Anda di halaman 1dari 23

(a) Jelaskan maksud dan latar belakang nasionalisme

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara. Perasaan ini
akan mencetuskan gerakan untuk membebaskan tanah air daripada belenggu
penjajahan. Contohnya penjajahan British di Tanah Melayu.
Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa
sahaja bentuk penjajahan oleh kuasa luar. Penentangan di dorong oleh hasrat
membebaskan negara daripada kuasa penjajah. Di Malaysia penentangan terhadap
British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19.
Gerakan ini bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka daripada oleh penjajah.
Contohnya sejak abad ke-19, penentangan telah dilakukan oleh beberapa pemimpin
tempatan seperti Dol Said, Dato Maharajalela, Rentap dan Mat Salleh. Gerakan
nasionalisme secara menyeluruh telah bermula pada awal abad ke-20.
Soalan 2a: Sebab-sebab / faktor-faktor penentangan
Huraikan sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap British
di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada abad ke-19.
Antara sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Tanah Melayu
ialah dasar penaklukan British. Penentangan terhadap British oleh masyarakat
tempatan adalah disebabkan oleh dasar penaklukan British di daerah mereka
seperti di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah. Dasar
penaklukan British terhadap Negeri-Negeri Melayu bertujuan untuk mengukuhkan
kedudukan kuasa politiknya. Melalui dasar ini, penguatkuasaan politik British
menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya.
Contohnya, Penentangan Dol Said terhadap British kerana mengambil alih Melaka
daripada Belanda. Ini kerana Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan
membayar ufti.
Selain itu, eksploitasi terhadap ekonomi tempatan menjadi sebab penentangan
masyarakat tempatan terhadap British di Tanah Melayu. Penentangan terhadap
British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan bagi
kepentingannya. Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai
oleh British dengan pemimpin tempatan. Menerusi perjanjian ini, saudagar dari
Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan dan
perdagangan bijih timah . Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan
terhadap British.
Seterusnya, perlaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan.
British memperkenalkan sistem cukai, undang-undang, dan peraturan-peraturan
tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Peraturan British juga
bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan. Contohnya, tanah boleh
dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai. British telah

memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan. Sebagai contoh, di


Terengganu, penentangan berlaku kerana British menetapkan bahawa setiap tanah
yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mesti mendapat kebenaran British
dan tanah dikenakan cukai.

Campur tangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada
penentangan penduduk tempatan. British telah memaksa penduduk tempatan
menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat
tempatan. Misalnya di Perak, J.W.W. Birch telah campur tangan dalam adat resam
masyarakat Melayu, iaitu amalan menggunakan orang suruhan. Tindakan Birch
telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.
Di samping itu, pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh. Ini kerana
British telah mengambil kawasan pentadbiran mereka. Sebelum penjajahan,
kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan untuk mentadbir
kawasan tersebut. Perlantikan ini memberi kuasa untuk kepada mereka untuk
menjaga hal ehwal daerahnya seperti soal pentadbiran, ekonomi dan sosial..
Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemimpin
tempatan sehingga mendorong mereka menentang British.
Akhir sekali, kesulitan penduduk tempatan. Penduduk tempatan tertekan dengan
pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan mereka. Mereka
telah memberi sokongan kepada penentangan pemimpin tempatan. Kesetiaan
kepada pembesar tempatan sebagai ketua turut mendorong penduduk tempatan
memberikan kerjasama dalam menentang British.
Soalan 2b: Faktor-faktor pemangkin / kebangkitan / pencetus semangat
nasionalisme
(i) Huraikan faktor-faktor pemangkin nasionalisme sehingga perang
dunia kedua
Faktor-faktor pemangkin kebangkitan semangat nasionalisme ialan tindakan Sir
Andrew Clarke telah memperkenalkan sistem politik barat. Ini telah
memusnahkan sistem politik tradisional tempatan. British telah meletakkan seorang
residen yang mengambil alih pentabdiran negeri daripada pembesar tempatan.
Para pembesar diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh pegawai
British. Bagi orang tempatan perubahan ini mencabar sistem atau amalan tradisi
mereka dan juga menjatuhkan maruah mereka. Hal ini membangkitkan kebencian
penduduk tempatan terhadap British.
Faktor pemangkin seterusnya ialah sistem pendidikan Inggeris dan vernakular
Melayu yang diperkenalkan pada akhir abad ke-19, telah melahirkan golongan
intelek melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya. Mereka

menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan


bangsa Melayu. Mereka telah menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan
menolak penjajahan British.
Selain itu, dasar British dalam mentadbir Tanah Melayu telah menggalakkan
sesiapa sahaja yang datang untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan
menetap di Tanah Melayu. Ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan
menetap di sini. Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan
jumlah imigran dan menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan. Mereka
menguasai ekonomi Tanah Melayu dalam bidang perlombongan bijih timah,
perladangan getah dan perniagaan. Orang Melayu mula kekal dengan pertanian
padi yang tidak dimajukan oleh British.

Seterusnya, British juga telah membuka bandar baru sebagai pusat pentadbirannya
sedangkan orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala
kekurangan. Kemajuan ekonomi seperti perniagaan serta kewujudan prasarana
contohnya elektrik, perkhidmatan pos, telefon, sekolah, hospital dan lain-lain telah
meningkatkan taraf hidup di bandar. Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf
hidup antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran dan penduduk di
bandar. Ternyata, dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu.
Hal ini disedari oleh golongan intelek melayu dan mereka menjadikannya isu
gerakan nasionalisme Melayu.
Faktor pendudukan Jepun juga menjadi pemangkin terhadap gerakan
nasionalisme di Tanah Melayu. Pihak Jepun dengan konsep kawasan Kesemakmuran
Asia telah menekankan kebebasan Negara-negara Asia untuk menentukan
kemajuan masing-masing. Dengan konsep ini Jepun menggalakkan orang tempatan
berkerjasama dengannya dan berjanji akan memerdekakan mereka. Bagaimanapun
kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan dan ubat-ubatan serta kekejaman
pentadbiran Jepun menyebabkan sebilangan besar penduduk Tanah Melayu
membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur. Bagi mereka semua
penjajah tetap zalim dan menekan kehidupan orang tempatan.
Seterusnya, penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari pada tahun
1945 juga telah membangkitkan semangat menentang penjajahan dan memulakan
penyebaran ideologi komunis. Dalam tempoh itu, PKM telah menguasai balai-balai
polis dan memerintah dengan kejam. Mereka membunuh dan menangkap sesiapa
sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun. Gerakan ini telah mencetuskan
konflik perkauman. Banyak orang Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh
anggota PKM. Serangan mereka telah dibalas oleh orang Melayu di Perak, Johor, dan
Pahang.
Kemunculan mesin cetak telah memberikan kesan kepada penyebaran ilmu
pengetahuan dan mendorong penentangan terhadap British. Perkara ini berlaku

kerana melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain idea menentang
penjajah itu dapat disebarkan.
Faktor pemangkin seterusnya ialah Gerakan Pan Islamisme yang telah
membangkitkan kesedaran semangat kebangsaan Tanah Melayu. Gerakan Pan
Islamisme merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk
membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam untuk menentang
penjajahan Barat ke atas Negara-negara Islam. Gerakan ini didokong oleh pelajar
Islam dari seluruh dunia. Gerakan reformis islam yang dimulakan oleh Syeikh
Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti Al-Azhar Mesir telah tersebar luas.
Dalam tulisannya beliau telah memberikan kupasan bahawa islam ialah cara hidup
yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat, disamping mendorong umatnya
menuju kejayaan. Tulisan Syeikh Muhammad Abduh ini disebarkan dalam majalah
al-Manar. Selain itu gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak
matlamat sama.
Faktor yang terakhir ialah kesedaran politik serantau yang berlaku di sekitar
Asia Tenggara, terutama di Indonesia turut mendorong kebangkitan nasionalisme di
Tanah Melayu. Indonesia yang amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi
dan budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Kesedaran
ini telah melahirkan ramai golongan intelektual. Contohnya, Zaba yang banyak
mengkritik dasar British.

Soalan 3a: Peristiwa Kebangkitan Pemimpin Tempatan menentang


Pentadbiran British
Tanah Melayu
Penghulu Dol Said di Naning.
Penjajah Inggeris telah berjaya menduduki Melaka selepas Perjanjian InggerisBelanda pada tahun 1824. Pihak British telah mendakwa bahawa Naning
merupakan sebahagian daripada wilayah Melaka. Oleh itu, British menganggap
Naning berada dibawah kekuasaan mereka. Oleh itu, Naning terpaksa membayar
cukai ke Melaka iaitu 1/10 daripada hasil yang terdapat di Naning. Selain itu, British
juga telah mengarahkan supaya semua kesalahan-kesalahan jenayah yang berlaku
di Naning diselesaikan di Melaka kerana British menyalahkan tindakan Dol Said
yang menyelesaikan kesalahan jenayah di Naning pada tahun 1828.
Faktor penentangan di oleh Penghulu Dol Said berlaku apabila beliau menolak
dakwaan British yang mengatakan Naning berada di bawah wilayah British. Beliau
juga telah menolak tindakan British yang meletakkan Naning didalam wilayah
mereka dengan tidak membayar ufti 1/10 yang dituntut British kepada Melaka.

Peristiwa penentangan di Naning berlaku apabila tindakan Penghulu Dol Said yang
menolak untuk membayar ufti kepada Melaka telah menyebabkan British
menghantar tentera ke Naning untuk menawan Naning pada tahun 1831. Penghulu
Dol Said telah berjaya menewaskan serangan British yang membawa seramai 150
tentera British yang dipimpin oleh Kapten Wylie dalam usaha mereka menawan
Taboh.
Kejayaan Penghulu Dol Said menewaskan tentera British ini kerana Naning telah
mendapat bantuan daripada Yamtuan Ali, Syed Shaba, Penghulu Remai dan Rchat,
Dato Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemencheh. Pada Jun 1832, British sekali
lagi telah menghantar seramai 1200 orang tentera untuk menawan Naning. British
telah berjaya menewaskan Penghulu Dol Said kerana Naning telah menghadapi
serangan ini sendirian dengan tidak dibantu oleh sesiapa. Kekalahan Naning kepada
British telah menyebabkan Penghulu Dol Said terpaksa menyerah diri kepada British
pada Febuari 1833. Oleh itu
1.2 Tok Janggut di Kelantan
Faktor penentangan menentang British di Kelantan oleh Tok Janggut berlaku apabila
British memperkenalkan Sistem Penasihat British di Kelantan. Selain itu, pihak
British telah memaksa penduduk tempatan untuk menerima pakai sistem cukai
yang diperkenalkan oleh mereka.
Peristiwa penentangan Tok Janggut di Kelantan bermula apabila beliau telah
membantah sistem cukai yang telah diperkenalkan oleh British. Beliau enggan
untuk membayar cukai sebagai tanda bantahan kepada sistem cukai yang
diperkenalkan oleh British namun tindakan beliau tersebut tidak dilayan oleh
Pegawai Daerah Pasir Puteh. Sebaliknya British telah mengarahkan pihak polis
untuk menangkap Tok Janggut tetapi gagal. Pada tahun 1915, Tok Janggut bersamasama dengan Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak
serta rakyat tempatan telah membuat pakatan untuk menyerang Pasir Puteh.
Mereka telah berjaya menawan daerah Pasir Puteh seterusnya membentuk sebuah
kerajaan baru di Pasir Puteh. Kerajaan baru itu diketuai oleh Engku Besar Jeram
sebagai raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai
Daerah.
Bagi menawam semula Pasir Puteh, British telah menggunakan nama sultan bagi
menentang Tok Janggut. Oleh itu, British telah membawa masuk pasukan tentera
daripada Negeri-Negeri Selat dengan kapal perang H.M.S.Cadmus yang telah
mendarat di Tumpat Kelantan. British telah memulakan serangan mereka pada Mei
1915 di Saring. Serangan British yang tersusun dan penggunaan senjata yang
moden telah berjaya melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya. Selain
itu, Tok Janggut juga telah terkorban semasa serangan yang dilakukan oleh British.
Mayat beliau telah diarak ke seluruh pecan Kota Bharu sebelum digantung di pasar

dengan kepala di bawah sebagai amaran kepada masyarakat tempatan supaya


jangan berani menentang British.
1.3 Dato Maharajalela di Perak
Penentangan di Perak dipimpin oleh Dato Maharaja lela dengan dibantu oleh semua
pembesar dan sultan. Sebab-sebab penentangan ialah residen J.W. W Birch
memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang terkandung dalam Perjanjian
Pangkor 1874. Para pembesar menolak system cukai yang menghapuskan hak
mereka. Para pembesar menolak pengguasaan British terhadap kawasan mereka
Sebab yang ketiga para pembesar menolak campur tangan British dalam adat
resam dan hal ehwal tempatan. Contoh larangan menggunakan hamba. J.W.W. Birch
tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak pandai berbahasa Melayu.
Peristiwa penentangan bermula apabila Dato Maharaja Lela bermesyuarat dengan
pembesar Melayu di Durian Sebatang untuk menentang undang- undang British
pada 21 Julai 1875. Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Anduk, Seputum telah
membunuh J.W. W Birch pada 2 Nov 1875 di Sungai Perak, Pasir Salak. Pihak British
dengan 500 orang tentera melancarkana serangan terhadap Pasir Salak . Dato
Maharaja lela dan Dato Sagor melarikan diri ke Kota Lama. Pada 20 November 1877
Dato Maharaja lela, Dato Sagor dan Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut
dijatuhkan hukuman gantung. Sultan Abdullah , Menteri Ngah Ibrahim , syahbandar
dan laksamana telah dibung negeri ke Pulau Seychelles.
1.4 Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu
Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk kampong membersihkan tanah di
Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah British. Pada Mei 1925, kirakira 300 penduduk kampong telah berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik
Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III. Tindakan ini telah membimbangkan pihak
British. Namun dengan jasa baik Tengku Nik Maimunah, mereka dapat di suraikan.
Kemuncak kemarahan rakyat ialah pada Mei 1928, iaitu dengan melakukan
serangan bersenjata terhadap bangunan kerajaan di Kuala Berang. Mereka telah
berjaya menawan bangunan kerajaan tersebut.

Manakala satu kumpulan lagi berkumpul di Kuala Telemong bersiap sedia menunggu
arahan untuk menentang British. Dengan menggunakan kuasa dan nama sultan,
British menghantar tiga pembesar untuk menawan semula Kuala Berang serta
menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang menghalangnya.Ini memudahkan
British menghadapi penentangan rakyat kerana orang Melayu tidak akan
menderhaka kepada sultan. Sepasukan polis seramai 25 orang telah menyerang
Kuala Telemong dan berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan
dengan membunuh sebelas orang. Haji Abdul Rahman Limbong telah diserang oleh

50 orang polis yang dibawa dari Singapura. Haji Abdul Rahman Limbong berjaya di
tahan dan telah dibuang negeri ke Makkah.
1.5 Dato Bahaman di Pahang
Pada tahun 1888, Dato Bahaman dan pembesar-pembesar Pahang yang lain
bangkit menentang Residen British pertama di Pahang, iaitu J.P. Rodgers. Dato
Bahaman menentang perlaksanaan undang-undang British yang bertentangan
dengan adat resam dan sistem politik tempatan seperti system kehakiman,
pungutan hasil tanah, sistem cukai, dan penubuhan pasukan polis luar.
Ini kerana undang-undang tersebut telah menghakis kuasa Dato Bahaman sebagai
Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Dato Bahaman dan rakan-rakannya
seperti Tok Gajah dan Iman Rasul telah bersatu menentang British selama lima
tahun.
Siri penentangan Dato Bahaman ialah pada 1890 iaitu menentang pembinaan Balai
Polis Lubuk Terua, Pada 1891-menyerang British kerana menangkap anak buahnya,
pada 1892- menyerang dan menawan semula Lubuk Terua, 1894- Menyerang dan
menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Dan akhir sekali pada 1895- Akibat
tekanan British, Dato Bahaman berundur ke Kelantan.
Dato Bahaman dan rakan- rakan mendapat pelindungan daripada penduduk dan
pembesar Terengganu dan Kelantan Dato Bahaman kemudiannya menetap di Hulu
Kelantan. Manakala Tok Gajah dan keluarganya menetap di Hulu Terengganu. Pada
tahun 1896, Dato Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberikan perlindungan
politik oleh Raja Chulalongkorn. Beliau telah menetap di Cheing Mai dan diberikan
wang sara hidup sebanyak 1000 baht.Dato Bahaman kemudiannya meninggal di
sana.
1.6 Yam Tuan Antah di Negeri Sembilan
Penentangan oleh pembesar tempatan terhadap penguasaan British telah dilakukan
oleh Yam Tuan Antah Sri Menanti dan Dato Syahbandar Sungai Ujong, iaitu Abdullah
Tunggal. Kedua-duanya telah menentang kemasukan British di Sungai Ujong. Malah
Dato Syahbandar Sungai Ujong enggan menandatangani perjanjian dengan British
pada 21 April 1874. Dato Syahbandar juga menentang Dato Kelana Sungai Ujong,
iaitu Syed Abdul Rahman yang mempelawa British untuk campur tangan dalam
pertikaian mereka.
Kedua-dua pemimpin tempatan ini, berebut kawasan sempadan untuk mengenakan
cukai kepada pedagang bijih timah dari Negeri-Negeri Selat. Dengan kerjasama
British, Dato Kelana Syed Abdul Rahman berjaya mengalahkan Dato Syahbandar
Abdullah Tunggal untuk menguasai Sungai Ujong. Dato Syahbandar Abdullah
Tunggal terpaksa berundur ke Selangor. Bagaimanapun, beliau kembali semula ke
Sungai Ujong dan menandatangani perjanjian dengan British pada 10 November

1874. Dato Syahbandar bersetuju meletakkan jawatan dan berhijrah ke Singapura.


Dengan itu, Dato Kelana Syed Abdul Rahman dapat menguasai seluruh Sungai
Ujong tetapi tertakluk di bawah penguasaan British.
Rentap Sarawak
Rentap pemimpin Iban menentang James Brooke pada tahun 1853 kerana bertindak
menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai lanun. Beliau
telah menyerang pasukan James Brooke di kubu Nanga Skrang bagi menghalang
kezaliman James Brooke di daerah tersebut.
Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke tetapi tentera James
Brooke telah bertindak balas dengan membakar kampung mereka. Rentap dan
pengikutnya berundur ke Bukit Sadok, namun sekali lagi mereka diserang oleh
James Brooke. Tentera James Brooke berjaya mengalahkan Rentap pada tahun 1861.
Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai dan serangannya semakin lemah.
2.2 Linggir
Linggir iaitu pemimpin Iban di Saribas menentang penaklukan James Brooke pada
tahun 1849 dengan menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar. Serangan ini
merupakan tindak balas terhadap langkah James Brooke dan kapten Farquhar
menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas. Bagaimanapun, Linggir dan
pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut.
2.3 Syarif Masahor
Penentangan orang Melayu di bawah pimpinan Syarif Masahor dan Datuk Patinggi
Abdul Gapur berlaku kerana mereka menolak penguasaan James Brooke di wilayah
mereka, iaitu di Sungai Rajang pada tahun 1857. Hal ini disebabkan mereka
kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan.
Pada tahun 1858, James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit. Syarif
Masahor telah menyerang kubu tersebut. Beliau dan Datuk Patinggi Abdul Gapur
kemudian menyerang James Brooke di Kuching. Bagaimanapun, tentangan mereka
gagal. Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi beliau telah diserahkan oleh
Sultan Brunei kepada British di Singapura. Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan diri
ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahan oleh Belanda dan diserahkan kepada James
Brooke.
Mat Salleh Sabah
Di Sabah, terdapat beberapa penentangan oleh pemimpin tempatan terhadap
Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Bagaimanapun, penentangan terbesar telah
dilakukan oleh Mat Salleh. Beliau ialah pemerintah daerah Tambunan dan Sungai
Sugut. Namun, pihak SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh. Bukan
sahaja mereka menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh, malah mereka turut
melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu. Pegawai-pegawai syarikat itu

juga bersikap kasar kepada penduduk tempatan.Mat Salleh telah ke Sandakan


berbincang dengan SBUB pada tahun 1895, tetapi tidak dilayan. Sebaliknya,
gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampungnya. Mat Salleh
terpaksa melarikan diri. Pada tahun 1897, beliau dan para pengikutnya telah
melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya. Ekoran itu, SBUB
telah menawarkan pelan damai pada Mat Salleh, iaitu menyerahkan Tambunan
kepadanya. Namun, SBUB mungkir janji dan hal ini menyebabkan Mat Salleh sekali
lagi menyerang kubu SBUB. Serangan ini dibalas oleh pasukan tentera SBUB
dengan menyerang kubu Mat Salleh. Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia
pada 31 Januari 1900.
4(i) Buktikan Kejayaan pemimpin tempatan menentang British pada abad
ke 19.
Penghulu Dol Said Naning
Penghulu Dol Said mengingkari arahan British supaya naning menghantar 1/10 hasil
sebagai ufti kepada Melaka. Penghulu Dol Said Berjaya mengalahkan 150 orang
tentera British pimpinan Kapten Wyllie.
Dato Maharaja Lela Perak
Sultan Abdullah dan Dato Maharaja Lela serta pembesar Perak telah melakukan
bantahan terbuka terhadap campur tangan British di Perak. Dato Maharajalela juga
berjaya membina kubu di Pasir Salak. Selain itu, kejayaan lain yang lebih besar ialah
berjaya membunuh residen British di Perak iaitu J.W.W. Birch.
Dato Bahaman
Dato Bahaman menyerang British kerana menangkap anak buahnya.
DatoBahaman menyerang dan berjaya menawan semula Lubuk Terua. Beliau juga
berjaya menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.
Tok Janggut Kelantan
Kejayaan yang di capai oleh Tok Janggut ialah ketika menentang British di Pasir
Puteh dan berjaya menawan daerah tersebut. Penawanan daerah Pasir Puteh
berjaya membentuk sebuah kerajaan di mana Engku Besar Jeram telah di lantik
sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai
Daerah.
Haji Abdul Rahman Limbong
Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk membersihkan tanah di Kuala
Berang tanpa menghiraukan peraturan tanah British. Beliau juga bersama
penduduk tempatan melancarkan penentangan bersenjata pada tahun 1928.

Mereka telah menyerang dan berjaya menduduki bangunan kerajaan di Kuala


Berang.
Rentap Sarawak
Di Sarawak, Rentap telah menyerang tentera James Brooke di Kubu Nanga Skrang
dan berjaya mengusir James Brooke dari kawasanya.
Mat SallehAkhir sekali ialah kejayaan pemimpin Mat Salleh di Sabah,yang
melakukan serangan mengejut terhadap Kubu SBUB di Pulau Gaya. Ini
menyebabkan SBUB terpaksa menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh dengan
menyerahkan Tambunan kepadanya.

Jelaskan keberkesanan penentangan pemimpin tempatan terhadap British


pada abad ke-19.
Keberkesanan penentangan pemimpin tempatan terhadap Bitish pada abad ke-19
ialah kejayaan Dato Maharajalela menyatukan pembesar dan Dalam peristiwa
ini, penduduk Melayu untuk sama-sama menentang British. Dalam peristiwa ini
Sepuntum berjaya membunuh J.W.W Birch dan Kapten Innes menyebabkan British
terpaksa meminta bantuan daripada tentera SHTI di Hong Kong dan India.
Selain itu, keberkesanan penentangan pemimpin tempatan juga dapat dilihat
melalui kejayaan Dol Said dalam mengalahkan British semasa serangan ke atas
Naning pada tahun 1831. Kebijaksanaan Dol Said mendapatkan bantuan tentera
dari Yam Tuan Ali Rembau, Syed Shahban dan Penghulu Remai dapat mengalahkan
tentera British seramai 150 orang.
Seterusnya, kejayaan Mat Salleh melancarkan serangan mengejut terhadap kubu
SBUB di Pulau Gaya telah memaksa SBUB mengadakan pelan damai kepada Mat
Salleh dan berjanji akan menyerahkan Tambunan.
Sehubungan dengan perkara di atas, perjuangan Tok Janggut juga berjaya
mencabar British. Keberkesanan perjuangan Tok Janggut terbukti apabila pihak polis
yang diarahkan menangkap Tok Janggut gagal menangkapnya. Malah beberapa
pembesar tempatan juga telah menyerang Pasir Puteh dan mereka Berjaya
mendudukinya.
Di samping itu, perjuagan Tuan Haji Abdul Rahman Limbong juga
memperlihatkan keberkesanan pada tahap awal. Beliau bersama rakyat Telemong
telah beberapa kali mengingkari peraturan tanah yang ditetapkan oleh British.
Beliau mengetuai penduduk kampong membuka tanah pada tahun 1922 dan 1925.
Seterusnya, perjuangan Dato Bahaman juga memperlihatkan keberkesanannya
kerana berjaya menyerang British dan menawan semula Lubuk Terua yang telah

dikuasai oleh British. Dato Bahaman dan pengikut juga berjaya menguasai Kuala
Tembeling dan Jeram Ampai.
(iii) Strategi perjuangan pemimpin tempatan menentang penjajahan
British.
Dol Said menggunakan taktik dengan cara mendapatkan bantuan ketenteraan
daripada Yam Tuan Ali dari Rembau, Syed Shaban, Penghulu Remai dan Rechat,
Dato Kelana Sungai Ujung serta Penghulu Gemencheh telah berjaya mengalahkan
150 orang tentera British.
Rentap menentang penaklukan James Brooke dengan menyerang Kapal Nemesis
dekat Batang Lupar. Syarif Masahor telah menyerang kubu James Brooke di
Kanowit. Seterusnya, menyerang James Brooke di Kuching bersama-sama dengan
Datu Patinggi Abdul Gapur.
Mat Salleh telah menggunakan strategi melalui perbincangan tetapi tidak dilayan
oleh pihak SBUB. Mat Salleh dan pengikutnya telah melakukan serangan mengejut
terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya.
Dato Maharaja Lela membuat bantahan terbuka terhadap campur tangan British
dan mengarahkan pengikutnya untuk membunuh J.W.W. Birch di Sungai Perak, Pasir
Salak.
Dato Bahaman menyerang dan menawan semula Lubuk Terua. Kemudian
menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Engku Besar Jeram,
Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak dan rakyat tempatan menyerang
Pasir Puteh dan berjaya mendudukinya.
Haji Abdul Rahman Limbong mengetahui membersihkan tanah di Kuala
Telemong dan tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III. Haji
Abdul Rahman Limbong menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang dan telah
berjaya mendudukinya.
(iv) Tindak balas British terhadap kebangkitan pemimpin tempatan
Tindakan British terhadap penentangan di Tanah Melayu ialah, di Naning British
telah menghantar tenteranya untuk menakluki Naning pada tahun 1831 tetapi
dikalahkan oleh penghulu Dol Said. Pada akhir tahun 1832, seramai 1200 orang
tentera telah dihantar oleh British sekali lagi menyerang Naning dan berjaya
mengalahkan penghulu Dol Said.
Seterusnya di Perak pula, pihak British dengan 500 orang tentera melancarkan
serangan terhadap Pasir Salak dan kawasan yang terlibat. Mereka yang terlibat
seperti Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Lam, Seputum dan Pandak
Indut dihukum gantung. Manakala Sultan Ibrahim dibuang negeri ke Johor dan
Sultan Abdullah dan yang lain dibuang ke Pulau Seychelles.

Di Kelantan pula, British telah menggunakan nama sultan Kelantan bagi membawa
masuk pasukan tentera dari negeri selat dengan kapal Perang H.M.S Cadmus yang
mendarat di Tumpat dan memulakan serangan pada bulan Mei 1915 di Saring. Tok
Janggut terkorban dan mayatnya di arak di seluruh pekan Kota Bharu sebelum
digantung di pasar dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas sebagai
amaran kepada penduduk tempatan yang menentang British.
Tindakan British di Terengganu pula ialah pihak British menggunakan kuasa dan
nama sultan Terengganu dan menghantar tiga orang pembesar untuk menawan
semula Kuala Berang dan menangkap serta memburu sesiapa sahaja yang
menghalang mereka. Selain itu, British juga mengarahkan seramai 25 orang polis
menyerang Kuala Telemong dan berjaya mengorbankan seramai 11 orang
penentang. Manakala Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap dan dibuang ke
Makkah.
Bagi menghadapi tentangan di Sarawak, James Brooke telah bertindak membakar
kampung Rentap dan menyerang sekali lagi apabila Rentap berundur ke Bukit
Sadok.
Di Sabah pula, Gabenor Beufort telah menyerang dan membakar kampung Mat
Salleh apabila beliau membuat perundingan di Sandakan tentang kedudukannya.
Tindak balas di atas serangan Mat Salleh terhadap kubu SBUB telah menamatkan
penentangan terhadap British di Sabah.

Jelaskan keberkesanan peranan pertubuhan dan kesatuan dalam


memupuk semangat nasionalisme di negara ini.
Keberkesanan pertubuhan dalam memupuk semangat nasionaisme di negara ini
dapat dilihat melalui penubuhan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) oleh Mohammad
Eunos Abdullah. Tujuan penubuhan KMS ialah menjaga kepentingn sosioekonomi
penduduk Melayu Singapura. Melalui desakannya, beliau memperoleh sebuah
kawasan penempatan khas bagi orang melayu di Singapura.
Selain itu, Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) di tubuhkan oleh S.M Zainal
Abidin B.A. Persatuan ini ditubuhkan dengan tujuan menggalakkan ahli-ahlinya
berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri sendiri dan
bangsa serta menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang
Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.
Seterusnya, Persatuan Negeri-negeri yang ditubuhkan di Perak, Selangor, Pahang
dan Negeri Sembilan. Persatuan-persatuan ini berjaya menggabungkan tenaga
intelektual Melayu untuk membincangkan nasib orang melayu dalam soal ekonomi.
Ini bertujuan untuk menggalakkan perpaduan orang melayu.

Di samping itu, di negeri Sarawak pula, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak


yang telah ditubuhkan oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah pada tahun 1939.
Persatuan ini ditubuhkan untuk mengeratkan perpaduan Melayu. Selain itu untuk
menggalakkan masyarakat memperolehi pendidikan untuk kemajuan bangsa.
Malahan persatuan ini turut menjaga maruah bangsa dan menegakkan ajaran
agama Islam.
Salah satu lagi keberkesanan dapat dilihat melalui penubuhanKesatuan Melayu
Muda (KMM) pada tahun 1939. Tokohnya ialah Ibrahim Haji Yaakob dan Mustapha
Husein. KMM bertujuan menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda melayu,
meningkatkan tahap pendidikan orang melayu, bekerjasama dengan Jepun
menghalau British, menjadi propaganda Jepun dengan membeli Warta Malaya untuk
dijadikan alat propaganda anti-British dan menyediakan kader-kader yang dikenali
sebagai tentera semut untuk menentang British.
Akhir sekali, Kongres Melayu 1939 dan 1940. Tujuan pertubuhan ini membincangkan
kemunduran orang Melayu dalam pendidikan dan layanan pilih kasih British
terhadap anak negeri, Resolusi kongres dengan menggambarkan perpaduan melayu
untuk mengatasi permasalahan sosioekonomi dan politik mereka yang lemah dan
akhir sekali orang melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian yang memisahkan
mereka selama ini.
Terangkan kesan gerakan nasionalisme sehingga membawa kepada
penyatuan orang Melayu dalam persatuan.
Kesan gerakan nasionalisme membawa kepada kesan positif dalam penyatuan
orang Melayu. Persatuan Sahabat Pena (PASPAM) antara pertubuhan yang wujud
hasil daripada gerakan nasionalisme. Ditubuhkan pada 1934 yang dipimpin oleh S.M
Zainal Abidin. Penubuhannnya bertujuan untuk menggalakkan ahlinya berkenalkenal dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri dan bangsa. Hal ini secara
tidak langsung telah menggalakkan perpaduan dan persaudaraan dikalangan orang
Melayu di seluruh semenanjung Tanah Melayu
Pertubuhan negeri juga telah ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seperti
di Perak (1937), Selangor (1938), Negeri Sembilan (1938) dan Pahang (1938).
Objektif utama penubuhan persatuan negeri ini adalah untuk menggabungkan
tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam soal
ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.
Disamping itu,kesan dari gerakan nasionalisme juga telah mewujudkan sebuah
persatuan separa politik yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu Muda (KMM).
Kesatuan ini dipimpin oleh Ibrahim Hj Yaakob. Objektifnya untuk menggalakkan
perpaduan dikalangan pemuda Melayu di seluruh semenanjung dan meningkatkan
tahap pendidikan orang Melayu.

Manakala di Sarawak pula, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (1939) telah


ditubuhkan Persatuan ini dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Tujuan
penubuhannya adalah untuk mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan
pendidikan, manjaga budaya dan maruah bangsa serta menegakkan ajaran agama
Islam.
Di Sabah, walaupun kesedaran untuk berpersatuan tidak menonjol tetapi masih
terdapat cawangan Persatuan Sahabat Pena yang bergiat di Jesselton (Kota
Kinabalu), Labuan dan Tawau. Walaubagaimanapun, kegiatannya mirip kepada
kegiatan persatuan di Semenanjung. Anggota-anggotanya terdiri daripada peniaga
kecil, pegawai rendah kerajaan dan guru sekolah Melayu.
Bagaimanakah kita memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan pada
abad ke 19 dalam memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan
rakyat Malaysia.
Antara usaha bagi memanfaatkan perjuangan pemimpin tempatan dalam memupuk
semangat nasionalisme adalah menghayati perjuangan pemimpin tempatan yang
sanggup berjuang untuk kedaulatan negara.Seterusnya, bagi memanfaatkan
perjuangan pemimpin tempatan dalam memupuk semangat nasioanilsme dengan
menghidupkan semula watak-watak mereka melalui filem dan drama agar menjadi
tatatpan rakyat Malaysia hari ini.Kita juga boleh memanfaatkan perjuangan
pemimpin tempatan melalui pameran yang menarik dan kreatif di muzium yang
dilawati untuk menimbulkan kesedaran tentang kehebatan perjuangan pemimpin
tempatan
Di samping itu, aktiviti penulisan seperti menulis esei bertemakan perjuangan
pemimpin tempatan juga mampu memupuk semangat nasionalisme dalam
kalangan rakyat Malaysia. Aktiviti ini sesuai dilakukan sempena sambutan bulan
kemerdekaan yang perlu dibuka penyertaan untuk pelbagai lapisan
masyarakat.Seterusnya, perjuangan pemimpin tempatan dimanfaatkan untuk
memupuk semangat nasionalisme dengan memuatkan peristiwa berkenaan dalam
silibus pembelajaran bagi murid sekolah rendah dan menengah agar dapat
mencontohi keberanian dan kegigihan para pejuang lampau.
Selain itu, kita dapat memupuk semangat nasionalisme dengan mengenali pejuangpejuang terdahulu serta menghayati hasil perjuangan mereka dalam membebaskan
negara daripada cengkaman penjajah.Seterusnya, menghargai jasa-jasa dan
pengorbanan para pejuang bangsa terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Dalam pada itu juga, semangat nasionalisme ini dapat dipupuk dengan memelihara
keamanan yang sudah sekian lama dikecapi untuk meneruskan legasi
pembangunan negara secara berterusan. Kita juga wajar mencontohi sikap
perjuangan pemimpin tempatan seperti berani dalam mempertahankan hak
walaupun mereka tidak mempunyai senjata yang canggih. Malahan mereka juga

tidak mudah putus asa kerana sentiasa berusaha untuk mempertahankan


kedaulatan negara.
Akhirnya, kita hendaklah sentiasa menyedari bahawa pembangunan yang dikecapi
sehingga kini tidak akan tercapai tanpa pengorbanan dan perjuangan tokoh-tokoh
terdahulu. Justeru melalui penghayatan ini kita dapat memupuk semangat cintakan
negara.
(ii) Melalui semangat nasionalisme warga Malaysia mampu
mempertahankan kedaulatan negara. Berikan alasan anda.
Semangat nasionalisme yang ada pada warga Malaysia sememangnya mampu
mempertahankan kedaulatan negara, ini kerana semangat nasionalisme akan
mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia seterusnya mendorong kepada semangat
setia negara yang tinggi dan semangat sanggup berkorban untuk negara.
Di samping itu, dapat melahirkan warga Malaysia yang tidak mudah terpengaruh
dengan agenda anasir luar dan mengelakkan diri daripada perkara-perkara negatif
seperti rasuah, penyalahgunaan dadah dan pemerdagangan orang.
Selain itu, semangat nasionalisme bukan sahaja memupuk semangat sifat
bekerjasama antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bersama-sama
menjaga maruah bangsa Malaysia yang berdaulat.
Selanjutnya semangat nasionalisme akan mengekalkan perpaduan antara kaum.
Perpaduan antara kaum akan dapat memastikan keamanan negara dan kemajuan
yang dirancang akan tercapai.
Selain itu, warga Malaysia yang memiliki semangat nasionalisme akan patuh
kepada ajaran agama masing masing. Masyarakat yang patuh kepada ajaran agama
akan mematuhi undang-undang dan mudah diuruskan.
Seterusnya warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme akan
melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna dan menguasai
pelbagai kemahiran seperti ilmu komputer, sains dan teknologi. Masyarakat
berpengetahuan amat diperlukan untuk merealisasikan wawasan negara.
Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan keberkesanan yang boleh dicapai
oleh negara melalui media massa untuk mengekalkan kedaulatan negara
Media Massa merupakan medium berkesan dalam membantu negara mengekalkan
kedaulatan negara. Buktinya, media massa dapat menyampaikan dasar-dasar
kerajaan kepada umum dengan lebih cepat.Malahan maklumat berkaitan dengan
dasar baru kerajaan dapat di peroleh dan di akses dengan lebih mudah sama ada
melalui media sosial, internet mahupun melalui media penyiaran seperti berita dan
hebahan umum.

Di samping itu, media massa juga dapat menyampaikan maklumat dengan tepat
kepada umum. Hampir 90% maklumat yang disampaikan melalui media massa
adalah sahih dan boleh dipercayai. Oleh yang demikian, kebanyakan rakyat
Malaysia kebanyakkannya bergantung sepenuhnya kepada media massa untuk
mendapatkan berita terkini.
Keberkesanan media massa juga dapat dilihat dalam memartabatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa perpaduan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa
pengantar di media massa. Hal ini dapat dilihat melalui penyampaian berita,
rancangan-rancangan ilmiah dan forum yang kebanyakkannya disampaikan dengan
menggunakan bahasa Melayu. Hal ini sekaligus membantu ke arah perpaduan kaum
di negara ini.
Selain itu, media massa juga merupakan agen perpaduan dan medium penting
dalam mengekalkan keamanan negara. Buktinya, penyiaran berita yang berkaitan
dengan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan dapat menyemarakkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat. Mesej berunsurkan semangat keberanian dan
kerjasama juga jelas berjaya disampaikan melalui program-program radio atau
siaran rancangan televisyen.
(ii) Jelaskan ciri-ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat
nasionalisme yang tinggi.
Antara ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi
adalah mempunyai semangat cintakan negara yang kental. Perasaan sayangkan
negara diterjemahkan dengan mematuhi undang-undang negara. Malahan
perasaan bangga menjadi warga Negara Malaysia melangkaui semangat
perkauman dan kenegerian.
Selain itu , menghormati tokoh-tokoh negarawan yang banyak berjasa sebelum dan
selepas kemederkaan perlu dipupuk sebagai tanda penghargaan kepada mereka.
Jasa dan pengorbanan mereka perlu diingati dan dihargai serta dijadikan sumber
inspirasi terutama kepada generasi muda.
Seterusnya, setiap warga Malaysia mesti berpegang teguh dengan prinsip Rukun
Negara yang menjadi panduan kepada semua warga. Nilai agama dan budaya perlu
diamalkan demi memperkukuhkan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang baik.
Warga Malaysia seharusnya berani,bijak dan yakin dalam sebarang tindakan demi
menjaga nama baik negara sama ada di dalam dan di luar negara.
Di samping itu, mempunyai semangat juang untuk mempertahankan kedaulatan
negara daripada ancaman penceroboh atau anasir asing. Ini penting untuk
mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara.
Warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi akan
mengutamakan perpaduan dan sanggup bekerjasama dengan pelbagai kaum untuk

memastikan kesejahteraan dan keamanan negara.Warga Malaysia juga sewajarnya


mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai
melambangkan penyatuan bangsa.Seterusnya, warga Malaysia juga mesti
menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan seperti teknologi dan kemahiran ICT
untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.Akhir sekali warga
Malaysia seharusnya mengutamakan pembelian barangan buatan Malaysia sebagai
sumbangan dalam pembangunan ekonomi negara.
(i) Adakah anda bersetuju bahawa perjuangan pemimpin tempatan tidak
berjaya. Berikan hujah anda.
Saya tidak bersetuju dengan pernyataan ini walaupun dari segi perjuangan
menentang penjajah itu gagal namun kesan yang ditinggalkan ekoran penentangan
tersebut telah menaikkan semangat patriotisme yang sangat tinggi dalam kalangan
penduduk Tanah Melayu .Contohnya perjuangan Dato Maharajalela, Pandak Lam,
Pandak
Indut, Dato, Sagor dan Seputum sehingga titisan darah terakhir. Perjuangan mereka
telah menunjukkan semangat setia negara yang mendalam kerana sanggup
berkorban untuk bangsa dan tanahair tercinta. Akhirnya kemerdekaan mampu kita
perolehi pada 31 Ogos 1957
Selain itu juga, sifat bekerjasama dan tolong menolong antara pemimpin dengan
pengikut dalam menentang penjajahan British telah menyumbangkan ke arah
kejayaan generasi hari ini. Contohnya kemenangan Dol Said menentang British
pada 1831 mendapat bantuan ketenteraan dari Yam Tuan Ali, Syed Shaban,
Penghulu Ramai dan Rechat, Dato Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemenchah.
Sifat inilah yang akhirnya menjadikan Malaysia negara yang aman dan makmur
walaupun terdiri daripada berbilang kaum, agama dan kebudayaan.
Di samping itu, penentangan ini jelas memperlihatkan sikap tidak mudah putus asa.
Buktinya perjuangan sehingga ke titisan darah yang terakhir yang ditunjukkan oleh
pejuang tempatan seperti Tok Janggut, Mat Salleh dan Rentap sebenarnya telah
mampu mengugat kedudukan British di Tanah Melayu. Sikap ini yang telah diaplikasi
oleh generasi hari ini mampu melahirkan ramai atlet sukan yang bertaraf
antarbangsa seperti Dato Lee Chong Wei, Pandalela Rinong, Dato Nicol David dan
ramai lagi.
Kesabaran perjuangan pemimpin tempatan yang lampau sebenarnya mencetuskan
kebimbangan pihak penjajah yang akhirnya mengakui kehebatan para pemimpin
dan kemudian akur untuk membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu
penjajahan. Kesabaran ini juga yang diamalkan oleh generasi hari ini yang akhirnya
menjadikan negara Malaysia sebuah negara industri yang akhirnya mampu
menghasilkan kereta nasional yang boleh dipasarkan di luar negara.

Seterusnya, keberanian perjuangan tokoh tempatan telah memberi inspirasi dan


mampu melahirkan ramai pemimpin negara yang mampu bersuara dan
mengeluarkan pendapat dalam arena perbincangan antarabangsa seperti
Persidangan PBB. Buktinya keberanian Perdana Menteri kita dalam membela nasib
mangsa yang terlibat dengan kemalangan kapal terbang MH17 yang ditembak jatuh
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Perdana Menteri lantang untuk membawa
mereka yang bersalah ke muka pengadilan.

(ii) Pada pendapat anda, apakah peranan yang patut dimainkan oleh
penulis akhbar bagi mengekalkan politik yang stabil di Malaysia pada hari
ini?
Pada pendapat saya, peranan yang patut dimainkan oleh penulis akhbar bagi
mengekalkan politik yang stabil di Malaysia pada hari ini ialah hanya menyiarkan
berita yang benar atau sahih sahaja. Ini penting supaya rakyat memahami
perkembangan semasa politik tanah air yang sebenar.
Seterusnya, penulis akhbar perlu kerap memaparkan isu yang menggalakkan
kerjasama dalam masyarakat. Contohnya, menulis berita mengenai aktviti gotongroyong dan aktiviti Rukun Tetangga yang melibatkan pelbagai kaum di negara ini.
Di samping itu,penulis akhbar juga perlu menyediakan ruangan khas untuk
memberi kesedaran tentang kepentingan perpaduan kaum. Hal ini bertujuan untuk
memupuk perpaduan kaum yang menjadi nadi kestabilan politik sehingga hari ini.
Contohnya, gambar sukan yang memupuk perasaan muhibbah antara pelbagai
kaum
Selain itu, penulis akhbar tidak seharusnya menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh
menyemarak api perkauman. Sebaliknya penulis boleh membantu mengekalkan
politik yang stabil melalui bahasa. Contohnya, memartabatkan Bahasa Melayu
sebagai perhubungan utama di negara Malaysia. Ini kerana Bahasa Melayu
merupakan bahasa kebangsaan dan alat penyatuan antara kaum seperti yang
termaktub dalam perlembagaan 152.
Akhir sekali ialah penulis akhbar perlu berusaha untuk meningkatkan perasaan cinta
akan bangsa dan negara terutama dalam kalangan generasi muda. Contohnya
menyediakan ruangan Sejarah untuk mengetahui tentang peristiwa penting negara
seperti kemerdekaan dan perjuangan pemimpin tempatan. Ini penting agar rakyat
tidak melupakan sejarah perjuangan negara demi mengekalkan politik yang stabil di
Malaysia pada hari ini.
(iii) Sekiranya anda adalah seorang penulis akhbar, majalah atau novel
pada hari ini, apakah tema penulisan yang akan anda pilih untuk

menaikkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat? Berikan alasan


anda.
Sekiranya saya adalah seorang penulis akhbar, majalah atau novel pada hari ini,
tema penulisan yang akan saya pilih untuk menaikkan semangat nasionalisme
kalangan rakyat ialah tema Perpaduan. Ini kerana Malaysia terkenal sebagai sebuah
negara yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum tetapi mampu hidup dengan
aman dan makmur. Sebagai contoh, tema perpaduan yang ditonjolkan melalui
pengamalan Rumah Terbuka oleh kaum-kaum yang menyambut perayaan masingmasing pada setiap tahun dan diraikan secara bersama dengan rasa gembira. Hal
ini pasti akan berjaya menaikkan dan menyuburkan semangat nasionalisme
kalangan rakyat.
Seterusnnya ialah tema Malaysia Boleh merupakan slogan yang diilhamkan oleh Tun
Dr. Mahathir bin Mohamad. Slogan ini merupakan ciptaan terulung yang berjaya
mengikis persepsi orang luar bahawa Malaysia adalah negara kampung. Pada
asalnya, slogan ini dicipta untuk menyuntik semangat atlet Malaysia dalam arena
sukan tetapi slogan ini akhirnya telah berkembang dan berjaya melakukan
transformasi besar dalam aspek politik, ekonomi dan sosial sehingga dikagumi oleh
negara luar. Contohnya, kejayaan dua orang pendaki negara iaitu Mohandas dan
Magendran yang berjaya sampai ke puncak Gunung Everest kerana semangat
Malaysia Boleh! Semangat ini tentunya akan terus menaikkan semangat
nasionalisme kalangan rakyat.
Selain itu, tema Keistimewaan Malaysia. Dalam tema ini, saya akan memaparkan
keistimewaan Malaysia yang mempunyai kepelbagaian etnik dan budaya etnik
terutama di Sabah dan Sarawak. Ini kerana, Sabah dan Sarawak mempunyai lebih
32 etnik yang terdiri daripada pelbagai budaya, makanan dan adat tradisi. Hal ini
pasti menimbulkan semangat kebanggaan kalangan rakyat Malaysia kerana
mempunyai keunikan yang tersendiri.
Seterusnya ialah tema Kejayaan Rakyat Malaysia. Semua kejayaan yang pernah
dicipta oleh rakyat Malaysia akan dikumpulkan dalam Malaysia Boof Of Record
untuk dijadikan inspirasi oleh generasi pada hari ini. Contohnya, kejayaan Datuk
Sheikh Muzaffar sebagai angkasawan pertama negara dan Datuk Nicol David
sebagai pemain nombor satu dunia dalam sukan Skuasy. Melalui penulisan ini,
pastinya akan menyuntik semangat generasi muda untuk terus melakar kejayaan
dan seterusnya menaikkan semangat nasionalisme kalangan rakyat.
Akhir sekali ialah tema Patriotik. Tema ini mengangkat perjuangan tokoh-tokoh yang
sering dilupakan setiap kali sambutan ulangtahun kemerdekaan negara. Contohnya,
perjuangan Tok Janggut di Kelantan, Rosli Dhobi di Sarawak dan Mat Salleh di
Sabah. Melalui tema ini adalah diharapkan generasi pada hari ini akan sentiasa
merasa bersyukur kerana hidup dalam suasana aman damai dan berusaha untuk

menjaga keamanan negara. Untuk itu, semangat nasionalisme harus subur sentiasa
dan mekar mewangi setiap masa demi kedaulatan negara tercinta.
7a (i) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh negara dalam usaha memupuk
semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat. [5 markah ]
Cabaran yang dihadapi dalam usaha memupuk semangat nasionalisme adalah
kesukaran mengukuhkan perpaduan di Malaysia kerana kepelbagaian kaum yang
terdapat dalam negara.
Selain itu pengaruh luar juga menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme
dalam kalangan rakyat kerana mereka lebih tertarik dengan budaya luar berbanding
budaya sendiri,
Perkembangan teknologi yang melalaikan juga menyebabkan kurangnya semangat
nasionalisme terutama dalam kalangan remaja. Mereka lebih suka berhibur
daripada membaca dan mencari maklumat berkaitan sejarah negara.
Disamping itu kurang kerjasama pelbagai pihak berwajib dalam mengadakan
program-program yang berunsur patriotisme menyebabkan semanagat
nasionalisme kurang dihayati.
Akhir sekali wujudnya jurang perbezaan pendidikan seperti memilih sekolah
mengikut kelompok kaum masing-masing. Ini menyebabkan sukar untuk
menwujudkan semangat nasionalisme dalam diri pelajar.

7a (ii) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5


Markah)
Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran dalam memupuk semangat
nasionalisme dalam kalangan rakyat adalah semua rakyat haruslah mengukuhkan
perpaduan dengan menjayakan konsep 1 Malaysia yang dapat menyatupadukan
semua kaum dan menwujudkan perpaduan.
Selain itu pihak yang berkenaan contohnya pihak media haruslah menapis
pengaruh luar sebelum disiarkan. Rakyat juga haruslah bijak memilih maklumat
yang disampaikan.
Seterusnya ibu bapa haruslah memantau penggunaan teknologi supaya anak-anak
hanya mengakses maklumat yang positif dan bermanfaat. Ini penting supaya anakanak mempunyai ilmu pengetahuan tanpa mengenepikan nilai-nilai murni seperti
berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
Kerajaan wajib meningkatkan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk
menganjurkan program-program berunsurkan nasionalisme. Contohnya, Syarahan
kemerdekaan dan kuiz kenegaraan.

Akhir sekali menubuhkan sekolah wawasan boleh menaikkan semangat


nasionalisme rakyat kerana pelajar boleh bergaul dan bekerjasama dalam satu
sekolah walaupun berlainan kaum.
7b(i) Jelaskan sebab-sebab semangat nasionalisme semakin luntur dalam
kalangan generasi muda pada hari ini.
Semangat nasionalisme semakin luntur dalam kalangan generasi muda hari ini
adalah disebabkan generasi muda kini tidak mempunyai semangat cinta akan tanah
air . Mereka juga tidak memahami maksud sebenar patriotisme. Selain itu, generasi
muda juga mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang negatif dari media massa
ataupun internet.
Generasi muda juga terlalu leka dengan lambakan hiburan yang menyeronokkan. Di
samping itu,generasi muda turut terpengaruh dengan budaya asing yang kini
semakin berleluasa di negara kita. Seterusnya, kurang didikan agama dan
kesedaran sivik juga menyebabkan semangat nasionalisme semakin luntur dalam
jiwa generasi muda.
Selain itu,sikap suka mementingkan diri sendiri juga antara sebabnya. Tidak dapat
dinafikan bahawa semangat nasionalisme juga semakin luntur kerana generasi
muda kini tidak memahami konsep Rukun Negara.
Generasi muda juga kurang menghayati perjuangan tokoh-tokoh tempatan.
Seterusnya,kurangnya ilmu pengetahuan turut menyebabkan kurangnya semangat
nasionalisme dalam diri generasi muda kini.
7b(ii) Nyatakan kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak
dibendung.
Kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak dibendung ialah generasi muda
akan berpecah belah.
Selain itu, keamanan dan keharmonian negara juga akan terancam. Seterusnya,
lahirnya individu yang mementingkan diri sendiri.Di samping itu, generasi muda
juga akan hilang jati diri. Seterusnya, minda generasi muda akan mudah dijajah dan
terpengaruh dengan anasir-anasir luar. Gejala sosial dalam kalangan generasi muda
turut meningkat dan sukar dibendung.
Selain itu,perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia tidak akan wujud. Generasi
muda juga tidak akan menghormati Rukun Negara. Seterusnya, pertahanan negara
juga akan menjadi lemah.Wawasan 2020 turut tidak akan tercapai.
Iktibar /Nilai/Unsur Patriotisme yang diperoleh berdasarkan tajuk yang
dikaji.

Antara iktibar yang diperoleh ialah kita hendaklah sentiasa menunjukkan kecintaan
kepada negara untuk mengekalkan kedaulatan negara. Selain itu, kita haruslah
bekerjasama dalam mencapai matlamat negara. Kita juga perlu berganding bahu
untuk membangunkan negara supaya negara kita setanding dengan negara-negara
maju. Seterusnya, kita mestilah berani dan tabah menghadapi cabaran. Disamping
itu, kita haruslah setia kepada pemimpin dan berhati-hati dengan orang asing
supaya negara kita tidak lagi dijajah semula.
Antara nilai yang kita perlu amalkan ialah sentiasa menunjukkan semangat kekitaan
dan kesamarataan dalam apa jua tindakan yang dilakukan. Selain itu, kita perlu
menunjukkan kerjasama dan hidup saling hormat-menghormati di antara pelbagai
kaum di Malaysia. Kita juga perlu menunjukkan nilai menghargai dan menghormati
agama kaum lain. Kita juga sentiasa saling memahami dan bertoleransi dalam apa
jua perkara yang dilakukan.
Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai unsur patroitik, kita perlu bersifat
terbuka dengan menyokong perubahan dari semasa ke semasa untuk kearah
kebaikan. Selain itu, perpaduan harus diamalkan sepanjang masa supaya keamanan
negara dapat dikekalkan. Sebagai rakyat juga, kita perlu berbangga dengan
kejayaan dan keunikan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya.
Akhir sekali kita juga wajar menunjukkan penghormatan terhadap kepimpinan
negara dan sentiasa bersyukur dengan kemerdekaan Malaysia yang sudah
Pengetahuan
Antara Pengetahuan yang saya perolehi ialah mengetahui usaha masyarakat
tempatan penjajahan oleh kuasa luar. Penentangan di dorong oleh hasrat
membebaskan negara daripada kuasa penjajah. Abad ke-19 dan abad ke-20
mengetengahkan ramai pemimpin tempatan daripada pelbagai latar belakangan
bangkit menentang penjajah. Perubahan pentadbiran penjajah mendatangkan
pelbagai kesulitan kepada penduduk tempatan. Penjajahan British telah
meninggalkan pelbagai impak dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
Nilai Murni
Antara nilai murni yang dapat diterapkan ialah semangat juang yang kental dalam
mempertahankan tanah air. Selain itu mempertahankan kedaulatan negara dengan
memiliki sikap berani menentang musuh. Disamping itu, memiliki jati diri yang
tinggi agar tidak mudah menerima pengaruh luar. Selanjutnya tidak mudah
berputus asa dengan menunjukkan semangat setia negara yang tinggi.Akhirnya
kesangupan bekorban demi agama, bangsa dan negara dengan mengetepikan
kepentingan diri.
Unsur Patriotik

Antara unsur patriotik yang boleh diterapkan dalam diri ialah cinta akan negara
yang tinggi dan berkorban nyawa. Contohnya penentangan Tok Janggut. Selain itu,
bersatu padu dan mempunyai semangat kekitaan bagi mewujudkan keharmonian
negara.
Harapan dan masa depan
Harapan saya agar rakyat Malaysia dapat memperkukuh semangat nasionalisme
yang tinggi. Hal ini juga, supaya dapat pertahan negara daripada campur tangan
kuasa asing dan seterusnya dapat mengekalkan kedaulatan negara. Akhir sekali
semoga rakyat Malaysia saling menghormati antara satu sama lain untuk
mewujudkan keamanan.

Anda mungkin juga menyukai