Anda di halaman 1dari 28

Soalan KBKK/KBAT SPM

Anda perlu mengemukakan sebanyak mana yang boleh pendapat dan idea anda untuk soalan KBKK sebab
skema pemarkahannya ialah mana-mana jawapan yang munasabah. Jadi jawapan anda munasabah,
dapatlah markah..
Nilai patriotisme
1. Cinta akan negara
2. Setia kepada negara
3. Menjaga nama baik negara
4. Sanggup berkorban
5. Berani berjuang
6. Bersemangat kental
7. Sanggup mempertahankan maruah negara
8. Bijak merancang
9. Mengekalkan kedaulatan negara
10. Mematuhi peraturan
11. Bangga kejayaan Malaysia diperingkat dunia
12. Bangga dengan keunikan negara
13. Bangga sebagai rakyat Malaysia
14. Bangga dengan kepelbagaian bahasa dan budaya
15. Menyanjung warisan bangsa
16. Memartabatkan bahasa kebangsaan
17. Bersemangat kekitaan
18. Menghormati lambang-lambang negara
19. Kekayaan negara dinikmati bersama
20. Menghargai perjuangan tokoh
21. Menghormati raja
22. Menghormati pemimpin
23. Sedia berubah
24. Tolak ansur
25. Menyokong dasar-dasar kerajaan
26. Menolak amalan rasuah
27. bijak bertindak
28. bijak urus masa
29. bertanggungjawab
30. kreatif dan inovatif
antara isu/fakta kbkk yang boleh berkait dengan negara dan patriotisme
bangga kejayaan negara
bangga keunikan negara
bangga sebagai rakyat
bangga dengan kepelbagaian bahasa
berani berjuang
bersemangat kental
bersyukur dengan kemerdekaan
hormati undang
hormati perlembagaan
hormati raja
sedia berkorban
sedia berubah
setia kepada negara
tolak ansur
taat kepada pemimpin

1. Pada pendapat anda, mengapakah pendidikan penting dalam menghadapi era globalisasi?
Membentuk masyarakat yang berilmu pengetahuan
membentuk masyarakat yang inovatif dan kreatif
mewujudkan masyarakat yang berkemahiran tinggi
mewujudkan masyarakat yang berdaya saing
(mana-mana jawapan munasabah)
2. Pada pendapat anda, apakah kesan sekirannya rakyat negara ini tidak mempedulikan konsep
pakatan murni?
rakyat tidak bersatu padu
pergaduhan
perpecahan masyarakat
sikap tidak bekerjasama
kestabilan politik tergugat
(mana-mana jawapan munasabah)
3. Pada pendapat anda, apakah bukti kejayaan negara sehingga mendapat pengiktirafan dunia sebagai
model negara islam.
mempelopori hab lalal
menubuhkan UIAM
menubuhkan tabung haji
menyelesaikan konflik di negara islam
memajukan sistem perbankan islam
(mana-mana jawapan munasabah)
4. Bagaimanakah cara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu bertaraf dunia?

Menaiktaraf institusi pengajian tinggi

Mengadakan program berkembar dengan negara luar

Membawa masuk tenaga pengajar luar

Menawarkan kursus-kursus yang diiktiraf oleh seluruh dunia

Meningkatkan pengetahuan tenaga pengajar


(mana-mana jawapan munasabah)
5. Apakah langkah yang wajar diambil oleh orang Melayu bagi menghadapi dasar ekonomi British yang
meminggirkan rakyat pribumi?
Pemimpin memberi kesedaran kepada orang Melayu
Orang Melayu diberi pendedahan, pengetahuan tentang kegiatan ekonomi
Memberi galakan kepada orang Melayu untuk menceburkan diri dalam ekonomi
Meningkatkan ilmu pengetahuan orang Melayu
Kegiatan ekonomi lebih tertumpu di kawasan bandar, jd galakan masyarakat peribumi
wujudkan petempatan di bandar secara proaktif
(mana-mana jawapan munasabah)
6. Bagaimanakah anda menunjukkan semangat cinta akan negara?
Mengibarkan bendera Malaysia di kenderaan, rumah, kelas
Mengharumkan nama Malaysia
Menglibatkan diri dalam perarakan hari kemerdekaan
Mengadakan kempen kesedaran
Mempromosikan keindahan Malaysia
(mana-mana jawapan munasabah)
7. Pada pendapat anda, mengapakah rakyat patut melibatkan diri dalam sambutan hari kemerdekaan
negara?
Menghargai dan mengenang jasa tokoh kemerdekaan
Menunjukkan rasa syukur kerana negara dapat kebebasan daripada penjajah
Membuktikan negara luar yang Malaysia mampu berdikari
Membuktikan bangsa Malaysia hidup dalam keharmonian
Mana-mana jawapan munasabah)

8. Mengapakah setiap warga negara Malaysia mesti mempunyai semangat patriotik?


Meningkatkan kesungguhan untuk memajukan negara
Menwujudkan masyarakat bersatupadu
Mengingati dan menyanjung dan membantu pejuang tanah air
Melahirkan rakyat yang mempunyai nilai moral
Bangga menjadi rakyat Malaysia
mana-mana jawapan munasabah)
9. Jika anda menjadi pegawai perancangan bandar pada masa hadapaan, apakah bentuk bandar yang
anda impikan?
Bandar berbentuk moden
Bandar yang bersih
Sistem perhubungan moden, pantas
Sistem perumahan eletronik
Selamat dan aman
Seni bina yang unik
mana-mana jawapan munasabah
10. Bagaimanakah anda memanfaatkan karya Sun Tzu, The Art of War untuk menguatkan
kecemerlangan diri?
Strategi menangani musuh
Taktik dalam urusan perniagaan
Menjadi seorang yg tabah dan tegas
Membentuk disiplin diri
Memupuk semangat juang
Memupuk daya saing
mana-mana jawapan munasabah
11. Pada pendapat anda, apakah kepentingan undang-undang kepada sesebuah negara?
Menjaga keamanan negara
Mengekalkan kemerdekaan negara
Menegakkan keadilan
Mewujudkan perpaduan
Mengukuhkan kedudukan raja
Membendung tindakan liar
Menjamin kemakmuran negara
mana-mana jawapan munasabah
12. Mengapakah tindakan perluasan kuasa tidak dibenarkan pada masa kini?
Menghormati kedaulatan negara lain
Melanggar hak asasi manusia
Mematuhi piagam PBB
Mengelakkan kematian
Mengelakkan kemusnahan alam
Mengelakkan keamanan sejagat
mana-mana jawapan munasabah
13. Apakah tanggungjawab anda untuk menjadi anggota masyarakat yang maju dan bersaintifik?
Menguasai ilmu pengetahuan
Mengamalkan amalan kreatif
Mempunyai sifat inovatif
Menggunakan teknologi terkini
mana-mana jawapan munasabah
14. Apakah ciri-ciri masyarakat yang menyumbang kepada kegemilangan sesebuah tamadun?
Mempunyai kreativiti
Berfikiran terbuka
Mementingkan pendidikan
Bersifat daya saing

Bersemangat patriotik
Hidup bersatupadu
mana-mana jawapan munasabah
15. Nyatakan konsep hijrah yang telah anda amalkan dalam kehidupan seharian untuk kecemerlangan
diri.
Malas kepada rajin
Nakal kepada baik
Berfikiran negatif kepada positif
mana-mana jawapan munasabah
16. Apakah kepentingan undang-undang adat kepada masyarakat Melayu?
Menjamin keharmonian hidup
Menjadi panduan mentadbir
Perjalanan masyarakat tersusun
Menentukan hukuman kesalahan
Menjadi panduan pentadbiran
mana-mana jawapan munasabah
17. Mengapakah unsur kesenian di Malaysia patut diwarisi oleh generasi hari ini?
Lambang jati diri bangsa
Bukti ketinggian tamadun
Sumber pekerjaan
Warisan bangsa
Mengelakkan kepupusan
mana-mana jawapan munasabah
18. Mengapakah pendidikan tidak format patut diberi penekanan?
Menyerapkan nilai moral
Merapatkan hubungan kekeluargaan
Mewarisi tradisi keluarga
Menjadi tanggungjawab ibubapa mendidik anak
Mewujudkan pendidikan sepanjang hayat
mana-mana jawapan munasabah
19. Apakah nilai yang boleh dicontohi daripada masyarakat Zaman Renaissance di Eropah?
Perubahan dalam pemikiran
Penzahiran emosi atau perasaan dalam muzik
Melahirkan keyakinan diri
Menggunakan keupayaan minda
Sifat inkuiri
Berani meneroka bidang baharu
Bersikap kreatif
bersikap inovatif
mana-mana jawapan munasabah
20. Sebagai pemimpin masa depan, apakah cara anda untuk menghalang berlaku imperialisme
moden?
Memajukan pendidikan
Membangunkan teknologi
Menjadi negara maju
Melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran
Menyemai sikap patriotik kepada rakyat
mana-mana jawapan munasabah
21. Apakah yang menjadi asas perjuangan golongan nasionalis di Asia Tenggara?
Semangat kental
Pengorbanan tinggi
Perpaduan rakyat
Kebijaksanaan pemimpin

Sifat kepimpinan berwibawa


Berilmu pengetahuan
Penggunaan pelbagai strategi
mana-mana jawapan munasabah
22. Pada pendapat anda, apakah pencapaian negara kita sehingga rakyatnya berbangga sebagai
bangsa Malaysia?
Politik stabil
Rakyat bersatu
Kebebasan bersuara
Negara aman
Ekonomi maju
Mampu menghantar angkasawan
Pencapaian sukan bertaraf dunia
Mempunyai kereta nasional
mana-mana jawapan munasabah
23. Apakah iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap Malayan Union?
Perlu bertegas dalam menyatakan bantahan
Perlu adanya perpaduan
Mengadakan rundingan sebelum sesuatu dasar dibuat
Berhati-hati dengan tindakan orang asing
Pentingnya pemimpin berwibawa
mana-mana jawapan munasabah

24. Apakah bukti wujudnya tolak ansur dalam penggubalan perlembagaan merdeka?
Menerima memorandum raja, pertubuhan politik, dan orang perseorangan
Rundingan antara kaum
Pakatan murni
Mengambil kira isu sebagai panduan
Memelihara kepentingan semua kaum
25. Apakah keistimewaan cara kemerdekaan negara kita dicapai?
pemimpin berwibawa
Tanpa pertumpahan darah
Sikap bekerjasama antara kaum
Mengutamakan perundingan
Musyawarah
Melalui pakatan murni
Melalui pilihanraya
Mengamalkan tolakansur
Melalui perjanjian
mana-mana jawapan munasabah
26. Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang diperoleh dari penubuhan Malaysia kepada rakyat hari
ini?
Keluasan negara bertambah
Bilangan penduduk bertambah
Pertahanan negara lebih kukuh
Komunis dapat dibanteras
Penjajahan asing ditamatkan
Merapatkan hubungan antara kaum
Memperkayakan budaya negara
Meluasakan pasaran
mana-mana jawapan munasabah
27. Mengapakah jata negara penting kepada negara? / Mengapakah negara mempunyai bendera
kebangsaan?

Lambang rasmi negara


Identiti sesebuah negara
Kebanggaan warga negara
Lambang perpaduan
Lambang kedaulatan negara
Pemangkin semangat patriotik rakyat
mana-mana jawapan munasabah
28. Bagaimanakah kita harus mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian?
Mengamalkan agama dan kepercayaan
Setia kepada raja dan negara
Tidak menderhaka kepada raja dan negara
Mematuhi, menyanjung dan mempertahankan perlembagaan
Menghormati undang-undang
Bersopan dan Bertatasusila
Mengamalkan nilai-nilai murni
Saling menyayangi
mana-mana jawapan munasabah
29. Bagaimanakah pembangunan sosial mampu mencapai matlamat perpaduan?
Bahasa yang sama
Sukatan pelajaran yang sama
identiti kebangsaan
perasaan kekitaan
sikap tolak ansur
budaya yang sama
Mempertingkatkan kualiti kehidupan
Memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan
semangat patriotik
Aktiviti sukan
mana-mana jawapan munasabah
30. Apakah tanggungjawab pelajar dalam merealisasikan Wawasan 2020?
Menyahut sembilan cabaran
Terlibat dalam pengisian wawasan
Meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin negara
Mengekalkan kemajuan negara
Meningkatkan ilmu pengetahuan sains dan teknologi
Menguasai kemahiran IT
Berinovasi dan kreatif
Berdisiplin baik
mana-mana jawapan munasabah
31. Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan Malaysia membangunkan sektor pendidikan?
mencapai perpaduan
menghasilkan sumber tenaga manusia
melahirkan tenaga kerja mahir
mengatasi buta huruf
mendisiplinkan pelajar
menjadikan Malaysia negara maju
mana-mana jawapan munasabah
32. Pada pandangan anda, apakah kepentingan sesebuah negara menggubal dasar luar?
menjamin keselamatan/keamanan
Mengekalkan kedaulatan negara
Menggalakkan pembangunan ekonomi
Mengekalkan keamanan sejagat
Mengukuhkan pertahanan

Membina rangkaian perdagangan


Menggalakkan pelaburan asing
Menghapuskan ancaman komunis
mana-mana jawapan munasabah
33. Berikan cadangan anda untuk meningkatkan keberkesanan peranan OIC
kepemimpinan yang berwibawa
mengukuhkan sumber kewangan
bertindak dalam satu suara/satu pasukan
tegas menghadapi masalah
kerjsasama antara pemimpin
mana-mana jawapan munasabah
********************************************************************************
Jika soalan KBKK bertanyakan iktibar pada diri kita,cuba anda kaitkan dengan tiga aspek iaitu akhlak diri,
sifat positif diri dan hubungan sosial. Lihatlah nilai yang telah disenaraikan untuk membantu anda menjawab
soalan kbkk yang berkonteks pada diri seseorang.
1.1 Akhlak diri
Mematuhi ajaran agama
Amanah dalam perbuatan
Jujur
Bertanggungjawab
Menghindari budaya negatif
Taat kepada tuhani
1.2 sifat positif diri
Menguasai ilmu
Mengamalkan pendidikan sepanjang hayat
Menguasai kemahiran ICT
Gigih dan rajin
Tidak berputus asa
Bersikap berdikari
Kreatif dan inovatif
Melakukan kajian dan inovasi
Berani
Tidak mementingkan diri sendiri
Sanggup berkorban
Mengamalkan disiplin diri
Mempunyai ciri kepimpinan
Berani menegakkan kebenaran
Tegas mempertahankan idea
Bijak bertindak
Bijak merancang
Bersemangat waja/kental
Berbudi bahasa
Menghormati ibu bapa
Bersikap matang
1.3 hubungan sosial
Meningkatkan perpaduan kaum
Bersemangat kekitaan
Semangat bermasyarakat
Bersedia berkerjasama
Saling menghormati
Menghargai rakan
Menghormati pegangan agama lain
Menghormati amalan budaya lain

Aktif dalam aktiviti kemasyarakatan


Menyokong dasar-dasar kerajaan
Jika soalan KBKK berkontekskan negara, cuba anda kaitkan dengan aspek politik, sosial dan ekonomi.
Aspek politik terbahagi kepada kepemimpinan, keamanan dan hubungan luar. Aspek sosial terbahagi kepada
pendidikan, alam sekitar, hubungan kaum dan kesihatan. Aspek ekonomi pula boleh dikaitkan dengan
kemajuan eko dan mencari peluang baru.
1.0 Aspek politik
1.1 Pemimpin
Memilih pemimpin yg layak/berwawasan/jujur/amanah
Menghargai pemimpin
Menolak pemimpin bersikap perkauman
Mencontohi pemimpin yang kaliber
Menghormati pemimpin negara
Menolak pemimpin yang rasuah
1.2 Kestabilan politik
Mengekalkan keamanan negara
Tidak memainkan isu sensitif
Menghormati hak asasi
Menghormati agama lain
Menghormati budaya lain
Mematuhi undang-undang
Menolak sebarang bentuk keganasan
Mengamalkan konsep 1 malaysia
Elak campur tangan asing
Menghormati amalan demokrasi
Menghargai keamanan
Menghormati prinsip demokrasi
Menghormati suara ramai
Mewujudkan perpaduan kaum
Menolak politik perkauman
1.3 Hubungan luar
Bersahabat dengan semua negara/menjalin hubungan diplomatik
Menghormati negara lain
Menghapuskan diskriminasi
Tidak mencampuri urusan negara lain
Mengelakkan peperangan
Elakkan campurtangan asing
Mengelakkan peperangan
Membantu negara
Menentang penggunaan senjata nuclear
2.0 Aspek sosial/modal insan
2.1 Ilmu pendidikan
Menekankan kepentingan pendidikan
Melaksanakan dasar pendidikan wajib
Memperbanyakkan pusat pengajian tinggi
Menghargai para ilmuan
Menggalakkan kajian dan penyelidikan
Membudayakan pendidikan sepanjang hayat
Memberi biasiswa
Membudayakan ilmu
Menghargai sistem pendidikan negara
Meluaskan capaian internet
tingkatkan kualiti guru

2.2 Perpaduan kaum


Meningkatkan perpaduan kaum
Sedia bekerjasama
Menghormati pegangan agama lain
Menghormati kebebasan beragama
Menyokong kebudayaan kebangsaan
Mengamalkan nilai murni
Membudayakan aktiviti bergotong royong
Semangat berjiran
Bertolak ansur
2.3 Dari segi geografi/alam sekitar
Menyokong pemuliharaan alam sekitar
Menyertai kempen alam sekitar
Menjaga kebersihan
Tidak membuang sampah merata tempat
Menyokong teknologi hijau
Mengelakkan pencemaran
Menjimatkan tenaga
Menyokong penggunaan tenaga solar
Menyokong program kitar semula
Mengelakkan pembakaran semula
2.4 kesihatan
Bersenam
Pemakanan seimbang
Mengamalkan gaya hidup sihat
Menyokong kempen kesihatan
Tidak merokok
Tidak mengamalkan seks bebas
elak penyalahgunaan dadah
menaiktaraf hospital
peka terhadap penyakit berjangkit
3.0 Aspek Ekonomi
3.1 Kemajuan ekonomi
Menggunakan sumber negara
Memajukan ekonomi/mengekalkan kestabilan ekonomi
Menumpukan kemahiran tinggi
Menambah bilangan pekerja mahir
Membina pusat latihan dan kemahiran
Mempunyai semangat berusaha
Memajukan industri kecil
Memajukan perdagangan antarabangsa
Berusaha menghasilkan produk berkualiti
Memberi bantuan kewangan
Memberi bantuan teknikal
3.2 Peluang baru dalam ekonomi
Meluaskan pasaran
Meningkatkan kemajuan sains teknologi
Melakukan penyelidikan
Menyediakan kemudahan asas
Mengemukakan idea
Mampu merekacipta/mengemukakan idea baru
Menarik pelabur luar
Mengambil risiko

Mengantarabangsakan produk negara


Menumpukan kepada K-ekonomi

Ramalan Soalan KBKK Sejarah SPM 2014 Tingkatan 4 BAB 1: KEMUNCULAN


TAMADUN AWAL MANUSIA
1. Jelaskan peranan anda sebagai generasi muda hari ini dalam mengekalkan
kemajuan tamadun agama, bangsa dan negara Malaysia yang kita kecapi hari ini.
F1 Mematuhi ajaran agama
F2 Mengukuhkan semangat cinta negara
F3 Mengamalkan budaya bangsa
F4 Mengeratkan perpaduan bangsa
F5 Memelihara jati diri
F6 Menguasai ilmu pengetahuan
F7 Menguasai segala bidang kemahiran
F8 Menghindari budaya negatif
F9 Mana-mana jawapan munasabah
2. Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan masyarakat tamadun awal
dalam membina negara kota dan bandar.
F1 Mempunyai organisasi tersusun
F2 Pemerintahan stabil
F3 Ekonomi maju
F4 Pengkhususan kerja
F5 Mempunyai ilmu
F6 Kemajuan tulisan
F7 Ada undang-undang
F8 Kuat berusaha
F9 Inovasi
F10
Mana-mana jawapan munasabah
3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah sumbangan penting tamadun awal
manusia dalam bidang pertanian kepada masyarakat hari ini?
F1 Memperkenalkan sistem pengairan
F2 Menggunakan pengetahuan matematik dalam pertanian
F3 Memperkenalkan alat pertanian daripada besi
F4 Menggunakan cangkul
F5 Sabit
F6 Teknologi pembajakan
F7 Kaedah batas untuk tanaman
F8 Mana-mana jawapan munasabah
BAB 2: PENINGKATAN TAMADUN
1. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda mengenai pencapaian tamadun ulung dunia
seperti Yunani, Rom, India dan China, bagaimanakah kita boleh memajukan negara
kita setaraf dengan negara maju hari ini?
F1 Pemerintahan stabil - demokrasi
F2 Perundangan adil - Hukum Kanun 12
F3 Ekonomi maju

F4 Pertanian
F5 Perdagangan
F6 Perusahaaan
F7 Pendidikan
F8 Sains Teknologi
F9 Seni bina maju
F10 Mana-mana jawapan munasabah
2. Berdasarkan pemerhatian anda terhadap negara demokrasi hari ini, apakah tujuan
negara tersebut menjalankan pilihanraya?
F1 Rakyat memilih wakil
F2 Kerajaan ditadbir wakil yang dipilih pilihan raya
F3 Kerajaan rakyat oleh rakyat untuk rakyat
F4 Rakyat membuat keputusan politik
F5 Memilih pemimpin adil
F6 Pemimpin yang diterima majoriti
F7 Mana-mana jawapan munasabah
3. Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada dalam diri
pemimpin negara yang mengamalkan sistem demokrasi?
F1 Jujur
F2 Adil
F3 Telus
F4 Ada ilmu mentadbir
F5 Tidak rasuah
F6 Bijak mentadbir
F7 Mana-mana jawapan munasabah

BAB 3: TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA


1. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah kerajaan agraria dan maritim
saling bergantung antara satu sama lain?
F1 Tenaga kerja
F2 Bekalan beras
F3 Barangan mewah
F4 Tembikar/gelas dan manik dari China/tekstil dari India
F5 Bahan mentah/ hasil hutan
F6 Kenderaan/ gajah
F7 Kayu untuk membuat kapal
F8 Tukang kayu dan tukang batu
F9 untuk menjaga kebajikan rakyat jelata
F10 Keperluan perdagangan/jual beli/barter
F11 Mana-mana jawapan munasabah
2. Pada pandangan anda, bagaimanakah masyarakat Asia Tenggara dapat membentuk
kehidupan yang aman dan harmoni dalam kalangan masyarakatnya?
F1 Ekonomi saling bergantung

F2 Taat pemerintah
F3 Struktur masyarakat teratur
F4 Taat kepada agama Hindu/Buddha
F5 Mencintai seni seperti candi
F6 Melalui karya sastera
F7 Berbahasa Sanskrit
F8 Tolong menolong
F9 Berfikiran terbuka
F10 Bersatu padu
F11 Hormat
F12 Mana-mana jawapan munasabah
3. Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan pencapaian masyarakat awal Asia
Tenggara yang menjadi kebanggaan kepada masyarakat hari ini?
F1 Kerajaan stabil
F2 Ekonomi maju
F3 Pertanian padi
F4 Perdagangan
F5 Pengairan
F6 Taat kepada agama
F7 Pemerintahan
F8 Kesenian
F9 Kesusasteraan
F10 Bahasa Sanskrit
F11 Semangat cekal
F12 Berdikari
F13 Rajin berusaha
F14 Tidak putus asa
F15 Mahir ilmu pelayaran
F16 Berani belayar
TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH
1. Pada pandangan anda, apakah kesan amalan jahiliyah ke atas masyarakat Arab
yang hidup dalam kesesatan?
F1 Perpaduan kaum luntur
F2 Hilang nilai kemanusiaan
F3 Tiada keadilan sosial
F4 Keselamatan terancam
F5 Institusi keluarga runtuh
F6 Penindasan ekonomi
F7 Peperangan
F8 Pegangan agama semakin longgar
F9 Wanita tertindas
F10 Mana-mana jawapan munasabah
2. Bagaimanakah kita boleh mengelakkan diri daripada berlakunya peperangan dan
perbalahan sebagaimana yang sering berlaku ke atas masyarakat Arab Jahiliyah?
F1 Berakhlak mulia
F2 Bertolak ansur

F3 Kepimpinan melalui teladan


F4 Menghormati hak asasi
F5 Mengelakkan isu-isu sensitif
F6 Bekerjasama
F7 Amalan bersaudara
F8 Bersikap jujur
F9 Hormat agama lain
F10 Mana-mana jawapan munasabah
3. Apakah ikhtibar yang boleh diambil daripada sifat dan keperibadian mulia Nabi
Muhammad s.a.w.?
F1 4 sifat terpuji
F2 Al Amin
F3 Kepimpinan
F4 Ketua keluarga
F5 Keagamaan
F6 Pengampun
F7 Ketabahan
F8 Kebijaksanaan
F9 Kesabaran
F10 Mana-mana jawapan munasabah
4. Apakah ikhtibar yang boleh diambil daripada peristiwa penentangan orang Quraisy
terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam?
F1 Bijak mengatur strategi
F2 Mempertahankan akidah
F3 Kesabaran
F4 Pengorbanan
F5 Mempertahankan kebenaran
F6 Islam bersaudara
F7 Tidak bermusuh
F8 Jangan berdendam
F9 Tabah
F10 Penyebaran Islam diteruskan
F11 Tidak berputus asa
F12 Memohon pertolongan Allah
Mana-mana jawapan munasabah
BAB 5: KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
1. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada perjanjian Madinah dalam membentuk
masyarakat Malaysia yang aman dan bersatu padu?
F1 Permuafakatan
F2 Toleransi antara kaum
F3 Mengutamakan keamanan
F4 Kebijaksanaan dalam kepimpinan
F5 Menghindari sifat dendam
F6 Kebebasan beragama
F7 Hak orang Islam
F8 Hak bukan Islam
F9 Islam bersaudara

F10 Mana-mana jawapan munasabah


2. Pada pandangan anda, mengapakah perang perlu dilakukan ke atas musuh
walaupun ia boleh membawa kepada kematian dan kemusnahan?
F1 Mempertahankan diri
F2 Menjaga keamanan negara
F3 Mempertahankan agama
F4 Menentang kezaliman
F5 Menegakkan akidah
F6 Menjaga maruah
F7 Pencabulan perjanjian
F8 Mana-mana jawapan munasabah
BAB 6: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA
1. Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan kerajaan yang dipimpin
oleh Khalifah Islam mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang?
F1 Khalifah berwibawa
F2 Perancangan rapi
F3 Sedia melaksana pembaharuan
F4 Berwawasan
F5 Musyawarah
F6 Mengikut hukum Islam
F7 Kemajuan ilmu
F8 Kemajuan ekonomi
F9 Kemajuan sosial
F10 Kekuatan tentera
F11 Perkembangan pendidikan Mana-mana jawapan munasabah
2. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada kerajaan khalifah Islam dalam
memperkukuhkan kedaulatan negara Malaysia?
F1 Akidah kukuh
F2 Cinta negara
F3 Berilmu
F4 Tolak ansur
F5 berdisiplin/bermoral
F6 Semangat patriotisme
F7 menghormati tokoh-tokoh dan pejuang
F8 Semangat jihad
F9 Memperkukuhkan ketenteraan negara
F10 Berkorban untuk negara
F11 Senjata berteknologi
F12 Perpaduan kaum
Mana-mana jawapan munasabah
3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda mengenai kemajuan ilmu pengetahuan
zaman kegemilangan Islam, bagaimanakah kita boleh memajukan bidang pendidikan
kita hari ini?

F1 Mencari ilmu hukumnya wajib


F2 Mencintai pengetahuan
F3 Membina universiti
F4 Pelbagai jurusan
F5 Berdisiplin
F6 Menterjemah
F7 Membawa masuk karya asing
F8 Aktiviti penyelidikan
F9 Mengukuhkan ekonomi
F10 Pendidikan untuk semua
Mana-mana jawapan munasabah
BAB 7: ISLAM DI ASIA TENGGARA
1. Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada usaha menyebarkan agama Islam di
Asia Tenggara?
F1 Wajib kepada semua umat Islam
F2 Islam merata dunia
F3 Islam istimewa
F4 Sebar cara aman
F5 Tiada paksaan
F6 Musuh Islam ditentang
F7 Raja menerima baik Islam
F8 Mana-mana jawapan munasabah

2. Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah unsur-unsur Islam boleh membawa


kepada kemajuan masyarakat Asia Tenggara?
F1 Kewajipan kepada agama Islam
F2 Pendidikan wajib
F3 Karya Islam dicontohi
F4 Cara hidup Islam aurat
F5 Islam bersaudara
F6 Saling membantu
F7 Zakat
F8 Sedekah
F9 Jimat cermat
F10 Menyayangi
Mana-mana jawapan munasabah
3. Pada pandangan anda, apakah unsur-unsur Islam yang boleh memajukan ekonomi
masyarakat hari ini?
F1 Rajin bekerja
F2 Jujur

F3 Bersungguh-sungguh
F4 Sistem timbang/sukat yang adil
F5 Menghindarkan riba
F6 Mencari rezeki yang halal
F7 Bersedekah/berzakat
F8 Berjimat cermat/tidak boros
F9 Tidak mengemis
F10 Tidak penipuan dan penindasan
Mana-mana jawapan munasabah
BAB 8: PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM
KEDATANGAN BARAT
1. Berdasarkan pengetahuan anda, apakah unsur-unsur Islam yang telah mengubah
pemikiran dan cara hidup masyarakat Melayu selepas mereka memeluk agama Islam?
F1 Khalifah Islam
F2 Nasihat ulama
F3 Undang-undang syariah
F4 Pendidikan agama
F5 Tulisan jawi
F6 Seni Khat
F7 Menolak mungkar
F8 Menghindar dosa
F9 Mencari pahla
F10 Halal haram
Mana-mana jawapan munasabah

2. Pada pandangan anda, bagaimanakah Islam telah memajukan taraf pendidikan


orang Melayu di negara kita?
F1 Menuntut ilmu wajib
F2 Pendidikan Al Quran/Muqaddam
F3 Istana pusat pengajian Islam
F4 Kitab seperti Tasawuf
F5 Cerita hikayat seperti Amir Hamzah
F6 Ilmu fardhu ain
F7 Pendidikan madrasah
F8 Pengenalan tulisan jawi
F9 Mencintai ilmu
F10 Kedatangan ulama
Mana-mana jawapan munasabah
3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah pengaruh kerajaan Islam seperti
Bani Umaiyah, Abasiyah dan Uthmaniyah dalam sistem pemerintahan dan
perundangan kerajaan Kesultanan Melayu?
F1 Konsep Sultan

F2 Dibantu ulama
F3 Khalifatul Mukminin
F4 Undang-undang syariah
F5 Hukum jenayah
F6 Hukum faraid
F7 Perlantikan raja baiah
F8 Mazhab Shafie
F9 Undang-undang keluarga Islam
F10 Amanah dalam pekerjaan
Mana-mana jawapan munasabah
BAB 9: PERKEMBANGAN DI EROPAH
1. Pada pendapat anda, bagaimanakah negara kita boleh menghindari daripada
kehidupan mundur seperti yang berlaku dalam Zaman Gelap di Eropah.
F1 Politik kekal stabil
F2 Kebajikan rakyat
F3 Keamanan dijaga
F4 Agama dijaga
F5 Elak perpecahan
F6 Ekonomi stabil
F7 Utama pendidikan
F8 Elak campurtangan luar
F9 Majukan perdagangan
F10 Kemajuan teknologi
Mana-mana jawapan munasabah

2. Pada pengetahuan sejarah anda, mengapakah sistem feudalisme di Eropah


dikatakan mempunyai persamaan dengan ciri-ciri feudalisme yang terdapat dalam
pemerintahan Kesultanan Melayu?
F1 Golongan pemerintah ( raja )
F2 Golongan yang diperintah (rakyat )
F3 Golongan hamba
F4 Raja mutlak
F5 Pentadbiran dibantu pembesar
F6 Raja mengurniakan tanah kepada pembesar
F7 Pembesar dinaungi raja
F8 Pembesar memberi khidmat kepada Raja
F9 Cukai kepada Raja
F10 Hamba memberi khidmat kepada pembesar
Mana-mana jawapan munasabah
3. Jelaskan iktibar yang dapat anda pelajari daripada Zaman Reformation yang berlaku
di Eropah.
F1 Agama diseleweng

F2 Berpegang kepada ajaran agama


F3 Elak rasuah
F4 Sikap bertoleransi
F5 Tidak fanatik
F6 Berlaku adil
F7 Jangan menindas
F8 Mana-mana jawapan munasabah
4. Jelaskan iktibar yang dapat anda pelajari daripada Zaman Renaissance yang
berlaku di Eropah.
F1 Semangat inkuiri.
F2 Mendalami ilmu
F3 Sedia berubah
F4 Perubahan gaya hidup masyarakat
F5 Perkembangan intelektual.
F6 Yakin diri
F7 Perdagangan maju
F8 Ilmu baru diteroka
F9 Mencari kebenaran
F10 Mana-mana jawapan munasabah
5. Jelaskan iktibar yang dapat anda pelajari daripada aktiviti penjelajahan dan
penerokaan masyarakat Eropah.
F1 Sikap berani
F2 Semangat meneroka
F3 Keyakinan diri
F4 Semangat ingin tahu
F5 Meluaskan pengetahuan
F6 Suka meneroka ilmu
F7 Semangat gigih berusaha
F8 Sanggup menghadapi risiko
F9 Kecekalan
F10 Tidak mudah putus asa
Mana-mana jawapan munasabah
BAB 10: DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA
1. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan peningkatan jumlah
penduduk imigran Cina dan India di Tanah Melayu.
F1 Masyarakat majmuk
F2 Petempatan berbeza
F3 Jenis pekerjaan
F4 Bahasa berbeza
F5 Interaksi kaum
F6 Perpaduan kaum
F7 Pendidikan
F8 Taraf hidup beza
F9 Mana-mana jawapan munasabah

2. Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kesan pengenalan ekonomi moden ketika


Pemerintahan British kepada masyarakat Melayu?
F1 Miskin
F2 Jual tanah
F3 Bertani
F4 Tiada kemudahan
F5 Pengangkutan
F6 Terpinggir
F7 Tradisional
F8 Taraf hidup beza
F9 Mana-mana jawapan munasabah
3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan pengenalan UndangUndang British berkaitan ekonomi khasnya tanah kepada masyarakat Melayu?
F1 Mengelakkan tanah milik orang Melayu diceroboh
F2 Tanah menjadi berharga/komersial
F3 Perlu mendapat kebenaran pejabat tanah
F4 Ekonomi wang dalam kalangan orang Melayu
F5 Urusan jual beli / barang dibayar dengan wang
F6 Orang Melayu meminjam wang daripada orang tengah
F7 Terpaksa menjual tanah untuk membayar hutang
F8 Orang Melayu dibiarkan dalam pertanian tradisional
F9 Pelbagai cukai diperkenalkan
F10 Mana-mana jawapan munasabah

TINGKATAN 5 BAB 1: KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI


ASIA TENGGARA
1. Jelaskan peranan anda sebagai generasi muda hari ini dalam mengekalkan
kedaulatan dan kemerdekaan tanah air kita daripada diganggu gugat kuasa asing.
F1 Mengukuhkan semangat cinta negara
F2 Mengeratkan perpaduan bangsa
F3 Menjaga nama baik negara
F4 Tidak bekerjasama dengan kuasa asing
F5 Memelihara jati diri
F6 Menguasai ilmu pengetahuan
F7 Menguasai segala bidang kemahiran
F8 Mengukuhkan pasukan tentera
F9 Meningkatkan sains teknologi
F10 Mana-mana jawapan munasabah
2. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kebaikan pengenalan sistem
Birokrasi Barat ke atas kemajuan negara kita?

F1 Perkhidmatan awam kemas


F2 Penglibatan rakyat dalam pentadbiran
F3 Raja mengikut perlembagaan
F4 Pengenalan sistem persekutuan
F5 Kemudahan awam
F6 Pengangkutan
F7 Perhubungan
F8 Pendidikan moden
F9 Kemajuan sains teknologi
F10 Mana-mana jawapan munasabah
3. Pada pandangan anda, bagaimanakah semangat nasionalisme boleh terus dipupuk
dalam kalangan generasi muda kita hari ini?
F1 Menerapkan semangat patriotik di sekolah
F2 Menjaga nama baik negara di mana sahaja
F3 Melengkapkan diri dengan ilmu
F4 Bersatu padu semua kaum
F5 Mempunyai semangat kepimpinan
F6 Mempertahankan kedaulatan negara
F7 Sikap berdisiplin
F8 Gigih berusaha
F9 Tolong-menolong / bekerjasama
F10 Mana-mana jawapan munasabah
4. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan pengenalan sistem birokrasi
Barat terhadap sistem pentadbiran di Asia Tenggara?
F1 Penubuhan Kerajaan Pusat
F2 Diketuai gabenor Jeneral / pesuruhjaya tinggi
F3 Pembesar tempatan di peringkat pusat dihapuskan
F4 Raja kehilangan kuasa
F5 Pegawai Barat dilantik menjadi ketua biro
F6 Beberapa jabatan ditubuhkan seperti pelajaran
F7 Pengenalan sistem undang-undang Barat
F8 British memperkenalkan sistem kehakiman Barat
F9 Raja menerima penasihat Barat
F10 Pembesar tempatan kehilangan pengaruh
Mana-mana jawapan munasabah
5. Pada pandangan anda, apakah iktibar yang diperoleh daripada perkembangan
nasionalisme yang berlaku di negara-negara Asia Tenggara?
F1 Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
F2 Bersatu padu dalam perjuangan
F3 Mempunyai semangat kepimpinan yang baik
F4 Berusaha membentuk kerajaan yang berdaulat
F5 Sikap berdisiplin
F6 Gigih berusaha
F7 Tolong-menolong / bekerjasama
F8 Mempunyai semangat setia negara yang tinggi

F9 Sanggup berkorban untuk bangsa


F10 Kebijaksanaan pemimpin
Mana-mana jawapan munasabah
BAB 2: NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
1. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda mengenai pejuang tanah air seperti Dol
Said, Tok Janggut, Dato Bahaman dan lain-lain, apakah nilai yang boleh diteladani oleh
anda sebagai warganegara Malaysia yang patriotik?
F1 Cinta akan negara
F2 Tidak putus asa
F3 Berani berjuang
F4 Sanggup berkorban
F5 Semangat kental
F6 Benci penjajahan
F7 Mempertahankan tanah air
F8 Tidak mengalah
F9 Mana-mana jawapan munasabah
2. Berdasarkan pemerhatian anda, mengapakah media massa amat penting dalam
menyebarkan maklumat kepada rakyat dari zaman dahulu hingga sekarang?
F1 Membetulkan pandangan salah
F2 Memberi kesedaran
F3 Mengkritik pemimpin yang salah
F4 Menyebarkan ilmu
F5 Memperjuangkan rakyat
F6 Memberi teladan
F7 Mana-mana jawapan munasabah

3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan peristiwa pahit zaman penjajahan


yang boleh menimbulkan perasaan berani mempertahankan negara kepada generasi
hari ini?
F1 Kezaliman kuasa Jepun
F2 Pembunuhan oleh Bintang 3
F3 Parti Komunis Malaya
F4 Kebuluran makanan zaman komunis
F5 Pembunuhan rakyat tidak berdosa komunis
F6 Kezaliman penjajah seperti Birch
F7 Penipuan dalam perjanjian seperti perjanjian Pangkor
F8 Pembunuhan pejuang seperti Tok Janggut
F9 Mana-mana jawapan munasabah
4. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kejayaan yang dicapai oleh
Gerakan Islah di Tanah Melayu?
F1 Berjaya menghadapi halangan Kaum Tua/Penjajah
F2 Menyedarkan kepentingan pendidikan

F3 Membela pendidikan wanita/perempuan


F4 Mendirikan madrasah
F5 Memajukan pendidikan dunia dan akhirat
F6 Pendidikan Ilmu Hisab
F7 Pendidkan Bahasa Inggeris
F8 Ilmu Fardu ain
F9 Mana-mana jawapan munasabah
5. Pada pendapat anda, mengapakah kegiatan persatuan dan politik kurang menonjol
di Sabah dan Sabah?
F1 Tidak tersebar di kawasan pedalaman
F2 Masalah perhubungan
F3 Taraf pendidikan yang masih rendah
F4 Pengangkutan mundur
F5 Ekonomi kurang berkembang
F6 Kurang kesedaran politik
F7 Mana-mana jawapan munasabah
BAB 3: KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
1. Pada pandangan anda, mengapakah konsep Realpolitik yang dipegang oleh
pemimpin Itali dan Jerman jika diamalkan pada hari ini akan menghancurkan
keharmonian dunia?
F1 Pembunuhan
F2 Kuku besi
F3 Tipu helah
F4 Pemalsuan dokumen
F5 Provokasi
F6 Penipuan
F7 Ugutan
F8 Perang
F9 Diktator
F10 Tidak mengikut undang-undang
F11 Ekonomi mundur
F12 Kejam
Mana-mana jawapan munasabah
2. Pada pemerhatian anda, bagaimanakah undang-undang sama ada bertulis atau
tidak bertulis dapat mewujudkan kehidupan yang aman dan harmoni masyarakat hari
ini?
F1 Menjamin kedaulatan
F2 Taat pemerintah
F3 Hukuman adil
F4 Mengikut protokol
F5 Berdisiplin
F6 Pembahagian kuasa raja dan menteri
F7 Sopan santun
F8 Bertoleransi
F9 Pentadbiran kemas

F10 Bersatu padu


F11 Saling hormat menghormati
Mana-mana jawapan munasabah
3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan mengapakah Adat Perpatih
dikatakan mempunyai amalan demokrasi?
F1 Raja tidak berkuasa mutlak
F2 Agihan kuasa mengikut peringkat
F3 Musyawarah
F4 Muafakat
F5 Keputusan ramai
F6 Semangat kerjasama
F7 Kedaulatan di tangan rakyat
F8 Perundingan Raja dan Undang
F9 Mana-mana jawapan munasabah
BAB 4: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
1. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan ke atas negara kita jika
Malayan Union berjaya dilaksanakan oleh penjajah British?
F1 Raja hapus
F2 Negeri Melayu hapus
F3 Adat istiadat Melayu hilang
F4 Agama Islam bukan agama rasmi
F5 Bahasa Melayu terpinggir
F6 Ekonomi Melayu mundur
F7 Imigran menguasai ekonomi
F8 Kerakyatan longgar
F9 Mana-mana jawapan munasabah
2. Pada pendapat anda, apakah kebaikan penubuhan negara Persekutuan seperti
Persekutuan Tanah Melayu?
F1 Perkongsian kekayaan
F2 Negara lebih besar
F3 Penduduk ramai
F4 Kekuatan ketenteraan
F5 Pasaran ekonomi
F6 Negeri kaya membantu miskin
F7 Hubungan kerajaan persekutuan dan negeri
F8 Kerjasama persekutuan dan negeri
F9 Muafakat
F10 Mana-mana jawapan munasabah
BAB 5: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
1. Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang diterima daripada peluang mentadbir
yang diberi oleh British dalam Sistem Ahli kepada orang tempatan?
F1 Latihan mentadbir

F2 Pengalaman memerintah
F3 Persediaan merdeka
F4 Toleransi kaum
F5 Sokongan rakyat
F6 Perpaduan kaum
F7 Sokongan British
F8 Mana-mana jawapan munasabah
2. Pada pandangan anda, mengapakah sikap toleransi seperti dalam Pakatan Murni
penting kepada negara kita yang mempunyai rakyat pelbagai kaum?
F1 Elak perasaan perkauman
F2 Kerjasama
F3 Permuafakatan
F4 Tidak berlaku perbalahan
F5 Kestabilan ekonomi
F6 Hormat menghormati
F7 Pelabur asing
F8 Agihan kekayaan
F9 Mana-mana jawapan munasabah
3. Kemerdekaan negara kita hasil kebijaksanaan pemimpin berbincang dengan pihak
penjajah. Mengapakah pendekatan berunding lebih baik daripada berperang dalam
usaha menuntut kemerdekaan?
F1 Mengelak pertumpahan darah
F2 Kemerdekaan lebih terancang
F3 Memelihara perpaduan kaum
F4 Dapat terus kerjasama British selepas merdeka
F5 Rakyat lebih bersedia
F6 Tiada kerosakan harta benda
F7 Ketenteraman awam
F8 Lebih matang dan dihormati dunia
F9 Mana-mana jawapan munasabah
4. Bagaimanakah tolak ansur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia boleh membantu
negara kita untuk lebih maju pada masa hadapan?
F1 Mengamalkan semangat inkuiri/ingin tahu
F2 Mengambil berat terhadap sesuatu isu
F3 Bergembling tenaga untuk memajukan ekonomi
F4 Menjaga kestabilan politik
F5 Menjaga sentimen perkauman
F6 Bertoleransi
F7 Merealisasikan konsep 1 Malaysia
F8 Mana-mana jawapan munasabah
BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

1. Penubuhan Malaysia memperlihatkan kematangan pemimpin kita melihat masa


depan. Pada pandangan anda, mengapakah kemasukan Sabah dan Sarawak dalam
Malaysia memberi banyak faedah kepada rakyat negeri tersebut?
F1 Kemajuan ekonomi
F2 Perniagaan
F3 Pasaran
F4 Kestabilan politik
F5 Bantuan persekutuan
F6 Peluang mentadbir
F7 Kemudahan awam
F8 Pengangkutan
F9 Perhubungan
F10 Pendidikan
F11 Universiti
Mana-mana jawapan munasabah
2. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada tentangan negara luar iaitu Indonesia
dan Filipina dalam usaha menubuhkan Malaysia?
F1 Perpaduan rakyat penting
F2 Sikap matang
F3 Mengelak perang
F4 Mementingkan diplomasi
F5 Melalui meja perundingan
F6 Perang menghancurkan negara
F7 Berhati-hati dengan anasir luar
F8 Berjuang untuk negara
F9 Semangat patriotisme F10 Mana-mana jawapan munasabah

BAB 7 : SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA


1. Berdasarkan pemerhatian anda, apakah kepentingan perlembagaan kepada rakyat
pelbagai kaum di Malaysia?
F1 Kecekapan mentadbir
F2 Keadilan rakyat
F3 Menjamin taat setia kepada negara
F4 Hak asasi rakyat
F5 Rujukan mentadbir
F6 Ketenteraman awam
F7 Agihan kuasa persekutuan negeri
F8 Mana-mana jawapan munasabah
2. Pada pandangan anda, mengapakah sistem Raja Berperlembagaan masih relevan
dan penting kepada negara Malaysia?

F1 Melindungi rakyat pelbagai kaum


F2 Ketika darurat
F3 Melindungi Islam
F4 Kebebasan agama
F5 Melindungi hak orang Melayu
F6 Melindungi kerakyatan kaum lain
F7 Perpaduan kaum
F8 Mana-mana jawapan munasabah
3. Pada pendapat anda, mengapakah lambang negara seperti bendera dan lagu
kebangsaan perlu dihormati dan dipelihara?
F1 Lambang kedaulatan
F2 Semangat patriotisme
F3 Cinta akan negara
F4 Perpaduan kaum
F5 Taat kepada negara
F6 Pembakar semangat
F7 Mana-mana jawapan munasabah
4. Pada pandangan anda, mengapakah hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan
dengan Kerajaan Negeri amat penting?
F1 Menyatupadukan pelbagai wilayah yang berasingan
F2 Membentuk Kerajaan Persekutuan yang stabil
F3 Mengurangkan perbalahan antara etnik
F4 Menjamin keharmonian dan hubungan baik
F5 Toleransi untuk kepentingan bersama
F6 Memudahkan pembangunan ekonomi
F7 Mana-mana jawapan munasabah

BAB 8 : PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN


1. Pada pandangan anda, mengapakah bidang pertanian masih penting walaupun
Malaysia kini menuju ke arah negara maju?
F1 Bantu ekonomi bumiputera
F2 Pertanian dagang
F3 Usahawan tani
F4 Bekalan makanan
F5 Mengurang import
F6 Keselamatan ketika darurat
F7 Petani miskin dibantu
F8 Mana-mana jawapan munasabah
2. Berdasarkan pemerhatian anda, mengapakah pendidikan perlu terus diutamakan
dalam kehidupan kita hari ini?

F1 Memajukan diri
F2 Pembangunan negara
F3 Sahsiah anak muda
F4 Tuntutan agama
F5 Peluang pekerjaan
F6 Pemimpin berwibawa
F7 Mana-mana jawapan munasabah
3. Pada pendapat anda, mengapakah Malaysia perlu menjadi negara maju selaras
dengan Cita-cita Wawasan 2020?
F1 Ekonomi maju
F2 Pendapatan tinggi
F3 Kestabilan politik
F4 Maruah bangsa
F5 Kemajuan ilmu
F6 Masyarakat penyayang
F7 Agihan ekonomi
F8 Perpaduan
F9 Mana-mana jawapan munasabah
BAB 9: MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
1. Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada Perang Dunia Pertama dan Kedua?
F1 Kehilangan nyawa
F2 Rosak harta benda
F3 Tamadun rosak
F4 Kanak-kanak/wanita
F5 Perpecahan negara
F6 Pendidikan terjejas
F7 Masyarakat hancur
F8 Mana-mana jawapan munasabah
2. Pada pengetahuan sejarah anda, apakah kelebihan dasar luar Malaysia yang
berbaik-baik dengan semua negara?
F1 Tiada musuh
F2 Ekonomi stabil
F3 Tiada ancaman kuasa besar
F4 Negara aman
F5 Rakyat bersatu
F6 Mana-mana jawapan munasabah
3. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita boleh mengelak perang daripada berlaku?
F1 Patuh undang-undang
F2 Hormat negara lain
F3 Jadi ahli PBB
F4 Berdiplomasi
F5 Muafakat

F6 Mana-mana jawapan munasabah


4. Pada pandangan anda, apakah kesan perkembangan globalisasi pada zaman kini?
F1 Jurang antara luar bandar dengan bandar
F2 Jurang antara negara maju dengan membangun
F3 Menyekat peluang pekerjaan
F4 Merendahkan taraf hidup
F5 Perkembangan masalah sosial
F6 Mewujudkan sikap individualistik
F7 Persaingan tidak sihat
F8 Penindasan golongan kaya terhadap orang miskin
F9 Mana-mana jawapan munasabah
5. Pada pandangan anda, bagaimanakah Malaysia sepatutnya menghadapi cabaran
globalisasi?
F1 Memajukan prasarana ICT
F2 Mengambil peluang dan faedah ICT
F3 Mempromosikan penggunaan ICT
F4 Memajukan projek Koridor Raya Multimedia
F5 Menyediakan e-pendidikan
F6 Menjadi warga global
F7 Mengamalkan e-dagang
F8 Mana-mana jawapan munasabah

Disediakan oleh:
Cikgu Musjahida Mustafa
KP Sejarah