Anda di halaman 1dari 3

SMK MUTIARA RINI JOHOR BAHRU

TINGKATAN 6 RENDAH UNGKU AZIZ


PENGGAL 1
PENGAJIAN AM 900/1
Teknik Menulis Karangan Pengajian Am
(Masa Dicadangkan 45 minit)
Peringkat-peringkat Menulis Karangan
Panduan Umum
1.
Sebelum menulis karangan, para calon perlu membuat keputusan tentang tajuk karangan yang hendak dipilih.
2.
Pemilihan sesuatu tajuk haruslah berdasarkan sejauh manakah pengetahuan calon tentang isu yang menjadi
tajuk dalam sesuatu soalan.
3.
Hal ini penting supaya calon tidak buntu dalam mencari isi-isi karangan yang boleh mengganggu kelancaran
penulisan karangan kelak.
4.
Calon-calon perlu mempertimbangkan setiap maklumat tentang isu yang diperkatakan secara mendalam.
5.
Maklumat-maklumat itu merangkumi fakta, data, dan contoh yang benar dan logik.
6.
Setelah calon yakin dapat menguasainya ditambah pula tajuk itu sesuai dengan keupayaan diri calon, maka
pilihlah tajuk berkenaan.
7.
Panjang esei yang ditulis mestilah antara 300 350 patah perkataan.
Peringkat : Menganalisis Kehendak Soalan.
1.
Mengenalpasti kehendak soalan atau tajuk merupakan perkara yang amat penting supaya isi-isi dan
pendekatan yang dikemukakan nanti tidak menyeleweng daripada tajuk karangan yang diberi.
2.
Ramai calon yang gagal untuk mendapatkan gred yang baik kerana tidak mematuhi kehendak soalan.
3.
Oleh itu, calon haruslah mengenal pasti kata kunci yang dapat memandu para calon menggarap isi persoalan
dalam sesuatu tajuk karangan.
4.
Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dalam menganalisis kehendak soalan ialah;
i. Bentuk Soalan - Tertutup atau Terbuka
a. Tertutup - Soalan berada di hadapan ayat.Contoh soalan:
Pada masa kini, masyarakat di seluruh dunia dapat berinteraksi secara maya melalui aplikasi
teknologi maklumat seperti Facebook, MySpace, Twitter, Friendster dan sebagainya. Jaringan
komuniti maya ini mewujudkan pelbagai implikasi. Jelaskan kebaikan dan keburukan jaringan
komuniti maya.
(Pernyataan tidak perlu dianalisis kerana kehendak soalan adalah jelas)
b. Terbuka - Soalan berada di belakang ayat.
Contoh soalan:
Pada masa kini, masyarakat di seluruh dunia dapat berinteraksi secara maya melalui aplikasi
teknologi maklumat seperti Facebook, MySpace, Twitter, Friendster dan sebagainya. Jaringan
komuniti maya ini memberikan kebaikan tertentu. Namun demikian, ia juga boleh membawa impak
negatif jika disalahgunakan. Bincangkan.

(Pernyataan perlu dianalisis untuk mengenalpasti kehendak soalan)


ii. Isu
- apakah isu yang diutarakan dalam soalan. kegagalan memahami isu soalan akan
menyebabkan karangan calon lari daripada tajuk soalan.
iii. Fokus Soalan
merujuk kepada perkara yang ditanya dalam soalan sama ada satu fokus atau dua fokus.
iv. Skema
asas skema hanya ada 2 iaitu 5+0 dan 3+2 @ 2+3 Ada juga skema jawapan 1+4, 1+1+3 @
1+2+1 @ 2+1+1 tetapi ini hanyalah pecahan daripada skema asas tadi. Skema 5+0 bermakna
hanya ada satu fokus soalan dan skema 3+2 @ 2+3 bermakna ada dua fokus soalan.
Peringkat 2: Menyenaraikan Idea Utama Mengikut Laras.
1.
Dalam karangan Pengajian Am, calon perlu memberikan 5 idea utama (5 markah) dan setiap idea diiringi
dengan 3 idea sampingan berbentuk huraian, huraian lanjutan, contoh dan ulasan atau penegasan idea. (5IU
x 3H=15H = 15 markah)
2.

Bagaimanapun, pada peringkat ini calon perlu menyenaraikan seberapa banyak idea yang berkaitan dengan
kehendak soalan. (lebih daripada 4) asalkan tidak melebihi 350 patah perkataan.

Peringkat 3: Mengasingkan Idea Utama dan Idea Sampingan


1.
Idea utama ialah idea secara langsung dengan kehendak soalan dan ia merupakan satu perkara pokok yang
besar dan boleh berdiri sendiri.
2.
Idea sampingan ialah idea tidak langsung dengan kehendak soalan tetapi secara langsung dengan idea
utama dan ia merupakan perkara-perkara kecil yang tidak boleh berdiri sendiri tanpa perkara pokok.
3.
Idea utama perlu diasingkan kerana markah hanya diberikan jika idea utama betul. Idea utama yang
salah tidak akan diberikan markah huraian walaupun huraian betul.
4.
Idea utama yang salah dianggap tidak relevan (TR) kerana tidak menjawab kehendak soalan.
5.
Idea sampingan perlulah diletakkan selepas idea utama sebagai hujah-hujah yang menyokong idea utama.
6.
Idea sampingan ini perlulah jelas dan tidak boleh dipertikaikan pernyataannya.
7.
Idea sampingan yang tidak jelas (TJ) tidak diberikan markah huraian.
Peringkat 4: Menyediakan Rangka karangan.
1.
Rangka karangan haruslah disediakan terlebih dahulu sebagai garis panduan kepada calon calon semasa
proses mengarang.
Perkara yang harus ada dalam karangan merangkumi aspek berikut:
a. Calon-calon dapat menentukan isi-isi yang perlu dimuat dalam sesebuah karangan.
b. Calon-calon akan menentukan urutan isi yang disusun mengikut keutamaan.
c. Calon dapat memastikan tidak ada isi-isi yang tertinggal.
d. Calon dapat merangka pendahuluan dan penutup karangan yang bersesuaian dengan
isi karangan.

Peringkat 5: Menulis Karangan


1.
Proses penulisan dijalankan setelah rangka karangan disediakan dengan jelas dan teratur.
2.
Proses penulisan ini akan terlaksana dengan baik dan lancar apabila kesemua empat peringkat di atas diikuti
dengan sempurna dan berkesan.
3.
Pada peringkat ini, calon perlu sentiasa ingat "saya menjawab soalan" untuk memastikan karangan tidak
terkeluar daripada tajuk.
Peringkat 6: Menyemak Karangan
1.
Setiap karangan yang ditulis hendaklah disemak semula oleh calon dengan teliti supaya dapat mengesan
kesalahan-kesalahan yang tidak disedari.
2.
Kesalahan ini boleh melibatkan aspek tatabahasa yang terdiri daripada ejaan, tanda baca, perkataan,
mahupun struktur ayat.
3.
Setiap kesalahan yang dikesan hendaklah diperbetul dengan jelas.

Nota: Karangan Pengajian Am wajib mengikut format iaitu 7 perenggan (Perengan 1: pendahuluan,
perenggan 2-6: isi dan perenggan 7: penutup)

Permarkahan:

Isi (5X1m)
Huraian (5X3m)
Bahasa
Impak

=
=
=
=

5
15
4
1
-------25
--------