12 sudu makan
3. Air 3 mug
4. Daun pandan 3 helai.
5. Tepung pulut 1kg
6. Tepung beras 6 sudu makan
7. Santan 3 kg
cara:
1. Gaul semua bahan hingga sebati, masukkan dalam periuk.
2. Steam 10 minit. Kemudian guna fungsi stir fry selama 2 jam suku.

CHOCOLATE MOIST CAKE


Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu coklat UHT(sejuk)
1 cawan minyak masak (Minyak mazola pun okay)
1/2 cawan susu pekat manis
Bahan B
1 cawan tepung gandum

1 camt baking powder


1 camt soda bikarbonat
1 camt serbuk vanilla
Bahan C 3 biji telur (Gred A)
Cara-caranya
1. Masak bahan A dengan api perlahan sehingga larut, sejukkan.
2. Pukul telur sehingga kembang. Kalau takde mixer, pakai blender pun boleh.
3. Masukkan bahan A yang telah sejuk. Kacau sehingga rata.
4. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan kacau rata lagi.
5. Tuangkan ke dalam periuk NOXXA, dan tekan butang steam selama 15 minit.

CREAM CARAMEL
Bahan A (Caramel)
1/2 cawan gula pasir
6 sudu besar air
Bahan B
1 tin susu cair
1 tin air (sukat guna tin susu cair)
5 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
5 keping roti (Tak kisah jenama apa)-Taknak letak pun boleh.
5 biji telur (Gred A)
Cara:
Caramel:

1. Tekan butang stir fry, masukkan gula dan kacau hingga gula menjadi cair dan
berwarna keperangan.
2. Masukkan air dan kacau.
3. Tutup suis, dan keluarkan periuk untuk sejukkan caramel.
Puding:
1. Panaskan susu cair + air (Guna api perlahan, jangan sampai mendidih), ketepikan dan
sejukkan.
2. Blender telur, gula dan roti sehingga halus.
3. Masukkan bahan blender ke dalam adunan susu cair, kacau sebati.
4. Masukkan semua bahan ke dalam periuk noxxa
5. Steam 8 minit (Tanpa roti, steam 12 minit)
6. Bila beep berbunyi, tutup suis dan keluarkan periuk. Rendam di dalam bekas berisi air.
Keluarkan cream caramel selepas 10 minit.

KEK GULA HANGUS


Bahan gula hangus:
1/2 cawan noxxa- 1 cawan noxxa gula pasir
1 cawan noxxa air
2 sudu besar mentega
Bahan kek:
1 setengah cawan noxxa tepung gandum *
1 sudu kecil soda bikarbonat *
1 sudu kecil baking powder *
* (Diayak)

1 setengah cawan noxxa susu pekat


5 biji telur (Gred B/C)
I sudu kecil esen vanilla
Cara:
Caramel
1. Tekan butang stir fry, masak gula sehingga keperangan dan masukkan air.
2. Masukkan mentega dan kacau sebati. Keluarkan periuk dan sejukkan caramel.
Kek:
1. Blender telur, gula dan susu pekat hingga sebati.
2. Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
3. Masukkan esen vanilla, tuang adunan ke dalam periuk yang berisi gula hangus.
4. Kacau sebati.
5. Steam 12-13 minit.
6. Selepas bunyi beep, keluarkan periuk dan rendam dalam bekas berisi air. Keluarkan
kek selepas 10 minit.

CILI BLEND NOXXA


Hp cili kering 10 minit
Blend besama bawang merah + putih
blend trs ngan bwng merah + putih +air+ minyak
2 bks ltk tmpat pozen utk stok1 bks tmpat sejuk biasa sblh bwhutk kgunaan
sharian
Senang nk msk tinggal ceduk jeee
Kita kan supermomx de bibikkeh3

NASI ARAB MANDY NOXXA


http://dapurustazah.blogspot.com/2014/07/nasi-arab-mandy-noxxa.html

Cara ini menggunakan pc Noxxa. Kalau tak ada pc Noxxa boleh masak dengan rice
cooker ye. Tapi rebus dulu ambil air macam buat nasi ayam. Kalau guna pc Noxxa boleh
masak terus.
Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam. Ana belah 4 cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsah ( kalau tak de gantikan dengan rempah campuran)
Garam
Sedikit warna kuning/saffron
Cara2nya penyediaan ayam
Gaulkan ayam dengan semua bahan rempah. Kalau nak sedap jangan beli yang serbuk.
Elok kita beli yang biji dan mesin halus. Garam dan pewarna kuning.
Nasi
4 cawan beras basmathi di rendam 30 minit, basuh dan toskan.
3 sudu minyak zaitun / minyak sapi. Ana lebih suka pakai minyak zaitun.
4 cawan 1/2 air. Kalau buat mandy kambing. Kita rebus dulu kambing yabg telah diperap
dengan bahan-bahan yang sama dengan perapan ayam dan rebus HIGH PRESSURE 1jam.
Ambil air masak nasi.
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia ( semua ini dimesin halus)
1/3 cawan kismis
Rempah tumis -kayu manis. Bunga lawang. Pelaga. Bunga cengkih
Sedikit kunyit/ pewarna kuning
Garam secukup rasa
Cara penyediaan Nasi Mandy Ayam
1. Tumis bahan mesin dan rempah tumis. Masukkan beras dan kacau sedikit. Masukkan
air serta garam dan kunyit. Akhirnya susun ayam diatas dan tutup. Tukar tombol ke arah
PRESSURE dan tekan HIGH PEESSURE 7 minit dan ON. Selepas selesai 7 minit tunggu
lebih kurang 3 minit, tukar tombol kepada STEAM tekan OFF. Dan buka penutup
keluarkan ayam perlahan-lahan. Kacau sedikit nasi biar sebati dan boleh lah letak
kembali ayam di atas nasi. Jangan lupa keluarkan periuk boleh tanggal dan letak di luar.
Takut nanti nasi hangus.
Sos
1 biji tomato -hiris
5 biji cili besar hijau ( nak pedas ana masukkan cili padi)

1 tangkai ketumbar
Garam
Gula
Perahan lemon
(Semua bahan ini dimesin halus)

http://allaarief.blogspot.com/2014/10/resepi-periuk-noxxa.html

KARI TULANG DAGING LEMBU


Bahan A:
1 kg. tulang lembu tempatan (pilih tulang lembu yang ada isi)
2 cawan pati santan
4 5 biji kentang
2 biji tomato dibelah 2
2 biji cili hijau
Garam dan gula secukup rasa
Bahan B: (disatukan di dalam blender dan dikisar, dijadikan pes)
4 sudu besar serbuk daging pedas BABAS
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Air secukupnya
Bahan C: Menumis
3 biji bawang merah (bawang kecil) dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris

1 inci kulit kayu manis


2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang serai dititik
2 tangkai daun kari
Minyak secukupnya
Penyediaannya:
1. Perap tulang daging lembu dengan Bahan B selama 1 jam. Letakkan 1 sudu teh gula.
Cara-cara Memasak Menggunakan Periuk Noxxa:
1. Masukkan minyak secukupnya ke dalam periuk. Tekan fungsi STIR FRY dan tunggu
sehingga minyak panas.
2. Selepas minyak panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih,
buah pelaga, dan serai. Selepas naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih,
halia, dan daun kari. Tumis sehingga bawang kekuningan.
3. Kemudian masukkan tulang daging lembu yang diperap dengan rempah tadi dan gaul
rata. Masak sehingga pecah minyak.
4. Setelah pecah minyak, masukkan santan dan kacau rata. Perasakan dengan garam
dan gula.
5. Off fungsi stir fry. Set fungsi HIGH PRESSURE 30 minit. Tutup periuk dan set cap ke
PRESSURE. Tekan on.
6. Selepas 30 minit berlalu, release steam. Alihkan cap ke STEAM. Biarkan wap keluar
habis, baru tudung periuk boleh dibuka.
7. Buka tudung dan kacau rata. Kemudian masukkan ubi kentang, Guna fungsi `LOW
PRESSURE, Set 2 minit tanpa perlu menutup periuk.
8. Selepas dua minit berlalu dan ubi kentang pun telah empuk, masukkan tomato dan
cili hijau. Kacau rata dan biarkan seketika di dalam periuk sebelum dipindahkan ke bekas
lain.
9. Sekiranya anda inginkan kari berada di dalam periuk Noxxa dan senantiasa berada
dalam keadaan panas, bolehlah guna fungsi `WARM/REHEAT.

Daging masak kunyit


Bahan-bahannya:
250 gram daging pinang dipotong kecil
3 biji ubi kentang dibuang kulit dan dipotong wedges
1/4 cawan air
1 biji bawang besar saiz besar dihiris bulat
1 biji cili merah dihiris serong
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan ditumis:
1 biji bawang besar saiz sederhana dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
3 sudu besar minyak untuk menumis
Cara-caranya:
1. Gaul daging dengan serbuk kunyit dan satu sudu kecil garam. Perap selama 30 minit.
2. Masukkan minyak ke dalam periuk dalaman. Tekan fungsi STIR-FRY dan `ON. Tidak
perlu tudung periuk.
3. Apabila minyak telah panas, masukkan bahan-bahan tumis. Tumis sehingga bawang
kekuningan.
4. Kemudian masukkan daging yang diperap tadi. Kacau sehingga bergaul rata.
Masukkan sedikit air.
5. Off STIR FRY. Tudung periuk. Tekan fungsi HIGH PRESSURE 15 minit. Putar tombol ke
arah PRESSURE. Tekan On.
6. Selepas 15 minit berlalu, daging pun empuk. Bebaskan wap. Putar tombol ke arah
STEAM. Biar sehingga wap habis dibebaskan. Buka tudung dan kacau rata. Perasakan
dengan garam dan gula.
7. Masukkan ubi kentang. Tekan fungsi STIR FRY dan on. Kacau rata dan biar kuah kering
sedikit. Kemudian masukkan kacang buncis, bawang besar, dan cili merah. Off STIR FRY.
8. Tekan fungsi STEAM selama 3 minit. Putar tombol ke arah STEAM. Tekan butang on.
9. Selepas 3 minit berlalu, daging goreng kunyit telah boleh dihidangkan.

Masak Lemak Labu Air


Bahan Bahan:
1 biji labu air dipotong kecil
2 cawan air
1 helai daun kunyit ( diracik )
1/2 cawan susu cair @ 1/2 cawan pati santan.
Gula dan garam secukup rasaCara Membuatnya:
1) Masukkan air, labu air dan daun kunyit didalam periuk
2) Setkan 1 minit low presure.
3) Selepas 1 minit, bebaskan tekanan
4) Masukkan 1/2 cawan pati santan @ susu cair serta garam dan gula secukup rasa
5) Tukar fungsi periuk kepada Stir/Fry 20 saat
6) Selepas 20 saat tekan Stop
7) Siap

Bubur Caca Rainbow


Bahan Bahannya:
1 cawan caca
3 cawan air
1/2 cawan gula
1 helai daun pandan
secubit garam dan gula secukup rasaCara Memasak:
1) Masukkan semua bahan kecuali santan, gula dan garam
2) Setkan 1 minit low pressure
3) Selepas 1 minit, Bebaskan tekanan
4) Buka tutup periuk
5) Masukkan 1/2 cawan santan, gula dan garam.
6) Tukar fungsi periuk kepada Stir/Fry 20 saat
7) Bubur Caca Rainbow telah siap

Sayur Lemak Kacang Panjang

Bahan bahan :
1/2 kg kacang panjang (di potong)
1/2 ulas bawang besar dimayang
100ml santan pekat
3 buku tauhu
sedikit ikan bilis
2 sudu teh garam
2 sudu teh gula
2 cawan airCara Memasak
1) Rebus kacang panjang + bawang besar + ikan bilis selama 1 minit ( low pressure )
2) Selepas 1 minit , Bebaskan tekanan
3) Buka tutup periuk
4) Masukkan 100 ml santan pekat dan tauhu
5) Tutup periuk
6) Tukar fungsi stir / fry 1 minit
7) Dah siap

Ayam Goreng Noxxa


Bahan bahan
6 ketul peha ayam
serbuk kunyit
secubit garam secukup rasa
3 sudu Minyak masakCara memasak :
1) Campurkan garam ke dalam serbuk kunyit
2) Gaulkan ayam dengan kunyit dan perap selama 10 minit
3) Masukkan minyak ke dalam periuk Noxxa
4) Masukkan ayam ke dalam periuk
5) Tekan stir fry
6) Goreng selama 8 10 minit.
7) Selepas 8 10 minit, on high pressure lima minit
8) Bebaskan tekanan 3 minit.
9) Siap

Ayam Panggang NOXXA

Bahan -Bahan :
= 250ml stok ayam
= 1/2 sudu teh lada hitam dikisar
= 2 sudu teh sos soya manis
= 1/2 sudu teh garam
= 1 sudu teh garam
= ayam (kuantiti bergantung kpd bilangan si pemakan) diperap dgn stok ayam, lada
hitam, sos soya, garam
= beberapa helai daun kunyit
= 2 biji kentang dipotong dadu
= 1 biji lobak merah dipotong dadu
= minyak
= 1 keping pembalut aluminium utk membungkus ayamCara Memasak :
1. Perapkan ayam bersama sama stok ayam, lada hitam yang dikisar, sos soya, garam,
gula dan daun kunyit selama 20 30 minit.
2) Masukkan minyak ke dlm periuk dalaman dan tekan butang GORENG/STIR-FRY utk
memanaskan minyak
3) . Masukkan ayam yg telah diperap bersama2 kentang & karot yg dibalut dgn pembalut
aluminium ke dalam periuk
4) Tutup penutup pressure cooker & pastikan kepala knop berada di posisi pressure
5) Tekan butang High Pressure sehingga menjadi 25 minit
6) Kemudian tekan butang On/Off utk memulakan tekanan
7) Selepas 25 minit (alarm berbunyi), pusingkan kepala knop ke posisi steam utk
mengeluarkan stim
8) Periuk hanya akan boleh dibuka selepas semua stim dikeluarkan
9) Anda sudah bersedia utk MAKAN

Ayam Panggang Lemon Ala2 Kenny Rogers

Bahan-bahan
Seekor ayam yang telah dibersihkan
1 biji buah lemon
2 sudu mentega
Kertas AluminiumBahan Bahan yang perlu dikisar :
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar
1 biji bawang besar
1 inci halia
sedikit herba campuran
sedikit lada hitam

oregano
2 kiub ayam
2 sudu madu
sedikit serbuk kunyit
sedikit sos tiram
lada putih
3 sudu gula perang
sedikit garam.
Cara membuatnya:
1) Perap ayam dengan bahan kisaran dan perahkan lemon. Peram selama 3 jam untuk
hasil yang memuaskan.
2) Masukkan mentega ke dalam periuk
3) On stir=fry selama 4 minit
4) Masukkan ayam (ayam dibalut kertas aluminium)
5) On High Pressure selama 30 minit
6) Keluarkan ayam dan sapukan minyak atau lebihan perapan tadi (supaya ayam tidak
terlalu kering)
7) On High Pressure selama 1 jam.

Roti Pizza

4 kpg roti

2 biji telur

1 biji bwg besar

Daging cincang/sosej/crab/isi ayam/button mushroom filling as u wish

Sos spaghetti prego /tomato sauce/chili sauce as u wish

Garam/ gula

Grated mozzarella cheese

1. Celup kn roti dgn telur dn susun dlm inner


2. Tumis bwg dn daging. Kemudian masuk kn sos , garam , gula
3. Letak kan filling atas roti
4. Tabur cheese & akhir sekali mixed herbs
5. Steam 8 min

Sardin noxxa
Ikan tongkol di bekukan dlm frezer semalaman or smpai beku..

buah tomato, cili merah hidup, bwng besar, minyak masak(sy guna minyk zaitun),
tomato puri (semua blend) then masuk dlm inner noxxaready utk PC.60 minit

Kek pisang lembut

2 cawan tepung gandum

3/4 cawan minyak atau butter yg dicairkan

4 biji telur

3/4 cawan gula (ikut manis masing2)

Esen vanilla

1 sudu kecil Baking powder

1 sudu1 kecil soda bicarbonate

8 biji pisang

Sedikit garam

Cara

Pukul telur blend telur n gula n esen sampai kembang n masukkan minyak

Lecekkan pisang n masukkan soda n garam

Ayak tepung n baking powder

Tuangkan pisang lecek dlm adunan telur

Gaul rata

Masukkn tepung n gaul rata

Tuang dlm inner noxxa n set steam 20 Minit

Apaa ketupat palas pun leh buat dalam noxxa.. hehehe alaa atas api pun boleh.. tapi aku nak
mempercepatkan masak.. malas nak tunggu lama2.. Aku nak buat ketupat ni idak ler.. balik
kampung mama yang buat.. aku tahu balun makan.. kang balut jadi ketupat betina la jantan la
pondan la.. ehhh ada ker.. hahhaha yang pasti tak kesah la rupa macam mana yang pasti bleh
masuk perut sudah.. ngeeee.. Ni pun gigih daku tuntut ilmu dengan mama tau.. senang jer
buat.. yang paling tak menahan kena balut dengan daun palas tu yarabbi rasa nak menyuluq
jer tau.. sakit pinggang wohhh.. hahh bab balut aku belajar dari youtube.. ngeee.. Jom kita
tengok bahan2nya...
Bahan-bahan :* 1 kg beras pulut susu
* santan + sedikit garam
Cara-caranya :Basuh beras pulut & rendam selama 15 minit.

Masukkan ke dalam noxxa, masukkan santan dan biarkan tenggelam skit paras pulut. Guna
mode stir fry & kacau sehingga santan kering dan masak sehingga separuh masak sahaja.

Setelah santan kering. biarkan suam. Dan balutkan dalam daun palas or daun pisang.. erkk
tang balut ni korang bleh belajar dr youtube ehh.. aku tak expert bab2 ni...

Untuk rebus ketupat palas. masukkan ketupat & air dalam 2 cawan, tutup periuk noxxa dan
HP selama 10 minit.

Setelah 10 minit. releaskan dan siap untuk dimakan...

Sedap dimakan dengan rendang daging..


Selamat mencuba

Posted By: Jueliza Jamani at Thursday, July 23, 2015 12 comments:


Labels: Resepi Noxxa

09 July 2015

Pajeri Terung Noxxa

Salam semua.. berehat kejap dari ngadap keje.. Kepala duk fikir bebudak tu macam mana la
kat umah nenek.. tapi kerja pun kena buat jugak.. Hope semuanya ok.. Amin.. Meh ni aku nak
share resepi.. aku pun dah blur nak masak apa sekarang ni.. dah berapa hari beli kat bazar.. itu
pun beli nasi siap lauk seperti nasi ayam la, nasi tomato la, nasi kandaq la.. camtu jer.. bab2
lauk still gagah masak.. ada la sahur bila ntah kita orang makan maggie jer.. baguih punya
bini.. hahhaha.. Ni pun bila punya menu berbuka pun tak ingat.. yang pasti kejadian pajeri
terung sangat nice.. awat aku masak atas api tak nice ehh.. apa2 pun tq noxxa membuatkan
diri ni jadi master chep.. kahkahkah.. Jom tengok bahan2nya... * maaf takder gambar step by
step tau.. yang ni guna mode stir fry jer.. cukup mudah yer..
Bahan-bahannya :* 2 batang terung
* 2 ulas bawang putih dimayang halus
* 2 ulas bawang merah dimayang halus
* 5 sudu besar serbuk kari daging
* 1 mangkuk santan
* 2 sudu besar kerisik
* Sedikit air asam jawa

Cara-caranya :- Tekan mode stir fry dan tekan on, panaskan minyak dan tumiskan bawang putih & bawang
merah sehingga naik wangi. Setelah itu masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan
sedikit air. Masak sehingga pecah minyak.
- Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan masukkan terung. Gaul sekata.
Kemudian masukkan santan dan kerisik.. kacau lagi..
- Masak sehingga mendidih. Jangan lupa masukkan gula, garam dan masak sehingga kuah
pajeri sedikit pekat.

Pajeri terung noxxa

Posted By: Jueliza Jamani at Thursday, July 09, 2015 6 comments:


Labels: Resepi Noxxa

06 July 2015

Rendang Ayam Berkuah Noxxa

Ok kita sambung resepi memasak bersama Mama Jue ratu Noxxa.. kahkahkah.. :p korang
bagi lah aku verangan sat.. hahahah.. Ok resepi ni last week punya citer.. sebelum ni kalo buat
rendang ayam mesti fail.. orang tak reti masak macam ni la.. resepi duk sebelah.. pppfffttt
kira aku belajar skit2 nak terror macam ni.. Kalo rendang ayam ni mesti aku akan teringat
makcik nasi lemak dekat opis aku.. makcik tu kata hari2 makan rendang ayam tak jemu ker..
tak makcik sebab rendang ayam makcik buat ni sedap..

Ok jom tengok bahan2 & cara2nya.. Errkk sorry sebab kali ni aku takder snap pix step by
step tau.. masak kelam kabut tak dan nak snap la yer..
Bahan-bahan :* Ayam
* Cili kisar
* Cili padi
* Bawang putih
* Bawang Besar
* Kunyit Hidup
* Serai
* Daun kunyit
* Santan
Cara-caranya :- Blendkan cili kisar, cili padi, bawang putih, bawang besar, kunyit hidup, serai sehingga
hancur.
- Guna kaedah stir fry, panaskan minyak, tumiskan bahan blender sehingga pecah minyak.
- Setelah itu, masukkan ayam kacau hingga sekata. Tutupkan periuk noxxa dan HP kan
selama 5 minit.
- Setelah 5 minit, releaskan wap & kemudian tekan stir fry. Masukkan santan & daun kunyit
masak sehingga mendidih. Masukkan garam serta perasa & masak sehingga agak2 pekat.

Siap Rendang Ayam Berkuah

Posted By: Jueliza Jamani at Monday, July 06, 2015 5 comments:


Labels: Resepi Noxxa

02 July 2015

Mee Bandung Noxxa

Mesti ada yang ternanti2 resepi Noxxa kan.. erkkk ok hari ni aku nak share resepi noxxa.. Ala
kalo korang semua dah pandai godek2 Noxxa tu mesti korang dah expert guna.. Ok hari ni
aku nak share resepi mee bandung noxxa.. Jom kita tengok bahan2 & cara2nya yer...

Bahan-bahan :* Mee kuning


* Daging
* Cili Kisar
* Sedikit Kicap manis
* Sayur sawi
* Carrot
* Jagung kecil
* Bawang putih
* Bawang besar
* Cili padi
Cara-caranya :-

Tumiskan bawang putih sehingga wangi. Masukkan daging dan sedikit air.. Setelah itu
masukkan cili kisar gaul sehingga sebati. Tutupkan periuk Noxxa & HP kan selama 10 minit
untuk lembutkan daging.

Setelah 10 minit, releaskan wap dan tekan stir fry. Masukkan sayur seperti carrot, batang
sawi, jagung kecil serta bawang masak sehingga mendidih.

Setelah mendidih masukkan garam & perasa. Kemudian masukkan mee & sayur sawi kacau
sehingga mee betul2 masak dan siap..
Selamat Mencuba

Posted By: Jueliza Jamani at Thursday, July 02, 2015 4 comments:


Labels: Resepi Noxxa

26 June 2015

Kuih Bakar Noxxa

Morning semua.. yeaa esok cuti.. suka kan cuti sebabnya nak qado lena.. hahhaha.. macam
boleh.. ok pagi ni aku nak share resepi yang dah di eksperimen dalam cik Noxxa tu.. tu pun
banyak tanya dengan akak2 yang pakar noxxa kan.. So terjadilah kuih bakar atau bingka
pandan.. erkk aku tak sure yang mana nama dia.. bedasah la labu.. asalkan boleh makan
sudah..
Jom kita tengok bahan-bahan dan cara-caranya.. cukup mudah yer adik2, akak2, makcik2,
nenek2.. erkk...

Bahan-bahan :* 2 cawan tepung gandum


* 2 cawan santan
* 1 cawan gula
* 1 cawan air pandan
* 3 biji telur
* Sedikit garam
* Pewarna Hijau
* Bijan
Cara-caranya :-

Blendkan semua bahan kecuali bijan.. Masukkan ke dalam periuk noxxa dan steamkan 10
minit pertama.. Setelah 10 minit, bukak periuk dan taburkan bijan. Steam 10 minit lagi.

Siap kuih bakar @ Bingka pandan...


Selamat mencuba...

Posted By: Jueliza Jamani at Friday, June 26, 2015 4 comments:


Labels: Resepi Noxxa

25 June 2015

Lopes Noxxa

Morning semua.. Hari ni hari ke 8 Ramadhan.. lagi 2 hari dah 10 hari.. cepat masa berlalu
kan.. Kalo bulan posa kuih lopes ni memang antara pebret juadah kuih untuk berbuka puasa..
kalo dulu memang mama & tok la masak.. dah berjauhan ni kena la ikhtiar buat or beli..
macam biasa selagi aku mampu buat, aku cuba buat.. dah ada noxxa jangan la duk buat tukun
kat umah kan.. beras pulut ada so aku akan cuba buat.. Boleh lah nak makan 3 beranak..
Qebal mana makan nasi ka pulut ka.. dia mamat salleh western jawa.. hahhaha..
Jom tengok bahan-bahannya & cara-caranya...

Bahan-bahan Lopes :* 2 pot beras pulut - direndam 1 jam


* 1 cup santan cair
* 1/2 cup air pandan
* Pewarna hijau
* Sedikit garam
* Daun pisang
* Kelapa parut + sedikit garam
Bahan-bahan Gula Melaka :* 1/2 cup gula melaka
* 1/4 cup gula pasir
* 1/2 cup air
* 1 sudu besar tepung jagung
Cara-cara untuk gula melaka :- Masukkan gula melaka, gula pasir dan air, panaskan diatas api sehingga semua gula larut.
Setelah itu, kacau tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam larutan gula
melaka tersebut. Kacau sehingga mendidih dan sedikit likat.
Cara-cara untuk lopes :-

Masukkan beras pulut, masukkan air pandan, santan, garam serta sedikit pewarna. Tutup
periuk noxxa & HP kan selama 7 minit. Setelah 7 minit, biarkan seketika di dalam periuk &
steamkan dalam 3 minit.

Letakkan pulut yang masak diatas daun pisang dan bungkuskan secara bulat sehingga padat.
Setelah itu potong lopes secara bulat & salutkan dengan kelapa parut.

Kuih Lopes Noxxa.. korang jangan tanya naper bulat tak besar.. ini semua salah daun pisang
kecik.. Jadilah jugak boleh masuk perut sudah.. yang pasti eden tak g beli kat bazar.. ngeeee
Selamat Mencuba

Posted By: Jueliza Jamani at Thursday, June 25, 2015 18 comments:


Labels: Resepi Noxxa

22 June 2015

Bubur Kanji Utara Noxxa

Bubur kanji memang terkenal di utara tanah air.. erkk apa macam skema jer ayat aku ni..
hahaha ok aku nak citer lah bubur kanji ni kalo kat belah kedah memang pemes time bulan
posa.. kalo kat KL ni orang panggil bubur lambuk.. tambah2 dekat masjid kampung baru KL
sampai orang beratur nak ambik.. hehehe aku nak ambik tobat la jenis tak suka bersesak2
dengan orang.. nak beli lagi lah tak.. aku jenis suka masak sendiri.. rajinkan aku ni.. cer time
malas memang tak berasap la dapur tu.. Macam biasa bulan posa abis kecundangan diet tak
makan nasi ni.. semua salah en papa.. huwaaa awat time posa ganti bleh jer.. tapi time posa
betui hampeh semuanya.. sabo2..
Dek kerana keteringinan bubur kanji ni so aku pun google lah cari & siap call tok aku tanya
apa bahan2 dalam bubur kanji tu.. ngeh teruk tau.. pehtu aku akan cuba experimen dalam
noxxa aku ni.. Jom tengok bahan-bahannya.. mudah jer kalo ada noxxa dah serupa macam
chef expert pulak rasa.. hehehhe

Bahan-bahannya :* 2 pot beras


* Daging didadu
* Udang
* Carrot didadu
* Bawang putih
* Bawang merah
* Halia
* 2 batang serai diketuk
* 2 sudu besar lada hitam
* Daun bawang
* Santan
* Air
Cara-caranya :-

Tekan stir fry, panaskan minyak tumiskan bawang putih, merah & halia sehingga naik wangi
dan kekuningan. Masukkan lada hitam, isi daging, udang & carrot dan gaul hingga sekata.

Masukkan air secukupnya dan beras, kacau sehingga sekata. Tutup periuk Noxxa dan HP kan
selama 25 minit.

Setelah HP 25 minit, releaskan wap dan tekan stir fry bolehlah perasakan garam serta pak aji
& masukkan santan.. Yang ni korang agak2 la nak lemak macam mana yer.. kalo agak pekat
boleh la masukkan air.

Biarkan bubur mendidih seketika dan siap...


Selamat Mencuba...

Posted By: Jueliza Jamani at Monday, June 22, 2015 9 comments:


Labels: Resepi Noxxa

16 June 2015

Bubur Pulut Hitam Noxxa

Sapa suka makan bubur pulut hitam angkat mouse!!! heheheh aku dah tak tahu kenapa tetiba
tekak nak makan manis2.. maybe nak bendera merah berkibar kot.. mesti nak makan manis2..
abih diet tak minum manis tergendala.. ngeh ngeh ngeh... saja jer kan tekak macam2 la time
ni nak makan.. tapi semua rasa tawaq hebiaq oihhh.. gara2 SBB lah daku jadi gini tapi tak
kesah sebab happening sangat event tu... hehehe..
Semalam balik kerja tak g gym.. sebab diriku yang agak lemah + asyik batuk2.. so terbikinlah
bubur pulut hitam.. tuan yang makan ada la 2,3 sudu tapi yang lain semua en papa yang bedal
makan.. hari ni yang selebihnya bawak bagi adik2 opis makan.. korang memang suka akak
buat kan.. Jom kita tengok bahan2nya.. adanya Noxxa semua menjadilah..

Bahan-bahannya :* 2 cawan beras pulut hitam - direndam 30 minit & toskan


* 2 cawan santan
* 4 cawan air
* 1 cawan gula perang / biasa
* sedikit garam
* 2 helai daun pandan
Cara-caranya :-

Masukkan beras pulut hitam, air & daun pandan ke dalam periuk noxxa. Tutup periuk noxxa
& HP kan selama 45 minit.

Setelah 45 minit, releasekan wap tekan mode stir fry & masukkan santan, gula perang dan
sedikit garam kacau hingga sebati. Didihkan dalam 5 minit.

Siap bubur pulut hitam noxxa

Posted By: Jueliza Jamani at Tuesday, June 16, 2015 2 comments:


Labels: Resepi Noxxa

12 June 2015

Puding Roti Sos Kastard Noxxa

Dah lama nak buat puding roti ni.. tapi dek kerana kekangan masa + penyakit baloq liat aku
ni memang aku tak buat la.. satu g dah diet lagi lah tak buat.. sekarang ni kalo masak jer
mesti en papa yang makan or bagi jiran2.. tuan yang pulun buat makan la skit bagi rasa.. Dulu
kalo nak buat puding aku prefer bakar dari kukus.. masalahnya nak bakar puding kena panjat
kerusi sebab oven aku tinggi sangat.. hehehhe.. so dah adanya noxxa aku cuba experimen la
dalam tu.. Alhamdulillah menjadi.. aku guna mode steam dalam 20 minit jer.. Jom la tengok
bahan2nya...

Bahan - bahan puding roti :* 6 keping roti


*1 tin susu cair
* 2 biji telur
* 4 sudu besar gula
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 2 sudu besar butter
* Sedikit kismis
Bahan - bahan sos kastard :* 1 tin susu cair
* 2 sudu besar gula
* 2 sudu besar tepung kastard
Cara-caranya untuk sos kastard :Masukkan kesemua bahan dan gaul sebati. Masak di atas api yang sederhana. Kacau
menggunakan whisk sehingga adunan sos tu sedikit likat. Simpan dalam peti sejuk.
Cara-caranya untuk puding roti :-

Blenderkan telur, gula & esen vanilla. Masukkan susu cair dan blendkan lagi. Sapu butter ke
atas roti dan potong kecil-kecil. Susun ke dalam inner noxxa dan tuangkan adunan hingga
sekata.

Tekan kan roti sehingga adunan sekata. Akhir sekali taburkan kismis.. Tutup periuk noxxa..
steamkan dalam 20 minit. Setelah siap, biarkan seketika baru keluarkan dari loyang.

Selepas keluarkan puding, sejukkan dalam peti sejuk.

Puding roti sos kastard yang yummeh..


Untuk resepi ni korang leh la kukus dalam periuk pengukus selama 25 minit..
Selamat mencuba...

Posted By: Jueliza Jamani at Friday, June 12, 2015 7 comments:


Labels: Resepi Noxxa

Ayam Goreng Kunyit Bersama Sayur Noxxa

Morning.. nak share skit resepi petang kemarin.. giler teringin nak makan ayam goreng
kunyit ni.. senang jer kita masak campak2 jer dalam noxxa ni.. hehhehe.. yang pasti kenyang
masa berbuka.. Alhamdulillah selesai puasa ganti aku.. hahahha.. Jom tengok bahan2nya...

Bahan-bahan :* Isi ayam yang diperap dengan serbuk kunyit


* Bawang putih
* Bawang besar
* Kacang panjang
* Carrot
* Jagung kecil
* Cili padi
Cara-caranya :-

Goreng isi ayam separuh masak. Setelah itu, guna kaedah mode stir fry. Tumis bawang putih
sehingga naik wangi dan masukkan semua sayuran. Tutup periuk Noxxa dan HP selama 1

minit. Setelah siap, kemudian tekan stir fry lagi.. boleh la masukkan sedikit serbuk kunyit,
garam serta pak aji. Gaul hingga sekata.

Siap.. cepat dan pantas...

Posted By: Jueliza Jamani at Friday, June 12, 2015 2 comments:


Labels: Resepi Noxxa

09 June 2015

Udang Masak Lemak Kacang Buncis Noxxa


Udang masak lemak adalah pebret aku sebabnya aku suka meratah udang.. heheheh.. malam ahad tu
terfikir nak masak apa untuk sahur.. yang pasti no nasi.. tak abis2 la mama ni tak nak makan nasi.. nak
kuruih tera mana tak tau.. hahahha.. nak buatnya senang jer.. tapi tahu2 lah kalo udang rega dia..
hmmm boleh tahan la.. takper bukan selalu kan.. dah la bukan udang laut.. sebab udang yang beli ni
udang kolam.. so nak tak nak suruh en papa beli udang & kacang buncis.. ada santan extra yang buat
dodol tu boleh la bikin masak lemak.. jangan buang membazir.. so mama masak udang masak lemak
kacang buncis noxxa.. kalo hari2 masak dalam noxxa, dapur gas umah ni setahun la tak abis.. hahahha...
yang pasti masak dalam noxxa memudahkan, menjimatkan masa & tak kotor dapur.. ok jom tengok
bahan2.. mama duk promote noxxa ni tak dapat royalti pun.. hahaha kalo takat jadi duta noxxa kat blog
sendiri boleh lah.. ^____^

Bahan-bahan :* Udang
* Kacang buncis
* 1 mangkuk santan
* 2 batang serai
* 2 biji bawang merah
* 15 biji cili padi
* 1 sudu besar serbuk kunyit / kunyit hidup
Cara-caranya :-

Blender bawang merah, cili padi & serbuk kunyit. selepas itu, masukkan ke dalam inner noxxa dan
masukkan 2 batang serai yang telah dititik.. stir fry sekejap. dan masukkan udang & kacang panjang.
Tutup periuk noxxa tekan HP 2 minit. udang tak perlu masak lama2 yer..

Setelah 2 minit, releasekan wap & tekan stir fry, boleh la masukkan santan serta garam or pak aji. gaul
seketika hingga mendidih.

Siap udang masak lemak kacang buncis noxxa. HP 2 minit jer..


Selamat mencuba...

Anda mungkin juga menyukai