Anda di halaman 1dari 12

SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

Prof. Muhammad Qutb


(Nota ver. 2.3 (Sep 2003)

Manhaj yang betul dalam menangani salah faham dan kritikan barat
terhadap Islam.

DALAM MUQADDIMAH KE 11 (Setelah 20 tahun).


Adakah betul bentangkan salah faham dan cuba tolak?
Seolah-olah kritikan jahat /salah perlu dilayan. Kita terpaksa pertahankan Islam - Islam telah
betul (walaupun ada yang menyerang barat)
Cara betul dakwah bukannya pertahankan Islam tetapi bentangkan Islam.
Perdebatan hanya berlaku dengan mereka yang bukan nak dengar Islam atau cari kebenaran
tetapi memang sengaja nak kritik Islam.
Cara penolakan sebenar ialah dengan mengeluarkan muslim/muslimah contoh dalam
masyarakat - beramal dengan Islam yang benar.

Krisis intelek sekarang !

Adakah agama masih diperlukan kerana sains telah ada? Dunia telah berubah !
Adakah agama suatu keperluan manusia sebenarnya? Atau hanya keinginan dan pilihan
citarasa individu?
Kejutan baru.. Islam yang dirasai telah tamat peranan tiba-tiba diberitahu mempunyai sistem
yang lengkap - ditolak kerana sistem Islam yang dianggap kuno, potong tangan,
perhambaan dll adakah layak dan sesuai untuk zaman sekarang? Adakah mampu bersaing
dengan sistem yang canggih dan sistematik hasil kajian intelek dan ilmuan?
Intelek Islam hanya ambil pandangan ini dari intelek barat ! Mereka sendiri tak kenal Islam.
Strategi Barat:
Perang salib hanya tamat ketika Baitul Maqdis ditawan (Lord Allenby). Barat
menghapuskan Al-Quran sebagai satu bentuk serangan baru untuk lemahkan Islam (Glad
Stone).
Barat ajar anak Islam tentang kehebatan barat dan kelemahan Islam. Islam hanya dalam
ruang sempit. Amalan hanya untuk berkat. Sembunyikan sistem Islam. Ajarkan syubhat
terhadap sistem Islam.
Lahir generasi yang jadi hamba kepada pemikiran barat. Memahami Islam mengikut neraca
barat, sekularisma dll.
Sejarah barat berbeza: Agama di barat berbeza dengan Islam. Pergolakan di Eropah kerana
gereja menolak sains - bila sains terbukti betul, mereka pun menolak gereja.
Islam tidak pernah menolak sains dan menyiksa ahli sains bahkan menggalakkan - jadi
kenapa kita harus menolak agama dan Islam tidak seperti kristian.
Buku ini - untuk pemuda yang inginkan Islam dan ingin mencari kebenaran sebenar, bukan
mereka yang sudah hanyut dengan barat. Mereka hanya akan kembali setelah bapak mereka
di barat dengan tamaddun yang manghancurkan.

Adakah agama sudah lapuk?

Adakah agama masih ada peranannya sekarang? Persoalan pada abad 18-19 masihi ketika
bermula tamaddun sains moden.
Ilmuan barat membahagikan era manusia - tahyul, agama dan sains.
Ilmuan Islam ramai yang terpangaruh dengan barat - penyakit taqlid buta rasa hanya akan
maju dengan ikut seluruh cara barat kerana barat maju sekarang- mereka lupa ramai intelek
barat makin dekat dengan tuhan melalui sains.
Hakikat sains: tidak tetap --> gelisah.
Gejala di barat adalah kerana mereka tidak ada suatu yang tetap boleh dipegang - semua
perkara sentiasa berubah.

Jika agama tidak ada faedah lain selain mententeramkan manusia -- sudah cukup untuk
dijadikan pegangan.
Manusia tanpa tuhan - rasa terlalu pendek dan mengejar nikmat dunia segelojohnya, kerana
peluang hanya sekali. Pertarungan sengit berlaku - tiada keamanan dan tenteram -- jika
hanya ini peranan agama, sudah cukup ianya perlu untuk manusia.
Pejuang perinsip sebenar - tidak akan mampu bertahan tanpa ada akidah - sudah cukup ini
sahaja menjadi keperluan manusia kepada agama.
Ada syubhat - Islam datang untuk selesaikan beberapa masalah manusia masa itu
(peperangan, perpecahan manusia, sembahan berhala, arak , judi, zina dll). Kebanyakannya
telah hilang dan bukan masalah lagi sekarang atau menjadi waqi masyarakat - Islam tidak
perlu lagi sekarang.
Mereka tak faham - sebenarnya Islam datang untuk "membebaskan manusia" dari
cengkaman paksaan, ancaman, kuasa, jiwa, perhambaan nafsu, tahyul dsb dan
memperhambakan mereka kepada Allah.
Kesemua masalah itu tidak lapuk dan terus berlaku. Oleh itu Islam masih releven dan terus
releven kerana manusia terus diikat oleh ikatan dan perhambaan tersebut.
Sains sekarang telah menjadi satu tuhan 'tahyul' dan manusia bertarung dengan tuhan
asal. setiap kali jumpaan baru ditemui, manusia merasai telah mengalahkan satu
kuasa tuhan.
Penzalim terlalu ramai sekarang dan ramai manusia teraniaya. Kebanyakan negara
Islam sendiri menzalimi rakyat muslim kerana Islam tidak memerintah tetapi
diperintah.
Kita perlu kepada Islam sekarang untuk membebaskan diri dari pemerintah yang
tidak mengikut Islam dan juga dari penjajahan barat dan timur.
Kita perlu kepada Islam sekarang untuk memberi keamanan kepada manusia
seluruhnya yang diancam peperangan dan perebutan kuasa.
Manusia perlu kepada Islam untuk meneruskan tamaddun mereka yang akan hancur
jika tidak dikawal nafsu dan kemanusiaan mereka (umat lalu yang maju semuanya
hancur bila tenggelam dalam nafsu - Rom, Greek, Farsi, Abbasiah, Perancis dll).
Amerika sekarang sedang menunggu giliran kerana hanya mampu membekalkan
sains tetapi tidak nilai kemanusiaan.
Apakah Islam mampu mengubah dunia yang sedang hebat sekarang... Mampu ! kerana
tamaddun Greek, Rom, Farsi dan India dulu pun sebenarnya sama dengan tamaddun
sekarang - yang berbeza hanya alat kenikmatan sahaja.
Islam adalah cara hidup yang seimbang (antara teori dan praktis, individu dan masyarakat,
rohani dan jasmani dll).
Sistem Islam lengkap dan sendiri walaupun kadangkala sejajar dengan sistem lain tapi itu
hanya kebetulan.
Semua kebaikan yang diperjuangkan oleh komunis dan kapitalis sebenarnya telah
disebutkan oleh Islam.

Dunia memerlukan kepada Islam untuk membebaskan manusia dari konkongan


kezaliman komunis dan kapitalis.

ISLAM DAN KAPITALIS


Bagaimana kapitalis lahir ? Setelah berlaku penciptaan jentera di Eropah. Apa jika
penciptaan jentera semasa pemerintahan Islam? Adakah kapitalis akan lahir?
Diekspot ke negara Islam semasa penjajahan dan disertai kemunduran dan rendah diri umat
Islam. Di terima bersama budaya dan apa saja yang datang dari barat.
Ada yang anggap ia tidak bertentangan dengan Islam kerana sama-sama setuju milik
peribadi.
Ia langsung bertentangan dengan Islam kerana dua asas - riba dan monopoli.
Perlu di akui : kapitalis ada kebaikan - tambah produksi, kemajuan mesin, eksploitasi
maksima bahan mentah & angkat taraf hidup. Tapi keburukan nature darinya ialah kekayaan
bagi satu pihak dan penindasan pekerja. Pekerja bergaji rendah tidak dapat membeli
barangan - lebihan barangan dan mengakibatkan penjajahan untuk pasaran barangan
peperangan.
Apa sikap Islam? Apa jika bentuk kapitalis lahir di negara Islam?
Tidak menolak kebaikan yang ada pada kapitalisma.
Perlu dikawal untuk menolak pemerasan/eksploitasi.
Prinsip Islam: mestikan perkongsian untung antara pemodal dan pekerja (Malikiyyah:
keuntungan). Fiqh Islam memang tidak sebutkan tentang cara penyelengaraan tersebut
kerana revolusi industri bukan lahir dalam masyarakat Islam. Adakah Islam ada jalan
penyelesaian kepada revolusi tersebut?
Islam hanya membenarkan persaingan sihat tidak mematikan orang lain yang kecil penggabungan syarikat menjadi gergasi monopoli.
Jika revolusi industri lahir dalam Islam, bagaimana atasi lambakan barangan? Adakah stop
industri? Islam cadangkan keadilan pembahagian keuntungan. Sistem Islam seluruhnya
bersepadu akan mengelakan masalah ini berlaku. Peperangan kerana pemasaran dan
pencarian bahan mentah tidak diterima oleh Islam. Peperangan hanya dibenar untuk
mengawal perjalanan dakwah dan dengan adab dan peraturan yang ketat.
BEBERAPA SISTEM EKONOMI ISLAM LAIN:
Sistem pembahagian pusaka.
Sistem zakat
Sistem takaful masyarakat.
Pengharaman penimbunan harta.
Pengharaman riba.
Jaminan petugas kerajaan berhak mendapat bantuan kerajaan Islam bagi perkara asasi ;
rumah, isteri, khadam dan kenderaan - begitu juga rakyat lain. Keperluan hidup dijamin oleh
kerajaan.
Islam tidak hanya cukup dengan peraturan dalam ekonomi manusia tetapi dengan iman dan
akhlak - sifat asli dan dorongan iman. Tidak ada pemisahan antara material dan rohani;
pelengkap.
Akhlak menyelesaikan masalah : bermewah, menzalimi pekerja bawahan, sedeqah fi
sabilillah, zuhud dll.

ISLAM DAN ZAKAT


Syubhat; adakah direlai dalam masyarakat Islam orang hidup atas ihsan orang lain? Ini
menjatuhkan maruah manusia. Zakat bukan satu keadilan masyarakat.
Sebab: silap faham erti zakat ia adalah kewajiban dalam negara bukan ihsan orang kaya.
Ada hukuman terhadap yang enggan.
Zakat: sistem cukai berperaturan pertama di dunia - tidak sewenang-wenang oleh nafsu
penguasa dan tidak untuk menindas hanya terkena ke atas orang miskin sebagaimana berlaku
semasa kedatangan Islam.
Hakikat zakat:
Hanya atas orang yang berlebih harta.
Diselenggera oleh kerajaan bukan oleh orang kaya. Memang tanggungjawab kerajaan
menjaga keperluan rakyat. Tak timbul masalah menjatuhkan maruah.
Orang miskin penerima bukan dapat ihsan tetapi hampir sama dengan orang pencen
dan tidak upaya menerima bantuan dalam zaman ini. Barat telah laksanakan cara ini
sekarang. Orang Islam bangga terima sistem barat sedangkan sistem Islam lebih baik
dan lebih lama dipraktikkan..
Zakat tidak mesti bayaran wang tunai tetapi boleh dalam bentuk perkhidmatan sekolah, perubatan dll.
Bukan cara Islam mengekalkan orang terus dalam keadaan miskin - zaman Omar bin
Abdul Aziz.
Kerajaan wajib menyediakan pekerjaan kepada rakyat - Nabi beri kapak dan tali. Rasul tak
sebut kilang.. tak difahami pada zaman tersebut. Rasul letak asas prinsip penyediaan kerja
untuk rakyatnya. Siapa yang tak boleh kerja, baitul mal sediakan kemudahan baginya.

ISLAM DAN WANITA


Dua salah faham terhadap keadaan wanita dalam Islam - i) menuntut hak-hak wanita
menggunakan nama Islam kerana Islam menyamakan lelaki dan wanita dan ii) menuduh
Islam menindas wanita - ahli masyarakat kelas dua.
Mereka tak faham Islam tapi membuat tuduhan terhadap Islam.

Perlu faham keadaan wanita sebelum dan semasa Islam datang.


Eropah lampau - wanita dipertikaikan ada roh atau tidak, roh binatang atau manusia dsb.
Setengahnya dapat kedudukan tetapi sebahagai bahan seks sahaja dan tak ada hak lain. Hak
dimiliki olh sebahagian kecil dari mereka.
Di zaman feudal; lelaki menanggung wanita membantu kerja-kerja ringan. Revolusi Industri
barat mengubah kedudukan wanita tetapi semakin teruk. Revolusi ubah:
1. Ungkaian ikatan kekeluargaan
2. Struktur hidup bantu-bantu cara kampung.
3. Melambatkan masa kahwin dan mengurangkan keinginan utk kahwin.
Revolusi industri memaksa mereka dan kanak-kanak bekerja di kilang, dibayar gaji murah,
tidak mendapat hak isteri, perzinaan dan bekerja teruk. Eropah memang tidak berhati perut.
Kanak-kanak dibela dengan undang-undang tetapi wanita tidak.
Perang dunia mengorbankan atau mencacatkan ramai lelaki. Tenaga kilang diperlukan.
Saraan tiada. Wanita dieksploitasi tenaga dan kehormatan mereka untuk menyara
kehidupan. Kebuluran dan keperluan seks wanita eropah menghancurkan mereka. Poligami
tidak dibenarkan dalam katholik.
Wanita mula bangkit untuk mendapatkan hak mereka melalui mogok, demo, media massa
dan undang-undang. Akhirnya mereka mendapat beberapa hak mereka setelah perjuangan
yang panjang dan masih didiskriminasikan di Eropah hingga kini.
4

Dalam Islam, adakah semua ini berlaku..?


Lelaki dan wanita adalah sama- dalam hak, tanggungjawab, asal-usul, balasan akhirat,
muamalat, memilik, menggunakan hak milik, hak menentukan perkahwinan, menuntut ilmu
dll. Islam berikan tanpa perlu mogok, demo dan tuntutan.
Barat hanya memberikan hak pemilikan dan bertindak kepada wanita pada kurun
terakhir, terlewat 12 kurun selepas Islam. Itupun dengan darah dan airmata wanita,
bukan secara sukarela dan kerana prinsip.
Perbezaan antara lelaki dan wanita dalam Islam.
Cuma ada beberapa hak dan tanggungjawab yang menimbulkan kekecohan dan tuntutan
persamaan lelaki dan wanita.
Beberapa persoalan perlu faham: adakah lelaki dan wanita sama dari segi fisiologi, biologi
dan psikologi?
Kerana tugas mereka berbeza, Allah jadikan mereka kelengkapan berbeza yang sesuai
dengan tugas. Tuntutan manusia tidak mungkin mengubah keadaan ini. Allah jadikan ada
beberapa tugas yang memerlukan alat dan keperluan berbeza. Dijadikan manusia lelaki dan
wanita berbeza bagi melaksanakan tugas tersebut. Tugas biologi pula memerlukan
kesesuaian fisiologi dan psikologi.
Wanita yang bertugas untuk mengandung, menyusu dll memerlukan perasaan dan emosi
khusus disamping bentuk tubuh yang sesuai. Lebihan kasih sayang, letusan emosi dan
sentimen mengatasi aqal (rasional) perlu untuk melayani kehendak kanak-kanak. Kecepatan
respon perlu dan bukan rasional.
Lelaki yang bertugas diluar, bertarung dengan kebuasan hidup luar, ancaman langit dan
bumi dn menjamin rezeki tidak perlu kepada emosi dan sentimen bahkan akan
merosakkannya. Mereka perlu kepada kekuatan fikiran dan fizikal bagi melindungi keluarga
dan anak-anak. Kecepatan respon kurang perlu berbanding kebijaksanaan keputusan.
(menjerat mangsa, mereka alat, merangcang ekonomi & politik, peperangan dsb terganggu
dengan emosi).
Walaupun begitu ini bukan pemisahan muktamad dan keduanya kadangkala boleh bertukar
ganti. Tetapi tetap tidak menghilangkan sikap dan bentuk tugas asalnya (memerlukan
keluarga dan anak-anak).
Pemahaman ini menyelesaikan permasalahan dan kekeliruan keadaan dan kestabilan wanita
dalam sesetengah tugas.
Apakah perbezaan hak dan tanggungjawab lelaki dan wanita ?
Islam bersifat realistik, tidak mengubah tabiat manusia dalam merealisasikannya. Bezakan
dalam perkara perlukan perbezaan dan samakan dalam perkara perlukan persamaan.
Persoalan perbezaan besar yang ditimbulkan:
PESAKA:
Lelaki mendapat lebih sekali ganda daripada wanita - terpaksa menanggung isteri dan anakanak. Wanita hanya untuk diri dan perhiasannya. Lelaki tidak boleh mengambil harta
wanita/isteri tanpa kerelaannya. (Hanya kes tertentu yang janggal wanita perlu menanggung
diri sendiri. Selagi ada keluarga walaupun jauh, mereka bertanggungjawab untuk menyara
wanita). Perkiraan angka menguntungkan wanita.
Lelaki tidak kahwin adalah janggal dalam masyarakat Islam.
Wanita yang bekerja berhak mendapat samarata seperti lelaki berdasarkan usaha dan
ganjaran.
SAKSI:
Hanya menjamin keadilan dalam persaksian, untuk mereka atau ke atas mereka. Wanita lebih
cenderung kepada emosi dan sentimen. Perlu disokong oleh seorang lain.
Tetap boleh diterima saksi seorang wanita dalam masalah ikhtisas perempuan.
KEKETUAAN KELUARGA:
Perlu ada ketua. Tetapi siapa..? 3 andaian sahaja : Lelaki, wanita atau bersama..?
Bersama ditolak kerana merosakkan suasana.
Persoalan: siapa lebih layak emosi atau akal..?
5

Islam beri kepada lelaki bukan bermakna boleh bertindak ikut suka. Tapi perlu rundingan dan
kerjasama. Kebaikan seorang lelaki ialah pada cara pergaulannya dengan isterinya. (Ayat dan
hadis)
Keserasian dalam hubungan rumahtangga tidak ada undang-undang khusus. Undang-undang
pula tidak akan dapat menyatu dan meharmonikan rumahtangga. Intim hanya lahir bila
bertemu dua serasi yang tidak boleh dijangka - kadangkala kelihatan tidak adil.
Undang-undang dalam rumahtangga hanya sebagai tempat rujukan ketika berlaku masalah.
Undang-undang penentuan hak dalam rumahtangga Islam kadangkala dipertikai :
kasar
menguntungkan sebelah pihak
Kekal dan tidak fleksible
TIGA HAK YANG DIPERTIKAIKAN:
1. - menyahut seruan untuk hubungan bila-bila masa
2. - hak memasuki rumah : hanya orang yang diizinkan suami
3. - menjaga diri ketika ketiadaan suami
Ajakan untuk perhubungan suami isteri; menindas isteri ?
Lelaki perlukan hubungan tersebut; dapat menyelesaikan masalah lain dengan tenang. Satu
keperluan dalam perkahwinan. Jika tak dipenuhi, apakah dibenarkan untuk mencari jalan tak
baik?
Bila isteri enggan, mungkin isteri: i) bencikan suami dan ak suka berhubung dengan
suaminya: lebih baik bercerai ii) sayang tetapi jenis tak sukakan hubungan: isteri mesti fikir
samada ubah sikap atau bercerai dengan baik iii) tidak ingin masa tersebut: suami
digalakkan guna cara untuk tarik minat.
Bila suami tak minat: isteri boleh minta haknya dan boleh bawa kepada perceraian.
Hak memasuki rumah; hanya untuk yang disukai suami sahaja.
Menjaga keharmonian rumahtangga.
Kenapa wanita tak boleh halang sesiapa yang tidak disukainya? Kerana wanita emosional
dan kadangkala tidak rasional - lebih pada cemburu.
Bukan bermakna lelaki sentiasa betul dan wanita sentiasa silap. Hukum berdasarkan
kebiasaan.
Hak menjaga diri; difahami dengan mudah.
Nusyuz
Hak suami untuk menghukum isteri ketika ingkar.
Perbincangan pada hak bukan pada penyalahgunaan hak -> berlaku di mana-mana dan dalam
mana-mana undang-undang. Hanya akhlak yang dapat mengatasinya.
Undang-undang perlu penguatkuasaan. Dalam rumahtangga suami menjadi penguatkuasa tak lojik diberikan kepada mahkamah semua masalah harian rumahtangga.
Perlaksanaan melalui tiga step : nasihat, tinggal tempat tidur dan pukul tidak mencederakan.
Nusyuz suami - cuba berbaik jika boleh. Jika tidak boleh cerai.
Terdapat tiga cara wanita boleh berpisah dari suami.
TALAQ
Kesah kezaliman perceraian.. Adakah perlu dihapuskan sistem talaq kerana penyalahgunaan?
Jika dihapuskan.. adakah akan tiada masalah dalam masyarakat? Cara katholik membawa
padah besar kepada masyarakat eropah.
Ada cadangan ketatkan hanya di mahkamah.. adakah selesai masalah? Amerika 40%
perceraian dari perkahwinan juga melaksanakan perceraian mahkamah.
6

Apa guna jika hakim tidak memutuskan talaq di mahkamah, tetapi keserasian tidak ada
dalam hubungan suami isteri?
Penyelesaian hanya dengan tarbiyyah anggota masyarakat(kefahaman, kejiwaaan, rohani dll).
Tarbiyyah memakan masa dan melibatkan semua sistem masyarakat. Disyariatkan talaq
hanya jalan penyelesaian terakhir bila tiada cara lain. Bukan selesai masalah dengan batalkan
talaq.
POLIGAMI
Asal : kahwin satu. Tetapi ada ketika satu adalah zalim dan perlu kepada lebih. W/p poligami
tidak dapat menjamin keadilan sepenuhnya, maslahah lebih besar perlu diutamakan.
Ketika wanita melebihi lelaki (selepas peperangan dsb), apa cara terbaik untuk selesai
masalah ? Bukan masalah ekonomi/ nafqah semata tetapi masalah memenuhi naluri wanita
(keinginan seks, memiliki keluarga, mendapat anak dan dipayungi). Memang ada masalah
timbul dan tidak dapat memenuhi sepenuhnya naluri, tapi apa penyelesaian lain?
Ketika bilangan sama, tidak perlu poligami kecuali kes-kes tertentu (naluri lelaki tinggi,
mandul, sakit menghalang hubungan, keengganan hubungan dsb).
HAK BEKERJA
..Banyak keadaan berlaku bukan kerana keperluan tetapi kerana trend semasa..
Islam akui tetapi bila keadaan memerlukan: keadaan masyarakat dan keperluan wanita. Kerja
pula sesuai dengan sifat kewanitaan.
Menjadikan trend wanita sebagai tenaga kerja secara umum -- tidak diterima Islam.
Keburukannya lebih besar (kejiwaan, masyarakat dan akhlaq).
Semua mengakui hanya wanita mempunyai kelayakan untuk menjadi ibu - jika tidak
digunakan akan merugikan dan meninggalkan ruang kosong jawatan tersebut.
Boleh bekerja dan menggunakan pengasuh untuk gantikan ibu..? Pengasuh tidak boleh
mengganti kasih dan ketenteraman ibu. Pengasuh hanya berikan penjagaan fizikal, bimbingan
akal dan akademik. Trend tidak dapat mengubah naluri dan asal kejadian manusia
(komunis tidak berjaya- melahirkan anak yang bercakaran merebut kasih sayang seorang
pengasuh).
Sejarah barat mungkin menjadikan mereka begitu.. kita kenapa mengikut membabi buta?
Syubhat: wanita bekerja menaikkan status dan imejnya ! Masalah ummat ialah kekurangan
produk bukan kurang pekerja. Pekerja lelaki berlebihan tidak bekerja.
Syubhat: kerja berdua lebih banyak kemasukan keluarga! Betul, tetapi jika ia menghalang
lelaki lain untuk kerja dan membina keluarga baru di dalam masyarakat ? Lahir masalah lain
dalam masyarakat.
dds
Akhirnya:
Islam telah berikan segalanya kepada wanita. Apa lagi yang wanita inginkan? Jika wanita
ingin kebebasan keluar dari syarak, Islam tentang habis-habisan. Mereka tidak faham kenapa
syariat mengenai mereka diturunkan.
Syubhat: wanita di negara Islam ketinggalan jauh dari wanita barat ! J: siapa salah? Bukan
Islam atau ajaran Islam. Keadaan negara Islam menyebabkan kemiskinan, jauh dari agama,
kejahilan, kekejaman politik dan pemerintah dsb yang melahirkan masyarakat zalim dan
menindas orang lain. Semuanya bukan lahir dari masyarakat Islam.

ISLAM DAN HUKUMAN


Adakah undang-undang kejam padang pasir masih sesuai sekarang? Bukankah penjenayah
adalah korban suasana yang perlu diubat bukan dihukum?
Pandangan berbeza terhadap penjenayah moden, mengikut pandangan dan teori hubungan
individu dan masyarakat.
7

Kapitalis: perlu dikasihani, korban masyarakat perlu diubati. Saikologi analisis


menjustifikasikan ini semua. Freud menafsirkan: penjenayah adalah korban tekanan seks tak
tersalur kerana halangan masyarakat, agama dan tradisi. Manusia tidak lain melainkan sehelai
daun yang tidak bermaya mengikut keadaan lampaunya. Oleh itu hukuman mestilah seringan
mungkin.
Komunis : penjenayah adalah perosak masyarakat dan dihukum keras. Sebab jenayah adalah
ekonomi, bukan jiwa. Dalam masyarakat adil tidak mungkin berlaku jenayah (kenapa jenayah
masih ada dan banyak di Rusia?)
Islam menerima keduanya tetapi tidak sepenuhnya. Manusia bukannya tergerak sepenuhnya
tanpa boleh mengawal diri sendiri. Setakat manakah manusia bertanggungjawab terhadap
jenayah yang dilakukannya? Hukuman Islam melihat semua sudut.
Hukuman Islam perit tetapi dilaksanakan setelah benar-benar ada keinginan untuk bersalah
dan tiada keraguan. (pencuri masa kemarau dan zina terang-terangan).
Tujuan undang-undang Islam - bersihkan masyarakat selepas tiada cara lain. Ia didahului
dengan hilangkan semua faktor perlakuan jenayah.
Pembahagian kekayaan yang adil. (Tiada orang miskin di zaman Umar Abdul Aziz).
Bersihkan faktor penggoda seks, galakkan kahwin awal dan mudahkan perkahwinan.
Hukuman Islam hanya dapat berjalan secara mutakamil.
Orang yang takut kepada hukuman Islam ialah orang yang bersalah atau ada keinginan untuk
bersalah.
Barat melihat undang-undang Islam seperti undang-undang mereka. Akan berlaku
penyembelihan, penyebatan, perejaman beramai-ramai di negara Islam.

ISLAM DAN TAMADDUN


Adakah Islam sesuai untuk zaman dan kemajuan moden? Bukankah Islam perlu diketepikan
jika ingin maju seperti mana bangsa maju ?
Salah faham barat terhadap Islam - seolah bila ikut Islam tidak boleh menaiki kenderaan
moden dll.
Bukti Islam tidak menolak tamaddun dan kemajuan - Islamlah yang telah merubah manusia
dari jakun dan nomad (asli), badwi kepada manusia paling bertamaddun di dunia.
Islam bukan hanya merubah tamaddun kebendaan dan fizikal - tetapi juga kemanusiaan dan
akhlak.
Islam tidak menolak tamaddun semua negara yang ditakluki - terima selama tidak
bertentangan - dan kemudiannya mengembangkannya.
Apa sikap Islam terhadap tamaddun barat moden?
Peralatan dan jentera dari barat adalah natural - cara penggunaan adalah menentukan.
Ilmu adalah dituntut dalam segala bentuknya.

ISLAM DAN PENGEKANGAN NAFSU


Sangkaan barat : tenaga manusia lemah kerana tertekan oleh tekanan dosa agama terhadap
seks.
Barat jadi maju selepas lepaskan diri dari kongkongan agama - apakah ingin kembali semula
kepada agama dan jadi lemah dan mundur semula.
Bagi psikologi barat : tekanan perasaan dan keinginan seks akan melahirkan kekacauan jiwa
- melemahkan manusia.
Apa represi?
Dua anggapan -i) keengganan memuaskan nafsu @ ii) memandang nafsu dan naluri sebagai
tidak baik.
Apakah Islam menekan dan mengekang seks ?
Islam mengakui kewujudan nafsu seks dan lain-lain nafsu (Al-Imran : 14)
Tetapi Islam melarang menjadi hamba kepada seks dan nafsu dan mencurahkan seluruh hidup
dan masa untuk itu.
Perbezaan antara represi dan larangan dalam Islam. - Islam benarkan tetapi dalam cara yang
betul dan bukannnya memandang penunaian seks sebagai satu yang kotor yang patut dijauhi
untuk mencapai ketinggian rohani manusia.
Represi tiada dalam Islam - yang ada hanya cara yang betul.
Pengawalan seks dan disalurkan dengan betul adalah cara terbaik mendidik manusia.
Manusia yang tidak terkawal nafsu tidak akan mampu melakukan suatu yang serius untuk
membangunkan bangsa.
Komunis menpersendakan puasa - tetapi mereka mewajibkan tentera mereka dengan
kelaparan dan latihan. Apakah ada beza antara suruhan negara dan suruhan tuhan?
Dosa bukan suatu kekangan - boleh diampunkan dengan istighfar.
Allah amat pengampun dan mengangkat darjat orang meminta ampun lebih hebat dari orang
yang tidak bersalah dan tidak meminta ampun.

ISLAM DAN KEBEBASAN BERFIKIR


Kepercayaan kepada nature - tuhan baru bagi ahli sains. Segalanya ditentukan oleh nature.
Kepercayaan kepada adanya tuhan dianggap karut dan tidak liberal.
Apa perlunya kepercayaan yang menolak tuhan? Suatu yang lojik di eropah kerana sikap
gereja yang menyalahgunakan kuasa gereja untuk menindas ahli sains dan fahaman lain.
Mecok kepada gereja menyebabkan mereka menolak tuhan.
Dalam Islam tidak perlu kepada isma seperti ini kerana:
kepercayaan Islam mudah dan simple.
Tiada sistem padri dalam Islam
Agama milik semua orang yang faham Islam
Perhubungan dengan Allah tidak memerlukan perantaraan.
Ulama hanya menjadi penasihat dalam perundangan Islam dan mentadbir semua kerja
negara Islam.
Islam tidak menghalang dan menentang sains.
Mungkin kefahaman free-thinker perlu di Eropah kerana ingin membebaskan pemikiran
orang barat yang tenggelam dalam karut marut ajaran gereja. Dalam Islam apa perlunya?
Mungkin mereka ingin menyebarkan free-thinker di kalangan umat Islam kerana:
ingin kebebasan nafsu dan seks Islam datang ingin membebaskan manusia dari
segala perhambaan.
mereka menganggap Islam terkongkong dan melahirkan pemerintah yang diktator
diktator bukan dari ajaran Islam. Mereka hanya menggunakan nama agama
sedangkan agama tidak ada kaitan dengan tindakan mereka. Ramai juga yang zalim
yang tidak menggunakan nama agama (Hitler, Stalin, Mao..)

ISLAM DAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM


Apa yang ditakuti orang bukan Islam - nas undang-undang Islam atau cara perlaksanaan?
Nas menyuruh
mengasihi dan berlaku adil kepada rakyat bukan Islam.
membenarkan makan sembelihan dan mengahwini ahli kitab.
mempunyai hak dan tanggungjawab sama seperti rakyat Islam.
perhubungan baik antara rakyat Islam dan bukan Islam.
Cara perlaksanaan:
Dalam sejarah - Islam tidak diterima melalui kekuatan dan paksaan.
- Penduduk kristian menulis surat kepada Abu Ubaydah menyatakan mereka lebih suka
kepada tentera Islam dari tentera Rom kristian.
Penduduk kristian di Bandar-bandar Syria menulis surat bencikan kristian kerana memaksa
mereka menganut mazhab Rom. Mereka lebih suka duduk di bawah Islam.
Apakah lagi yang ditakuti oleh bukan Islam?
Fanatik? - tiada pernah berlaku dalam sejarah Islam - yang ada ialah dalam sejarah kristian:
Selepas kejatuhan sepanyol ke tangan kristian.
pembunuhan orang Islam di Eropah Timur, Afrika Utara dan Afrika lain.
10

Kezaliman terhadap muslim di Ethiopia.


Jizyah bukan kezaliman - sebagai yuran perlindungan keselamatan dari ancaman luar. Bila
mereka terlibat sama menjaga keselamatan negara - bebas dan jizyah.
Mereka yang Islam tetapi tidak terlibat dalam menjaga keselamatan negara akan dikenakan
seperti jizyah.

ISLAM DAN IDEALISMA


Syubhat:
Jika sistem Islam hebat, manakah dan bila ia pernah dilaksanakan?
Sejarah khulafak al-rasyidin yang dikatakan hebat hanya suatu dongeng.
Boleh menegur sultan ? Bilakah masanya selain dari khulafak al-rasyidin?
Keadilan ekonomi? Bila?
Negara Islam menyediakan pekerjaan? Bila? Ramai orang Islam menganggur.
Hak wanita dijagai dan unggul dalam Islam, bila dipraktikkan?
Didikan jiwa Islam menyelesaikan masalah? Bila selain dari zaman Nabi saw.
Contoh kehebatan Islam hanya contoh peribadi tertentu dalam sejarah, hanya impian yang
tidak menjadi kenyataan.
Islam hanya suatu idealisma !
Kalau Islam boleh dipraktikkan - hanya dalam sejarah dahulu. Zaman kemajuan sekarang
tidak mampu lagi dilaksanakan.
Mengapa zaman seperti Khulafak al-Rasyidin tidak berulang lagi selepas itu?
Jawapan:
Perlu beza antara sistem yang idealisma & perlaksanaan yang idealisma.
Perlu beza : adakah Islam memang suatu sistem yang khayal dan tidak mungkin dipraktikkan
& perlaksanaannya belum dapat dibuat kerana ada keadaan yang menghalang.
Semua setuju - Islam sepenuhnya pernah dilaksanakan walaupun sekali. Pernah dilaksanakan
menunjukkan ia mampu dilaksanakan - manusia tetap sama.
Kenapa ianya boleh berlaku dahulu dan tidak berlaku sekarang?
Dahulu - kekuatan kerja Nabi dan para sahabat - mampu merubah dunia dan masyarakat ke
arah cara hidup Islam dalam masa singkat. Lompatan ajaib ini bukan satu mustahil tetapi
perlu kerja keras sebagaimana Rasul saw. Kemasukan bukan Arab dan pemerintah yang
bukan Arab yang tidak mengecapi kemanisan Islam telah merosakkan banyak perlaksanaan
Islam.
Tetapi kewujudan Rasul bukan syarat untuk berjayanya Islam.
Peralihan kepada perlaksanaan Islam hari ini tidak perlukan loncatan jauh kerana banyak
prinsip Islam telah dikenali oleh manusia dunia (piliharaya, hak pekerja, peraturan
antarabangsa dll).
Pelik - jika sistem yang sama datang dari barat dirasakan boleh dipraktikkan, tetapi bila
disebutkan ianya ajaran Islam - ditolak dan tidak dapat dilaksanakan.
Dakwaan:
Sistem hari ini berfaktakan ilmiyyah dan sistem Islam hanya sentimen dan niat semata!
Jawapan: suatu tidak benar - khulafak bermesyuarat untuk memutuskan sesuatu. Cara
perlaksanaan undang-undang pula selepas adanya usaha membersihkan manusia dari gejala
tidak baik - sistem ilmiyyah.
11

Omar - terlalu ditonjolkan. Seolah tiada lain yang hebat dan Islam tidak terlaksana tanpa
Omar.
Omar hanya melaksanakan banyak rahsia syarak - jika tiada Omar orang lain pun akan
melaksanakan perkara yang sama - kebetulan ianya berlaku pada Omar.
Islam hanya terlaksana semasa khulafak al-rasyidin?
Pemerintah selepas khulafa al-rasyidin memang agak jauh dari perlaksanaan Islam
tetapi rakyat biasa masih kuat pegangan kepada Islam.
Undang-undang Islam masih berjalan, tradisi Islam masih di amalkan, kejujuran
tentera Islam, kehebatan ilmu dan kesungguhan ulamak.
Sistem barat (komunis dan kapitalis) adalah sistem idealis tak pernah sampak ke
kemuncaknya dan saling berubah-rubah dan dipinda.

BAGAIMANA JALANNYA ?
Bagaimanakah cara merealisasikan Islam?
Bagaimana cara menegakkan Islam dalam keadaan dunia anti Islam?
Hanya Iman - sebagaimana iman dapat mengalahkan farsi dan Rom, maka iman juga akan
dapat mengalahkan dunia.
Senjata dan kekuatan fizikal juga penting tetapi bukan utama.
Imanlah yang menolak para sahabat ke medan tanpa gentar.

12