Anda di halaman 1dari 15

Punca-Punca Pemanasan Global

1. aktiviti manusia yang tidak terkawal


2. pembebasan gas-gas yang berbahaya secara tidak terkawal
3. kegiatan perindustrian
4. Pembakaran terbuka
5. pembinaan bangunan pencakar langit

Kita sering melihat kesan pencemaran alam yang banyak berlaku pada masa ini. Keadaan ini sudah
berubah jika dibandingkan dengan suatu masa dahulu iaitu udaranya lebih nyaman serta keadaan cuaca
yang tidak terlalu panas. Perkara ini membolehkan manusia menjalani kehidupan dengan selesa. Walau
bagaimanapun, keadaan bumi pada masa kini yang terlalu panas telah memberikan kesan negatif kepada
kehidupan manusia dan juga alam sekitar. Hal ini diibaratkan seperti manusia hidup di dalam balang kaca
yang panas. Oleh hal yang demikian, masyarakat seharusnya tahu punca-punca yang menyebabkan
pemanasan global ini berlaku agar dapat mencari ikhtiar untuk menaganinya.

Terdapat banyak punca yang menyebabkan pemanasan global, antaranya perkara itu disebabkan oleh
aktiviti manusia yang tidak terkawal di dunia ini. Hal ini demikian kerana perkara yang sering kita lihat
yang melibatkan aktiviti manusia seperti penerokaan hutan dan pertanian pindah. Mereka membakar
kawasan yang telah dijadikan kawasan pertanian untuk dijadikan sebagai baja organik dan mereka
membuka pula pertanian baharu di kawasan lain untuk mendapatkan hasil pertanian yang lebih banyak.
Namun begitu, secara tidak langsung pembakaran tersebut telah menyebabkan haba terperangkap di udara
dan akhirnya menyebabkan suhu semakin panas.

Selain itu, faktor lain yang menyebabkan berlakunya pemanasan global ialah pembebasan gas-gas
yang berbahaya secara tidak terkawal. Menurut data yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, Amerika
Syarikat telah disenaraikan sebagai pengeluar gas karbon dioksida terbesar dunia dengan jumlah 60005
tan. Peningkatan gas karbon dioksida di atmosfera merupakan penyebab utama pemanasan global yang
terhasil daripada pembakaran bahan api fosil, penggunaan minyak petrol dan pembakaran arang batu.
Oleh hal yang demikian, pihak yang terlibat secara langsung dalam kes tersebut wajar melakukan anjakan
paradigma dan menyembuhkan luka yang dialami oleh bumi ini. Masyarakat juga harus mengatasi
masalah ini sebelum nasi menjadi bubur.

Di samping itu, kegiatan perindustrian turut menjadi faktor pemanasan global berlaku. Hal ini
demikian kerana kegiatan perindustrian yang pesat membangun akan menghasilkan gas-gas berbahaya
seperti karbon monoksida. Para saintis di Amerika Syarikat telah membuat ramalan bahawa peningkatan

suhu bumi akan berlaku sebanyak 45 darjah celcius menjelang tahun 2030. Oleh itu, masyarakat
janganlah mengamalkan peribahasa Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Oleh
hal yang demikian, mereka seharusnya mencegah perkara-perkara negatif sebelum berlaku selaras dengan
pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.

Pembakaran terbuka juga menjadi punca berlakunya pemanasan global di muka bumi kita ini. Banyak
pembakaran terbuka yang telah dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Kesan daripada
kegiatan tersebut menyebabkan gas karbon dioksida terhasil serta terbebas di udara dan seterusnya
memerangkap haba. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan seharusnya memperketat undang-undang
agar mereka tidak berani membuat sebarang kesalahan di muka bumi ini. Rentetan daripada perkara itu,
masalah jerebu yang sering melanda dunia juga akan berkurangan. Kita seharusnya sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna, iaitu sebelum keadaan bumi kita ini menjadi lebih melarat
lagi.

Namun begitu, masih terdapat faktor lain yang menjadi penyebab kepada pemanasan global seperti
pembinaan bangunan pencakar langit. Di bandar besar seperti Kuala Lumpur, bangunan-bangunan tinggi
yang tersergam indah itu juga sebenarnya memberikan impak negatif kepada muka bumi kita ini. Hal ini
demikian kerana pantulan daripada matahari yang menembusi cermin bangunan boleh menyebabkan haba
terperap di kawasan atmosfera. Dengan cara ini, masyarakat seharusnya janganlah mengambil mudah
seperti melepaskan batuk di tangga, dengan mengejar segala arus pembangunan tetapi menyebabkan
kesan negatif kepada hidupan lain. Maka, jelaslah bahawa ketidakseimbangan manusia mengeksploitasi
khazanah bumi merupakan faktor berlakunya pemanasan global.

Kesimpulannya, nilai kemanusiaan yang semakin menipis, iaitu senipis kulit bawang ini merupakan
faktor tercetusnya pemanasan global di muka bumi ini. Sehubungan dengan itu, setiap individu dan insan
di dunia ini perlu memupuk semangat cinta akan alam sekitar agar bumi yang sedang sakit ini dapat
dipulihkan semula. Kita berharap agar fenomena pemanasan global yang sedang melanda dunia sekarang
ini akan berakhir dengan segera agar keselamatan dan kesejahteraan hidup makhluk di dunia ini akan
berkekalan. Pihak kerajaan pula perlulah lebih peka terhadap masalah global yang semakin bernanah ini
malah perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas agar masyarakat lebih prihatin dengan
nasib bumi ini. Oleh itu, Mahatma Gandhi pernah berkata, kita tidak mewarisi alam ini daripada datuk
nenek kita, tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita.

Soalan : Malaysia adalah antara negara yang aktif dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi
negara-negara selatan. Ulas pernyataan ini.

1 : Dialog Utara-Selatan

2. Membentuk suatu sistem perdagangan atau order ekonomi dunia


3. Mencadangkan kerjasama yang lebih rapat antara negara Selatan
4. Mewakili negara-negara Selatan dalam Kumpulan G-15 dan Kumpulan G-77
5. Mewujudkan hubungan perdagangan yang lebih dinamik dalam kalangan negara Selatan.

Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia merupakan antara salah satu diantara
negara selatan yang aktif dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan. Terdapat
pelbagai langkah yang telah diambil oleh negara kita, Malaysia dalam memperjuangkan ekonomi
tersebut.

Malaysia telah mewujudkan dialog dengan negara-negara utara yang dikenali sebagai Dialog UtaraSelatan. Hal ini melibatkan perjuangan antara negara-negara perindustrian dengan negara dunia ketiga
mengenai isu ekonomi. Sebagai contoh, melalui Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang
Perdangangan dan Pembangunan (UNCTAD), Kerjasama Ekonomi Antarabangsa (CIEC), Tabung
Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (EOCD). Jelaslah
bahawa, Dialog Utara-Selatan menjelaskan keperluan menyusun semula ketidakseimbangan
perdangangan dan pembayaran yang berpunca daripada sikap negara-negara utara yang tiada usaha
membantu ekonomi negara-negara selatan.

Selain itu, sistem perdagangan atau order baharu ekonomi dunia dapat dibentuk. Hal ini demikian kerana,
Malaysia mendapat sokongan daripada 77 buah negara selatan. Malaysia menuntut supaya negara-negara
utara mengurangkan sikap tidak adil dalam beberapa perkara. Contohnya, penghapusan sekatan
perdagangan, bayaran hutang negara Selatan, menyedia bantuan dan pemindahan teknologi, pembabitan
negara Selatan dalam membuat keputusan tentang Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), peluasan
pasaran dan penentuan semula tarif serta syarat perdagangan

Di samping itu, Malaysia mencadangkan kerjasama yang lebih rapat antara negara selatan. Hal ini
demikian kerana, untuk mengelak dominasi negara utara tehadap ekonomi dunia. Contohnya,
bekerjasama dalam aspek perdagangan, kewangan, sains dan teknologi. Dengan ini, Malaysia perlu
membuat perjanjian dengan kumpulan negara selatan. Jelaslah, kerjasama lebihi rapat dapat dilaksanakan
dengan memperjuangkan ekonomi negara selatan.

Malaysia juga telah mewakili negara-negara selatan dalam Kumpulan G-15 dan Ku,pulan G-77. Hal in
demikian, untuk merangka strategi kerjasama selatan yang lebih utuh. Contohnya, merancang kerjasama
bidang sains dan teknologi dan penubuhan Pusat Pertukaran data Pelaburan Prdagangan dan Teknologi

Selatan (SITTDEC). sidang kemuncak pertama telah dijayakan oleh malaysia di Kuala Lumpur pada
tahun 1990. Jelaslah, Malaysia dapat memeperjuangkan kepentingan ekonomi negar selatan dalam
mewakili negara selatan dalam Kumpulan G-15 dan Kumpulan G-77.

Akhir sekali, Malaysia juga mewujudkan hubungan perdagangan dalam kalangan negara selatan. Hal ini
demikian sebagai usaha untuk mencari rakan dagang baharu. Contohnya, pada Ogos tahun 2009,
Lembaga Perindustrian Malaysia (MIDA) berhasrat menggalakkan hubungan perdagangan dan pelaburan
antara malaysia dengan negara selatan. dengan ini, hubungan deplomatik yang rapat dan terjalin secara
berterusan dalam persidangan badan sedunia. jelaslah, Malaysia telah mewujudkan hubungan perdagagan
yang lebih dinamik dalam ekonomi negara-negara selatan.

Secara kesuluruhannya, Malaysia amat mementingkan kestabilan ekonomi negara supaya negara akan
lebih maju dan stabil. Kestabilan ekonomi sesebuah negara terletak pada kekuatan negara tersebut.
Seluruh rakyat Malaysia daripada semua lapisan mesyarakat harus membuktikan bahawa Malaysia
mampu untuk menjadi antara negara terbaik didunia dengan memperjuangkan kepentingan ekonomi
negara-negara selatan secara aktif tersebut.

Langkah meningkatkan pelaburan asing

Pelaburan asing merupakan salah satu sumber utama bagi pembangunan negara. Kemasukan pemodalpemodal asing menyebabkan pendapatan negara meningkat, mewujudkan peluang pekerjaan kepada
penduduk dan meningkatkan kemajuan dalam aktiviti ekonomi. Oleh itu, kerajaan telah menjalankan
pelbagai langkah bagi menggalakkan pelaburan asing di negara ini.
Langkah pertama yang dijalankan ialah mengadakan skim galakan kepada para pemodal. Skim galakan
merupakan daya tarikan yang mustahak untuk menggalakkan pelaburan asing. Dalam usaha ini, kerajaan
telah memberi beberapa kelebihan kepada pemodal yang bertaraf perintis seperti pengecualian cukai
untuk tempoh tertentu. Dalam usaha membolehkan pemodal asing melabur di sini, kerajaan juga harus
melonggar peraturan pelaburan dengan membenarkan rakyat asing memiliki ekuiti yang lebih besar
sehingga 100% dalam sesuatu projek atau perniagaan.
Selain itu, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menghantar
rombongan perdagangan bagi menarik pelaburan dari luar negara. Rombongan-rombongan ini bertujuan
untuk menyedarkan pelabur asing mengenai potensi pelaburan di Malaysia sama ada melalui seminar
pelaburan, mesyuarat atau laporan media massa. Maklumat-maklumat pelaburan untuk pelabur asing juga
disampaikan menerusi pejabat Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia di seberang laut.
Di samping itu, kerajaan Malaysia juga menyediakan kawasan perindustrian dan kemudahan
infrastruktur yang sempurna. Penyediaan tapak perindustrian dan kemudahan infrastruktur ini bertujuan
untuk menarik minat pemodal-pemodal asing untuk memajukan perusahaan baru di sini. Dengan adanya

prasarana yang lengkap, sudah tentu ini akan memudahkan pelabur asing melaksanakan projek pelaburan
mereka di sini kerana ia menjimatkan kos penyediaan kemudahan asas yang diperlukan.
Kerajaan Malaysia juga tidak ketinggalan memajukan bidang teknologi dan kemahiran tenaga pekerja
bagi menarik ramai pelabur asing. Selaras dengan matlamat ini, kerajaan telah melaksanakan rancangan
latihan kepakaran demi meningkatkan kemahiran dan kecekapan guna tenaga tempatan. Tambahan pula,
kerajaan melalui pelbagai agensi telah mempergiat program penyelidikan dan pembangunan
memperkenalkan teknik untuk pengeluaran moden dan lain-lain.
Pelabur asing yang hendak menanam modal di sesebuah negara harus memasti pelaburan mereka adalah
terjamin. Oleh itu, kestabilan politik merupakan faktor utama untuk menggalakkan lagi sektor ini.
Sekiranya keadaan politik tidak stabil dan berlaku krisis perkauman, ini sudah tentu akan menjejaskan
keyakinan para pelabur dan mendorong mereka beralih ke negara lain. Kerajaan Malaysia juga telah
menandatangani Perjanjian Jaminan Pelaburan dengan negara-negara asing yang bermatlamat untuk
memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan memiliknegarakan mana-mana syarikat asing di negara ini.
Perjanjian ini dapat menambahkan keyakinan pelabur asing dan menggalakkan kemasukan modal asing
ke negara ini.
Kesimpulannya, pelaburan asing akan terus meningkat sekiranya kerajaan Malaysia berusaha
menyediakan suasana yang kondusif dan menjamin keselamatan pelaburan asing di negara ini. Walau
bagaimanapun, di sebalik keghairahan menarik pelaburan asing, kita harus sentiasa berhati-hati agar tidak
mendatangkan implikasi negatif yang boleh membebankan negara.

SOALAN : Pembangunan Malaysia amat bergantung pada pelaburan asing. Kerajaan bukan
sahaja perlu mengekalkan pelaburan asing tetapi juga meningkatkan pelaburan asing. Jelaskan.
PENDAHULUAN:
Pelaburan merupakan elemen penting dalam menentukan pertumbuhan ekonomi yang berterusan.
Kemasukan pelaburan asing amat penting kepada sesebuah negara yang sedang membangun terutama
Malaysia. Terdapat pelbagai cara yang dilakukan oleh kerajaan untuk menarik pelabur asing.

ISI MANFAAT 1:
Manfaat pelaburan asing ialah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk terutama dalam sektor
perindustrian sama ada tenaga buruh mahir atau separuh mahir. Kewujudan peluang pekerjaan akan
mengurangkan kadar pengangguran di negara ini. Selain itu, kemasukan pelabur asing dari negara maju
seperti Amerika Syarikat dapat meningkatkn pendapatan negara melalui pengaliran masuk mata wang

asing dari negara asing. Kemasukan pelaburan asing akan meningkatkan KDNK ( Keluaran Dalam
Negara Kasar ) negara dan menjamin pertumbuhan ekonomi yang pesat.

ISI MANFAAT 2:
Selain itu, kemasukan pelaburan asing dalam sesebuah negara dapat meningkatkan teknologi dan berlaku
pemindahan teknologi. Pemindahan teknologi dan perkongsian kepakaran untuk menghasilkan produk
yang berkualiti dan mampu bersaing di peringkat global seperti Projek Baja Urea Asean. Kemasukan
syarikat multinasional akan menyebabkan kemajuan dalam sektor perindustrian. Contohnya, R&D
(Penyelidikan dan Pembangunan ) dalam reka bentuk model kereta, sistem enjin dan aksesori dalam
pengeluaran kereta Proton melalui kerjasama syarikat Jepun menyebabkan industri automobil negara
mampu bersaing dengan pasaran antarabangsa.

ISI LANGKAH 3:
Pelbagai langkah dijalankan oleh kerajaan untuk menggalakkan pelaburan asing. Antara langkah yang
dilakukan ialah menyediakan kemudahan prasarana dan infrastruktur yang lengkap. Kemudahan asas
yang lengkap seperti jaringan pengangkutan yang cekap, sistem telekomunikasi dan bekalan air dan
elektrik. Prasarana yang lengkap dapat menarik pelabur asing untuk melabur terutama dalam sektor
perkilangan.Contohnya, penyediaan tapak kilang yang strategik dan mempunyai darjah ketersampaian
yang tinggi dapat menarik minat pemodal asing untuk membuka kilang di negara ini.

ISI LANGKAH 4:
Penyediaan galakan pelaburan atau insentif merupakan daya tarikan untuk menarik minat pelabur asing
untuk membuat pelaburan.Kerajaan telah memberi galakan pelaburan kepada pemodal asing seperti taraf
printis iaitu pengecualian cukai dalam tempoh 10 tahun kepada pelabur asing, di samping itu, kerajaan
melonggarkan peraturan pelaburan dengan membenarkan rakyat asing memiliki ekuiti yang tinggi
sehingga seratus peratus dalam sesuatu projek.

PENUTUP:
Secara keseluruhannya, pelaburan asing dijangka meningkat sekiranya Malaysia berusaha menyediakan
suasana yang kondusif dan menjamin keselamatan pelaburan asing di negara ini.

Tenaga nuklear
Tenaga nuklear biasanya dikiatkan dengan senjata moden yang digunakan sebagai alat pemusnah
alam yang dapat membawa kecelakaan kepada kehidupan manusia sejagat. Akan tetapi,
perkembangan positif yang telah dicapai dalam dunia sains hari ini menunjukkan tenaga nuklear
juga berperanan dalma pembangunan sesebuah negara.
Jelaskan penyataan ini.

Pengenalan
- Kemajuan sains membolehkan manusia memanfaaatkan kelebihan tanaga nuklear
- Penggunaan tanaga nuklear banyak membantu manusia dalam pelbagai bidang
- Namun demikian, penghasilan & penggunaan tenaga nuklear juga mendatangkan kesan negatif

Isi-isi
Kebaikan
. Tenaga nukelar penting dalam bidang perubatan
- alat pengimbas CAT & laser digunakan untuk membuat diagnosis penyakit
- Kobalt-60 digunakan untuk membunuh kanser
- Radioisotop fosforus dapat merawat tumor otak
- Pensterian alatan perubatan lebih sempurna
- Hal ini dapat meningkatkan taraf kesihatan manusia

. Tenaga nuklear penting dalam bidang pertanian


- Tenaga ini digunakan untuk mengesan pengambilan baja oleh tumbuhan-tumbuhan
- Sinaran gamma dapat memandulkan serangga perosak serangga
- Dengan cara ini, bilangan serangga perosak dapat dikawal
- Mutasi aruhan menghasilkan baka tanaman yang lebih baik
- Sinaran nuklear dapat mengubah den tanaman

. Tenaga nuklear juga penting dalam sektor perindustrian


- Teknologi nuklear mengesan kebocoran paip bawah tanah
- Pengawalan ketebalan dan sambungan paip serta pengukuran kehausan enjin juga dapat dijalankan
- Alat komunikasi canggih seperti satelit dan Internet turut memerlukan teknologi ini

. Tenaga nuklear merupakan tenaga alternatif yang baik


- Dari segi kos seunit, tenaga nuklear lebih murah daripada petroleum
- Lojinya tidak memerlukan kawasan yang luas
- Di negara maju, tenaga nuklear digunakan dengan meluas
- Industri berat dapat dijalankan

Keburukan
. Bahan radioaktif daripada tanaga nuklear mengancam kesihatan manusia
- Kemalangan di loji nuklear akan menyebabkan kebocoran bahan radioaktif
- Manusia akan terdedah kepada bahaya radiasi
- Hal ini membahayakan nyawa manusia
- Orang yang terkena radiasi akan mati atau mengalami mutasi genetik
- Generasi muda yang dilahirkan menghidap penyakit kanser yang pelbagai

. Keselamatan dunia terancam akibat perlumbaan senjata nuklear


- Negara- negara berkuasa besar berlumba- lumba untuk menghasilkan senjata nuklear
- Senjata kimia yang digunakan semasa Perang Vietnam sudah cukup menakutkan manusia
- Peperangan dengan menggunakan senjata nuklear akan melenyapkan tamadun manusia di bumi
- Bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki membawa kesengsaraan hidup
- Kini bom neutron pasti lebih mendahsyat lagi

Kesimpulan
- Bahaya sisa radioaktif nuklear amat mengerikan
- Oleh itu, wajarlah kita berwaspada dalam menggunakan tenaga nuclear

Keganasan antarabangsa

Pengenalan
Keganasan beerti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan, dan
penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak. Perbuatan ini mungkin
disebabkan oleh pertentangan ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah. Keganasan
tidak membawa sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran.

Kesan kesan
1. Keselamatan negara tidakterjaminakibatkeganasan. pergolakan politik akan menyebabkan rakyat
melakukan keganasan. Ucapan yang berapi-api oleh pemimpin akan membakar perasaan penyokongnya.
Pemimpin mungkin menghasut penyokongnya melakukan keganasan. Sebagai akibatnya, mereka yang
menyertai tunjuk perasaan akan bertindak liar seperti merosakkan harta benda dan melakukan
pembunuhan. Keadaan ini mengancam keselamatan rakyat dan negara.

2. Ekonomi negara akan runtuh akibat keganasan sebagai contoh, keganasan mencetuskan pembunuhan
yang kejam di Indonesia. Keadaan politik yang tidak stabil menyebabkan pelabur tidak berani melabur di
sana, malah ada pelabur yang terpaksa menarik pelaburan mereka keluar dari Indonesia. Akibatnya,
ekonomi Indonesia terjejas dengan teruk. Keganasan yang berlaku di sebuah negara juga akan
menjejaskan ekonomi dunia. Sebagai contoh, serangan pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia
(WTC) di Amerika Syarikat menyebabkan harga saham seluruh dunia jatuh. Hal ini menjejaskan ekonomi
banyak negara.

3. Industri pelancongan juga terjejas akibat keganasan.perbuatan merampas kapal terbangakan mengebom
bangunan oleh pengganas menyebabkan banyak orang tidak berani melancong ke luar negara. Mereka
juga tidak akan melancong ke negara-negara yang dilanda pergolakan politik yang rakyatnya sentiasa
mengadakan tunjuk perasaan berbentuk ganas. Sebagai akibatnya, bilangan pelancong yang melancong ke
luar negara berkurang. Ekonomi negara-negara yang bergantung pada pelancongan teruk terjejas.
Penerbangan antarabangsa juga terjejas dan hal ini menyebabkan banyak syarikat penerbangan
mengalami kerugian besar atau terpaksa gulung tikar.

4. Mangsa perang kehilangan kebebasandankeselamatandiri.mangsaperangsentiasa dibayangi maut.


Mereka mungkin dibunuh oleh askar-askar pihak lawan. Untuk mengelakkan serangan bom, penduduk
terpaksa bersembunyi di tempat perlindungan yang dibina khas jika ada. Jika tidak, rakyat terpaksa
melarikan diri ke kawasan yang selamat dengan berjalan kaki beratus-ratus kilometer jauhnya. Mangsa
yang tidak berdosa akan kehilangan tempat tinggal. Mereka juga kehilangan orang yang tersayang kerana
terkorban dalam peperangan. Dalam keadaan sedemikian, tidak ada hak kebebasan diri lagi. Tidak ada
pihak yang dapat menjamin keselamatan seseorang.

Langkah langkah/caramengatasi

1. Penguatkuasaan undang-undang penting untuk mengatasi keganasan. pihak polis dan tentera harus
bertindak dengan cepat terhadap keganasan. Keganasan yang kecil juga harus dibanteras. Hal ini
demikian kerana tanpa tindakan awal, keganasan akan merebak sehingga hilang kawalan. Mereka yang
mencetuskan rusuhan dan tunjuk persaan mesti dikenakan hukuman berat. Negara-negara harus
menggubal undang-undang khas untuk membolehkan tindakan segera diambil terhadap pengganas.
Sebagai contoh, Malaysia mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan
kerajaan mengambil tindakan segara terhadap mana-mana pihak yang mengancam keselamatan negara.
Dengan cara inilah keselamatan dan keamanan negara dapat dikekalkan.

2. Sikap bertolakansurdankesederhanaan.pihakpembangkangdanrakyat sesebuah negara tidak harus


menuntut sesuatu yang keterlaluan daripada kerajaan. Semua pihak juga harus bertolak ansur dalam
mengatasi masalah. Segala hal hendaklah diselesaikan dengan cara rundingan. Perbuatan mengadakan
tunjuk perasaan, merusuh, atau melakukan keganasan untuk mencapai sesuatu tujuan tidak akan dapat
mendatangkan kebaikan kepada mana-mana pihak. Perbuatan seperti ini hanya akan mengucar-kacirkan
negara dan meruntuhkan sistem politik dan ekonomi negara.

3. Kerjasama antarabangsa juga pentinguntukmengatasikeganasansemuanegaraperlu bekerjasama untuk


membanteras keganasan yang ada rangkaian antarabangsa. Jabatan perisikan negara-negara perlu
bertukar-tukar maklumat tentang kegiatan keganasan yang diperoleh. Negara-negara yang terlibat harus
menggiatkan latihan bersama antara pihak polis dan pihak tentera. Negara-negara di dunia juga boleh
menyekat aliran wang kumpulan pengganas.

Faktor factor
1. Terlalu mengikut perasaan marah yang bermaharajaleladalamdiriperasaanmarah yang sememangnya
dibekalkan oleh Allah dalam diri setiap manusia, sekiranya tidak dikawal bahkan menguasai diri, akan
membawa kepada kebinasaan sama ada kepada individu yang sedang marah itu, atau kepada orang lain
dan benda-benda lain yang ada disekelilingnya. Kemarahan yang tidak dikawal, memberi impak yang
cukup besar dalam kehidupan seharian seseorang itu. Sekiranya kemarahan menguasai kelompok atau
jumlah individu yang ramai, maka kemusnahan yang akan terjadi jauh lebih besar skalanya. Ia
menyebabkan peperangan sehingga berupaya memusnahkan sebuah Bandar, bahkan sesebuah Negara dan
sebuah tamadun.

2. Sikap tamak yang menguasaidiri.Sikaptamakdalamdiri seseorang menyebabkan timbul rasa untuk


menguasai sesuatu. Maka dari situlah timbul niat untuk memerangi seseorang ataupun sesebuah Negara
untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya itu. Secara tidak langsung, keganasan juga akan berlaku
dalam masa tersebut demi untuk mencapai matlamatnya. Sikap tamak terhadap kuasa dan kekayaan
membuta mata seseorang sehinggakan tidak dapat membezakan antara yang baik mahupun yang buruk.
Mereka tidak lagi peduli akan kesan daripada keganasan yang akanberlakuitunanti.

3. Lambangkemegahan.Penaklukansesebuah Negara membawa maksud yang besar kepada seseorang


yang pentingkan diri sendiri. Itu membawa lambang kemegahan kepada diri mereka dan mereka sanggup
membuat apa saja untuk menakluk sesebuah Negara tersebut. Sebagai contoh, Amerika Syarikat yang
memerangi Iraq demi untuk membalas dendam. Dengan itu, AS akan mendapat kembali namanya yang
telah tercemar akibat peristiwa 11 September dahulu. Kesan daripada peperangan tersebut, AS berasa
megah dan meletakkan Negara mereka sebagai Negara yang paling kuat di dunia ini.

SOALAN : Belakangan ini, beberapa peristiwa telah mengancam wilayah maritim Malaysia dan
kerajaan perlu menangani keadaan ini agar impak negatifnya dapat dibendung. Huraikan.

ANCAMAN :
1. Kegiatan Lanun
2. Tuntutan Bertindih Antara Beberapa Negara
3. Pencemaran Laut
4. Pencerobohan Laut

LANGKAH UNTUK MENANGANI :

5. Pematuhan undang-undang antarabangsa


6. Perkongsian bersama
7. Penguatkuasaan maritim negara
8. Pendidikan laut

Saban hari, Malaysia sering dihangatkan dengan isu yang dapat mengancam keamanan dan kesejahteraan.
Isu ancaman di wilayah maritim telah menggugat keamanan agak serius yang hanyat diperkatakan.
Kerajaan telah menyediakan langkah awal bagi menangani masalah tersebut supaya dapat menjaga
kesejahteraan Malaysia. Fenomena yang berkaitan dengan kegiatan ilegal di laut mengancam keamanan
maritim saat ini. Beberapa peristiwa yang telah mengancam maritim Malaysia dan perlu ditangani agar
impaknya dapat dibendung.

Ancaman:
Antara ancaman maritim Malaysia ialah kegiatan lanun. Hal ini demikian kerana puak lanun sering
didalangi oleh kumpulan pelampau atau pengganas seperti Al-Qaeda. Sebagai contoh, mereka sentiasa
dibekalkan dengan senjata yang canggih untuk mengancam wilayah maritim Malaysia. Bahkan saluran
tertentu diatur agar bahan pampasan dapat dijual ke negara mundur yang lain.

Selain itu, tuntutan bertindih antara beberapanegara merupakan ancaman terhadap maritim Malaysia. Hal
ini demikian kerana majoriti negara Barat sering menjajah dan memporak-perandakan maritim Malaysia
menyebabkan keamanan laut tidak tenteram. Sebagai contoh, kuasa asing sering merampas segala yang
menjadi hak rakyat tempatan terutamanya keamanan dan sumber asli. Jelaslah bahawa ancaman maritim
Malysia disebabkan tuntutan bertindih antara beberapa negara.

Langkah-langkah:
Di samping itu, langkah untuk menangani ancaman maritim ialah penguatkuasaan maritim negara. Hal ini
demikian kerana keselamatan maritim Malaysia perlu diambil kira demi menjaga keamanan negara
daripada diceroboh. Sebagai contoh, kesatuan Eropah perlu menghantar kapal perang untuk melindungi
kapal dagang dan persiaran dengan lebih keap. Hal ini dapat menangani masalah ancaman maritim
daripada pihak lanun.

Seterusnya, pendidikan laut juga adalah langkah yang penting untuk menangani ancaman maritim. Hal ini
demikian kerana dengan adanya pendidikan di setiap pusat maritim mampu melatih tentera laut untuk
mencegah pencerobohan oleh pihak pengganas. Sebagai contoh, para pelatih di pusat maritm akan di latih
melalui pendidikan laut agar ancaman maritim dapat ditangani.

Tambahan pula, pematuhan undang-undang antarabangsa juga merupakan langkah terbaik untuk
menangani masalah ancaman maritim. Hal ini demikian kerana setiap pelatih mestilah mematuhi setiap
peraturan antarabangsa untuk mencegah kegiatan lanun di laut. Sebagai contoh, para pelatih tidak
melanggar peraturan negara. Jelaslah bahawa hal ini dapat mencegah ancaman terhadap maritim
Malaysia.

Penutup:
Secara keseluruhannya, pihak maritim perlu memainkan peranan yang penting demi keamanan dan
keselamatan negara daripada di ancam serta meninggalkan impak yang negatif.

Subject: KARANGAN KEGANASAN ANTARABANGSA


Pengenalan
Keganasan beerti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan, dan
penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak. Perbuatan ini mungkin
disebabkan oleh pertentangan ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah. Keganasan
tidak membawa sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran.

Kesan kesan
1. Keselamatan negara tidak terjamin akibat keganasan. pergolakan politik akan menyebabkan rakyat
melakukan keganasan. Ucapan yang berapi-api oleh pemimpin akan membakar perasaan penyokongnya.
Pemimpin mungkin menghasut penyokongnya melakukan keganasan. Sebagai akibatnya, mereka yang
menyertai tunjuk perasaan akan bertindak liar seperti merosakkan harta benda dan melakukan
pembunuhan. Keadaan ini mengancam keselamatan rakyat dan negara.

2. Ekonomi negara akan runtuh akibat keganasan. sebagai contoh, keganasan mencetuskan pembunuhan
yang kejam di Indonesia. Keadaan politik yang tidak stabil menyebabkan pelabur tidak berani melabur di
sana, malah ada pelabur yang terpaksa menarik pelaburan mereka keluar dari Indonesia. Akibatnya,
ekonomi Indonesia terjejas dengan teruk. Keganasan yang berlaku di sebuah negara juga akan
menjejaskan ekonomi dunia. Sebagai contoh, serangan pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia

(WTC) di Amerika Syarikat menyebabkan harga saham seluruh dunia jatuh. Hal ini menjejaskan ekonomi
banyak negara.

3. Industri pelancongan juga terjejas akibat keganasan. perbuatan merampas kapal terbang akan
mengebom bangunan oleh pengganas menyebabkan banyak orang tidak berani melancong ke luar negara.
Mereka juga tidak akan melancong ke negara-negara yang dilanda pergolakan politik yang rakyatnya
sentiasa mengadakan tunjuk perasaan berbentuk ganas. Sebagai akibatnya, bilangan pelancong yang
melancong ke luar negara berkurang. Ekonomi negara-negara yang bergantung pada pelancongan teruk
terjejas. Penerbangan antarabangsa juga terjejas dan hal ini menyebabkan banyak syarikat penerbangan
mengalami kerugian besar atau terpaksa gulung tikar.

4. Mangsa perang kehilangan kebebasan dan keselamatan diri. mangsa perang sentiasa dibayangi maut.
Mereka mungkin dibunuh oleh askar-askar pihak lawan. Untuk mengelakkan serangan bom, penduduk
terpaksa bersembunyi di tempat perlindungan yang dibina khas jika ada. Jika tidak, rakyat terpaksa
melarikan diri ke kawasan yang selamat dengan berjalan kaki beratus-ratus kilometer jauhnya. Mangsa
yang tidak berdosa akan kehilangan tempat tinggal. Mereka juga kehilangan orang yang tersayang kerana
terkorban dalam peperangan. Dalam keadaan sedemikian, tidak ada hak kebebasan diri lagi. Tidak ada
pihak yang dapat menjamin keselamatan seseorang.

Langkah langkah/cara mengatasi


1. Penguatkuasaan undang-undang penting untuk mengatasi keganasan. pihak polis dan tentera harus
bertindak dengan cepat terhadap keganasan. Keganasan yang kecil juga harus dibanteras. Hal ini
demikian kerana tanpa tindakan awal, keganasan akan merebak sehingga hilang kawalan. Mereka yang
mencetuskan rusuhan dan tunjuk persaan mesti dikenakan hukuman berat. Negara-negara harus
menggubal undang-undang khas untuk membolehkan tindakan segera diambil terhadap pengganas.
Sebagai contoh, Malaysia mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan
kerajaan mengambil tindakan segara terhadap mana-mana pihak yang mengancam keselamatan negara.
Dengan cara inilah keselamatan dan keamanan negara dapat dikekalkan.

2. Sikap bertolak ansur dan kesederhanaan. pihak pembangkang dan rakyat sesebuah negara tidak harus
menuntut sesuatu yang keterlaluan daripada kerajaan. Semua pihak juga harus bertolak ansur dalam
mengatasi masalah. Segala hal hendaklah diselesaikan dengan cara rundingan. Perbuatan mengadakan
tunjuk perasaan, merusuh, atau melakukan keganasan untuk mencapai sesuatu tujuan tidak akan dapat
mendatangkan kebaikan kepada mana-mana pihak. Perbuatan seperti ini hanya akan mengucar-kacirkan
negara dan meruntuhkan sistem politik dan ekonomi negara.

3. Kerjasama antarabangsa juga penting untuk mengatasi keganasan. semua negara perlu bekerjasama
untuk membanteras keganasan yang ada rangkaian antarabangsa. Jabatan perisikan negara-negara perlu
bertukar-tukar maklumat tentang kegiatan keganasan yang diperoleh. Negara-negara yang terlibat harus
menggiatkan latihan bersama antara pihak polis dan pihak tentera. Negara-negara di dunia juga boleh
menyekat aliran wang kumpulan pengganas.

Faktor faktor
1. Terlalu mengikut perasaan marah yang bermaharajalela dalam diri. perasaan marah yang
sememangnya dibekalkan oleh Allah dalam diri setiap manusia, sekiranya tidak dikawal bahkan
menguasai diri, akan membawa kepada kebinasaan sama ada kepada individu yang sedang marah itu, atau
kepada orang lain dan benda-benda lain yang ada disekelilingnya. Kemarahan yang tidak dikawal,
memberi impak yang cukup besar dalam kehidupan seharian seseorang itu. Sekiranya kemarahan
menguasai kelompok atau jumlah individu yang ramai, maka kemusnahan yang akan terjadi jauh lebih
besar skalanya. Ia menyebabkan peperangan sehingga berupaya memusnahkan sebuah Bandar, bahkan
sesebuah Negara dan sebuah tamadun.

2. Sikap tamak yang menguasai diri. Sikap tamak dalam diri seseorang menyebabkan timbul rasa untuk
menguasai sesuatu. Maka dari situlah timbul niat untuk memerangi seseorang ataupun sesebuah Negara
untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya itu. Secara tidak langsung, keganasan juga akan berlaku
dalam masa tersebut demi untuk mencapai matlamatnya. Sikap tamak terhadap kuasa dan kekayaan
membuta mata seseorang sehinggakan tidak dapat membezakan antara yang baik mahupun yang buruk.
Mereka tidak lagi peduli akan kesan daripada keganasan yang akan berlaku itu nanti.

3. Lambang kemegahan. Penaklukan sesebuah Negara membawa maksud yang besar kepada seseorang
yang pentingkan diri sendiri. Itu membawa lambang kemegahan kepada diri mereka dan mereka sanggup
membuat apa saja untuk menakluk sesebuah Negara tersebut. Sebagai contoh, Amerika Syarikat yang
memerangi Iraq demi untuk membalas dendam. Dengan itu, AS akan mendapat kembali namanya yang
telah tercemar akibat peristiwa 11 September dahulu. Kesan daripada peperangan tersebut, AS berasa
megah dan meletakkan Negara mereka sebagai Negara yang paling kuat di dunia ini.