Anda di halaman 1dari 11

1.

Pengenalan

Jurnal yang dipilih membicara tentang tingkah laku seksual kanak-kanak bermasalah
pembelajaran autisme. The Individuals with Disabilities Education Act (IDEA) di dalam buku
Masalah Pembelajaran mendefinisikan masalah pembelajaran sebagai berlaku satu atau lebih
masalah dalam proses asas psikologi yang melibatkan penggunaan bahasa pertuturan atau
penulisan. Masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan bertutur, mendengar, berfikir
dan membaca seseorang kanak-kanak menjadi tidak sempurna. Secara umum, kanak-kanak
bermasalah pembelajaran di Malaysia terdiri daripada kategori masalah Sindrom Down,
lembam, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), Disleksia dan autisme.
Menurut Hallahan dan Kauffman (1997) menyatakan bahawa autisme merupakan satu
kecelaruan yang bercirikan pengasingan diri, tingkah laku mencederakan diri, masalah
kognitif, masalah bahasa dan boleh dilihat sebelum berumur 30 bulan. IDEA pula
mendefinisikan autisme sebagai masalah perkembangan yang memberi kesan terhadap
komunikasi verbal dan bukan verbal serta interaksi sosial yang biasanya kelihatan sebelum
seseorang berumur 3 tahun dan memberi impak terhadap pencapaian seseorang individu.
Selain itu, autisme adalah kategori ketidakupayaan yang dicirikan dengan gangguan dalam
masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi, serta kurang kebolehan imaginasi dan bermain.
Mereka juga menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang, biasanya berkaitan dengan
minat, aktiviti dan perangai. Manakala Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad (2011)
menyimpulkan bahawa autisme merupakan ketidakupayaan seseorang individu iaitu
kecelaruan neurologi sehingga menjejaskan kefungsian otak dalam aspek-aspek kognitif,
tingkah laku, kemahiran motor kasar dan motor halus, bahasa dan komunikasi, serta sosial
dan emosi. Adalah penting untuk umum mengetahui bahawa kanak-kanak bermasalah
autisme mempunyai kesukaran untuk memahami bahasa badan, ekspresi muka dan intonasi
serta nada suara.
Tingkah laku seksual menurut Sarwono (2007), merupakan sebarang bentuk perilaku
yang didorong oleh hasrat seksual, sama ada di antara jantina yang berlainan mahupun
sesama jenis. Bentuk perilaku seksual ini bermulai dari berpegangan tangan, berpelukan sama
ada di bahu mahupun di bahagian pinggang, bercium, meraba bahagian tubuh yang sensitif,
menggesek-gesekkan alat kelamin dan memasukkan alat kelamin. Tanggapan masyarakat
bahawa individu bermasalah pembelajaran bersifat aseksual adalah tidak tepat. Ini kerana

kajian menunjukkan kadar keterlibatan seksual kali pertama (debut sexual) dalam kalangan
remaja berkeperluan khas sangat tinggi berbanding dengan remaja biasa (Brunberg, Bostrom
& Berglund, 2009). Ini bermakna murid bermasalah pembelajaran turur tidak terkecuali
daripada mengalami perkembangan seksual seperti orang lain. Murid-murid berkeperluan
khas bermasalah pembelajaran merupakan golongan yang mempunyai risiko terbesar
mengalami deraan seksual di mana kanak-kanak dan remaja kurang upaya adalah 1.75 kali
ganda terdedah kepada penderaan seksual berbanding dengan kanak-kanak dan remaja yang
normal (Hardman, 2005). Murid-murid yang kurang upaya ini juga didapati sering menjadi
mangsa penganiayaan seksual kerana mereka kurang memahami hak-hak ke atas tubuh badan
mereka, tingkah laku yang betul dan salah serta tidak tahu melaporkan penganiyaan terhadap
mereka. Dalam ulasan jurnal ini, perhatian sepenuhnya diberikan terhadap tingkah laku
seksual kanak-kanak bermasalah pembelajaran kategori autisme dalam kehidupan seharian
mereka.

2.0

Masalah Tingkah Laku Seksual Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran


Autisme

Mengikut Kauffman (1977), kanak-kanak dengan gangguan tingkah laku adalah


mereka yang bertingkah laku yang tidak dapat diterima secara sosial dalam masyarakatnya
atau secara yang tidak memuaskan, tetapi juga boleh diajarkan tingkah laku sosial yang dapat
diterima oleh masyarakat dan yang memuaskan secara peribadi. Masalah tingkah laku seksual
adalah merupakan tingkah laku yang tidak sesuai dari segi perkembangan, bersifat peribadi
dan mengganggu serta kasar pada pandangan orang lain contohnya kanak-kanak autisme
berumur 5 tahun cuba untuk mencium alat kelamin orang dewasa. Selain menjadi mangsa
kepada penganiyaan dan eksploitasi seksual, kanak-kanak autisme juga didapati
menunjukkan masalah tingkah laku seksual dalam kehidupan seharian mereka. Rentetan
daripada masalah ini, tingkah laku seksual kanak-kanak autisme sering dianggap oleh
masyarakat sebagai menunjukkan salah laku dan tidak sesuai dengan gelarannya sebagai
orang kelainan upaya. Masalah tingkah laku seksual ini cenderung untuk diteruskan
meskipun kanak-kanak autisme telah diberitahu untuk menghentikannya.
Antara masalah tingkah laku seksual yang dilakukan oleh kanak-kanak bermasalah
pembelajaran autisme ialah masalah sentuhan yang tidak sesuai dilakukan dalam norma
masyarakat contohnya sentuhan di bahagian kelamin sama ada alat kelamin sendiri atau
orang lain dan dakapan tanpa persetujuan orang lain, perlakuan onani, mendedahkan anggota
sulit, gangguan seksual secara verbal dan perbuatan atau percubaan seksual malibatkan
anggota sulit contohnya menyelitkan objek di dubur atau vagina, menunjukkan isyarat lucah
dengan kerap serta membincangkan perkara-perkara seksual yang tidak sesuai dengan tahap
umur mereka.

2.1

Punca-punca

Kellog (2009) berpendapat faktor-faktor seperti masalah seperti dari segi penguasaan
kemahiran sosial, tidak mengetahui had-had personel yang dibenarkan, kesukaran mengawal
tenaga dalaman dan tidak mengetahui perkara-perkara tidak sesuai yang boleh menimbulkan
ketidakselesaan orang lain telah menyebabkan murid bermasalah pembelajaran menunjukkan
masalah tingkah laku seksual dan akhirnya menjadi mangsa kepada masalah tersebut.

Terdapat beberapa penjelasan kenapa berlakunya tingkah laku seksual dalam kanakkanak autisme yang tidak diduga dan tidak sesuai untuk dilakukan oleh mereka iaitu
antaranya ialah berpunca daripada penderaan seksual yang dialami oleh mereka, mendapat
pendedahan yang berlebihan kepada tingkah laku seksual orang dewasa di rumah termasuk
pendedahan media menerusi televisyen dan laman web lucah di internet dan kurang
pemantauan atau kawalan serta perhatian terhadap kanak-kanak yang diberikan oleh ibu bapa
kanak-kanak tersebut disebabkan sibuk bekerja. Punca berlakunya masalah ini juga adalah
disebabkan kurang pengetahuan seksualiti, lemah dalam kemahiran sosial dan kekurangan
peluang untuk membina hubungan yang sihat dan bersifat kenaifan. Akibat daripada
kelemahan kognitif juga, kanak-kanak ini tidak dapat berfikir sebab dan akibat tingkah laku
seksual yang dilakukan seterusnya menyebabkan mereka mudah diperalatkan oleh orang lain
atau terpengaruh dengan media massa untuk menunjukkan tingkah laku seksual di khalayak
ramai. Masalah tingkah laku seksual ini juga disebabkan kanak-kanak tidak dapat memahami
dan membezakan batas-batas di antara tingkah laku seksual yang boleh diterima dan tidak
boleh diterima. Mereka juga mempunyai kesukaran dalam memahami perkembangan fizikal
dan perubahan abstrak-abstrak fisiologi yang mereka sedang alami.

3.0

Penilaian Jurnal dan Reaksi


Bagi melaksanakan tugasan membuat ulasan terhadap bahan bacaan, saya telah

memilih tiga jurnal yang berkaitan dengan tingkah laku seksual kanak-kanak bermasalah
pembelajaran autisme dalam kehidupan seharian. Berikut merupakan maklumat jurnal yang
telah dipilih.

3.1
Jurnal yang dipilih
a) Tajuk jurnal : Sexuality and Autism: A Critical Review of Selected Literature Using
Penulis

A Social-Relational Model of Disability


: Nathalie A., Gougeon, MS Ed
Artikel ini merupakan rumusan terhadap penyelidikan-penyelidikan yang

terpilih berkaitan dengan seksualiti serta pengetahuan dan kelakuan seksual individu
bermasalah autisme sepanjang 20 tahun yang lalu. Dalam artikel ini, penulis
menerangkan persepsi kanak-kanak autistik

terhadap seksualiti mereka sendiri.

Terdapat satu tanggapan salah yang dilakukan individu bahawa kanak-kanak autistik
tidak beremosi atau tidak ada perasaan sama seperti kanak-kanak normal. Oleh sebab
itu, penyelidik telah menilai persepsi kanak-kanak autistik berkaitan seksualiti mereka
untuk membongkar mitos berkaitan tanggapan yang salah itu. Beberapa kajian yang
telah dilakuakan dalam mengkaji persepsi kanak-kanak bermasalah autisme berkaitan
dengan seksualiti mereka. Antaranya ialah penyelidikan yang dilakukan oleh Ousley
dan Mesibov (1991) dan Konstantareas dan Lunsky (1997) yang membandingkan
pengetahuan serta kelakuan seksual kanak-kanak autistik dengan kanak-kanak yang
hanya mengalami masalah pembelajaran sahaja. Dalam kajian yang dilakukan oleh
Ousley dan Mesibov (1991), pengetahuan, kepentingan dan pengalaman berkaitan
dengan seksualiti kanak-kanak autistik dibandingkan dengan kanak-kanak yang
mempunyai masalah pembelajaran tahap sederhana.
Dalam artikel ini turut menerangkan persepsi masyarakat terhadap seksualiti
kanak-kanak bermasalah autisme. Sebuah kajian telah dijalankan oleh Ruble dan
Dalrymple (1993) dan Palmer (1997) melakukan penyelidikan terhadap ibu bapa dan
penjaga kanak-kanak bermasalah autisme berkaitan dengan pengetahuan dan tingkah
laku seksual anak mereka. Ruble dan Dalrymple (1993) mendapatkan maklumat
daripada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak berkaitan dengan kesedaran seksual

dalam diri kanak-kanak autistik misalnya pengetahuan tentang tubuh badan serta
fungsinya dan pendidikan seks. Melalui kajian ini, ibu bapa dan penjaga menyatakan
bahawa telah mengajar kanak-kanak bermasalah autisme perkara yang bersangkutan
dengan tingkah laku seksual yang bersesuaian contohnya di mana tempai sesuai
untuk membuka pakaian, mengajar untuk tidak menyentuh alat kelamin dan
melakukan onani di tempat awam. Ini mendapati bahawa ibu bapa dan penjaga amat
bimbang tentang tingkah laku seksual anak-anak mereka kerana takut kelakuan anakanak mereka disalah tafsir.
Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kaank bermasalah
autisme mempunyai keinginan seksual sama seperti orang lain. Masyarakat hendaklah
mempunyai pengetahuan umum berkaiatan tingkah laku seksual kanak-kanak agar
tidak menyalah tafsir tingkah laku kanak-kanak autisme.

b) Tajuk jurnal
Penulis

: Parental Perspectives of Communication About Sexuality in Families


of Children with Autism Spectrum Disorder
: Michelle S. Balan

Kanak-kanak cenderung menunjukkan masalah tingkah laku seksual kerana


mereka kurang pengetahuan tentang seksualiti (Ray et al. 2004; Stokes dan Kaur,
2005). Jurnal ini adalah sebuah kajian penulis untuk meneroka kandungan komunikasi
mengenai seksualiti antara ibu bapa dengan anak yang bermasalah autisme. Penulis
telah menjalankan wawancara dengan 18 orang ibu bapa kanak-kanak berumur 6

hingga 13 tahun. Seramai 16 orang ibu dan 2 orang bapa yang terlibat dalam
wawancara tersebut dengan jumlah kesemua anak peserta yang bermasalah autisme
adalah seramai 20 orang kerana 2 orang peserta mempunyai 2 orang anak bermasalah
autisme. Wawancara adalah secara tidak berstruktur di mana wawancara dilakukan
bersemuka antara penemu duga dengan responden. Antara contoh soalan temuduga
yang diberikan ialah: Apakah kebimbangan tentang seksualiti serta kebimbangan ibu
bapa kanak-kanak bermasalah autisme terhadap anak mereka?, Apakah yang boleh
membantu memperbaiki keupayaan ibu bapa untuk bertutur dengan anak-anak
bermasalah autisme berkaitan seksualiti? dan Apakah maklumat atau kemahiran
yang ibu bapa kanak-kanak bermasalah autisme perlu ada untuk membantu anak-anak
mereka mempunyai perkembangan seksualiti yang sihat.
Berdasarkan daripada hasil kajian, terdapat empat tema yang berkaitan dengan
seksualiti dikenalpasti melalui temuduga yang dijalankan, iaitu yang pertama persepsi
yang salah berkaitan dengan tingkah laku seksual dan bukan seksual kanak-kanak
autism. Ibu bapa mengambil berat akan tingkah laku seksual dan bukan seksual anakanak mereka serta memandang serius akan persepsi yang salah oleh orang umum
tentang tingkah laku seksual kanak-kanak autisme kerana dipercayai tingkah laku
seksual adalah tidak sesuai dalam kalangan kanak-kanak autisme. Kedua, cabaran
yang dihadapi ibu bapa dalam membincangkan dengan anak-anak dan ahli profesional
berkaitan tingkah laku seksual kanak-kanak autisme. Dalam mmembincangkan isu
berkaitan seksualiti dengan anak-anak mereka, ibu bapa tidak pasti sama ada anakanak mereka memahami apa yang dibincangkan. Ketiga, maklumat seksualiti yang
ingin dikongsikan dalam perbualan dengan kanak-kanak autisme. Ibu bapa
menyatakan mereka mempunyai maklumat yang terhad berkaitan dengan seksualiti
yang ingin dikongsikan dengan anak-anak. Terdapat juga ibu bapa yang berfikir
bahawa adalah tidak relevan untuk membincangkan seksualiti dengan anak-anak
mereka. Perspektif yang keempat ialah, berkaitan dengan persepsi ibu bapa berkaitan
dengan masa depan anak-anak autisme lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan
pergaulan sosial anak-anak tersebut. Lebih dari separuh ibu bapa menyatakan bahawa
anak-anak mereka tidak mempunyai kawan, apatah lagi untuk mempunyai pasangan
hidup suatu hari nanti.
Keputusan kajian menekankan kepentingan program untuk meningkatkan
pengurangan risiko tingkah laku seksual untuk kanak-kanak bermasalah autisme dan
keluarganya.

c) Tajuk jurnal

: Opinions and Attitudes of Parents and Students for Sexual


Development, Sexual Behavior and Gender Identity of Persons With

Penulis

Autism In The Replubic of Macedonia


: Bisera Mladenovska dan Vladimir Trajkovski
Individu bermasalah autisme merupakan makhluk ciptaan Tuhan yang

mempunyai keinginan seksual. Mereka juga mempunyai keperluan dan keinginan


seks sama seperti manusia yang normal. Perbincangan mengenai seksualiti tidak
seharusnya dihadkan kepada kategori individu tertentu sahaja. Couwenhoven (2001)
mengatakan semua orang adalah makhluk seksual. Melalui kajian ini, penyelidik ingin
mengkaji pendapat serta pandangan ibu bapa kanak-kanak autism serta pelajar tentang
perkembangan seksual, tingkah laku seksual dan identiti seksual dalam kalangan
individu bermasalah autisme. Tujuan asas penyelidikan ini ialah untuk individu
bermasalah autism mempunyai gambaran yang jelas tentang konsep seksual mereka,
sama ada ibu bapa membincangkan topik ini dengan anak mereka dan sama ada
individu bermasalah autisme tahu apa itu seks. Kajian tersebut dijalankan selama
hampir 3 bulan dengan melibatkan seramai 94 responden. Responden tersebut terdiri
daripada tiga kumpulan yang berbeza iaitu seramai 31 orang ibu bapa kanak-kanak

autisme, 31 orang lagi terdiri daripada ibu bapa kanak-kanak bermasalah mental dan
32 orang lagi merupakan pelajar di Faculty of Philosophy, Institute of Special
Education and Rehabilitation in Skopje, Republic of Macedonia. Dalam kajian ini,
dua jenis boring soal selidik sediakan. Satu untuk ibu atau bapa kanak-kanak autisme
dan ibu atau bapa kanak-kanak masalah mental, manakala boring soal selidik yang
jenis lain pula diberikan kepada pelajar yang dipilih.
Melalui analisis yang dibuat serta data yang dikumpul, penyelidik membuat
kesimpulan bahawa di Macedonia, keluarga dan sekolah-sekolah hanya terdapat
sedikit atau tiada langsung kewujudan komunikasi antara ibu bapa dan ahli
professional dengan individu bermasalah autisme tentang perkembangan seksualiti,
tingkah laku seksual dan identiti seksual. Dalam kajian ini, ibu bapa kanak-kanak
autisme memberikan respon secara negatif dengan menyatakan anak-anak mereka
tidak mempunyai gambaran yang jelas atau langsung tidak tahu akan perkembangan
seksualiti mereka sendiri, berbanding dengan ibu bapa kanak-kanak masalah mental
pula, mereka memberikan respon yang positif dengan menyatakan anak-anak mereka
mengetahui perkembangan seksualiti mereka. Di samping itu, melalui respon kepada
soalan yang diberikan dalam borang soal selidik juga telah terbukti ibu bapa kanakkanak autisme jarang membincangkan tentang seksualiti dengan anak-anak mereka
berbanding dengan ibu bapa kanak-kanak masalah mental.
Selain itu, data yang diperolehi dalam kajian ini menunjukkan kanak-kanak
bermasalah autisme menurut ibu bapa mereka tidak tahu apakah tingkah laku seksual
dan tidak mempunyai konsep atau idea berkaitan kontrasepsi, kelahiran bayi luar
nikah dan tidak tahu tentang penyakit kelamin manakala ibu bapa kanak-kanak
bermasalah mental pula menyatakan anak-anak mereka mempunyai sedikit atau
sebahagian pengetahuan tentang tingkah laku seksual. Dalam kajian ini juga, ibu bapa
serta pelajar yang dipilih sebagai responden menyatakan mereka memerlukan
pengetahuan yang lebih lagi tentang perkembangan seksualiti, tingkah laku seksual
dan identiti seksual kanak-kanak autisme.
Penyelidik menyimpulkan perkara penting yang perlu dilakukan antaranya
ialah menyediakan pendidikan berkaitan seksualiti untuk ibu bapa agar mereka boleh
mendidik anak-anak mereka berkaitan perkembangan seksualiti, tingkah laku seksual
dan identity seks. Perkara yang perlu dilakukan seterusnya ialah menubuhkan
organisasi untuk mengurus masalah yang berkaitan dengan seksualiti dan mendidik
ahli professional yang mengurus masalah ini.

5.0

RUMUSAN

Setelah membincangkan jurnal-jurnal yang berkaitan dengan tingkah laku seksual


kanak-kanak bermasalah pembelajaran kategori autism, dapat disimpulkan bahawa
masyarakat

dilihat kurang pengetahuan terhadap isu tingkah laku seksual kanak-kanak

autistik dan sering tersalah anggap terhadap tingkah laku seksual dan tingkah laku bukan
seksual yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut. Selain itu, ramai ibu bapa kanak-kanak
bermasalah autisme juga masih kurang maklumat serta kemahiran dalam mendidik anak-anak
mereka tentang seksualiti. Justeru, Pendidikan seksualiti adalah penting dan perlu diberikan
kepada murid-murid bermasalah pembelajaran seperti kanak-kanak autisme. Pendidikan ini
haruslah

menekankan perkembangan seksual, reproduksi manusia, kesihatan, hubungan

interpersonal, perasaan kasih sayang, hubungan rapat, bahasa badan dan peranan gender
seseorang. Hak penerimaan pendidikan seksualiti terhadap murid tidak dapat dipertikaikan
dan telah diperakui dalam dasar, namun setakat ini di Malaysia, masih wujud pelbagai reaksi
dalam kalangan guru serta ibu bapa terhadap penerimaan pendidikan seksualiti oleh murid
bermasalah pembelajaran.
Di Malaysia, aspek kepelbagaian budaya perlu diberi perhatian semasa menyediakan
pendidikan seksualiti kepada golongan ini kerana dengan ini pendidikan seksualiti yang
disediakan untuk murid bermasalah pembelajaran adalah bersifat tekal dan responsif kepada
nilai-nilai budaya tempatan serta dapat menggalakkan pembangunan sosial-emosi yang sihat
dalam kalangan remaja dari pelbagai budaya.
Pendidikan kesihatan reproduktif juga perlu diberikan kepada kanak-kanak
bermasalah pembelajaran kerana ia merupakan satu proses sepanjang hayat di mana kanakkanak mendapat pengetahuan, pemahaman dan kemahiran serta memperkembangkan
kepercayaan, sikap dan nilai terhadap kesihatan reproduktif dan perhubungan dalam kerangka
etika dan moral. Pendidikan kesihatan reproduktif juga adalah proses memberi pengajaran,
kesedaran dan penerangan tentang masalah-masalah seksual kepada kanak-kanak bermula
dari masa mereka memahami tentang seks, naluri perkahwinan sehinggalah mereka dewasa
serta dapat memahami urusan kehidupan

Anda mungkin juga menyukai